Friday, February 27, 2015

cabaran baru bermula :)

As salam.

So,today hari ke 5 eryna kat new taska.alhamdullilah , she did well.first day semua ok.siap melompat2 masa fetch dia.pastu bila tanya,nak p taska lagi dak.terus laju-laju jawab " nak mama...nak mama....wah , kita ni lagi la excited.rasa macam phewww legaa..



Second day pun ok.cikgu ambik dia ikut jer.tapi macam sedih.beza dari day 1.mesti masa day 1 tu dia ingat p skool haritu jer pastu dah abis.dia tak tau la hari2 kena dok situ.yer lah masa day 1 tu siap tak menyabar lambai-lambai.ni baru masuk day 2 dah sendu muka :(.

Hari ke 3 nangis depan gate.hahahhaa.drama sangat.tapi cikgu datang amik, dia pergi jugak.pastu tangisan tu bukan yang jenis luar biasa.tangisan nak perhatian macam tu.

Petang tu cikgu cakap ,pujuk2 dia ok jer.nangis kejap2.bila aktiviti dia participate jer.and makan minum pun ok.siap mintak nak biskut lagi.so lega sikit.and bila tnya dia , asal nangis..muka malu2.

And semalam & hari ni,ok jer.takder dah drama.i promised to beli beg mickey so that she can brings to skool.so dia suka.boleh la buat letak botol susu & bantal.so , jap g nak g beli.kena tunaikan janji kang nanti anak tak percaya dah :).

So far , alhamdullilah , taska ni nampak ok.cikgu semua ok.senang nak tnya hal anak2 sebab dorang layan jer sembang.and eryna balik skool wangiii jer.tu yang mama suka tu.am sure eryna still misses her "mak" aka pengasuh lama.semalam, i tanya, sapa ikat rambut toncet dia tu, she replied " mak"..kalau tak selalu dia sebut teacher jer.

Monday gonna be busy ( again ) after 7 mths not working , now am back to the battle ( of traffic jem ).nak kena antar taska awal sikit so boleh sampai awal opis & dapat balik awal ( hahahaha ) .balik lambat nanti kena OT pulak kat taska :).sejam 10 hengget tu.....pitam mak enon..so by 630 paling lambat ambik.

The office is not that far.tapi,jem tu yang tak tahan.takes only 20-30 mins without traffic and boleh jadik sejam+ la kalau heavy traffic.huhuhu.



Bersenang lenang kat rumah.malas nak buat apa2.konon harini nak kemas rumah , nak lipat kain.nan hado.am just laying on my bed and browsing the internet.sekali tengok jam dah masuk lunch so terus heat up balik leftover nasik semalam.

Kari ayam tinggal potato jer pun sedap.makan dengan teloq goreng garing.and sambal belacan yang i buat banyak .dapat la 7 bekas.gara-gara en hasben p beli sebakul besar cili padi kat pasar malam kalah orang nak buat kenduri.so i blend all , letak belacan bakar , asam jawa & limau kasturi.nyumsss....



Belum masuk opis dah reward lagi.another collections from ss.suka sebab easy to wear,easy to style.i hardly wear shawl nowadays , banyak ss jer.musim malas nak cepat jer.

And to those yang tanya if i nak let go any ss tudung yang previous collections, i would say no.sayanggg and i tak tau berapa nak charge pulak.maklum la,selalu pakai.nak bagi free pun macam tak sanggup...dah lubang sana sini cucuk pin.

Monday is coming...and new challenges awaiting.....happy weekend everyone :).



Monday, February 23, 2015

Eryna first day kat taska

 As salam.

Harini , 23 feb 2015 eryna masuk skool.finally, setelah sekian lama mencari taska.kena la tulis date *kiasu mom*.mixed feeling jugak nak antar ni.maklum la, almost 7 months+ eryna kat rumah dengan mama.dah biasa bangun lambat * malam kerja overtime , selagi tak pukul 12 tak mau tidoq *.

So, since dah nak antar skool, dah train dia slowly, jangan tidur petang.so that malam, by 9 pm dah tidur.berjaya jugak la haritu.pagi pun tak susah nak bangun.pastu bangun pun tak meragam sebab dah lena puas.

Last week balik kampung , saja penuhkan jalan join orang beraya cny , so jadual macam terbabas sikit.



