LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, November 29, 2016

Check up 21 weeks

As salam.

Semalam check up kat KK ,patut nya ada scan dengan doctor,tapi mesin rosak kata nya.since aku buat check up with PMC jugak,so nurse bagi kelonggaran sikit la.if tak,kena datang semula.

So far,check up bulanan ni aku guna MC jer.HR bagi half day,tapi aku selamba jer amik full day.malas la nak masuk opis balik ,dah la menunggu check up pun boring,datang half day pastu dah nak balik..suka suki macam opis sendiri...but,so far,aku punya MC still banyak ok,sebab aku tak suka-suka guna or in other words abouse my MC.kalau nak ikutkan,time pening-pening tu boleh jer MC tapi,aku malas la.baik guna MC bila betul-betul sakit and time jumpa doc since HR allowed.






Haritu announce kat FB ,cehhh macam kan selebriti.sebab nya saja la.seronok nak share dengan kawan-kawan.yang mendoakan tu,mana tau doa korang yang baik-baik Dia makbulkan.aku pulak bab personal jaranggg la nak share kat FB,kali ni saja la...or mana tau ada sapa-sapa terserempak tak terkejut tengok badan makin gemokkkk 😭😭...konon nya, i am pregnant not FAT..

So,yeah,speaking about gemok,memang gemok sangat.dah 77 kg,can you believe it.padahal baru 5 bulan.imagine,another 4 months,if let's say every month naik 2kg,tak ke ada potensi nak cecah 90 kg.masa preggy eryna dulu, 77 kg tu dah masuk 8 bulan nak ke 9 bulan tau 😮...

Agaknya sebab dah tuerrrr ,maka metabolisme rendah,makan mcm biasa pun gemok.eh,ke luar biasa,huhu...nurse pun terkejut....tapi sebab BP ok, result MGTT ( diabetes ) pun ok, baby pulak ok,so nurse kata takpe.tapi,nanti 28 weeks kena la merasa minum air gula lagi..mujur air gula sedap,so tak kisah kan...
semalam kena inject tetanus ( kancing gigi ),macam awal pulak.sebab nurse kata bila dah start rasa baby gerak,kena la inject..lenguh oii makan seharian 😡.

Yeah ,well macam mana nak buat ek...makin bertambah berat.selera cam biasa je ( ke aku je tak perasan )..atau sebab sukaaaa sangat minum ayaq manis,teh tarik...hmm kena kurangkan la.ngeri mengenangkan rupa 90 kg nanti.nak turun nanti susah wooo...nak dapat 55 kg tu macam samar-samar jer..yelah,dulu 55 kg tu pre-pregnancy.ni,pre-pregnancy je dah 69 kg,mana tak cepat naik berat tu...huhuhu...

Apa-apa pun,hopefully ,aku dapat kontrol sikit selera makan tu.eh,tapi weekend ni nak p hi-tea pulak.pastu nanti ada kenduri pulak kat kg.confirm makan sampai tahap apa dah..hmmm..

💋.
xoxo.

Tuesday, November 22, 2016

Malay pizza on paratha.

As salam.

Rasa nya dah lama kot orang buat pizza guna roti paratha.ahkak ja ketinggalan zaman sket.well well, just to join the viral dekat FB ,grup Masak Apa Hari Ini tu, so kita pun try la.
Beli roti paratha ,keju mozarella and pepperoni.konsep dia kalau menjadi ,nanti topping buat pakai benda lain pulak.debar jugak entah naik gebu ke tidak pizza ni karang. Total cost baru RM20 sebab sos kimball dah memang ada kat rumah.and boleh buat banyak kali.cuma nak kena beli roti paratha lagi sebab paket kecik ni ada 5 keping je.







Ni je bahan utama and penting.kalau takdak ni,takyah la buat pizza.makan je roti paratha tu dengan kuah kari.pun sedap.brand kawan ni memang best sebab rangupp jer.dulu biasa beli brand ni untuk kulit popiah and pastri.memang sedap ,pastri rangup and lembut.




Less than 10 mins dah siap.pizza membuak-buak sebab letak cheese banyak...yang best tu dia tak melimpah keluar dari roti paratha tu.just masak atas api yang slow,guna je la magic pan ke,belanga ke,boleh je kot.For me, better guna non stick pan tu dia takder la melekat & cantik je kejadiannya.


Eryna pun suka,habis dia makan semua tu.selalu kalau pizza dia suka buang segala menda kat atas tu,makan kulit jer,inti semua mama makan,tapi semalam,semua dia bedal.sedapppp...pasni boleh la buat topping sendiri.sebab pepperoni kan mahal.kata nak jimat buat sendiri,kalau total cost dah over,baik beli pizza promo RM 5 jer kat dominos tu 😅.




Ehem..got my air fryer yesterday,.ahaks..laki cheq ni tak gheti la nak buat surprise 😂.actually,haritu kan masa my birthday dia p treasure hunt,so i demanded nak air fryer as a present ( mintak je terus,tak payah nak hint-hint sangat  😝) 

Pastu i send him link dekat lazada.this brand XMA i read quite a good reviews so i kata if u want to buy,get me this.( philips mahal la,and knowing me,entah berapa lama nak guna benda alah ni 😝😝..) 

After a week tengok dia diam je ingatkan tak beli dah...so last week friday he sent me message from lazada,rupanya barang dah sampai kat his office tapi sebab dia dapat sms tu lambat, office dah tutup.jadiknya semalam la baru dapat collect.kira nya no more surprise la after he sent me the sms kan.apa-apa pun,tak sabaq nak guna harini.nak try fry ayam dulu.kita tengok apa jadi 😘😘


💋.
xoxo.

Monday, November 21, 2016

Butterfly in my tummy

As salam.

