LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Saturday, May 30, 2015

Shopback Malaysia Offers Big Returns!

                     
Hello.online shopping has been my best friend ever since i gave birth to eryna.i found that it is the most easiest and convenient for someone who just love shopping,without me,actually go out for shopping.just click and click , there you go, a parcel is awaiting at your door.make sure you are wise enough to hide all the catch from your husband ( you got what i mean :D ).

Over the years, the society is becoming more confident about purchasing online. Although, previously, there was some fraud issues regarding online purchasing, however now, buyers are getting smarter and make online purchases more often. 

Especially people who are living in the cities that always have time constraints usually prefer to stay at home rather than stuck in the traffic jammed. 

With such online portal, people can make any online purchases just from their living room and just a few clicks, you can get any items delivered right to your door step. 

Besides the processes are so easy and fast, shoppers also save their time and money from paying petrol and the hassle of finding parking. One positive aspect is giving you big returns and that is what set apart Shopback  (https://www.shopback.my/) .





What is even more interesting in Shopback, is you not only save time and money, but you can enjoy a variety of great deals such as coupons, discounts and cashback.



So, how do you use Shopback? First of all, visit Shopback Malaysia, and then click on any of the icons that appear on the main page, then you will be directed to the respective website. Make your purchase as normal and you will earn cashback into your account within 1-2 working days.



This is something that should not be ignored. Get your favorite products with special offers and earn cashback on every purchase today also see Shopback 2015 offers here . Online shopping sounds double fun with Shopback Malaysia!



Sounds good huh?? A more reason to shop online , no ?? :D.

xoxo.



Thursday, May 28, 2015

sarapan apa hari ni ?

As salam.

Sarapan apa hari ni ? I ada satu tabiat , suka makan nasik lemak.cemana la nak kurangkan eh.huhu.tapi ,i rasa nasik lemak jual ni tak la sama dengan kita masak sebab santan dia tak la banyak sangat pun.macam i pernah bagitau  ,nasi lemak terbaik ,tersedap ,terbest i penah makan,adalah di keramat au 3 ,berdepan dengan perumahan polis ,kelumpuk teratai .



Who-can-resist-this-nasi-lemak-paru-with-delicious sambal-.


Close up lagi.see, bertapa i cinta gilla nasik lemak makcik .dalam fon pun boleh snap gambaq nasik lemak paru ni banyak-banyak kali tanda suka sangat la tu.seriously ,dah bertahun-tahun i makan ,rasa nya tetap sama ,sedap and tak berubah.i really hope ,dapat la p sana makan lagi.kenang kan jauh jer malas nak pusing.kalau tak ,memang dah lamaaaa p sana.addictive kot.





Pagi ni, i makan nasi lemak singgit.dah few times datang beli.gerai tepi jer.order drive and thru gitu.For me, with that price and portion nasik ,and sambal yang quite sedap ,sangat berpatutan la.sebab tu ,i kalau teringat nak beli ,i singgah beli sini jer.senang.

Ok la kan, harga seringgit jer .sedap.and affordable.haritu i beli ,colleague i kata sedap ,pastu siap request nak telor lebih.hahah.dia tak tau ,yang nasik ni siap bungkus and tinggal masuk plastik jer.takder choice nak lauk itu ini.hasben i pulak kata kuat belacan.for me, mana ada.sedap apa.taste masing-masing la kan.dia memang kureng sikit nasik lemak.mamak jugak yang dicari T____T.

Ada pulak tu,colleague i yang bukan orang malaysia ni ,depa kata ,' who eat anchovies '??? gitu.cam ala-ala ,eh hina ke ikan bilis nok.sebab depa kata ikan tu kecik ,and negara depa takdak ikan cenggitu.so ,macam pelik ,dah takdak ikan lain ke nak makan.apara..tu la,i kata peghak la hampa ni.huhuhuhu.


xoxo.



Tuesday, May 26, 2015

ahad hari tu


As salam.




Sempena meraikan kelantan ke final , walaupun tidak bernasib baik :D , kita breakfast nasi kerabu ayam percik.hari ahad haritu , bangun tidoq jer teringin nak makan ni. kt kd ni ada satu gerai juai masakan kelantan yang sedap.gerai ni dekat seksyen 6.actually ada banyak gerai situ ,and i can say boleh tahan sedap-sedap jugak.cuma so far ,yang masakan kelantan , i would recommend here.
''Selera Pak Da Pantai Timur " nama dia.kalau malam , gerai ni ada dibukak kat uptown kd.

Dah dua kali p sini nak beli nasi kerabu daging bakar , tapi dah habis.huhu.padahal ,masa tu baru pukul 830 pagi.korang ni sarapan macam nak masuk kerja ke apa.so, terpaksa la pilih ayam percik.lepas tu lupa nak suruh letak teloq masin & solok lada.kalau tak, mesti lagi umpphh..

Apa yang best kat sini, depa tak kedekut segala sayur & jugak rencah.sambal tumis tu siap letak banyak-banyak.haritu lagi best ,akak tu siap bungkus asing.memang puas makan.sedappppp..
Banyak choices pulak tu, ada nasi dagang ,nasi berlauk ,laksam,kuih-muih,pulut and so many foods yang memang tempting jer.next time nak try laksam pulak.and mungkin kena p beratur pukul 600 pagi baru dapat nasi kerabu daging bakar T________T.




Sebab breakfast dah berat , so terus skip minum petang.teringin nak makan laksa & bihun sup utara.yang follow blogger kathy jem /ceera noh , mesti tau gerai JZ coconut shake ni.sebab ni gerai best fren depa gak. adik kepada ayu blogger.
Tengok macam sedap jer and masakan utara ,so nak la try.dah la dekat dengan rumah.

Gerai ni dekat kg melayu subang tambahan.senang sangat , betul-betul berdepan dengan signboard "bandar pinggiran subang".u -turn kat depan sikit ,dah nampak.ini kalau datang dari arah kd /sungai buloh.kalau dari denai alam , just belok kiri.

Bihun sup tu memang sedap.letak sambal ,fuhhh best.daging pun banyak.terubat rindu bihun sup utara.very recommended.i order dua bihun sup and satu laksa.
Semangkuk tu cuma RM4.murah and berbaloi dengan rasa.




Try jugak coconut shake.letak milo tabur.pun sedap. harga RM 3.50 segelas.hasben amik ayaq nyoq tak mau gula tak mau ais.pun sama RM 3.50.



Laksa pun sedap.habis la semangkuk makan.kekekekkkee.
Lepas tu ,nak makan bihun sup pulak.maklum la ,share dengan eryna, dia makan berapa kerat jer,main jer lebih budak ni.



Nak makan sendiri ja, yang masuk mulut boleh dikira.berdikari la nak ,senang hidup mak .hehhehehehe.kalau suap jenuh bersilat ,so makan sendiri jer la senang.





