LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, July 28, 2015

Beraya di ofis mama

As salam.

Minggu lepas,hari rabu and jumaat bawak eryna ikut mai opis.sebab nya tak dapat cuti sampai jumaat.dah bagitau boss,taska tutup,sebab tu nak extend cuti ( padahal memang nak cuti gak sebab cuti raya kot ).pastu pakcik boss cakap,takper ,bawak jer la dia datang opis.kalau dia bosan,suruh jer masuk bilik main.amboi sangat..dia tak tau perangai si kinting tu macam mana.

So,rabu tu bawak la dia datang opis.jalan lengang la sebab orang semua still cuti.tapi,nak sentap sangat pun,macam la tak dapat cuti kan.dapat balik seminggu pun jadi lah.hari tu pun baru ja balik sana.lagi kesian orang yang tak dapat cuti raya langsung.lagipun,my boss ni bukan malaysian,so dia macam tak faham sangat apesal kau cuti beraya kena lama.sebab nya kalau ada orang nak p bercuti jenjalan,dia bagi jer sampai 2 weeks leave.part cuti beraya jer dia tak leh brain agaknya.huhu.cuba lagi tahun depan yer...




Masa mula sampai,semua orang dia buat eksyen.juai mahai sangat.orang tanya,dia jawab macam nak carik gaduh.sabaq jer la mak hang ni.pastu nak berkepit sedia.mujur la kat opis still ramai yang on leave.ada yang pergi workshop/event.so dia bising pun tak la menganggu.

Lepas 2,3 jam mula la buat perangai tuh.menunjukkan belang.panjat kerusi ,meja segala.kacau my colleague.hadoi la haiiiii...depa pulak rajin dok mai kacau dia,lagi la dia takmau dengan sapa-sapa.



Lunch hari pertama kat opis,bawak dia g muzium duit.kalau tak,jenuh dia bosan lama kat opis.nampak dia macam ok,so masuk opis balik.banyak kerja ni nak kena buat.memang bawak dia,tak settle la kerja tu ha.


Hari khamis,bapak dia jaga.pass baton la.sebab ada benda penting nak kena settlekan.takut nanti tersilap submit pulak.maklum la,baru nak start buat,tetiba ada yang "mama..nak susu"..mama..nak itu..mama...nak ini.dah siap ber summer sault lagi kat lantai opis tu...T______T.




Lunch hari jumaat.gigih tu ikut geng opis p makan kat banana leaf, nirwana bangsar.sebab dah janji hari khamis nak p makan ramai-ramai.terlupa pulak, hasben tak boleh jaga eryna hari jumaat.abis, takkan tak solat jumaat pulak kan...so,bawak sekali la,lagipun dia lama kat opis pun,dia boring jugak.bawak jer la kan,tumpang member opis,si david.

Drive dua keta.yang lain-lain tu,bukan malaysian.saja bawak mat salleh-yang tak berapa putih-makan nasi daun pisang.masakan melayu depa dah selalu makan sangat dah.kat cafe bawah ni memang hari-hari mak nenek masakan melayu ada.asam pedas,pulut,gulai,kerabu,masak lemak-u name it.




Sedap hingga menjilat jarissss...dapat lepas gian kat teh tarik sedap tu.
Boleh pulak terjumpa my unimate fren kat sini.kecik nya dunia ni kan.pusing-pusing mesti jumpa.




Kalut dok cerita apa tak tau la.eryna sat ok,sat tak ok.tapi,habis gak la nasik tu dia makan.siap tambah sikit lagi sebab mamak tu letak ciput giller.suap dia makan sambil dia layan cerita ummi dia tu kat youtube,settle.janji tak menangis sudah.orang yang tak kahwin lagi ni,depa tak berapa faham sangat pasal budak-budak.mujur david pun ada anak baya eryna,so dia la macam bapak angkat eryna pulak,tolong bawak kan beg ,botol susu segala.hahahhahaha...







Penangan nasi daun pisang.terus lentuk masuk dalam keta.mujur la naik keta bapak-bapak,siap ada baby seat and buku dalam tu.senang la nak distract dia.maklum la,eryna kan pantang nampak buku.kalau naik keta surya,konfirm dia stress.huhu...

Lepas ni tak sure la nak bawak lagi ke tak kalau emergency gini.kesian sebab budak la stress tak tau nak buat apa.hahaha.bagi i pad pun dia jemu.boleh bertahan sat saja.pastu dah takmau.dah mak kau pun sama stress.kihkih..tapi,kajian mengatakan, anak yang aktif adalah anak yang bijak..ok lah kalau gitu,mudah-mudahan *asian-parent-alert*.

xoxo.



