Friday, November 13, 2015

12 November

As salam.

Semalam , 12 Nov adalah hari penuaan i.dah bertambah lagi usia.tu,tanda jugak kena tambahkan amal ibadah and jadi lebih baik.kita pun tak tau bila nak dijemput pulang kan.eh,tetiba nak syahdu segala pulak.

Alhamdullillah,segala puji dan rezeki hanya kepada NYA.hari-hari bila bangun tidur,kita tau masih bernafas,masih mampu untuk gerakkan anggota badan,dah syukur sangat.
Lately,banyak benda yang tak berapa best kita dok baca and dengar.mudah-mudahan kita sentiasa di bawah lindungan NYA.insya allah...

Well,sebagai memperingati hari kelahiran,maka dah ambik cuti awal-awal.malas nak datang kerja pulak.rasa nya ni first time ambil cuti.sebelum ni ,masuk jugak kerja di hari lahir.
Dah planned nak p spa,nak tengok wayang.itu je pun nak buat.takder la nak g bercuti bagai.lagipun,insya allah bulan Feb nanti,ada nak p holiday somewhere.itu nanti la kita cerita.mudah-mudahan dipermudahkan.auw..tak sabaq nyaaaaa....

So,semalam,bangun pagi,lepas hantar eryna p taska ( hantar la jugak sebab kalau tak,jenuh la nak g sana sini bawak dia.boring pulak cik mek tu nanti ),balik rumah,konon nak siap-siap keluar la.hasben pulak,amik half day petang.tak suruh dia cuti pun,tapi tetiba dia bagitau,nak amik half day so that we can celebrate the birthday together.





Pastu,dok melayan telefon,maklum la,kat FB kan kengkawan dah wish birthday.seronok dok reply,tengok-tengok jam dah 10 lebih.bagus jugak FB ni kan,sebab bila ada memori tu,dapat la kita tengok sapa yang wish last year.hahahahaha.

Dalam otak,dah tau nak buat apa.benda pertama,nak breakfast kat nasi lemak kat village park.sapa yang dah biasa mai sini,mesti tau,betapa susah nya nak parking and betapa ramai nya orang datang makan kat sini.macam setiap waktu penuhhh jer orang tau.






Yang special nya harus lah nasi lemak ayam harga RM9 ni.sambal sedap,kalau nak extra tambah 80 sen.makan tu jer,tak perlu nak tambah side order.
Semalam,sebab weekdays,dapat la selit parking kat tepi-tepi tu and dapat tempat.weekdays pun orang ramai.good businesssss sangat.

Dah habis makan,singgah OU.nak usya lagi baju and kasut untuk feb trip nanti.dah beli few things,tapi penting eryna jer sekarang ni sebab nak g tempat sejuk khen.tapi,budak tu tahan sejuk.ekon kat bilik 20 pun dia rilek tak mau selimut.mama dah gigil-gigil siap comforter sampai muka.

Tunggu hasben balik,kitaorang jumpa kat parking rumah,pastu p tengok cter James Bond tu.best cerita tu,tapi i suka lagi james bond lama.lagi hencemm.yang ni ok la,abang sado sahajer.>_<.
Rupanya, TGV ada offer hari khamis.guna kad maybank,dapat beli buy 1 free 1.semalam,dapat la beli tiket wayang harga RM 15.




Lama giller wei tak tengok wayang,mau bertahun-tahun.tengok sesama la.selalu kami tengok asing-asing sebab malas nak bawak eryna sekali takut dia boring.
19 nanti ada sambungan mockingjay,harus la p tengok.

Habis wayang,terus g taska .eryna siap salin baju dalam keta.haha.sebab lupa nak bagi baju baru.tapi,ok gak sebab dia main sampai peluh-peluh.kalau pakai baju elok,kang sama gak peluh dia.

Cik mek tu rilek jer i saja cakap " mama p kuaq ngan abah,eryna kena tinggal" ..pastu dia balas, " yela,eryna g skool.mama ngan abah keluar la..skool best"..sporting sangat anak kan.bagus-bagus.

Tempat seterusnya adalah The Curve,dah berapa kali p sana.minggu lepas pun p.tak jemu-jemu.kekadang tu,boring-boring balik kerja pun boleh singgah sana.
Decide makan kat Bubba Gump jer.lagipun hasben tak pernah try.eh,sapa punya birthday entah.
Memula macam nk p Marche,tapi macam dah boring sebab dah pernah p.nak try benda lain.
Tony Romas dah celebrated kat sana last year.
So,ke Bubba Gump jer la.




