Thursday, August 27, 2015

Ciken rice shop

As salam.

Tajuk tadek kena mengena dengan cerita.
Hari isnin haritu kot, lepas balik office ,kami p paradigm mall.mujur la rumah tak jauh sangat and jalan pun tak jem.sebab utama,nak tukar package celcom.sebelum ni,i guna pakej time zaman dulu-dulu.unlimited internet pastu ada la few benefits i pun tak ingat.bayar bulan-bulan RM90 kot,but i cuma guna half of it je kot.rasa macam rugi,.sebab kat rumah ada unifi ,and kat office pun wifi laju.macam tak berapa guna la data kita tu.dah la call pun jarangggg.call kampung jer kot.dengan family pun whatsapps ja guna.mak i olls pandai whatsapps u..

So,celcom ada offer RM48 per month for postpaid.tapi internet 2G jer la.ok la tu.lagipun guna pun tak banyak.walaupun i dapat phone allowance co bayar every month, still macam tak guna sangat.lagipun depa bagi cash monthly,tak kena submit bill telefon ke apa pun.baik la i guna duit tu buat makan ke apa ke kan.ehehehehe.

Intro panjang nya hai..after dah settle semua kat celcom,solat pastu nak dinner.cari old town tak jumpa.rupanya dah tutup.baru berapa bulan ja tak singgah situ..dah tutup pulak.
Pastu,teringat,ada voucher kedai 'ciken rice shop'.maka berdondon la kami 3 beranak.




Kami ni fesyen suka duduk kat kerusi panjang.alah,yang boleh sandar kat dinding tu.tak suka duduk tengah-tengah alam tu.kat selang meja sebelah,ada satu family bertiga jugak la .ada baby.
Biasa la,eryna kan memang pot pet jer kejanya.so,dah masuk ciken shop,mula la dia tanya itu ini.anak bijak kata nya *cough cough* ..sambil tengok menu ,sambil mulut bising 'mama,ayam'. ( siap bunyi ayam..okookkkkkk -kuat la jugak ).pastu, i cakap la 'syshshsh slow sikit'..tapi,nama pun budak,makin dia syok ada la.i perasan la meja sebelah tu,duk tengok je anak haku yang comel tu *cough cough* sambil muka tak puas hati sebab anak aku duk bunyi ayam.

Pastu,tetiba tengah pot pet tu,belon yang dia dapat ( actually ,yang hasben terpaksa tebalkan muka p mintak kat juice kiosk sebab dia nak jugak belon oren tu T______T ) ,pecah..pooom gitu...i olls kat sebelah pun terkejut la.at the same time,eryna start menangis 'nak belon..nak belon' and i pulak dah start rasa guilty la sebab teringat baby tu.

I ni,niat nak mintak maaf la sebab anak haku tetiba bagi anak dia terkejut,tapi muka mak baby tu macam-nak-mintak-lempang.seriously.muka tak leh  blah.macam "eh,boleh tak bawak anak kau keluar dari sini"..gitu expression nya ..wah dramatik sangat.baby tu pun rileks jer bukan nangis pun LOLssss.terus la i tak jadi nk say sorry ,sambil tu dok pujuk eryna yang tengah nangis tu.i cakap la jugak "tak nak nangis,kesian baby'..something like that la..pastu,dia diam bila bagi buku menu.and waiter tu janji nak bagi new balloon..


So,berbalik kepada new parents meja sebelah tu,sepanjang makan,dok menjeling anak haku.wahhh,..hangin mak.dah kenapa pulak.budak kot.mentang-mentang la anak dia baby tak boleh berjalan lagi,memang la duduk elok.kau tunggu la besar sikit nanti,anak aktif tu bijak tau dak *emosss*..


Pastu,entah cemana,sebab rasa annoyed,i sambil makan sambil cakap "eh..pandang-pandang apa.hang tunggu la anak hang besaq nanti,tengok la buas macam mana.silap-silap lagi teruk"ok,my bad.masa tu tengah marah kan.so geram la.hope dia dengar.hahahaha.i cakap tu macam bunyi membebel jer.bukan la bunyi speaker.walaupun hakikat memang sora macam petir.

I remembered, masa eryna baby dulu,i jarang la nak bawak dia expose to people and if ada budak lain yang bising ke apa ke.i tak salahkan budak tu pun.sebab budak aktif nak membesar kot.bukan nya dia p panjat meja ka ,tumpah kan barang ka apa ka.eiiii geram pulak orang yang feeling-feeling over protective ni.lain kali,tak yah la bawak baby tu berjalan  malam,dah ganggu time tidoq dia.pastu nak jeling-jeling orang.