Lepas dah kenyang , nak mendobi pulak.since cuaca tak menentu ,jemur kat yard tu ,kain tak berapa best pulak bau dia.so ,buat dobi sendiri jer la.sekarang ni bersepah dobi self service ni.kebetulan yang ni tengah promosi.10 kg cuma RM 2.50.untuk dryer pulak RM 2.

Tapi ,tulah dryer tu ,still ada yang lembap.tu kami dah bahagi dah tu.amik 2 dryer ,kira 1 dryer dalam 5-8 helai baju ja.pun ada yang lembap kena balik sidai kat rumah.
Lega jugak la baju dah siap basuh.tak la sakit mata.
Promo ni sampai hujung bulan ni ja.lepas ni ,cari promo tempat baru pulak lah.heheheheh.



First time buat dobi sendiri.selalu hasben buat.baru tau camno mesin ni operated.hehehe.
Beli dryer sendiri jer la nanti.tapi tengok mesin dryer tu pulas baju ,mak aih ,mau hancur rabak masuk kali ke 10 ni.so, kira alasan beli baju baru jer la nanti kan...T___T.


xoxo.

Monday, May 25, 2015

Hujung minggu di perpustakaan raja tun uda shah alam

As salam.

Weekend haritu , tetiba i nak makan nasi berlauk JJ kak wok tu.so, bila hasben tanya ,nak breakfast tak ,i terus cakap nak g JJ.kira nya , i akan ikut dia pegi kelas la.Eryna pun bangun awal sabtu tu ,dari pukul 8 pagi dah sibuk mengadap robocar poli back to back lepas tu siap sambung Thomas.dia dah tak minat sangat dengan Hi 5 and sofia tu.skang ni minat train ,kapal terbang pastu kartun robocar poli tu.pitam sikit la kan T_______T.

Sampai kat kedai dalam pukul 930 am, orang dah ramai as always.tapi queue tak lama pun ,dalam 10 mins ja.nampak geng the red warrior dah semangat awal pagi dah siap ber jersey bagai.semangat itu penting walaupun tak menang kan.opsss.hehehehehe.

Kali ni, i dah siap pesan brader tu ,nak sambal lebih.hambik kau, banyak dia letak, baru tercungap pedas weh.kes nak balas dendam haritu sambal sikit sangat.tapi suka la sebab rasa pedas gitu.
Lepas tu ,boleh plak hasben kata kelas cancel.lecterur sakit tekak.alang-alang dah sampai shah alam, takkan nak balik pulak.kang balik ,dok mengadap tv jer la.
Dapat idea nak p library shah alam.goggle tengok dekat kelab golf shah alam tu.tak jauh dah.
Eryna pulak ,cakap jer nak ajak tengok book ,terus semangat berkobar-kobar.haha.dia memang obses sikit dengan buku.walaupun baca nya tidak ,koyak jer lebih.huhuhu.

Library ni located dalam kelab golf sultan aziz shah tu.masuk jer ikut pintu gerbang , pastu amik kanan,kanan, then jumpa la tiba-tiba seketul library kat situ.orang parking kiri kanan jalan jer.
Untuk budak below 10 years, ada bilik khas kat bawah tu.yang dah lebih dari umur tu ,boleh la naik kat atas.since i tak naik atas , so i tak tau la ada apa kat atas tu.siap ada pameran kereta ,itu agak konfuse la jugak.
Libray ni bukak dari pukul 9 am-9 pm on weekends.









Nak masuk sini, kena bukak kasut .depan pintu tu ada banyak recycle bag tu.ingatkan untuk apa, rupanya , bukak kasut ,and letak dalam tu.bagus gak camni ,at least takder la kasut bersepah-sepah.
Masuk dalam tu ,bawak la sekali beg tu.jaga sendiri kasut masing-masing.




Besar jugak dalam ni.siap ada tempat untuk baring-baring tengok tv.ni mak bapak pun join anak-anak landing.
Eryna plak ,dah tak tentu arah semua buku dia nak pegang.pastu buat sepah.adoi ,sabar jer la.



Pokok ni dah jadik tempat budak-budak berlari main kejar-kejar.i ni siap pindah kejap g sini ,kejap g sana.tak leh duduk diam budak ni.tak tentu arah semua tempat nak p.
Si eryna ni siap berguling dah ala-ala hindustan dah.pastu dia tengok ada budak panjat atas rak tu ,dia nak join jugak.memang suara sapa lagi yang dok jerit ala-ala tarzan dalam tu.satgi-satgi "eryna"!!!!! satgi -satgi " eryna" !!!!..stress orang dengaq tau T________T.

Ada jugak sections untuk komputer.budak-budak ni melantak tengok youtube.
Kena bayar internet ,tapi i tak tau berapa charge nya.pastu ,ada 1 pc tu ,internet berjalan ,tapi tak tau sapa yang bayar.eryna selamba jer lepak tengok upin ipin .hihihihi.







Ada surau khas tuk budak laki & perempuan.surau mak pak ada kat bawah.luas and bersih jer.
Dalam ni pun ada toilet , so tak yah susah nak keluar masuk.suka la duduk sini.
Eryna boleh pulak siap berry.adoi ,padahal kat umah dah selamat berry kot.dah la seronok main ayaq dalam tu.toilet pun bersih.lega.





Kat sini ada banyak sections nak duduk.so sangat selesa.
Kafe pun ada ,tapi kat luar la.macam i tengok budak-budak ni ,depa p makan situ ,and harga pun  murah ,kira ok la.bersih pulak tu.
Teringat zaman i dulu ,p library negeri ..weekend jer la boleh p.tapi ,lebih kepada nak menggedik jugak aku rasa.muahahahahaa.usya-usya jer, takder aku berdating kat situ.kita mana ada bf masa sekolah.tak laku ..lolssssss.

Overall ,i rasa bagus la library cenggini.kalau dari kecik kita dah biasa bawak ,insya allah nanti anak-anak dah terbiasa mesti depa suka.
Lepas ni boleh jadi next stop centre la kalau ikut g shah alam.daripada dok tawaf butik jer, anak boring pastu buat pasal, kang mak sama naik hangin.elok lah g sini ,eryna dia suka jer.

xoxo.



Rezeki dari berniaga online part time :)

As salam.


Selamat pagi Isnin.
Saja nak kongsi kegembiraan kat sini.
Alhamdulillah ,tahun ni i layak lagi dapat FREE vacation hasil bisnes shaklee online ni.hehehehe.
Walaupun i belum layak ke international trip  ( Umrah / Italy ) , tapi i dah cukup syukur sebab bukan senang jugak i nak dapat FREE TRIPS ni.siap makan semua ditaja dekat hotel.and buat dekat different hotel lagi.

