LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, June 30, 2015

Buat facial murah ,and berbuka di klgcc :)

As salam.

Dah lama sangat tak buat facial, so i was thinking to pamper myself. Suddenly,ada terjumpa IG aesthetic doc yang baru bukak saloon dekat alam avenue 2.and tengah having promotion ,RM25 jer untuk 40 mins facial.wah,laju-laju tanya la nak book sabtu.since hasben ada kelas,boleh la menyinggah sana sat.

Saloon spa doc sophia ni share dengan dentist.so,tak akan nampak sign board dari luar.kalau nak senang,waze jer Fiska Boutique,sebab spa ni kat tingkat 2 while Fiska kat tingkat 1.senang ja nak jumpa sebab tepi jalan.kalau dah sampai Alam Avenue tu mesti jumpa.



Mujur la ada tempat untuk budak.patut appointment pukul 11 am,tapi,hasben nak p kelas awal pulak,so watsap la dr sophia cakap nak datang awal dalam pukul 10.konon la,padahal 1030 pagi baru nak hegeh-hegeh cari kat mana tempat.kocoh-kocoh la dr tu datang,sebab dia kena on appointment ja,and she stays nearby.cepat ja datang.nasib doc tu sempoi.



Budak ni bawak menan tu keluar masuk.dah la menan ni yang The Dentist tu punya.huhuhu.cantik la tempat ni.depa pun tengah buat promotion,scalling baru RM50.ingat nak p try la next week.tak batal kan ??? makruh jer kan ?? huhuhu.




Best kan.luas and selesa.first time jumpa dentist mesra family camni.selalu tu takat tempat duduk and tv jer la.macam dr khairuddin kat shah alam tu,selesa jugak cuma takdak la toys segala untuk budak-budak main.

Nampak banner tu ? dalam tu la spa dr sophia tu.baru jer bukak dalam 2 weeks kot.sebab tu ada promotion.and she has her own skincare jugak.best la,sebab facial dia takder nak picit-picit sampai keluaq ayaq mata,ayaq hidung segala.some more doc tu peramah giller,dah serupa kenal lama.siap gosipping lagi ha.si eryna pulak keluar masuk bawak toys.pastu ajak balik sebab dah boring.T____T.

Lepas tu,time nak balik ,tengah dok sembang dengan doc tu pasal skincare (harus la terpengaruh beli sebab facial dia best kot + tengok muka doc tu lawa,skin smooth jer) ,boleh pulak eryna p tuang coffee scrub kat karpet.huwaaa malu mak kau ni wei.mujur la beli skincare set tu khennnnn..doc tu bagi yang baru ganti.hewhew..mujur la dia pun ada anak,memahami la sikit.kalau tak,mesti rasa annoying.lolssss...

Kalau sapa nak try,boleh la check instagram dr.sophia.y.aesthetic.skincare dia pun affordable,and i dah try masuk hari ketiga,puas hati.takder peeling ,soft ja.kalau nak buat treatment lain macam chemical peeling ka,vampire apa entah tu pun boleh.wasap jer dia.cepat ja dia reply.rajin menyembang pulak tu.





Balik dari facial,singgah OU.petang nanti nak berbuka kat klgcc.yang ni memang tradisi,tiap-tiap tahun berbuka sana.my bestie's parent yang belanja,alhamdulillah rezeki jangan ditolak.kami sampai almost 630 pm and parking pun dah nak penuh.

I suka ja klgcc sebab food spread dia banyak (walaupun tak makan semua ) and sedap.worth it la.tu tengah beratur sebab takleh park dalam,so,dok tunggu buggy datang pick up.kalau jalan pun boleh,tapi kot basah ketiak pulak.hohoho.






Sampai sana,dah ada meja reserve.klgcc ni yang best tu,depa banyak sangat space,and kena reserved.sangat senang la,so tak la jadik kes takdak tempat nak makan atau makanan tak cukup.rasa macam satu masa boleh accommodate 500 pax ke lebih entah.or maybe more.

Selalu nya depa takdak letak tempat mainan ni,sekali kali ni ada.ha,memang confirm la budak tu layan kat situ takmau masuk dalam.tensi la,dah tak boleh nak bersembang dengan my fren tu.hmmm..kena dating lagi la cenggini.tak puas borak.

Tu,yang pompuan pink duk cangkung tu kan,rupanya dia dok jaga anak hunny madu.ada one time,lepas dah makan,hunny tu ajak anak dia,sama sepesen eryna,meraung la ajak balik.memang dilema mak-mak betul la.



Playground berhantu.mula-mula eryna ja dengan budak tu main.lepas tu,haaaa penuh budak-budak.depa letak meja kat luar,last-last makan kat situ jer sambil tengok.dah la,waktu g amik food tu,bapak eryna ni boleh lak dok ralit main game,si eryna ni dah g terjun kolam.hadoiiiii..pening weh.. T_______T.




Dah macam kenduri pandangan dari atas.sapa dok area sini crowded sikit.kami dok kat dalam,ada ekon.tapi,tulah tak merasa pun ekon sebab last-last kena duduk luar gak kat playground.pfftttt.panas pulak tu sebab belakang tu depa dok mengipas sate and goreng apa ntah.dah serupa aku yang makcik goreng tu.




Food stalls banyakkkk.food pun banyakkkk.name it ja apa korang nak.ada kambing bakar,lidah bakar,ikan bakar,segala jenis mee,yong tau foo,nasi tomato,beriani,nasi ayam,nasi kukus,stall goreng cucur,segala kuih-muih,abc,cendol,buah..eh..macam-macam la.dim sum pun ada.



Andddd,aku makan ni ja.dan lagi sepiring kecik lobak goreng.tak mampu nak makan banyak-banyak.seriously.teh tarik minum 2 gelas.sedapppp.pastu kopi.perut penuh ayaq jer la.rugi kan datang buffet banyak tu ja makan.dah tahap nak terkeluar balik,so better stop.eryna makan satay 4 cucuk.



Tak sure sebab lighting ke apa.one day after the facial and lepas guna skincare doc sophia.i likeeee.takdak naik jerawat kecik atau macam ruam.tandanya skin i boleh tolerate la dengan produk ni.kalau tak serasi,takyah tunggu lama,sehari je,terus naik ruam.moga istiqamah la pakai produk ni,malas nak tukar skincare lagi dah.

Nak buka apa hari ni ?? rasa macam nak p ikea la.weekdays tak ramai sangat kot.

Xoxo.


Monday, June 29, 2015

Tragedi Ramadhan yang semua orang tak akan lupa

As salam.

Bulan Ramadhan ni,ada satu benda jugak yang tetiba terkenang.tambahan kalau dengar lagi Ramadhan - Maher Zain tu.teruih rasa sebak and sayu.





Rasa-rasanya ,semua orang pun tak akan lupa tragedi MH 17.waktu Ramadhan lah tragedi tu berlaku.allahu , semoga mereka semua tenang di sana.hampir setahun ,cepat nya masa berlalu.sedih nya sebab most of the passenger yang Muslim ,memang planned nak balik beraya.

Ingat lagi,tahun lepas masa tu almost 12 am,dekat grup wasap,dah kecoh pasal tragedi,i masa tu,tengah tidurkan eryna.so,memang la tak tengok tv masa tu.terus bangkit ,buka awani,masa tu depa dah sahkan MH 17 ditembak jatuh.terus dup dap dup dap ,call ayah.dah la masa tu,ayah tengah tidoq,ya lah dah pukul 12 tengah malam.dia pun macam blur bila i bagitau.'ayah, kapal mas kena tembak jatuh ni,call paksu '..paksu tu adik ayah yang bongsu,captain mas,dah service almost 25+ years dah.dan anak dia yang sulung pun sama pilot mas.

