LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, December 21, 2015

Mood Republic

As salam.

Finally,buat pertama kali i mencemar duli singgah Mood Republic kat pwtc.itu pun last minute plan sebab ada wedding member kat masjid wilayah ,so singgah kejap.memula tu,cuak gak kot la hasben takmau lalu sana sebab jem.selalu kalau sale cenggitu ,tau la macam mana susah nak masuk pwtc tu.

Btw,since dah ke masjid wilayah tu,kita try la pusing ke sana.kira nya,kalau ada spot parking,dapat la masuk dalam tengok.tapi,kalau susah nak park,maka bye-bye jer la.




Oh ya,first time i attend wedding kat masjid wilayah.ada hall kecik kena bukak kasut sebab dorang pakai karpet.boleh muat 500 pax rasa nya.berdasarkan sususan meja la.
Masa sampai tu,kawan-kawan semua dah sampai,siap dah sudah makan.mula-mula tu memang nak p awal,dah siap by 12 settle.tapi,sebab weekend kan asben ada kelas,so,dia balik rumah nak take nap pulak.last-last dari 1230 jadi 130 sebab alang-alang baik la i zohor terus jer.tak yah leceh-leceh nak kena bukak tudung segala :).

Wedding ni,kawan satu opis lama dulu.ada la dalam 8 tahun tak jumpa.kira nya,ni lah first time depa nampak eryna.dah besaq anak aku weh.mujur la tak jumpa time eryna kawen jer.
Yer la i ni bukan jenis hang out sangat dengan ex-opis ni.setakat sembang tegur kat FB gitu jer la.so far,orang i selalu i kuar pun,as always my bff la.tu pun 2,3 bulan sekali baru jumpa.sekali jumpa memang berejam-jam la.

So,habis majlis,maka ke pwtc.jalan nampak jem,tapi moving,rupanya pakat parking tepi bukit,chisss patut la slow moving jer.lega jugak la sebab kalau susah nak park,maka takder chance la nak masuk.huhu.memang aim nak beli tudung sugarscarf jer.itu jer pun.
Jangan tetiba terpengaruh dengan benda lain pulak,bahaya oooo.




Masuk jer dalam dah nak pitam.sebab gerai penuh,.rapat-rapat pulak tu.dah save awal-awal booth ss,tu pun lost gak dok cari number.tahap,ni kalau tak jumpa habis la.hasben dah warning,jangan tak beli sudah.penat datang.hahaha.
Dia dapat spot kat luar tu.lepak dalam keta jer ngan eryna.better la sebab kalau bawak budak tu,silap-silap tak leh beli apa.risau kot ilang jer di celah-celah baju jer.mau haru biru kat situ.


Lama jugak cari,jumpa jugak.rasa nak lompat bintang jap.nak beli selai jer pun,tapi sebab tengok promo,kalau beli satu RM90 ,beli 3 helai RM250 ,maka terpengaruh la jugak.tu takder dalam agenda pun,.tetiba kan,mudah cair sangat la.huhuhu.
Dalam wallet ada ngam-ngam duit RM50 lima keping.kira cukup-cukup la.terima kasih la kad kredit atau debit tak leh guna,kalau tak mesti habis ranap dek mood republik.hihihihi.




Habis beli,tengok asben wasap eryna nak kencing.huwaaa lari mak siap sesat.risau kot terkencing dalam keta.eryna sekarang dah fully diapers free.waktu tidor jer la belum diapers free.sebab dia suka minum susu waktu malam,payah sikit nak train suruh bangun kencing.ni pun dah ok sangat sebab tak payah susah payah ajar pun.dia pun pandai cakap "eryna dah big girl,mana boleh pakai pampers".good girl sangat.walaupun ada orang dah diapers free umur setahun,dua tahun.tak per lah.tak la susah pun.kira nya umur 3 tahun la eryna diapers free.saja kena tulis,supaya nanti dah tua boleh recall balik.+_+.

