LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, January 7, 2016

Tahun baru 2016

As salam.


Selamat datang 2016.
Dah masuk seminggu lebih new year,berhabuk sawang blog tak terupdate.
Btw, setiap tahun pun tadek specific azam.just tambahkan /gandakan apa yang kurang,and cuba improve lagi dari tahun lepas.yang pasti,azam nak kurus tu setiap tahun masih sama.hahaha.

Haritu cuti lama,start 24 dec sampai la monday, 4 jan masuk opis.memang lemau sangat la.baca e-mail pun rasa nak muntah.penangan tak masuk opis lama macam tu la.
Apatah lagi budak nak masuk sekolah balik kan.mesti sama ler malas tu.sebulan cuti pulak tu.

I tak ingat sangat la if rajin g sekolah ke tak.mungkin sebab adik beradik ramai,dah terbiasa awal pagi kena kejut nak queue toilet .pastu,pukul 7 pagi dah kena keluaq sebab ayah kan cikgu.dia kena hantar kami dulu la,last sebelum masuk opis dia.dah la anak sekolah lain-lain.

Anak-anak zaman internet ni,mak apak penuhkan timeline dengan pic anak-anak.nanti bertahun lepas tu,ada memory boleh tengok lagi.
Agaknya kalau zaman aku dulu ada internet,mesti mak dah upload kat FB dia.haha.mujur la takder sebab berlengas giler oi zaman dulu.pakai skirt jer -pinafore g sekolah.seingat aku,darjah 4 kot baru start pakai baju kurung.tudung pakai bila masuk tingkatan 1 sebab sekolah agama.
Nanti nak kena scan pic zaman dahulu kala.memang legend.
Budak zaman sekarang comel jer,beg pun kartun bagai.dulu beg standard kosong jer.hehe.


Budak kat atas ni,we finally decided tak payah la hantar sekolah lagi.actually haritu dah p survey kat tadika,owner yang sama dengan taska sekarang .i nak hantar dia,sebab half day jer pun,tapi apak dia kata,tak payah lagi la.tunggu la 5 tahun.nanti hidup kena study jer,kang stress.boleh pulak gitu.huhu.and as for me,ok jer sebab current taska ni pun,ada jer module belajar.dah kenal rumi,dah boleh hafal surah.ok la tu.budak sekarang kan cepat jer tangkap,eryna ni,tengok kartun robocar poli versi korea kat youtube tu pun tetiba nak cakap korea pulak.haritu, nak cepat,tetiba dia cakap "mama,pali pali"..hahaha.pali tu maksud nya cepat in korean.kelakar pulak :).

Eh, nak cerita pasal balik kg dah melalut sampai ke mana dah.
By the way,i kat kampung tak lama.balik khamis pagi, merasa la jem 12 jam dalam keta.
Sabtu,adik lelaki bongsu bertunang and ahad ada kenduri doa selamat my sis buat sebab anak dia shafiq tu kan dah selamat operation.
Hari rabu kami dah gerak balik sebab mentua turun mai kl.heaven sangat sebab tak jem langsung.

Masa kami kat kg,terus plan buat jer passport.me and hasben nak kena renew.passport dah expired sept 2015.harga passport kan dah diskaun sekarang. RM 200 jer untuk 5 tahun.sebelum ni RM300 for 5 years.budak pulak RM100 jer.

Zaman dulu,kalau anak kecik,semua masuk sekali dalam passport mak.tapi,sekarang ni,budak pun ada passport sendiri.ingat lagi dulu,kami kan 6 beradik.so,dalam passport mak tu,ngam-ngam ada gambaq kami 6 orang.hahaha.berangan jugak konon gitu,tapi eryna pun ada passport sendiri.




Kihkihkih.the best shot from her.punya la payah nak ambik gambaq.kejap kang kiri tak centre,kejap kang kanan.pastu dah senyum elok-elok,dia p bergerak pulak.ada la dalam 5 mins gitu.siap nak wat peace pun ada.hahahah.last-last dapat la captured yang ni.telinga tak nampak sebelah .
Depa kata, bila muka dia dah berubah kena datang ambik gambaq lain.

Tak best la amik gambaq kat situ.dulu bawak sendiri pic kan senang.malas pulak bila depa dah amik gambaq pastu nak kena ambik lagi sekali.last-last guna jer la walaupun tudung herot berot.

So, alang-alang kat sana,tukaq mycard baru and driving license baru.untuk buat mycard baru,just bayar RM10.untuk driving license ,macam biasa la,setahun RM30.so renew sampai 2018.all brand new for 2016 +_+.

And yes,insya allah we are going to Japan ( osaka and tokyo ) on this feb.to be exact during chinese new year.so far,preparation dah almost 70%.tiket dah beli,hotel dah booked,passport settle.itineraries pun dah ada.pending beli tiket JRP ,shikansen and disneyland.semoga menjadi la cuti-cuti permulaan 2016 ni.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...