Mesti la kita berdebar.everytime ada news pasal kapal mas,mesti cepat-cepat call paksu.ayah i pun call paksu tapi masa tu phone tak dapat get through.lagi berdebar kan.macam-macam di fikiran.lepas tu dapat return call,paksu baru landed kat Jeddah and dia pun baru jer dapat tau.

Selalunya ,kalau dia baru landed,ambik masa sikit la nak return call,tapi ni dia terus call,maybe dah dapat agak takut kami risau.walaupun bersyukur, Allah panjangkan umur paksu dan anak dia, tapi kami tetap bersimpati dan rasa sedih.bayangkan kalau terjadi kepada keluarga kita atau orang yang kita kenal.kita tak kenal pun dah tak mampu nak bendung kesedihan tu,apatah lagi keluarga mangsa.perginya pula dengan cara yang begini.satu dunia ingat tragedi mas.

Being as pilot,kata paksu that's the risk that u have to take,.kalau dah ajal,di mana-mana pun berlaku.untuk paksu and my cousin tu,of course la,pilot terlibat kawan depa.mesti dapat rasakan kesedihan itu.terbayang co-pilot yang ada anak kecik baya eryna tu.semoga anak syurga itu dapat jaga emak dia baik-baik.begitu juga captain yang berasal dari perak tu.semoga anak-anak mangsa tragedi menjadi anak soleh/solehah yang mendoakan bapa/ibu mereka di sana.untuk semua la,anak-anak kapal,penumpang baik beragama Islam atau tidak,kita doakan semoga mereka bahagia dan tenang di sana.

Ada satu family yang 5 sekeluarga,yang kahwin dengan aussie tu,is my ex-colleague's sister.i was told, kakak dia dah lama tak balik malaysia,and memang balik nak beraya tu sebab nak jumpa sedara mara but, Allah maha besar, perancangan NYA tentu lebih baik.

Paling syahdu,tarikh 1707 tahun ni,jatuh pada hari raya pertama.semoga keluarga mangsa tabah melalui dugaan dan redha.nak cakap senang, yang melaluinya mesti sangat perit.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah untuk semua mangsa MH 17 dan MH 370.

Xoxo.

Friday, June 26, 2015

Kahwin adik

As salam.

Takdak post makanan hari ni sebab asyik tayang lauk beli ja.
Harini insya allah nak masak kurma ayam tiru dari blog filla ,pastu nak goreng ikan merah sebab tengok blog sue.baru teringat dalam fridge ada ayam 2 pek yang dah diasing, ikan merah seketui and ikan siakap sekoq.boleh la buat berbuka.muak jugak asyik beli kat cafe.mungkin nak usya kuih muih jer kot.

Semalam dok teringin kuih cara hijau tu,takdak kat pasar.ke habis tak tau la sebab hasben p lambat.
Terliuq teringat kuih cara haritu masa kat umah mentua,mak buat punya la banyak.pulun makan panas-panas,.yums...balik nanti nak ajak buat la.cehhh ajak la sangat,padahal order nak makan ja.hewhewhew *menantu hantu*.

Btw, ada gambar lebihan masa my sis kahwin haritu.so,tinggal lagi si bujang tu belum ada jodoh nak kawin.ingatkan nak sekali harung,tapi miss right belum muncul,dahulukan la sapa yang dah gatal nak kawin tu..hehehehe.





Miss tres hermanas :D.kami enam beradik, empat pompuan,2 laki.belah kanan kakak no 2, yang perantin tu adik bongsu.kakak sulong entah p mana.mungkin tengah ligan ( kejar ) anak-anak dia yang suka buat onar kat rumah tok T________T.

Yang belah kiri paling cun.kahkah.tu tengah dokong budak tu.gerammmm jer takmau pakai dress tu.mengamuk sepanjang pagi nak pakai baju boboiboy.haru betul la.masa ni,dah la dalam pantang la ni..baru 2 hari lepas g jumpa doc tu.patutnya tak leh dokong la,tapi nak amik gambaq punya pasai,dokong jer la..




Our special guest.ketibaan diiringi hujan yang sangat lebat.like seriously lebat sangat.sebelum tu,dok komplen,panas la apa la.sekali,hah amik hujan lebat and pak lang harun pun sampai.actually, bukan time dia balik kampung pun,tapi ada ceramah kat penang,so beliau singgah perlis dulu dengan menantu yang no 3 kot.memang datang straight dari key ell,lepas tu akan singgah penang and balik semula ke key ell.masa kenduri i olls dulu,rasa nya pak lang tak berapa sihat,baru lepas operation kat IJN.alhamdulillah,nampak sihat.last jumpa masa kenduri anak bongsu kat bangi.




Family photo ramai-ramai.tumpang kamera orang ja.sibuk layan tetamu malas nak pegang phone.tak lama la hujan,dalam 30 mins berhenti and cuaca elok balik.tetamu pun start ramai masa ni.anggaran jemputan dalam 1000 orang jugak la.kenduri buat kat rumah sendiri senang,nak panggil jemputan ikut bajet kita.and takdak protokol.

Antara menu :

Nasi tomato and nasi putih
Gulai kambing
Daging dendeng
Ayam goreng berempah
Acar sayur
Ikan masin

Kuih-muih :

Roti jala
Kuih sagu
Candies
Cucur badak

Teh tarik and air oren.

Semua makanan habis dan tak membazir ,alhamdulillah.lebihan yang ada tu,untuk kami ulang makan.paling win mesti la daging dendeng.sedapppp.siap simpan untuk bawak balik tapau.haritu makan waktu sahur,memang ngam ho.ada lagi sikit kuah dia,boleh buat cicah lagi.



Pengantin dengan kawan-kawan dia.ramai jugak yang mai.kira antara yang terawal kawin kot batch dia ni.sebab tengok yang bawak anak and dah kawin dalam dua orang kot.yang lain semua single lagi.available ke tak,macam tak sure.hehe.



Gambar kat rumah pengantin lelaki.time ni,dah sudah makan.kami tak cuti lama.patutnya selasa baru balik,tapi habis kenduri kat rumah adik ipaq tu ( isnin ),terus straight balik key ell.sebab nak g jumpa dr ratna untuk scan and apply mc.

Raya kali ni tak dapat cuti lama pulak.apply 7 hari ,tapi dapat 4 hari ja.hari rabu dah kena masuk opis balik sebab ada urgent pasal software baru nak kena run.huhuhu.eryna pulak ,boss suruh bawak datang opis jer.sebab i bagitau,takdak sapa  nak jaga since taska tutup dari 15 -24 .siap la hampa tak jaga anak aku.sebab dia ni cepat bosan.dulu bawak p opis,asyik ajak balik jer.tak leh nak buat kerja pun...depa kata,takpa ramai nak tolong jaga.ok,will seeee.......

xoxo.




Thursday, June 25, 2015

Lauk berbuka dan sahur sama ja.

As salam.

E-mail outlook down,jadi tak dapat nak baca e-mail office,marilah update blog kejap.

Semalam,finally dapat makan ayam panggang sedap tu.correction : bukan ayam golek,tapi ayam penggang.hahaha.macam mana la boleh terfikir ayam golek.kalau golek dia macam roller kan.ni dah sah brader tu panggang mendatar.gitew.