Muka tu memang tak leh nak senyum dah.pagi2 gitu la.tapi dia excited sebab dia ingat nak main bila nampak playground.dia tak tau lagi tu satgi nak kena tinggai.

Mujur la tak susah nak kejut .masa tukaq pampers , bancuh susu siap2 cakap kat dia." Nanti eryna p skool tau.suka tak.nak main tak.". pastu konfiden jer dia reply "nak mama.best nya skool".

Lepas salam & kiss eryna terus kuar dari taska.kebetulan banyak benda nak buat harini.so 2 hours later mesej cikgu (aka owner taska ) dia ok tak.cikgu kata dia carik jer la tapi tak nangis.ok, lega sikit.maklum la, dulu ngan babysitter tu , jaga bertiga ja.yang ni beramai2 takut dia tak biasa.



Barang2 nak masuk taska.kalah nak masuk sekolah asrama no....beli kat tesko mergong, alor staq.sebab takut tak sempat in case jem nak balik key ell sampai lambat , mesti malas nak keluaq.

Baju2 tu semua murah ja.padan la buat basahan.yang penting comey2 jer.beli 5 pcs shirt , 5 pcs legging , 1 dress ,3 set pijama total dalam rm150.so , sehelai dalam rm7 macam tu.cashier tu siap cakap ," tu dia, banyak nya baju beli".hihihihi.

Bukan apa, taska ni jenis kena bagi baju 7 set sekaligus .7 set baju siang , 7 set baju malam.baju busuk tu hari2 la depa bagi bawak balik.senang jugak la kita pack seminggu terus.



Toiletries ikut list cikgu bagi.kat sini nanti depa potty train.so kena la ikut apply kat rumah.kang tak menjadik pulak.hopefully,by 3 years old in august dah totally diapers free.

Bab taska ni pun haritu ada 2 taska yang dah finalised.satu taska A ( yang dipilih ni ) and satu lagi taska B.

Masa tu dah macam nak enroll taska B.sebab tengok style taska tu lebih kurang ja.ada playground, ada kantin, kemas, bersih ,besar ,tak mix dengan budak transit & baby. ( selain dari register JKM ).Since taska B harga murah rm100 dari taska A so ok lah hantar taska B.

Tiba2 asben bagitau,kawan dia ada story something pulak pasal taska B.dah hati berbelah bagi.bukan la pasal dera ke apa.boleh pulak bila tnya kawan dia,awat tak hantar situ, then dia bagitau,dah terlupa pulak apa reason sebab kes tu dah lama.pulak dahhhhh...so ,macam mana, nak percaya ke how.sabaq jer la.

Then, entah macam mana, masa p servis kereta ,bawak la eryna sekali kan.budak kat kaunter tu tanya , "akak jaga dia ke". So i jawab lah " a ah, tapi lepas ni nak antar taska". Pastu dia tanya la taska mana.masa tu i tak bagitau la taska mana2 pun.just cakap tengah dok carik.sekali adik tu sebut pasal taska B.Dia kata anak dia tak happy masuk situ.balik rumah nangis2.nak p sekolah pun payah.dia check takdak la kena dera ke apa.so lepas 3 bulan dia withdaw dari taska sebab ada kawan dia boleh jagakan.so,dia saspek, cikgu mungkin tak mesra  budak la kot.



Jadi, lepas dengar tu, ok lah dah 2 orang bagi review kat taska B.goggle pun banyak review yang best pasal taska A.Jadi , walaupun mahal sikit dari B , tapi demi yang terbaik, maka final la masuk taska A.

Semoga pilihan kami tepat la.huhu.next week dah nak masuk kerja.hopefully eryna cepat adapt.yer lah dulu boleh la nak lebih perhatian , sekarang ni kena la berkongsi.

Tsk tsk tsk......



Friday, February 13, 2015

JOHO

As salam.

Lama nya tak menulis.banyak sangat nak tulis dah tak tau nak start yang mana dulu :D.
Btw , haritu kan cuti wilayah bersambung dengan thaipusam.so, finally ,planned nak p JOHO tercapai.yang penting tu nak p Legoland & hello kitty segala mak nenek tu pun dah settle.lepas ni tunggu lagi 5 tahun baru p balik.hihihihi.

