Tuesday, January 12, 2016

midnight movie

As salam.

Sabtu haritu, en asben dah habis kelas untuk semester lepas,so dia kata nak release tension nak layan movie.cehhhh,padahal selalu ja pun dok tengok wayang tu.minggu lepas pun sama baru ja dia p tengok star wars.nak release tension,baca la quran ke apa ke #betulni. #jangankecam #bukanbajetustazah...suka pulak hashtag tu.saja nak bagi orang annoyed +_+.

So,dah elok dia siap-siap,eryna dah tunggu depan pintu cakap dia nak ikut.ni mesti kes dari pagi dok terperuk dalam rumah ja.pujuk gak dia cakap,kita keluaq esok la.pun dah melalak bagai nak ikut.konon nak tengok movie 830 malam,tapi 815 pm masih kat rumah.tau la wayang tu sekankang jar dari rumah pun.

Tiba-tiba dapat idea,ok jom la kita p tengok dilwale lagi sekali.untuk mama,ni kali ke 4 la tengok.sekali kat wayang,2 kali kat tv download ( tapi subtitle cap ayam ) and kira ni lah nak tengok lagi.planned amik couple seat.

Sampai sana,konfiden jer ingatkan ada la tiket murah,sekali takder.cuma applicable until 6 pm jer.couple seat pukul 830 pm dah habis,yang ada pukul 1030 pm jer.alang-alang dah sampai,ok beli jer la.dapat seat cantik pulak tu.maklum la,waktu first time p haritu kan ke dapat seat paling depan.
Ada lagi dua jam,elok gak dinner dulu.jalan kaki malam-malam praktis nak jalan banyak kat jepun nanti khennnn _+_ .

Memula nak p vichuda,tapi tengok ada kedai baru bukak.try kat sana.by the time habis makan,sempat la nak tunggu wayang start.tu pun dah habis makan,masuk dalam mall balik,still belum 1030 pm.si eryna pulak,excited ingat nak tengok star wars.





Pakai baju tiduq jer tau.ahaks.bawak sweater and stokin kang malam mesti sejuk.tengok ramai jugak family yang bawak anak kecik.debar-debar gak ni takut eryna nak balik atau buat perangai.dia dah la cakap banyak pot pet pot pet.ada jer dia nak tanya atau komplen.but, it's ok,part of your learning process .tapi, takut orang sebelah -sebelah plak annoyed huhuhu.





Awal-awal dah bagitau,nak tengok tv tau.cerita mama.so,masuk jer dalam,dia terus cakap "rumah eryna pun ada tv jugak".kuat pulak tu.haha.dah la time tu iklan apa pun takder.mujur la orang sebelah tu pun bawak anak baya eryna and kapel lagi satu ok.lagipun masa tu,cerita tak mula lagi and orang pun ramai tak masuk lagi.

Dilwale start pukul 11 pm sebab ada teknikal problem.aku memang dah gelisah kot eryna bosan sebab takder apa2.screen pun gelap jer.mujur la dia ok sambil makan popcorn.big girl sangat,konon paham la,kat wayang takleh bising.ada la dia bangun 2,3 kali,pastu dah ok.
Cerita dah start ,dia layan jer.boleh pulak,ada part si kajol panggil "kaali" tu, dia pun sebut gak "abah,tu kaali tu..kaali"..terus aku tutup mulut dia.adoyai.kami dah planned,kalau dia mula buat 'show',kami nak keluar.tapi pastu dia ok jer sampai la lagi 45 mins nak habis,dia pun tidoq.yer la,time tu dah almost 1 pagi kot.

Overall,eryna is behave and good girl.lepas ni ,boleh la bawak teman,hihihi.tapi,rasa nya sebab malam kot,and sejuk.so battery dah weak sangat plus dia ngantuk.kalau bawak time siang,agaknya dah bosan la tu.unless cerita kartun mungkin dia ok kot.

Xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...