Dalam wallet masa tu ada RM10, ngam -ngam dapat beli air cafe latte jenama farm fresh tu.sedap wooo.rugi tak beli lebih sebab susah nak dapat la cafe latte tu.selalu jumpa yang susu biasa.memang jenama farm fresh tu sedap.cuma expiry date dia cepat.tu pun dapat korek-korek jumpa duit singgit-singgit,cukup la nak beli sebotol tu.sadis betul.nak g atm entah kat mana.

Masuk keta,tengok eryna dah siap ber pampers.hahaha.mujur ada spare dalam keta.tu pun dia tak kencing dalam tu pun.dramatik betul.shopping laju-laju kekdahnya.
Masa i pegi semalam tu,dah pukul 3 pm macam tu,orang tak ramai pun.rasa nya penjual lagi ramai dari pembeli jer.mungkin sebab start jumaat kot,and ada yang tunggu last minit ahad tu waktu malam.mana tau ada jualan murah lagi.

After mood republik singgah sogo.lama sangat orang tu berzikir nak p sogo.dah pukul 4 pm pun ramai lagi orang masuk sogo.rezeki betul,tak lama tunggu parking,in 5 mins,dapat parking dekat entrance.sempat la beli baju and seluar eryna 2 pasang.nak cari kasut dia takmau tunggu dah.sebab sebelum tu,bawak dia g main.dua jam pun tak jemu-jemu.bila ajak keluar nak cari baju dia,mula la buat perangai.malam jugak la baru sampai rumah.

Very hectic weeekend tapi meaningful.sebab mission nak beli tudung ss accomplished.hahaha.
Xoxo.



Tuesday, December 15, 2015

Jumaat dan ahad haritu

As salam.


Jumaat haritu ada makan sempena krismas & new year.of course kita orang islam tak sambut,tapi,sebagai menghormati non-muslim yang organised the party,so,ok la.

My boss,invite we all gathering kat rumah dia.memula macam malas gak,tapi dah member ajak,and ada satu party haritu tak dapat join,maka beramai-ramai la p sana.
After opis terus shoot ke sana.mujur dekat jer pun.dalam 15 mins dah sampai.

Hari jumaat tu kebetulan selangor cuti,so eryna memang dah kat umah dengan abah dia.kalau tak cuti,memang dah planned ,suruh hasben balik awal and amik eryna kat taska.
Kira nya haritu,mama bergumbira sat la dengan kengkawan.depa makan la apa-apa kat rumah tu.hahaha.bukan selalu pun +_+.

Cantik giller rumah my boss sewa ni.dia bukan orang sini,so company bayarkan.luxury kondo,dah la spacious,view cantik pulak tu.puas tour the house.lagipun,kami antara orang terawal sampai.






Macam biasa,posing dulu.balkoni ni cantik hoi view dia.dah la time ni hujan renyai-renyai.memang cunsss.balkoni saja dah leh muat ramai orang.dah besar bilik kat rumah aku tu ha >_<.

Makanan semua sedap.sebab my boss ni indian,so harus la dia order indian food.depa order siap pakej restoren tu hantar waiter sekali.
Senang cerita,kami just duduk jer and waiter tu la yang asyik bawak makanan.kejap kang bawak minuman,kejap kang tanya nak makan apa.feeling orang kaya sangat tu.






Yang terpaling best chicken tikka.makan berketul-ketul sedapppp.tak tau la pulak masa waiter tu dok bawak makanan,itu bukan main course.
Imagine la,food tu semua yang berat ,dia kata itu appetizer,by the time main course dah siap,pakat kenyang dah.ada nasi ,curry,roti,salad,fruits,desserts and so on.

Nothing much,we just lepak and chatting.ramai jugak turn up.dalam 20+.riuh rendah kejap sebab my colleague leh tahan weng-weng jugak.

Dalam pukul 9 lebih,gerak balik.tu pun sebab tengok nkve dah tak jem.from the balkoni,boleh nampak traffic kat sana.masa tu,hujan pun dah stop,so elok la balik.




