Monday, March 16, 2015

manners

As salam.

So, harini masuk la minggu ke 3 kerja kat tempat baru.so far so good.takder la banyak kerja sangat sebab main event will be on august , so time tu will be a little bit busy.i bukan buat event yer ,i am so lame & boring finance person,so i will deal with a lot of paperwork - to verify & approve few docs yada yada - macam la aku boss besar-.
and i still haven't change my profile kat sebelah ni.now am back at work.mengadap jem what-to-do and pagi2 dengan drama si budak ini.

Btw , nak cerita sikit pasal sikap atau manners.selalu kalau kita datang tempat orang ,mesti la kena berbaik dengan local people kan.tak boleh kekwat gitu nanti kalau susah takkan kau nak mintak goggle translate tolong kau in bahasa melayu.right?
So,dekat my office ni ada around 20 people mat salleh ( they are ranging from all over the countries tapi kita kalau nampak omputih , walaupun dia bukan dari uk ,tetap kita nak panggil mat saleh ).even my team , this guy dari germany.dah la comey ,single lagi.hari2 datang opis wangi macam minyak wangi tumpah satu botol.pastu cute giler hari2 dia jalan kaki dari apartment dia kat pavilion ke opis kat jalan dato onn ni.cute ke apa ? Panas berdenting kot ,mau peluh ketiak tapi dia suka sebab kat germany takdak macam tu.

Eh, macam tersasar nak cerita pasal orang lain.so,ada 2 ketul manusia ni dari negara jiran kita - tom yam kung.i tak boleh brain awat la depa 2 ni kan, eksyen semacam.mula2 i ingat kot la dia nak tunjuk bagus dengan i ( kot ada isu kenegaraan ke apa kan ) ,tapi rupanya dengan local lain pun macam tu.i dengar2 dengan sesama geng tomyam kung kat opis di sana pun depa agak kekwat.why la nak berlagak sangat ni ????? Gaji kau besar giler ke ? Oh well..so ceo kena eksyen la sebab dia lagiiiii besar tapi ceo kalau jumpa staff boleh hi hi bye bye.tapi depa ni jenis muka macam nak telan orang.tu baru staff bawahan sama level ngan kitaorg jer tu.mau jadik boss ,nak suruh orang lap kasut kau ke.

So this tom yam kung ni yang i pun jadik malas nak senyum tu sebab dia dah la partition  sebelah i.pastu jenis cakap kuat nak mampus semua orang boleh dengar.dah la kau speaking,tak ke satu dunia tau kau bergaduh ngan boyfren ke apa ke.
ha, bab boyfren tu lawak jugak.actually masa first dia datang opis ( dia ni based kat bkk, tapi datang sini kejap on work ) , i nampak la mulut dia bercakap.i ingat dia cakap ngan i..so i tnya la dia " excuse me" sebab i mcm tak dpt tangkap apa dia cakap.sekali tau apa dia balas ? Dengan muka dia yang mintak penampar wanita tu... " what????"..dengan nada yang soooo kerek macam nak cakap " aku tak cakap ngan kau la"..pastu baru i perasan rupanya dia pakai bluetooth kat telinga.hellooo.tak nampak la .lagipun time opis boleh ke pakai bluetooth  pastu dia bercakap all the time..pelik tak ? Macam saiko..

Colleague i bagitau,dia macam terdengar, minah ni ada bf yang kerja kat usa sana bawak lori on long hour so dia keep on talking konon tak nak jantan tu terlelap..ada eh macam tu.so ,kerja sambil mulut berjalan.saiko tak.dah macam customer servis dah.ok, yang nak highlight tu bab manners la.same to tom yam lagi satu tu.orang lain elok jer say hi,dia muka kelat jer.dah la dia dok belakang i, so hari2 dia akan lalu kat i nak p tempat dia.tak memasal i nampak muka2 yang moody.spoil kan ? Haritu i tegur jugak la sebab i fikir i kan newbies , tapi now sorry la lepas few times depa buat muka macamkan i ni menumpang negara dia,so since that day i tak tegur dah.pandang pun malas.i rasa dia mesti notice i dah ketat semacam dengan depa ,especially minah call centre tu.sebab dengan orang lain i tegur and borak elok jer.

Kita ni datang tempat orang, buat la perangai elok2 sikit.i remembered during my time kt opis lama dulu.masa i pegi cambodia, manila & hanoi, i cuba untuk be nice to local people.belajar apa yang dorang suka.apa boleh apa tak boleh .and i can say semua colleague2 i dari 3 negara ni baikkkk sangat.and jugak from jakarta.super nice people with good heart.kitaorg boleh borak macam2,buat lawak and tak stress pun.how i miss them.tapi yang ni mak aih tak agak2 sombong.i notice dorang pun dok dalam dunia sendiri jer.pelik la kerja macam tu.takder life eh.kot tak ramah sangat pun, why don't  just SMILE.i pegi phuket orang sana baik jer.ni mesti set2 rasa diri tu bagus la tu.so cakap pun nak kerek.


I yang kebosanan sebab tepi & belakang i adalah geng tomyam kung.mujur la tomyam tu sedap.lepas ni makan tomyam tu ibarat menelan geng tomyam tu kot.hahaha.btw, tomyam call centre akan balik negara dia lusa kot .tapi dengar2 dia akan datang balik nanti.i harap dia dok la tempat lain.kang makin lama makin bertimbun dosa sebab asik kutuk depa jer.tak memasal negatif vibes melanda i.

Sooooo...be good and smile ok.



Friday, March 13, 2015

weekend starts early

As salam.

