LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, July 27, 2016

Hello Munich

As salam.

Sebelum entry tergendala lagi,nak cerita pasal Munich la pulak.ok,ni kira rezeki eryna la.tahun ni dua kali dia dapat p oversea.tak disangka jugak tiba-tiba hasben bagitau dia dapat offer p course kat sana.aku masa tu takder la excited sangat sebab bila tengok date,jatuh bulan puasa.bila goggle tengok,tu dia...puasa 19 jam.pitam woh.

Lepas tu,date makin dekat,tapi belum dapat approval.itinerary semua takdak.since course ni bukan under company hasben ,( full sponsor dari vendor ),so susah la nak tau details.

Until la lebih kurang seminggu sebelum date course tu,baru dapat e-ticket.aku pun tak beli tiket sebab selagi dia tak dapat,takkan aku nak beli dulu.kami pulak plan nak extend dalam 4 hari kat sana....

Hari-hari check harga ticket kat skyscanner .mahai giller,kecuali Oman Air.nak dijadikan rezeki sangat la, airlines lain semua dah RM 3,000 ke atas per pax..emirates,etihad,KLM kecuali Oman Air.rupanya depa buat promosi, RM 1,600 KUL- Munich-KUL untuk seorang.kalau 3k sorang memang tak p dah kot.sebab nya dok pikiaq masa tu,nak extend stay ,so mesti la kena bayaq sendiri kos hotel.dengan makan lagi,train....itu saja dah berapa.maklum la,duit kita kan jatuh teruk.

Masa kami tukar tu , EUR 1 = MYR 4.66.giler la.dah la baru balik dari Japan, hutang lama masih ada woi.lagi nak p europe pulak.hewhew...

So,yeah in one week, beli tiket untuk aku dan eryna.tak kisah la naik separate flight,bukan tak biasa naik nak peghak ( jakun ) bagai.cuma bab nak jaga eryna ja la dalam flight and transit.
Lepas tu,book hotel untuk extend day ( extend Munich dua hari and Austria dua hari ).yang under company depa bayaq hotel 5 hari jer.so,total kami kat sana termasuk travelling day lebih kurang 10 hari...







Since flight kami tak sama and masa pun tak sama, hasben naik Etihad hari sabtu malam.sampai Munich waktu sana pagi.german lambat 6 jam dari Malaysia.

Kami pulak,naik Oman Air dari KL hari ahad, pukul 930 pagi.sampai Munich malam.total flight dalam 12 jam ( 6 jam ke Muscatt and 6 jam ke Munich ).mujur transit kat Muscatt sejam lebih ja.kalau tak haru jugak sebab kalau atas flight at least eryna boleh layan frozen kat tv tu..maklum la,epot Muscatt tu ibarat epot subang ja,kecik...




Tadaaaa...dah sampai airport.tunggu sejam..rupanya laki aku ni bijak.dia tak tau epot ada wifi,dia dok menunggu dekat terminal lain.aku dekat terminal lain.mujur tergerak hati nak jalan ke terminal lagi satu.time ni,cuaca sejukkk jer.pukul 730 macam tu kot.malam tu ada game German vs Poland kot ( yo yo jer tibai ) ,Euro 2016 ,meriah depa buat ala-ala live stadium kat situ.game tu german menang.




Dari epot ke hotel kami duduk tu,naik train dalam 45 mins macam tu.dari station keretapi kena jalan kaki dalam 15 mins.macam jauh,tapi ok ja sebab cuaca pun windy..tak penat sangat jalan.eryna naik stroller,so,lagi mudah.
Hotel ni vendor yang book.so,jangan banyak bunyik nak complaint jauh bagai,dah la menumpang.ahaks.




