LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, January 29, 2016

Demam ,sakit berganti.semoga cepat sembuh.

As salam.

Musim demam kembali.so,di bulan pertama,tahun 2016 ni,eryna dah kena demam.tak ingat bila dia last demam.mungkin 3 bulan lepas ,atau mungkin ada tapi sebab tak lama, tak berapa nak ingat.
Jadi,kena tulis kat sini,supaya kalau eryna dah besar,and blog ni masih ada,you will know la,berapa kali demam dalam setahun.

Hari ahad dua minggu lepas,pagi tu rasa macam suam jer badan dia.so,bagi jer la ubat demam.memang ada la standby dalam fridge.bila dah jumpa doctor,baru buang ubat lama,guna jer ubat baru.demam dalam 38 macam tu,tapi takder batuk atau selsema atau tekak sakit.lega la jugak.sebab ,kalau dah start melarat tu,kesian pulak kita tengok kan.

Ahad tu,kami p kenduri kat setiawangsa.badan dia dah suam jer.makan pun macam biasa.demam pun,still bagi mama naik darah.haha.
Isnin tu amik jer cuti sebab tak nak la dia spread virus kat taska pulak.lagipun kesian kan,kita kalau demam pun pandai jer nak lepak jer kat katil.tambah pulak budak.lagi nak bermanja.




Hasilnya,kat rumah,dia cari pasal dengan mama.demam still ader,tapi alhamdulillah ,makan,minum all ok.cuma,kerja bertekak jer la.kejap kang memanjat,kejap kang buat itu ini.agaknya orang sebelah ni curious,dah kenapa dua beranak ni dok kat rumah tak pegi kerja ke,taska ke.kata demam,tapi kalah orang sihat dah ni :).

Selasa pulak,kebetulan asben dapat mc.yang ni kelakar sikit.tiba-tiba balik rumah bagitau,selasa mc sebab masa dia konon tolong acara persaraan ke apa entah.tolong nak bertukang la konon.tapi,injured.nama jer orang kampung,tapi nak bertukang pun failed.ish.so,sebab mc,sila jaga eryna.





Pagi selasa tu,siap bangun masak oi pepagi.tak pernah la masak pepagi buta.haha.eryna pulak,pagi tu tetiba mata sembap.risau takut sakit mata,bawak g jumpa doc.

Doc bagi ubat titis and mintak lagi ubat demam sebab malam sebelum tu,dia g tumpahkan ubat.nak titis tu kemain bersilat la dia tak nak.kena ugut ,baru dia redha jer kena letak.
Alhamdulillah,the next day,mata tak merah,bengkak dah surut.so,i assume,mungkin sebab panas dalam.sebab malam-malam boleh rasa suhu dia naik.check temp pun dalam 39 lebih dah.

Rabu and khamis,i masuk opis lambat .sebab tengok eryna macam dah ok,i pujuk la ajak dia g sekolah.sebab cuti lama,takut dia tak nak pulak g taska.
Memula tu,drama sangat la. "tak nak g skool,tak nak g skool"..masa tu dah pukul 10 pagi,kebetulan hari rabu,ada outdoor aktiviti,depa tengah gardening.terus la pancing dia.
Kak ummi,owner taska tu ada.dia tau eryna dah masuk hari ke empat demam.dia ok jer i antar eryna sebab takder batuk and flue.dia pun cakap,bagi berpeluh sikitk.kalau kat umah duk jer ,makan tidur lagi la lambat kebah.so,eryna dah suka la sebab nak tanam pokok.





Petang tu,balik awal sikit,g amik tengok dah peluh sikit.lega sangat la mama ni.siap excited tunjuk pokok dia tanam tu.by the way,elok seminggu pokok tu dah arwah.sebab eryna p cabut dari atas.haha.sian kau pokok.