Time waiter tu bagi belon baru kat eryna,i tengok mata dia macam nak terkeluaq.eiii korek mata baru tau.dia punya kejap tengok kejap tengok meja orang tu so annoyed.itu pun i baik hati, i cuma cakap "tak yah main belon,nanti pecah dah takder yang baru." patut nya i cakap jer macam ni "tak yah main la belon ni,kang pompuan gila kat sebelah ni sawan"..ataupun, bagi jer eryna main pastu aku g cucuk belon tu bagi pecah..ha,tu kalau jahat la..




Saya suka..saya suka nasik ayam..mujuq la kau sedap kan..kalau tak,emosss jer sepanjang balik rumah.ehehehehehe.
ok,itu jer nak cerita.motip nya,jangan nak jeling anak orang sangat laaaaa.T_________T.
xoxo.



Wednesday, August 26, 2015

Selepas 2 tahun duduk rumah sendiri

As salam.


Diam tak diam,rupanya dah nak 2 tahun kami duduk our little crib ni.kecik tapi,itu lah syurga nya.alhamdulillah,walaupun verangan nak duduk rumah landed, tapi walaupun rezeki ditetapkan duduk apartment, pun dah syukur selalu gitu.ada rezeki,dapat la merasa nanti.


Teringat pulak masa proses nak beli rumah ni.cepat ja,tiba-tiba dah dapat kunci.kira rezeki la tu.patut nya nak beli rumah lain, rumah landed la of cross...tapi bukan dekat area yang duduk sekarang, dalam 15 km jer beza.tapi,owner rumah nak jual above market value.so,bank advise kitaorang tak yah beli sebab rugi.lepas tu,tiba-tiba tergerak nak cari apartment yang kami beli ni kat mudah.tengok ada iklan,terus g tengok and macam berkenan.harga pun still ok.owner jual below market value.


Malam tu ,balik tengok rumah,esok decide nak beli.duit depo 10% pun tak dak dalam tangan.tapi,setuju nak ambik sebab  area situ,rumah cepat naik.the same apartment, harga setiap tahun naik dalam 50k-100k.giler betul..so agreed and korek-korek la depo.esok  nya,bayar depo 3% ( di nasihatkan direct dengan owner,.sebab kalau dengan agent, selalu depa akan up lagi harga and kena bayar 10% depo on spot ). since direct dengan owner, balance 7% bayar time sign s&p depan lawyer.rezeki jugak tu sebab 3% depo tu ,hasben dapat bonus.so,guna bonus dia la..hahaha.lagi 7% kita pinjam sat,nanti dah dapat epf so bayar la balik.gituuu.,


Masa sign s&p, owner dah bagi kunci sebab dia dah beli rumah lain.so,dia tak kisah if nak masuk awal.time tu pulak bulan puasa.nak reno pun susah sebab dah fully booked.lepas raya ,dalam 2 weeks dapat contact contractor buat wet kitchen.yang lain takder reno sebab masa tak cukup.kami dah kena keluar dari rumah sewa ( sebab dah ada tenant baru ), pastu nak masuk rumah baru ,so buat jer apa ada dulu.mujur rumah ni cantik lagi.so,tak perlu reno sangat la.


After 2 years.baru realized,tak pernah tambah apa-apa deco.makin serabut dengan barang eryna ada la.so,weekend haritu dah aim,kena jugak kemas.dah la bilik no 3 tu dah macam tongkang pecah.jadik store room padahal,bilik tu agak besar la.macam rugi pulak tak guna.


Sekarang ni,eryna memang main kat depan.pastu mainan dia biasa la,bersepah-sepah.pening tengok.ingat nak buat play room dia jer dalam tu.tapi,hasben tak setuju sebab ada barang dalam tu,nanti kot dia kacau.ok lah, bilik tu buat bilik solat.sayang ruang kosong terbiar.kalau buat bilik solat,"hidup" sikit bilik tu.





This is normal view.semakkk sangat.of course, i will put everything back to the case, but all the toys are spreading all over the house.macam konsep dia,suka hati laaaa nak sepah.all the legos, play doh and sooo many entah apa-apa la kami dah beli ni kan.so,nak salah kan anak ? pahadan la muker sangat....




As you can see in the pic,ada table ikea putih next to the tv cabinet,dengan dapur mainan dia lagi ( where main plug is over there ), lepas tu, the red case tu where we put all her toys.kat situ jugak la dia panjat atas tu,capai macam-macam atas side table tu.




So,we moved here toys next to the window.at least ,far from the main plug,sebab sometimes,dia akan berdiri atas meja ikea tu or sleep onto it.wayar tu berselirat,sakittt mata.entah bila la laki haku ni nak fix that problem.buat la sesuatu,sorok wire ke apa ke.pfttfttftf..