Hotel nampak tak fancy ,ala-ala kotak ja.tapi dalam cantik.Betul-betul sebelah dengan office Dell.ada few offices jugak macam Allianz and  hotel Ibis.
Nama hotel NH Munchen Conference OST.
Yang best tu,even hotel sebelah dengan office building,takdak pulak macam crowded atau hiruk piku,instead rasa macam takdak orang ja.agaknya depa ni lunch dekat cafe office je kot.takdak kuaq makan macam kita ni.

Besar jugak bilik depa bagi.cukup la untuk kami tiga.nak stay 5 hari kat sini kan.
On the last day tu,kami bayar sendiri sebab extend nak p Austria the next day.nak cari hotel lain macam leceh jugak sebab harga makin mahal.basically, bilik kat sini harga dalam RM350+.
Itu pun dalam last minute discount,booking kat booking.com,seminggu sebelum arrived Munich.







Sunyi ja tapi aman tenteram.cuaca sejuk around 20'c ,wow best sangat.tempat kami duduk ni,station dia "Reim"..dekat jugak nak ke town.Naik train,dalam 15 mins jer.Munich ni ibarat key ell,tak la besar mana and sangat easy access by train and bus.taxi mahal ok,so,jangan buat pasai nak naik pulak.


Bawak la segala macam makanan sebab puasa kot ingat kebulur nanti.padahal takyah bawak banyak pun takpa,sebab bila puasa dah sah-sah makan sekali ja.time soq dah tak berapa nak makan sebab baru ja buka puasa at 915 pm, tiba-tiba sahur pulak.soq abis pukul 245 am.selalunya ,lepas soq,solat subuh pastu tidur balik.pukul 6 am dah cerah.kami pun sama bangun.laki aku and team dia bangun p course la,aku and eryna nak p merayap sekitar Munich.


Nanti aku cerita lagi apa la aku and eryna buat berdua sepanjang kat Munich ni.hehehe.

xoxo.


Monday, July 25, 2016

Eryna first day tadika

As salam.

Awal tahun hari tu dah decide, umur 5 years baru nak hantar p tadika.so,maintain la eryna dekat taska until la seminggu sebelum raya ,cikgu suruh tumpang tadika pulak.tadika tu tak jauh dari taska lama.sebab taska lama tengah renovate,jadi budak-budak yang 3-4 yrs ni cikgu mintak tumpang tadika.

So,bila dah lama kat tadika,and jumpa semula bestfren dia,eryna demand nak join tadika.dia kata,nak study.wah,rajin sangat ,siap balik rumah asyik belek buku and coloring.dia asyik cerita,kakak darina ( her bestfren tapi beza setahun ) masuk kelas,ada buku,baju cantik and etc etc.itu jer la.

Then,kami pun tanya dia betul-betul if she really serious nak g school.dah serupa tanya gaya macam nak masuk uni pulak.padahal....yer la,kalau boleh nak dia enjoy jer her age tu.skang ni kat taska tu,ala-ala playschool ok jer dia.dah boleh hafal few surah,abc dah kenal lama dah.cuma,notice la eryna kata dia boring,so dia nak belajar.gitew....rajin sangat ..semoga terus la semangat kerajinan tu.

After giving a thought,so we decided to enroll her.kira start school august 2016.takper la,tak lama lagi dah nak masuk 5 yrs pun.yuran register RM 1,150.monthly RM 550.kira still ok compared to other tadika ,ada lagi mahal...student pun ada 30 orang jer.cikgu ada 3 orang and 2 orang helper.tadika ni baru set up,sister company her previous taska,yang penting kenal owner and eryna happy p sekolah.and let's see her progress next year.




This morning mengamuk pulak tak nak pakai school uniform.haritu bukan main excited masa cikgu bagi baju tu.tak sabar-sabar.dah pujuk ok pulak,tapi still tak nak amik pic.eleh,ada ku peduli,harus la ambik banyak-banyak put here.so,that if u able to read this later,u will know how 'sweet' you are.





Ambik banyak-banyak.muka bengang.haha.baru ja plan nak snap together.ish,geram..tunggu la esok kot dah ok sikit.monday blues la tu.






