LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, April 30, 2015

Harum manis kembali

As salam.

Sebelum apa-apa , kena bagitau siap-siap buah pelam harum manis ni tak jual.masih jual shaklee supplement ja.hehehehehehehe.
Jadi, maafkan daku kalau gambar di bawah menggangu ilusi minda dan tekak.


Untuk orang perlis, time bulan apr -june memang musim harum manis.yang tak pernah makan buah mempelam ni, cuba la sekali. TAPI kalau lepas tu dok teringat ,am not responsible ok.


Yang tak tau , pelam harum manis ni hanya ada di perlis.tanam tempat lain dia tak menjadi.mungkin sebab keadaan baja ka tanah ka tak sure.kalau ada harum manis dari negeri lain itu nama harum tak manis ...hahahahaha..gelak p la kan..


So, harum manis ni akan berbuah sekali setahun , dan hanya sebulan mcm tu ja.proses nak tanam tu ambik masa la setahun ,tang berbuah sekali tu ja la.tapi sekali berbuah, banyak la.and yang penting rasa yang sedap ,manis dan sangat berbeza dengan mempelam biasa yang hampa pernah makan.


Harga dia pulak tak murah ,around RM25 per kg. dapat la dalam 1-2 bijik macam tu ja.tapi, buah tu besar jugak.and untuk belian selalu nya kena queue.kena careful kalau order online takut kena tipu.sebab orang yang tak pernah makan buah ni, dia memang tak kan tau la rasa macam mana.so, pastikan beli dengan orang yang hampa familiar.


I pulak, tak yah beli sebab ayah ada tanam .tapi tak banyak la.saja buat hobi ja sejak pencen.tahun ni menjadi elok compared last year banyak yang buruk and tak berapa manis.
So, last week, my bro balik kampung and dapat la bekal harum manis.boleh la merasa 4 biji.ni nak balik kg harini mesti dah makin lebat buah dia.syok nyaaaa....


Pastu, my in law pun ada tanam harum manis.yang ni memang untuk jual.tapi kami dapat free la.hehehe.and again ,walaupun depa jual, selalu nya pemborong dah start booking so, again tak berani janji if we can get any extra.gitew.




Orang utagha ni jenis makan pelam dengan pulut santan.i pulak tak gheti.kadang-kadang kami makan dengan durian.i lagi suka makan pulut dengan ikan kembong  ( atau temenung ) pastu letak nyoq sikit.sedap weiiii..


Malam tu, i tanak pulut satu pot.nak bagi lemak, rendam dulu lepas tu letak la satu cawan santan and satu cawan air.kukus lagi best.lemak elok.sedapppppp...pekena pulak dengan santan yang di masak dulu, perghhhh sedap wei.






Eryna siap makan bertambah.dia memang ikut pak dia betui bab makan puluit dengan pelam/durian ni.pastu asik siram santan tu.dia kata nak sup.hihihi.
This is how we eat puluit pelam.letak santan & nyoq.






Mama pulak, cam biasa la, pelam tu makan gitu jer la.layan makan pulut dengan ikan.sedap woooo.3 ekoq pun tak cukup.pastu letak sambal bilis hijau.mak aih, sepot tu tak cukup 3 orang,hehehehehe..terliuq pulak sambil dok menulis ni.mujur la satgi dah nak balik kg, boleh la makan puluit lagi.
Selalu time brekfes lagi ngam ho pekena puluit.memang terangkat la.

I olls cuti sambung sampai selasa.syok nya dah lama tak balik kg,
Nak makan nasi kandaq , rojak mak bee, restoran anjung keli ,pelam harum manis and bla..bla..bla..misi tambah berat dengan jaya nya.....


xoxo.




Tuesday, April 28, 2015

Rakshee Kota Damansara

As salam.

Haritu tengok kat IG si terlajak laris tu, dia tengah makan kat kedai ala-ala boat noodles.check tengok, ok dekat ja, dengan rumah.wajib la try.
Tapi, yang ni depa buat bakso.berasaskan daging.yang tak makan daging, macam tak berapa friendly la sebab  most dishes ada beef.

Be it bakso beef, burger atau pun pasta.mostly ada beef.
Btw, Rakshee ni dekat The Strand , KD. Sebelah Ariani tudung atau senang cerita , kedai serena anak chef wan dulu. pernah datang sekali makan char keoy teow pastu tak penah datang dah.sekali tengok , dah tutup. and Rakshee pulak masuk meniaga...

Ada setengah orang kata , kalau take over tempat yang pernah tutup , takut kena badi.tapi ,kita doakan semoga Rakshee berjaya dalam bisnes ni.and am sure they will sebab konsep dia yang santai & menu dia pun jenis light.sesuai untuk santai....
Eventho macam hampir sama dengan boat noodle  ( tang guna mangkuk kecik & price at RM 1.90 ) , tapi tak sama sebab menu lain.konsep la hampir sama.kira sama tapi tak serupa.







Design dia cute.cuma tempat jadik kecik sikit sebab ada kaunter kat belah tepi.
Kitchen dia , open concept.
Mostly muda belia lagi berniaga.bagus la, mesti Gen X ni kan.hehehehehe.




Ada teh botol and peach. sedap. tak cukup sebotol.
Harga sebotol RM 4.50.
Ada few additional menu besides boat bakso.
So, we gave a try thai linguine.




