LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, May 9, 2017

Kelahiran Elisya ,second born, second daughter. ( 14 April )

As salam.

Alhamdulillah, harini Elisya dah 25 hari kejap je masa berlalu. Banyak je draft post tapi entah bila nk posting. Untuk Elisya birth ni wajib la ku ceritakan sebagai kenangan.

Setiap anak tu kan tak sama proses kelahiran even kalau mode bersalin tu sama, tak kisah la normal atau c-zer. Yang sama Elisya ni, dia overdue sama dengan kakak eryna. Memang anak2 aku ni suka stay lama kat dalam. Buffet mewah la katakan.




Aku start cuti early april. Since maternity leave dapat 14 weeks, and due date pulak 12 april, so aku saja nak 'me' time before delivery. Maklum la banyak benda nak kena buat, baju tak beli habis lagi, ada yg belum basuh, nak kena cuci rumah lagi (upah maid la of course, tak koser la semua benda nak buat) and yg penting nak tdo puas2. Haha.pastu nak makan semua benda sebelum kempunan.sempat makan nasi kerabu kat kedai pak man yang aku dok aim lama dah.repeat makan kat village park nasi lemak.kira nya semua craving checked ✔.




So, masa 39 wks check up doc kata belum engaged pun. Kena la seluk jugak sbb nak check if ada bukaan. Doc kata dlm 2 cm tu ada tapi serviks still keras so dia kata g la jalan2 dulu. Kitaorg sempat la p wayang tgk smurf sbb eryna nak sangat tengok. And malam tu g pick up mak ayah kat kl sentral. Ayah balik semula perlis on monday, kira mai teman antaq mak je la.

Hari rabu, due date check up still sama. Huhu. Aku punya la buat mcm2 khen kot la laluan tiba2 doc cakap, ok boleh beranak harini 😆. Tapi nan hado. Doc suggest induce sbb baby besar dalam 3.4 kg . cepat giller padahal masa check 38 wks tu baru 2.8kg.Actually aku suka let it naturally tapi bila dah due pun belum nak keluar, hmm better la ikut nasihat doc. Lagipun eryna dulu pun 3.8 kg, kalau ikut history ada big possibility sama. Doc kata dia ok je if aku nak  extend until the other week ( week 41 ) tapi dia kata kang aku la teruk nak push nanti 😨

Pikir2, mak and hasben kata ikut je la cakap doc. Lagipun baby tetap nak kena keluar. So, buat ctg dulu and after graph semua cantik, aku decide untuk bersalin hari jumaat. Means khamis malam kena check in.

Orang kata induce sakit, tapi aku jenis orang yg takkan goggle baca pengalaman orang sbb akan influence /saiko kita. Masa tu aku teringat ada kawan aku yang dah dua kali bersalin, both anak pun kena induce. So, aku pun borak2 dengan dia and rasa sangat konfiden and calm sbb dia cerita pengalaman dia yang tak menakutkan langsung. Aku ada jugak tnya doc, if induce sakit ke.doc kata, induce tak sakit, contraction sakit la which i do agreed 😁.beranak,mesti la sakit ye dak. Walaupun waktu bersalin eryna dulu aku takde feel apa2 sebab epidural. This time aku nak natural rasa sakit bersalin supaya kejadian lama tak berulang.





Khamis malam, pukul 10 malam dah smpi pmc. Mujur mak ada temankan eryna kat rumah. And eryna pun tak menangis, tapi kena la merasuah sikit kang satgi tiba2 kot dia meraung.

Check in bilik, aku amik bilik single. Nak privacy la. Lagipun family boleh stay sama. Masa tu ada lagi sorang ni pun sama kes dgn aku, kena induce. Cuma dia doc lain.

Pukul 1030 mcm tu, nurse datang suruh tukar baju. Lepas tu bagi ubat berak. First time la merasa ubat berak kena tembak kat bontot 💉. Sejuk je rasa. Nurse cakap, after berak, jangan la takut nak makan. Minum and makan macam biasa. Lepas tu dorang bawakkan milo and biskut. Malam tu aku suruh hasben balik sebab ubat induce akan masuk pukul 330 pagi. Better dia temankan eryna and datang awal esok. Doc ratna cakap, selalu nya sakit tu akan start after dia pecahkan ketuban. Dia akan buat round pukul 830 pagi.