Bukan main banyak pulak lauk semalam.selalu memang 2 jenis ja.tambahan lauk ketiga tu macam teloq dadar atau teloq masin.semalam tu,nampak banyak sebab sotong tu actually untuk sahur semalam yang terbabas tu.tak nak membazir,so simpan dalam fridge and heat up.

I beli kat cafe cuma sup kambing ,udang butter ( sahur ) and gado-gado.pastu my bro watsap kata dia nak datang,so suruh dia tambah lauk.tu yang request belikan ayam panggang tu.mujur dia jumpa jugak sebab dia tak pernah p lagi pasar ramadhan uptown tu.ayam panggang tu pun actually hasben la bagitau,dia nampak brader tu baru start menjual minggu ni.alang-alang orang nak belanja,so kita pau dia ayam panggang sekoq.baru RM18,murah la sebab ayam mentah,sekoq pun dah RM18-RM20.yang ni,dah siap panggang,ada extra sos dia buat sendiri and yang penting sedap baru RM18.sampai ke sahur la makan.

Tugas beli kuih bagi kat hasben.dia beli roti john,air tebu and somtam.popia tu my bro yang belikan.sampai ke tengah malam la pakat ulang makan.eryna suka pulak roti john,so lepas ni boleh la belikan ,sebab ada orang nak makan.kalau tak kami berdua makan,tak habis.





Sahur tadi ulang makan ja.ayam tu ,dah ke sahur,heat up balik pun still moist.selera pulak pagi ni makan sahur.sup kambing sedap,udang butter sedap dan besaq,somtam semalam ( i tak makan sebab pantang ) and tambah teloq masin.licin semua kecuali teloq masin tu ada balance sebelah.so,jangan membazir,simpan dalam fridge nanti heat up.

Alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa kan.sekejap nya masa berlalu.nanti lagi 2 minggu kerja,dah nak cuti.i amik cuti lama jugak sebab sekolah eryna tutup seminggu after raya.dah sama macam cuti sekolah dah.tapi,memang dah tau since register lagi.taska tutup masa raya puasa 5 hari,raya haji 3 hari.mujur la cuti ada banyak lagi..

Nak berbuka apa hari ni ek ?soalan takleh tanya kat FB,nanti tiba-tiba ada orang share,jangan menunjuk makanan,kesian orang susah.jangan sibuk pasal makanan ,nanti bla bla.jadi,tayang kat sini jer la.heheheehe.

xoxo.

Wednesday, June 24, 2015

Berpantang lepas miscarriage

As salam.

Sambungan dari sini and sini .
I start pantang since first day miscarriage.maksudnya belum d&c lagi,dah start pantang.maksud nya tak minum ais,and makan yang grill atau sup sajer.i memang suka pantang.for me,its healthy.selama ni asyik makan yang bukan-bukan.its take only 30 -44 days to pantang.come on weh,tak kan la tak boleh skip sekejap kan.

Sebab tu bila i terbaca or ada yang komen,dia suffer waktu pantang,i senyum jer.ingat macam ni,badan tu nak guna lama.kalau sakit sendiri tanggung yer.masa pantang bersalin dulu,i memang buat betul-betul.laksa,pulut,mee i makan only after 1 year.bertungku ,bengkung until 50-60 days la jugak.pantang makan pun lebih 44 hari.pantang suami 100 hari.ehhhh :).

Ada banyak dishes yang sedap time pantang.jangan la paksa diri makan ikan bilis jer weh.buat la masakan yang sedap.contoh ,siakap stim halia,tenggiri bakar lawan dengan sayur air,bawal putih masak singgang ke,and macam2 lagi la jenis.i suka jer lauk macam ni.tak jemu sebab kita selang-selang.make sure lauk banyak,nasi putih tu cukup la mangkuk kecik besar cawan tu.ratah lauk la best.




Ni menu i masa pantang sendiri.ikan tenggiri bakar ,letak lada hitam pastu grill dalam kuali ajaib tu.meamang ajaib bak hang,sebab dalam 10 mins dah masak elok.sayur tu buat kuah jer.sedap makan dengan nasi panas.nasi tu pun i letak lada hitam banyak.maklum la,baby takdak,so takdak sapa yang bakal tercirit.kalau pantang bersalin tu,kena control la sikit yer.kesian baby nanti panas,cirit pulak dier.

Orang yang pantang gugur ni,depend jugak,kalau gugur less than 12 weeks,pantang la dalam 30 hari.kalau 12 weeks ke atas tu,di sarankan 44 -60 hari,tiada paksaan,again,badan sendiri kan.pantang angkat benda berat,pantang makan-minum,pantang bersama suami.tak ler payah pun yer tak ( laki jer yang payah kot.hahahaha )...




Ada time beli jer sup ayam atau sup daging.ni sup ayam kampung.kalau ayam bandar,mak tak berapa bagi makan takut gatal.kalau ayam kampung takper.sedap ayam kampung ni.sup dia pun depa letak banyak bawang and lada hitam.pastu lauk ikan tengiri.sayur takmau masa ni.hehehehehe.




Time ni masa malas nak mampus.hahaha.teringin nak makan ikan bilis jer.ni mau mak tau mesti sendu habis tengok anak dia makan cenggini.cehhhh..padahal,lepas tu,bedal jugak sup daging hasben belikan time dia balik kerja.tehehehehe.

Sekarang ni macam dah addictive dengan sup.belum tahap muak lagi la.lagipun sedap apa.letak jer halia,serai ke apa.buat jer la ikut suka hati.bila makan ,badan pun rasa warm jer.korang jangan biarkan badan tu sejuk.bahaya tu.petanda badan dah masuk angin.ecehehehe.macam bidan dah.


image : goggle

Itu bab makan.and bab penjagaan dalaman ni,kali ni selain dari supplement ,i ambik jamu and herba.i ni,nampak jer la macam acah-acah moden,tapi i still suka guna cara orang-orang lama.haritu ,i beli akar herbanika (minuman ) and phytonatal dari NR ( dulu Nona Roguy).




Akar herbanika tu ok jer rasa herba dia.i boleh minum sebab tak der rasa pahit sangat.ada orang suka letak dengan madu,tapi i selamba jer minum.nak kasik umph,rebus kat dapur,lagi best sebab jadik pekat compared to kalau bancuh dengan ayaq panas.i selalu masak dalam portion cukup untuk 1 flask and ulang minum.i ada baca satu blog ni cakap,tak elok minum ayaq selalu nanti buncit,tapi minum akar herbanika ni takpa,sebab minuman herba and nak minum banyak pun takpa,insya allah perut tak buncit,tapi bagi slim ada la...best sangat sebab badan rasa warm jer.i start minum since tau miscarriage,and i rasa lagi lancar ketulan darah tu keluar.

Oh ya,satu uncang herbanika tu boleh rebus sampai 3-4 kali or until dah takder rasa dah.i selalu rebus maximum 4 kali and tukar baru.kalau kotak kecik tu ada 15 sachets so boleh tahan 30 hari.i ingat nak continue jer minum ni sampai la bila-bila.buat minuman.badan rasa warm and ringan jer badan.


image : goggle


Phytonatal pulak,elok ambik dengan air akar ni.makan waktu malam terus 4 bijik.memang terbaik lawas dia weh.so,kalau korang tak tahan,amik 2 biji dulu ok.samada 2 biji pagi 2 biji malam atau 2 biji sehari.i amik 4 biji jer sebab kat botol tu pun cakap 4 biji.fungsi dia,boleh kecutkan rahim and buang darah yang tertinggal.ni pun i nak continue sampai la conceive balik nanti.boleh slim jugak katanya sebab asyik g jamban.tehehehehhee.i beli botol kecik ada 90 biji,harga RM100.



image : goggle



I suka jugak pilis,tapi since NR takder pilis,so i beli minyak herbanika.serius best sebab berangin jer.letak kat kaki pastu pakai stokin.sapu jugak kat perut,kepala and tengkuk.fuhhh nyaman.ada setengah orang kata bau dia busuk,tapi i suka.baru la berpantang gitu.lepas ni kalau nak urut,i nak suruh tukang urut guna minyak ni jer.baru la sedap badan rasa berangin.i boleh tahan jer tahap kepanasan dia tu.eh..mana panas,dia macam berangin jer.