I told eryna soo many times, this is the ONLY place for you to play.means,all your toys have to be here only,or else, i will keep all them in the store room and you will not get to see them again.so,mesti la dia laju-laju cakap "tak nakkkk".so far,still ok-up until today.

As usual,balik jer skool,dia akan 'kumbah' semua toys macam puas hati giller.and sebelum tidur,i akan ajak dia kemas.sebab kalau suruh dia kemas,ibarat suruh dia buat sepah lagi ada la..so,the best solutions,do it together. :)





This is how our house looks like now.we moved the red sofa as well.so,nampak la luas sikit.sometime,budak ni merempit keta kecik or naik beskal,so boleh la back and forth tak langgar barang.nak ajak main beskal kat taman pun tak terbuat lagi.




Thinking to buy new sofa to put next to the side table.aiming for ikea sofa.haritu tengok macam ok la.and affordable tooo.next mission,nak beli khufi art ,barulah nampak ceria sikit.so far dinding tu kosong jer.time to revamp...

Wait for the next entry :).
xoxo.


Thursday, August 20, 2015

after office partiehhh

As salam.

Hari bila entah,keluar reramai dengan colleagues,kira first time gak la.selalu nya memang payah nak join kalau after office hours.sebab nak rushing amik eryna before 630 pm.waktu last kena leave office mesti 530 pm.sebab kalau lebih dari tu,confirm jem kat toll duta and tak sempat nak reach on time.
Usually,i akan balik around 515 pm and sampai 545 pm macam tu..kalau nampak macam dah nak start hujan,pukul 5 pm dah balik.hehehehe.

So,ada one day,big boss nak belanja makan.depa la nak 'yam-cha'..kita minum juice je tau.since 90% sini adalah non-muslim,kalau celebrate mesti la nak kena 'cheers' gitu..so,depa chose bar kat bangsar.i ok jer sebab bar tu bukan macam club bising-bising tu.further more after office pukul 5 pm.tak nak la kang tetiba viral "pompuan bertuzung tapi masuk club ???" atau "pompuan bertuzung tapi minum xxxx "..padahal,gelas tu orang lain punyer.lolssss...







Pukul 330 pm dah kuar office.dalam pukul 4 pm camtu sampai la.mintak hasben amik eryna.sebab maybe lepak kat situ until 6 or 7 pm.bukan nya depa nak minum sampai mabuk pun.nak toast apa benda entah.i follow jer la.selalu buat,i memang skip.especially,if depa celebrate kat pub.memang tak laaaaa...

Sampai awal,gelabah la amik gambar dulu masing-masing.masa ni ada berapa ketul jer sampai dulu.yang lain otw.so,order la water melon juice.yang lain tu depa dah special order la ayaq depa tu.




Order benda-benda ringan macam calamari dip,bread-humus,prawn dip. tu yang memasing kebuluq.mula-mula pesan buat 3 batch, pastu yang calamari dip tu sedap sangat,order sampai muak lepas tu.sabaq jer la.big boss sengih jer tengok kelaku memasing.

Yang budak blonde tu kitaorang punya intern.kebetulan dia dah habis ,so jadik macam mini farewell jugak la.yang lain in the pic ni orang malaysia.ni jer la yang ada malaysian pun.

Dalam pukul 630 pm macam tu, tengok traffic macam dah ok sikit,one by one dah beransur balik.
Pastu,ada orang tu nak hiba bagai,konon dia ngan eryna makan nasik kat kedai ja.kita ni macam kan makan wagyu beef lolssss..nak pancing simpati pulak khenn..padahal,kalau dia ada dinner ngan kengkawan,kita rilekssss jer duk umah tau.baru nak berjimba-jimba memang harapan laaaaa...




My current colleague.tunggu berapa tahun pulak nak bertahan kerja kat sini.hahah.so far,rekod paling tinggi kerja 4 tahun la kat office lama.hehehehe.
So far,alhamdulillah,dah masuk opis ke 4 i kerja,takder masalah pun.just resign sebab dapat better offer.i still contact my ex-colleague.takder hard feeling ke apa.hopefully,yang current ni pun sama la.mana tau,nanti nak p melawat germany ka,spanish ka,austrolia ka,ada la tempat tumpang teduh..hehehehehe.

xoxo.




Wednesday, August 19, 2015

Chemical peeling

As salam.


Sapa berani buat chemical peeling angkat tangan ??? haritu, gatal terlebih,buat chemical peeling.tapi,kita buat dengan dr asthetic yang bertauliah.bukan p saloon pastu mintak depa buatkan,ini,dr sendiri yang buat.