Konsep self service. so, benda warna merah tu akan berbunyi tanda makanan dah siap.boleh collect dengan kitchen kat depan tu.bagus jugak konsep macam ni. pekerja boleh tumpu sediakan makanan jer.depa pun tak charge on servis.



Fruit tea tu rasa peach.sedapppppp..




Kalau boat noddle lain sikit kan mee dia. so, bakso ni memang terserlah beef kat situ 2 ketui.besar la dari normal fish ball kita selalu tengok tu.
Kami order 6 bowl jer.eryna makan satu pun tak abis.kerja dia main-main jer lebih.

Noddle dia seciput sangat la pulak.T___T.ada la dalam satu sudu.sekali sauk ,jer dah settle.hahahahaha.makan la beef tu buat ratah.
Maybe pihak cafe boleh la tambah barang seurat dua bihun.tehehehehehehe..




Macam biasa, sos kena la ada.yang nampak cam air , itu lemon.i letak sambal hijau & lemon pun dah cukup kaw pedas.sedap la jugak.kalau ada chili flakes pun best jugak.but sokay, itu pun dah cukup dah.




Thai linguine.yang bulat-bulat tu beef la tu.ok jugak rasa dia.pedas.harga RM 9.90.
Not bad.dok teringin nak rasa burger beef tu.maybe next time.yang order tu pun dah cukup kenyang.ke sebab banyak hirup sup.kenyang sup la jawabnya.




Kalau nak makan kat luar kedai pun ok jugak.boleh jer lepak-lepak.
Sebab kat dalam kedai tu crowded and tertutup.
I tak suka lepak luar sebab risaukan budak kenit tu jer.kang dia lari ke apa ke.risau gak sebab depan tu kan jalan besar.




Tengok la budak kenteng ni.suka betul main-main.ajak amik pic, ni jer lah paling semenggah dia bagi.very playful.kat taska pulak jadi pelakon air mata.

Ni dah dua hari asik menangis waktu pagi.dia nak i hantar g skool, tapi masalahnya i tak boleh sebab nanti i akan sampai opis lambat,.mengamuk sepanjang jalan hasben cakap.pujuk pun tak jalan.sabar jer la.so esok maybe i akan hantar dia.but, kena la bangun awal.dah la nak gerak bangun tidoq pun payah.mau nya tidak ,malam orang dah tutup lampu semua, dia boleh dok buat gimnastik.geram jer tau..


xoxo.




Monday, April 27, 2015

Teringin ayam penyet

As salam.


I memang penggila ayam penyet.tapi, le hasben tak berapa suka.kalau terpaksa ,dia paksa rela la teman.sebab tu ,kalau ada time waktu lunch hour, dapat makan ayam penyet ,baik la makan dari tunggu dia.

Tapi, haritu ,di sebab kan dah balik rumah after work baru terasa nak makan, so terus la ke the curve.setelah tengok dalam blog soraya tu ,kata ayam penyet Leko tu sedap.meh la kita cuba , pass tak kat tekak ni.


Ada waroeng penyet gak kat situ.tapi, sebab dah pernah makan, so nak try Leko la pulak.
Betul-betul sebelah dip & dip .ramai jugak orang makan eventho dah malam.
Tengok-tengok menu..hmmm boleh tahan jugak la harga nya.RM12 only for chicken.maknanya takdak set la.kena pilih asing-asing.




Ayam penyet sendu di tasik madu....




Ribs penyet sakitnya tuh di sini..hahahahhaha




So, i order ayam penyet, hasben amik ribs penyet ( baca review kata sedap ), pastu order nasi putih 3 pinggan , sup urat ( layu di tasik madu-sebab macam cair jer ) and air ( cincau + air kosong ).sebab laki ku itu nanti kalau takdak kuah, kang tercekik.persis bayi la sangat, makan takdak sup, nak tercekik.


Untuk makluman, first time la makan penyet-penyet ni takdak tauhu & tempe.kedekut ke camne ni? yang ada hanyalah sayuran yang sendu.ish..berapa la sangat tempe & tauhu tu kalau letak sekali dalam bekas tu.
Kalau nak order , sila la amik asing, harga RM 5.90 ,which tak berbaloi ku rasa.. T________T.

Sambal nya ada 3 tahap , tak pedas, pedas and sangat pedas.ala-ala nandos...kami amik pedas.and tak cukup la pulak sebab sikit sangat.mintak extra mujur tak kena charge.hahahahahhaha.

My review, biasa jer.sambal nyer tak umph.don't think to go there again ( unless ada org belanja ).
Harga untuk order tadi RM 65.sekian..terpaling mahal dalam sejarah makan ayam penyet untuk 2 orang..macam tak berbaloi.tapi, ok la sesekali cuba plus orang lain bayarkan ( muahahahah ).
And memang sekali ni jer la pi makan situ.




I have tried few ayam penyet yang sedap macam wang solo kat ampang.itu memang sedap gillos.tapi, wang solo kat shah alam seksyen 7 , bagiku tak berapa umphh.so, mcm tak pasti ini branch ke francais ? rasa tak sekata.
Macam yang ni nasi ayam penyet kat ampang point,sedap.boleh la kalau terdesak nak kena p sana makan,cuma parking sangat hazabedah ampunnnnn..

Disebabkan ayam penyet ni ada banyak kat ampang,sila jangan konfius...


Sebabkan tak puas hati makan sambal penyet yang tak best, so teringat pulak kat ampang park ada ayam penyet best ( nama kedai ) and memang best.selalu jugak makan sini.and portion besar.yang best tu , depa ada set yang berharga RM 12.90  ( dulu sebelum GST murah sikit la...ni harga lepas GST ) .dalam set tu complete nasi , ayam yang besaq , sambal sedap ,and sup.pendek kata puas hati.