Wednesday, July 22, 2015

Selamat hari raya..hari ni dah kerja :(

As salam.

Sapa dah masuk opis hari ni boleh la high 5 !!!!sobs sobs sangat sebab planned nak cuti sampai jumaat tak diluluskan.kejam sangat kot.dah la taska eryna cuti sampai jumaat,so hari ni kena bawak dia masuk opis sekali.parah la,melayan dia saja.bukan nak duduk diam sangat,mujur jugak kat opis ni tak ramai sangat orang,so dia lari kejap g sana kejap g sini pun ok lagi.


Btw,kami balik kampung hari selasa,gerak dalam pukul 5 petang.alhamdulillah,jalan tak jem.stop bukak puasa kat RTC ipoh.sapa yang biasa ikut PLUS mesti singgah sini sebab ada mydin mall.lepas tu,ada playground.sementara mak ayah gilir solat,boleh bagi anak main kat sini.




Mujur jugak orang tak ramai,so dapat berbuka dengan tenang.elok pulak ada mainan kat tepi tu,sambil suap makan,sambil main,habis sepinggan..legaaaa..kalau tak,memang tak tenteram nak makan.dah la tu,nasi kandaq kat sini sedap la pulak.kan dah teringat.




Sebab rest lama sangat kat RTC tu,bertembung pulak dengan jem.tapi,tak la teruk mana sangat.slow moving.rasanya balik masa CNY lagi jem.almost 12 hours stuck.alah bisa,tegal biasa.apa la erti nya balik kampung kalau tak merasa harung jem.ye dak ?? 

Sebab balik awal dua hari,dapat la merasa puasa kat rumah ayah and in law.baru adil ,merasa sorang sehari.i takdak preference sangat bab nak mengidam makan apa.hasben yang over duk teringin gulai kawah.sebab yang kat key ell ni style pantai timur,tak berapa kena la dengan tekak orang utagha ni.petang tu,terjah pasar ramadhan ,mujur la jumpa jugak.sebab mostly,orang dah tak menjual since friday tu kan raya.kira rabu,last berniaga.



Ada budak tu,mangkit lambat.pagi raya ,pukul 11 pagi baru nak bersiap.sabaq jer la.tu la,kalau pukul 2 pagi baru nak tdoq.hewhew...

Hari khamis,tidoq umah in law plus pakej beraya kat sana dulu.kami rumah jarak dalam 30 mins ja.petang raya pertama tu,balik umah ayah pulak.bersalaman and huluq duit raya.tahun ni takdak la gambaq beraya ramai-ramai sebab masing-masing beraya umah mentua.by the time jumpa,dah malam,and dah tak pakai baju raya dah.berlengas wooo sebab peghelih panas lit-lit habaq hang.






Begitu la kami tiap-tiap tahun ulang alik.sat mai sini,sat mai sana.ingatkan dah tak sempat nak jumpa kawan sekolah,finally ,a day before i balik key ell,terus ja ajak depa mai umah,masak spageti.dapat la jumpa 3 orang.jadi la.kalau nak tunggu semua ikut time masing-masing ,agak payah.hopefully tahun depan dapat la kumpul lagi ramai-ramai.





Semalam,i balik,gerak dah 1230 dari peghelih.pekena nasi kandaq dulu,baru hegeh nak balik.kena la jugak jem tu.almost 1030 pm baru sampai rumah.kiranya dalam 10 jam jugak la.phewww..lepas ni,kita balik naik keretapi laju jer la.tapi,komplen sangat pun,macam la i yang drive.kehkeh..eh,tapi lenguh jugak la pongkok walaupun duduk bersidai kat belakang jer. :).

Yang buat open house tu,jemput la i olls ( tak malu :D )..sapa yang nak datang rumah ,dipersilakan.kita tak buat la open house besar-besaran sebab kita duduk apartment jer,leceh sikit la nak buat makan-makan.tapi,kalau sapa mai,kita masak la jugak.janji habaq awal,kalau tak,merasa la makan serdak biskut ja nanti :D.

xoxo.







Tuesday, July 14, 2015

Balik kampung hari ni :)

As salam.

* Dah tulis tapi save dalam draft semalam.harini baru nak publish.apa-apa pun,satgi,dalam pukul 5 petang insya allah nak balik peghelih.dah siap packing segala benda.hoyeahhhh !!!!!