Ok, yang nak baca bab Legoland boleh baca kat link di bawah,di blog lagi satu.macam malas pulak nak tepek semua sini.ada cukup lengkap info.hope will helps.

PART 1 : LEGOLAND 

PART 2 : HELLO KITTY ,LITTLE BIG CLUB & LAT'S PLACE . 




Seronok nya kalau dapat holiday lagi.lepas ni nak masuk kerja balik , ish bila nak cuti lagi kan.dalam negara pun ok what.walaupun cuaca panas tapi still best nak g jenjalan .especially bila orang tak ramai sebab bukan cuti sekolah.



Hotel traders yang sangat best.baik dari segi bilik ,servis  ,breakfast semua best.:).


Mood nak menulis agak ke laut.tambahan pulak harini adalah hari pengkebumian Tuan Guru Nik Aziz.semoga arwah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.tengok berpuluh2 ribu lautan manusia membanjiri rumah arwah hinggalah ke saat pengkebumian , buat diri ini terifkir bagaimana pula bila tiba saat kita nanti.semoga kita semua di pelihara & berada di bawah rahmat Allah.

Salam jumaat and selamat bercuti.
Seronok nak balik kg ahad ni ( lusa ).kiasu kalah orang nak sambut CNY.  :)


Friday, February 6, 2015

Day 2 : Hello kitty, Little big club & Lat's place

As salam.


Sambungan dari PART 1 : LEGOLAND.

So, hari kedua kami check out dari Hotel Nusa City and check in pulak ke Traders Hotel.Kenapa Traders ? sebab hotel ni attached sekali dengan hello kitty town ,little big club and Lat's place.senang cerita , turun bawah ,jalan kaki ke block sebelah dah sampai. 
Jarak dari hotel nusa city ke sini pulak dalam 15 mins macam tu.guna waze insya allah tak sesat.
Kalau datang beramai-ramai ,boleh consider duduk di apartment yang baru siap dibina sebelah hotel Traders ni ,iaitu Somerset.check rate di Traders hotel di SINI .

Hello kitty town .

1. Hello kitty di aras 1 ,manakala Little big club di aras 2. 



Harga tiket , imej by goggle.
Kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma.
Boleh beli single pass atau combo ( pass untuk masuk both hello kitty & big club. ).



Aktiviti yang boleh dibuat di sana.
Bila kita masuk ,akan dapat entertainment schedule macam time parade ,hello kitty performance and lain-lain.so, time ni boleh la bergambar dengan maskot.

Aktiviti kat hello kitty ni ala-ala girly sikit la.
Ada 3 bilik khas untuk aktiviti macam cookies decoration ( lepas deco terus makan ) , costume dress up , jewellery making ( dapat sorang satu rantai stainless steel ,lepas tu deco la ikut charm kita pilih ).
Nanti bila dah buat setiap aktiviti ,akan dapat kad khas dorang chop.tanda dah masuk.


Deco la ikut cookies yang dah sedia.
Eryna suka pulak cookies tu.orang semua dah gerak ,dia masih gigih habiskan cookies :D.



Buat hello kitty guna doh.ni pun sampai ke sudah tak jadik.hahahahaha.
Semua aktiviti yang kita buat boleh bawak balik.
Boleh la buat kenangan kan :).



On the way nak selamatkan hello kitty, black wonder.
Nanti dorang bagi lampu ,ada password so masuk jer dalam castle tu.
Sampai ke sudah tak jumpa password.staff tu datang bagi jawapan, pastu dapat la certificates.hahahhahaha.




Dalam hello kitty house.comey betui rasa cam nak buat satu kat rumah.hihihi.
Time ni eryna dah tdoq .boring agaknya sebab aktiviti girly-girly.mama yang enjoyed to the max :p.

So, kalau ada anak lelaki ,tak masuk pun takper.terus proceed ke litlle big club jer.sebab aktiviti nya memang untuk girl.tapi, kalau mak teringin ( sebab time kecik tak merasa ) boleh la masuk sini.hehehehehe.

We spent 3 hours kat sini.sebab terpaksa beratur bila nak join aktiviti.bila ada parade ,kena stop dulu tengok show dalam 15 mins.lepas tu bila ada budak ni ,ada time depa meragam tu ,so tak boleh nak cepat sangat.


