Wednesday, July 27, 2016

Hello Munich

As salam.

Sebelum entry tergendala lagi,nak cerita pasal Munich la pulak.ok,ni kira rezeki eryna la.tahun ni dua kali dia dapat p oversea.tak disangka jugak tiba-tiba hasben bagitau dia dapat offer p course kat sana.aku masa tu takder la excited sangat sebab bila tengok date,jatuh bulan puasa.bila goggle tengok,tu dia...puasa 19 jam.pitam woh.

Lepas tu,date makin dekat,tapi belum dapat approval.itinerary semua takdak.since course ni bukan under company hasben ,( full sponsor dari vendor ),so susah la nak tau details.

Until la lebih kurang seminggu sebelum date course tu,baru dapat e-ticket.aku pun tak beli tiket sebab selagi dia tak dapat,takkan aku nak beli dulu.kami pulak plan nak extend dalam 4 hari kat sana....

Hari-hari check harga ticket kat skyscanner .mahai giller,kecuali Oman Air.nak dijadikan rezeki sangat la, airlines lain semua dah RM 3,000 ke atas per pax..emirates,etihad,KLM kecuali Oman Air.rupanya depa buat promosi, RM 1,600 KUL- Munich-KUL untuk seorang.kalau 3k sorang memang tak p dah kot.sebab nya dok pikiaq masa tu,nak extend stay ,so mesti la kena bayaq sendiri kos hotel.dengan makan lagi,train....itu saja dah berapa.maklum la,duit kita kan jatuh teruk.

Masa kami tukar tu , EUR 1 = MYR 4.66.giler la.dah la baru balik dari Japan, hutang lama masih ada woi.lagi nak p europe pulak.hewhew...

So,yeah in one week, beli tiket untuk aku dan eryna.tak kisah la naik separate flight,bukan tak biasa naik nak peghak ( jakun ) bagai.cuma bab nak jaga eryna ja la dalam flight and transit.
Lepas tu,book hotel untuk extend day ( extend Munich dua hari and Austria dua hari ).yang under company depa bayaq hotel 5 hari jer.so,total kami kat sana termasuk travelling day lebih kurang 10 hari...







Since flight kami tak sama and masa pun tak sama, hasben naik Etihad hari sabtu malam.sampai Munich waktu sana pagi.german lambat 6 jam dari Malaysia.

Kami pulak,naik Oman Air dari KL hari ahad, pukul 930 pagi.sampai Munich malam.total flight dalam 12 jam ( 6 jam ke Muscatt and 6 jam ke Munich ).mujur transit kat Muscatt sejam lebih ja.kalau tak haru jugak sebab kalau atas flight at least eryna boleh layan frozen kat tv tu..maklum la,epot Muscatt tu ibarat epot subang ja,kecik...




Tadaaaa...dah sampai airport.tunggu sejam..rupanya laki aku ni bijak.dia tak tau epot ada wifi,dia dok menunggu dekat terminal lain.aku dekat terminal lain.mujur tergerak hati nak jalan ke terminal lagi satu.time ni,cuaca sejukkk jer.pukul 730 macam tu kot.malam tu ada game German vs Poland kot ( yo yo jer tibai ) ,Euro 2016 ,meriah depa buat ala-ala live stadium kat situ.game tu german menang.




Dari epot ke hotel kami duduk tu,naik train dalam 45 mins macam tu.dari station keretapi kena jalan kaki dalam 15 mins.macam jauh,tapi ok ja sebab cuaca pun windy..tak penat sangat jalan.eryna naik stroller,so,lagi mudah.
Hotel ni vendor yang book.so,jangan banyak bunyik nak complaint jauh bagai,dah la menumpang.ahaks.




Hotel nampak tak fancy ,ala-ala kotak ja.tapi dalam cantik.Betul-betul sebelah dengan office Dell.ada few offices jugak macam Allianz and  hotel Ibis.
Nama hotel NH Munchen Conference OST.
Yang best tu,even hotel sebelah dengan office building,takdak pulak macam crowded atau hiruk piku,instead rasa macam takdak orang ja.agaknya depa ni lunch dekat cafe office je kot.takdak kuaq makan macam kita ni.

Besar jugak bilik depa bagi.cukup la untuk kami tiga.nak stay 5 hari kat sini kan.
On the last day tu,kami bayar sendiri sebab extend nak p Austria the next day.nak cari hotel lain macam leceh jugak sebab harga makin mahal.basically, bilik kat sini harga dalam RM350+.
Itu pun dalam last minute discount,booking kat booking.com,seminggu sebelum arrived Munich.







Sunyi ja tapi aman tenteram.cuaca sejuk around 20'c ,wow best sangat.tempat kami duduk ni,station dia "Reim"..dekat jugak nak ke town.Naik train,dalam 15 mins jer.Munich ni ibarat key ell,tak la besar mana and sangat easy access by train and bus.taxi mahal ok,so,jangan buat pasai nak naik pulak.


Bawak la segala macam makanan sebab puasa kot ingat kebulur nanti.padahal takyah bawak banyak pun takpa,sebab bila puasa dah sah-sah makan sekali ja.time soq dah tak berapa nak makan sebab baru ja buka puasa at 915 pm, tiba-tiba sahur pulak.soq abis pukul 245 am.selalunya ,lepas soq,solat subuh pastu tidur balik.pukul 6 am dah cerah.kami pun sama bangun.laki aku and team dia bangun p course la,aku and eryna nak p merayap sekitar Munich.


Nanti aku cerita lagi apa la aku and eryna buat berdua sepanjang kat Munich ni.hehehe.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...