Order calamari as appetizer.ok jer boleh tahan.




I makan ni.apa entah,cajun and prawn.



Hasben punya.salmon.orang datang sini makan prawn,tapi dia makan salmon pulak.




Kids eat for free.habis spageti tu dia makan sorang.siap mintak lagi.tapi,tak yah la kang takut sakit perut makan banyak.dia sekarang in the phase,makan-makan-makan,mulut tak berenti mengunyah.tapi,badan haluih jer.sebab aktif kot.




Dapat free dessert untuk birthday girl,tak sempat nak tiup ada orang dah sibuk dulu.
Kalau tony romas best sikit,sebab dapat brownies sedap.
Yang ni,just yogurt jer +_+.

Lepas dah habis,siap eryna boleh pulak verak,hadoi sabar jer la.makan pastu verak.sungguh tinggi metabolisme mu wahai anak.siap dia nyanyi-nyanyi pulak dalam toilet time verak.ish..
Eryna sekarang kat rumah dah tak pakai pampers.kat luar and taska still pakai.
Dia dah pandai cakap bila nak kencing and berak.
Senang jer nak diapers free.hehehehe.




Overall,happy alhamdulilah atas segala rezeki.
Rezeki sihat.rezeki anak.rezeki kerja,rezeki kasih-sayang.semua nya rezeki.
Banyak ke sikit ke,jangan lupa bersyukur.

xoxo,





Wednesday, November 11, 2015

warung cikgu cikgi :)

As salam.

Semalam ,deepavali melepak kat rumah ja.cuma,petang sikit kuar p pasar malam.lama sangat tak p pasar malam.selalu,setiap selasa,memang hasben ja yang p sebab malas nak heret eryna sekali lepas amik dia kat taska.semalam,exceptional sebab terperuk seharian kat rumah.dah la hujan,perghhh terus lentok tidoq lepas zohor tu.

Yang ni backdated entry la,sebab kejadian makan ni adalah hari ahad.
Lately ni macam syok pulak makan nasik kelate tu.ada orang panggil nasik kak wok,ada panggil nasik manggey.kalau vanggey tu kat perak sana.

Selalu tu,makan kat nasik kak wok TTDI jaya sana.kali ni,kita try tempat lain la pulak.
Ada la dari haritu hasben dok sebut pasal nasik cikgu kat puchong.ada cawangan jugak kat kg melayu subang.mula-mula try yang kat subang tu la sebab dekat dengan rumah.waze jer ok.
Yang di kg melayu subang tu,nama dia "Warung Kita".dari tol sungai buloh tu dekat jer.keluar arah ke hospital.waze jer,confirm sampai.






Masa sampai,queue panjangggg sangat.orang ramai giller.dah serupa pesta.konsep kedai makan cenggini ni kan kena self service.sebab lapar sangat ,so ini jer sempat snap pic.
Ada kaunter khas untuk amik makanan, then kaunter air.after dah amik semua baru bayar.

Restaurant ni punya la besar, pun penuh.siap ada tempat untuk budak.siap ada court untuk budak-budak main mainan.tapi,panas terik memang tak ler nak bagi eryna main kat situ.
Makan time panas,fuyohh berpeluh ha.orang laks ramai,tak tenang nak makan.hahaha.





Yang ni baru warung cikgu.dekat bukit puchong.sila waze jugak.sebab i olls ikut jer orang bawakkan.
Ni cawangan warung kita kat atas tadi.
Sampai dah pukul 2 pm,pun orang still ramai beratur.
Tapi,no hal la,sebab tugas i cuma amik tempat jer.tunggu makanan sampai.




Besar jugak sini,tapi lagi besar warung kita la.
Sini lebih kurang besar nasi kak wok tu.
Menu dia sebijik jer sama ngan warung kita.takder beza pun.

The killer untuk nasik ni,for me,is dia punya sambal belacan.kalau takder  ni,macam takleh telan sebab tak pedas.mujur la tak manis kuah dia.kalau tak,memang tak leh makan kot.





Yang best kat sini,sambal boleh refill sendiri.itu yang paling terbaik.tak payah la time dia nak bungkus nak kena bagitau,sambal nak lebih.
Sambal tu nampak jer gitu,tak ler pedas sangat.
Setakat 2 bekas tu,memang licin ku kerjakan..siap tak cukup,tapi sebab malas nak bangun,maka,berebut-rebut la sambal tu.