On friday,she fully recovered.lega sangattttt.bergelen-gelen air kasik minum.supplement pun tak tinggal.yer la,dah lama ni nak g cuti oiii.uhuk uhukk..
Tu bawak dia keluar hari isnin sebab thaipusam kan cuti.ader nak beli barang sikit lagi nak bawak g sana.so far preparation dah 90% complete.semoga di permudah kan lah :).

And,sekarang ni,yes,masuk hari ni,apak si eryna pulak dah sakit mata.hari selasa haritu ,bangun pagi,tiba-tiba.."ish,awat mata merah,sakit mata ni"..dapat mc selasa & rabu.pastu sambung lagi khamis & hari ni sebab mata tu dok statik jer merah.
I dengan eryna pulak,duk jauh-jauh jer dari dia.takut oiiiii.paksa pakai rayban dalam rumah.asing tempat tidur and tempat duduk.huhuhu.dugaan lagi 5 hari jer lagi nak travel.


Mintak-mintak tu,cepat la sembuh.so far,tak der la berjangkit ke satu lagi.and takder la berair giler.cuma nampak la bengkak sikit.adus,risau sangat.sambil doa,elak kan eryna jer kena.sebab lagi kesian kalau anak kena.bapak kena tak per.mama kena pun takper.sebab kita tau nak jaga diri,amik ubat.insya allah,i positif jer hasben akan cepat recover .ameeeen.

xoxo.



Thursday, January 21, 2016

Resipi shell out auntie nani yang confirm sedap dan sama rasa dengan restoren :)

As salam.
*gila kuasa betul tajuk*

Halluuu.haritu ada banyak seafood yang hasben beli dari kawan dia.fresh lagik.so,terus idea ting tong datang nak buat ala-ala shell out yang tengah hot in town tu.since we alls pernah dah makan kat shell out kota damansara tu,so,untuk masakan sendiri ni,agak la high expectation sebab dah tau rasa macam mana.debar nak masak,sambil berdoa,jadik la engkau macam shell out tu.






So,goggle la resipi sana sini.but mostly depa buat masak ala-ala ketam berempah.kira nya konsep yang di buat ala-ala shell out tu adalah makan longgok atas pelapik jer.hipster sangat bebudak sekarang panggil.makan tak yah pakai pinggan,longgok jer atas meja tu.orang tua tengok mesti marah,tak bersopan kata nyer..
I tak nak la resipi yang lain,kira nya nak,rasa semua sebijik sama shell out.kalau setakat nak lambak makan seafood atas meja tapi rasa tak sama,boleh je makan masakan lain atas meja tu.makan dalam talam pun lagi bagus,sunnah :)





To cut it short,finally i jumpa resepi yang bila di baca & tengok,hampir sama dengan shell out punyer.resipi ni i dapat dari mama si hanis zalikha,auntie nani.kalau sapa yang follow ig or blog auntie nani,mesti tau ,dia nyer resipi selalunya menjadi & sedap.tangan panas orang kata & kreatif,apa dia buat mesti jadi.sebab tu i yakin nak try ,selain daripada resipi dia yang nampak convincing dari resipi lain.oh ya,resipi lain tu,no hard feeling weh,just my pendapatan sajork >_<.


Jom tengok resipi.yang ini untuk 2-3 orang makan,kalau lebih orang,gandakan jer ikut suka.atau kalau nak kuah banyak,sila la tambah sekali ganda.


Ni bahan-bahan utama :






Bawang holland setengah biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 1 inci
Buttercup 
Daun kari
Sos tiram
Sos ikan
Rempah kari
Black pepper
Belacan
Cabai kering 5 tangkai
Udang kering
Kiub pati ayam
Lemon 
Seafood 
Vege ( brokoli, kentang,jagung - tapi tadek jagung ,so guna anak jagung jer ).