Macam untuk penginapan , akan stay dekat Palace of Golden Horses.lunch dekat tempat lain ,sebab ada tour kl tuk aktiviti hari Jumaat tu.dinner dekat hotel Grand Hyatt if am not mistaken.lepas tu esok nya , pun sama ,dinner will be tempat lain.siap dapat duit poket lagi.BEST :).




Tahun lepas pun i dapat gak .ni tahun kedua la i dapat reward setelah 2 tahun buat bisnes shaklee part time.how time flies kan.cepat jer dah masuk tahun kedua dah.i ingat lagi, yang buat i eager sangat nak buat bisnes ni ,sebab macam boring giller dok mengadap kerja opis.selain tu, banyak peluang yang tidak disangka jugak la dengan shaklee ni.rezeki eryna la jugak ,sebab i start amik shaklee pun sejak i pregnantkan dia ,pastu sebab nak fully bfeed ,alhamdulillah dapat la sampai umur 2 tahun ,baru i mix susu formula.kira perjalanan dengan shaklee ni agak sentimental la jugak.siapa sangka dari suka-suka ,boleh buahkan pendapatan tambahan pulak.gitew kan..panjang lebar dah macam nak promote jer ni.hahhahaha. ( well ,sapa nak join ,sila contact i ok ).

So , berbalik kepada shaklee conference ni ,tahun lepas , i dapat FREE stay dekat sunway resort hotel.bilik suite ok.boleh muat 6 orang kot dalam tu.betapa besarnya shaklee bagi tempat tidoq , dah la 2 orang jer setiap bilik.ala-ala hornymoon gitew.
Lepas tu , everytime balik bilik after activities ,mesti dapat goodies pack special.dalam tu ada macam-macam la ,dah macam welcome pack.

Bagus jugak dapat bercuti macam ni, ala-ala weekend gateway gitu.cuti sebelum berpuasa sebulan kan.btw , korang dah habis puasa ganti ke. i ada lagi 2 hari jer.insya allah nak settle kan by this week ,so that dapat rest kejap pastu berjimba pastu berpuasa,insya allah.
Alang-alang dah masuk bab puasa and shaklee ni ,nak habaq la, shaklee ada supplement khusus untuk kita yang nak berpuasa tu.jangan risau ,produk shaklee ni selamat , and green gitu.i pun dah prepare stock up segala vitamins untuk persediaan puasa.maklum la cuaca panas ni ,cepat jer kering tekak ,lepas tu rasa tak sihat la apa la.ha, kalau nak beli apa-apa tu, jangan lupa contact i olls ok..wasap boleh ,sms boleh ,email pun boleh..

019 4545 482
fadlina81@gmail.com


xoxo.



Friday, May 22, 2015

Penting nya ada wasiat

As salam.

Hari jumaat tetiba cerita wasiat.huhuhu.
Tadi ,lunch tekak i nak sangat makan ayam penyet Best kat ampang park tu.sebab kat situ jer i dapat refill sendiri sambal penyet tu tanpa batasan.tempat lain nak kena call waiter/ersss sepoloh kali baru nak datang.oh , kat waroeng penyet the curve pun boleh refill sendiri kan.
By the way ,i macam biasa ,kalau lunch kat luar tu ,kalau takder geng ,i selamba jer makan sorang-sorang.malas nak fikir pasal lunch partner segala.janji kenyang.hahaha.

Lepas dah makan tu , entah caner teringat nak singgah maybank.tujuan nya nak tanya pasal penama.
Lately , i macam tetiba baca/dengar pasal kawan-kawan i yang suddenly kematian suami.last year , two of my school mates lost their husband.left behind ,anak-anak.ada sorang ni ,anak dua.yang lagi sorang ,anak 3 and she was pregnant her 4th child, and the only daughter.so sad kan.masa i pergi visit , my fren ni agaknya dah takder air mata.dia cerita la pasal ,betapa arwah sangat hepi as anak ke 4 tu girl ,after having 3 boys.siapa sangka, arwah tak sempat melihat.and tabah nya kawan saya tu ,melahirkan anak tanpa suami di sisi.aduh..mengalir air mata saat menulis..saat dia bercerita ,mata nya bercahaya , penuh rasa cinta.aduh ,i speechless betul masa tu.

Yang kawan ada anak 2 orang tu ,husband dia meninggal sehari sebelum Aidilfitri tahun lepas,yes ,di saat kita seronok berkumpul bersama keluarga, my fren ni ,di hospital uruskan jenazah.tabah nya sahabat-sahabat saya ini.i masa tu baru sampai rumah dari kl.balik beraya la katakan.pastu terkedu orang dok ucap takziah kat kawan i ni kat FB dia.so, i kontek kakak my fren  ni untuk cofirmkan.sedih sangat.hari raya ke 5 ,i pergi melawat.pun sama macam kawan i lagi sorang tu , tabah sangat kawan i ni bercerita.dah la waktu tu,anak yang no 2 tu asyik nangis jer.i guess he rindu the father. :(..

Latest ,akak satu bilik dengan i masa kt itm dulu.the hasben left her with one kid.subhanallah ,baru i noticed ,kawan-kawan i ni semua anak depa lelaki.except for yang dapat baby girl last tu..semoga hero-heroin kawan-kawan i ni akan jaga ibu mereka sebaiknya.




So, berbalik kepada cerita awal tadi , i pergi maybank pun nak tanya pasal penama la.baru terfikir ,mana tau apa-apa jadi ,agak-agak macam mana bank nak settlekan.so , i jumpa produk advisor and dia explain pun sangat membantu.

I ni ada loan ASB dengan maybank , so i just wonder la, kalau anything happen to me ,macam mana nak tuntut.so ,dia bagitau ,depa akan buat cara faraid and pembahagian secara islam akan dilaksanakan..ok, yang itu clear.
Lepas tu that lady cadangkan ,untuk buat wasiat jer.bukan hanya untuk loan ASB tu ,tapi apa saja la i nak buat macam housing loan ke , kwsp ke  ( if tak pernah buat penama ) and so on.






Untuk kaum isteri especially ,sangat penting untuk suami buat wasiat.macam katalah jadi kes macam kawan i ni, dah la ada anak-anak ,kalau takder penama ,semua akan goes ke ahli keluarga ,macam mak, ayah, abang ,kakak ,baru lah sampai ke isteri.and kalau lah kata family tak nak amik ,nak bagi semua kat waris dia pun akan ambik masa yang lama, mau dalam 2-3 tahun.

Banyak jugak dia cerita kes ,yang isteri teraniaya ,maybe family tak suka ke.pastu duit semua jatuh ke tangan family.kesian la kalau isteri tu tak kerja.macam mana dia nak sara hidup dengan family ?
Kalau yang family bertanggungjawab ni ,insya allah la , duit tu selamat.
Again ,my point nak cerita pasal wasiat ni adalah , bila buat wasiat ,proses tu akan jadi mudah.cepat tu tak sure.maybe tak makan bertahun kot.