Harini sibukkk sangat ( tapi,sempat tulis blog )..nak kena siapkan semua kerja sebelum balik esok petang.yang menghala ke utagha,and nak guna PLUS highway tu,tolong jangan balik esok petang ok.i dah chop.balik la esok malam ke,atau rabu ke.penat nak ngadap jem ni.

I dah planned,esok nak chow dalam pukul 3 pm,pastu by 5 pm,dah exit sungai buloh.kalau jem lagi,tak tau nak cakap apa dah.nak beli tiket ktmb dah tak sempat dah ni.ingat nanti,nak try la naik ,4 jam jer nak balik peghelih.heaven.RM 80 per journey kira ok la tu.sebab kalau balik drive pun,dah almost RM400 untuk minyak and toll.

Semalam tengok dalam fridge ada ikan siakap and ikan merah sekeping.harini nak clearkan fridge,so nak masak siakap kukus lemon and ikan merah tu nak goreng ja.just beli sayur jer kot kat cafe.atau kerabu.nak makan beria pun tak sangat la,dah hujung ramadhan dah ni.duk teringat nak balik kg jer ni.




Haritu berbuka dekat Homst,order siakap lemon kukus ni.sedappp.so,nak tiru buat macam ni.dia just letak bawang putih,merah and lemon.itu pun dah sedap.kukus dalam periuk ajaib tu,in 15 mins dah masak elok.sekarang ni,kukus pesen baru,letak air bagi banyak,lepas tu biarkan la mendidih,kalau nak ikut dah serupa nak buat sup pun ada jugak kan :).




On saturday,tetiba teringin nak moreh kat luaq.since eryna still small,i tak dapat la g masjid.alhamdulillah,dapat la buat terawikh sendiri,8 rakaat pun jadi lah.better than last year,rasa nya macam tak buat ja terawikh.hmmm,..ruginya kan.alhamdulillah, tahun ni Dia mudahkan.

Dalam pukul 930 pm macam tu,ajak hasben g zawara coffee bukit jelutong.asyik tengok update kat IG ja,why not we try.lagipun tak la jauh dari rumah.plus suka tengok rumah orang kaya kat situ.best ja dok situ.tenang.damai.dulu-dulu rajin jugak jalan-jalan cari pasal tengok rumah-rumah lawa kat situ.mana tau kot terkenan dapat sebijik nanti.berangan kan free :).




Nice deco.lokasi tak jauh dari masjid bukit jelutong.waze jer,confirm jumpa.dari jauh orang dah ramai.mostly yang balik terawikh.dekat dalam luas,so dapat jer tempat duduk even though orang ramai.bangga pulak tengok kedai anak melayu maju cenggini.




Antara menu.order yang ringan ja.teringin latte dah lama sangat tak minum.pastu,antara sebab,depa ada churros.memang nak try ni la actually.terlupa pulak,lagi satu specialty adalah buffalo chic wing.dah balik baru teringat nak order yang ni.nampak nya kena la repeat lagi nanti.




Order churros with caramel dip.untuk santai-santai,best lepak sini.cuma malam tu,agak crowded so dah serupa majlis berbuka puasa pun ada jugak.tak dapat nak lama-lama.bagi laluan kat orang lain pulak.sian ada yang bawak mak ayah yang duduk atas wheel chair.hmmm..dah la tempat sesak,sian tengok..huhuhu..




Budak ni,dah dapat churros,tak pandang kiri kanan dah.3 ketui dia makan sorang.dalam box tu,ada la dalam 10 ketui churros kot.harga RM10.ok la,and depa takdak GST.

Overall,best lepak sini.food wise,kena datang lagi.ada yang kata sandwishes dia sedap.so harus la repeat.lagipun tempat luas.syok la eryna berlari dalam tu.

Update hari ini , saya mengucapkan :

Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Semoga selamat sampai ke destinasi.
Jumpa lagi minggu depan.behehehehe.

xoxo.


Wednesday, July 8, 2015

Cepatnya dah nak raya

As salam.

Lebih kurang 9 hari jer lagi nak raya.cepatttt nya masa berlalu.kalau waktu sekolah dulu,rasa lambat ja masa berjalan.tak sabaq nak beraya.tak sabaq nak kutip duit raya.
I ni jarang nak beraya rumah orang,be it rumah sedara-mara atau kawan-kawan.sedara pun tak la jauh mana sangat pun.selalu tu,kalau tak kena paksa,memang harapan la.only after dah besar,dah kahwin ni baru la rajin berjalan raya.