Boleh dak,after dah lama tak mengandung kan,macam confuse bila baby gerak.rasa nya macam last week atau two weeks kot rasa cam something,so i suspect the fetus is moving. 😂😂..macam butterfly in my tummy laks.once in a while la rasa,takder la kerap sebab baru nak masuk 20 weeks.pasni merasa la baby tendang.kakak eryna pun hari-hari tanya bila baby nak keluar ni.aiyooo tak sabaq nau kakak ni kan.

Gender baby dah tau,tapi saja takmau reveal.next week nak p scan kat kk ttdi pulak.so,boleh la tengok perkembangan terbaru baby E.konfiden jer letak nama ( apak nyer confirm la tak terlibat dalam urusan bagi nama, mama kan konker 😁.

Haritu mothercare buat sale,sempat la beli 2 set romper tuk new born,one pack short sleeve and lagi satu long sleeve.cukup la dulu sebab baby cepat besar.yang mana boleh recycle pakai je especially mitten and socks.dulu beli banyakkk.baju tu maybe beli baru sebab waktu eryna dulu memang tak banyak sangat beli,ulang pakai dah kuning & masam dah pun.lagipun kita bukan tiap-tiap tahun beranak,kali ni rasa excited sama macam kakak eryna jugak. 😍.





Semalam makan kat restoran muhibah sg penchala.dah lamaa tak makan sini.last rasa nya time bulan puasa haritu kot.selalu makan time dinner,tapi kali ni time lunch.tak ramai orang,so tenang makan.

As usual,order steam tofu ,udang butter ,ikan steam limau.kali ni try sambal sotong ( tak berapa best ,selalu amik deep fried ) and telur dadar.all together baru RM 121 which for me is quite reasonable consider the portion, and the taste.thumbs up.kalau time bulan puasa tu tetap sedap tapi sejuk sikit la sebab kena reserved and order siap-siap.




Tak tau la berapa kilo pulak naik ni.jenuh la kalau kena bebel dengan nurse.haritu kat pmc,doc ratna ok ja.ahaks...





Saja nak cakap,ahkak tengah gila tudung lady warda.haritu sempat grab 2 pcs,cepat betul sold out.harap-harap ahkak insaf la lepas ni.penangan cerita surihatifattah la ni..😂😂..

💋.
xoxo.

Eryna's first concert

As salam.

So,yeah,year end most of the parents pun akan update pasal concert/graduation anak kan.syok betul kids nowadays,umur 4,5 years pun dah konvo since they enroll to school.eryna ni lagi best,baru join 3 bulan dapat join the friends.merasa la pakai jubah konvo 3 kali selagi tak masuk darjah 1 😂😂.

Weekend haritu,tadika eryna ni buat dorang nyer graduation day kat The Club,one utama.Last minute gak sebab concert tu hari sabtu,hari rabu baru dapat surat.mula-mula macam bit hesitant ,tapi fikirkan,nak support kawan-kawan eryna so,we join je la.

Tadika eryna ni baru je bukak this year,all this while the owner cuma fokus on day care jer,so budak-budak ni kira pioneer la kat sini.untuk budak 6 years ada 3 orang jer.yang meramaikan suasana tu budak 5 & 4 years lah.

Sebelum concert tu,tanya la eryna,nanti dia nak perform apa.pastu dia cakap lagu "Negaraku"..i was like,eh,itu je...baik la tak yah p.hahaha.and she kept saying "tak nak cakap" amboi,nak berahsia sangat.

Pastu,masa pick up on friday tu,pembantu tadika tu suruh pakai tutu skirt.ish,last minute betul.mujur la senang nak jumpa.beli kat stall luar giant.ada satu uncle ni jual baju kids from korean.cute-cute je and murah.kalau tak,memang pakai je la apa-apa yang ada.




Awal pagi kat concert, moody je bebudak ni.time ni tak ramai yang dah sampai.perut pun dah kruk kruk.sempat p makan kat the tarik place luar club ni dulu.eryna  ni,masa sampai dia lari pulak tak nak masuk.malu kata nya,cehhh,tapi lepas cikgu panggil ok pulak p duk kat depan.drama queen sangat.😉




Suruh senyum ni je la yang paling semenggah.pastu dah takmau.budak lain pakat mekap,tapi eryna going natural.hihihi.saja nak bagi lipstick tapi dia tak nak so ok lah.i wont force lagipun apak dia memang tak berapa berkenan ajar anak pakai mekap kecik-kecik ni 😷.




Ada pic aktiviti budak-budak ni kat tadika & taska.after concert,kami amik ja pic eryna tu.rambut serabai habis.hihihihi.spot her ??? 👧.




First session,kids kena naik stage and show baju.yang pakai ikut tema tu ( zaman p ramlee ) tu ada la few.eryna pun belasah je la tutu tu sampai habis show.




First show,menari lagu basikal tua.ni funny giller,at the end of the song,tetiba ada adegan hugging pulak,terkujat mak kau.owh,ini la lagu negaraku tu ekkkk 😏😏



Convo time.merasa la pakai jubah konvo.tu pun topi asik tercabut,time ni budak-budak dah siap cranky.lapar kot.huhu.susah jugak nak kontrol budak.mujur la tak ramai sangat.




Ni je dapat amik.time ni tengah line up.tu pun susahhhhh sangat.pic satu family memang harapan la.after dapat sijil,dia dah sibuk nak bukak jubah tu.😞.




With he friends at tadika.bestfren dia,darina tak datang pulak.



Muka dah start tantrum.siap ajak balik pulak.lapar + mengantuk.mujur la ada sedia kan tea break..so,after dah makan,baru ok balik berlari dengan kawan-kawan dia.ada few kids dah nangis non stop.mujur la eryna tak sama join "concert " 😭.