Bahan kisar :







Cabai kering rebus dulu kejap,potong dua so that biji senang tertanggal.lepas tu blend dengan bawang putih, sedikit belacan and udang kering.kat sini,korang kena pandai agak-agak.kalau nak buat untuk ramai atau nak lebih pedas,lebihkan cili kering tu.belacan dalam seinci jer.udang kering dalam sesudu.di larang guna cili yang dah siap blend and jual tu.nanti rasa lain sebab cili tu selalu dah siap blend dengan bawang bagai.


Bahan tumis :






Bawang holland,bawang merah ,bawang putih and halia di hiris halus.untuk masakan ni,aku guna bawang holland setengah biji,bawang putih dalam 6 ulas ( lagi banyak lagi sedap ) ,halia seinci and bawang merah dalam 6 bijik.





Lepas tu,dah boleh la basuh segala jenis seafood yang korang ada.hari tu aku masak udang besar 3 ekoq,ketam 2 ekoq,lala half kilo and sotong 4 ekoq.sila la telan omega guard banyak-banyak.naik la kolestrol and asid urik ni +_+. Lepas tu perap kejap dengan black pepper and kunyit.sebab kejap lagi nak rebus.tujuan nya supaya dia half cook,so that bila sos dah masak,tak payah tunggu lambat masak,especially ketam.


Cara-cara :





1. Rebus kan seafood yang dah di perap tu.aku rebuskan air dulu bagi mengelegak,baru masukkan ketam.tutup pan dalam 5 mins macam tu.pastu masukkan lala kejap dalam 5 mins.tutup api,and celurkan udang and sotong.ingat yer,shell out ni konsep nya seafood,jangan pulak nak letak daging ke apa pulak.nanti dah tak ikut tema :).udang and sotong tu,kalau tak nak masukkan pun takper,sebab air manis tu akan sebati nanti ( di step akhir ) .itu ikut hangpa la.aku nak bagi mudah jer,





2. Dalam kuali yang berlainan,panaskkan buttercup and sedikit minyak.masukkan bahan tumis dan daun kari.tengok dah kuning,naik bau,masukkan pulak bahan kisar.masak lagi.dah nampak layu sikit,masukkan serbuk kari.tambahkan sedikit air.serbuk kari tu,dalam 2 sudu penuh jer.kalau banyak seafood ,boleh letak lebih.sebab tak nak rasa dia lari.kang nanti rasa kari pulak.










3. Bila dah pecah minyak,masukkan kuib pati ayam,sos tiram 2 sudu and sos ikan.garam tak guna sebab sos ikan dah cukup umphh.nampak kalau kuah sikit,tambah kan sikit lagi.pastu boleh masukkan veges.ni pun sama,kalau nak cepat,veges tu boleh la di celur dahulu.aku lupa nak celur,so bagi la dia masak terus dengan kuah tu.jangan la gelabah tengok macam cair,kejap lagi mesti pekat.





4. last sekali baru masuk seafood.remember,seafood tadi dah rebus sekejap kan.balik-balikkan ajer.agak kuah sikit,masukkan air sikit.tapi jangan la sampai cair,tak best wooo..just nice jer kuah dier.kata nak ikut style shell out kan.jangan terlebih atau terlalu banyak.biar la depa masak mesra gitu,nanti kuah akan pekat and meresap.nyummmsss.boleh adjust rasa dengan tambah kan black pepper and paprika ( paprika ni aku takder ,and auntie nani pun tak tulis dalam resipi.aku tambah sebab dapat idea dari kawan hasben.dia kata letak paprika mesti sebijik sama ).Last sekali,perah la lemon tu sebagai penutup..wallahaahahhahaha.sedapppp.





5. So,dah masak semua mesra bersatu,boleh la segera hidang kan pelapik putih tu.aku beli kat kedai kek.dan siap-siap la letak nasi bagi comel-comel.eryna masa ni,takmau makan nasik,tapi bila tengok kami dok kalut bentang kertas putih tu dengan buat bentuk comel nasik,terus nak makan. #senangterpengaruh .lepas ni kalau payah makan,aku suh makan dalam kertas ja.hehehe.






