LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, September 30, 2015

Testing asus

As salam.

Blogging dari blog.That's explain la malam-malam tetiba update blog kan.
Dah lama nak try update dari phone,tapi tak terbuat.so malam ni,kita test tengok la how Asus do their job.hehe.

Btw,fon lama i,note 2 tu dah nazak sangat.dah la screen retak seribu,pastu asyik padam jeeee.agaknya,fon ni hayat 2 tahun je kot.last time pakai blackberry pun,hayat dia 2 tahun jer.

Puas survey fon,kali ni nak try Asus pulak.kita beli jenama murah dah ler.kang nanti beli mahai2 ,cukup dua tahun,nazak.



Gambaq pertama dalam album.awal pagi nak hantaq si kenteng g skool.selfie dulu la since fon ni siap ada 'selfie panorama'.

Well well,tak puas la blogging kt fon.nak kena bukak lappy jugak.ok lah,tak der apa nak bebel pun .saja mengarut di malam hari.off to lala land.

Xoxo.


Tuesday, September 22, 2015

esok nak balik kg.

As salam.

Esok ada training,lepas tu,nak balik awal sebab nak shoot teruih balik kg.ingatkan nak sambung cuti at least la isnin.knowing cuti sekolah,mau 12 jam lebih nanti,but,sadly,training tu bersambung.so,terpaksa la balik hari ahad tu jugak.keras bon-bon ataih jalan raya.
Dah la,titi & tutu nak bawak balik sekali.masakkkk la.

Semalam ,balik opis,i basuh la bekas depa dua ekoq tu.sebab tengok ayaq dah keruh.
Tak tau la nape,depa tak makan ler.dah bagi makanan depa & udang kering yang kedai provides tu.
Mogok ke apa.kalau lapaq sangat baru depa makan.kalau tak,nampak la makanan pun dah kembang dalam ayaq tu.huhu.




So,bila basuh,kena la keluarkan depa kan.sekali,eryna menjerit,"mama...dier lariiii"..eh,si titi tu punya la agresif,mencicit dia panjat tau keluar.lajuuuu plak tu dia lari.
Time ni,i terus imagine macam cerita kartun kat tv tu.part depa escape.mesti dia usaha sehabis daya.
Dah la tu,lari mencicit,tinggal kan si tutu.
Yang tutu pulak,dia kan shy-shy gitu,terus kepala masuk dalam badan.
Few times plak tu cubaan lari dari rumah.sabaq jer la.




Tengok si titi tu.dia memang tau agresif.so ,kami saspek dia adalah jantan.yang tutu rileks jer kat tengah.ni masa first day haritu.pun dah tunjuk perangai tau.

Semalam,letak je atas tu,mencecet dia panjat keluar tau.tak kontrol langsung.+_+.

Pastu,i cakap la kat titi,.."awak kena duduk sini.kita nak jaga awak"..pastu dalam toilet,masa tengah basuh bekas tu,i dengar eryna duk cakap kat depa "awak kena duduk dalam ni la.kita nak jaga awak la.."awak makan laaa."..kehkeh,.lawaks tul..



Ni,petang ahad,bawak eryna g main belon kat taman area kd tu.syiok ler dia.
Pistol belon tu beli masa kt colmar haritu.lupa nak bawak basikal,kalau dak,leh la main kat taman.






Yang ni,masak on saturday.sekarang ni,hari sabtu kena masak ler.sebab kalau nak keluar,only after 3 or 4 pm.jadi,dari kelaparan,masak jer la apa-apa.

I cooked this because i miss my mom.I tak la rapat dengan mak compared to my sisters,but,of crossss .walau tak rapat macam mana pun,mak kan.mesti ada jer benda kita buat,kita rindu mak kita kan.kadang-kadang tepon,cakap kejap pun jadiklah.

Mak duk sakit lutut skang ni.sebab dulu penah jatuh,so,tak sure slip disc ke macam mana.dah ada bagi vitamin ,and ubat doktor pun ada.hopefully,mak kuat macam dulu.huhu.mujur esok nak balik dah.i dont really know how to express my love,but,i am sure,mak knows i loves her soooo much just like she do.




Just a simple nasi minyak.buat sambal kosong letak potato.rebus telor,ayam & ikan bilis.sedapppp.mak la ajaq ni.very simple to cook,30 mins dah boleh settle semua.and very filling.
Sebab apa cepat,masa kita tumis bahan untuk nasi,we can start boil telur & buat sambal..lepas dah settlekan nasi,boleh goreng ayam & ikan bilis.by the time nasi masak,semua dah settle.