Second show and last performance, menari lagu apa entah yang ni.kali ni pair dengan one of her gud fren jugak, raisha.kemain sakan depa menari.




Time ni dah terlebih hyper pulak.berlari non stop satu dewan.tahun depan raisha tukar sekolah sebab parents dia dapat kerja tempat lain.so,another friend will leave her 😔.hopefully she will be ok lah..

Overall,the concert was fun.baru tau dia suka menari.berani jugak tu perform on stage,duduk depan pulak tu.confident anak mama 😜.nanti next year sila buat speech pulak.tengok berani dak perform sorang-sorang atas stage.apa-apa pun,we love you and always support you.insya allah next year,konvo kita amik pic together one family with your new adik.

💋.
xoxo.

Wednesday, November 16, 2016

Alhamdulillah , my 3rd time feeling it again..

As salam.

*post save as draft for few weeks,still i rasa nak kena publish as my precious memories.


Hello 16 weeks.alhamdulillah, i am now dah pass my second trimester.yippie..haritu kan ada bagitau ada benda best nak share..so,this is it.lama nak announce sebab masa eryna dulu,syok jugak share dalam blog ni.bila baca balik rasa lawak pun ada.anyhow ,that's the reason of am blogging here :).

So,yeah, my 3rd pregnancy ( still fond the 2nd pregnancy even though survived less than 10 weeks jer..alhamdulillah for a new bundle of joy.just come at the right time. 😍

Those yang baca mesti tau, yang after my 2nd last year, we decided to go holiday.so, Japan it is. we flew on Feb16 ,and later to Munich ( part of rezeki tak disangka ) ,so i believe Allah has planned the best for us. and soon after Raya, i had my menstrual on 2nd raya and that's it.lepas tu, dah tak period,and after 10 days i checked... 





confirm..positive,saja test 2 upt ( satu waktu petang ,satu waktu pagi ) and both showed positive.konon petang tu tak konfiden sebab nampak + macam blur.so,tested again early morning after subuh,and it showed clearly.so we HAPPY 😂😂...alhamdulillah again.

This time, i had a little bit of evening sickness and asyik la laparrrrr.sampai at one point,i thought it's twin..kihkih...lepas tu,pergi check kat pmc with dr ratna ( may favourite o&g ), so,clear that only one fetus there in my womb.





Alhamdulilah again, at 11 weeks ,nampak clear the bone,fetus was on good position,dr ratna siap puji cakap dia suka bila duduk macam tu sebab can see clearly bone,kaki,jari,head,jantung and all.air ketuban semua ok, b/p pun cantikkk.yang tak ok,berat naik hahahah.matik la sampai 9 bulan nanti agaknya besar mana la agaknya kan.

And as usual,check up jugak kat kk,kali ni dapat TTDI.hoyeahhh..that's a longg story how i manage to do my monthly check up there. sebab obviously kota damansara punya address suppose tak boleh check up kat TTDI.kalau rajin ,nanti la cerita 😛.

Kat KK TTDI, orang tak ramai tapi lama jugak tunggu.nurse baik,doktor baik.beza dengan facilities KK kelana jaya,kat TTDi ada scan.and siap kena amik test untuk HIV.husband pun kena sekali.tak tau la if now KK kj pun sama procedure.maklum la dah 5 tahun tak pregnant.ahaks....




Scan kat kk pun doc cakap sama macam doc ratna dekat pmc.all good..alhamdullilah.gender belum tau.walaupun,mak ada feeling2 kali ni.....ok,tak kisah la boy or girl asalkan sihat sempurna kejadian dan cerdas akal nya.harus lah cantik /hensem dan comel macam kakak eryna 😀😀.

As for eryna,she is so excited to know that she will get adik.now,perut dah nampak kan,so dia akan kiss and talk to adik.owh so sweet.siap datang cakap " hai adik comel".nanti i will reply " hai kakak comel"..and she will kiss and talk to her adik...how good is that.i am sure she will be a good sister and nice to her adik..

Btw, hari jumaat ni kena  minum air gula kat kk ;huwaaa.reason being,berat dah terlebih bmi sikit.adoiiii..orang lain minum masa hujung pregnant,ni baru 16 weeks dah kena.pastu kena minum lagi kot masa 28 weeks.bertabah lah...*update air gula : now, air gula dah tak macam dulu,rasa oren u olls.sedap.sekali teguk tak sampai 10 saat settle.siap nurse terkejut,eh...dah sudah ke.ahaks...kalau dulu punya ayaq gula,mak aih,nak termuntah semua cukup...

So,yeah,that's all for now..kalini nak try control gak the weight.target by 9 months,cukup la paling berat pun 80 kg.huwaaa.sebab dulu masa eryna,last time nak bersalin tu 78 kg.harap-harap naik 0.5-1kg je sebulan.jenuh weh nak kurus balik ni.* update : harapan la,..haritu timbang,berat naik 3kg in a month.takuittttt....





Adik baby at 17 weeks..walaupun mama baby bertambah berat,doc ratna kata baby berat cantik ikut week ,uri ok and air ketuban semua ok.lepas ni nak buat scan 4D/5D pulak la.zaman eryna dulu ada 3D ja...masa tengah tulis ni, dah nak masuk 20 weeks 😃.


Doakan semoga dipermudahkan sepanjang aku mengandung until melahirkan.semoga fetus ini akan berkembang menjadi bayi yang sihat sempurna sifat nya,cerdas akal nya dan elok rupa paras nya.Ameen insya allah.....

💋
xoxo.

Tuesday, November 15, 2016

Another year older, happy birthday to ME

As salam.


Fuhh bersawang sangat.padahal dalam draft ada few blog post dah siap karang time2 bosan tapi belum ada pic ,so tak tau bila nak publish.how i been missing you ,tapi sebab penyakit M tu,bercinta betul la nak update pun.