Teingat pulak zaman budak-budak dulu,i ikut kakak beraya,memang giller jauh punya beraya ni.naik beskal ja ,atau gerek orang utagha panggei.kayuh la gerek serata kampung kutip duit raya.last-last agaknya dah penat berkayuh,siap tanggal kain,pakai baju ja weh p beraya..selekeh yang hamat T________T.

Dekat kampung ni,still ada budak-budak datang beraya.awal pagi dah bagi salam,siap dah sound,kami nak duit ja.takmau makan.amboi kau,banyak cantikkkk.sebelum dapat duit,selalu kami adik beradik buli dulu budak-budak ni.paksa jugak depa makan/minum.apa lagi lajuuu ja bebudak ni sumbat.maklum la nak kejar rumah orang lain pulak kan.

Ada sekali tu,setiap sorang kami bagi duit raya kat budak-budak ni.imagine,satu budak dapat dalam 5 sampul.elok ja tak lama lepas depa keluar rumah,tetiba segorombolan budak serbu.hahahah.
Ni mesti depa tukar info ni.ala-ala bagitau kawan-kawan," weh,umah situ bagi 5 sampul wei".mau dalam tu ada 2 hengget,tak ke satu rumah dah dapat 10 hengget.

Lepas tu,apa lagi,sampul duit raya di limitkan.yang lawak tu,bila dah jadi macam tu,time nak bagi duit raya nanti kami masing-masing tanya,"eh,sapa nak bagi duit ni" adoyaiiii sabaq jer la.apa-apa pun,memang unik raya kat malaysia ni.tu belum lagi kena komplen bagi singgit jer dalam sampul.demand sangatt.zaman dulu,dapat duit syiling pun dah suka,janji baju vogue :)

Eh,tetiba citer pasal raya.actually,nak cakap,tahun ni raya sekejap sangat.start cuti rabu ( 14/7 ) sampai la 21/7.baru ja planned nak amik seminggu tapi tak dapat sebab ada software penting nak kena settle before 1/8.adoi benci la kan.dah la 23/7 tu anniversary..nampak nya sambut kat opis ja la.maybe have to plan something on the weekend.T______T.


Eh,tetiba ada gambaq ni dalam folder.time ni sambutan raya kat opis.first opis masa start keja dulu.lepas tu,dah takdak merasa suasana meriah sambut raya di opis sebab nya lepas kerja co ni,i join sunway yang of crosss ramai cina,waktu CNY meriah laaa...pastu i join co lama yang ramai delegates and expat..banyak mat salleh,sooo kami pakat-pakat sesama local staff la buat pot luck.



Raya tahun lepas.baju recycle dari kenduri bro in law.tahun ni baju recycle my sister pulak kawin.jimat kos.baju eryna nak pakai beraya tak beli lagi.tengok la hujung minggu ni kalau rajin meredah lautan manusia.kalau tak,pakai jer la.dia punya baju asik beli ja tak kira waktu :).



Wajah yang dirindui..tak sabaqqq nak jumpa depa aih..dapat la buka puasa sekali rumah ayah,sekali lagi rumah pak mentua.raya kali ni turn belah hasben.kalau dapat solat raya,maka tahun ni pertama kali sembahyang raya.mujur la rumah parents and in law tak jauh.pagi kat rumah in law,agak-agak petang sikit,harus la terjah balik rumah mak.lagipun rumah in law tu sunyi tahun ni.bro in law balik beraya rumah mentua,mesti eryna boring nanti.kekekeke..alasan sangat kannnnn...


Baju raya tempah haritu harap dapat la siap minggu ni.makalau tidak,pakai jer blouse pakai kenduri haritu.hahaha,patutnya pakai baju ni la,tapi kan haritu dok ingat pregnant,so tak jadi la buat baju kurung sebab satgi rugi pulak ikut size pregnant.sekali,tak dak rezeki lagi,tu yang baru nak hantar tailor.ni pun gamble ja tempah.hopefully selesa la mamat bangla tu jahitkan.



The joyahsss..geng wajib jumpa.kawan-kawan masa sekolah form 5 ni.nama group zig-zag.gangster paradise sangat nama group.geng kepala ting tong.muka ni la yang tiap tahun tak jemu jumpa.time raya jer la dapat jumpa.time lain tu kalau ada masa,ada la jumpa.winduuuuu..

Ok,back to work.petang ni berbuka as usual ,lauk cafe.

xoxo.


Tuesday, July 7, 2015

Eryna dah 3 tahun ,18 Ramadhan :)

As salam.