Selamat menyambut aidiladha.Mohon ampun dipinta,kalau ada yang terasa hati dengan tulisan saya.*feeling ramai reader*...
Esok,nak balik kg,berhati-hati di jalan raya semua.
Jangan makan banyakkkk.kolestrol tau,

xoxo.





her achievement

As salam.

Dah 8 bulan eryna kat taska.so far,alhamdulillah,she likes taska just like when she stayed with kak nas,pengasuh kat kl dulu.

Masa raya haritu,sempat la visit mak nas satu family.rindu betul dia kat eryna siap nangis.eryna pulak,buat-buat tak kenal.eiiii rasa nak cubit jer.padahal baru jer around 7 months tak jumpa.last i hantar dia bulan 10 tahun lepas.mean,almost a year la jugak kan.

Mak nas pun dah ada jaga budak baru.orang baik macam tu,berebut jer orang nak mintak tolong jaga anak.insya allah,setiap kali raya nak bawak eryna p visit.walaupun tak la jauh mana,tapi tulah,selalu takdak masa,pastu nak masuk kl pulak,memang bercinta laaa.




Btw, this is what you have achieved at age 3 years ( in case you read this -atau wajib baca bila dah pandai baca nanti tau ).sebab mama ni ,kuat pelupa,tambahan dah tue-tue ni,jadik nanti,bila-bila i can always read here anything that i wrote. :

- Dah boleh baca doa makan siap full translate.pastu,kalau baca,jenis jerit sehabis kuat.style taska sangat.budak-budak kan suka jerit-jerit.syiok agaknya dapat jerit gitu.ada sekali tu,kat kedai,dia bantai baca doa makan kuat giler.hopefully,orang yang baru nak makan tu,sama-sama la korang ameen kan yer.T_____T.

- Hafal lagu kanak-kanak.Memang legend la lagu budak ni kan.time i taska kemas dulu pun ada nyanyi lagu-lagu tu.antara nya, 'lompat si katak lompat' ,'bapak ku pulang dari kota' , 'kalau rasa gembira' and few songs.english songs macam 'old mcdonald' ,twinkle-twinkle ,dah lama dia hafal dari youtube +_+.

- Suka bahasa kan diri as her full name "farah eryna' atau "kite"..auw,.budak-budak sangat.cakap kite-kite.kalau orang utagha,suka bahasa 'kami' as ganti diri.hihihi. ( achievement ke ni ).

- Malam before tidur, dah hafal doa tidur.ni bukan achievement dari taska,tapi mama ajaq *kelip-kelip mata*.

- Recite Al-Fatihah for the first time semalam ( ini lah penyebab ada entry hari ni.sebab mama is so excited giller ,terus sebak gitu ). tak kisah la,anak orang lain baca umur sebulan ke,setahun ker.i don't care..what i care,anak i olls dah boleh hafal Al-fatihah u olls.alhamdulillah >_<.







So far,macam A to Z ,1-10,alif ba ta, memang dah boleh hafal since dulu.sebab youtube ajaq.hohohoho.then kat taska,depa dok ulang-ulang,so ok la.cuma kalau boleh nak up kan sikit la, instead of 1-10 ,biar la pandai 11-100.one by one la yehhhh...

Oh,bab potty train masih belum 100% berjaya.kat rumah boleh la diapers free.tapi,kat skool,cikgu buat batch by batch.huhuhu.so,kekadang dia confuse.bila balik rumah,i will tell her,"eryna dah besar,tak payah pampers" and dia faham jer.cuma kat skool jer la.i do understand cikgu ramai budak nak kena monitor,kang nanti bocor,jenuh la cikgu kan.i do hope,cepat la dia diapers free.kurangggggs kos pampers >_<.

xoxo.





Monday, September 21, 2015

Barang preloved

Salam.

Ahkak ada bisnes baru u olls.meh sini rapat-rapat dengar *MLM sangat*.
Dari haritu,kan masa kemas-kemas tengok sakit mata la ,banyak baju elok-elok pakai few times only,dah elok masuk kotak.pastu i terfikir nak preloved jer.saja test nengok ada tak orang nak beli barang preloved.kita jual ala "sodokahtun" gitu..ibarat korang bayar jer la duit post and upah aku g pejabat post.hahaha.

Tak banyak sangat mana pun.yang lain tu rasa cam tak yah la let go.nak bagi free tapi malas nak amik pic one by one.yang mana kita merajin ,so kita snap,pastu up kat IG.