Btw, i am turning 25 ( 10 years ago ) on 12 Nov.alhamdulillah,another year older, hopefully another year wiser la.hahaha.kadang2 makin tua makin mengarut perangai..😜
So ,yeah,not much celebration,as always kuar makan and that's it.since en hasben ada treasure hunt on saturday ( yeah,on my birthday..whateva ), so nak repay ,dia ajak la kuar dinner on friday tu.i chose tony romas sebab dekat dengan rumah and tak payah nak susah-susah fikir.plus kids eat free..😂😂..




As usual,dah lama tak makan ni,so pilih ni jer.



Tambah kan onion loaf.alhamdulillah kenyang..


Eryna makan fish & chip.surprisingly she finished it.selalu dia choosy sikit bab-bab ikan ni..




Oh ya,over the lunch on friday tu, my colleague belanja makan.hoyeah 😋. i chose tomyam restaurant sebab tengah craving tomyam...so,basically, i makan free je la the whole day.....


While on sunday,went out with my gurlfren bff,lepak dekat the curve jugak ..so basically, alhamdulillah for this awesome years, and semoga menjadi lebih baik and lebih baikkkk.insya allah.

p/s : dah lama tak update blog,suddenly ada emoji..cute gilerrrr...ni yang syok main tekan-tekan ni...😀😀😀😀.
💋
xoxo.

Monday, October 10, 2016

Hello again..lama tak blogging

As salam.

Adus,banyak nya sawang.hari-hari bukak blog,pastu tutup.kering idea.penyakit M tetap bermaharaja-lela.harini rasa rindu pulak nak merepek.entry dekat draft masa last trip tu pun dah siap,tapi pic belum upload.haha.nak kena complete jugak travel tu sebab nanti suka baca balik cerita lama.That's the purpose of this blog pun,btw....

So yeah, i have a very good news to share,tapi kena tunggu few days more baru nak reveal.nanti later we talk about it.
Lately, i tetiba rasa nak beli duckscarves.i know i know,it's been ages in the market,baru skang nak try.so,i bought 2 for a trial..one is gorgette scarf and the other one, non other than limited edition KL scarves.tu pun jenuh nak dapat beli ,terpaksa beli dekat personal shopper.among all,she sells the cheapest,kira nya dia amik komisyen sikit jer la.berbaloi la sebab nak kena queue kat pavi lagi,nak post lagi.yang hangin tu kalau yang amik untung atas angin,beli online lepas tu mark up price.cisss...





So, yang LE i pilih kaler grey.mula-mula nak olive,tapi tukar fikiran.the one in ash blue dah sold out.yang gorgette tu as usual pink,kaler selamat.

My first time pakai, ok,i have to agree why people been crazy about it.easy to style kot.and just nice flowy.so, i am now tengah usya lagi few colors, rasa nya nanti memang akan ku jejak pavilion semata-mata duckscarves ni kot :D.

Yang LE pulak,nampak macam shiny tapi i tell u,bila pakai memang nampak esklusif,so its explain the quality and duck is really bring their brand to the new level...sebab tu kot,ada other brand ter "inspired" with duck,lalu wujud la donut scarves..hmm hmmm....





Semalam,konon nak usya the alphabet duck,and i almost trapped myself in.mujur masih waras.hahah.one,sebab i tak gheti style square scarve,so save my RM 300 from there.kalau la depa buat shawl.....phew....melayang beb duit..

So,yeah,have u been duCked ?? YES, i am Lols...
Tapi, i masih juga setia with my sugarscarf ,ariani  & neelofa.this three will always be my favourite on top of duCK...+_+.

xoxo.


Tuesday, August 30, 2016

Progress after sebulan tadika

As salam.

Bulan ni,kira sebulan la eryna masuk tadika.actually, under same management pun dengan owner taska yang eryna dok p dulu.lepas tu,awal tahun ni,depa bukak tadika.kira nya kawan-kawan eryna yang masuk awal tahun haritu macam pioneer la.

Eryna pulak,join lambat .kalau ikutkan,tahun depan baru nak enroll tapi sebab haritu,masa taska renovate, budak yang umur 4 and 3 tahun ( yang tak join tadika ) kena stay kat tadika.sebab taknak dorang kacau barang constructions.dalam 3 minggu jugak la kat sana, tapi bayar still harga taska la.

Bila dah kat tadika,confirm la eryna takmau join taska.dia dah demand nak masuk tadika.masa tu,cikgu dah bagitau,renovation dah siap,so dah boleh hantar semula ke taska ( tempat lain-lain ).dah tanya eryna,ok tak masuk balik taska,dia keep on saying " eryna tak nak.eryna nak belajar dengan kawan-kawan"..owh,sudah la pulak.

So,after discuss,tu yang hantar lepas raya tu.bagus nya,kalau dulu p taska,bangun masam-masam terus hantar.nanti taska mandikan.tapi,dah masuk tadika,excited la pulak.bangun mandi awal pun ok,pakai uniform.walaupun ada hari memang ada drama ( sebab ngantuk nak tidor ),tapi pujuk cakap besfren dia dah bangun,so bangun la jugak dia.

Just nak share ,perubahan yang sangat bagus,selain dari aktiviti biasa ( menulis ,coloring,arts ), eryna dah boleh baca al-fatihah dan surah tiga qul sendiri.dengan lancar ( insert : pelat budak-budak ).kalau sebelum ni,memang dia boleh baca tapi kena mama ikut,now ,suruh baca,konfiden sampai habis.alhamdulillah,..happy sangat dah.doa makan ,doa tidur tu dah pass lamaaaa dah yang tu.