18 Ramadhan,bulan islam,hari lahir eryna,atau nama betul Farah Eryna.ramai orang yang baru tau nama penuh dia cakap,'lah..ingatkan nama eryna saja'..sebab biasa panggil eryna,so ada one times,she didn't respond when we called her farah.so,since that day,i biasakan panggil nama penuh and now she knows well her full name.dia sebut 'ayah ei-na'..pelat gitew..



Day 2 when you got admitted after your delivery due to some complication..sobs..sobs..kalau ingat balik,macam tak mau ingat jugak la.sebab agak drama jugak kes nya.kalau ada yang baca pasal viral epidural tu,that was the same thing happened to me.high dose epidural,which lead to has no feeling at all..so tak rasa sakit and tak tau how nak teran.after some time,bila doc decided to emergency czer,kuasa tuhan,you were already out from my womb but not crying.sebab lemas,so kena oxygen.alhamdulillah,Allah maha besar,dia beri peluang untuk eryna terus sihat bersama kami.tak sampai 24 hours,you breath on your own and has to stay for 5 days to complete antibiotics.

5 hari ulang alik p hospital,jumpa lagi ramai insan yang kurang bernasib baik.ada yang anak kena stayed for almost 2 months sebab pre-matured ,ada yang anak kena jantung berlubang and macam-macam lagi.just feel really bersyukur,sekurang nya eryna sihat alhamdulillah,even though masa awal tu sangat mencabar keimanan ,apatah lagi mama yang tengah berpantang.hari-hari perah susu,hantar g hospital.takut tak cukup,alhamdulillah jugak,Dia bagi banyak sampai berlebih bawak balik rumah.



The day when you get back to my arms.masa lahir dah 3.8 kg,memang nampak serupa dah abis pantang.hehehe.pipi gemok.semua demoks demoks.syok peluk dia tu..eiii geram.rambut masa lahir,lebat,tapi,elok ja cukur after akikah,punya la bercinta rambut nak naik.tu yang sampai la ni,dok macam tu ja rambut.T_______T.



First time demam at age of 4 months.rupanya nak tumbuh gigi.tu,lengan tu,orang panggil 'katam tebu'..demox sangat.berat pun naik setiap bulan 1kg++ .tapi paed kata tak obes sebab minum susu ibu.kalau susu formula mungkin dah kena warn obes.hewhew..

Masa ni otw nak balik kg,demam makin tinggi,so terus divert ke kpj penang.masuk ubat bontot,suhu turun,baru gerak balik.nervous la masa ni.



Your 1st birthday, 07082013.kebetulan jatuh pada hari pertama hari raya.celebrate dengan sedara mara.mak tok order nasi beriani,gulai kambing dengan dalca.kek tu beli kat secret recipe ja.sebab nya kek yang tempah awal sebelum tu,boleh pulak ada silap paham dengan bakery tu.so,malas nak bertekak,beli ja yang baru.masa ni,tak pandai tiup lagi pun.



Second birthday buat advance sebab ramai sedara and cousins kat kampung.time raya jugak ni.patutnya birthday on the weekend,so sambut awai 3 hari.supaya eryna seronok kumpul ramai-ramai.paling meriah sebab cousins ramaiiii and sedara mara mai tak putus.alhamdulillah..



On your 3rd birthday.tapi,kali ni buat kelainan pulak.sambut bulan islam.hehehe.
Sebab 0708 nanti saja nak buat dekat taska.she might not understand the meaning of celebration,tapi,dia excited tang nak tiup lilin tu ja.dah la,dekat skool boleh dikatakan ,tiap minggu bawak balik goodies bag besday kawan-kawan.mesti dia teringin jugak nak tiup lilin tu.

Kek mickey mouse tu beli kat kedai bakery dekat rumah.sedap..moist choc cake,her favourite.kebetulan pulak ada design mickey.mula-mula tu ingat nak beli kek upin-ipin,tapi saja beli mickey minnie,nampak la girly sikit.hehehehehe....




Birthday girl malu-malu.dia tergamam masa ni.terloncat-loncat masa mama bawak kek ni.ehehehe.patut time tu la rakam video biar dia tengok bila dah besar nanti.tak sabar nak tiup lilin jer tu.tak abis-abis..mickey..mickey dia jerit.