Tadi, that lady pun explain la, kalau i nak buat wasiat ( terus seram ) ,buat jer semua in one short.and bagitau siap-siap berapa portion nak bagi.macam contoh bagi kat mak ,ayah, hasben ,anak ,each 25 %.
I saja tanya dia ,apa dia advise untuk  %. comel pulak bila dia cakap , kalau dia la,lebih baik la bagi kat parents and anak-anak lebih.hasben takper , dia boleh kawin lain.hahahahah.mak pak mesti akan bagi punya portion cucu dia.gitew.terus i sambung ..kalau wasiat hasben ,bagi kat bini semua la kan..pastu nak gelak-gelak pulak dalam bank tu.hihi.

Well ,kita ni pun tak tau bila ajal menjemput kan.so, just buat apa yang perlu.i pun tak nak ,kalau i dah takder , hutang i tak settle.tergantung wei dekat 'sana'.macam paling simple ,hutang time study.memang la tak banyak ,tapi kalau orang terdekat kita tak tau ,satu hal pulak.macam insurans tu lebih kurang gitu la.dapat duit tu ,tolong la bayar hutang study i ok T______T.

Macam rumah ,sebab kami joint loan, so automatik , if anything happen to one party, bank akan settelkan 50%..sekarang ni, laki bini kena buat wasiat.kalau nama mak ayah kita atau mentua tu ok lagi, buat nya nama apa pun takdak ,pastu takdak orang tau pulak tu apa harta kita ada ,sikit pun still kan.yang dah pergi tu confirm la pergi ,yang hidup kena move on ,so dengan ada nya sedikit peninggalan tu dapat lah bantu apa yang patut.

Oh ya ,wasiat kalau dengan maybank ni, fee dia RM 1,008 siap ada GST 6%.hoish ,bila la GST ni nak set off ntah.lepas tu ,kalau ada nak buat perubahan kat wasiat tu ,kena charge lagi RM 300.so ,sebelum finalised kan wasiat tu, baca betul-betul and tengok nama betul and % tu jugak.

Ni tengah dok baca lagi segala kandungan dalam wasiat terakhir ni.nak taip pun seram semacam.

xoxo.





Thursday, May 21, 2015

first time pakai tudung neelofa

As salam.

Baru first time nak pakai tudung neelofa.sebelum ni tengok ramai yang review kata best.sekali pusing jer done.pastu rata-rata review kata tudung dia sedap.sebagai wanita ,paling tidak sehelai pun jadik lah buat try kan.tengok harga dia pun ok jer.

Butik neelofa ni di TTDI ,Kuala Lumpur.dekat dengan Naza TTDI.actually dari tepi jalan dah nampak dah butik dia ni.dok asyik planned nak singgah ,tapi tak jugak singgah.
Kalau ajak hasben ,dia kata kalau singgah kena beli.jangan p tengok ja, malu kat orang.eh ,boleh pulak gitu.kalau tak serasi , takyah la beli kan.

Boleh jer la nak beli dengan dealer.area kota damansara ni pun banyak agent sah neelofa.even dekat uptown pun ada.maksud nya ,kedai agent tu dalam uptown.tapi ,saja nak ber feeling p tengok butik dia secara live gitu. :D.




Ada weekend bila tu , kebetulan kawan ku ,Noor ajak p.so,kami menyinggah butik dulu la.asalnya nak p tempat lain.mujur la senang dapat parking.maybe sebab kedai sebelah tu tak bukak.masa sampai tu tengok orang boleh tahan ramai.suami / boyfren / lelaki pun ramai gak duduk kat sofa.hmmm..macam tak berapa syiok la nak try kat situ.kalau nak try ,takleh  bukak tudung.
Fitting room pun ada kat belakang sana , besar ,tapi ,again ada kaum lelaki duduk situ.tak privacy pulak kan.





As for me, hasben memang jenis tak masuk sekali kalau p butik ni.setakat tolong drive dia ok ja.pastu tunggu ja dalam keta....and I pun tak ajak.sebab faham la butik perempuan kot.mesti la orang nak try segala kan.and being me ,laki i olls tak kisah pun aku pilih apa ,janji menutup aurat.agaknya ada yang jenis ,try kena tanya laki , sebab tu la laki kena masuk sekali dalam fitting room tu..hmmm..sebab tu la , i suka ada certain butik memang dah tulis , "WOMEN ONLY".so, sila faham kenapa.we need privacy T________T.

Owh , btw nak cerita pasal tudung kan tadi.so, i tried few type and found out yang jenis jersey tu sedap betul kain dia.yang jenis chiffon tu ok la.kena pakai inner neck ,kalau tak ,nampak leher.and senang nak pakai.yang jersey tu sejuk jer.

Sebab i dah banyak tudung instant jenis plain , so nak try yang corak pulak.ada la jenis chic & apa ke benda nama dia.tapi dah tak banyak tinggal.try jer terus rasa ..best nya hai.senang lak tu nak sarung.in one minutes done.tengok harga RM73.uhuiiii.boleh tahan.pikiaq punya pikiaq ( bersama hasutan si Noor ) , last-last beli la selai.pastu dah ,laju-laju keluar.kang takut terjebak.diakui tudung neelofa ni lawa-lawa.apa lagi bila lofa pakai.macam wahhhhh..apesal minah ni pakai macam tu pun lawa giller....




Bukan neelofa ..tsktsktskkkkkk...

xoxo.





Drama terbaru tv3 ni macam best jugak



As salam.

Sapa dah addicted dengan cerita terbaru tv 3 ni. Dia..isteri luar biasa ?? eh ..itu ke tajuk entah. Actually ,i tak berapa layan drama time maghrib ni .sebab selain melalaikan ( LOLsss ) , ada orang tu nak tengok mickey mouse club house.itu jer la timing nya.
Lepas tu ,dah lama kot rasa tv3 ni takdak cerita menarik.haritu ada jugak la layan cerita zahira.yang zara zya berlakon dengan adi putra tu..gigih ok tengok kat tonton.my.
Tapi, memang best la.suka lakonan neutral zara zya tu.

Lagi satu ,awat entah ,sejak dua menjak ni ,kalau tajuk mesti kalau tak suami..ada isteri.suami ku ustaz , isteri separuh masa la.apa lagi entah.motif ???

Drama pukul 7 pm ni ,kira yang last tengok ,rindu awak 200%....pun layan kat tonton.setelah ramai kat best.tapi ,i rasa cerita tu best part bergaduh jer.hahaha.bila depa dah start berbaik ,pastu tetiba konflik perebutan si zul ariffin tu ,terus tengok skip-skip jer.i malas nak semak kepala cerita-cerita yang complicated ni. :D

So, yang drama terbaru ni ,entah kenapa boleh tertengok.eh ,not bad jugak.macam suka pulak tengok si Kam tu ( keith foo dah tak jadik abang sado dah ) ..hidup pulak watak dia bawak tu.hihi..
Pastu , i rasa jalan cerita dia logik la jugak sikit-sikit.so far , i rasa boleh layan la.
Hopefully , drama ni tak mengecewakan,sebab selalu nya, drama melayu ni kan anti-klimaks.dah best dah ni ,tetiba mula la masuk babak mengarut ,siap bomoh bagai.
Kalau ada gitu ,memang ku reject terus.ish ,tadi kata lalai kan. T____T.