Mungkin ada orang anak depa dah terror hafal and baca banyak surah.untuk aku,ni pun dah cukup proud sebab nya ,kalau harap kitaorang ajar,entah bila la dia nak pandai.ni sebab hari-hari kat sekolah dorang baca.so,dia pandai sendiri.




*Gambaq takdak kena mengena sebab sampai hari ni memang susah nak amik pic dengan baju sekolah dia tu.ni aktiviti weekend.sekarang dah berani mandi kat kolam dewasa sorang-sorang.kalau tidak,asyik meraung mintak pegang belakang sebab gayat.now,dah berani terjun sendiri.swimming tu belum la,hahaha.kena pakai float gak.*


Lepas tu,minggu lepas kot,time sembahyang,tiba-tiba eryna join. dah la dengan tak pakai telekung,selamba ja solat dengan baju tidoq.pastu dia baca kuat-kuat ok.sambil sembahyang,mama kau pun emo sebab rupanya eryna dah pandai baca "takbir ratul irham" ,baca doa sujud and duduk antara dua rakaat.sobs sobs..emo sebab tak perasan anak dah pandai sendiri.so,cakap dengan abah dia,we should start teach her muqaddam.sebab dulu,i masa kecik ayah and mak yang ajar.naik quran baru berguru dengan tok guru.

Abah dia pun ada belikan muqaddam,tapi tu la,dah seminggu,dok ulang alif sampai ya je la.haha.kitaorang pun tak reti macam mana nak ajar betul nya.eryna pulak dia banyak main-main time dengan kitaorang.dia tau dah baca semua tu,cuma now nak ajar la , alif atas a, alif bawah i, alif bawah u,a i u..gitew.so far masih fail..rasa nya nanti tau-tau eryna dah naik quran.hewhew..

Alhamdulillah,sebulan kat tadika,nampak perubahan banyak.bab study tak payah kisah,sebab dia memang obses buku dari kecik.cuma now,tengah ajar dia english sikit-sikit.tapi for me,that is not big problem at all sebab budak senang pick up.dari channel tv pun dia dah boleh ikut.aku dulu pun,takdak pun nak speaking kat rumah,tapi masuk darjah 4 ,ayah hantar personal tuisyen english ,memang cepat ja dapat speaking and tulis.yang tu tak risau sebab kita sendiri boleh guide..cakap hari-hari pandai la dia..yang agak cuak bab agama jer la.mintak-mintak tu ustazah boleh la guide elok-elok.maklum la,nak harap mak ayah ni,harusssss..+_+.

Apa-apa pun,i am so happy for the progress.kalau ikut abah dia,nak kena hantar p mandarin kelas sekali,tapi tak tau la lagi yang tu.for fun boleh la.add knowledge.see how nanti next year.

xoxo.

Monday, August 29, 2016

Zalora Community Contributor.

As salam.







Kalau sapa yang baca atau 'ter'baca blog ni dari pc,mesti perasan ada satu logo zalora kaler hitam kat side bar.itu kalau korang klik,nanti nampak la profile i muncul. .gambar harus la bergaya dengan spek mata hitam baru nampak rock star +_+. .

Rasanya ramai jer blogger yang dapat invitation ni,tinggal lagi nak ke tak.sebab satu nya,commitment nak tulis la,at least once a month and lagi satu nama pun contributor, maksud nya takder la bayaran ke apa.takder la tetiba nak dapat cash voucher zalora macam previous engagement tu.
So,mungkin ada yang semangat nak writing tu macam tak 100%.mula-mula i am a bit hesitant sebab tak tau boleh commit ke tak,tapi i agreed sebab nak improve my english writing.

Yang approach i adalah arwah Noraini.sedih jugak tau,sebab 3 hari sebelum meninggal tu,arwah e-mail i offered untuk jadi part of community contributor tu.tiba-tiba baca dekat blog suraya ,arwah dah takdek.speechless kejap......

So yeah,untuk community ni,yang take over lepas tu Aini.dia editor kat zalora.i akan submit artikel,so dia akan edit la apa yang patut and after dia approved,i akan upload sendiri dekat website.so far i baru jer bagi dua artikel.ni sekarang tengah buntu apa pulak tajuk seterusnya...any idea ???

Kalau nak baca my article, boleh klik First article and Second article .sila la sokong usaha murni ku dan contributor lain di luar sana..pecah kepala tau carik idea nak menulis..banyak informative article kat zalora tu.jangan ingat shopping ja..rajinkan baca ok :).

xoxo.


Shell out lagi


So,semalam ( draft entry, this should be published on friday btw )...tekak terasa nak makan shell out sangat-sangat.Mula tu dah pesan hasben suruh tapau kan subway tandoori tapi lepas tu kansel.ajak makan kat shell out jer.weekdays orang tak ramai and sebab dekat dengan rumah tak sampai berapa minit dah sampai,so baik la terus pergi.

Lagipun,sempena nak meraikan entry resipi shell out yang paling dapat high rating kat blog ni sampai nak dekat 100,000 view until today - LOLss , tu yang sendiri tengok resipi .sendiri terliuq.
So,percayalah,selagi tak derhaka resipi,hasilnya sebijik macam shell out restoren tu.kalau ketegaq jugak,malas la nak cakap apa.resipi semua senang terbentang depan mata dah pun.

Mula-mula nak masak sendiri,tapi sebab malas ( tu jer alasan ),baik p makan terus ja.

After maghrib ,kuar,by 8 pm dah sampai,tu pun sebab pusing dua kali carik parking.so,kalau yang teringin nak makan kat sini,memang kena bertabah tunggu parking.susah sikit.entah macam mana la time weekend kan.mesti lagi haru.ni waktu hari biasa pun agak bercinta.