Untuk yang kes macam i ni,tak perlu urut cepat sangat and jugak bertungku sebab rahim belum sempat kembang.kalau lebih dari 12 weeks,cer tanya bidan macam mana.sebab baby pun dah start form kan.i maybe akan urut and sengkak balik after puasa la kot,if tukang urut free time puasa ni,boleh jugak la nak urut.





Pastu kan,minyak ni letak kat pad tu,darah lagi lancar.and tak berbau.tau la kan,darah kita ni,nak-nak yang pantang ni..hmmm boleh tahan la jugak.mau period tu ok lagi.so,nak elakkan bau yang tak menyenangkan ,so bubuh jer sikit.pun boleh berangin...hahahahhaha.

Lepas 30 hari,i nak makan makjun NR.semangat tak.semua ni i konsult dengan agen NR yang sah.under blessed beauty confinement ( bbc ), siti aisyah atau orang panggil ice.i tak jual semua mende ni,korang boleh beli dengan depa.follow jer page bbc and kontek one of their authorised agent.semua pun baik jer consult kita tanya macam-macam.maklum la first time nak ber jamu la katakan.

I top up jugak dengan vitamin.As always i chose shaklee lah apa lagi.i amik b kompleks,vit C and ostematrix ( kalsium ). b kompleks tu untuk korang yang nak conceive elok jer diamalkan berterusan,yang ni i jual.so,boleh kontek i,jangan kontek NR pulak.T_____T.





Aktiviti orang dalam pantang.takdak apa nak buat..bosan weh,ngadap e-mail opis,pastu tidoq.hehehehe.so,klik-klik internet shopping la,apa lagi khennn...yang atas tu sugar scarf punya la.kain ni jenis lycra.madison lycra.i suka both but kaler pink tu i dah ada.so,sapa nak beli,still ada tag,try sekali jer.harga RM55 with postage.yang ni bukan kain chiffon macam madison biasa tu.yang ni madison lycra.





Abaikan muka tembam tu.nak tunjuk tudung tu jer.tudung instant, kain jenis lycra.sarung jer,letak jarum and done.senang hidup.i nak let go kaler pink jer tau.yang ni tak leh la,dah pakai.




Yang ni pulak dari zalora.i suka jer sopink zalora,sebab kalau tak muat atau nak tukar size,u boleh return and they bare the postage charge.pastu nanti dorang akan credited kan the whole amount ke dalam akaun kita.dengan syarat return dalam masa 7 hari and tak rosak la.ada certain online shop yang kita kena bayar sendiri kos post and dorang cuma return 95% jer from the invoice.

Both ni i suka giller.yang biru tu harga baru RM25.dah sold out banyak size.mula-mula tu kenan kaler merah,tapi dah sold out size 7.best and comfy...
Kaler pink tu kasut g kerja.dari 'something borrowed', pun comfy.harga RM35 jer kot.murah kan.zalora ni selalu ada sales,so korang usya-usya la waktu sales + free shipping memang berbaloi beli.

Ok lah tu jer la kerja orang berpantang.now ,i dah masuk opis.3 minggu tak pergi opis,rasa cam huwaaa bosan.tapi,dah masuk opis,best jer pun.hehehehe.hari ni,hari kedua la i kat opis.and i still berpantang,seperti tekad i iaitu sampai 30 hari.

xoxo.




TAK MANGKIT SOQ HARI NI

As salam.

Caps Lock terus gara-gara terbabas soq hari ni ( soq = sahur dialek utagha ).huwaaa.semalam,tidoq awal.dalam 930 malam dah pengsan.eryna dok buat akrobatik kat sebelah tu pun malas nak layan.memang betul lelap lah.T_____T.

Terbangun tengah malam,tengok jam baru pukul 205 pagi,terus pengsan balik.huhu.sekali lagi tengok jam,pukul 605 pagi.hahaha.confirm la soq dengan ayaq liuq saja harini.dengan hasben sekali berlayar.dia tu sibuk dok buat assignment,so taktau la semalam dia tidoq pukul berapa.letih sangat semua sampai tak sedaq.

Bila tengok jam kat telefon,(tak puas hati macam mana boleh tak dengar bunyi alarm ),sekali tengok..lahhhh memang la,cheq p kunci pukul 605 pagi.patut la terbangun time tu.entah bila p tukaq waktu.sebelum ni memang kunci 2 alarm,satu pukul 445 ,satu lagi 505.hmmm,tapi yang 445 tu pun tak sedaq.apa cerita la pulak kan....

Alhamdulillah,betul la jugak orang cakap,kalau kita dah berniat puasa,perut tak la lapaq menggila.so far takdak la bunyi kriuk kriuk lagi.kalau hari biasa tu,mau tak breakfast lagi waktu ni,memang segala macam dangdut dah dalam perut ni.moga bertahan la sampai petang.tsk tsk tsk....

Anyway,semalam,i tapau jer.balik masak sawi masak sos tiram.beli sotong masak kam heong and patin masak lemak tempoyak.kat cafe opis ni ada jual.harga untuk dua jenis ni dalam RM13.tapi,puas hati sebab portion banyak and sedap.cuma yang bertambah sendu sebab sotong tu konon simpan untuk soq,so tak dapat nak makan.hahahahaha.tengok jer la tadi :).

Harini dah order ayam golek brader sedap tu.hasben kata,dia dah start meniaga balik kat tempat lama,yeayyyy !!!.so i akan tambah apa-apa lauk berkuah.sebab kitaorg kalau makan lauk takdak kuah,macam boleh tercekik gak tu.hihi.macam tak feel ja makan lauk takdak kuah.so far,makanan kat cafe i ni semua best and harga berpatutan,bersih tu dijamin.dapat gred A tau.so dari i sibuk penuhkan pasar ramadhan dengan harga yang tak masuk akal,pastu tak tau sedap ke tidak,baik la i beli kat cafe jer.tugas beli kuih ,hasben punya.dia memang rajin sukat jalan sana sini.tu,tau fu fa dia beli semalam,nasib dah letak dalam fridge,kalau tak habis la basi dek tak makan semalam.



Sambung kerja.semoga bertabah la hidu bau coffee and segala macam makanan dari my colleague ni.malay kat sini cuma kami bertiga jer.95% adalah non muslim aka foreigner.so,harap bertabah sampai pukul 4 petang. :D

xoxo.


Monday, June 22, 2015

Kenangan pregnancy ( procedure d&c ) -finale

As salam.

Sambungan dari part 2 .
( entry panjang )

Dah confirm miscarriage,tetiba pagi esoknya rasa macam mild contraction.nak kena pergi opis jugak sebab laptop tak bawak balik.memang planned nak half day.konon nya la.mula-mula hasben kata dia nak hantaq.tapi,pikir kang petang baru nak balik,so malas la.baik buat kerja kat rumah ja.



