Thursday, January 21, 2016

Resipi shell out auntie nani yang confirm sedap dan sama rasa dengan restoren :)

As salam.
*gila kuasa betul tajuk*

Halluuu.haritu ada banyak seafood yang hasben beli dari kawan dia.fresh lagik.so,terus idea ting tong datang nak buat ala-ala shell out yang tengah hot in town tu.since we alls pernah dah makan kat shell out kota damansara tu,so,untuk masakan sendiri ni,agak la high expectation sebab dah tau rasa macam mana.debar nak masak,sambil berdoa,jadik la engkau macam shell out tu.






So,goggle la resipi sana sini.but mostly depa buat masak ala-ala ketam berempah.kira nya konsep yang di buat ala-ala shell out tu adalah makan longgok atas pelapik jer.hipster sangat bebudak sekarang panggil.makan tak yah pakai pinggan,longgok jer atas meja tu.orang tua tengok mesti marah,tak bersopan kata nyer..
I tak nak la resipi yang lain,kira nya nak,rasa semua sebijik sama shell out.kalau setakat nak lambak makan seafood atas meja tapi rasa tak sama,boleh je makan masakan lain atas meja tu.makan dalam talam pun lagi bagus,sunnah :)





To cut it short,finally i jumpa resepi yang bila di baca & tengok,hampir sama dengan shell out punyer.resipi ni i dapat dari mama si hanis zalikha,auntie nani.kalau sapa yang follow ig or blog auntie nani,mesti tau ,dia nyer resipi selalunya menjadi & sedap.tangan panas orang kata & kreatif,apa dia buat mesti jadi.sebab tu i yakin nak try ,selain daripada resipi dia yang nampak convincing dari resipi lain.oh ya,resipi lain tu,no hard feeling weh,just my pendapatan sajork >_<.


Jom tengok resipi.yang ini untuk 2-3 orang makan,kalau lebih orang,gandakan jer ikut suka.atau kalau nak kuah banyak,sila la tambah sekali ganda.


Ni bahan-bahan utama :






Bawang holland setengah biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 1 inci
Buttercup 
Daun kari
Sos tiram
Sos ikan
Rempah kari
Black pepper
Belacan
Cabai kering 5 tangkai
Udang kering
Kiub pati ayam
Lemon 
Seafood 
Vege ( brokoli, kentang,jagung - tapi tadek jagung ,so guna anak jagung jer ).

Bahan kisar :







Cabai kering rebus dulu kejap,potong dua so that biji senang tertanggal.lepas tu blend dengan bawang putih, sedikit belacan and udang kering.kat sini,korang kena pandai agak-agak.kalau nak buat untuk ramai atau nak lebih pedas,lebihkan cili kering tu.belacan dalam seinci jer.udang kering dalam sesudu.di larang guna cili yang dah siap blend and jual tu.nanti rasa lain sebab cili tu selalu dah siap blend dengan bawang bagai.


Bahan tumis :






Bawang holland,bawang merah ,bawang putih and halia di hiris halus.untuk masakan ni,aku guna bawang holland setengah biji,bawang putih dalam 6 ulas ( lagi banyak lagi sedap ) ,halia seinci and bawang merah dalam 6 bijik.





Lepas tu,dah boleh la basuh segala jenis seafood yang korang ada.hari tu aku masak udang besar 3 ekoq,ketam 2 ekoq,lala half kilo and sotong 4 ekoq.sila la telan omega guard banyak-banyak.naik la kolestrol and asid urik ni +_+. Lepas tu perap kejap dengan black pepper and kunyit.sebab kejap lagi nak rebus.tujuan nya supaya dia half cook,so that bila sos dah masak,tak payah tunggu lambat masak,especially ketam.