Actually,'jumpa' dr sophia ni kat instagram.pastu,terus follow insta dia,and terjebak la dengan nak buat peeling sekali.gitu la pompuan kan..pantang tengok sikit, #mudahterpengaruh sangatt..
Pernah cerita haritu,pasal buat facial kat spa dr sophia ..as usual,masuk jer sebulan,mula la tergedik nak buat facial lagi.tapi, sebab kita ada open pores yang agak besaq ( tu la,dulu gatai pakai nouvelle dari philippines tu -peeling tahap dewa -pastu muka teruk -pastu korek jerawat -pastu muka berlubang ).. so, dr kata ,buat chemical peeling tuk reduce kan pores and fade the scars.

Buat appointment hari sabtu,and mintak hasben jagakan eryna.masa p tu,dr tanya gak.are u sure nak wat ni sebab bagitau dia,after peeling session tu nak g open house.maklum la masih mood raya.i selamba jer cakap.buat jer dr..hahaha.dr kata ,nanti kau pakai purdah je la..hahahaha.dr tu memang friendly cam kengkawan kita kekdahnya.

Peeling tu kejap jer.memula facial dulu,pastu peeling la guna cream apa entah.ingatkan guna mesin korek-korek muka kitew.hahaha.rupanya tidak yer.
Time nak peel tu,bertabah jer la nokssss.membara dah serupa kena bakar diri secara suka rela sangat.dr buat dua layer jer sebab ku tak mampu menahan dah.siap nangis2 wuwuwuwuw nak cantik punya pasal lolsssss...

Pedih terbakaq tu dalam seminit jer.pastu habis la.tapi nak nunggu habis,memang hazabedah jugak la noks.ahahahah.nangisss lagi sekali.lepas letak cooling mask,maka bermula lah detik muka hitam mengelupas...







Hari pertama-malam after open house.masa ni dah nampak la peeling tu.tempat2 penting macam pipi kiri kanan dah mula meng hitam sebab effect peeling,tak sakit serius.nampak macam terbakaq sakit, tapi tidak.yang sakit sikit time nak buat peeling tu jer.time ni orang tengok macam normal lagi la..so,setiap masa spray vit C and whitening cream yang dr bagi tu ( produk dr tu ).tujuan nya untuk cepatkan proses.so,asal kering jer spray.nak bagi cepat habis peel la katakan.




Second day -open house rumah boss my hasben.kahkah.ni mmg hazab wei.muka double gelap (dah la memang tak semulajadi putih ) .terpaksa la nak cover dengan mekap.tapi memang harapan la.tak jadi apa.makin menakutkan ada la.patut nya biar jer.tapi,nak guna ber foundation.

Mesti kawan hasben wonder apesal la muka kau ni.tapi,memasing buat lek wat peace.padahal duk usya muka i olls.hahahahaha.
hasben cakap,dah serupa cerita 'tanah kubur',part muka terbakar sebab melawan laki.puiiii.nyampah sangat tau T_______T.

Terfikir gak,naper la aku tak buat after minggu open house habis.memang sajer cari pasal sangat la ni.geram tengok open pores tu kekdahnya.actually, kalau ada produk boleh kecikkan pun,still tak boleh kurang .so,kena chemical peeling dr cakap.i olls ikut jer nasihat yang bertauliah.




Third day,dah mengelupas.pastu geram p tarik.tu yang nampak merah tu.time ni,muka dah peel betul.letak jer spray banyak-banyak.mujur la demam and flue,so g mintak mc.yang lawak tu,masa kat klinik,budak tu ingat,datang klinik sebab nak check muka.siap tanya "sakit ke kak" sambil muka berkerut-kerut.terpaksa la ahkak jawab "datang check demam dik,bukan muka" pfftftfttftf..

Mata merah tu efek sangat kan.seram tengok diri sendiri.esok nya g opis ,siap pakai mask.kahkah.nasib la nak cantekssss la sangat.alhamdulillah,masuk hari kelima peeling dah takder.dok sibuk tarik kulit laks.syok pulak masa ni,kahkah.

Eryna siap tanya :"nape muka mama macam ni" hahaha.seram yer nak..cikgu kat taska pun tanya.agaknya dia suspect masa first tengok tu.ni bergaduh ke apa muka lebam ke apa ni.hadoiyaiiii.cabaran betul.





Gambar terkini,takder la flawless sangat pun.yang penting,scar tu dah kurang la.feeling fresh umpama ular bersalin kulit.puas hati gak sebab dok geram tengok blackhead pun banyak, now dah kurang..sekarang kita pakai produk dr sophia jer,tak nak mix.tengok skin dr tu lawa sangat.jelessss.dia pun buat peeling gak tau.pasni,nak try vampire peel.sapa berani ??? kihkih..