Little big club.

Dah settle kat hello kitty boleh la naik ke aras 2 pulak.yang ni best la sebab ada playground.mata yang mengantuk terus segar bugar.
Ada thomas ,angelina ( ada ballet kelas ) , bob the builder and few games.
Eryna macam enjoy giller kat sini.hahahhaa.
Kami pun sempat naik train thomas tu.






Lunch kat sini pun ok.sedap.harga sepinggan nasi ayam dengan air adalah RM15.ok lah jugak sebab dapat 2 ketul drumstick ayam :).
Facilities ,staff semua bagus.toilet bersih ,tempat pun cantik & ekon ( well, malaysia kan panas ).
Lepas main kat sini ,boleh la tengok souvenir kat kedai hello kitty.

Lat's place.

Restoren Lat ada kat sebelah blok jer.kami planned dinner kat sini.boleh booked awal untuk reservation.dinner start at 630 pm sebab ada special performance.

Setiap hari ,dorang ada buat special performance and dinner .kiranya dinner dihidang secara ala-carte.
While waiting for dinner ,nanti ada special appearance dari Lat's and friends.
Harga RM70 per pax.and again, kanak-kanak free.

Since kami tidur di Traders ,so lepas habis main kat hello kitty semua ,naik bilik kejap mandi ,solat segala , dapat la rest kejap pastu turun makan.kiranya tak la penat sangat terkejar sana sini.
Maklum la, bawak budak kecik ni,jangan dipaksa sangat ,kang nanti apa pun tak boleh.hahaha.




Sedap.semua sedap ,habis licin.
Lepas habis makan berhidang ni ,ada dessert pulak.

Menu :
Ayam percik
Daging masak hitam
Sambal udang galah
Sayur
Ulaman
Sambal belacan.

Dessert :
Pulut durian
Buah-buahan
Coffee




Tu ha tengah 'sembang' dengan Lat dekat layar :).
Show dalam sejam jugak.selain kami ,malam tu ada lagi 2 family ,pun dari key ell.



Gambar blur :) .lepas abis semua ,dorang bagi complimentary photo.so boleh la buat memori daun pisang kat sini.



Lepas check out di Traders , on the way balik ,kami singgah JPO ( Johor Premium Outlet ).
Perjalanan ambil masa dalam 30 mins dari hotel.
And we spent almost 6 hours kat JPO.

Overall , we had fun ( or only me..hahah sebab eryna at one time bosan plak ).
Yang penting tercapai hasrat nak p sini.dah lama sangat plan.
So, apa lagi ,yang belum pergi ,sila la consider pergi.cuti-cuti malaysia pun ok what :).





Wednesday, February 4, 2015

Cuti di Legoland

As salam.


Alhamdullilah ,selesai sudah short trip kami ke bandar nusajaya.kalau nak ikut kan , planned tu dari tahun lepas, asyik bertangguh jer.so, kali ni nekad, mesti pergi jugak :).

Ramai yang bertanya tentang penginapan & of course la tentang legoland , sanrio hello kitty & little big club.ok, jom saya share sikit based on my experience.

Legoland.

Kami bertolak awal pagi dari kuala lumpur ke nusajaya.perjalanan amik masa 4 jam.lepas tu terus check in hotel & ke legoland.kami booked hotel nusa city ( review later ).hanya 5 mins ke legoland.

Kat legoland ni ada pakej water park & theme park.anda boleh rujuk tiket ke legoland. kami beli 7 days in advanced ,jadik dapat la diskaun sikit.so untuk dewasa combo per pax berharga RM 156 .eryna pulak free sebab below 3 years atau height below 90 cm.so, cepat2 la bawak anak2 yang below 3 tahun, untung dpt free entry. :).

Tiket pulak ada 1 day pass & 2 days pass entry.





Nak masuk water park, eryna kena bayar rm10 & dapat 2 swimming diapers.ibarat bayar untuk swimming diapers la pulak.so parents tak perlu la beli sebab dorang dah provides.