Weekend pulak,ada akikah cum house warming anak sedara sepupu kat saujana putra.makan free lagi,alhamdulillah rezeki khen.
Hari ahad tu pun hujan lebat.sekarang ni memang rainy season kan.tinggal tak turun salji jer kat malaysia ni.sebab tu la kena melawat negara bersalji nak lepas gian.hihihi.




Lepas tu,singgah Mitsui Outlet.as usual,kat sini memang boring la.lebih kepada tempat untuk visitor habiskan RM kot.nothing else,tak beli apa pun.
Pastu, ada pulak mainan ni kat bawah tu,kena la bayaq cukai dulu +_+.

xoxo.




Thursday, December 10, 2015

Lepas 40 minggu.

As salam.


Semalam, tiba-tiba dapat e-mail dari babycenter.com.
Memang la ada subscribe situ,so every month depa akan update baby's development and progress.
Kira nya,as mom tu,kita dapat la agak masa baby dalam perut sebulan,dua bulan sampai la dah bersalin.bagus ni,mommy semua elok subscribe jer kat situ,so that dapat la info.kadang-kadang ada jugak parenting tips yang berguna.









Selalu tu,kalau dapat pasal monthly development tu takder la kisah sangat walaupun 'baby' nyer dah takder.tapi,semalam dapat tu, untuk congratulate newborn.
Maknanya ,kalau la tak miscarriage haritu,kira nya dah ada new baby la sekarang ni.
Mungkin tengah sibuk berpantang kat kg atau pun pantang kat kl dulu ka.
Pastu,kena tengok-tengok eryna kot dia rasa terpinggir ka ada ahli baru.

Tapi,takder rezeki kan.aku pun dah redha.cuba lagi tahun 2016.hoyeahhhh :).
Ada la hikmah nya tu.
Lagipun,anak sedara kan baru lepas operate,kesian mak nak kena jaga cucu la,anak la,cucu baru la.mentua pun tak berapa sihat sangat.
Kalau ikut aku ni,pantang jer la sendiri kat sini,tapi knowing my mak atau mentua,depa mesti nak jugak mai sini.kesian la depa pun tak ler sihat sangat.

Macam shafiq tu,bukan la mak jaga pun.sebab my sis sekarang dah duduk sekali dengan depa.bagus la ada orang teman kan.kalau tidak semua anak-anak mana ada kat sana.
Tunggu cuti,baru la bilik penuh.kira nya rumah ayah tu,ada bilik untuk sorang satu pun,sunyi ja sebab anak-anak balik time cuti & raya saja.

Apa-apa pun,aku percaya mesti la ada hikmah nya.
Eryna pun dah makin bijak sekarang ( puji sangat ) ,mesti la nanti  bila ada adik dia sayang and tak jeles.lagipun dia dah ok dah kalau tanya nak baby tak.sebab dok berkawan kat taska la tu,tengok orang lain ada adik.walaupun kekadang tiba-tiba mintak jugak nak kakak dengan abang. +_+.

Dia tarik yang ini,Dia bagi yang lain.
Dari segi kerja,alhamdulillah..dapat kenaikan gaji lagi padahal baru jer join tak sampai setahun.kira nya dari gaji lama masa tahun lepas, dah naik almost 40%.
So far, tak pernah la balik lambat sebab kerja,by 615,paling lewat 630 pm dah ambik eryna and sampai rumah.dapat berehat-rehat.masuk kerja pun tak la awal sangat.
Itu pun kira rezeki jugak.nikmat kesihatan ,nikmat hidup,nikmat kasih-sayang.




As for now, eryna kawan la dengan kazen-kazen yang ramai tu.
Kawan-kawan taska pun best.cuma balik rumah,boring sikit la sebab takdak kawan.hahaha.
Takpa,mama la besfren eryna .kuikuikui.