Harga chemical peeling tu cuma RM150 termasuk facial.affordable kan.boleh usya insta dr ( dr.sophia.asthetic ) tu yek.i takder share dalam tu.sekian.promote tak berbayar ni T_____T.

xoxo.


Banyak cerita

As salam.

Hadohai..busy mak.hari-hari pukul 1pm ada training system.pastu skype call.kita kerja kulis je jah, kena la buat kerja betul-betul.insya allah next week mungkin kurang busy sebab ada big event kat oversea sana..ramai yang takder kat opis.saya tak p lah..bukan event kita pun.tolong dari belakang tabir jerrrr...


Minggu lepas,tumpang memeriahkan suasana join open house.dah orang mengajak,kita pun ikut jer la.makan free kan.save duit luncheon.lagipun,hari-hari makan tempat yang sama,boring jugak kan.padahal,sedap jer makanan kat cafe ni.and bersih,tapi,lumrah manusia ni,asal makan tempat sama mula la nak muak.mengada sangat tu.


My opis dekat sasana ,so kena naik shuttle ke hq bnm.gigih pukul 1210 dah chow beramai-ramai takut terlepas shuttle.kami antara orang terawal sampai.tau la,staff bnm dah berapa ribu orang,kang susah nak dapat tempat.





Selfie dekat pintu depan.tapi nampak muka jer la lebih.baju raya tahun lepas punya.panas boleh tahan la jugak hall ni.masa sampai,orang still ok.dapat seat terus carik makanan.ada few yang best macam rusa panggang and char keoy teow.ada banyak gak stall,semua makanan kita rasa.lepak dalam sejam pastu baru balik opis.jalan kaki jer dari hq bnm ke sasana.peluh yang amat tuuuu..pffftfttftf..




Ramai umat masa ni.memang lega dapat sampai awal.most of them terpaksa split tempat.kami dapat duduk sekali la of crosss.orang kiasu mesti untung punya.siap bangun duduk,bangun duduk amik makanan.semua pun sedappp..alhamdulillah.

Berlengas dah jugak sebab dewan panasss.no ekon ya.sapa yang pakai full baju melayu tu mesti la melekit.yang pakai baju kurung ni pun dah semacam dah rasa.








Tan Sri Zeti duduk meja sama dengan staff.takder body guard bagai.she is humble like that.nak ajak selfie ,macam tak proper pulak sebab tengah makan.so,amik pic dia masa tengah beratur nak amik ketupat.kihkih.siap sengaja lalu lalang depan meja dia lagi.
Balik opis terus menyesal tak bergambar sebab next year will be her final years of service. #prayformalaysia #letakjawatanlajibby. tetiba..hahahhahaha.


This morning,one of my colleague cakap,i gained weight.siap suruh i kuruskan badan.huwaaa.dah la yang tegur tu laki weii..nangissss...selamba jer ko.so,pempaham la,tahap wajib dah tu kena slim down.





Terus nak kena makan salad jer.ni lunch semalam.still not healthy kan,kentang,ayam,salad tu semua...isk..i nak cut down rice lah.and has to senaman ,make it as routine.
Ada kawan i bagitau,the secret to slim without cutting the foods, is buat squat and sit up.buat pagi and malam.and i do believe her ,especially untuk i yang ada problem tang bahagian paha and montots ni.sarung baju elok jer,pastu tak lepas tang pongkok jugak.buat sesuatu weiiii sebelum melarat..huhuhuhu..






Pagi tadi,kru on air kat era fm.besttt.kenangan masa zaman remajas betul kalau dengar lagu kru ni.jam ni,benda biasa happen setiap hari dari tol jalan duta nak ke susur keluar.after that dah ok.not complaining much ,after all,ada yang kena harung jam lagi teruk dari ni.cuma nak complaint supaya #gstdihapuskan jer.boleh ???? and buat balik supaya currency kembali macam biasa.sedih sangat 1 GBP = RM6.2...ofttfttftftftf..

xoxo..




Friday, August 14, 2015

Sambut kat taska pulakkkkk

As salam.

I tak busy sangat.tapi,time nak tulis blog,mesti ada yang lalu lalang dekat tempat.so,kita macam nak kaver sikit la,kang nampak sangat dok layan blog waktu opis.pekerja cemerlang sangat.

Tadek citer best sangat pun,cuma last week finally dapat jugak buat majlis besday budak kenit tu.tak habis-habis dalam blog ni citer pasal besday dia saja.anak sorang la katakan.nak cerita pasal sapa lagi kan.