Dah siap semua,boleh la tuang segala hasil masakan tadi.banyak kan.tapi jangan la buat-buat terkejut,sebab habis dalam sekelip mata.hehehe.so,here my own version of shell out. ( tuan punya kedai jangan la kecam aku sebab asyik sebut nama restoren depa jer,tapi masak sendiri ).
Dalam pic macam tak nampak sangat,biasa la kamera cap ayam.realiti nya,fuhhhhh :).






Hasil nya : sangat sangat sangat sedap-and rasa dah seakan sama oooo.try resipi ni,confirm tak menyesal.ini la rasa yang hampir sama dengan restoren asal.kira nya takyah la korang p sana kalau ada ramai anak sebab harga nya memang la boleh tahan..tapi,takder salah nyer pergi untuk merasa macam aku buat tu.so,bila teringin boleh la masak sendiri.support la jugak kedai tu.pergi la sekali rasa :).nanti kalau buat lagi,aku akan lebihkan sedikit kuah.first timer la katakan.itu pun ,hasben kata sedap.rasa dah nak dekat sama.aku suspek sebab terkurang black pepper and takder paprika.overall i olls dapat 100000 bintang.hehehehe.so,selamat mencuba.

xoxo.






Friday, January 15, 2016

dah lama tak masak

As salam.


Jemu tengok background blog ,maka godek sana sini sikit, maka dapat lah tukar ke wajah baru.dah bertahun gak dok maintain wajah lama tu.nampak la ceria sikit.bukan untuk sapa pun, untuk diri sendiri jugak.
Aku buat blog ni,untuk sendiri nak baca.manusia kan mudah lupa.so,dengan ada nya blog,dapat la belek semula kenangan lama semua.yang personal & private ,banyak save kat draft untuk bacaan sendiri.
Blog ni pun bukan ramai followers pun,sapa yang nak baca dipersilakan.

Btw, dah lama kot tak masak.tahun ni dah azam takmau dah makan nasik malam.berat masing-masing naik mencanak-canak hasil makan nasik malam.yer la,tak sempat nak hadam habis,masuk tidur pulak.mana tak di pam-pam.

Sebab nak kena makan jugak dinner,so,kita tukaq la makan roti ka,apa ka.janji no nasik.kalau masak pun,untuk eryna.tu pun dia bukan nya makan banyak pun.dah la sekarang ni makan nasi putih ja.yang lain semua taknak.kat taska ja makan sup,sayur,ayam & lain-lain.kat rumah nasi kosong jer.

Hari apa entah ,buat wrap lagi.suka pulak wrap ni sebab senang giler nak buat nya.hehe.lepas layan slot drama kat tv3 tu, sempat lagi nak buat wrap ni.





Pilih jenama ni.so far dah cuba jenis plain and apa ntah.yang ni garlic wrap.wangi jer bila heat up nanti.wrap ni elok nya kita panaskan kejap.kalau nak makan macam tu pun boleh,takdak sapa marah pun.lembut elok jer wrap tu.brand ni boleh jumpa kat mana-mana kedai.sebungkus tu dalam RM 7 ada 8 keping.boleh la buat dua kali makan untuk keluarga kecik macam kami ni.




Untuk inti wrap ni,boleh la pilih cold meat atau cold chicken.pun senang nak jumpa kat giant atau tesco.haritu dah try cold turkey.harga untuk brand ni dalam RM8 .pun boleh buat dua kali.kalau tak mau yang ni,boleh ja buat scramble egg,lagi senang sap sap soi.
Cold meat ni,pun sama kita panaskan kejap.aku selalu grill dengan olive oil.letak pepper sikit.kejap jer dah masak.





Lagi untuk tambahan,boleh la potong kubis tu.ni pun sempoi jer.tumis bawang besar,masuk kobis,letak tu season dengan minyak ikan.dah lama tak guna garam.sos ikan ni dah masin,so dah tak perlu garam.sedap tau masakan kita kalau guna sos ikan ni.kat giant ada ni jual.haritu balik perlis,beli kat padang besaq,akak tu jual dalam RM3.so,lebih kurang pasaraya kat sini ja.

