LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Sunday, January 15, 2017

Munich part 2

As salam.

So yeah,sambung la entry Munich..dah tertunda dari tahun lepas dah ni 😰.

Masa kami travel sana,time tu bulan puasa.so kat sana puasa 19 jam.sahur habis pukul 245 pagi and berbuka 915 malam.subuh dalam pukul 3 pagi.tapi,yang pelik tu,siang dia pukul 5 pagi.bukan la jam 3 pagi dah terang benderang.subuh pun pendek jer.sebab tu,sepanjang kat sana,bangun sahur around 215 ,lepak jap pastu subuh and tido balik.

Dalam pukul 630 am nanti hasben dah kena keluaq nak p kerja.time tu,eryna pun dah bangun and kami siap-siap jugak,nak keluaq jalan-jalan.hihihihi.

Kalau tanya safe ke tak,yes,munich ni selamat ja.hotel kami stay ni tak la dekat sangat dekat town,ibarat kami duduk di area selayang,pastu naik train ke klcc.gitu la lebih kurang.

Dari hotel tu,jalan kaki ke stesen Riem dalam 15 mins.cuaca sejuk kena pakai coat.best sangat,memang betul feeling salam perantau.awal pagi,bagi eryna breakfast dulu, ( since puasa,hotel siap tapaukan untuk kami makanan,tapi benda-benda healthy la macam susu,yogurt,buah,muesli .nasi lemak semua dalam igauan saja ).

Sebagai persediaan bawak budak kecik ni,berdua pulak tu,memang dah standby la segala snack,choc and paling dia suka kat sini kinder bueno. surprise egg depa lagi gempak dari kita.siap dapat figurin yang besar and best.suka la dia pau..kat sini lain sikit kinder bueno dia.mujur lain,kalau tak jenuh la nak beli,dah la seketui tu RM4...

Apa tempat yang menarik yang boleh visit kat Munich ni :

Marienz-planz.




Ni tempat wajib la kena singgah.in fact ,train kami akan lalu kat sini.main stesen adalah Houtbahnhof.sebelum sampai Hbh tu,akan lalu marienz-planz.

Apa apa kat sini ?

Tempat pelancongan utama.Marienz-planz ni nama bangunan yang dijadikan train station.kat europe kebanyakan nya macam tu la.binaan dia cantik and unik.so,dekat dataran ni la,korang akan nampak ramaiiii pelancong lepak-lepak sambil bagi burung makan.

Ada jugak yang jadi statue.pakcik ni paling best,ingatkan patung,rupanya orang betul.so sapa nak bergambar ,sila la hulur duit.
Kat sini ada gak yang mengemis,macam pelik pulak tengok mat salleh mengemis.abis tu,dah p europe ,takkan nak jumpa muka orang asia pulak kan.huhuhu.yang penting depa buat hal sendiri and tak kacau orang.




Kat marienz ni ada hard rock cafe,pastu ada banyak muzium.yang suka sejarah sesuai la.macam aku,tak minat satu,tapi nak masuk tak tercapai sebab eryna tak nak.hewhew.dia suruh je la mak dia tolak stroller tu,aku pun berjalan je la dari satu street ke another street.konon masa tu nak cari butik designer la.nak try masuk.kat malaysia tak berani masuk sebab sales kat malaysia ni berlagak macam kan depa kerja kat kedai bapak depa.kalau p luar,orang layan baikkkk jer.dengan sesama depa pun baik jer.kita ni pulak ,dengan orang sendiri berlagak ,dengan orang luar nak tunjuk hebat.ha,kan dah mengumpat +_+.

Ada few butik designer macam LV, Tods,Prada,Gucci and so on.aku masuk la jugak nak feeling jer.hihi.baik jer depa layan tu yang suka tu.first time merasa yer masuk butik..maklum la selama ni pakai henbeg coach ,Mk and Mbmj jer.tu pun beli kat factory outlet.kahkah.

So yeah,banyak la kedai ,butik and cafe along the road.ada H &M and ada la masuk few shopping malls nak beli choc.kalau nak tau,kat german ni memang banyak pilihan choc and murah.sedap pulak tu.dulu,masa kerja dengan boss german,dia selalu belikan choc everytime dia balik berlin.so,dah tau nak beli choc mana sebab en boss selalu belikan choc yang confirm takdak alcohol.maklum la,ingredient in german bukan english.




Kalau jalan seharian kat sini memang penat la.actually,kalau lost,korang boleh jugak join walking tour.ada yang berbayar and ada yang free.kalau nak try yang free, boleh cuba contact sini.haritu nak try,dah dapat confirmation e-mail dah,tapi sampai ke sudah tak jumpa yang mana satu group tu sebab ada few group yang offer walking tour tu.takut silap.basically ,walking tour ni akan bawak p tempat bersejarah kat area sini.

Since aku ada 4 hari full untuk merayau di munich dengan eryna alone,so aku tak la pulun nak pergi semua tempat.penat la jugak since puasa.bukan lapaq ,cuma letih tolak stroller.haha.mujur eryna ok.sebab tu,hari-hari keluar awal pagi,pastu by 2pm dah balik bilik tidur.siang kan panjang,sementara tunggu hasben nak berbuka nanti,kami bantai la tidur dulu,hihi.eryna as usual mandi bath tub la kerja dia.

Lepas tu,hari yang seterusnya.aku ajak eryna naik bus hop on hop off.at least dapat la visit tempat lain yang jauh dari Marienz ni.kalau nak naik train agak bertabah la nak bawak eryna..

Nanti kena cerita next entry sebab tetiba macam dah panjang sangat post ni.hahaha.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...