Nervous?  Seriously takde rasa apa. Salah satu sebabnya, terlalu lama tunggu. Aku kan harap bersalin awal haha at least la jangan overdue. So bila dah overdue, dah rasa tak larat nak bwk perut, tu yang rasa cam tak sabar nak bersalin and jumpa si kenit ni. Eryna lagi la, hari2 tanya kenapa adik belum keluar.

Ok, dah pukul 330 pagi, nurse dtg induce. Alah, macam bentuk ubat bontot budak demam tu. Nurse tak kasi gerak takut ubat terkeluar. So, statik la kat situ dalam 30 mins. Sebelum tu dorang check blood pressure and ctg. Bacaan cantik baru boleh induce. Lepas tu aku tertidur. Sedar2 dah subuh. Text hasben, aku suruh dia bangun awal bacakan yassin (entah dia baca ke tidak khennn). Aku sempat la baca surah mariam lagi sekali. Pastu solat subuh and g mandi. Sbb nanti kalau dah bersalin, selalu tu tak elok la terus mandi.nak elakkan rimas nanti, so mandi la kejap. Pastu nurse antarkan breakfast. Ada nasik goreng. Licin aku bedal. Hehe.




Pukul 830 doc ratna datang. Tak sakit langsung and nervous la aku, sbb ada yang kata kalau jalan tak bukak, kena letak second dose. Pastu doc kata bukak 4 cm dah. Dia pecah kan ketuban. Lepas tu dia bgtau nak letak pelincir untuk kurangkan risiko koyakan and letak tiub kencing so that aku takyah ulang alik g toilet. Aku ikutkan aje mana yang the best,malas nak fikir.zikir je banyak-banyak.pastu kena drip and dorang check lagi bp and ctg. Alhamdulillah semua elok.




Dalam pukul 930 am camtu mak aku sampai dengan hasben. Time ni sikit2 la rasa lenguh gitu. As i said sbb masa eryna dulu aku tak rasa contraction, jadi aku mcm takleh nak imagine la sakit macam mana kan. Just follow the flow je la, gitew.

Around sejam kot or more makin kerap la sakit. Ooo baru tau ni rasa contraction. Ketap2 bibir la huhu. Mak aku pun zikir2, aku pun baca la ayat nabi yunus bila sakit mai. Laki aku pulak, lepas mak aku suruh bacakan ayat kursi baru nak buat tau.sabaq je la. Dia macam clueless je kat situ.

Nurse ada datang tanya ok tak every  30 mins. Bila dia tengok aku semacam je, dia check laluan. Ada la 3 kali kena seluk. Eiii nyampah bab seluk ni.This what u pay when u need to go for induce 😔. Nurse tanya if aku nak pain killer, aku cakap takpe,boleh tahan lagi.. Dalam tu pun dok tanya nurse lagi, pain killer tu bukan epidural kan??? Fobia punya pasal 😵.
Tapi lepas tu dalam pukul 11 am aku tak tahan aku suruh hasben bgtau nurse nak inject pleaseee. Nurse datang check, eh dah 7 cm, jom la g labor room. Nanti dia tanya doc boleh ke nak bagi pain killer. So,masuk la ke labor room. Hasben aku ada la sekali.

Kat dalam tu, rasa cam eh lama nya nurse ni. Nak kasik ke tak ni pain killer. Tu la tadi eksyen kan. Hehe. Pain killer ni bukan epidural ye. Dia punya function,bila takde contraction, kita cam lali la sikit. Bila contraction mai, memang rasa la contraction tu . Bukan hilangkan rasa siap boleh makan ke,bergelak ketawa ke macam epi.