Tu kat tangan robocar poli,sekarang ni,tengah dok syok kartun tu pulak.dengan mama sekali kenal karakter tu.yang merah tu nama dia Roy.dalam team Robocar tu ,ada 4 jenis.poli,amber,heli and roy.bagus gak kartun tu sebab tema dia menolong orang and persahabatan.dari korea kartun tu,di alih bahasa.tengok la kat ceria 611.ahaks :)





The happiest person ever.sengih sampai telinga.how fun to be a kid kan.they don't ask for expensive price,apa kita bagi,depa suka ja.macam mainan tu,sekarang ni,main sebat kat uptown jer.kecuali lego ja yang original.i memang tak beli la mahal-mahal ni sebab budak ni kang dia main sepah ja.bila dah pandai hargai barang,baru la boleh beli yang berkualiti sikit.




Lepas tiup lilin,nak potong kek pulak.i guess she observed well dekat taska.kesian anak mama mesti dok teringin kan.insya allah,next month kita celebrate dekat skool ok.

I remembered during my time,mak used to bake a cake,lepas tu bawak p sekolah makan dengan kawan-kawan.cuma,time tu,takdak la gambaq buat kenangan.cuma memori di ingatan saja.semoga eryna membesar menjadi anak yang solehah dan pintar.menjaga maruah diri sebagai muslimah dan baik akhlak nya.dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.ameen...

Many many many more years to come.

Xoxo.

Monday, July 6, 2015

Iftar di Marc Residence

As salam.

Rasanya tahun ni,macam boleh kira ja berapa kali masak.hewhew.tahun lepas tu boleh kira pulak berapa kali beli.kalau beli pun,kuih ja kot.tapi,tahun ni,roh nak masak tu agak tak berapa sangat la.

Masa start puasa hari tu,lebih kurang 2 minggu kot baru lepas miscarriage.bukan la tak boleh masak pun,tapi saja nak manjakan diri.nak rest.sebab kalau masak,membasuh segala,nanti letih yang amatttt bila malam.end up terawikh pun macam mamai-mamai.dah tu,nak p kerja pulak.so,tak nak burden diri sendiri,masak bila rasa macam badan kata,ok,harini boleh masak.

Some more,masak untuk berdua jer,mek tu makan nasik kosong jer malam.maybe sebab kat taska dah makan nasi awal before balik,so dia macam main-main jer la kat rumah.kat cafe pun lauk pauk sedap and berpatutan,so saya pilih beli.kalau beli bahan mentah pun,kira-kira balik,kos sama jer.silap-silap lagi mahal sebab nak kena beli bahan-bahan tu ingat murah ka. GST ok GST.lain la kalau masak nasik goreng timun..eh....kat cafe ni,nasi tomato ayam masak merah lengkap acar,kuah dalca baru RM7.dah la ayam besar,so baik la i beli jer.sebab kami dapat staff diskaun,tu yang murah sikit.kalau orang luar,kena jugak bayar dalam RM13 ke berapa ntah.itu pun dah naik 6% sebab GST.pfttttttt..duluuuuu lagi murah.i hate GST.i hate J888y.ehhhhhh.

Ok dah..dah..pepagi dah naik amarah.not good.not good.
Btw,sabtu haritu,g berbuka ngan ex-colleague di kl.one of my ex-colleague ni orang indonesia,bulan sept ni dia dah nak balik for good.so,dia ajak jumpa.and since i memang payah la nak lepak kat luar bawak budak ni,dia suggest datang rumah dia.sebelum ni,dia stay somewhere near Intermark,kali ni dia tukar kat Marc Residence nearby klcc.

Jumaat malam tu,eryna macam demam sikit.check suhu dah almost 40 c,terus letak ubat bontot.pagi tu dah ok sikit.nak kansel,tapi macam tak best la sebab dah janji.nanti entah bila pulak nak jumpa lagi.pagi tu masa bawak eryna g servis keta,ada la sikit temp dia naik,dalam 38 c camtu,tapi tengok dia aktif ja,ok lah kita g jugak la.

Hasben drop kitaorang kat situ,and dia pepandai la p bawak diri,beli baju raya ka apa ka.
Syok jugak kat sini sebab ada tempat nak lepak makan and agak privacy.guard pun ramai.abis tu,sewa pun dah 6k sebulan,takkan tak privacy kan...


Budak ni kan,sebelum pergi tu,dah tanya,nak swim tak.sebab nak bawak suit dia la.pastu dia kata,tak nak swim.so tak ler bawak baju swim tu.sekali ha,sampai sana,cannot tahan,terus lencun dia main ayaq.mujur la ada bawak baju extra.i memang so far,kalau keluar,tak pernah lagi la tinggal barang penting macam pampers and baju extra.itu wajibul kot.kalau keluar seharian.,packing dah serupa orang nak p holiday.