So,dah cukup semua bahan,lepas wrap tu dah dipanaskan,letak ler bahan-bahan cam beef stripes and chicken cut tu.lepas tu layer dengan vege.oh,kalau nak spread dengan mayonis pun ok,lagi sedap.pastu letak sos and balut la ikut nak macam mana pun.janji boleh di makan.jangan letak banyak sangat,nanti terkeluar nampak comot.






Yang ni untuk chicken.nampak macam peperoni versi besar.






Versi beef stripes.pun sama jer kekdah nya.senang kan ?tak sampai 10 mins dah settle wrap ni.cuma lepas tu,bab basuh pinggan tu malas.haha.cepat la eryna besar,nanti mama nak mintak tolong basuh pinggan.sekarang ni kalau bagi,habis main buih sabun.

Sekarang ni manja tu tak menahan.geram kadang-kadang.tapi,yer la,marah pun,itu la buah hati pengarang jantung mama & abah.semalam saja carik pasal dengan mama.nak apa-apa,tak reti nak cakap "tolong".dulu,boleh ja cakap.saja ler tu.so,kena la marah.pastu lamaaaa baru nak cakap "mama,tolong buat susu".eiiii geram tau +_+.






Eh,terlalut pulak,so wrap dah siap.ni la rupa bentuk nyer.senang jer.buat 5 keping,potong dua supaya senang nak makan.sedap tau,walaupun rupa ala kadar.tak pasti berapa kalori ni.makan jer la,jangan nak mengada kira berapa kalorti tu.huhuhu....
Ada lebih sekeping,bawak p opis.so,save duit breakfast.sekarang ni kan konsep nya kena bawak bekal,kena masak kat opis.ngok betul ,cadangan sapa la tu >_<.

Selamat berhujung minggu.
xoxo.



Tuesday, January 12, 2016

midnight movie

As salam.

Sabtu haritu, en asben dah habis kelas untuk semester lepas,so dia kata nak release tension nak layan movie.cehhhh,padahal selalu ja pun dok tengok wayang tu.minggu lepas pun sama baru ja dia p tengok star wars.nak release tension,baca la quran ke apa ke #betulni. #jangankecam #bukanbajetustazah...suka pulak hashtag tu.saja nak bagi orang annoyed +_+.

So,dah elok dia siap-siap,eryna dah tunggu depan pintu cakap dia nak ikut.ni mesti kes dari pagi dok terperuk dalam rumah ja.pujuk gak dia cakap,kita keluaq esok la.pun dah melalak bagai nak ikut.konon nak tengok movie 830 malam,tapi 815 pm masih kat rumah.tau la wayang tu sekankang jar dari rumah pun.

Tiba-tiba dapat idea,ok jom la kita p tengok dilwale lagi sekali.untuk mama,ni kali ke 4 la tengok.sekali kat wayang,2 kali kat tv download ( tapi subtitle cap ayam ) and kira ni lah nak tengok lagi.planned amik couple seat.

Sampai sana,konfiden jer ingatkan ada la tiket murah,sekali takder.cuma applicable until 6 pm jer.couple seat pukul 830 pm dah habis,yang ada pukul 1030 pm jer.alang-alang dah sampai,ok beli jer la.dapat seat cantik pulak tu.maklum la,waktu first time p haritu kan ke dapat seat paling depan.
Ada lagi dua jam,elok gak dinner dulu.jalan kaki malam-malam praktis nak jalan banyak kat jepun nanti khennnn _+_ .

Memula nak p vichuda,tapi tengok ada kedai baru bukak.try kat sana.by the time habis makan,sempat la nak tunggu wayang start.tu pun dah habis makan,masuk dalam mall balik,still belum 1030 pm.si eryna pulak,excited ingat nak tengok star wars.





