LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, March 25, 2016

company event -gambar dengan governor

As salam.


Salam jumaat.rasa macam baru keluaq gua.lama menyepi tak tau nak publish mana dulu.buat entry sekerat jer.ada entry japan tak habis lagi.tengok dekat draft,ooo pic belum transfer.patut la.wajib habiskan japan untuk kenangan sendiri.ramai jugak kengkawan yang mintak itinerary and siap ada yang ajak jumpa sebab mintak advise.boleh la bukak travel agensi nanti.ekekekeeke.maybe sebab kami pergi sendiri tak guna agen so ramai berminat.so,kalau nak mintak itinerary ,just let me know nanti i send kat e-mail.

Nak cerita ,haritu ada celebration untuk office yang i kerja sekarang ni.ofis ni dah officially dapat international organization status kat malaysia.so,ada la celebrate sikit.yang paling ditunggu adalah sebab tan sri zeti ,yes the best governor in the world ada as vip guest.

Dari awal majlis,i aim nak amik pic dengan dia jer.some more her term will be ended soon.kira macam ,this is the best time since this is our event.kalau event bnm tu,memang susah la nak amik pic.tan sri selalu jer attend the event macam raya celebration, cny,deepavali.semua i pegi and dia pun ada,tapi sebab protokol so tak boleh amik pic sama.

Time ni,masa tan sri masuk hall,hati dah dup dap dup dap gitew.aura dia kuat betul,hall tetiba senyap sunyi and semua fokus kat dia.i dah selamba masa ni,ajak my colleague pergi greet her.dapat salam jadi la.hehe.





Tersengih u olls.dapat salam pastu tak tau nak cakap apa.tan sri pulak senyum jer dia.dah tak ingat apa aku merepek kat situ,dia angguk-angguk jer.masa ni takleh nak amik pic sesama,so mujur ada colleague ambikkan.dapat la kandid nampak macam tengah bersembang sakan la padahal........




During her speech and her last word to us.lepas ni,new governor akan ambil alih.how i wish she will continue her term.orang-orang bnm pun ramai nak dia.i teringat ada this one governor from one counrty ( dah tak ingat sapa ) ,masa tu kami ada event ,and that governor participate.he said,malaysia is so lucky to have zeti as our governor.she is the best among the governor in the world.

Dah habis speech semua and hand over the agreement with our ceo,dorang duduk semula kat kerusi.masa tu i dah macam cacing,hahaha,tak menyabaq nak amik pic.eh,bukan i sorang la,orang lain pun.tapi,the ceo keeps talking to her.macam tak boleh interrupt.but, finally we manage to get the pic with her.



The closest that we manage to take with her.auw,paling best dalam sejarah.bukan senang beb nak bergambar macam ni.she is very sporting.dah la lembut,sopan jer orang nya.




Us again,kali ni berdiri pulak.time ni i tengok ada few extrernal people dah usya-usya ,eleh nak join lettew.tapi depa segan kot sebab bukan event depa .ahaks.




Last but not least ,atas stage pulak.kecoh betul masa ni.haha.i, as usual amik spot yang best-best baru la nampak.duduk jer kat tangga ala-ala ayu gitu kan.dari jauh pun orang nampak sebab kaler tudung.hahahaha.





With the deputy .kalau ikut hierarki ,he should hold the position but anything can happen kat malaysia ni kan.maklum la................

Apa-apa pun,i must say,this is the sweetest moment in my life.to be pictured together with someone whom i admired.sebelum tan sri balik sempat salam lagi sekali and wish her good luck and all the best gitu.balik rumah senyum sampai telinga.pastu laju-laju update FB nak show off.riak sangat.hahaha.

xoxo.




Wednesday, March 2, 2016

Bye-bye titi -tutu.

As salam.

Tetiba citer japan dah off.tunggu la mood rajin datang kembali.tuan blog nak kena amik exam next monday.bercinta betul la dengan acca ni.kalau ikut hati,dah malas ,dah give up.tapi,bila ingat kan eryna,terus la jangan mengalah.so that nanti,bila eryna tetiba wat malas nak study,mama boleh cakap macam ni " mama dulu,dah tua pun still belajaq tau".




By the way,nak bagitau ,tortoise 3 ekoq tu dah takder dah.harap nya depa sihat ler.kisah nya ,masa nak p cuti tu la,takder sapa nak jaga.mula-mula nak bagi dekat adik ,tapi dia takmo.orang bujang lagi la ,balik rumah pun dah pukul berapa .pastu ,takut dia terlupa la pulak,tak memasal aniaya haiwan tak bagi makan.

Nak bagi dekat adik ipaq,dia pun sama la takmau.kawan-kawan pulak,takut menyusah kan ler.so,we decide to let them go.huhuhu.
Si tutu kan dah gemok.masa beli dulu,kecik comel jer.pastu kuat makan.semua benda dia nak konker.macam kakak kawasan la dalam tu ( ke abang kawasan,tak sure jantina ).yang 2 ekoq tortoise tu pulak kan new comer,depa banyak la mengalah mula-mula.tapi,tak lama tengok boleh tahan ganas la.kekadang kalau lambat bagi makan,punya la bising dalam cage.

Tak ingat la ada cerita ke tak ,yang titi dah meninggal.so,bila dia takder,kami beli baru.so that tutu ada kawan baru.beli 2 ekoq terus dekat cheras kot rasa nya.ada cerita time beli titi and tutu je dulu.lepas tu takder citer dah.tetiba dah gone.ishhhh..
Titi tu suicide ke apa tak tau ler,sebab balik kerja nampak tetiba dia duduk jer kat batu tak gerak.bila angkat,ringan giler badan dia.rupanya dah gone.sian dia.baru perasan la a day before dia tak makan.si tutu syok ler perabis semua makanan.pembuli la dia.ke titi tu sakit tak tau ler masa beli tu.

Anyway,hari kami nak p epot tu,terus basuh cage depa.busuk nyer hai sebab depa kuat makan and kuat berak.ishhh.tiap-tiap hari nak kena basuh.kalau dulu basuh 3 -4 hari sekali ,sejak depa kuat makan,hari-hari dah.kalau tidak,busuk hoiii.eryna time mandi tu suka la dia.di buli nya haiwan tu.suka suki dia jer.dah la tak geli.siap letak dedak atas tangan dia,feeling ala-ala merpati atau arnab pulak.kena gigit baru tau.





Aha,dah siap basuh semua,letak depa dalam tupperware ,letak dedak and depa ikut kami sekali p epot.haha.tak tau la adik ipaq letak kat kolam/tasik mana.hasben kata,kalau letak kat tasik besar,takut kena makan dengan ikan.huhu.actually,nak lepas kat tasik dalam kawasan apartment ni,dekat dengan swimming pool tu,tapi tu la dah kalut siap malam tu,tak sempat.and hampir terlupa.mujur teringat ,kalau tidak memang mati la depa 7 hari tak makan.

Harap nya depa dapat la survive sebab haiwan macam depa ni jenis di bela,tak biasa hidup dunia luar yang penuh pancaroba ( kah ) +_+.tetiba teringat cerita nemo pulak,time dia lari dari akuarium masuk laut.agaknya depa macam tu kot.

Eryna pulak,balik cuti tu,dia tanya jugak,tapi dah cakap bagi kat pakcik.lagipun dia nampak malam tu kami bawak depa sesama,so,dia paham.cuma dia frust la kot tak dapat pet.tapi,dia bukan nya jaga pun.dok buli ada la.lepas ni,nak bela apa pulak ekkkkk..

xoxo.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...