Dia ni,kalau dengan abah dia,ada jer la nak merengek.nak perhatian sangat la ini budak.
2 malam lepas,dah start tidur katil baby cot tu.baby cot tu memang beli yang besar terus.so,budak sampai 5 tahun pun muat.
Selama ni tak mau dia tidoq dalam tu,tiba-tiba start 2 malam lepas nak tidur situ.hihi.
Dah besar dah anak mama ni kan.tengah fikir nak hantar tadika ke tak tahun depan.
Sebab eryna ni suka bab-bab study ni.tengah nangis,bagi buku terus ok.
Ikut mama sangat >_<..

Nanti la kita fikir kan.lagi 2 minggu nak balik kg yeay !!!!.

xoxo.


Thursday, December 3, 2015

Update shafiq

As salam.



Sedikit update.
Lepas operate haritu , alhamdulillah, shafiq pun dah sedar.
Time tu agak fragile la,sebab kena make sure 24 hours after operation takder bleeding and air masuk jantung.scary kan dengar.kita yang dengar ni rasa sakit,apatah lagi orang yang kena.
Dah la budak kecik lagi ,kesian sangat.






Pembedahan tu ,doc buat menegak.so,untuk yang tak pernah operate mesti la tak tau nak imagine rasa tu.especially bila ubat bius dah habis.
So,one of my sister ,pernah bedah apendiks and c-zer anak.Dia kata memang sakit la bila dibedah macam tu.what to do,doc mesti la tau apa yang terbaik.

Hari-hari kami tunggu ja update dari my sis.kesian la dia nak kena handle sendiri.
Actually bukan handle apa,sebab sekarang  ni, after operation ,dia dah tak tahan sakit.sebab kesan bedah.
Semalam my sis bagitau, dorang dah pindah ke PICU ( paedatrik intensive care unit ) and wayar pun dah cabut.condition dia alhamdulillah ok.
Doc pun dah bagi dia makan aiskrim and pizza.lega jugak dengar.cuma sedih tu bila dia asyik nangis tak boleh tidur.


This morning,my sis update lagi,semalam shafiq tak leh tiduq sebab sakit kat perut.bukan bahagian jantung tu.
Rupanya kat perut tu,depa tebuk sikit letak tiub supaya darah kotor keluar and air tak masuk ke jantung.gitu la explain ,i pun tak berapa arif,tapi kita faham la sikit-sikit.
Kata nya,after this doc nak letak morphine untuk kurangkan sakit.allahu,moga shafiq kuat.kesian sangat sebab dia kena hadapi macam tu.


Insya allah kami positif dan percaya mesti ada hikmah yang Dia aturkan buat kami.
Doa kami,moga shafiq terus kuat.and moga my sis pun sama kuat.
Ameen..ameen ya Allah.


xoxo.

Tuesday, December 1, 2015

Alhamdulillah ,sudah selamat operation.

As salam.


Lama nya nak ambik mood menulis ni.
Banyak nak tulis, banyak nak cerita, tapi last-last masuk ke draft jer.

Haritu dok teragak-agak jugak,nak tulis ke tak.nak cerita ke tak.
Sebab masa haritu macam emosional sikit la,asal tulis jer ,teruih ayaq mata semua meleleh keluar.sekarang ni,alhamdulillah,dah ok.




Kawan-kawan dekat insta and FB mesti dah tau,haritu ada update pasal my anak sedara (anak sulung my sis ),diagnose jantung berlubang and nak kena buat operation.
Selalu kan,kalau jantung berlubang ni,masa kecik dah dapat detect,tapi kes shafiq ni,cuma dapat kesan 8 tahun selepas dia lahir.
Padahal selalu jugak dia kena warded.tapi takdak kena mengena dengan jantung.
Bila discharged,result dia mesti sebab virus and batuk.

Last shafiq warded kat pantai hospital cheras.lepas tu,my sis pindah balik transfer mengajar kat perlis.alhamdulillah,sepanjang balik kg ni,sihat jer dia.
Only after jerebu haritu,dia sakit dada.so,check doctor and masa tu la depa found something weird kat jantung dia.