So, jumaat lepas,pukul 430 pm i dah chow.bagitau boss kata nak celebrate besday anak.suka hati jer kan.hahaha.pastu,berdesup pick up kek.tengok jam dah nak dekat pukul 5 pm.nerves la mak kau ni,sebab nya cikgu cakap,1st besday session will be pukul 4 pm.so,eryna punya turn will be at 5 pm.





Sampai elok pukul 5 pm,cisss baru nak nyanyi kot.agaknya mak bapak budak tu pun baru sampai.tunggu la i terlangok depan gate dalam 15 mins tengah panas.pftttt.sebab taska tu jenis takkan bukak gate kalau tak berkenaan.padahal,nak sambut besday anak kat dalam tu kot.hmmm.tapi,in case emergency depa bagi jer masuk.agaknya tak nak eryna hilang fokus kot.sebab time tu tengah nyanyi lagu kat member dia.

Order kek butterscotch sebab haritu dah makan kek choc.yang besday lagi satu tu dia bawak kek choc.mujur tak sama.kalau tak,muak la makan choc dua kali.tapi,cikgu ramai,depa la perabis.parents yang lagi satu tu ada bawak nugget.so,next time,rasa nya baik bawak makanan jer macam fries ker.but,tau la budak-budak ni,nak main jer lebih.

Hasben pun sampai on time.gelabah dia keluar awai dari cyber.last-last dia tunggu dalam keta while waiting majlis yang 1st tu settle.dah abis budak makan kek,baru la turn eryna.





Budak ni kan,nampak jer we alls,dia ingat time dia nak balik.siap dah g amik kasut.pastu ter confuse apesal kena duduk pulak.pastu nampak kek suka la dia.

Ingat nak beli la kek yang lawo-lawo deco tu,tapi budget tak cukup,hahahaha.beli kek ni pun sengih sampai telinga dah.nak tiup lilih jer tu.tapi,sayang nya,api tak dak.boleh la buat pantun :

Nak tiup api kat lilin,
Api takdak.hahahaha.


So,nyanyi-nyanyi jer la pastu eksyen tiup lilin.sebab taska tu takdek dapur.memang la tadek api.makanan semua depa masak kat rumah pengetua taska tu.pagi-pagi dia akan bawak kan.
Then, both hasben and ayah budak lagi sorang tu tak merokok.memang tadek api la...




Dengan bestfren dia yang baju frozen tu.muka dah macam seiras.budak ni tua setahun dari eryna.sebab tu dia panggil kak darina.nama pun dah nak dekat sama.memula tu tengok,eh betul ke korang bestfren.ambik gambaq pun kaku jer.sengih apa pun tak.lama-lama baru nampak depa bersembang.nak kaverina la tu...




Yang paling depa excited..belon.tu berebut-rebut pakat nak belon.
Ni dah bagi suh cikgu tiup kan dulu.susah nak ambik sebab cikgu gantung kat gate.tu yang pakat dok kerumun hasben tu.mintak pakcik tolong amikkan ..ehehe.





Goodies bag frozen tu,yang first besday punya.so,ours yang kecik kat tepi tu.hahaha,macam elok pulak sebab yang frozen tu parents dia bagi set stationery.yang eryna pulak makanan.paling best, bila budak nak balik,cikgu letak party pack eryna dalam beg frozen.kat party pack tu pulak nama eryna.mesti orang ingat both beg tu eryna punya.sebab frozen tu takdek nama.kihkihkih..





Geram betul tak nak bergambar.ni jer paling senonoh.eiiiiii.
Yang dia sibukkan tang belon jer.tak kira,nak print gak kat photobook so that besaq nanti,bila eryna tengok baru dia tau perangai dia yang cantik molek tu...



Gambar kenangan kat entrance taska.ni pun tangkap banyak kali,ni jer la yang senonoh pun.pfffttttt.
Janji mak mentain tengok kamera ya..

Ok,itu jer cerita berkurun.pasni nak g open house opis pulak.
xoxo.


Friday, August 7, 2015

lunch jumaat lepas ,boat noodle

As salam.

Kejadian jumaat lepas.dah seminggu terperam dalam phone.nanti kot la tetiba pic hilang ( ada budak rajin tolong delete kekadang tu ),baik masuk dalam blog.nanti kalau nak tengok balik kejadian,just bukak kat sini jer.

Dari haritu,dok teringin nak makan boat noodle.dekat empire dah settle makan.nak try yang dekat publika.sebab ramaiiii yang suka sangat update konon macam sedap gillers la boat noodle and ayaq nescafe ais/teh ais dia tu,so ku tekadkan diri nak ke sana.the best day is friday sebab rest lama sikit dalam sejam setengah.dari opis nak ke publika pun dekat sangat.