Cara-cara :





1. Rebus kan seafood yang dah di perap tu.aku rebuskan air dulu bagi mengelegak,baru masukkan ketam.tutup pan dalam 5 mins macam tu.pastu masukkan lala kejap dalam 5 mins.tutup api,and celurkan udang and sotong.ingat yer,shell out ni konsep nya seafood,jangan pulak nak letak daging ke apa pulak.nanti dah tak ikut tema :).udang and sotong tu,kalau tak nak masukkan pun takper,sebab air manis tu akan sebati nanti ( di step akhir ) .itu ikut hangpa la.aku nak bagi mudah jer,





2. Dalam kuali yang berlainan,panaskkan buttercup and sedikit minyak.masukkan bahan tumis dan daun kari.tengok dah kuning,naik bau,masukkan pulak bahan kisar.masak lagi.dah nampak layu sikit,masukkan serbuk kari.tambahkan sedikit air.serbuk kari tu,dalam 2 sudu penuh jer.kalau banyak seafood ,boleh letak lebih.sebab tak nak rasa dia lari.kang nanti rasa kari pulak.










3. Bila dah pecah minyak,masukkan kuib pati ayam,sos tiram 2 sudu and sos ikan.garam tak guna sebab sos ikan dah cukup umphh.nampak kalau kuah sikit,tambah kan sikit lagi.pastu boleh masukkan veges.ni pun sama,kalau nak cepat,veges tu boleh la di celur dahulu.aku lupa nak celur,so bagi la dia masak terus dengan kuah tu.jangan la gelabah tengok macam cair,kejap lagi mesti pekat.





4. last sekali baru masuk seafood.remember,seafood tadi dah rebus sekejap kan.balik-balikkan ajer.agak kuah sikit,masukkan air sikit.tapi jangan la sampai cair,tak best wooo..just nice jer kuah dier.kata nak ikut style shell out kan.jangan terlebih atau terlalu banyak.biar la depa masak mesra gitu,nanti kuah akan pekat and meresap.nyummmsss.boleh adjust rasa dengan tambah kan black pepper and paprika ( paprika ni aku takder ,and auntie nani pun tak tulis dalam resipi.aku tambah sebab dapat idea dari kawan hasben.dia kata letak paprika mesti sebijik sama ).Last sekali,perah la lemon tu sebagai penutup..wallahaahahhahaha.sedapppp.





5. So,dah masak semua mesra bersatu,boleh la segera hidang kan pelapik putih tu.aku beli kat kedai kek.dan siap-siap la letak nasi bagi comel-comel.eryna masa ni,takmau makan nasik,tapi bila tengok kami dok kalut bentang kertas putih tu dengan buat bentuk comel nasik,terus nak makan. #senangterpengaruh .lepas ni kalau payah makan,aku suh makan dalam kertas ja.hehehe.






Dah siap semua,boleh la tuang segala hasil masakan tadi.banyak kan.tapi jangan la buat-buat terkejut,sebab habis dalam sekelip mata.hehehe.so,here my own version of shell out. ( tuan punya kedai jangan la kecam aku sebab asyik sebut nama restoren depa jer,tapi masak sendiri ).
Dalam pic macam tak nampak sangat,biasa la kamera cap ayam.realiti nya,fuhhhhh :).






Hasil nya : sangat sangat sangat sedap-and rasa dah seakan sama oooo.try resipi ni,confirm tak menyesal.ini la rasa yang hampir sama dengan restoren asal.kira nya takyah la korang p sana kalau ada ramai anak sebab harga nya memang la boleh tahan..tapi,takder salah nyer pergi untuk merasa macam aku buat tu.so,bila teringin boleh la masak sendiri.support la jugak kedai tu.pergi la sekali rasa :).nanti kalau buat lagi,aku akan lebihkan sedikit kuah.first timer la katakan.itu pun ,hasben kata sedap.rasa dah nak dekat sama.aku suspek sebab terkurang black pepper and takder paprika.overall i olls dapat 100000 bintang.hehehehe.so,selamat mencuba.

xoxo.






5 comments:

Ibu Lala said...

Kalau lauk tu letak dlm pinggan je boleh x

Nissa Irna said...

ESOK NAK TRY LAH RESEPI NI..THANKS YA SIS

Unknown said...

thanks for sharing the recipe dear 😊

Mujahid Mazlan said...

Tq. Nanti saya suruh wife saya Try resipi ni

Shah Iskandar Ahmad Shafiee said...

Dah try. Sedapppp!!! Thanks for the recipe!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...