Belajaq rajin-rajin na.yang penting eryna happy and tak stress dah cukup for us.we always pray for your happiness and success. :).dah pakai elok-elok sibuk lagi dok menyusu botol tu.lepas ni nak train guna cup pulak.saja tu bukan takdak beli pun.





Btw,yang ni during her open house on friday.after open house dekat office,mintak balik awal nak join the open house.punya la excited,mama sampai pun tak perasan sibuk dengan kawan-kawan.





With her besfren, darina.nampak ja macam tak cakap,tapi lepas tu masing-masing ha,buat sepah kat school.bukan main lagi depa berpakat.haritu pun dapat jumpa mama darina,dia pun dah kenal eryna.mana taknya,anak dia pun asik sebut eryna ja kat dia.





Seronok ambik moment macam ni,nanti depa dah besaq,rindu nak tengok balik.dulu-dulu,zaman tak canggih macam sekarang.tapi tu pun dapat tengok pic kita zaman dulu sebab mak ayah kita pun macam kita,excited anak-anak masuk sekolah,cuma depa tak dapat nak upload ja..as parents,semua pun nak yang the best kan.so,tak kisah la hantar anak kat mana pun,jangan la kita pertikai.yang penting anak selesa sebab yang nak face through the challenge pun budak-budak tu,kita as parent,cuma boleh tolong guide and advice.apa-apa pun,semoga Allah sentiasa lindungi anak-anak kita semua :).

xoxo.

Friday, July 22, 2016

Hari Raya open house ( tumpang menyibuk )

As salam.

As usual, every year without fail,kalau ada jemputan hari raya di opis ni,i takkan pernah tak p.rugi la ,makan free tapi tak nak join.even jamuan hari raya kat club house di rumah ni pun i tak pernah miss.itu sebab tiap-tiap bulan bayaq maintenance so,adalah rugi kalau tak join.tapi,tahun ni tak nampak banner lagi untuk open house raya.next week kot.

So,last week ,dapat la invitation dari  WB untuk dorang punya open house.sharp at 12 pm,muka kami dah standby kat lift.ehek ehek.dah la tu,the first group yang start the jamuan.tetamu lain macam pandang sesama sendiri tak sure sapa nak start dulu.by the time,kami start,baru depa follow.





Sempat tour the office.cantik sangat deco WB ni tau.arrangement nya ,ikut design WB kat states.dorang kan baru bukak opis kat msia,pak jibby yang datang launch last year,rasa nya a month before tan sri zeti left bnm.

Hari ni pulak,bnm invite for their raya open house.apa lagi,semangat la g beraya.kami pakat pakai baju kurung.one of my chinese colleague, pun pakai baju melayu.siap samping.pink lagi kau.

Pic makan tadek sebab sibuk queue makanan.orang ramaiiii kot.peluh ketiak tunggu.siap tapau buah mata kucing and rambutan bawak balik opis.kenyang la makan macam-macam.teh tarik jer dua gelas.esok kena sambung posa enam dah ni.tinggal lagi 3 hari termasuk puasa ganti.





Layan je la gambaq kami ,satu malaysia.








And yours truly.saja up pic ni sebab nampak slim.wakakaka.rahsia nya...tangan kena cekak di pinggang :).

xoxo.



Wednesday, July 20, 2016

raya cara kami

As salam.

Sebab entry raya mesti ada tiap-tiap tahun, so,buat jugaklah untuk tahun ni.supaya ada kenangan sendiri.baru tau,ooo tahun ni baju kaler biru rupanya.gituuu...

Tema baju tu,bukan kemestian pun.tapi,since setahun sekali ja pun tailor baju (most of baju beli online ja ) ,bila hasben offer nak bayarkan kain masa dia carik kain baju melayu kat Jakel tu,so i on jer la.lagi bagus.