Pakai baju tiduq jer tau.ahaks.bawak sweater and stokin kang malam mesti sejuk.tengok ramai jugak family yang bawak anak kecik.debar-debar gak ni takut eryna nak balik atau buat perangai.dia dah la cakap banyak pot pet pot pet.ada jer dia nak tanya atau komplen.but, it's ok,part of your learning process .tapi, takut orang sebelah -sebelah plak annoyed huhuhu.





Awal-awal dah bagitau,nak tengok tv tau.cerita mama.so,masuk jer dalam,dia terus cakap "rumah eryna pun ada tv jugak".kuat pulak tu.haha.dah la time tu iklan apa pun takder.mujur la orang sebelah tu pun bawak anak baya eryna and kapel lagi satu ok.lagipun masa tu,cerita tak mula lagi and orang pun ramai tak masuk lagi.

Dilwale start pukul 11 pm sebab ada teknikal problem.aku memang dah gelisah kot eryna bosan sebab takder apa2.screen pun gelap jer.mujur la dia ok sambil makan popcorn.big girl sangat,konon paham la,kat wayang takleh bising.ada la dia bangun 2,3 kali,pastu dah ok.
Cerita dah start ,dia layan jer.boleh pulak,ada part si kajol panggil "kaali" tu, dia pun sebut gak "abah,tu kaali tu..kaali"..terus aku tutup mulut dia.adoyai.kami dah planned,kalau dia mula buat 'show',kami nak keluar.tapi pastu dia ok jer sampai la lagi 45 mins nak habis,dia pun tidoq.yer la,time tu dah almost 1 pagi kot.

Overall,eryna is behave and good girl.lepas ni ,boleh la bawak teman,hihihi.tapi,rasa nya sebab malam kot,and sejuk.so battery dah weak sangat plus dia ngantuk.kalau bawak time siang,agaknya dah bosan la tu.unless cerita kartun mungkin dia ok kot.

Xoxo.



Friday, January 8, 2016

Dilwale, Ariani.

As salam.


Pagi tadi dengar kat hotfm, topik nya : Best ke Dilwale.mak aih,demam dilwale betul rakyat malaysia.ada baca sapa entah share kat FB, katanya SRK ni orang india and pakistan tak suke eh ? ke silap fakta.hehehee.
Whatever it is, i team SRK and kajol.oh ya,juga juhi chawla,comey jer dia kan,filem depa ni tengok banyak kali pun tak jemu.

So,melayan la pagi tadi dengar lagu-lagu dilwale.dah la,hari-hari kat opis pun asik dengar lagu "janam-janam" dan Gerua tu.korang kena tengok insta si fafau tu,konon dia pun ada lagu "jahanam" dengan ag.so funny la those two :).





Masa orang heboh nak tengok dilwale tu,i pun sama la dok sebut nak p jugak tengok.tapi,asik tangguh jer sebab i ingat kalau dapat download pun ok gak.lagipun i bukan la tahap crazy nak kena jugak tengok kat wayang.walaupun wayang sekangkang jer kot dari rumah.

Time i balik kampung,hasben ada la tanya,tak mau tengok dilwale ke.i kata,mungkin by the time kita balik semula key ell,dah habis kot.takper la,download sudah.sameee jer.gitu kata nya.
Then, hari sabtu lepas,kitaorang ikut hasben p kelas sebab start pukul 11 pagi.hantar projek paper je,sempat merayap kejap kat Ariani seksyen 7 tu,hasben wasap kata dah settle.

Eryna pulak,dia buat perangai dalam kedai.dia nampak jer sign Ariani tu,tak nak masuk.amboi,bukan main sekarang,dia nampak ja kedai mama,terus takmau.kalau nampak shopping mall suka dia sebab dia tau nanti boleh la cukai mama nak naik menan.geram punya pasal tak dapat tengok apa-apa kat kedai,so ajak balik rumah jer.kira nya after lunch tu,dah tak tau g mana,
Masa tu la baru teringat,eh kalau tengok dilwale best gak ni.check showtime,pukul 230 pm ada kat The Strand.i kan kontrak tetap ni,tengok wayang kat The Strand ajer,abis,tu yang paling dekat.