Ajak budak opis,dua jer free.yang lain busy meeting.asal masuk opis jer meeting.dah serupa cerita melayu la hampa ni.meeting-meeting.so,mari lah sapa jer yang ada kita ke publika sana.

Tak pernah sampai publika,solaris pernah.lamaaa dah kot.macam dah terlupa jalan.mujur budak opis ni tau kat mana publika.tempat orang kaya lah..kita nak g makan jerrr kat sana,.bukan tempat lepak kita,sebab tu tak tau :).





Masa baru sampai.wajib la bergambar.i got new phone.tu kaler merah ,beli jenama Asus pulak,cheap-cheap one only.sayonara Note 2 ,yang dah berjasa dalam dua tahun lebih.ingat nanti nak tukar screen lah.rasa nya ok lagi tu kalau tukar screen and bateri.tema note 2 sekarang,retak seribu.




Dah kenyang.order 4 mangkuk setiap sorang.sebab ada 4 jenis,so rasa serba satu.flavour dia,chic ( spicy and not spicy ) and beef ( spicy and not spicy ).bila makan,wajib letak segala jenis chili flakes/lime baru terangkat.si irene tu,letak chili banyak sangat ,last-last dia tak leh makan semangkuk.padahal kecik jer kot portion tu.pedas sangat kata nya..anjerrrr sangat tuuu.


Dessert .dekat empire punya lagi best and lembut.yang dekat sini keras sikit yang putih tu.one set come with 2 cups, RM 1 each set.


Spinach tempura.yang ni datang last sekali.agak oily.plus perut dah kenyang so tak habis.



Order tambahan ,beef balls and spinach tempura.air tu pulak,sebab bau coffee sedap sangat,p order hot coffee.padahal dekat cafe opis pun ada cafe latte.lagiii murah.waiter tu pulak 3 kali datang tanya..."u want hot coffee ???" masuk kali ketiga ,mula la berangin.eh dah kenapa kau asyik tanya order ni.
kitaorang syak,mesti waiter tu takut kami tersilap order.sebab orang selalu nya order yang sejuk.ehhhh..suka hati kitalah nak order ayaq apa pun...lolssss..

Watie awal-awal dah aim teh ais tu,so bila dapat je,terus terliuq.hahaha.i kenot la,terus order nescafe ais.maka habis la pantang larang konon tak nak minum ais tu.irene tadi kan pedas,apa lagi,terpaksa minum ayaq watie sebab dah tak tahan pedas.ahahha..kesiann..

Sedap la nescafe ais dia.siap lebihan coffee tu tambah lagi bagi banyak and tapau bawak balik opis.sampai ke petang tak habis.besar sangat air dia tu.

Total cost untuk 3 orang : RM 77.noodle tu jer yang murah,yang lain harga standard la.i vote publika ni dari yang dekat empire damansara.satu,kat empire tu tadek air coffee macam kat sini.yang lain i rasa lebih kurang jer..oh,yang ni yang halal.yang tak halal,nama dia 'Thailand Boat Noodle".

xoxo.


Buat party pack untuk eryna.

As salam.

Hari ni ,0708 birthday eryna yang ke 3 tahun.kalau dekat FB semua dah tau la,yang i celebrate dua kali.hahaha.haritu,saja jer beli kek kecik khas untuk potong kat rumah.saja la amik berkat bulan Islam.Masa celebrate hari tu ,just beli kek kecik and nyanyi bertiga.tu pun dah tersipu-sipu malu.

Since masuk taska ni,asal hari jumaat ja mesti eryna bawak balik party pack.sebab kat taska tu,untuk celebrate birthday cuma hari jumaat.hari lain depa dah ada aktiviti berjadual.hari jumaat yang loose sikit.kebetulan pulak,hari jumaat jugak hari ulang tahun kelahiran.sedang elok la tu.

Tanya dekat cikgu,berapa banyak budak ada.nak prepare party pack.sekali cikgu cakap 60.tu dia,ramai nya.nampak macam tak ramai ja budak kat dalam tu.actually taska tu attach rumah corner lot depan belakang.yang setahun ke bawah duduk rumah belakang.dua tahun ke atas rumah depan.and depa cuma amik until 5 years jer.mungkin sebab kawasan rumah luas,so tak nampak macam ramai.