Agaknya tengah in kot ,design pucci inspired tu kat Jakel.cantik and nampak kelas gitu.cuma,yang tak best nya,sehari lepas aku beli,singgah modvier,tengok ada brand mana entah,design yang sebijik sejebon tu la dia buat kain lengkap sepasang.uhuk uhuk..ni lah dia malas nak beli kain corak-corak sebab kalau sama dipakai macam krik krik krik sangat.kalau kain kosong sama kaler still ok lagi,boleh lagi buat muka seposen,tapi kalau corak sama,rasa macam nak balik rumah salin baju time tu jugak,hew...hew...

Tahun ni turn rumah sendiri ataupun #teambalikperlis #teamrumahsendiri gitew.suka betul orang hashtag ni kan.hehehe.kami takdak masalah pun sebab kampung tak jauh.so,jumaat dah gerak balik.sabtu bukak rumah parents.ahad & isnin berbuka rumah mertua.selasa balik semula sebab rabu dah raya #yeay #yeay.

Raya rumah sendiri of course lebih happening sebab kami suka bersembang dan riuh.kalau rumah mertua ala-ala krik krik sikit sebab depa pendiammmm banyak.baru la merasa meriah beraya bila bising hiruk pikuk.hiks.malam raya tu makan sup gearbox ,nasi tomato and daging.yumssss...

So,on first raya my sis masak bihun sup with sup gearbox tu la.daging fresh baru sembelih..aduhhh sedap sangat.lepas tu  singgah rumah mertua sat beraya.pastu pusing balik rumah.macam la selalu nya pun.pindah randah macam nomad.






Posing pagi raya.ni la baju yang ada brand jual jadikan skirt tu.tapi,so far belum jumpa lagi orang pakaid design ni.so,legaaa ahkak +_+.eryna baju tailor jugak.kain tu masa beli kat jepun.ngam-ngam ja sebab depa jual 2 meter.tu pun nasib dia nak pakai sebab design rabbit.i have few pcs kain beli kat japan haritu still tak antar tailor.nak buat blouse ja nanti.




Our little family.still "strong" and "storm" at three.banyakkkk gila pancaroba ,tau-tau dah 5 tahun dah.eryna pun dah nak masuk 4 tahun.orang pun sibuk tanya bila nak tambah adik.eh,sibuk la kau,at least takdak rezeki anak ( which we lost last year ), dapat rezeki lain,contoh : rezeki holiday and rezeki tak kepoh pasal urusan orang lain.LOLsss... :).

time ni eryna buat perangai menangis nak apa entah.malas aku nak layan.kejap ok,kejap tak ok.tapi,time orang bagi duit raya,elok pulak dia.+_+.





Kami adik beradik 6 orang termasuk anak sedara baru,baby afiya.tahun depan ada lagi sorang menyusul,insya allah.





Family belah ayah pulak.tapi ni baru 2 family.kalau campur semua adik-adik ayah ada lagi ni.tak cukup ruang nak masuk kamera.





Dengan sepupu-sepupu.kebetulan tahun ni sama-sama ber neelofa and baju pulak nak dekat sama.hiks.terserlah drumstick aku di situ.harapan nak kurus semakin menipis.

Itu jer la cerita raya,setiap tahun hampir sama.yang penting dapat berkumpul dengan keluarga.kami balik ke kl semula hari isnin,jalan pun tak berapa jem.dengar-dengar yang balik sabtu & ahad kematu habis duk dalam keta...mujur jugak dapat cuti,dah la baru ja cuti tak sampai 2 minggu.tapi,kalau tak dapat cuti sampai isnin tu,memang dah plan kena gak emergency leave.tak sanggup cheq nak hadap jem woh. :).

So,dah start puasa enam ka.alhamdulillah,i dah masuk hari ke 4 puasa,ada lagi 4 hari sekali dengan puasa ganti.teruskan jer la alang-alang puasa.nanti kalau lama-lama tunggu nak dekat puasa tahun depan baru sibuk nak puasa.

xoxo.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...