LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, January 27, 2015

sakae sushi.

As salam.

Sambungan besday semalam.lepas pikiaq nak makan apa,decide sakae sushi jer.kami mmg suka sushi.selalu makan kat sushi king kat area rumah ja.tak payah queue lama sebab orang tak ramai.kali ni cuba sakae sushi tengok best ke tidak.

Mujur la semalam tak hujan,jadi key ell tak jem teruk.keluar sogo dah pukul 615.cuak jugak.tengah2 key ell tu.carik pasal nama nya tu.alhamdullilah , 645 dah sampai area kota damansara sudah.tersilap jalan ikut nkve , patut ikut jalan lain.

Solat maghrib dulu baru makan.elok2 jer sampai ikano dah nak azan.kitaorg suka park kat ikea ikano.jalan jer la ke arah curve.



Budak ni dah tak menyabar nak makan.so amik jer dulu kat kaunter.habis la 2 ketui.lagi 2 dia main2 pulak.tapi happy sebab tengok makin bertambah selera makan.kalau buah tu sehari bagi berkali kali pun takpa.she loves fruits very very much.alhamdullilah .



Encik suami .jarang update pasal dia sebab simply this blog is mine.hahaha.tengok tajuk la.eryna punya kan blog ni.hihi.anyway, alhamdullilah for everything that Allah granted for me & for the family.to have u as husband & father to eryna ( many more to come....) ,such a wonderful thing ,for us to enjoy & embrace it.tetiba nak speaking lolssss.rasa funneh nak jiwang karats.




Order guna i pad.mujur bijak tak panggil waiter nak order.cepat & pantas.and mujur jugak eryna behave tak main i pad ni.



Green tea hanya bila makan sushi.waktu lain rasa cam tak best ja nak minum.



Mine.udon suop.sebab tengah flue & batuk.rasa ok2 jer.pilih ni sebab dapat fried tempura sekali.so alang2 pilih ni jer.harga 18.90.




As usual, besday boy punya.salmon is a must.boleh tahan sedap.harga rm23.90.

Ada order salmon skin gak.masinnnn.hmmm.overall food kat sini so so ja.maybe sebab selalu makan sushi king,rasa sana lagi sedap kot.and murah la sikit.hahhahahaha.



Peghak sikit ingatkan nak kena panggil waiter mintak hot water .sebab dia bagi cup & tea ja.rupanya ayaq panas tu attach dengan table.hahaha.pastu tekan2 tak boleh.rupanya kena naikkan tinggi sikit & tekan dia.baru la kuaq.tu pun ala2 manja ja flow dia.lagipun panas kan.kena careful.

Lepas makan,jalan2 kejap kat curve.situ kan malam2 lawa ja.masuk e curve jap.besday boy nak beli selipar.since i skang tak keja , so hadiah besday kena postpone.hahaha.semalam beli bayaq sendiri.kalau beli selipar 10 hengget boleh la nak belanja.ni cap skechers.tak dapek la..belanja sushi sudehhh.

Semoga rumah tangga kita kekal sampai  jannah.panjang umur, murah rezeki.dapat bonus banyak2 boleh belanja we olls jalan2.nanti la saya belanja hadiah ok :).



Monday, January 26, 2015

sogo

As salam.

Harini besday en hasben yang ke 36.dah tua dah.haha.so , harini dia cuti.motif nya nak ajak celebrate la.so, awal pagi harini dah kuaq brekpes.feeling cam kerja sendiri la pulak khen.masa kt mekdi tu,eryna seronok betul sebab ada kawan main kat playground mekdi tu.sambil makan sambil main.budak tu nama rayyan.friendly mcm eryna jugak.happy pulak tengok depa.

So,lepas brekpes,terus ke sogo.tak pasti apa motif.kata nya nak beli barang.i mmg malas sket la sogo especially weekend.mmg tak pergi la.orang ramai tu satu hal.sesak rasa.and dengan keadaan eryna yang suka lari sana sini tu, ish mmg mengundang risau jer la.nak-nak bila selalu baca berita pasal kes budak hilang la apa la.paranoid la sikit tapi what to do.i am an asian mom rite.normal la.hehehe.