Harini i emergency leave.hebat tak.baru masuk kerja tak sampai 2 minggu dah el.ini semua gara-gara budak tembam ni.dalam pukul 3 pagi tadi,terjaga sebab eryna asik kiri kanan.geram jugak memula sebab tak reti tidoq elok2.rupanya dia tak selesa sebab badan panas.check suhu , dah 38' c.hmmm dah expected jugak ler sebab semalam balik taska mcm flue sikit.what to do,once masuk taska tak dapat nak avoid la gejala berjangkit ni.haritu 7 bulan kat umah, takder nak demam ke apa ke.so,letak kool fever and dia tidoq balik sampai subuh.

Macam biasa la dia skang pagi2 memang drama sikit nak g skool.kena paksa baru bangun.kalau gerak jer,nanti dia cakap " nak tido laaaa...nak tido laaaa...laaa tu memang panjang betul.tapi,sorry yer , kena paksa jugak tukar pampers semua turun.maklum la,mama nak cepat.so,eryna now g skool abah antar.so that petang balik,mama balik on time , before 630 pm dah sampai taska.so far ok dah buat jadual macam tu.sebab haritu kalau mama hantaq , even kuaq pukul 7 lebih sikit pun jadi delay sebab nak kejar jem kat toll duta tu pun satu hal jugak.skang ni ,730 kuar rumah , mama sampai opis before 830 am.opis tu bukan jauh mana pun,tapi sebab jem tu yang alahaiiiiiiiiii........


Pagi tadi suhu dah turun sikit.lepas mandi pun makin ok.jumpa doc ,kata nya dah tak berapa demam.makin ok.cuma flue lah.so decide tak nak send taska.lagipun taska tu selalu pesan ,kalau boleh jaga, y not tengokkan dulu.since ni first day selalu budak2 ni moody sikit.paham sangat.betul jugak..kang nanti jangkit budak lain jugak ( konfirm la eryna pun actually berjangkit dengan budak yang sakit kan ).so since i tak berapa busy, so cuti jer la.and i mmg jenis dari eryna kecik dulu pun ,kalau baru first day demam mmg tak antar.even kakak pengasuh dulu ok jer.sebab tak nak kena budak lain & make it worst.kalau setakat batuk sikit2 & flue tu ok lagi la.tapi ni demam ( walaupun tak tinggi ) and dah ada pakej flue ,baik tak payah. ( ke sebab malas nak g hadap jem ni...hahaahhaa ).

Tengok muka budak demam.ke mama yang nampak cam demam.happy memonteng la tu.i dah bgtau ,isnin kena skool ok.mama nak g work so that boleh beli toys & g jalan2.gitew...


Tengok budak demam kat rumah.menyepah jer kerja dia.ni dah peluh sikit lepas ubat.aktif tetap sama.makan pun banyak macam biasa.so tak risau sangat la...


Buat la muka tu.geram betul.dok berdua ni mula la asik bergaduh.ngan budak kecik pun nak bergaduh kan mama ni.

Tulah dia orang kata, jauh dirindu ..dekat pulak...eiii geram..hihi..apa2 pun, ni dah nampak mcm dah kurang flue.demam pun.lega la.bila dah kerja ni malas betulnya nak el selalu.not trying to be good staff or whatsoeva , but yeah,responsibility that matters.

Have a nice weekend u all.
And long holiday ya for the kids.


Monday, March 2, 2015

tempat kerja baru ,cafe latte murah.

As salam.

Harini , lepas almost 7 months la jugak jadik suri rumah sepenuh masa + kawan sepergaduhan eryna , so i masuk keja balik.memang bercinta la jugak nak drive sebab dah lama tak duduk dalam jem.and even  dulu i keje pun, tak la teruk sangat traffic sebab jalan i guna tu menentang arus.kuaq lambat pun still boleh sampai on time.

Kisahnya pagi tadi , dah set la by 745 am dah keluaq rumah.HR pulak bagitau ,datang jer 930 am.sebab first day kan.sekali time tulah nak berry segala ,so dah bangun awal pun , dah asik p jamban pulak.last2 kocoh keluar rumah dah pukul 8 am ,drop eryna kat skool , pusing masuk nkve jalan clear sekali kuar toll damansara stuck terus almost 30 mins.lepas tu slow moving sikit la and finally , sampai la nak dekat 930 am.hahahahaha.baru ingat kot nak sampai awai.so,esok by 730 am kena keluar rumah dah.kang masuk lambat kena balik lambat pulak.

Btw , opis i ni best tu , sebab parking dia murah jer.rm3 per entry pastu parking banyakkk.tak yah la nak berebut.cafe pulak murah.tadi i makan salmon yang besar tu ,potato salad & nasi putih rm10 jer.sebab staff discount.kalau tak , normal price rm20.kalau makan nasi tomato rm5 jer.dah la setting table lawa macam kat hotel.terpaling suka cafe latte kat sini rm2.60.hahahah nangis la hari2 turun cafe beli latte.

Benda paling tak best sebab semua orang rushing makan.rest sejam kot ,apesal rajin sangat kerja ni.pastu semua jenis makan kat cafe tu la.mujur la lauk dia banyak choices.sebab most kat opis ni expat,so dorang mana ada keta.kami2 yang local staff ni malas nak bawak keta keluar.tapi i ok jer janji dapat makan pastu balik on time fetch  eryna. Jangan nak komplen jer kan.lagipun kita kerja ni "lillahitaala" so i tak nak komplen itu ini ( at least today...hihihihi).

So,tadi since my boss is not around,pukul 5 pm i dah chow.pukul 545 dah sampai taska.tengok eryna happy jer kat taska terus hilang penat.ngada kan, baru first day.tapi memang lenguh semacam la.kena telan pil kalsium aka ostematrix la malam ni.nampak sangat makin kertu , lenguh letih segala....

Harini takdak gambaq. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...