LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, July 27, 2017

Bila anak masih tak pandai baca ......

This deserve my post.

Credit to owner , Hazhari Ismail , which aku tak kenal pun.someone on my friend list shared this..An i thought it is really true. And betapa tenat nya isu anak-anak ni.which aku akan hadap once eryna masuk darjah 1 nanti.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Heboh bila ada seorang guru memberi 'nasihat' kepada ibu bapa supaya pastikan anak mereka sudah pandai membaca sebelum melangkah ke Tahun 1. Walau apa cara sekalipun, seperti yang dicadangkan oleh si guru itu iaitu dihantar tuisyen dan sebagainya - asalkan anak pandai membaca.

Gila (saya cakap idea ni gila, bukan guru yang gila. -.-)

Ibu bapa mana yang tidak panik kalau itu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang guru. Ditambah pula sekarang adalah penggal kedua sebelum persekolahan sampai ke penghujungnya. Lagilah ibu bapa bertambah resah!

Guru antara benteng-benteng terakhir untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada anak muridnya walau macam mana pun kurikulum itu berubah. Tapi, kalau benteng terakhir ini pun rapuh, ditambah dengan tekanan ibu bapa yang turut sama bersungguh, dekat mana lagi anak-anak nak mengadu yang mereka sedang tertekan?

Tempoh sekolah rendah itu panjang. Nak cepat-cepat itu nak kejar apa?

Nak kejar kelas nombor satu?
Nak bercerita dekat sahabat handai anak dah pandai membaca sebelum masuk sekolah?
Nak buat perbandingan dengan anak-anak sedara tentang anak siapa paling bijak?

Allahu, untuk apa semua ini?

Berapa kali dah ulang, TIADA signifikan kebaikan pun jika anak itu boleh membaca seawal 5 tahun. Apatah lagi yang muda dari umur itu. Kanak-kanak yang start membaca pada umur 5 atau 6 tahun, SAMA sahaja perkembangan dia dengan kanak-kanak yang start membaca pada umur 9 atau 10 tahun.

Ya, SAMA. Tolonglah jangan risau.

Maksudnya, pada umur 5 atau 6 tahun, mereka mengambil masa yang lama untuk expert dalam membaca berbanding umur 9 tahun yang mengambil masa yang singkat untuk mahir membaca.

Sebab itu saya cakap tempoh sekolah rendah itu panjang. Anak-anak boleh catch up. Tapi, sokonglah mereka. Jangan tambahkan beban mereka.

Di negara orang lain (yang mungkin menjadi rujukan pembuat polisi negara kita), assessmet itu adalah proses pembelajaran. Tetapi tidak di negara kita, iaitu belajar untuk assessment!!

Biarlah KSSR (kurikulum rendah) buat semakan pun. Kita yang melatah, anak yang jadi mangsa.

Macam mana mereka boleh buat semakan pun kita tidak tahu. Berapa kerat je kanak-kanak boleh follow kurikulum yang baru, sedangkan beribu-ribu lagi menjadi mangsa jurang bandar dan luar bandar yang makin menjauh!

Benar, membaca itu perkara yang menyeronokkan tetapi perlukan persediaan (readiness), kalau tidak kanak-kanak boleh frustrated. Benda-benda macam ini yang boleh naikkan statistik mental health problem di awal usia! Cukup-cukuplah KBAT dipeperiksaan-kan.

Biar jelah semua kanak-kanak masuk program
Linus itu. Biar orang atas sedar status masyarakat hari ini di tahap yang mana.

Mungkin guru-guru tertekan berada di tengah-tengah antara orang atasan dan ibu bapa. Sampai sanggup memberi 'arahan' sebegitu kepada ibu bapa.

Dan yang paling penting ibu bapa. Anda sendiri tahu dan nilai anak anda di level yang mana.

Sudah banyak kita baca, kanak-kanak perlu masa bermain di awal usia.
Sudah banyak diperingatkan, masalah mental health telah menjadi ancaman biasa.

Tolonglah percaya dengan anak-anak.

Tolonglah.

Kadang-kadang kita terlupa, yang membunuh jiwa kanak-kanak itu bukan mereka..tapi kita sendiri.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...