Pagi tu siap pakai stokin siap-siap.motip ?entah,walaupun belum d&c ,tapi rasa macam dah berpantang dah ni.mujur pagi tu,eryna tak banyak kerenah,terus naik keta dengan abah dia.sebab i dah rasa macam tak larat nak pusing sana sini.alhamdulillah jugak,dekat tol duta pun tak berapa jem.selalu tu kalau waktu puncak,jem jangan cakap la.mau 15-30 mins stuck kat situ saja.

Sambil drive tu,dok rasa la contraction tu lagi.rasa macam cramp sikit belah kanan tu.dah siap bawak pad lebih siap-siap konon nak salin la nanti.sambil tu rasa jugak macam ala-ala heavy period gitu.huhu.padahal tak sedaq lagi tu apa yang dah terjadi.hohoho...

Mujur jugak la rasa nak pakai skirt ja.selalu tu seluar slack ja p opis.macam tau-tau saja satgi baju bakal lencun.




Sempat selfie lagi tu.padahal masa tu,dah la dok tahan sakit,pastu menahan sendu.huhu.time ni memang fragile sangat.tak boleh teringat sikit,jadik air hujan terus.wuwuwuwwuwu.sedih la,sapa tak sedih kan :(.

Elok sampai kat parking,baru perasan rupanya dah lencun satu badan.penuh la dekat seat tu. nervous gak masa tu sebab tak tau nak buat apa.pastu check bag,ada wipe tissue,lap dulu seat keta.dekat belakang,tengok ada newspaper lama,terus letak buat lapik.satgi nak balik konfirm la lencun lagi ni.

Lepas tu,tengok..alamak,dah mula menitik pulak.memang macam dalam drama swasta pulak.laju-laju lap pastu tengok kiri kanan takut orang nampak.dalam dok sakit tu,tapi sebab gelabah punya pasal,laju ja menonong p toilet.nasib la tak jauh sangat.sambil jalan,sambil tengok belakang.takut ada spot pulak kat lantai.huhuhuhu.

Masuk ja toilet...tu dia,memang habis la segala.masa tu,rasa contraction tu makin datang,sambil rasa nak terkencing ke berak entah.rupanya dah keluar dah,macam ketul darah yang besar.bila keluar,sakit pun tak rasa sangat.lamaaa la dok dalam toilet.almost 30 mins cuci kain,baju semua.pakai baju kurung tu,tak nampak sangat bila basah.kalau pakai blouse tu,memang tak naik atas dah kot.

Malas nak fikir dah,konfiden jer dah bebas dari kesan darah,terus naik atas.tengok tak ramai lagi orang mai.lega.kalau tak,leceh jugak nak bersoal jawab.tapi,my team mate dah sampai.dia pulak,elok nampak i,terus la tanya.dah la masuk tu cheq tengah sendu,terus menangis depan dia.huahua..malu plak.hihihi.dia pun macam tak tau apa nak buat kan.i pesan suruh bagitau boss sebab i tak boleh nak jumpa orang for now.sembang sat,terus balik rumah.

Otw back,dah agak la,mesti ada lagi benda kuar.lencun lagi sekali.bila dah banyak sangat bleeding,pastu breakfast apa pun tidak,mula la nak pening.mujur la dah sampai rumah.cepat-cepat naik atas lepas bersihkan seat kereta tu,pastu terus la melepak dalam toilet.i tell you,sebijik cam drama.scene yang kita tengok,orang kuar darah pastu doktor sahkan baby tak dapat diselamatkan.gitu la lebih kurang.

Elok cuci semua,terus nak pitam.laju-laju baring atas katil.sambil tu,lumur minyak herbanika NR tu.lega sangat.i recommend sangat produk NR ni.yang tu nanti i cerita on separate entry.minyak herbanika tu i beli semalam.sebab bila dah tau miscarriage,i pergi beli minyak ,akar herbanika and phytonatal.dah aim nak pantang lagi strict dari waktu dulu.sebab kali ni kan pantang sendiri,so tak nak culas.and nak makan jamu.dulu,tak dapat nak makan sebab takut baby panas.




Dalam kelibut tu,tangan pulak kena ayaq panas.huhu.mengelembung ibu jari ku.lumur gamat,sekarang ni dah cantik balik dah. T_________T.

Maka,start la berpantang.hasben balik half day,belikan lauk sup ala berpantang gitu.sedap pulak tu,tapi makan sikit jer sebab pantang kan.kata nak slim balik.kehkehkeh.yang penting sihat.makan jugak supplement nak bagi tenaga.

Hari khamis tu ada exam,tapi tak dapat ambik.sebab pagi tu macam ada lagi still keluar.dah tak banyak macam hari semalam.dah tak sakit dah.tak rasa apa-apa pun.nak p pmc,dr ratna tengah cuti sampai ahad.since hari jumaat tu nak balik kg,so lepas balik semula nanti la g jumpa dia.nak suruh dia scan tengok.kalau keluar habis,tak perlu d&c.

Selasa minggu depan nya,pergi pmc awal pagi.tak breakfast sebab dr ratna pesan,kalau d&c kena puasa enam jam.so,in case kalau kena,terus ja buat.kalau tak kena,baru p makan.as usual,tunggu la dalam 3 jam baru dapat masuk jumpa.sadis betul.masa timbang,berat dah tinggal 67 kg.yehaaaaa.tu baru 4 hari cut nasik tu. :)

Bila scan,ada lagi sikit.dah tak banyak.sempat lagi mintak back dated mc since rabu lepas.sebab haritu kan dr ratna cuti.mujur la dapat.kalau tak,jenuh jugak kan.tapi,tak de hal sangat sebab memang dah mintak cuti sebab nak balik kg tu.tapi ,kalau dapat mc,mana tau dapat cancel annual leave,and ganti dengan mc jer.

So,kena d&c hari ni jugak.lagipun malas nak tunggu sebab dok rasa jugak sengal belah kanan tu.masa tu baru pukul 1130 pagi.d&c katanya pukul 2pm.siap keluar kejap p amik duit ,pastu konon nak pass mempelam harum manis kat member di shah alam.sekali,baru nak masuk highway,pmc call carik.terpaksa la patah balik.suruh hasben p sorang ja.tapi,dia nak teman dulu sampai masuk ward.



Orang lain pakai baju ni sebab bersalin,tapi cheq pulak........sekarang ni dah redha,ada hikmah nya tu.usaha lagi lepas ni.after tiga bulan yer baru elok mengandung....i nak pantang dulu.The best to conceive is after 3 months.atau after 3 kali period.sebab masa ni rahim kita dah cukup kuat untuk tampung janin.jangan la kalut sangat nak conceive sampai tak peduli kesihatan.esok-esok,kita yang tanggung.bukan sapa-sapa.

Masa ni,kami dok gelak-gelak atas wheel chair.mula-mula takmau duduk atas tu,tapi pakcik guard tu suruh jugak.dia kata,awak kan sakit.meh pakcik tolak.sabaq jer la.orang mesti pelik apa kena la kat kami ni,siap amik gambaq segala.





Lama sangat tunggu turn.dah pukul 2 pm,tapi doc tak mai lagi.bosan sangat.masa ni hasben kuaq.i suruh dia p shah alam antarkan buah and makan jer terus.sebab tak tau pukul berapa nak start.i duduk macam dalam waiting room pun ada jugak.untuk d&c,tak perlu warded,day care jer.abis procedure boleh balik.tapi,kalau baby dah besar,am not sure.in my case,less than 12 weeks,so tak perlu stay.