Gigih p mydin subang nak beli borong.plus mydin kan absorb GST ,so kita sanggup redah jer.ehehehe.memula dah p GM Klang hari sabtu,duk ingat kot la ada jumpa barang yang best-best.bila sampai sana,macam errrr..apakah.dengan ramai orang.and almost get lost.dah serupa dongdaemun kat korea sana.last-last balik macam tu ja.tobat takmau p dah.hahahaha.kesian kat budak la,sesak sangat dalam tu.





Mydin ni,ada floor paling atas tu,depa jual barang borong.so,kalau nak buat banyak tu,better beli sini.ada la diskaun sikit.kami budget satu budak RM5.mula-mula nak beli tabung,tapi lepas tu fikir balik,budak-budak baya ni,kang depa balik rumah,main campak ja.kalau beli makanan,at least la depa makan.so,fokus kepada makanan sudah.




Kat floor atas ni tak ramai orang.boleh bershopping dengan tenang.eryna siap boleh memveraks.pastu toilet kat atas ni wangi and bersih,bagus gak dia veraks kat sini.ahahahaha.kalau anyone yang berniaga tu,elok gak beli kat sini.penjimatan gitu.macam tabung yang kami duk usya tu,kalau beli 120 biji,baru RM3, cantik and besar lak tabung tu.gerammmmm .tapi lebihan 60 tu takkan nak buat jualan amal pulak.koser la pulak...




Beli milo kotak ,biskut julies,chuppa chups and dadih.kadang-kadang nak beli jajan ni risau gak.sebab bukan semua parents bagi anak depa makan kan.basically ,yang kami beli ni adalah benda yang eryna suka makan.minus chuppa chups tu,sebulan sekali la baru bagi.kang rosak gigi.

Milo tu,jatuh RM 1.05 jer.beli 3 papan.ada lebih 12 kotak,buat stok kat rumah.chuppa chups,satu bekas tu ada 100 ,RM50 jer.dah ada lebih 40 pcs tu sapa nak makan banyak-banyak tu.hahaha.dadih tu murah jer.dalam 1 pack ada 15 ,so beli 4 pack,baru RM 12 kot.
Biskut julies tu beli 2 flavour,kacang and cheese.Total belian haritu dalam RM 170 macam tu.still on budget.nanti lebihan tu nak beli kek and party bag tak jumpa pulak kat mydin.



Cari party bag tak jumpa yang berkenan.ingat nak beli beg kertas kaler coklat tu.tapi,tak tau nak carik kat mana,balik dari opis,singgah giant and beli rainbow bag ni.beli sebab baca blog kak eynda.ehehehehe.actually,rainbow bag ni lagi sesuai kalau letak benda yang ringan dan lembut.tapi,not bad jugak,sebab macam ok ja waktu letak semua jajans tu.

Yang tulis birthday eryna tu,paksa abah dia buat supaya nampak involvement.bab susun barang dalam party pack tu confirm la dia tengok saja.jadi,kita bagi kerja yang paling mudah.mujur jugak plastik pack tu mau lekat elok bila tampal dengan glue stick tu.



Dah tampal,lepas tu tunggu masa nak letak jajans dalam tu.eryna tolong sekali.mula-mula buat,dia dah masuk bilik.sekali,boleh pulak dia keluar bilik.nampak dok buat ni,confirm la takmau tidoq.nak tolong kata nya.tapi,dah bagi syarat ,tolong aja.tak boleh ambik.sebab yang ni nak bagi dekat kawan-kawan.





Tadaaaa...ini hasil nya.tapi,ni 30 packs jer baru.semalam baru settle 60 packs.stickers comel tu dah include dalam rainbow bag tu.boleh beli dekat giant, sections aluminium foils tu.harga satu bag tu dalam RM6.80.satu bag tu ada 30 keping.ngam-ngam la untuk party pack ni.dekat rak tu pun memang ada 2 bag jer lagi.laku gak tu.lepas ni nak beli lagi la.buat bekal anak-anak g sekolah pun cute ni.kertas ni jenis kalis air,and tak mudah koyak.unless kalau ganas,memang la hancur.

Pagi tadi dah letak kat taska siap-siap.hari ni,planned nak balik awal sikit.nak g amik kek and dalam pukul 5 pm majlis start.hari ni ada dua birthday.yang sorang tu start pukul 4 pm.mula-mula tu drama la jugak,sebab dah ada orang book hari.i cakap,gabung jer la.depa kata susah la combine sebab last time ,ada budak nangis takmau combine.nak full attention kat dia jer.cehhhh.kecik-kecik dah pandai demand yer budak sekarang.i kata ,bukan nak combine kek.combine majlis jer.mujur parents ni tak kisah,dia kata dia buat awai.and i buat after that...

Ok,back to work la..dah la nak balik awal,lagi main blog pulak..
xoxo..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...