Rupa bentuk nasik tu.simple jer.nasi,kuah lemak ke kari entah kaler kuning.pastu ayam goreng.done.makan panas-panas.sambal kena lebihhhh baru sedap.
Nasi manggey biasa RM 5.50.yang special RM6. tapi,nasi biasa and special macam takder beza jer.so,agak confuse di situ apa yang special.





Ayaq nyoq beli sebekas jer,sebab nanti tak habis.macam haritu beli dua,last-last tak habis.
Boleh jugak order coconut shake,tapi sebab nasi banyak and macam full jer,so tak order,nanti rugi jugak kalau tak abis.




Budak ni baru paw train baru.kalau i,tak beli dah.haha.sebab koleksi train dah banyak.
Dengan abah dia,boleh la mintak.dengan mama,amik masa sikit.hahaha.




Masih lagi orang datang makan,padahal dah nak dekat pukul 3 petang,.cuaca pulak hujan,asyikkk jer makan kan.simple jer konsep,yang penting berpatutan dan sedap.
Boleh repeat datang lagi :).

xoxo.


Thursday, November 5, 2015

Thomas and friends

As salam.


Eryna suka sangat Thomas and friends.from my observations,she don't really fancy girly things.
At her age, i can see that some kids will starting to love princess,hello kitty or what-so-ever.
Eryna ? no ,thank you.she just loves robocar poli, thomas ,tobot,lego ( with animal thingy ) ,transformers.sometimes,she even asked me to search "superman" in the youtube.

Well,itu yang paling unik kan.she even have tortoise as her pet.hahaha.it's that strange ? Of course la tak.mama lagi rasa ok.dah la berani,she's not scared if u ask her to feed cat,rabbit or deer , but she do scared of cockroach.hihihihi.
Lagipun, mama pun rasa macam ,takper lah tak minat girly-girly pun.janji perangai elok sudah. +_+.




Last few weeks, dekat Atria, PJ ada Thomas and friends fair, sebab nak celebrate their anniversary.
Apa lagi,menjerit-jerit la dia nak p tengok.tambahan pulak, the billboard promoting thomas tu is everywhere along the road.



Almost 2 weeks jugak i guess pameran tu.ingatkan macam ada apa jer,sekali ,alahai,takder menda sangat la.just ada bounce untuk kids main ( have to pay RM 15 kot ) ,lepas tu ada la satu meja depa letak thomas.lepas tu budak-budak berebut nak main.habis,dah korang letak satu jer,bebudak sah-sah la berebut.




Eryna ni pulak jenis tak reti berebut.dia dah pegang thomas tu actually,tetiba sorang budak ni mai sambaq,dia terkedu jer kat situ.ganaz kat luaq jer u ollssss.
Geram pulak rasa tengok budak tu selamba badak jer rampas gitu.at least mintak la.
And i didn't see his parents anywhere near.if eryna ever do that, i swear will warn her and ask her to give back to the kids.if you really need that, ask first...of course la kid being kid,not to blame them right...





So,since tak leh nak main kat situ,we just sit there and do coloring and main puzzle.
Lama jugak la lepak situ.sebab eryna suka kan thomas.tapi,dia boring la jugak sebab time tu depa dah stop aktiviti.lama sangat nak tunggu next session,so we just jalan-jalan and lepas tu,pegi hamleys jer.
Orang pun makin lama makin ramai,better we leave and give chance to other kids pulak.




Hye angel, i loves u sooo much tau,walaupun anak mama ni kekadang manja melampau and selalu kena marah,just so u know that we just want to teach you the best.not to be soo manja.
Selalu,kalau mintak apa-apa,we didn't give u blindly,tapi kena letak syarat so that u know, there's nothing easy and have to work hard for it.eh,macam kejam jer kan padahal anak baru 3 tahun.

Tapi,i notice, bila kami buat macam tu,we teach her how to be patient.
Contoh, dia nak new toys.i will not just buy tapi,kitaorang akan bagitau macam ni.
If you behave, dengar cakap mama & abah, then only you can get the toy.sebab selalu dalam mall,dia tetiba dah pandai escape pergi sendiri tengok apa dia nak,and we got in panic la of course,so,ubat dia,if u not behave,then no more toys or books for u.