Tiba-tiba nurse masuk bagi kuih and milo panas.nampak sedap jer.tapi i tak makan sebab teringat dr ratna pesan.kang makan,satu hal kena puasa lagi 6 jam.pelik jugak apesal nurse bagi kuih.lepas tu,dengar kat luar,depa sembang.rupanya nurse tu tak tau.dia main letak jer sebab time tu agaknya time orang makan kot.so,dia pakai bagi ja.tak lama lepas tu,dia mai amik balik.kalau tinggal tadi,harus lah cheq bawak balik ja.sebab nampak menarik.kuikuikui.

Dalam pukul 3 pm,baru la nurse masuk kata dah ready nak masuk operation room.huwaaa takut.dah la tu,sensorang pulak tu.hasben ni tak sampai lagi.nurse tolak masuk,berdebar-debar wei.tengok OT room tu dah serupa macam dok tengok dalam drama ( again ).tengok nurse tu ambik segala besi,gunting,dup dap dup dap tau.terus tengok lampu OT tu.takmau tengok dah kiri kanan.

Pastu,ada dr masuk.nama dia ,dr amir kot.pakar bius.then,dr ratna datang."hai,saya datang ni"..i love u la,dr ratna.ada rezeki mengandung lagi,nak datang sini lagi walaupun kena tunggu lama...
Pakar bius tu pulak siap kenalkan diri."puan,nama saya dr amir.saya pakar bius.saya akan letak ubat ni.ada pedih sikit,lepas tu puan akan tidur"..sambil dia masukkan ubat tu ikut drip tu,sambil dia ajak mengucap and zikir.sempat zikir tak habis pun...tiba-tiba...zzzzzzz....

Tetiba,mamai-mamai,dengar orang panggil,"puan,bangun puan.dah siap puan"..owh,dah settle rupanya.tak rasa apa pun.dr ratna pun dah takder kat bilik tu.ada nurse jer.nurse tolak masuk bilik tadi and suruh tidur jer kalau still mengantuk.tapi masa tu macam blur pun ada.nak sambung tidur tapi tak boleh.




Tak lama lepas tu,hasben pun sampai.dalam 20 mins ada kot dalam OT tu.rasa macam lamaaaa la pulak.pastu dr ratna masuk check perut,and dia suruh makan.kemudian,suruh kencing and dah boleh balik.

Sebab kan tak makan dari pagi,kebulur sangat,semua pun habis licin.rasa macam sedappp la pulak.hahahaha.ada siakap and ayam masak kicap.pastu dah boring tak tau nak buat apa.tanya nurse,bila saya boleh balik.nurse kata kena tunggu sampai air drip tu habis.ok lah,sikit lagi.dah g toilet kencing semua,pastu salin baju.tunggu jer drip tu habis.lama tak lama,nak dekat pukul 6pm baru balik.dah la rushing nak amik eryna lagi.takut lebih masa.

Ni share sikit pasal pengalaman dan kos d&c :

D&c tu tak sakit langsung.in fact tak rasa apa-apa.kebas tangan jer sebab kena drip.jalan pun takder la macam orang bersalin.cuma kita sendiri la jaga toksah jalan laju-laju.jangan buat kerja berat.sebab rahim kita masih tak sihat.orang d&c less than 12 weeks ni tak payah bertungku sebab rahim belum kembang.ini i dah tanya tukang urut.kalau nak urut lepas seminggu dah boleh.tapi,i tunggu lepas 30 hari kot.sebab nak urut tu untuk buang angin jer and naikkan balik rahim atau sengkak.

Kos di pmc sungai buloh dalam RM1,350.semua ni termasuk la makanan,konsultasi doc,ubat bius and segala benda yang kecik-kecik tu.i suka pmc sebab doc dia baik and nurse semua membantu.insya allah,like i said,ada rezeki mengandung lagi lepas ni,nak datang check up and bersalin sini jer.

Kenapa tak pergi hospital kerajaan ?

Ni lah kelebihan kalau ada buku merah.remember,i tak sempat bukak.baru ja planned nak ke kk jalan tanglin,which happened,the same day,i got my blood spot and rush to pmc sg buloh.so,bila takdak buku merah,macam mana pulak nak ke gomen ? mungkin boleh tapi maybe akan mengambil masa la nak tunggu prosedur,and i really need a break. kalau boleh,at times like this,tak nak p kerja and jumpa orang.so,jangan la pandang remeh benda-benda macam ni.buku merah pun penting yer.

Maka,bermula lah mc 2 minggu starting hari d&c until 22 June.campur mc minggu lepas,almost 3 weeks la i mc.and office dah agreed cancel jer i punya leave haritu and buat semua mc.so,i ada banyak cuti lagi la.hehehehehehehe.bulan June macam i kerja seminggu jer kot.bukan mc suka-suka.i memang lepak rumah kot.work at home apa yang boleh settle and tidoq.yer la,kata pantang kan.apa lagi nak buat.

Next post,i akan share pantang orang yang gugur,my style.jangan ambik mudah yer bab pantang ni.cehhh,macamkan strict sangat ler tu.T____T.

xoxo.





Weekend berbuka puasa kat luaq

As salam

Weekend dapoq tutup. I don't mind cooking,tapi ada orang tu kata weekend makan kat luaq.mula-mula ingat nak kuar la makan,tapi pikirkan si mek ni entah mau tak behave sementara tunggu waktu berbuka,so kansel jer lah.unless kedai tu child friendly ok lah.kalau tidak,kirim salam jer la.kang kurang pahala sebab kurang sabaq melayan kerenah dia. T_____T.

So,fikir-fikir,dah alang hasben nak p pasar kelana jaya,so order la nasi bukhara kat restoren syed ni.yang ni setiap kali puasa tak pernah miss beli.at least sekali.best.cuba lah.pernah gak beli kat cawangan dia,lebih kurang jer rasa.



Untuk take away,dapat box macam ni complete dengan acar limau and dalca.for me,makan nasik dia and acar tu pun dah sedap dah.i order kambing,while the other box is chicken.portion nasi banyak angat,siap  boleh makan sampai sahur.kambing tu pulak besar,tak terabis makan sorang.huhu.




Popia tu pasar malam kj punya.ok la rasanya.beli sejenis ja kuih.sebab i tak berapa sangat makan.setakat makan seketui,dah malas nak ulang.sekarang ni,lepas terawikh ( buat sendiri ja kat rumah ) terus kerahan masuk tidoq ,kalau tak,eryna liat  nak bangun pagi.waktu posa ni,kena p opis awal sikit.ni tengah train la ni,esok dah nak kena masuk opis dah.back to reality,mc dah abis :(.




Hari ahad,melawat pasar TTDI pulak.boleh tahan crowded la,sebab depa buat di laluan utama.time tu la kereta pun sibuk nak lalu lalang.kami parked belakang lot kedai,so tak la stranded dalam traffic.

Tak banyak choice sangat.Most of the gerai jual nasik lemak,nasik lemak kukus,nasi beriyani,segala jenis percik and kuih.ada la few gerai juai nasi tomato and nasi ayam.hasben tu sibuk mencari gulai kawah,tapi tak jumpa.ada satu gerai ni jual,tapi dia tak mau pulak,sebab gulai kawah jawa punya.nak jugak gulai kawah utara.jenuh la,kena balik perghelih la wei.