Budak arab ni dok ajak eryna main.tapi,dia tak minat.eryna ni jenis lambat panas.dia took time nak join orang.budak ni pulak terlebih peramah,so dia ikut ja mana eryna p.ingatkan maid sorang tu,dok jaga dia.rupanya maid tu jaga budak lain.dia kata,budak ni datang ngan kakak dia.and now kakak dia sedap swim,tinggal adik dia sensorang.orang arab ni kan,selaluuuu i jumpa jenis yang main selamba kodok jer tinggal anak-anak depa.ada one times tu,budak ni dah dok intai adult pool tu.adoi,menyirap pulak kiter tau.kot nya jatuh,tak ke naya.kakak dia pun budak lagi,bukan dia kisah adik dia.





KLCCcccccccc kebanggaan kuuuu...hmm tengok klcc ni,sayu jer rasa.dengan bermacam skandal and sandiwara yang kita tengah hadapi,sebak lak tengok klcc ni...motip ???




Kacang pool and sup tulang merah ,munie bawak.abang si munie ni menjual di pasar ramadan,so dia order kat abang dia jer.first time makan kacang pool.not bad,cicah dengan roti.rasa macam herba sikit eh ? sup tulang merah tu,semangat ketuk-ketuk isi.hehehehehe.dah lama tak pekena kambing since pantang haritu..




Kfc ,si farida ,the host yang beli.siap masak nasi putih.banyak lak tu dia beli.macam nak makan sepoloh orang.padahal kami berempat jer.farida ada jemput kawan dia jugak lagi sorang,fatiha.eryna ada la kawan,sebab fatiha bawak anak dia sama.baya eryna jugak cuma beza bulan ja.

I olls datang berlenggang jer.mula-mula ingat nak buat puding,tapi si farida pun dah masak jelly sampai 2 bekas.pastu dah berlebih-lebih tak habis.kan dah membaziaqqqq.




Baru berbaik-baik.masa awal sampai tu,eryna ter tanjat sebab si muiz tiba-tiba datang kiss.ahahaha.pastu nak datang peluk.terus la eryna lari..kahkah.so funny.lamaaa sikit baru dia nak kawan.fobia ku dalam bahaya T____T.




Suka la kat sini.tenang jer.boleh gak nak ber bbq.maybe sebelum farida balik nanti,gathering lagi sekali and bbq sekali.time ni,boleh la join mandi pool.maklum la,haritu kan puasa,kang ada yang batal posa terjun kolam.



Nak amik gambaq klcc tu,tapi tak nampak pulak.lagipun dah nak dekat waktu berbuka masa ni.pelik jugak,walaupun ,masjid klcc kat sebelah jer,tapi tak dengar waktu azan.hmmm.



Tu ha,klcc.so,abaikan gambar gelap tu.janji klcc nampak.cantikkkkkk.



Galak bersembang.tapi,kejap jer kat bawah sebab munie nak g terawikh.so,naik atas,kami sambung sembang kat atas la pulak.fatiha pulak kena balik sebab dia stay kat nilai,nanti lambat pulak sampai.pastu,ada kawan depa singgah mai.that guy nak balik ke geneva,so depa nak lepak ramai-ramai.i pulak,almost 11 pm baru balik.si hasben tu seronok la sopink sensorang kat sogo tu.pastu jalan boleh tahan jem.dah serupa nak balik raya dah.orang shopping raya lettew.rasa nya minggu ni lagi jem kot.mujur la kami recycle baru raya yang kenduri haritu.tinggal baju eryna tak beli lagi.sebab dia tu,semua baju takmau.nak pakai kalau ada gambaq robocar poli,boboi boy,frozen atau mickey.usha online jer la senang.nak p mall macam tak sanggup.

So,petang ni,berbuka macam biasa,beli kat cafe.sebab lauk dalam fridge tinggal siakap sekoq.sebab haritu dah makan siakap,tunggu la hujung minggu ni baru masak siakap balik.

xoxo.


Wednesday, July 1, 2015

Mitsui outlet dan nasi arab sanaa cyberjaya

As salam.


Semalam,teringin pulak nak makan meatball ikea,so tak beli apa-apa kat cafe opis.dah siap planned,sahur nanti makan roti ja cicah daging dendeng yang bawak balik masa kenduri haritu.sekarang ni,sahur makan mudah-mudah ja.nasi tu macam seminggu sekali ja kot makan.wajib amik kurma,insya allah mesti bertenaga and tak lapaq.