Tapi, boleh pulak, hari jumaat haritu pi makan, sambal nyer macam terlebih tomato.huwaaa..dah kenapa semua ayam penyet nak sabotaj ni....BUT, memandangkan , portion nyer besar, serdak penyet pun banyak & boleh refill sambal banyak kali ,maka di maafkan,.yang penting ada tauhu & tempe tak yah order asing.haahahahhaha....
Gambar atas tu , masa i pernah tapau makan kat opis.masa ni sambal dia sedap jer.takder la terlebih tomato sangat...puas hati kan portion nyer.sebelum GST RM10.90 jer.mujur lah ,harga naik tapi portion tetap sama.jangan la ,harga naik ,pastu portion makin mengecut.kesian la kat rakyat marhain...maklum la dah 42 juta kan dapat kutip..opssss...T______T


Untuk tekak ni, sambal ayam penyet AP kat wangsa walk paling terbaik.tapi, ( banyak sangat TAPI ), restoren tu dah tutup.mula-mula ingatkan depa pindah, pusing punya pusing memang takdak.sedihhhh sangat sebab situ memang sedap.sambal nya buat kan i boleh feel lagi even dah lama tak makan.ayam penyet AP tempat lain tak best macam wangsa walk.so, sapa yang tau mana depa pindah tolong la habaq mai ok.yang dekat luar wangsa walk mall tu takmau, dah pernah makan.biasa-biasa jer....


Any suggestion ayam penyet yang SEDAP ? maksudnya , ayam penyet yang juicy & tender pastu sambal nyer tahap tak boleh lupa sampai bila-bila..dan TAUHU & TEMPE tak payah order asing. caps lock sangat sebab kes tak puas hati...... :D

xoxo.



Wednesday, April 22, 2015

Benda yang buat wife happy .LOLS

As salam.


Sekarang ni weekend kitaorg tak la macam dulu.
Kalau dulu, lepas subuh kebil-kebil fikir nak tawaf sopink mall mana pulak.selalu tu, bersambung sampai malam.
Weekend memang tutup dapoq terus la.sebab weekdays memang masak.

Now, pagi jer ,ada orang dah get ready pegi kelas.
Ada time , sabtu i mengikut sekali.sebab nya , kelas dari pukul 11 pagi sampai pukul 2 ptg.
So lepas drop kan hasben , i akan buat lawatan kawasan kat seksyen 7.kat situ kan banyak butik best.
Kalau ahad, kelas dari pukul 8 pagi ,memang tak la nak ikut.baik sambung tdoq.hihihi.


Ada la few times , baru ja masuk butik , eryna dah sibuk buat 'kek', gigih la nak kena masuk balik keta, pastu g basuh dia kat petronas tu pulak.
Mujur la kat situ toilet dia convenient la jugak.kalau dah berak tu,memang terus tukar baju dia segala.senang cerita, mandi terus la.
Lepas tu, nak masuk balik butik memang tak kuasa la.sebab by that time, orang dah ramai ,nak dapat parking pun punya la bercinta.


Lately ni, i malas pulak nak mengikut.baik la duk rumah.
Jadi, bila kat rumah, kena la masak.kalau tak, nak tunggu hasben balik semata tunggu lauk beli kat kedai ,mau gigil kelaparan.
Before kelas tu,biasanya kitaorang brekfes dulu kat area-area rumah, pastu hasben drop kitaorang and dia p kelas.






Ok la jugak tahan perut,nak masak pun tak lapaq sebab dah brekfes.lunch waktu weekend memang pukul 4 petang.eryna ja la makan awal.dia tu, memang kerja makan jer sekarang.asyik mengunyah jer la.
Tu, kopok tu tetiba jumpa dalam fridge, terus goreng..ada pulak pencicah keropok lekoq, layan la.
Eryna makan dengan tomato sos.


Sabtu lepas, macam malas pulak nak pegi brekfes.
Some more eryna macam tak berapa sihat , so kesian pulak nak kena bangun awal.bagi chance la hari cuti dia lepak.
So, i bagitau nak makan nasi lemak yang kat kedai mamak kat area giza tu.sebab nasi lemak tu dah wrap elok-elok pastu letak atas meja.
Bukan kedai mamak tu yang buat , orang yang letak la.yang best tu boleh la pilih-pilih sebab different owner.kecik ja nasik tu, makan 2 bungkuih pun tak berasa sangat.


Sekali tunggu punya tunggu, takder pun tanda nasi lemak tu nak sampai depan pintu.
Pastu hasben wasap, nasi lemak takdak.huwaa.ni macam pantun dua kerat tu..p kedai nak beli nasi lemak, nasi lemak habiss.....gitu..
Tiba-tiba hasben bagitau, dia beli nasi tepi jalan ja.ok la, dari takder kan.




Tak lama lepas tu, nasi lemak delivery pun sampai.wah...hepi la saya, tak payah la pikir nak brekfes apa.
Tengok dalam plastik ,double suka sebab ada sambal udang + petai.huwaaaa bestnya.tak payah susah-susah candle light la....bagi petai dah hepi macam apa.hahahaha.i ni penggila sambal udang petai.kalau sotong tu tak berapa.kalau bilis tu ok la dari takder kan,tapi kalau diberi options, sambal udang petai menjadi pilihan pertama ku.
I jarang sangat masak sambal petai sebab hasben yang melayu tu tak suka petai,dia suka nasik kandaq je.tehehhehehehe.kira kalau masak, jenuh la nak perabis sorang, lebih baik beli jer.