Round punya round,nampak orang  dok beratur kat satu gerai  ni.so,haruslah ikut menyibuk jugak.rupanya pakat nak beli pulut udang.jom la ikut sama queue.memang panjang la.ada la dalam 15 mins kat situ saja.siap kena pau dengan eryna belon frozen tu.eh,belon tu pun buat untung kot,mak bapak lalu situ terpaksa rela beli sebab anak-anak dah macam histeria tengok belon.dah la 5 hengget,eiiii beli nasik pun dah kenyang.balik rumah,belon tu pecah kena kipas.lagi gerammmmm.




Kesian abang sate ni,gara-gara orang dok queue nak beli pulut udang tu,dah block gerai dia.mula-mula tu macam malas dah,tapi sebab ada makcik kat belakang ni dok cerita kata pulut dia sedap,nak jugak try.dia kata,semalam dia mai dah abis.ni pun masa queue,brader tu dah siap kira berapa ja ada.mujur la sempat lepas queue.hehehehe.makcik kat belakang tu pun dapat.happy la dia tu.kalau dak,kempunan lagi.



Gerai pulut udang.nak beli 4 bijik ja,tapi beratur sampai 15 mins.tu,makcik tudung hitam tu order banyakkkkk.dia saja sampai 2,3 plastik.patut la habis cepat.kekekekekeke.



Nasi beriani gam.seciput cenggini RM14.tanjat gegirl.ingatkan silap dengaq.ni hasben punya.dia pun tak tau nak makan apa.beli ja yang ni.boleh tahan mahal la,sebab nasik dia ciput.kalau banding dengan nasi bukhara tu,nampak sangat kedekut.ish,nak menjual tu,agak-agak la yer.hmmmm...




Yang ni cheq punya.nasi ambeng.sebab tengok lain dari yang lain.the only gerai yang jual nasi ambeng.teringin pulak tengok.yang ni pulak portion terlalu banyak.ada mee,suhun,nasi putih,ikan masin,ayam goreng ,sambal and nyoq,harga RM 7.50.

Hari ni maybe masak gulai ikan merah kot.esok dah nak masuk kerja,konfem la akan tapau dari cafe ja..balik masak nasik sudeh.kalau rajin,masak la sayoq,hehehehehe.lagipun lauk kat cafe tu sedap and murah,baik la beli terus.kalau nak beli bahan mentah pun bukan la murah sangat pun.


xoxo.

Friday, June 19, 2015

Lauk sempoi 1st Ramadhan

As salam.

Frust betul semalam tak dapat nak makan ayam golek sedap tu.entah mana brader tu pergi.tahun ni pasar kat seksyen 6 tu dah pindah ke jalan depan.mungkin nak elak crowded.bila round semalam,banyak lagi gerai tak bukak.and tak nampak tanda ada ayam golek pun.kambing ada la.tapi tak rasa nak beli.

Mujur la ada berger malaysia tu.mau tidak kempunan.beli RM2 dapat 5 bijik.tak sure awat p beli sampai RM2.sebab tengok semua orang beli RM2 ,so nak tanya boleh beli singgit ke dak kang satgi dia tak jual pulak.huhuhu.

Balik rumah masak sambal ikan tengiri and sayur air sawi,dah, cukup la untuk berbuka.malas nak pikiaq dah nak masak lauk apa.ketandusan idea gitu.tu pun dah ok,bertambah-tambah nasik.bukan i la,sebab i dah target nak kontrol nasik.lauk takpa banyak-banyak.hehehehe.




Lauk sahur pagi tadi.lupa nak snap masa berbuka,so tengok jer la lebihan tenggiri and sawi tu,ada lebih buat ratah.berger malaysia pun tak habis sebab hasben p beli cucuq udang,so dia makan yang tu.jenuh la nak habiskan sampai 5 bijik.

Ayam percik tu hasben beli kat pasar seksyen 4.situ meriah sikit,tapi nak parking susah.kalau bawak keta kecik and motor senang sikit nak menyelit.pastu semalam,dah p amik eryna malas nak singgah memana dah.kang payah pulak nak kontrol.tu pun semalam,boleh pulak dia buat drama dalam keta,nak naik rumah,nak berdokong.adoi,memang tak la.paksa suruh jalan,boleh pulak keriau macam kan kena dera.T____T.

Bukak apa hari ni ? Ingat nak masak kari ayam and sayur kobis pastu goreng pekasam ikan puyu garing-garing.dah pesan suruh beli kuih ja.lauk tambah tu tak ada pun takpa.cukup la apa ada kan.kang membaziaq sapa nak makan banyak-banyak tu..

xoxo.


Thursday, June 18, 2015

Selamat datang Ramadhan :)

As salam.

Alhamdulillah,bertemu lagi Ramadhan kali ni.ingat lagi last year,i tak kerja so dapat berpuasa sebulan kat rumah,wah,heaven nya.hari-hari pening fikir nak masak apa.tapi enjoy it very much.masa ni,tak keluar p pasar ramadhan sangat la,sebab hasben rajin sangat melawat kawasan.pastu nanti bawak balik kuih berlebih-lebih.i ni,jenis makan sebijik sudah.waktu puasa ni,tekak selalu nak burger malaysia jer pun buat dessert.

Oh ya,mujur jugak semalam sempat bayar fidyah.guna online jer.actually,dah habis ganti puasa,tapi sebab ada keraguan 2 hari puasa terakhir tu,so bayar jer la fidyah.tak mau dok was-was and tanggung dosa lak kalau tak bayar.lagipun,rezeki untuk orang lain tu.

Pagi tadi,kami sahur nasi and sup ayam balance dinner semalam.cukup la untuk kami berdua.si eryna terbongkang tidoq tak sedaq mana.kali ni,dah set nak masuk kerja awal.so,by 7 am mesti dah keluar rumah.as a deal,hasben kena hantar eryna.

Since i am on mc dah 2 minggu ni,so far ,eryna ok jer abah dia hantar waktu pagi.dah tak nangis.petang,i pergi amik.hopefully,next week bila i dah masuk kerja,she will be ok p opis dengan abah.sebab i have to reach before 8 am so that i can back home at 4 pm macam tu.

Dah la semalam,masa pick up eryna kat taska,depa dah bagitau,bulan puasa ni,last amik pukul 530 pm,kalau lambat ,every one hour kena charge RM20.yer lah,kita pun paham la,cikgu-cikgu pun nak bukak puasa,nak balik masak untuk family.so,i have to make it on time.

Petang ni tak tau nak masak apa.dalam fridge tu ada la ikan merah and tenggiri,pastu ayam.kalau masak sup,macam lauk yang sama jer la dari haritu.abis,dah kata pantang kan.i tengah nekad nak pantang makan 30 hari ni.alang-alang puasa,sambung jer diet.T___T.mana tau,dapat balik 55 kg time hari raya nanti.huhuhuhu.




Geram tengok  burger che mat gebu ni.nak buat tu punya la bercinta.so,nak cari la satgi kat param.kalau jumpa,tapi tak memenuhi piawaian tekak,mungkin cuba nak buat esok.sementara tak kerja ni,and sementara duk sorang-sorang kat rumah ni,boleh la buat eksperimen.sebab kalau ada cik kak tu,nak masak tu jadi lamaaaaa sebab dia suka bertenggek kat stool kat dapur tu,dah la panas,risau kang terpercik minyak ke apa.