So kena inject kat peha kiri,tapi aku mcm eh apa ni, sakit sama je,macam takde effect pun.. Pastu nurse datang bagitau, kalau awak rasa mengantuk, layan je mata. Jangan lawan rasa tu. At least aku tak la letih. Sebab dah 7 cm kot, rasa ngantuk tu kejap je, pastu kang terbangun sebab contraction. Time datang tu gigil la aku. Patut nya time tu aku gigit je tangan laki aku sebab dia dok buat lawak pulak every time aku gigil tu.

Lepas tu kena pindah g labor room sebelah.dorang tolakkan katil and kat sini la the real bilik ala-ala drama.nampak nurse prepare segala tools. Tempat baby kat sebelah. Kalau time tak sakit mesti nervous tapi sebab tak sabar nak beranak, i just don't care. Nampak jam dah pukul 12 tengah hari lebih macam tu.. Pastu sakit tu makin dekat. Pain killer tu mcm takde function. Macam every minutes pulak rasa. Pastu nurse pun tanya, awak rasa nak berak ke. Aku pulak mcm tak sure. Cakap kat nurse, macam tak je. Nurse cakap, ok nanti pukul 1 pm saya datang semula.

Tak sempat pukul satu, dalam 1250 pm (asyik tengok jam dinding kat depan mata ) aku suruh hasben panggil nurse sebab tak tahan sangat. Dorang pun datang and cakap doc ratna dah on the way. Aku sempat la merengek cakap "sakit sakit". Mujur nurse baik, dorang layan je la. Nurse tu cakap, ye sakit. Kejap ye puan. Sambil pakai gloves.nampak doc ratna pun dah ready.

Pastu dorang tegakkan katil tu bagi separuh (which is different from previous birth, dulu aku meneran dalam keadaan separuh baring). Sempat gak doc ratna ajar nak push. Pastu dia suruh hasben pegang bahu then bermula sorakan dari doc ratna and nurses. First teran biasa la tak jadi. Dengar doc ratna suruh nurse amik gel pelincir, kiranya dia bantu untuk bukak jalan. Kali kedua push, doc kata dah nampak rambut and kali ketiga pufff keluar. Terus rasa panas and mcm ada air je keluar banyak. Masa ni doc suruh stop teran. Dia cakap baby akan keluar sendiri. Nampak la si elisya seketul keluar. Lepas tu nurse letak atas dada aku mcm blur. Time ni dah lalok la. Cuma dengar la doc cakap, peluk baby awak. Pastu dengar lagi doc suruh hasben potong tali pusat then aku tidur. Sedar2 je nurse dah ready nak tolak g bilik.




Tu dia si budak debab.muka kembang habis.belum mandi lagi ni.nurse just bersihkan & bawak datang bilik untuk bfeed.sempat la bagi sikit jer.pandai pulak si elisya ni menyusu.tak payah ajar 😋.
Bila kat bilik baru teringat kenapa la tak amik pic waktu lepas bersalin tu.huhu.terlepas moment tu.dah la masa tu lalok,so scene drama dalam labor room pun takde sebab tidoq right after meneran 😂.




Elisya dengan tok dah.alhamdulillah mak ada sekali.berkat doa semua kelahiran kali ni dipermudahkan.baby pun sihat walafiat.

Tak lama pastu nurse datang check out if nak top up susu formula.aku suruh ja nurse bagi sebab aku pun letih dengan tak makan apa.kesian baby confirm la tak kenyang.lepas ni balik rumah hadap la susu badan gelen-gelen 😊.



Muka kurang kembang ,nampak kecut sikit 😘 .Ni dah mandi wangi dah.baru nampak muka sebenar.sebijik la kakak eryna waktu baby cuma Elisya ni kulit merah.

Elisya bermaksud berpegang teguh kepada Tuhan,lahir 14 April 2017 ,jam 1313 pm, hari Jumaat.👧




Kakak eryna mai melawat adik.suka dia tengok finally,adik dah keluar.dok geram ja dia tu.




My two angels -time ni belum botak lagi. Excited sungguh eryna, satu tadika dia cerita pasal adik.orang baru nak ada adik la katakan.hari-hari adik kena gomol.nasib la dik, ada kakak over obsessed.semoga both menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindungan NYA.

💋.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...