Benda-benda small macam gini pun dah ok dah nak happykan bini.anak pulak, bila mak hepi, konfirm la dia hepi sebab mak dia dok kenyang suka hati ,so anak sepah barang pun takpa..sepah la nak...sepah la..... T_________T.
Sebab dapat makan sambal udang petai sedap tu, maka lunch i masak kan nasi daging.siap complete kuah dalca & ayaq asam.kiranya hari weekend haritu, semua happy sebab dapat makan sedap.hehehehehehe...


xoxo.



Friday, April 17, 2015

Melaka getaway

As salam.


Last month ikut family day opis hasben pergi melaka. Actually tak la rasa macam nak ikut sangat pun ,melaka jer punnnn, tapi dah ditanya ,so ikut jer la.if i know yang kena bayar extra kalau bawak family , tak ikut pun takpa.some more he supposed ada kelas on that day , so now kena ponteng semata-mata nak ikut g family day.ish ish...

Kitaorang sampai melaka pun dah lambat , sebab orang lain bertolak awal pagi sabtu ,kami after hasben abis kelas baru gerak.dari s.alam pukul 3 lepas lunch baru nak gerak , alamatnya pukul 630 baru sampai.
Mana tak nya, pit stop banyak kali, pastu si eryna ni boleh pulak bocor.hadoih...dah la tu, jem boleh tahan pulak nak ke sana.dekat nilai seremban tu jem.haishhhh...





Tempat tu nama nya Ismah Beach & Resort , dekat ngan lubuk china.masuk kampung gak ler nak sampai sini..jalan bersimpang siur gitu..
I penah jer lalu kat sini sebab my bro in law was from here.so, macam tak pelik la dengar nama tu.ok lah tempat nya.tak la besar pun.mujur la ada pantai depan tu ,kalau tak mati kutu laaaaa.....





Dah sampai, check bilik dulu.ada dalam 20 bilik kot kat sini.nak kata chalet  bukan kot.sebab rumah batu biasa jer.mujur la semalam jer tidoq , kalau tak ,jenuh la bilik kecik laga-laga punkok lagi ha.hihihihihi...






Ada 3 single bed.kalau anak sorang, dua yang kecik oklah.kalau tak, memang tak muat.sebab bilik ni ngam-ngam jer.kipas takder yer, ada ekon jer.pastu ekon tu ada bunyik ala-ala tak servis gitu.kalau sensorang duduk memalam ,boleh tahan la scary jugak.saiko betul.. :).

Eryna tidur kat hujung , boleh plak malam tu banjir.hahaha.sabar jer la.dah la bawak baju seluar ngam-ngam jer.tu pun dah penuh beg barang dia.boleh pulak dia kencing.hadoiiii..nasib la esok nya check out.kalau tak, haru la.sabar jer la.

Ada almari , kettle and telekung.bab ni puji la,telekung wangi jer.sebab nya cheq terlupa nak bawak telekung.hahahahaha.kalau tak, ada yang solat pakai kain pelikat .muahahahhaha.
Toilet pun kecik comey jer, tapi bersih.bab tu , i puji.





Sampai dah nak senja, ajak eryna g pantai nak tengok sunset.
Sebab kami sampai lambat, most kawan-kawan hasben ni dah abis aktiviti and balik bilik dah.tu yang pantai lengang semacam tu.
Orang kata tak elok kan bawak budak g pantai time nak maghrib.mujur la eryna ok.ada la baca ayat kursi gak.seriau jugak la kan.
Dia pulak, dah syok main pasir tu ,takmo balik pulak.maklum la, umah takdak tanah , sekali sekala nampak , punya la peghak.








Melayan sunset. teringin pulak nak try banana boat.
Cantik jugak pantai ni.bersih.orang pun ada mandi kat bawah tu.





Tu gate dari arah chalet tu.sebelah chalet , ada pusat ternak penyu.
Sayangnya, depa tutup ,so tak dapat la tengok anak penyu.



Aktiviti malam.ada barbeque.
Boleh tahan la makanan dia.kami tak lama pun join ,sebab eryna ajak balik bilik.
Ingatkan dia ngantuk , rupa nya dah buat 'kek' pulak.sabar jer la mak hang ni .




Food malam tu.lamb sedap.
Yang lain tu biasa-biasa jer.
Hasben join aktiviti sampai tengah malam.ada karaoke bagai.
Mujur la bilik kami jauh sikit, so tak dengar la bising.

Esoknya ,ada sukaneka.
Pic memang takdak la sebab malas nak bawak phone g pantai.
Lepas lunch , terus check out and balik.
Food masa lunch memang awesome,asam pedas pari sedap giller.tambah 2 kali plak tu.so, tak payah la singgah nak makan asam pedas dah..terus balik jer..





Budak yang kencing sampai bocor. last-last , pakai pampers jer sampai rumah sebab seluar semua basah lencun kena kencing.dia ni kan, tak gheti duduk diam , sebab tu la asyik bocor.dalam keta pun kejap ke depan kejap ke belakang,

Itik tu dapat RM10.murah memang  murah , tapi ,angin nye asik kuar.hangin jer la.patut la murah.tipah tertipu...hahahahha.


xoxo.