Bagus jugak teknologi internet ni kan.we can just buy/sell kat online jer.yang penting barang masih elok.kena la jujur bab ni.macam i,nak let go baju,buat QC berkali-kali kot kang ada yang koyak ke apa..huhu.kalau kat mudah.my tu selalu jer let go bag.dah few times la kita dapat buyer dari sana.T_T.






Antara baju yang di preloved.jaket ni tak pernah pakai.sebab bahu macam kecik.
Tulah dia,tengok model pakai,lalu terpengaruh beli.tak sedar,model tu slim melim.





Tudung madison kegilaan ramai.yang ni madison klasik punya.
Ni,konsep,update ,terus edepa buat payment.kita kira first come first serve.
Yerla,i jual harga 40 hengget jer kot with postage.dah la pakai berapa kali jer. 
Pastu,i pulak stress sebab whatsapps masuk bertalu-talu pakat suruh message depa kalau nak let go.pening ahkak.tak sangka tudung ss ni laku kan.tulah,if we buy benda yang ada nama,orang mesti nak.dah,jangan ditanya lagi ada lagi ke tak madison ss,ni jer i nak jual yerk.oh,dah sold out dah...




Semalam punya payment ,postage pagi tadi 6 items.terus fefeeling bisnes baju.
Eh,kita pun ada aim nak bukak butik nanti.jual baju ke,apa ke.bisnes sendiri la.
I don't mind nak lipat bagai,pastu lenguh tangan tulis nama,alamat.padahal baru 6 jer kot.propa lebih.




Seronok pulak tengok cenggini.dah lama i tak p post barang.dulu,masa shaklee takder buat online order,mukaaaa i jer la kat situ heret tong vitamin segala.sekarang ,senang,boleh order online and shaklee hantarkan.sapa nak join shaklee ,contact i ok *sempat iklan*.

So far,alhamdulillah,yang beli ni takder nak banyak songeh.yer la,da murah ,apa lagi nak kan.macam blouse pop look tu i jual RM 15-RM20 jer with postage.ada orang tu bising la i membaziaq duit,beli,pakai kejap,juai sampai 70% diskaun.hahahaha.abis tu,dah beli jarang pakai,jual jer la.clear kan wardrobe..nanti leh beli baru. >_<.

Ada la buyer ni,dia beli blouse dua lai,harga RM35 jer..siap mintak diskon ,rasa nak nangissssss LOLsss...hadoyai..sabar jer la.tapi,dia ok jer i cakap dah takleh kurang kan.abis tu,2 helai kot.nangisss lagi...at least berbaloi la i nak rushing g post office,T______T.

So,ada nak usha-usha my preloved ( tapi,item macam dah sold out jer )..dah la tak delete pic yang sold out.kang ramai carutsss.dah kenapa,sold out tak delete.dulu,i selalu marah jer kalau scroll barang nak beli,tapi sold out.sekarang,dah jadi seller, baru kau tau kan sebab nya.hahaha.yer la,kang orang tengok takder barang terjual,orang ingat scam pulak .yer dak..sebab i buat IG baru semata-mata nak jual preloved jer...



xoxo.



Friday, September 18, 2015

Welcoming Titi and Tutu

As salam.

Cuti hari Malaysia haritu ,kitaorang takder benda nak buat pun.Jenis takleh duduk rumah,macam tu lah kan.dah la tengah jerebu ,so macam malas nak kuar pun ada.tapi,nak kena keluar jugak sebab lauk dalam fridge dah habis ,so nak kena lunch jugak la.

Lepas makan,alang-alang dah bersiap bagai ,tetiba dah sampai IOI Mall putrajaya.this was our second time here.tobat la ,lepas ni tak mai dah.punya ramaiiiiii giler orang.mujur la dah makan,kalau tak memang kebuluran la.

Tengok queue semua restoren penuh.stall nak beli cream puff pun long queue.mak aih.ni kalau si ahmad nampak,dia kata,rakyat msia kaya jer.penuh sopink mall.dia tak tau ke,orang macam i ni p sopink mall sebab nak amik ekon ?? tehehehehe.

Balik IOI Mall,singgah putra heights nak tengok new anak saudara.baby girl baru lahir dalam 10 hari gitu.my cousin yang bersalin anak pertama dia.
Kazen i ni doc kat one of  govt hospital, tapi bersalin kat swasta.i tanya hasben dia,awat tak bersalin kat hospital dia keja jer.hasben dia jawab 'dia segan kot' ekekekeke.rasa nya macam paham jer perasaan tu kan. T______T.