So, hasben antar kat depan mall,dia balik rumah ngan eryna.time tu dah nak dekat 230 pm.sampai sana,tengok full house.yang ada cuma 2 seat jer lagi,paling depan.hahahaha.jenguh la oiii.memula macam tak nak,tapi nak tunggu next show 530 pm,and tau dah,kalau tak tengok ni,memang malas nak datang semula,so ok la,beli jer la.
One thing yang syok kat Tgv ni, beli tiket harga RM10 jer.syarat nya guna kad maybank.takder extra charge.so,tak la rasa mahal giller kan.kalau hari khamis,dapat buy 1 free 1.tu yang suka mai sini tu.tak sure la Tgv lain sama ke tak.

Masuk jer,duduk memang sebelah i ada seat kosong.hahah.ada aku kisah walaupun tengok wayang sorang-sorang.ada kawan i kata,macam janggal pulak tengok sensorang.well, setelah 4 tahun,apa itu janggal.yang penting dapat tengok.kira it's me time la jugak ni.
Tak lama duduk,wayang start.ha,apa lagi terkagum-kagum tengok kajol yang makin hot & qu puteh.hehehe.
I bagi 10 bintang sebab pelakon yang best,muzik best giller and ada lawak bangang supaya haku tak stress.i ni tak boleh tengok cerita complicated sangat.mujur la jalan cerita simple takder part gaduh mak bapak lama sangat.sebab tu bagi extra credit tu.

Ada orang post kat twitter ke FB entah : moral of the story dilwale : laki boleh maafkan perempuan dalam masa sehari, tapi perempuan ambik masa 15 tahun 4 bulan 10 hari nak maafkan lelaki.hahahaha.bila tengok cerita baru faham >_<.

Dah habis dilwale,singgah Ariani sekali lagi.kan depa tengah sale masa tu.sebab nya nak beli lagi shawl yang cantik meletup tu.asal nya dok tengok si bella dally pelakon tu kan jadi duta ariani pakai.lawaaa sangat dia pakai sampai i terpengaruh ( padahal memang senang terpengaruh ).
Memang tak dinafikan shawl Ariani ni cantik dan eksklusif,susah nak jumpa orang lain pakai.kalau tak sale,memang buat nangis kot.sehelai RM150.tapi,sebab sale, dapat la RM150 for 2 pcs of shawl.
I beli 4 helai ,dapat la masuk contest lucky draw.tolong la menang ,boleh dapat voucher Ariani tu.uhuk uhuk..






Ni bella dally pakai....




Ni ina dally pakai ...+_+.

xoxo.




Thursday, January 7, 2016

Tahun baru 2016

As salam.


Selamat datang 2016.
Dah masuk seminggu lebih new year,berhabuk sawang blog tak terupdate.
Btw, setiap tahun pun tadek specific azam.just tambahkan /gandakan apa yang kurang,and cuba improve lagi dari tahun lepas.yang pasti,azam nak kurus tu setiap tahun masih sama.hahaha.

Haritu cuti lama,start 24 dec sampai la monday, 4 jan masuk opis.memang lemau sangat la.baca e-mail pun rasa nak muntah.penangan tak masuk opis lama macam tu la.
Apatah lagi budak nak masuk sekolah balik kan.mesti sama ler malas tu.sebulan cuti pulak tu.

I tak ingat sangat la if rajin g sekolah ke tak.mungkin sebab adik beradik ramai,dah terbiasa awal pagi kena kejut nak queue toilet .pastu,pukul 7 pagi dah kena keluaq sebab ayah kan cikgu.dia kena hantar kami dulu la,last sebelum masuk opis dia.dah la anak sekolah lain-lain.