Kali ni order ala-carte.tak tau la pasai apa,everytime kami makan sini, ( ceh,padahal baru dua kali ), mesti set Combo B tadek.yang ada cuma Combo A and D.dah la combo B tu murah dari A,so macam adakah itu strategi restoren ?

Masa first haritu dah order Combo A ( ada king crab ,lala and prawn ) so kali ni takmau dah king crab.nak try yang lain.
Semalam order king prawn,sotong and scallop.side order wajib la order brokoli ,jagung and potato and nak buat kunyah, sweet potato.nasik sorang satu.




Kami order each seafood amik size paling kecik,itu pun bila sampai,tudia masih penuh satu meja.sesuai makan tuk 3 orang dewasa.
Eryna ,dia makan nasik ,pastu acah-acah cicah sos shell out tu.dia dah berani nak try makanan pedas dah skang ni.bagus anak ...clap..clap..





And now i have a new trick macam mana nak bagi budak superwoman ni behave.dia kata superman  ( mama kata superwoman ) sebab apron tu dia pakai terbalik.pastu menyanyi-nyanyi satu restoren.suka hati la nakkkkkk.janji tak kacau table orang.

Oh ya,we start allowing her to bring her favourite books and toys ( one each ),.so while waiting for the food,she can do coloring or at least distract with her toys.
Sebelum ni,dia macam tak berapa minat nak coloring kalau bawak buku pun,now sejak p tadika,dah so excited.she has finished almost 5 work books less than a month.wuhuuu rajinnnn...we will buy a lot of books since you like it so much :).

So,yeah,food wise still the best.the combo is just nice.untuk this order, the waiter recommend to go for udang butter, curry sotong and mix sauce for scallop.all just nice and superb...puas hati makan...

xoxo.




Wednesday, August 17, 2016

Hotel di Osaka dan Tokyo

As salam.

Sambung entry Japan yang tak abis ni :). carca marba dengan entry Munich and Salzburg pulak.
Untuk rujukan diri sendiri sebelum terlupa.

Nak cerita , untuk pilihan penginapan,boleh decide nak duduk hotel atau apartment.untuk apartment boleh book di airbnb.kalau hotel, boleh book dari booking.com atau agoda.com. senang sebab agoda or booking ni boleh kansel at least one day before arrive without charges.so,kena rajin la tengok harga tiap-tiap hari.
Sekarang ni dah senang sangat, install apps jer kat phone.lepas tu,hari-hari tengok harga hotel.yang penting,book dulu mana-mana hotel takut fully booked.kalau tetiba terjumpa hotel lain yang lagi murah and reasonable ,boleh jer book yang baru and cancel yang lama.takder penalty apa pun.

Hotel Tokyo :

Macam kami,mula-mula try nak merasa duduk airbnb ,tapi host tu tak reply.ada jugak goggle, jumpa muslim homestay ,boleh search kat FB : Hazani's Homestay.cuma,harga agak mahal around RM500+ per room ( shared kitchen and bathroom ) ,kalau duduk lebih dari 3 orang agak berbaloi stay situ ( sebab time tu bilik yang available muat utk 4-5 orang ).
So,depends la berapa bajet sebab kat Jepun ni especially Tokyo harga tak murah tau.


image : goggle


Kami bajet around RM350 per night untuk accommodation.last-last jumpa jugak hotel yang kira ok.tapi bukan la di town Tokyo, tapi di area Shinjuku.still tak la jauh ,kalau naik train tu,dalam 3 stesen camtu je kot.actually, untuk pilihan hotel,tak semestinya duduk di Tokyo saja.boleh gak pilih untuk stay di area town/main attraction area macam Shinjuku, Asakusa, Shibuya sebab easy access train.semua train ni akan lalu jugak dekat Tokyo.

Sometime, ada tempat tak payah p Tokyo station.contoh : kami naik metro dari Hatagaya station ke Shinjuku.dari Shinjuku terus ja p mana-mana tempat without stop atau tukar train di Tokyo station.selalu di Tokyo station agak crowded.nak balik Osaka pun,kami naik train dari Shinjuku.

Sebab dah last minute ,so decide book hotel di Sakura hotel hatagaya. terus book untuk 4 hari ,total RM 1,400+.ada orang rajin tukar-tukar hotel,tapi entah la,malas pulak bila ada budak ni nak pindah randah.



image : goggle


Masa mula sampai,alahai,rasa nak nangis ke apa tak tau la.bilik kecik giller,haha.katil queen ,ngam-ngam masuk pastu terus kena loncat ke katil.nak solat satu hal.oh ya,hotel ni ada sediakan surau,so actually boleh ja p surau kat bawah.

Ni la bilik kami dapat tu,kecik sangat,letak dua bijik luggage dah penuh bilik.haha.mostly kat japan ni macam tu la.bilik besar confirm la mahal.

Kami try tukar bilik , nasib ada bilik kosong yang besar,tambah lagi 1000 Y per night, tapi dapat untuk 3 malam ja,hari ke empat ada orang book terpaksa la duduk sini balik.mujur la sehari ja.huhuhu..
Yang ni selesa sikit,ada big space boleh solat.dapat 1 queen and 1 single bed.ada cafe kat bawah boleh pilih nak amik breakfast ke tak.kami tak amik pun,sebab kat stesen train boleh beli sushi and nasi kepal tu.murah ja dalam 110 Yen.rajin-rajin la bertanya bab nasi kepal tu dalam ada apa.kami selalu amik fish and vege.kat packaging pun ada sticker gambar.kalau salmon and vege senang nak cam,tapi kalau tuna tu agak tricky sikit gambar dia,so sila la bertanya tanpa was-was.
Cashier boleh cakap and faham english sikit-sikit.