Geram tengok baby.putih suci bersih.eii tidoq ja dia ni tau.macam eryna dulu.siang tidoq,malam berjaga.ni, dah nak maghrib sedap ja dia tidoq.rindu nya bau baby.insya allah tahun depan yek.

Kalau ikut kan, baby amni ni adalah cicit yang ke 21.sayangnya arwah tok dan tokwan tak sempat tengok cicit-cicit depa.al fatihah untuk arwah mereka yang dah meninggal kan kita.

After maghrib,dah makan,so nak balik la rumah.naik atas kejap.sekali,eryna nampak tortoise.cu anas ada beli tortoise 3 ekoq.ralit dia tengok benda alah tu gerak-gerak.




Eryna ni memang suka haiwan.pencinta haiwan la.bagi la apa jenis pun,selamba ja dia main.tapi,bukan la lipas ke cicak ke.yang cute macam arnab,kucing tu dia memang suka.maybe sebab dia suka fish ,so dia nampak tortoise tu terus excited.yang best tu, crocodile pun dia kata cute,yer la,yang kartun memang la cute..cer tengok yang real.ha,baru tau.

Since,she loves tortoise so much,balik ja dari rumah pak su tu,teruih g aeon big nak beli.sebab kat situ,ada pets shop.hasben kan sibuk nak bela ikan,so dia rajin la p situ.

Tortoise long tail gitu harga RM 18 sekoq.uiii boleh tahan harga nya.ingatkan sekoq 5 hengget.kehkeh..depa ada pakej, beli tank ( rumah ) untuk tortoise tu,all in dengan makanan,aksesori and 2 ekoq harga RM 55.kalau beli asing-asing ,tank tu saja dah RM 29.so kalau beli 2 ekoq, dah jadi RM 29 + RM 36 = RM 65.belum campur aksesori and makanan.dasar akaun sangat ,kira sampai ke dasar.

So,deal la,amik tank tu.amik yang besar terus.aksesori tu ada la 3 batang pokok and batu kaler-kaler tu.jadik la.nanti la beli jambatan so that depa tak la boring duduk berdua dalam tu.lupa nak tanya jantan ke betina.kang kalau sama jantina ,tak memasal perbuatan sumbang pulak.abis,dah duduk berdua jer dalam tu kan..




Senang jer nak bagi makan.depa makan dua kali sehari.so,bagi udang kering 2 ekoq,and food dia tu 2 ketui.done.kalau tak abis in 5 mins,buang jer.nanti malam makan lagi.bekas tu basuh la dengan chlorine kasik bersih.ini semua ada dalam pakej tu.




So far,memasing excited la sebab benda baru.risau eryna jer.sebab dia dok sergah tortoise tu.terkejut la depa.sian depa,terpisah dari kawan-kawan.uhuk uhuk.

Lepas tu,bawak keluar sat semalam dari bekas.nampak yang sekoq tu macam agresif sikit,tak cukup tanah dia berlari.mesti feeling nak escape tu.sian pulak kan.kejam kah kami ??? gituuu...




Kami tanya eryna,nak bagi nama apa.dia jawab "tortoise la". pastu penat explain,yer la dia ni tortoise,tapi kena ada nama.so, kita bubuh nama Titi dan Tutu ok tak ? memula dia ok.pastu bila i panggil "titi ,tutu", kemain lagi dia marah i cakap " ni tortoise la..bukan titi tutu"...pulak dah..baik lah.apa-apa lah no.janji jaga elok-elok.kurang ada la benda dia nak layan dari asik main jer.

Pastu,baru teringat ,next week nak balik kg,kan raya haji.arghhh sudah,takkan nak bawak balik??? anyone want to adopt ? hehehehhee.

xoxo.










Tuesday, September 15, 2015

opis bagi cuti :)

As salam.

Banyak la opis bagi cuti.hehehe.
Pagi tadi,hasben bagitau pasal sekolah di 5 negeri kena tutup hari ni.so,our concern is,taska cik eryna ni tutup jugak ke.i was thinking ,kalau la taska dia tutup,so,i hangkut jer bawak p opis.
Tapi,tu la,kalau nak bawak p opis,meaning,kena bawak dia balik rumah and mandi dulu.
Maklum la,dia kan mandi kat taska.

Hantar jugak la tadi as usual.so far kat tempat i ni still ok.maybe sebab pagi and hujan renyai semalam.i bet,kalau takder hujan lagi,mesti jerebu teruk balik petang ni.
Taska eryna ada jer buka.cuma takder aktiviti luar la.bebudak kena main kat dalam jer.time makan baru makan kat canteen luar tu,.still ok,sebab taska tu kiri kanan depan belakang memang bertutup jugak.so,tak risau sangat la.