Ingatkan pegi weekdays tak ramai,silap percaturan la tak ramai.berebut meja okeh.cuma under kontrol la,kiranya kalau terdesak sangat,nak dekat buka tu,sempat lagi p kedai lain ja.kalau weekend,jawabnya minum ayaq,solat dulu and baru la cari kedai mana yang kosong.gitu.

Btw,nak cerita pasal benda lain,tiba-tiba masuk bab buka puasa pulak.
Ada satu hari tu,oh ya,weekend yang p melaka tu,on the way back to kami singgah Mitsui Outlet Park.alang-alang kan.kalau nak ikut p sana,rasa macam tak p kot.jauh sangat.unless ada nak p airport tu boleh la nak menyinggah.



Panas berdengung.sampai dalam pukul 2 petang.boleh tahan ramai jugak orang.niat tu sambil cuci mata kalau ada yang berkenan macam baju budak tu,nak la jugak beli.sebab masa p JPO haritu,tak puas masuk cotton on kids tu.gitulah harapannya.



Masuk tengok,tu dia...orang queue panjang kat Nike.ada sales kata nya.panjang tu dari entrance sampai ke butik Nike.gillos.apa yang best sangat tak tau la.kalau beratur lama-lama,pastu tak beli apa-apa,baik la tak payah.buang masa sangat.

So far,tak best sangat sebab masa kami p,tak banyak kedai bukak.tak nampak kelibat cotton on,coach ka,michael kors ka.macam banyak brand local.bagus jugak sebab boleh la promote local product but sadly harga tak la murah pun.kalau p factory outlet usa tu,local brand memang sangat-sangat murah.tapi,kita ni....hmmm..

Sampai-sampai ja,tukar pampers budak kenteng tu,tanki dah penuh.so,p baby room settlekan dia dulu.surau pun ada,quite ok.kalau ramai-ramai,macam tak berapa muat kot.



Budak ni bosan sebab masa ni saja la join queue kat hush puppies,katanya sales best.sekali beratur nak 15 mins,masuk sekali 2 orang ja.2 masuk,2 kuar.apakah weiiii..line dah la pendek.poyo giller,macam kan kita nak amik pulak barang depa.pakcik kat depan tu dah bising,.siap perli-perli.dia kata,orang masuk,nak tengok harga ja.bukan nak beli pun.gitu.last-last,aku keluar line g kedai lain.

Takdak berkenan,and tak tau nak beli apa,jom la balik.perut dah lapaq.last makan masa breakfast kat hotel ja.pastu setakat jajan buat kudap dalam kereta.lagipun,tak berapa child friendly la.stroller keta tu takdak.wheel chair je ada.hopefully,depa beli la kereta budak tu untuk sewa.lenguh ooo nak dukung.baya-baya ni bukan mau duduk dalam stroller.




Chak !!! Dah sampai cyberjaya nak makan nasi arab.selalu sangat p saba,so kali kita try sanaa pulak.nama pun dah nak dekat sama.hasben kata sini banyak pilihan and lagi sedap.ya la tu..rasa sama ja nasi arab ni.huhuhu.

Pilih nasi yang takdak kat kedai nasi arab yang lain.nama dia dah lupa.nama tu bawah nama mandi lamb tu.nak cerita tapi semua pun tak ingat.apa daaaaa.....





Ramai pulak orang.dah la lapaq.boleh makan sekoq kambing dah ni.grrrrr..
Waiter pulak agak lemah gemalai di situ.dia tak nampak ka,muka kebuluran dah ni :D.
Sabaq ok sabaq..banyak lagi orang yang tengah kelaparan yer.



Malas dah nak kata apa.buat ja la nak buat apa pun.menari atas meja pun ok gak.




Order arab tea.sedap jugak.ni untuk orang yang graduate ja no.nama tea ni,graduation tea.arab tea basically,teh o pastu letak bunga cengkih.do it yourself pun boleh.



Nasi arab tersebut.comes with cili tomato as usual,lepas tu mintak plain soup,takut tercekik makan takdak kuah ni.nasi tu rasa sama ja dengan nasi arab lain.kambing tu,di grill,so itu ja bezanya.kalau kabsah ka,mandi ka,maghdoud ka,ada la rasa masing-masing.

Sebab lapaq semua pun habis licin.takleh nak pikiaq mana sedap.
Kalau nak try,silakan..hanya di cyberjaya.

Harini buka puasa nak buat sambal tumis teloq hancoq,ayam goreng,kubis masak lemak.dah terliuq pulak time type ni. :)

xoxo..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...