Saya suggest,pergi water park dulu , sebab air masih ok ( kang petang2 keruh pulak ) & kalau hujan tak best la nak mandi kan.lagipun water park tutup pukul 6 pm.sebelah2 jer access nak masuk ke theme park.macam haritu kami pergi ,diramalkan petang hujan ,so dorang dah tulis notis suruh masuk water park dulu.but ,alhamdulillah cuaca cantik jer sepanjang hari kami kat sana.panas tapi biasa-biasa jer.pakai sunblock so tak la kena sunburn.




Kalau ada anak yang dah besar ,memang puas hati masuk water park sebab ada macam-macam slides.kami kena gilir-gilir jaga anak & main sendiri-sendiri.hahahaha.
Apa yang best tu ,ada banyak lego di mana-mana.even soft toys tu pun bentuk lego.comel sangat.Eryna memang excited sebab dia suka lego ,tapi bila tengok besar pulak zirafah ,bear semua tu ,menangis pulak dia ajak balik...:D






Lepas water park,boleh terus salin baju,and pergi theme park & terus balik.theme park tutup pukul 7 petang.lepas settle semua boleh la beli lego kat supermarket.
Theme park ni pun ada banyak tema.pun tak sempat cover sebab rushing.to me ,if u well planned ,kena masuk sharp pukul 10 pagi ,lepas tu keluar pukul 7 petang bila park dah tutup.or else beli 2 days pass dan spend masa sehari water park & sehari theme park.

Oh ya ,kalau beli salah satu tiket ,contoh water park saja ,so memang tak dapat la nak masuk theme park sebab tempat lain-lain.begitu jugak kalau beli theme park saja ,nak tengok water park memang tak boleh la (sebab ada taman tema yang kita boleh jugak masuk even though kita beli satu tiket jer ).








Sedikit info :

1. Parking berharga rm9 flat rate.ada open parking yang luas .kena jalan kaki jauh jugak la nak ke      legoland.so, pastikan bawak stroller kalau ada anak kecik.

2. Boleh jugak sewa stroller kat sana.rm40 untuk single stroller & rm60 untuk double stroller.
Ada banyak locker disediakan so tak payah risau bab beg.boleh bawak masuk air ,so bawak la mineral water and junk foods ker.sebab makan kat dalam agak mahal.kami makan kat luar legoland tu jer.ada kfc ,burger king ,old town.biar kenyang dulu ,baru seronok nak bergumbira :)

3. Legoland sesuai untuk budak 10 tahun ke atas sebab banyak yang adventurous.budak-budak ni boleh la setakat main benda yang simple-simple.water park lebih sesuai untuk kanak-kanak.kalau beli tiket theme park tapi tak main semua rugi jugak kan unless dapat free :).





Sebelum balik ,boleh la jenguk kedai lego ni.ada tu yang tak jumpa kat key ell.harga nya sama jer ,cuma ada collections yang takder di key ell.






Hotel legoland.boleh tahan mahal ,starts from RM 630. kalau ada anak ramai mungkin berbaloi sebab setiap bilik dorang sediakan katil double decker and 1 king size.so, kalau macam kami yang anak masih muat katil king tu ,so macam tak berbaloi.
Tapi ,ramai review kata worth the money.so mungkin korang boleh try :)






Review hotel Nusa City 

Hotel ni paling dekat dengan legoland hasil saya men goggle..hanya 5-10 mins jer dari hotel ke legoland.memang purposely nak cari hotel dekat sebab tak nak letih .since kami awal pagi dah gerak dari key ell ,so kalau boleh lepas main kat legoland tu ,dinner and terus balik hotel.
Maklum la, esoknya nak pergi tempat lain pulak.unless korang nak jalan-jalan kat danga bay ker ,itu dah kena carik tempat lain lah.






Gambar dari goggle ,and live pun sama jer.hotel ni baru.walaupun agak tersorok sikit ,sebab di area shop lots ,tapi hotel nya agak cantik & bersih.bilik bersih ,toilet pun sama bersih.modern design jangan ler risau :).
Staff kat sini pun friendly dan sangat membantu.saya recommend sangat untuk stay kat sini.harga untuk superior king hanya RM138 semalam.ada breakfast ,and bagi saya ok lah buat lapik perut.not bad tau. :)

Boleh tengok details di sini untuk hotel NusaCT .

Overall, we had fun kat sana.nanti saya sambung bab hello kitty & little big club serta Lat's place pulak ok :).






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...