On the way nak p opis,tetiba dapat call dari opis.kawan i bagitau,big boss dah antar e-mail bagitau,boleh work at home jer.
Happy la kejap,tapi,pastu baru teringat,lappy tinggal kat opis pulak.and esok cuti.since i dah nak masuk toll,teruskan ajer la.p opis,breakfast ,amik lappy ,pastu apa lagi,balik la.hehehehe.

So,now ,here I am,working from home.eryna tinggal kat taska since tak hazy sangat.ni pun kena kerja la.bukan boleh merayap pun,tadi kat nkve tu pun kena pasang lampu sebab tak clear.
Marilah berdoa supaya jerebu ni hilang and no more pollution.kesian kat paru-paru ni kan.






xoxo.


Monday, September 14, 2015

Weekend

As salam.




Makin teruk pulak jerebu harini.
Haritu amik eryna from skool,cikgu bagi mask sorang satu.they have to stay indoor.kesian la bebudak tu.weekend haritu, sebab mak pun sama bosan.hasben pulak dah start his sem II kelas master dia tu.alhamdulillah,haritu result walaupun tak dekan, dapat la lepas 3.++ cgpa.mudahan dapat la kekalkan pointer tu.

Kali ni,jadual kelas tak cantik.sabtu & ahad,both start pukul 8 pagi.memang harapan la nak join sekali.kesian pulak nak kejut eryna mangkit awal pagi.
So,hari sabtu tu,masak lunch sambil tunggu hasben balik.kata nak keluar jenjalan.padahal tengah jerebu,tabah pulak nak berjalan-jalan.

Sebab dah tak tau nak merayau mana,singgah citta mall.lama dah tak mai sini.parking pun dah start kena bayar.padahal ,rasa nya baru jer p 2,3 bulan lepas,still free lagi.
Takder apa sangat citta mall.banyak kedai makan jer.



Tujuan utama,nak makan cake kat wondermilk.
Dan untuk eryna main-main.
Sekarang ni,bila masuk kedai,mesti carik kedai yang child friendly.supaya,mak bapak dapat makan dengan tenang.anak main la sampai lebam.
Kalau sambil dok main tu,memang boleh habis nasik semangkuk.





Beli kek sorang sebijik,kopi rusa.kopi rusa tu actually,macam cold coffee tu.sedap gak.kat branch Rimba & Rusa pun ada.dah pernah minum dulu.
Kek wondermilk ni halus sangat la hai.harga RM4.50 per piece.tapi,presentation menarik,plus kedai lawa,so pejam mata jer la.sekali sekala ok la nak dessert sampai harga menyamai kalau makan nasi sorang sepinggan.

Lama jugak dalam ni.sampai eryna puas main.sampai i dah habis tawaf kedai.baru ingat nak masuk long champ clearance,sekali organiser cancel.baguih la,save money.long champ yang ada pun dah nak jual,lagi nak beli baru.membaziaq jer la keja nya.
Now,dah insaf.enough with one bag.lenjan sampai lebam.


After maghrib,singgah onde-onde.kedai makan just next to wondermilk.sebab apa..memasing dah kelaparan.yer la,makan tadi mana cukup.
Order duck egg fried keoyteow .atau dalam bahasa melayu, keoyteow telur itik.selalu guna telur ayam kan,yang ni telur itik laks.rasa ,sedap.i suka.dah 2nd time makan sini.
Harga makanan sini = harga kek wondermilk.T______T.

Ahad pulak,i lepak santai jer.lunch hasben belikan nasi kak wook.pastu memasing tidoq.i jer tak tidoq sebab entah,dah terbiasa kot.elok eryna bangun ,hasben ajak keluar.
Panas punggung betui duk rumah kan.nak jugak keluar.pastu tak tau nak p mana.


Singgah OU ,tempat feveret paling dekat dengan rumah.
Kekadang ,malam lepas balik kerja ,teringat nak p OU, selamba ja kami p.best ,sebab orang tak ramai,parking pun senang.
Sebab kami sampai dah almost 6 pm,parking banyak jer.dapat depan pintu lagi ha.

Bawak eryna g hamleys.so,hasben lepak situ jer while am searching for my things.
Sedih nya hai,barang yang dicari takder.hmmm.



Selamba ja p OU pakai baju tidoq budak ni.
Masa nak keluar tu kan,tak tau nak p mana.tu yang pakai pijama jer tu.
Dah serupa boy dah.Sanggup bergambar sebab nak amik pic dengan thomas.lorat betui.
Siap cakap lagi " mama, amikkan gambar yang ni pulak" ..amboi sangat kan...