So yeah,walaupun kami p jalan-jalan outside from Tokyo ,antara nya ,main salji di Gala Yuzawa , jumpa Elsa di Disneyland , dan menjejak Mount Fuji kami tetap akan balik semula ke Tokyo.tak tidur kat any of the places nearby pun.like i said,malas nak heret luggage sana sini.

Hotel di Osaka :

Untuk hotel di Osaka pulak,since kami beli JR pass, so,the main stop will be at Shin-Osaka.station ni lagi besar dari Osaka.insya allah takkan sesat ,yang penting pandai baca map.

On the last day aku p jalan sorang-sorang sebab hasben kena gout,tak sesat pun...jumpa ja jalan pulang ke hotel .hehe.kalau silap naik train jangan panik, terus turun ,bertenang sat,and cuba cari laluan semula ikut warna laluan dalam map.

Di sini,kami stay di Osaka Garden Palace .hari pertama and hari ketujuh sebelum balik key ell.
Harga around our bajet, book dari booking.com.




The reason pilih hotel ni sebab ada provide shuttle from train Shin-Osaka station.walaupun jarak hanya 1km dari station,tapi ada shuttle ok.yang penting tak payah jalan.penat kot dah seharian berjalan pastu nak kena menapak balik hotel.taxi dah la mahal.naik shuttle tak sampai 5 mins dah sampai,punctual pulak tu,jalan tepat masa as per schedule.

Bilik selesa and agak luas.toilet kat japan ni takleh buat apa la,memang masuk, terus nampak jamban duduk ,yang tak tahan tu,bilik air kecik takpa,tapi nak kena ada bath tub.syok la eryna berendam.so far both hotel pun ada hose jamban.hihihi..penting tu :).



Lobi hotel ni memang besar and nampak grand la.kira ok la dapat harga camtu.cuma kawasan sekitar takder apa sangat.kami pun tak lama kat Osaka,just datang lepak tidur jer.ada la kedai makan halal satu ( indian restaurant ) ,family mart and pharmacist. kalau nak p Shinbaishi ke, dotonburi ke, kena naik subway....tak jauh pun,subway ni pun dalam Shin-Osaka station jugak.

As i said, penginapan ni ada orang tak kisah,boleh ja amik shared bath room ke.lagi murah.tapi,aku pikir nak kena pakai tudung kuar masuk bilik.nak pulak kalau eryna nak terkencing selang sejam.haruuuu.dia kan dah diapers-free.so,untuk family,kena la budget lebih sikit.nak kata mewah tu tak la,kalau nak ikut rate, hotel ni taraf 2-3 bintang ja.

So,habislah segala info untuk trip  Jepun.rinduuu nak p lagi.memang ada plan nak ke Osaka semula.sebab tak puas sekejap sangat kat sana.oh ya,nanti la,share pasal JR pass,macam mana nak beli,how nak guna and apa yang best pasal JR pass ni.

Boleh baca archive Japan kat SINI .

xoxo.

Friday, August 12, 2016

Eryna is 4 years :) 0708

As salam.

Weekend haritu , 0708 besday eryna yang ke 4 tahun.dah besaq ni,demand lebih sikit la.nak happy birthday dia kata.ni mesti sebab dekat school kawan-kawan nyanyi lagu ,so kalau ada budak sambut birthday haritu, dia mesti cakap, bila eryna punya nak nyanyi-nyanyi tu.definition birthday bagi dia adalah,nyanyi lagu happy birthday.

Hari ahad tu,bawak dia p main kat blokke citta mall.plan asal nak bawak p farm in the city tapi tak jadi sebab pagi tu,aku selsema and asik bersin.cuaca panas macam tak best.
Blokke pulak, hari ahad closed for private function from 2 pm.jadi,kita p awal sikit.around 11 am dah sampai sana.






Private function tu sebab ada birthday party budak la.eryna excited la dengan belon as if itu party dia.haha.dah la tu,clown datang awal,around 12 pm,eryna pulak menyibuk macam kan dia guest party.dapat la pulak belon and hadiah.sabaq je la.




Lunch bawak g makan Tokyo Kitchen,japanese food.sebab eryna dok cakap nak makan sushi.tapi,sekarang ni,restaurant ni tengah buat promo,murah jer set lunch dia. RM 12.90 dapat full set meal complete with miso soup and japanese tea.boleh pilih set salmon,set chicken atau set makarel.
Haritu,kami amik setiap satu set.ni kali ketiga kat sini,and so far memang puas hati sebab sedap and fresh.

Hadiah untuk birhday girl sempoi jerrrr...sebab dia tengah kumpul super wings,so kami beli ja bagi.sekarang ni dah ada 5 ketui dah toys tu.beli kat uptown ja.ihiks,tak yah mahal-mahal,bagi tu pun dah terlebih happy dah.





Malam tu,siap masak rendang ayam and pulut kuning.dah niat nak bagi.tahun ni takdek kek sebab selalu tak habis pun.

Eryna suka pulut,sebab tu masak pulut ,kebetulan masih mood raya,so bagi la dengan rendang ayam.gigih mak kau ni.gigih tak gigih kan.mujuq la masak rendang tu senang jer.campak-campak settle.tinggal pulut jer la kena lambat sikit sebab rendam pulut dulu kan.
Tengah-tengah malam oii kukus pulut.hihihi.





Lepas tu,order cookies dengan blogger shila shower.gambar didi & friends.order 35 pcs.cute giller cookies tu.budak-budak suka la.pakat teruja.ada tu siap datang bagitau sayang nak makan.simpan bawak balik.haha.mujur la depa tak berebut ,pandai pulak amik sorang satu.






Eryna sangat la teruja,semua dia chop,nak didi,nak nana,nak jojo and so on.budak yang datang pulak tak ramai,so ada la lebih sikit bawak balik.baru puas hati dia.