Refer to pakar,and sah la dia ada heart problem.dalam 2 cm macam tu.
Aku ni tak la pandai bab-bab biologi tubuh badan ni,cuma yang tau 'Large ASD'.dalam erti kata,salur dia sempit,laluan darah dah tekan laluan tak sepatutnya.
Jadi,kena operate a.s.a.p sebab jantung dia makin lemah.

Sepanjang dia membesar ,tak pernah la ada masalah semput ke apa.cuma batuk la tak elok-elok.
Tak sangka pulak rupanya masalah jantung.sebab  dia pun makan semua tak dak masalah,tumbesaran pun normal.kuasa Allah,insya allah ada hikmah nya kan.
Kami satu family mula-mula terkejut,tapi bak kata my sis,walaupun sedih,tapi dia bersyukur at least dapat tau..kalau tidak,memang susah hati,tiap-tiap bulan sakit.
Mujur jugak dapat tau sekarang ,sebab doc kata ,if la lambat sikit,mungkin mengancam nyawa.





Selasa minggu lepas,kena cabut gigi dalam 15 batang.itu pun tak paham pasai apa.
Tapi,kena remove sebab ada kena mengena dengan jantung.
Sepatut nya plan,selasa remove gigi,hari jumaat lepas kena operate jantung .

Tapi,lepas operation,dia demam and doc tak nak proceed sebab tengok dia tak stabil.
Untuk orang yang tak sakit,demam lepas cabut gigi tu perkara biasa,tapi tidak untuk patient macam shafiq.itu akan make it worst.
Hari rabu,demam on-off.khamis tu,dah makin ok.
Hari jumaat,hari yang patut operate tu,dah kebah,tapi doc decide buat selasa.
Sebab nya,doc tak nak jadi macam kes sebelum dia,patient ada komplikasi.
Since condition dia ok,doc kata tunggu selasa ( which is today ).





So,ahad haritu,dek kerana rindu kat shafiq ( maklum la,dulu masa shafiq kecik,memang dok jaga dia kat sini.masa bujang dulu,menumpang rumah depa la.dah biasa dok babysit dia jugak,terasa la jugak.).
Eryna pun asik sebut nak jumpa shafiq,so jom la visit dia.
Syok la tu dah jumpa geng dia. :)





Berlari je la kerja budak-budak ni.
Mula-mula la konon eryna tu malu kucing,makulm la lama tak jumpa,
Lepas tu,dah tunjuk taring.






Gerak dari kl dah pukul 9 lebih ,sampai penang pukul 2 pm macam tu.
Mujur hari ahad boleh masuk dalam,so lepak la kat situ until pukul 5 macam tu.
Alhamdulillah,walaupun badan dah susut,tapi dia sihat.

Pagi tadi,pukul 8 shafiq dah masuk ward.berdebar-debar la tadi.
Mak ngan ayah dah sampai kat penang dari perlis.ada kazen dok penang,so tumpang tidur sana.
Pastu,pukul 11 tadi,kakak wasap bagitau,operation dah settle,alhamdulillah shafiq ok.dia stabil.

Doc bajet lagi 4 jam baru sedar lepas operate,sekali dia terjaga pastu nak cabut wayar.kelam kabut la kejap.tapi,tadi depa bius balik.
Mula-mula query jugak,awat anesthetic tak bius ikut jam.tapi,kakak bagitau,takpa,sebab itu tanda dia tindak balas.mujur dah habis operate.seram pulak dengar tadi.

So,my sis dah masuk dalam bilik ICU tengok dia.so far,dia kata semua ok dan stabil.bekalan darah pun cukup.shafiq kena dok ICU dalam seminggu untuk observation pastu baru ke ward biasa.
Alhamdulillah,syukur sangat.semoga lepas ni shafiq sihat tak payah la keluar masuk hospital lagi.

Doakan supaya shafiq terus sembuh ok :).

Xoxo.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...