Yang tak sempat tengok tu ,boleh la record jer atau tengok kat tonton.
So, takder alasan la nak maghrib pukul 8 pm,.
Eh ,si pelakon lelaki tu, bukan ke sedara kak pilla..alah ,blogger the kasih tu.rasa-rasa macam pernah jer kak pilla cerita kat blog dia kan.ke bukan..hehehehe.

p/s : lepas ni nak tulis novel la pulak.sekarang kan trend, cerita novel jer terus jadik drama.sebab tu kekadang macam tak logik sangat.imaginasi tinggi sangat. T_____T.

xoxo.

Wednesday, May 20, 2015

Baju raya syaiful baharim dari Zalora.my

As salam.


Korang dah beli baju raya ke.tudia kan..Ramadhan pun belum masuk ,dah sibuk tanya baju raya.patut kena tanya ,puasa tahun lepas dah ganti ke belum.hehehe.

I noticed la, sejak dua menjak ni, trend baju raya kalau tak jubah ,mesti kaftan.antara keistimewaan of course la, makan tanpa perlu risau perut buncit.hihihi.kalau nak berkebaya moden bagai ,makan pun nak kena kontrol.mana boleh weh.who can resist those lemang and rendang and lontong and satay and segala macam kuih muih yumss..tengah tulis ni dah berangan nak makan apa time raya nanti.LOLssss.

Tahun lepas baju raya i tempah awal.sebab nya ,adik ipar kahwin nak dekat raya ,so pakai ja baju yang sama.buat kurung moden ,menyesal la kejap sebab nak makan banyak tak boleh.kain tu boleh pulak macam ikut shape sangat .hahaha.

So, tahun ni ,i planned nak beli terus jer kat online.rasa-rasa macam nak pakai kaftan jer.senang bebas bergerak and perut pun suka hati. :).
Fikir-fikir punya fikir.risik punya risik ,i macam terkenan la pulak dengan Koleksi Syaiful Baharim . korang kenal ke tidak..tipu la tak kenal.dia pereka yang femes amos kot.selain dari engaged dengan artis-artis fofular tu ,terkenal gak di kalangan orang biasa macam i olls ni.yerlah ,orang selalu assumed ,kalau artis yang pakai mesti mahal.lepas tu malas nak survey.

Hey ,meh nak habaq ni.syaiful baharim collections for raya available kat zalora.my..sapa tak tau zalora kan.femes kot.i ni dok terbayang-bayang laki yang dalam iklan tu " Jangan bagitau mak,kakak,bla bla pasal zalora" .tapi i nak bagitau ,jom la ramai-ramai jengah zalora pastu pilih Koleksi Syaiful Baharim ni.harga pun tak mahal weh.sebab direka khas untuk pembeli zalora macam i olls ni..

Jom la kita tengok kaftan yang i minat tu  ( tolong jangan pilih yang ni.i dah chop dulu..kehkehkeh ).





Huwaaa.lawa gilla yang ni.ala-ala kaftan gitu.dah la tu ,kain dia corak cantik sangat.and susah nak jumpa design abstrak macam ni.simple and nice.flowy jer terletak.berdarah mata weh..








Yang tak berapa minat kaftan , boleh tengok ada jugak jubah and kurung moden.
Eh, jubah dia tu macam lawa giller pulak kan.ala-ala princess cut gitu.boleh la feeling elsa.

Macam kurung moden yang kat atas tu kan, nampak simple tapi cun.moden peplum gitu.yang penting labuh kat belakang and tak ketat sangat.sesuai la untuk ala-ala muslimah gitu.takmau la pakai jubah tapi nampak segala bentuk badan pulak kan.

I tetap la pilih no 3 dari kiri tu.lawa kan.cantik sangat sangat.







Antara artis yang engaged ngan saiful baharim ni macam kak misha kita la.and dato ct pun antara selebriti yang pilih syaiful as designer.

Apa lagi , nak pakai baju designer dengan harga berpatutan ???
Cepat la jengah Koleksi Syaiful Baharim di Zalora.my sekarang jugak.now and now.

Ok la, i olls nak log in masuk sekarang..tadaaa...

xoxo.


Tuesday, May 19, 2015

Hujan gini makan pisang goreng cheese pun sedap jugak :)

As salam.


Waktu hujan macam ni kalau dapat makan pisang goreng cheese pun sedap kan.hehehehe.




Pisang goreng cheese sedap bersari.sekumpulan adik-adik menjual di tepi jalan , sebelum masuk toll kota damansara.

I ni jenis tabiat, suka try and kalau sedap memang ku warkan.kalau tak sedap pun cakap jugak ,jangan p makan situ.hihihi..

By the way , ada la haritu i perasan , sekumpulan budak laki ni,tetiba bukak gerai pisang goreng cheese kat tepi jalan toll kd ni.macam i, masuk ja toll kd tu ,dekat traffic light tu kena u-turn baru la boleh p gerai tu.
Masa depa memula bukak tu kan, tak teringin nak singgah pun.sebab nya dah la signboard dia, bebudak tu recycle dari kertas pilihan raya ke apa ntah.pastu tulis ngan marker jer.dah macam apa tengok.seram pun ada gak nak beli.kihkih.

So, balik rumah, i komplen la dekat hasben.pasal budak muda berniaga tu bagus.tapi marketing strategy tak kena.bla bla komen..
Sebulan berlalu ( chewah... ) , tetiba i tengok depa macam dah ada banner baru.nampak menyerlah jer.teringin la nak singgah.tapi i kena terus straight je sebab nak kena fetch eryna dulu kat taska.takut lambat.
Then , balik taska i sanggup pusing balik semata-mata nak singgah.mujur la adik tu datang kat keta,kira order drive thru gitu.

Macam pisang cheese & choc ni harga RM6.
Sedap..panas, rangup,garing,manis.cheese & choc tak kedekut.
I berebut-rebut ngan eryna.hahahahha.
Dah la time tu hujan,memang keboloq lain macam la.

Pastu ,yang best tu,adik tu hulur bisnes kad .siap boleh delivery kat rumah.tak sure la pulak berapa charge delivery atau ada minimum order ke tidak.bagus la kan.makin hebat marketing.ni g kelas azizan osman ke apa ni.hehehehe.

I recommend la datang beli kat sini.for me, quite ok la sebab pisang tu pun tak la halus cinonet macam i pernah beli dekat satu tempat ni.hanya femes sebab artis promote jer la.baik beli kat adik ni.siap boleh drive thru.