Thursday, April 16, 2015

Survive puasa hari ini :)

As salam.


Hari ni i puasa ganti.itu pun setelah beratus kali fikir nak puasa ke tak nak puasa ke tak.jenis yang last minit baru nak ganti.ada lagi 3 hari jer lagi pun.tu yang rileks sangat tu.
Selain tu, reason puasa sebab geng lunch i tak masuk opis hari ni.dia cuti.boleh ke reason macam tu eh.heheheheheh.

Pagi tadi, dalam pukul 5 pagi terbangun ,kocoh jugak sebab tak isyak lagi..lepas tu teringat baju dalam mesin tak sidai.huhuhu.ni semua gara-gara nak teman eryna tidoq ,last-last sama terbongkang ,sedar dah nak subuh.tapi, selalu tu memang terbangun jugak sebab cik kak tu kekadang ngigau.

So,lepas sidai kain, dah fikir-fikir , ok lah kita puasa la.Minum ESP shaklee ( bukan  nak promote sangat , tapi memang betul ni minum ni...kalau nak order ,silakan roger..ahaks )  jer , mix dengan air sejuk.done.terus kenyang.add on vitalea multivitamin 2 bijik untuk tenaga.malas pulak nak makan sebab dinner semalam makan bertambah ( sambil tenung seluar dah ketat..huwaaaa ).





Pagi tadi, i berjaya menahan bau coffee yang sedap tu.cuma pagi tadi, dah menguji kesabaran iman sikit la.sebab parking i ada visitor parked pulak.hangin la satu badan.i bayar kot season pass.sesedap jer dah terang-terang ada tanda reserved parking, lagi mau park.so, orang hangin ni terus la amik sticky note, tampal depan cermin.kalau ikut hati nak jer tampal dengan gam jer.baru tau.

Setan mesti suka masa ni kan...lulsss...
So, i naik atas ,report ,kena turun bawah pulak kat opis.dah settle report, naik atas ..tahan jer la bau segala macam.sambil counting times.alhamdulillah, perut tak lapar sangat pun.memula tu hampir tewas jugak, tapi tengok dah pukul 12 , macam tak worth jer nak buka sekarang kan.apa kes kan.lain la dapat makan free ke apa ke..aduihhh..nafsu nafsu.


Rezeki orang posa agaknya , ada lamb dengan dessert balance meeting tadi.balance tu bukan la jenis orang pegang pastu letak balik yer.left over pun still terjaga.maklum la yang datang meeting tu bukan set-set kg.com.depa tak makan lamb sebab dah kenyang benda lain.so, lamb macam tak berusik.apa lagi, laju-laju tapau ,boleh la makan dengan nasi goreng malam ni...

Plan nak berbuka kat Jibby & Co akan ditunda ke date lain sebab tak baik membazir.lagipun , rushing pulak nak pergi lepas opis ni.esok ok la kot sebab jumaat dah..


Berjaya jugak i puasa penuh harini.hahaha.so ada lagi 2 hari jer lagi. insya allah next week la kot.tak pun weekend jer.



xoxo.



Monday, April 13, 2015

Sambung belajar

 As salam.


Bab sambung study ni adalah benda paling nightmare dalam hidup.hehehehe.tulah , dulu tak nak belajar betul-betul..tak serius, orang kerja ,kita pun gelabah jugak nak kerja,konon ,kalau tak kerja sekarang ,rugi la nanti orang lain dah gaji besar ,kita baru nak start bina hidup.
Konon, bila dah kerja ,nanti boleh sambung study..mesti lagi senang nak pass exam.macam-macam la masa tu.


Bila dah kerja ,yes sambung la kejap lepas tu tergendala.especially bila asyik failed.sapa suka fail kan..bila dah fail ,lepas tu fees pulak mahal ,mesti la demotivated..dari tahun ke tahun asyik bertangguh , the last thing i know - i have two kids already ( including hasben...hahahaha ).


I did mentioned earlier , pasal ACCA i yang entah-bila-nak-complete.please somebody yang tengah continue the exam , bagi la semangat jitu untuk akak meneruskan perjuangan hakiki ni.
Sayang pulak nak tinggal .since am paying the yearly fees , so ACCA keep renewing my membership.dah la mahai jugak bayar.


So, recently ,duk tak duduk ,tiba-tiba ada kawan i masa studi dulu, wasap, lepas tu pengaruh ajak sambung balik.i macam tetiba macam dapat semangat ( time tu la ) untuk ambik at least satu dulu pun jadik la.tambahan pulak ada geng.macam kan la nak study sesama.gosip kat wasap je lebih..

Make it short, i dah register lepas tu bayar fees ,bila dah convert almost RM1k. ni self study,kalau pergi kelas part time kena bayar another RM 1,500 macam tu.tak tau la feeling dah terror ke apa sebab paper ni i dah failed few times, so takmau masuk kelas.tengok tu , nampak sangat la di mana kesungguhan nya.tolong la azankan sikit kat telinga ni supaya study.tiap-tiap malam ,asal 9,30 malam dah terbongkang.konon teman eryna , last-last sama hanyut.

Exam bulan 6 , sekarang dah April kan??????


xoxo.





Bocor lagi :(

As salam.


Pagi tadi masa tengah nak brekfes, tengah dok usya-usya makanan, nampak this toddler baya eryna dengan mak dia tengah nak beli makanan.kat opis ni ,ada taska khas untuk anak-anak staff.belum rezeki eryna nak masuk skool kat sini.taska ni khas untuk baby until 6 years. 
Untuk pre-skool tu , i was told ,taska ni guna silibus yang singapore punya which is sama standard macam q-dees, smart reader and lain-lain pre-skool yang femes amos tu..
I was thinking to send eryna nanti bila masuk 5 years.