Anak-anak zaman internet ni,mak apak penuhkan timeline dengan pic anak-anak.nanti bertahun lepas tu,ada memory boleh tengok lagi.
Agaknya kalau zaman aku dulu ada internet,mesti mak dah upload kat FB dia.haha.mujur la takder sebab berlengas giler oi zaman dulu.pakai skirt jer -pinafore g sekolah.seingat aku,darjah 4 kot baru start pakai baju kurung.tudung pakai bila masuk tingkatan 1 sebab sekolah agama.
Nanti nak kena scan pic zaman dahulu kala.memang legend.
Budak zaman sekarang comel jer,beg pun kartun bagai.dulu beg standard kosong jer.hehe.


Budak kat atas ni,we finally decided tak payah la hantar sekolah lagi.actually haritu dah p survey kat tadika,owner yang sama dengan taska sekarang .i nak hantar dia,sebab half day jer pun,tapi apak dia kata,tak payah lagi la.tunggu la 5 tahun.nanti hidup kena study jer,kang stress.boleh pulak gitu.huhu.and as for me,ok jer sebab current taska ni pun,ada jer module belajar.dah kenal rumi,dah boleh hafal surah.ok la tu.budak sekarang kan cepat jer tangkap,eryna ni,tengok kartun robocar poli versi korea kat youtube tu pun tetiba nak cakap korea pulak.haritu, nak cepat,tetiba dia cakap "mama,pali pali"..hahaha.pali tu maksud nya cepat in korean.kelakar pulak :).

Eh, nak cerita pasal balik kg dah melalut sampai ke mana dah.
By the way,i kat kampung tak lama.balik khamis pagi, merasa la jem 12 jam dalam keta.
Sabtu,adik lelaki bongsu bertunang and ahad ada kenduri doa selamat my sis buat sebab anak dia shafiq tu kan dah selamat operation.
Hari rabu kami dah gerak balik sebab mentua turun mai kl.heaven sangat sebab tak jem langsung.

Masa kami kat kg,terus plan buat jer passport.me and hasben nak kena renew.passport dah expired sept 2015.harga passport kan dah diskaun sekarang. RM 200 jer untuk 5 tahun.sebelum ni RM300 for 5 years.budak pulak RM100 jer.

Zaman dulu,kalau anak kecik,semua masuk sekali dalam passport mak.tapi,sekarang ni,budak pun ada passport sendiri.ingat lagi dulu,kami kan 6 beradik.so,dalam passport mak tu,ngam-ngam ada gambaq kami 6 orang.hahaha.berangan jugak konon gitu,tapi eryna pun ada passport sendiri.




Kihkihkih.the best shot from her.punya la payah nak ambik gambaq.kejap kang kiri tak centre,kejap kang kanan.pastu dah senyum elok-elok,dia p bergerak pulak.ada la dalam 5 mins gitu.siap nak wat peace pun ada.hahahah.last-last dapat la captured yang ni.telinga tak nampak sebelah .
Depa kata, bila muka dia dah berubah kena datang ambik gambaq lain.

Tak best la amik gambaq kat situ.dulu bawak sendiri pic kan senang.malas pulak bila depa dah amik gambaq pastu nak kena ambik lagi sekali.last-last guna jer la walaupun tudung herot berot.

So, alang-alang kat sana,tukaq mycard baru and driving license baru.untuk buat mycard baru,just bayar RM10.untuk driving license ,macam biasa la,setahun RM30.so renew sampai 2018.all brand new for 2016 +_+.

And yes,insya allah we are going to Japan ( osaka and tokyo ) on this feb.to be exact during chinese new year.so far,preparation dah almost 70%.tiket dah beli,hotel dah booked,passport settle.itineraries pun dah ada.pending beli tiket JRP ,shikansen and disneyland.semoga menjadi la cuti-cuti permulaan 2016 ni.

xoxo.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...