Mama doakan eryna menjadi anak yang solehah,dipermudahkan rezeki ,dipanjangkan umur dan berjaya dalam hidup .insya allah...


Tuesday, August 9, 2016

Pengalaman naik Oman Air

As salam.

Anyone ever heard about Oman Air ? to me, this is my first time.masa tu,tengah cari ticket kat skyscanner, suddenly Oman Air ticket is the cheapest.Browse to the online website searching for some compatibilty.hehehe.bukan apa,nowadays kan banyak sangat air plane crash,so,sedikit sebanyak,benda tu buat kita paranoid.takut wooo..




So,tried goggle,tapi tak banyak review pasal this airline.they still new compared to giant airline like Qatar ,Emirates and Etihad ( middle-east airline ) yang femes kat malaysia ni.I nak fly with Emirates sebab pernah naik dulu,tapi ticket tengah mahal,so ,gamble la naik Oman Air.so far,the track record is ok and to be surprised, they have many flights option from Muscatt to europe.dari key ell,so far ada daily flight tapi sehari satu flight.

Kebetulan jugak,one of the intern in the office ( she is german btw ) , her mom just flew to key ell with O.A.flight from Munich -KL.exactly same destination like mine.so,after hearing the good review from her ,terus confident level naik.mula-mula agak nervous di situ +_+.

Hari kami naik tu flight tak penuh.so,banyak tempat kosong.most passenger konker every seat.like mine susah la sebab eryna tak nak pindah tempat.ingat nak ajak dia duduk yang seat 4 kosong,so boleh la dia baring tapi dia tak nak and insisted to stay at her place.ok lah,as long u behave.




My first impression, flight from KL- Muscat agak old school sikit.in flight entertainment ( IFE ) tu agak lama kena tekan kuat-kuat baru dapat tukar channel.tapi seat ok ja,sebab naik Airbus,room leg quite spacious.cabin crew mostly from Thai & phillipines and they all semua peramah.
Ada filem melayu ,Ola Bola,Polis Evo and citer yang aron ajis tu.jadi la kan.aku siap repeat tengok dilwale.Eryna pulak,frozen sentiasa siap nyanyi kuat pulak tu.dia dah pandai guna IFE dia,so aku tak kacau.lega sikit...






Tapi,flight from Muscatt to Munich flight dia baru ,so IFE tu ala-ala canggih sikit and interior lagi cantik..and we flew by airbus for all sectors.






I ordered kis meal untuk eryna.best ok,kids meal dia sekali datang ,tu ha lagi banyak dari package org dewasa.makanan of cross halal...masa atas flight ,i olls tak puasa yer ,musafir kan.. ( dah settle ganti puasa pun ) .lagipun dah tau,atas awan tu mesti pening.sia-sia ja muntah.




Kiranya food wise, i suka.sebelum landing dapat lagi roti and kebab.masa otw back to key ell dari munich ,depa siap bagi ramadhan pack.so,semua orang boleh tapau bawak balik.paling best, air dia susu kambing kau.mujur bukan susu unta.i asked hasben if he get to eat macam kami,so yeah lebih kurang je la tapi food spread untuk kami lagi banyak.



Masa transit kat muscatt, dari jauh dah nampak padang pasir.kena turun flight guna tangga and ada shuttle datang ambik.airport dia kecik jer,so jangan risau kalau transit time around 1 hour macam tu.sempat jer nak catch next flight.

Shuttle tu akan bawak sampai ke arrival hall.Yang nak stay in muscatt,exit kanan,untuk connecting flight,sila exit kiri.pastu jalan je sampai nanti jumpa departure hall ( dalam 5-10 mins jalan ),then nanti officer tunggu nak stamp tiket.sempoi gila,duduk atas kerusi pastu cop tiket. ( yang next flight ticket ).
After that,check immigration.paling best,bawak air pun lepas.kalau klia kan strict ,even munich and few countries i have been tu, very strict we cannot bring any liquids through immigration.ke sebab air mineral tu dapat kat dalam flight and unopen,entah la kan.




Then,kuar immigration dah sampai gate.ada la sikit free duty shop.nak wifi,kena p kat kaunter swarovski ,tunjuk flight ticket,dapat la 2 jam free wifi.tapi,sebab aku transit sejam lebih ja,baru sempat guna tak sampai berapa minit,dah nak kena naik shuttle untuk catch next flight.eryna naik stroller,so takdak masalah nak jalan laju.
Cuma,masa flight nak p muscatt dari key ell tu agak hazab sebab dia tidoq, pastu dia tak nak bangun,terpaksa aku jadi sado,bawak beg laptop,stroller sangkut belah kanan,bawak handbag lagi belah kiri.oh yes,dapat bawak naik 2 beg sbb depa kira as 2 passenger.stroller tu curi-curi bawak naik.mujur beli yang jenis boleh lipat and sangkut kat bahu tu.boleh ja bawak stroller naik atas,tapi selalunya depa akan mintak and letak tempat lain.nanti masa sampai tu,depa akan bagi balik stroller tu.so,tak payah check in dengan luggage.bawak ja naik atas.

Overall,i bagi 7/10.cabin crew helpful walaupun sometimes agak clumsy +_+ .masa flight delay dalam 30 mins from Munich to Muscatt ,depa bagi eryna goodies bag.ada coloring and few items.and they serve drinks and snack ( at least la kan ).even flight delay pun,sampai tetap on time...

So,kalau ada rezeki nak p oversea lagi,rasa nya akan piilih O.A.nak-nak kalau dapat harga promo macam haritu.hehe.so,lepas ni kena alert if ada cheap price.yang penting,walaupun flight ticket murah,layanan dan servis semua taraf 5 bintang..

xoxo.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...