Comel jer tengok adik tu dengan baju sekolah pastu sarapan dengan mak dia sesama.dah la rambut curl lebih kurang jer.terus rindu gila dengan anak kat taska sana.huhuhuhu.....
Kalau eryna skool kat sini ,dapat la kita brekfes sesama.lunch kang boleh la mama jenguk.
Pagi tadi, tetiba dia nak naik keta kecik mama tu.
Jadi, mama buat reverse phycology , ok tukar kereta , tapi still abah hantar..hehehehehhe...sebab, mama tak boleh nak antar, nanti sampai lambat and tak boleh la nak chow awal....memang dah deal ,abah hantar, mama amik... hari ni mama bawak keta besar sikit la dari kelisa yang comel tu datang opis.
Bukan apa, kalau keta kecik senang nak menyelit... :)
Mujur la jalan ok..jem tu tak boleh nak elak , tapi i still managed to reach on time....


Dah la pagi tadi, boleh pulak bocor tilam lagi..huhu..salah mama la ni, tak tukar pampers.selalu ,malam tukar pakai nite pampers , semalam luperrrrrr.dah la dia jenis minum susu waktu malam 2 kali.mau tak hujan memalam..lepas ni ingat nak g beli tikar getah ja la.penat la nak kena basuh.dah la tilam jenis berat , nak angkat jemur memang tak la...spray febreze jer la nak bagi hilang bau.adoooiyaiiiii...


Ada petua dak anak tak bangun malam nak minum susu.hahaha.camno la nak diapers free kalau cenggini kan.asyik bocor jer.pening mak kau ni.
Tadi , cerita bukan main rindu ,ni tetiba macam geram pulak teringat bab kencing tilam pagi tadi,hihihi...





Goggle taksat , boleh pulak jumpa ni.nak beli la.tapi ,ni kira camna.macam sheet protector ke camna.i doubt kalau guna getah tu dia nak tidoq atas tu ,sebab getah kan bila dia pusing-pusing , dia tau berlapik , dia tak mau.demand sangat.dah la paksa tidur katil sendiri tak mau.



Apa-apa pun , semoga anak mama seronok la duk taska.walaupun asyik demam ,batuk ,flue tiap bulan. T_________T.


xoxo.



Friday, April 10, 2015

stokin bawang

As salam.


Harini eryna ada sukan.tapi parents tak dibenarkan tengok.alah , macam small gathering untuk budak2 jer.bukan la year end pun lagi.mula-mula mcm nak la jugak amik cuti.maklum la first time nak tengok anak bersukan dekat taska.

Pagi tadi ,mujur la eryna tak banyak songeh.selalu tu payah jugak nak suruh bangun.cikgu dah pesan awal2 suruh mandi dulu.pastu terus antar g dewan.mesti sampai sebelum pukul 8 pagi.dah siap bagi jadual untuk games segala.excited sangat si eryna ni pun.asik cakap sukan..sukan dalam kereta.agaknya apa la definisi sukan tu untuk dia..main la kot kan..






Muka kena paksa senyum.tu yang jeling semacam tu.tadi masa p amik, cikgu cakap dia tengah tdoq.jarang dia nak tdoq petang time2 dah nak balik .mesti kes letih bersukan tu.
Sekali masuk keta ,amboi siap dapat medal & sijil lagi ha.semua budak2 pun dapat benda sama.yer la kang ada yang menangis pulak hadiah tak sama...

Dalam keta asik batuk.entah bila la nak baik.huhuhu.kesian dengar bunyi batuk dah macam orang tua.antibiotik doc bagi tu tak abis lagi.baru masuk hari ke 3.hari ke 5 baru buang.sbb ubat tu tahan 5 hari jer.ke camne ntah.

Suhu dia tak la tinggi sangat ,tapi kita tau la demam.hmmm..mujur la esok cuti ,kurang2 takler berjangkit.sempat la nak rest betul2.
So, sebab malam ni still batuk, so kita buat lagi stokin bawang.mintak2 tu kurang la sikit.



Pic dari en goggle.
Resipi stokin bawang :

Stokin
Bawang besar dihiris nipis

Lepas bawang hiris nipis , masukkan dalam stokin.sebelah bawang tu boleh la guna untuk sepasang stokin.




Masa pakaikan stokin tu, pastikan bawang tu dok kat bahagian tapak kaki.sebab kat tapak tu la titik badan kita kan.kalau akupuntur pun dorang ada guna teknik rawat dari tapak kaki.

Ada jugak yang petua ,rendam stokin dalam air apple cidar tu,biar lembap pastu pakaikan.untuk turunkan suhu badan.
Boleh jugak mandikan anak dengan sedikit cuka apple tu.carik kat farmasi insya allah ada.

Cuka apple tu dulu cheq dok buat minum ja.sebab depa kata boleh bagi kuruih.tapi tak berapa boleh telan la pulak.semacam bau dia.huhuhuhu.




Dah terbongkang dah anak mama ni.tu , baby cot jadik hiasan jer la.dia takmau tidoq dalam tu.buat panjat ada la.menyempit kat katil la jugak.dah la makan space.






Masa goggle pic bawang tu jumpa pic ni.alololo comey ja kan.sedap ja bau lemon.ni mau letak kat eryna, takut plak kang dia p buat rasa ingat untuk dimakan.