Oklah, nak balik pastu nak singgah beli pisang goreng cheese & choc yang sedap.

xoxo.

Monday, May 18, 2015

Buat blood test kat Tropicana Medical Centre

As salam.

Eryna ni entah la.every 2 weeks asik demam jer.dalam 3 hari dah sembuh.pastu lagi 2 minggu demam balik.susah sangat hati.macam last 2 weeks , time balik kg tu ,dok elok-elok main segala , tetiba bangun pagi esok tu demam.high fever sampai 40 c ,terus nurse kat klinik sumbat ubat bontot,dalam sejam ,terus peluh and aktif.kuat betul penangan ubat tu.huhuhu.

Hari jumaat malam baru ni,tetiba macam dedar sikit.padahal masa fetch kat taska,kemain lagi berpeluh baru lepas main dengan kawan-kawan.aiyoh. dah masuk kali ke 4 dah ni.tak leh jadi la.mula la risau pikir macam-macam.

Sebelum ni ,kalau demam ,masa dia baby ,bawak g paed kat kd ni.bagus dr chua tu.tapi, sejak dah ada panel kad ,so bawak g klinik biasa jer la.ubat tu lebih kurang sama jer dengan dr chua.cuma kalau g paed dia lebih details.kalau klinik biasa ni ,nak cepat jer.

Lepas tu ,eryna ni dah 2 kali on antibiotik which i think , lama-lama macam dah tak immune.abis tu, tetiba demam kan,apa kes pulak.
So, sebab demam dia tak kebah eventho dah sumbat ubat bontot tu ,so we decided for blood test.masa tu fikir , TMC jer la yang dekat dengan rumah.nak p KPJ damansara ,macam jauh sikittt la dari umah.and fikir kan yang demam dia tak surut.dok maintain 39.8 dari pukul 2 petang.

Sampai TMC dalam 5,30 pm , pergi kaunter and register ,tunggu punya tunggu, 615 pm baru nurse attend.aiyoh ,kalau aku tau lambat gini ,baik la p yang jauh dari rumah macam kpj tu.then ,nurse suruh mandikan and tunggu kat bilik.tunggu kat bilik tu pun lama wei.pukul 7 pm ada la mo check pastu dia kata buat blood test and bagi lagi ubat bontot tapi kali ni dos up , 250 mg.kalau ubat bontot yang biasa doc bagi tu dalam 125 mg.p
Pastu melepak la kami 3 beranak dalam tu.dok pikiaq tu nak admit jer la.at least insurans kaver la.ambik blood test tu mahai kot.





Again ,tunggu lagi almost maghrib nurse mai dengan doc.
Apa lagi ,meraung la cik kak tu first time ambik darah.siap boleh pulak sambil keriau tu, dia kata nak makan nasik.yerla ,tak makan ,tak minum since tengah hari,mana tak lapaq.
Lepas dah habis amik darah, kena tunggu sejam pula untuk result.

Kafeteria semua dah tutup.mujur ada 7 E.beli susu ,milo,nasi lemak and umpan chips.
Pastu bawak p main kat play room tu.
Dah habis maghrib pun tak jugak call.boring nya hai..
Effect ubat tu ,eryna aktif balik.bukan main lagi dengan tangan berbalut tu melompat sana sini.

Around 830 pm ,nurse call cakap test dah keluar.
Alhamdulillah , test influenza and dengue semua negatif.
Cuma ,ada jangkitan virus.sebab tu demam.tapi virus yang manja-manja.
Nak admit ,sekali bilik semua penuh tinggal suite saja.konfirm la insurans tak kaver. T______T.

So,terpaksa la balik rumah jer setelah berjam-jam kat sana.
Nak tunggu bill tu satu hal lama gila kot,nak dekat sejam.padahal berapa ketul jer patient kat situ.
Adoi, serba serbi slow motion la sini.serik pulak nak mai sini.huhuhuhu.
Seperti dijangka , bill total RM 580.fuhhhhh...

Yang ralat tu ,sebab takdak detail explanation untuk setiap test.yes, they do bagi la list apa yang depa buat tapi bukan nya kami faham semua.frust betul.dengan charge yang mahal tu , macam tak berbaloi.serik la pulak dah nak mai lagi walau dekat dengan rumah.

Anyway , tulah orang kata , anak sakit ni, kifarah dosa mak bapak.hmm ,kalau cakap kat laki aku ni, dia akan kata ,dia takdak dosa la tu..so, konfirm la ,sebab dosa mak ke apa ni.huhuhu.
Rasa-rasanya semua mak pun akan keep on saying.keep on wishing ,kalau kita dapat gantikan penyakit tu ,kita nak ja amik.yang penting anak kita sihat walafiat.same goes to me...well, only HE knows better.

Semoga eryna tak demam lagi and dijauhkan dari penyakit berbahaya.
Moga terus sihat & cerdas as always.

xoxo.


Perihal selfie budak tu la...

As salam.

Happy monday.kena berlagak ceria supaya tak rasa kebosanan atau monday blues.
Dunia sejak ada FB , teknologi canggih ni senang ja nak viral kan.
Saja la tetiba nak komen sikit pasal selfie uitm ni.
Maklum la , i alumni uitm kot.

I malas la nak komen bab protokol segala tu.
Sapa alumni uitm mesti tau , time konvo memang lama.hazab wuu tunggu.sebab uitm ni jenis protokol.especially sapa yang kena konvo dengan Agong.lama weh,
Siap between majlis ada intersesi nyanyian.
Masa rehearsal pun dah siap warning itu ini.and dah bagitau masa bila nak kena senyum , nak berdiri kat mana ,berapa jarak.sebab kang nanti amik gambar tak lawa padan muka.
Tambah time i olls dulu, zaman guna kamera kodak ,apa yang orang amik ,itu jer la yang ada,mujur la 2 keping ok.yang penting time terima scroll tu pic lawa.muahahaha.yang lagi satu tu ,agak sendu la.mata cam juling.hihihi.

Masa semua duk viral tu ,i baca komen.haha.
Satu tabiat ku , suka baca komen nak tengok pandangan 'bijak' pandai orang Malaysia ni.
As usual ,nama pun Malaysian ,tak kira la bangsa apa , isu nya pasal budak tu selfie masa konvo kot.tetiba komen yang masuk ada yang out of topik.tetiba cerita pasal politik.cerita pasal malaysian law la apa la.aku sikit pun tak heran bab politik sebab i am not sokong mana-mana pun.cuma nak highlight bab kita yang suka melarat...komen pasal selfie budak tu sudah lah.yang dah masuk segala mala topik tu dah kenapa kan.