And boleh tak , punya la selalu p sogo tu, tak tau pulak ada tempat main utk budak2 ni.tapi konsep dia, budak 4 tahun ke atas boleh duduk main kat sini ,parents g shopping.below that kena ada guardian la.i suka la sebab mmg takdak nak beli barang & knowing my hasben yang jenis kalau beli barang tu punya lama, so baik i datang lepak sini.dapat free wifi, terus update blog.

Playground ni kat atas sekali.sejam rm6.kalau ada kad sogo,free for the 1st hour.ada few sections.ok la sekali sekala.sebab tempat nursing kat atas tu,dulu ada tempat kanak2 , skang dah tutup.tinggal nursing room jer.




Banyak la jugak toys & reading materials kat sini.setakat 2,3 jam insya allah budak2 boleh kot bertahan.

Pekerja kat sini dia tolong tengokkan & nanti kalau bebudak ni gaduh2 ke , kang depa tegur2 la.gitu.mcm sekolah.ingatkan kot ada playskool sini.tanya one of the staff, dia cakap, dorang ada jugak buat aktiviti cuti sekolah tapi dalam seminggu mcm tu jer.






Bilik tv pun ada siap boleh baring.ada tu budak dua orang tu.sorang tu black ( kang i cakap n**ro mcm sensitif pulak & sorang tu philippine, so depa speaking jer.yang tak tahan tu,eryna sama menyibuk macam kan dia pandai speaking.hahaha.

Eksyen sangat nak kawan orang besaq.ada budak baya dia, tak nak pulak dia layan.sejam jugak la kat sini,and mujur la free kan..lepas tu dah settle semua , balik.lepas ni nak belanja besday boy pulak.tak pikiaq lagi kt mana.keluaq time orang balik opis ni,harapnya tak jem la.

oh, sempena besday, sogo bagi free parking & vouchers.pastu dapat la bag yang ala2 guni kitar semula tu.jadik la dak.haha.

Happy besday my moncets !!!!!.
Semoga terus jadi hasben & abah terbaik buat kami : )


Thursday, January 22, 2015

kerenah si anak

As salam.

Harini puasa ganti.ada lagi 7 hari.tak mau bertangguh lagi takut kang terbabas tup2 dah masuk ramadhan.free ja dapat dosa.lain la ada valid reason.haritu masa buat puasa 6,sempat sambung sehari puasa ganti.lepas tu period,terus la penyakit malas datang.nak start tu memang lemau, tapi once dah start , ok jer.so kali ni nak habiskan jer walaupun waktu maghrib skang dah lambat.oh,masa puasa 6 tu i tak niat puasa ganti.mmg niat buat asing2.padahal kalau ikut ustaz,eloknya dahulu kan yang wajib.tehehehehe.




Tengok dalam fridge semua benda/bahan ada nak buat nasi tomato.dah lama jugak tak makan.terus teringin slurp slurp.
Paling senang lauk cenggini la sebab ada satu jer nak kena tumis iaitu dalca daging.ayaq asam & daging bakaq tu lagi senang.pejam mata ja.hohoho.

Oh ya, sampai harini, dah few times buat nasi tomato pun,mesti nak kena kukus gak nasik tu.sebab macam tak berapa masak guna rice cooker.nak kata tak cukup sukatan ayaq ,dah ok.entah ler.kalau masak nasik ayam , elok pulak masak guna rice cooker tu.tapi kan, bila kukus , lagi sedap pulak rasa dia ( puji diri sendiri ).
Bukan diri sendiri makan bertambah ,org lain yang tak posa pun terlibat sekali.masak 2 pot setengah, cukup2 jer tinggal tuk sahur esok.






Btw , nak cerita pasal budak kenteng ni.i memang notice & even people around me macam my family & kawan2 i selalu cakap eryna ni peramah.senang mesra.dia punya warm up kejap jer terus ngam.memang kalau i bawak g playground ka nanti dia mula la carik kawan.semalam bawak dia p opis shaklee,kat situ ada playground ,syok kejap jer la jumpa kawan.pastu kawan tu dah balik , dia pun dah start boring.

I memang kesian jugak sebab dia asik lepak kat umah ja.insya allah bulan feb la baru nak hantar.mudah-mudahan.i ni jenis tak pandai homeschool.ke pemalas kot.boleh la ajaq kejap2 pastu done.sabaq jer la.kesian pulak tengok dia dah mcm kejutan budaya bila kat luaq jumpa budak baya dia siap pergi ramah2 teguq.ada parents yg ok,depa layan jer la.