Ada sekali tu,masuk kedai.budak tu cakap ," macam girl la"..terus i cakap "memang girl pun"..ha,camno tu.orang ingat dia laki,tapi kekadang confuse ,ni girl ke boy sebab aktif melampau.dah la rambut pendek kenteng.

Kadang tu tanya ,eryna girl ke boy.konfiden je dia cakap girl.ok la,tak lah kekeliruan jantina walaupun aktif tu ya hampun.minat games boy.sorry la nak barbie ni.
Dia layan lego,robocar poli,thomas..mickey tu dia suka.nama nak girlie kem salam jer la.no more dress unless baju tu ada gambaq mickey.nak beli flower-flower memang harapan la.

Tak palah,mama dulu masa kecik-kecik pun bukan girly sangat pun.
Satgi feminine sangat ,kang kena buli ja.tak pun ramai peminat pulak. T_______T.
So,biaq la macam mana pun,janji anak mama pandai jaga diri.*dah kenapa emos*LOLss..

xoxo.



Wednesday, September 9, 2015

Sugar belle lipstick

As salam.

Sapa dah beli sugar belle lipstick ?
Ala brand dari dua jenama besar tu- Bella Ammara and Sugarscarf = SugarBelle.
Sebagai peminat setia sugarscarf, i grabbed la jugak seketui.tambah terpengaruh sebab tengok owner bella yang lawaaa sesangat tu pakai lipstik tu cantik jer kaler dia.

Ada 5 colors, and i beli masa promo, RM45 sebatang.mahai sikit la dari NYX yang i suka tu.
Tapi,sebab NYX tu kejap-kejap asik tertanggal jer,so nak ler try sugarbelle ni pulak.support produk anak tempatan-walaupun rasa nya depa ada bagitau,it was produce in korea ( kalau silap,harap betulkan ).

Memula nak beli nude kisses & sugarpink..tapi,kita try satu dulu la.takmau tamak.
Semalam sampai,terus pakai tak sabar u olls.
Dia nyer packaging tu esklusif sangat.bangga juga dengan produk depa ni.



Currently using sugar pink.tak payah apply banyak.kaler dia dah cantik.
Lipstick ni jenis matte.tapi tak mengering.




Jangan cakap hakak tak payung...eiii annoyed jer dengan hakak tak payung tu kan.ehehehe.
Sapa nak ? meh sini beli dengan kita.ingat nak jadik agen jer lipstick ni.sebab dia best.



Wearing sugarscarf instant shawl : pastelina zest and lipstick : sugar pink by sugar belle.
Kipas berani mati sugarbelle.ehehehe.

xoxo.



Monday, September 7, 2015

Masih mood deco -deco

As salam.


Selamat hari isnin.
Since few weeks,rasukan susun-atur rumah.
Tenang tengok rumah dah bersusun molek sikit.
Kain baju yang dah lama tak pakai,dah masuk kotak.ada 3 kotak besar.pastu tengok dalam almari,eh,dah tak banyak baju pulak.terpaksa la beli baju baru *alasan* T___T.

Tak banyak sangat la deco-deco tu.rumah tak besar,so,tak la makan masa sangat kan.
Minggu lepas,amik cuti extra after merdeka,and kebetulan mentua ada mai rumah.Ajak g ikea.ingatkan cuti,orang tak ramai..memang harapan la sebab beratur nak bayar jer dah 30 mins.fuhhh berasap.kesian kat mentua la terpaksa tunggu.huhuhuhu...




Semua lane full dengan manusia.
Kalau tak kenang barang dah amik ,lepas tu memang nak jugak settlekan projek kemas rumah tu,.maka bertabah la beratuq.suruh hasben bawak eryna makan eskrem dulu and bawak mak mentua g duduk dulu.kesian duk berdiri lama nanti.*acah-acah menantu mithali..uhuks*




Teaser sikit la beli apa.padahal takder menda sangat pun.
Beli pengantung untuk letak kat toilet and bilik.
Lepas tu,yang papan tu,ingat nak pasang dekat island table.nanti kita show-show la.

Dok usya nak beli sofa with bed.kat ikea pun ada tapi kaler grey.hasben kata index living mall kat puchong pun ada kaler yang lawa-lawa.and yang penting harga tak mahal.under bajet la.
Kansel beli kat ikea,nanti next weekend la kot nak terjah sana pulak.
Sementara mood rajin,better buat bagi habis.mood 2 tahun sekali nama nya ni.