Betul.kalau student kat oversea boleh menari menjerit bagai.
I've been there masa my sister konvo kat usa dulu.siap menjerit segala kawan-kawan dia.
Mujur adik aku perempuan ,so dia tak la menari dendang sayang atas tu.yang budak laki memang sempoi la.tapi ,adik aku sempat peluk lecterur dia lepas amik scroll.uni dia ,lecterur duduk on stage.so ,masa macam dragged sikit sebab student amik masa nak peluk lecterur pulak.
Itu di oversea , yang ni dekat UiTM beb.dah memang ada protokol.siap ada yang komen ,alah ,protokol jer.apa salah langgar.hukum dunia.bukan agama.perghhhh..ayat kan.

And i don't bother pasal adat istiadat universiti lain.
Why bother bak kata si AA kan.

Memang la,itu protokol kita buat.takdak dalam Quran.
Bagi aku ,kalau simple macam tu kau tak boleh ikut , macam mana bila kau kerja nanti.
Owh, nak langgar rules ,boleh resign masuk co lain.gitew ?? atau buat bisnes sendiri la.so boleh suka hati buat rules sendiri.yes, bagus jugak orang yang suka langgar rules ni duduk sendiri jangan bercampur sebab boleh jadik toksin..sorry to say.
Sekarang ni ,nak cakap kat yang komen-komen tu.budak yang selfie tu rasanya dah buat permohonan maaf kan.so ,semoga dijadikan pengajaran.
Kita kena cuba belajar untuk hormat menghormati.ada tu siap komen ,oo graduan uitm ni hampas la apa la.amboi.sedap sangat bahasa.hanya sebab langgar protokol ,so terus nak label universiti la.dah kenapa la korang ni kan.low mentaliti sangat.

Apa-apa pun, as a lesson ,kalau uitm ada protokol ,ikut lah,.
Kalau korang bangga dengan universiti oversea tu ,terpulang.i am still proud to be one of the accountancy student in uitm and be what am being now.alhamdulillah.
Kalau rules kecik ni pun kita tak boleh ikut , agak-agak yang lebih berat seperti yang ditulis dalam Quran tu kita mampu bawak tak ?

-Just my two cents-
xoxo.






Friday, May 15, 2015

Nak let go : Beg diaper storksak olivia

As salam.

Update : SOLD OUT.thanks buyer.

Haritu bukan main meroyan nak diapers bag.lepas tu mula la gelisah sebab tak guna pun.
I beli storksak ni masa bulan Feb haritu.lepas tu boleh kira la berapa kali i guna.
Takder reason apa pun.sebab nya i ni end up akan bawak beg yang sama.iaitu beg p opis yang tu, beg nak kuar jalan pun yang tu.semua sumbat situ.kes malas nak tukar-tukar henbag la ni.



Condition diaper bag ni still ok.i can rate 7/10.sebab jaranggg guna.macam less than 10 times kot.
Actually macam sayang pulak nak let go.tapi i sekarang tengah dalam fasa nak let go semua barang.tapi yang molek-molek lagi la.tak sanggup la nak lelong kalau sendu barang-barang tu.



By the way , as I told , storksak ni jenama diaper bag yang very well known and design yang stylo.kalau goggle pun banyak yang mesti setuju beg dia tak macam normal diaper bag.boleh gak bawak gitu g jenjalan and sangat spacious.boleh sumbat memacam.and yang penting ada banyakkkk giler insert.

Sekali sumbat barang boleh sampai 10 diapers , 3 helai persalinan baju ,wet tissue segala, charger ,wallet ke ,telekung and segala mak nenek.yang best poket depan tu kiri kanan ( nampak zip kat depan tu kan,so boleh bukak tutup and letak barang lagi ). Lepas tu boleh letak susu botol dalam 2 ,3 botol.nak bawak thermos  ? no hal ,ada thermos nyer sarung tu ,so tak la kita kena air panas pulak.

Includes masa purchase tu ada diaper mat yang besar .budak 3 tahun pun muat takder lebihan.mak-mak wajib ada diaper changing mat ni.i dah biasa ,kalau g mana-mana baby room nak tukar ,eh mesti nak lapik kita punya.we dunno baby sebelum tu mak dia tu hygenic ke tak.i saw few times mak-mak ni main selamba gitu jer salin anak.ada yang jenis tak basuh dengan air pun.ish, tak bersih weh.pastu kotor abis tempat tu.that's why i prefer berlapik kita punya.buat nya budak tu baru baik dari demam ke apa ke , takder la berjangkit.blame the parents not the babies.




Well ,lagi best tu, bag ni jenis Olivia kaler hitam.warna paling selamat.seriously weh memang tak nampak diapers bag.kalau hari biasa tak bawak barang anak ,boleh la bawak g jenjalan.yang penting lightweight.bawak barang banyak pun tak berat.dah serupa poket doraemon semua barang sumbat dalam tu khen.
Tu siap bergaya bawak p opis.ni time interview haritu ,siap sumbat file A4 dalam tu tak mau orang notice datang interview.hehehehe.

I nak let go RM 300 with postage.only INTERESTED buyer ok.and this one of course ORIGINAL.i tak beli tiruan ni sebab memang tau ,kalau beli original ni tetap laku kalau kita jaga elok-elok.lagipun i rasa storksak ni susah kot nak jumpa yang tiruan.
Harga asal ,kalau korang check dekat online seller ada yang jual range starts from RM600 -RM700 with postage.

So,kalau korang bijak pandai nak nego ,u can try me.mana tau i olls tengah baik hati masa tu :).
Yang minat jer.nak pic ke apa ke nanti i snap bagi.boleh jugak kalau nak mintak e-mail.
COD hanya di area bank negara and kawasan rumah i , di damansara.

Happy weekend.
Xoxo.




Thursday, May 14, 2015

Nasi berlauk kak wok JJ , TTDI Jaya

As salam.


Sekarang kan weekend kena berdikari buat hal sendiri.ada times ,kalau rajin ikut la hasben p kelas.setakat drop jer la,pastu merayap la ke mana-mana.kalau hari ahad memang malas sebab kelas dari pukul 8 pagi.dah gaya macam nak pergi opis pulak la awal pagi dah siap mandi.

Sabtu haritu ,ikut sekali.since kelas start pukul 11, so takder la nak terkejar apa pun.siap punya siap,kemas itu ini,sekali tengok jam dah pukul 10.30 pagi.so memang tak sempat la nak breakfast sesama.jadi , drop jer pastu p makan dengan eryna.

Mula-mula tekak tu macam nak makan megi goreng.so far yang sedap kat restoren subaidah dekat dengan rumah ni.since dah ke shah alam ,dok pikiaq nak makan kat hakim jer.sapa duk shah alam ,especially student itm mesti tau hakim ni.legend ooo.kaya hakim ni.tapi sejak ada banyak choice ni tak tau la best lagi ke tak.dulu zaman studi mau seminggu tak makan tak sah.


pinjam dari goggle


Tengok jam ,dah almost 11 am.ntah camne tetiba boleh nak makan nasi berlauk kak wok.terus pasang waze, tengok dalam 11 km.ok la,jom la p sana.
Nasi berlauk kak wok JJ ni kat TTDI jaya sana.jangan silap TTDI  pulak.bukan kuala lumpur tau, tapi TTDI Jaya shah alam. kalau datang dari shah alam tu , from Giant tu straight jer hala ke monfront boys school.kalau datang dari NKVE , kena amik kiri.