Natural remedies ni selalu nya berkesan.doa jer la banyak2 semoga anak2 kita sentiasa  terpelihara dan di bawah lindungan NYA selalu.

Selamat berhujung minggu.

Xoxo.


Thursday, April 9, 2015

Makanan yang best di cafe sasana

As salam.



Dah lama pulak tak timbang berat. agak -agak naik berapa la pulak kan.konon la risau , TAPI bab makan tak pernah nak tolak.apa la nak jadik.
I did mention sebelum ni ,yang cafe opis i ni ,makanan nya sangat ohsem and reasonable.lepas tu ,kalau ada meeting nanti i akan sibuk nak join makan-makan.hahahaha.

Lately ,macam banyak pulak visitor datang , so bila ramai visitor, meaning FREE foods bebeh.dah makan ,makan lagi.and i can't resist their yummy coffee plus the titbits segala.




Ni lah cafe opis i tu...so, hari-hari lah i datang bekpes, lunch and tea-time kat sini.opis i kat level 2.cafe yang jual bakery and latte segala kat belah hujung.

Jom cuci mata tengok pelbagai makanan yang harganya pun murah.dalam seminggu ,i akan tapau maybe 2 kali and 3 kali lagi masak kat rumah.selang-selang la sebab now i dah ada jadual nak basuh baju .kalau basuh baju ,i tak masak sebab nanti laundry bau lauk,maklum la rumah takdak tanah kan.jadi i dah susun jadual elok-elok.

Percaya tak , i boleh bajet rm10 jer untuk brekfest and lunch ? Tak percaya meh,,,,percaya lahhhhhh..
Contoh lah i makan :





Pagi : sepinggan mee goreng RM 2
Lunch :  nasi ,lauk ,sayur RM5 - RM 6
Sampingan : cafe latte RM 2.15

Kiranya memang boleh bajet la sehari RM 10.kalau tapau , jadi sehari RM20 macam tu.sebab kitaorg dapat diskaun staff  41% ,bukan i jer dok tapau.ada yang extreme tu siap bawak mangkuk tingkat terus tapau.macam colleague i, hari-hari dia tapau memang berbaloi ,anak dia 5 orang so baik tapau jer.baru berapa hinggit jer.imagine la makan ciken cop pun baru RM7. pastu portion besar.






Kalau cerita bab makan panjang jer kan...
Lepas tu sentap seluar ketat, muka gemok..
Well, i kan pompuan normal.... :D







Sawan cermin.madison baru kaler pastel pistachio.feeling girly sangat :D
xoxo.


Wednesday, April 8, 2015

Perkara normal bila anak masuk taska.....demam... :(

As salam.

Satu benda yang tak best bila anak masuk taska, mudah sangat demam.sebagai penjual vitamin (.....motif ???? ), of course dah bagi hari-hari vit c chewable for kids and vitalea for kids, tapi tetap tak boleh nak elak bila dah mix dengan budak-budak lain , so she tend to berjangkit jugak.




Bulan ni kira 2nd month kat taska , and 2nd time jugak demam.baru jer few weeks ago eryna demam.alhamdulillah tak lama,macam demam ,flue & batuk package tu la.And hari ni ,demam lagi.Since semalam dia macam dedar gitu ,tapi still hantar taska sebab suhu tak tinggi.masa pick up semalam akak taska bagitau dia aktif jer tapi badan panas sikit.then ,terus bawak g klinik sebab suspect dia punya batuk tu buat dia demam.kot tekak bengkak ke apa kan.-




Kalau anak demam and aktif kita lega la sikit,tapi kalau melepek tu ,memang risau kuasa 1000.so, semalam doc bagi antibiotik sebab batuk tak lega-lega takut infections.bila malam badan panas, menten suhu 37.7-38.8 macam tu.
Semalam i saja buat petua tradisional ,ambik bawang besar ,slice nipis and letak dalam stokin ,bagi eryna pakai semalaman.ada baca orang kata bagus sebab bawang serap toksin...ala-ala kinohimitsu versi bawang besar.sebab nya nak letak towel basah tu payah , dia takmau asyik terbangun, so pakaikan stokin dengan harapan demam ,flue & batuk semua go away..


Pagi tadi , tak la sembuh terus, tapi i rasa macam works jugak la stokin tu.sebab suhu dia biasa-biasa jer eventhough ubat makan malam nak tdoq jer....kalau boleh malas nak bagi anak makan ubat sangat.unless terdesak kan...
Harini kitaorg decided tak yah hantar taska sebab kesian jer tengok dia.biar la dia ok sikit.dah la jumaat nanti ada sports day nanti kalau melarat tak boleh join pulak.dah la yuran rm60 utk sports pun dah bayar...asyik mintak extra duit jer la taska nyer pun..tsk tsk....


Jadi, both of us take turn EL ,hasben EL belah pagi , and i EL belah petang.lepas tapau kat cafe tadi ,terus chow balik.mujur la opis i ni jenis flexi.manusia jenis tak kisah kau nak buat apa.jadi masuk opis, buat kerja. macam nak EL ,inform HR pastu p la balik. takyah nak ber sistem sangat.gitu..and takdak nak soal siasat banyak.

Seronok gak cuti ,sebab nya tetiba dapat tidoq petang .hahahhahahahaha.lepas lunch tadi , bancuh eryna susu and terus kami terbongkang.tulah dia kalau tak kerja .padahal kat opis jenis bergerak sana sini ,so bila kat rumah malas la pulakkkkk..