Budak kenteng yang dah mula boring.siap baring atas lantai lagi ha.
Memula nak antaq p taska,tapi hasben kata tak payah.sekali ha..memang la amik masa sebab nak melayan dia nyer peel.next time,kalau cuti time weekdays,ada urgent things ,terpaksa la antar g skool jugak.lagi dia enjoy.asyik sebut nama 'kak darina' dia tu jer la.maklum la,cuti lama tak jumpa kan..




Ni pulak,beli kat kaison.best pulak masuk kaison ni.banyak barang comel-comel and harga murah.
Jam tu baru RM15. frame gambar RM 14.box besar tu baru RM 14.macam-macam boleh isi dalam tu.masuk sini,mesti keluar beli barang seketul dua.ni time weekend bila ntah.semalam p lagi sana.hahahaha.yang ni,kaison kat paradigm mall.



Sebelum.




Selepas..

Ada beza tak ? ke syok sendiri .haha.
Suka pulak tengok.nampak la menarik sikit.kalau tak,tengok jam biru tu ja dah boring.
Tapi,jam baru tu,awat entah,kejap ok kejap tak ok.bateri macam baru jer lagi.geram pulak.
Kalau ikut hati,nak jer beli jam yang design lawa-lawa tu.tapi,hasben kata membaziaq.

Wall tu sangat kosong,nanti la nak beli frame letak situ.
Gambar family letak kat ruang lain.
Ayat kursi dekat dengan meja makan.itu pun belum frame lagi.
Banyak ruang kosong,rugi pulak tak guna.
Itupun hasil tengok blog orang.harap diri sendiri,memang tak kreatif pun.




Jumpa erra jual tudung "Rara" kt encorp the strand.tak tau pun dia ada.
Saja singgah sebab dekat dengan rumah.time lalu situ,tetiba nampak erra.rupanya dia baru sampai.so,ajak bergambar.lawaaa sangat dia..and kurus..nampak sangat gemok seketui duduk situ.
And bila bergambar sebelah orang lawa ni,automatik rasa berlemoih and comot.huhuhu.

Disebabkan suka sangat dengan baju erra tu..terus teringat poplook.com pun ada jual.tetiba beli.aduiii pengaruh sangat.padahal erra tu kuruih kot.berdoa la semoga muat baju.hahaha.

Itu saja weekend haritu.memang all about kemas+deco rumah jer pun.
Hati tenang tengok rumah kemas.ehehehehe,.
Mesti eryna la orang yang paling tension dalam dunia,sebab kejap-kejap mama jerit "eryna....kemas menan..eryna...masuk balik menan dalam bakul.hihihihihi.

xoxo.


Wednesday, September 2, 2015

Cuti merdeka -bukit tinggi ,pahang.

As salam.

How's merdeka ? just a normal day.last year,we were at..eh,tak ingat kat mana.must be somewhere in kl jugak sebab normally,merdeka tak balik kg pun.

This year, an ad-hoc plan.konon nak p bukit tinggi,indonesia.sebab tengok air asia tengah promo kan.
Sekali...pasport both of us will expired on sept and eryna belum ada passport.
Ingat nak gamble jer book ticket,tapi macam tak syok lak nak rushing.
Ada member opis bagitau,sempat jer in one week,nak renew passport and buat eryna nyer,tapi,i rasa cam tak feel pulak.

Sudah nya,tak dapat p bukit tinggi,indonesia,kita p bukit tinggi,pahang pun jadik la.
Sejam jer dah sampai.jamak pun tak boleh.tak sampai 90 km pun.hehehe.
Jalan tak jem langsung pulak tu.pukul 2 pm dah siap nak check in.
Tapi,bilik cuma ready at 3pm la,as per normal.




Bukit tinggi is just the same, just as last time we were here 4 years back.
Tapi,syok jer mai sini.maybe sebab tempat dia cantik dan bersih.
Late booking,mujur ada lagi bilik superior.we booked direct from hotel.
Compared kat agoda,booked direct is much more cheaper.




Tak dapat jejak kaki kat france lagi,boleh la feeling-feeling dulu.
Orang quite ramai,tapi still ok.sebab kami check in on sunday.
Mujur jugak sebab jumaat & sabtu ada 2 company buat family day kat situ.Imagine how sesak nya kan.
Hari kami sampai,depa check out.lega la sikit.




Last time,only two of us.memang purposely datang sini sebab nak bawak eryna mai ngan rabbit.
Eh,sebenarnya memang nak bercuti pun.weekend getaway gitu.lagipun kl sesakkkk.
Nak p shopping mall memang tak la.
Ada gak terfikir,nak bawak p farm in the city,but that can wait whatttt...