Lepas tu,nak beli ayam golek sedap.last year ada brader ni jual.sedap and juicy.cukup segala rempah rasa.harga pulak murah.seekor baru RM18 kot,beli half baru RM9.untuk kami berdua beli half jer dah cukup.brader ni cuma jual waktu Ramadhan jer.dah pernah tanya last year sebab nak order la konon.so,hopefully,tahun ni dia jual lagi la ayam golek ni.the best ayam golek pernah rasa.sebab ayam dia tak payah cicah sos pun dah meletop-letop dalam mulut tau.hehehe.

Rasanya tu jer kot nak beli.tak boleh membazir nanti ikut syaitoooon.kang makan banyak-banyak pun,terbongkang,pastu bising berat tak turun :).As for me,i tak dapat terawikh,satu sebab kesihatan belum izinkan and second sebab cik eryna.insya allah,lagi 2 weeks,kalau dah kuat,ingat nak cuba bawak dia g terawikh.

Selamat berbuka puasa semua.
Xoxo.



Tuesday, June 16, 2015

Kenangan pregnancy ( part 2 )

As salam.

Actually,tak tau macam mana nak mula and nak cerita.tapi,untuk kenangan,nak jugak la cerita supaya tak lupa kenangan yang Dia pinjamkan untuk seketika.

So,bersambung dari part 1, bila dah masuk 12 weeks,masa tu,dah ready la nak bagitau dekat kawan-kawan yang rapat..ala,macam member group wasap la.sambil-sambil tu,nervous jugak nak tengok apa pulak jadi bila masuk 2nd trimester ni.sebab masa 1st trimester takdak alah,kita mana tau if yang next trimester ni ok ke tidak kan.

Balik dari melaka  yang weekend vacation tu,dah mula la tak menyabar sebab hari jumaat tu nak balik kampung sebab adik kahwin.dah planned la nak makan itu ini.itu jer la kerja nya.makan-makan-makan.padahal hari khamis tu ada exam,lagi main-main dok pikiaq nak cuti ja.amik cuti dari khamis,sampai la selasa.

Balik dari melaka tu,on monday,pergi kerja macam biasa la.tapi,haritu tak ramai orang kat opis.ada yang cuti,ada yang on business trip.hajat di hati tu,nak share la news dengan one of my good fren yang i selalu lunch dengan dia,tapi dia on emergency leave pulak.oklah,tunggu esok jerlah.sempat jugak puasa ganti.ada lagi baki sehari jer.pastu,dalam pukul 3 petang macam tu,masa kat toilet,tengok macam ada brown spot.mula la cuak.of course la kan,sebab kalau tak pregnant tu,boleh la nak assume tu period.tapi,ni tengah pregnant kot.dup dap dup dap jugak.tapi tak sakit.so teruskan puasa sebab dah goggle  pasal brown spot untuk pregnant mom ni ( boleh puasa and solat sebab darah tu bukan dikira darah period ).

Esok tu,ajak hasben g check up.lagipun memang patut p last week.mula-mula ajak g petang sebab Dr Zul dekat pusrawi tu,hari selasa dia masuk petang.tapi,hasben ajak g pagi tu jugak.takyah tunggu petang.so,lepas hantar eryna,kami pegi pusrawi (padahal dah tau dia masuk petang),nurse cakap kena tunggu petang.tapi,sebab dah cuak jugak ada blood spot sikit pagi ni,so try la call pmc.

Call pmc sungai buloh,dr ratna ada pagi ni.so,nurse cakap boleh datang.kami sampai pukul 8 pagi,ambik number and check blood pressure.tinggi sikit la pulak.check lagi sekali baru ok.agaknya stress kot.huhuhu.timbang berat,tu dia dah 71 kg.padahal last month check up baru 67 kg.matik lah gini.




Lepas tu,terus g breakfast kat kedai depan tu.sempat la makan lontong sedap kat situ.masa ni,hasben siap pesan,lepas ni,takyah buat kerja berat lagi dah.memang la since dapat tau pregnant tu,takder la buat kerja berat pun,cuma dok dokong si mek tu jer lah.turun naik tangga lagi.fuhhh.so,deal,lepas ni,no more dokong.yer la tu T________T.

Masuk dalam hospital,tengok number tak jugak gerak.ramai pulak orang harini.dapat tengok macam-macam ragam la.tengok orang perut dah besar datang check up,terus rindu kenangan bawak cik eryna dulu.hehehe.lepas tu,boleh pulak nampak satu perempuan ni,kuar dari bilik doc,darah kat kaki.huwaaa nerves la kita ni.rasanya dia miscarriage kot.debar terus la i olls ni.huhuhuhu.

Dekat 3 jam tunggu ,kalah klinik kerajaan dah,baru depa panggil masuk.almost 11:15 am macam tu.masuk,cakap dengan doc,pagi ni ada blood spot sikit.doc kata,satgi kita tengok kat scan.elok jer scan,doc cakap,heart beat dah takder :(.
Pastu,nak confirmkan,doc check nadi dari bawah tu.huhuhu.mujur jugak tak pi kat doc zul, kalau tak,adoi malu gak tu.elok jer dia kuar alat tu,ada darah dah. :(


Ni masa scan bulan lepas .masa ni kan baru confirmkan pregnant.kantung tu kan ada.



Yang ni scan dengan dr ratna,sebulan lepas tu.macam sama jer kan.Terus la doc confirmkan,memang baby dah takder.kalau tengok dari scan pun,beza dari eryna dulu time dah masuk 12 weeks tu.patut baby dah form dah.ni ada kantung jer.and doc kata kantung tu pun dah penyek.....





Yang ni masa eryna dulu,boleh nampak jelas dah mula membentuk.geram pulak kan tengok cenggini.comel :)..sedih sedih..sobs sobs ( masa tulis ni dah almost 2 weeks dari kejadian,so sekarang ni dah makin ok la nak tulis.haritu memang tak boleh nak tulis,air mata memang tak boleh nak tahan dah ).

Masa tu macam speechless sikit.doc kata kena buat d&c.tapi dia bagi masa 2 weeks untuk keluar sendiri.kalau takder kuar apa-apa within that time,kena datang buat d&c.
Tanya la punca miscarriage,doc kata,benih tak jadi jer.lagipun janin still kecik.macam ibarat pokok,ada yang jadi,ada yang tak jadi.gitu lah perumpamaan.boleh baca kat babycenter.com ni pasal keguguran di awal kehamilan.

Mula-mula macam ok jer,macam redha,tapi sambil cakap dengan doc,sambil nangis.frust pun ada.and tak tau la cemana nak describe masa tu.doc suruh discuss dulu,nak buat bila d&c.pagi tu,ada orang nak bersalin,so doc pun nak cepat.kuar dari bilik doc,rasa kosong lak,masuk keta,sambil baca kat babycenter,sambil nangis.tapi gelak-gelak pulak,hasben kata,dia cuti hari ini.,jom la kita g memana tenangkan fikiran.so,i cakap,nak p butik cari baju untuk pakai wedding my sister nanti.sepanjang dalam keta tu,borak-borak la jugak kenapa tiba-tiba jadik macam ni.ada la hikmahnya tu.huhu.

Lepas dah puas round butik-butik tu,takder yang berkenan.ajak g giant jer sebab dekat situ ada gak kedai jual baju lawa-lawa.beli blouse jer nanti match jer dengan kain kurung.dah malas nak fikir,janji warna baju ikut tema.pastu,terus g tadika amik eryna.harini dapat la mc sehari.eryna pulak,happy la nampak kami dua datang amik dia.masa tu,bersyukur jugak sebab Dia pinjamkan eryna dekat kami.kurang-kurang dapat la cover sedih tu...

Ok,sambungan la part 3 masa proses d&c nanti :(.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...