Landmark , sekolah kebangsaan TTDI.berdepan dengan sekolah tu ada shop lots, so masuk jer kat situ .kedai dia kat hujung sekali ,corner lot.




Masa sampai tu tengok queue panjang jer.siap berdoa, jangan la kau habis yer nasik.kempunan mak encik nanti.dah la kami berdua ja, si eryna pulak tak mau berdiri.kena pulak dokong.kat situ depa dah buat 2 lines ,so beratur la tunggu order.
Tu brader tengah bungkus nasik.laju pulak tu depa buat kerja.




Makanan kat sini cuma nasi berlauk ayam.lepas amik nasi ,sila la order air and bayar.pastu baru makan yer.
Kat sini ,makan takdak pinggan ,semua bungkus dalam kertas brown tu.so, sampai turn cakap jer la nak berapa.sebungkus RM 5.50.dalam dia ,nasi putih ,ayam goreng ,kuah gulai and sambal.untuk eryna ,tak payah sambal.





Nasi dia ok la, ,memang kena ada sambal baru umph sebab gulai dia tak pedas.kelantan kan,and bukan gulai macam utara.lain sikit.sedap makan panas-panas.tambahan ayam tu depa potong kecik and goreng garing..memang best.sambal dia sedap.haritu lupa nak mintak banyak.sikit sangat dia letak..mana la cukup untuk pencinta pedas macam i olls ni.




Untuk air ,boleh la cuba air bandung kaler hijau .yang lain tu air standard jer.since tak pedas, eryna makan setengah bungkus tu abis.
Bagus jugak konsep kedai cenggini sebab tak payah basuh pinggan.basuh gelas jer la.pastu lap meja jer.tempat pun banyak jugak.even orang ramai ,takder masalah,semua orang jenis, dah abis terus bangun.nanti staff datang kemas.

Sebab tak puas sambal haritu sikit sangat , insya allah weekend ni nak p lagi la sana.nak mintak sambal extra banyakkkkkkk.biaq bengkak bibiaq tu.ehehehehehe,

xoxo.



Wednesday, May 13, 2015

Memory dari fesbuk

As salam.


Suka pulak function baru yg ada kat FB ni.alah ,yang pagi-pagi kita bangun tidoq jer ,ada memory (ies ) to look back pada tarikh tersebut , tapi di tahun berlainan.
Makna nya sapa yang lama dah kat FB ,pastu rajin update status ,boleh la tengok balik apa status hampa dok meroyan tu.boleh buat tersengih sendiri.

Ada tu ,bila tengok balik memory tu baru teringat ,ooo waktu ni aku buat apa.oo waktu ni aku meroyan rupanya..teeeeettttttt.sebab tu la orang selalu pesan , tulis yang elok-elok ja dalam FB tu.bukan la berlagak baik ,tapi who knows yang kita dok meroyan tu kang keluaq balik ,sendiri malu. :). Lagi pun ,for me ,apa yang kita dok tulis melambangkan diri kita.so jangan jadi keyboard warrior...gichuuu..

Terpaling i ingat waktu bulan Apr -May ni adalah waktu p holiday.dah la sekarang rasa meronta-ronta nak p holiday.tapi nak kena saving yang penting dulu.huhuhu...

Bila tengok memory ni ,baru perasan last chop passport adalah 3 tahun lepas.huwaaaa...lepas beranak , cuti dalam malaysia ja.kira paling jauh p adalah sabah.eryna merasa la naik kapal terbang masa fly p sabah & sarawak.niat tu ,selain umrah ,nak p disneyland.tengok mickey mouse la ,feveret dia.






Bulan April 2011 , ingat lagi kenangan backpackers p korea dengan geng bujang.
Paling best tu , 3 hari sebelum ke seoul ,p vietnam for work.as soon as balik malaysia, sempat rest dalam 8 jam je kot ,pastu pagi-pagi dah gerak ke airport.mujur la flight tengah hari.seronok punya pasal ,letih tak terasa.11 hari merayap akt seoul tu ,balik jer malaysia memang flat habis la.

Di seoul ,semua tempat jelajah.pasar-pasar dongdaemun,insadong,myeondong tu takyah cakap.sampai muak ulang alik.
Jangan lupa p nami island & everland.
Kami tak sempat ke Jeju Island sebab tak cukup masa.




Lepas tu ,kahwin - honeymoon di phuket.lepas tu pregnant ,teman parents p USA.adik nak konvo.
Kira paling jauh la flight.dah la pregnant 7 bulan, selamba ja flight almost 24 hours .hehehe.dah la tu ,excited punya pasal , sampai kat Buffalo , orang lain dah flat nak rest , i olls siap merayap-rayap sukat kawasan.sampai mak teguq , aktif kalah orang tak mengandung.hehehhehe.



Niagara Falls -riding Maid of the Mist.best sangat sangat sangat.
One of  seven wonders in the world.
Air terjun nya sangat menyeramkan dari atas.macam kalau jatuh habis la.
Tapi, ada gate keliling tu ,kalau tak panjat ,camno pulak nak jatuh khen..hehehe.

Pastu waktu riding boat ni memang speechless.word can't describe.picture don't do justice.
Andai diizinkan nak bawak la eryna and ( adik-adik dia ..insya allah ) mai sini :).
Dulu ikut masa dalam perut ja kan.






Alhamdulillah ,sepanjang kat sana sihat walafiat.siap 2 minggu kat sana berat tak naik pun.hehehe.padahal throughout pregnancy , setiap bulan naik 2 kg.ada tu sampai 5 kg kena marah dengan nurse.T________T.
Sebab tu orang kata ,waktu pregnant ni kena banyakkan berjalan.





New York times square.fe-feeling NYC sangat..lulsss.
Berjalan sepanjang malam.
Ambik gambaq yellow taxi adalah wajib.
Ralat tu tak sempat nak melawat statue of liberty.WAJIB datang lagi.




Washington DC. semua monumen kami p tengok.jalan kaki je tau.
Jauh kot dari satu tempat ke satu tempat.
Yang ni the capitol.sempat melawat sampai white house.

Overall ,dapat cover 3 tempat jer , Buffalo , Washington and NYC.rugi jugak tak melawat Toronto Canada.padahal dah sempadan Niagara Falls sahaja.takpa lah, mungkin rezeki di kemudian hari.insya allah...

I really need a BREAK....huhuhuhu...

xoxo.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...