Our room view.kali ni dapat best sikit.our room takder balkoni.
Bukak tingkap,nampak swan berenang-renang kat bawah tu.
Bilik besar and luas.compared to last visit,dapat mountain view tapi tak best sebab tengah renovation ke apa ntah masa tu.
And bilik macam kecik sikit,padahal superior jugak.
Untuk our room, RM 307 with breakfast.





Lepas check in and solat,terus turun tunggu shuttle.
Ada free shuttle untuk ke Japanese Garden, Animal Park and Adventure Park.
Untuk masuk ke colmar tropicale ni,fee for adult RM16.kid RM5 kot.tak ingat sebab eryna free.
Yang duduk hotel di Colmar atau Chateau ,dapat full refund masa check out.

Japanese Garden takder apa sangat la.tengok bunga.ikan.penat panjat tangga.menonggek.
Since shuttle penuh,cuma dapat p Japanese Garden.rabbit park kena p esok pulak.




Last time kat sini,we ate chicken grill,so kali ni try pasta and pizza.
Untuk yang first timer, kat sini tak banyak kedai makan.
And most kedai adalah western style.rasanya macam ada dalam 5-6 kedai camtu kot.
Hujung sekali ada steamboat.not many choices.
Jadi,kalau nak lapik perut sementara tunggu dinner, bawak la bekal ke ,cikides ke.



Waktu malam meriah sebab ada aktiviti macam tarian ala-ala barat gitu.maybe sebab reka bentuk ala-ala omputih,tarian pun haruslah seksi. T_____T.

Eryna syok main belon jer kat sini.kerja duk tembak pistol tu jer la.pastu habis la air sabun tu.
Malam tu,count down merdeka,tapi by 1030 pm kami dah balik bilik.orang lain merdeka,kami dah berlayar ke mana hala dah.

Mujur la bilik facing front view,sapa yang bilik ngadap stage tu,masak la bising sampai pagi.




Makan megi tomyam bukan sebab lapar.tapi,sebab dah beli,so macam wajib kena makan jugak.
Padahal perut dah kenyang .



Awal pagi dah bangun.breakfast at 730 am.sebab planned nak g rabbit park.
Sekali,rabbit park bukak pukul 10 am.and shuttle start 945 am.

Bawak eryna tengok swan dulu.sedang elok jugak,dia dok sibuk buat 'kuih'.
Terus bawak naik atas.jadi dua kali mandi la budak ni.



Rabbit park per entry RM4.harga sama je adult & kids.
Fee untuk masuk colmar ni tak termasuk rabbit park ni.
Pandai la jugak depa buat bisnes kan.

Masuk rabbit park,tapi jumpa rusa dulu.
Yang ni beza from last visit.dulu,takder rusa.ada rabbit jer.
Syok la eryna bagi depa makan.berani pulak tu.



Bagi rabbit makan.tapi,rabbit ni ngengada.tido jer kerja dia.
Eryna kata,rabbit takdak mulut.sebab dia suap makan,rabbit tak makan. >_<.



Rusa jugak yang best.makan jer kerja nya.
Eryna memang berani la,p sua daun kayu tu sampai dalam mulut.
Suka sungguh dia.
Lepas ni nak bawak p farm in the city.mesti la teruja.



Percubaan menjadi pencinta haiwan.
Geram dengan rabbit ni tau.tidoq jer kerja dia.

Dulu-dulu,ayah ada bela arnab.banyakkkk pulak tu.
Lepas tu,beranak pinak sampai penuh sangkar .
Masa tu,kami kerja duk main arnab jer la.
Lama-lama tak larat jaga,so ada jual,ada sembelih.

Tapi,sembelih,tak gamak kot nak makan.huhuhu.cute sangat.



Jumpa rusa yang feeling puteri lilin duduk bawah slide.ngada sangat dia tu.siap landing baik punya.
Ingat orang tak nampak la tu.
Selfie dengan rusa sekali.comey sangat bintik bintat dia tu.





Lepas balik dari rabbit +deer park ni, ( ada jugak kuda kat sini,boleh naik ), balik hotel,check out.
On the way,tak tau nak makan kat mana,ingat nak p kuala gandah tengok gajah tapi rushing sikit la sebab nak kena g amik mak mentua pulak.dia mai kl melawat anak-anak yang tak gheti nak balik tu :D.

Pekena nasi lemak royale di ampang.
The end of our merdeka holiday.

xoxo.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...