Alhamdulillah , eryna macam getting better.malam  ni nak buat stokin bawang lagi.rimas la dengan flue dia tu.entah bila la nak ok.yang penting ,walaupun demam dia tetap nak makan, minum semua.kalau tak risau gak sebab asyik batuk jer.cuaca pun sama kot.,hopefully ,kami tak jangkit demam....

Xoxo...



Wednesday, April 1, 2015

bila ayah kena jaga anak .....

As salam.

Hari isnin baru ni ,taska eryna ada visit to kidzania.dari awal cikgu bagitau, kami memang tak bagi dia follow.sebab dia kan baru join taska tak sampai sebulan.bagi la dia behave dulu walau cikgu cakap sekarang ni dah takdak drama nangis2 nak mama.lagipun eryna belum masuk 3 tahun lagi.kalau kira bulan,baru 2 tahun 7 bulan.cikgu pun bagi options,nak pegi atau tak nak pegi, takder hal.cuma silap paham nya,rupanya student yang tak pegi kidzania bererti parents kena jaga.huwaaaaaaa......

Dekat taska tu ada white board and kalau ada announcement depa akan update di situ.everyday i amik dia,clear sgt takdak mention pasal parents kena cuti.cuma ada tulis student yang nak g kidzania kena mandi dulu & pakai baju taska.itu jer.takdak pulak tulis pasal kena amik cuti pulak.

So,isnin tu, as usual asben antar. ( sekarang ni pagi en asben yang antar eryna taska.so that petang i boleh chow at 5pm and amik awal.sebab jalan nak ke opis i tu tahap babas nyer jem,mesti kuar paling lambat 730.tu pun pukul 815 paling awal sampai.kalau mcm tadi jem gilos , 845 baru smpi.tp i chow awal jugak hahhahahaa.boss tak kisah janji kerja settle.syukur la flexi.)

Btw,time tu i tgh duk harung jem tiba2 hasben kol cakap takdak sapa boleh jaga eryna sebab semua cikgu p kidzania..tak pasal bertekak pulak sbb i tak alert.eh , yang awak tak baca white board kenapa ???? Padahal i konfiden sangat takder notis pasal parents kena cuti.i nak amik cuti jer tapi hasben tak bagi pulak sbb i baru jer kerja balik kan.taknak record buruk la konon.cehhhhh..i ni jenis tak kisah.lantak la kan.hahahhaha.

Kebetulan  la hasben on leave ,tapi dia cuti sebab ada hal nak settle.dah satu perdebatan pulak kang mcm mana nak jaga eryna pulak.maklum la dia kan bukan gheti dok diam.takkan nak bawak dia p merata tempat.so , terpaksa la balik rumah , mandikan and stick to plan.antaranya , bawak g bank and pegi um nak beli buku.elehhhhh mcm banyak pulak tempat kan.tulah dia kalau laki jaga khennnnn.



Pic 1 : hasben mandikan eryna.seperti ku jangka ,baju basahan taska dia bagi pakai.malas nak cakap ,kang nanti kena sound lagi.hahahaha.mesti dia rasa bangga tu dapat siapkan anak.kahkah..

Pastu wasap lagi tnya nak bawak apa.so ,i list down la : makanan,baju spare ,pampers ,susu bla bla bla.sebab eryna ni bukan boleh jangka tiba2 berak pulak.haruuuu..



Pic 2 : Suasana di bank.hadoi, apa la si eryna ni buat.hahaa.ini memang dijangka la.dia kan banyak akal.kuikuikui




Pic 3 : tidoq dalam keta.time ni hasben p post barang.pastu dia cakap terpaksa tinggal sat dia lari p post.huwaaa saba jer la.mujur la post opis tu bangunan dia jer.letak keta kt parking terus lari zass cepat.bukan la jenis kena park jauh2.sadissss wei..




Pic 4 : eryna tengah berak.hahaha.ni kat um.hasben p beli buku utk master dia.dah ku agak konfirm berak punya.bagus eryna.good job :).merasa la basuh berak anak kan..mujur la bawak bekal.

Pastu hasben cerita , punya la susah carik tandas pastu hujan lebat pastu lapar.last2 depa makan kacang yang kebetulan ada dalam kereta.amboi sadis sangat kan.laki aku kalau bab simpati memang win la.i jaga anak pun tak wasap banyak kali gambar.ni baru first time outing berdua ,tu dia penuh update.hihihihi .




Pic last.hujan lebat.baju dah tukar lepas berak tadi.and again...baju taska.sian selekeh anak aku kan.

Pastu asik cakap lapar lapar.ok la, i sampai jer rumah terus masak laju2.elok depa sampai ,kari ayam dah settle ngan sayur kubis.habis semua makanan.keboloq ke apa tak tau la.

sebagai ganjaran jaga eryna ,i sempat la g sogo belikan deodeoron hugo boss yang dia asyik mintak tu.motif nak bagi hadiah bagai ????.actually mmg dah niat,first gaji nak bagi,so bila jadik camni, lari la kejap g sogo beli.kang gst kena bayar lebih pulak kan.ala- ala mcm reward la kan.cehhhh..padahal,apa jadik pun mmg salah seorang kena emergency leave pun.abis sapa nak jaga eryna kan.

Itulah dia ,diari seorang ayah jaga anak pompuan nya.kecoh betul kan.hihihihi.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...