Selalu dia memang paham.sebab ada sekali,dia still buat perangai and we end up tak beli pun sebab dia tak dengar cakap.we even go back home straight and let her cried.
Balik rumah,after dia ok,then only we explained why she didn't get what she want.
So,next time,dia tau yang dia kena jadi good girl dulu.
Tapi,bukan la selalu dia nak jer terus dapat.once in a while la.

Macam semalam,sebab dia teman i pergi beli barang,and buat perangai elok-elok,so she get to eat ice-cream yang dia dah mintak few days time..and that reward bukan la selalu buat.takkan la nanti nak suruh tolong lipat kain pun nak upah kan.ada la times kita buat gitu.

Btw, lain orang lain cara didikan kan.
Semua pun nak the best ikut cara masing-masing.tak yah la nak kutuk cara orang tak betul,cara kita jer yang betul.respect each others ,semoga anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah.ameen.

xoxo.



Wednesday, November 4, 2015

Sushi king bonanza

As salam.


Peminat sushi sekalian !!!!




Start 2-5 Nov 2015 ,orang area selangor and yang terlibat untuk sushi king bonanza boleh la terjah beramai-ramai. ada 3 hari jer masa nak men sushi.
As always, sebagai pencinta sushi ,harus la i makan sana.kebetulan semalam 'off day' ,so lepas amik eryna kat taska,terus laju-laju p aoen big kd .untung la sebab sushi king bukak restoren kat situ.or else, kalau nak p the curve atau OU memang tak la kan walaupun tak ler jauh mana.

Mujur sampai awal dalam pukul 640 pm macam tu.itu pun dah full house and kebetulan jugak ada satu table.cuma tak best tu,tak dapat kat sushi bar .kalau tidak,lagi mudah la nak makan.
Sebab duduk kat meja, depa bagi la talam,g amik sendiri.maka,menunggu la susunan sushi tu terkedek-kedek.

Masa untuk makan sushi 3.18 hengget sepinggan ni cuma 45 mins.so,masa tamat adalah pukul 710 petang.sila makan laju-laju.hehehe.

I belasah jer semua sushi,takder la spesifik nak makan sakae sushi sajer ker.atau sushi kat hilton ker,majestic ker.semua pun ok janji halal.





Mampu makan 9 jer.dua pinggan eryna punya.
I kalau datang sushi, benda yang sama jer pun makan.
Wajib amik salmon, prawn,telor ikan kaler merah atas dia tu,unagi.pastu kekadang amik la crab roll.sedappp.itu pun dah cukup kenyang.
Jarang nak makan set.kalau amik, selalu amik mackerel set jer.

Untuk sushi king bonanza ni,kalau tadek kad, boleh jer beli masa nak bayar.kalau tak,depa tak la bagi harga promo tu.and dapat lagi voucher RM 20.cuma,voucher tu hanya boleh guna on next visit.
Ibarat bagi free jer la,sebab kad tu harga RM 20 and dalam tu ada voucher sekali.

Macam semalam, supposed kitaorang memang dah ada sushi kad tu,tapi,sebab selalu orang lain yang bayarkan ,maka kad tu tadek kat i la.sebab nak makan punya pasal,beli la kad baru.lagipun kad tu yang 2016 punya.yang hasben ada tu,2015 punya,so,ok la kan.next year tak payah la beli baru.





Dating berdua dengan budak ini.opss bertiga dengan si minnie mouse.bapak eryna ada course,so padan la muka dia sebab tak dapat nak sushi.hihihihihihihihi.
Sibuk nak  bawak minnie tu,last-last mama la jugak kena pegang.
Tak tenteram sangat la nak makan sebab bila dia dah sudah, mula la tak mau duduk diam.
Kejap g sana kejap g sini.terus i ugut dia.kalau duduk tak diam,tak yah g main kat atas tu.

Eryna pulak memang dah tau,kalau p sini, maksud nya kena la singgah play ground kat atas tu sekejap.macam kena cukai pulak.sebab tu jarangggg nak mai sini.selalu g Giant sebab situ playground dia tak obvious.boleh ikut laluan lain takyah lalu situ.





Dok aim nak makan yang ini.salmon skin.tapi,kedekut sangat sos nyer pun.
Lama menunggu ,rupa nya tepung habis,g beli kat atas.sabar jer la.
Dah habis makan,terus la bayar.lagipun ramai yang dok menunggu dah.

So,untuk yang  nak try sushi,sila la ke sana.macam nak repeat lagi makan jer.esok last kan, :).

xoxo.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...