Macam semalam, ada pompuan ni, dia mcm tak suka anak dia berkawan kot.bila eryna p approach ,dia sibuk panggil anak dia.and i tengok dia memang ikut jer mana anak dia p.yer la faham, dia protective.i pun tak judge.i pulak jenis,kalau kat indoor playground tu, i lepak tepi jer.biar dia main.tapi eyes always on her.kang mana tau dia p sepuk anak orang, dah satu hal kan.

Alhamdullilah,so far tak pernah la pulak.so far kawan2 yang dia jumpa tu semua boleh ngam.and nampak sangat lepas main tu, sepanjang balik rumah asyik cakap "seronok mama main, ada kawan , ada abam ( abang) , kakak.gitulah.

Pastu,ada pulak 3 beradik ni main sesama.nampak la eryna cuba nak masuk geng , tapi si kakak tu protective  to adik dia.sooo cute.depa main elok jer bertiga.lama sikit baru eryna dapat join.hahaha.after soo many attempts.




Hai..saya lah budak kenteng yang kuat menjerit.suka makan.suka minum susu.pastu ntah bila mama nak potty train awak ni.cakap dah pandai.apa la nak jadi mama awak ni.


Tuesday, January 20, 2015

nasi lemak best , baju & kasut best :)

As salam.

Hari apa ntah ,bangun pagi terus nak makan nasik lemak.maklum la dulu masa kerja key ell, nasi lemak kat depan kelumpuk teratai au3 tu paling tersedap.boleh dikatakan seminggu 3 kali makan.lagi 2 hari selalu beli kuih muih.kat situ ada 3 gerai waktu pagi.nasi lemak best tu betul2 depan flat polis tu.kalau kuih prefer beli gerai sebelah.akak tu jual 3 singgit.mana nak jumpa donut & berger malaysia ( yang ada sambal bilis ) yang sedap harga cenggitu kan.


Yang ni bukan nasi lemak gerai tu.dok carik nasi lemak area kd ni yang best mcm tak jumpa.so end up pergi jer la village park kat uptown ni.sini kalau weekend toksah harap la nak dapat tempat duduk cepat.since pergi weekdays, senang ja.tu pun ramai jugak orang.

Specialty nya ayam goreng  tu.nasi pun ok.sambal ok.tapi di hati tetap rindu nasi lemak au3.nak kena singgah jugak la sana.tapi tu la,rajin sangat la nak harung jm pepagi semata nak makan nasik lemak tu.



Kat budak ni amik nasik lemak biasa.price utk sepinggan nasik lemak ayam tu rm9.teh ais dia best jugak. :).

Ok la lepas la buat mengidam.oh tak,belum pregnant yer.mengidam lemak jer tu.



Lepas tu nak bagitau haritu p hidy collections sebelah sugarscarf kt wangsa melawati.asalnya nak beli kasut.sekali biasa la terjebak pulak dengan yang lain.

Haritu ada few femes blogger mcm filla, namee & kak elly yang shout out pasal hidy sale ni.actually , i dah lama tau hidy ni sebab few times p ss mesti park area2 situ.dah kata sebelah2.cuma haritu macam mahai la kurti ni.kali ni tgh sale ,so meh la beli.



Beli crochet  espadrilles ni.selesa betul.lagi satu kasut flat yang untuk kerja tu.harga rm50.

Sebab haritu join fokoburo ke apa ke benda nama tu, so dalam beg tu ada 2 barang harga rm80 tapi worth rm150 kot.so untung la ,dapat baju hijau kat atas tu and kasut seketui.rm80 jer weh..tapi dengan syarat , kita tak tau barang apa dalam tu.kena pilih ja.kalau tak muat size boleh tukar.


Staff hidy tu baik gilllerrr la.dah la i lama kat situ.eryna plak buat aktiviti susun kasut.adui, mujur la staff tu sudi layan.malu mak weh.




Kurti hijau tu pakai semalam jumpa kengkawan.tak nampak la sebab duduk kan.hahaha.tapi nak cakap la,walaupun dalam gelap , nampak kan warna hijau tu.mmg rich & menyerlah kaler dia.i is sukaaaa.

Ok.itu jer update zaman bila ntah. :).



Monday, January 12, 2015

sugarscarf

As salam.

Tadek apa nak update sangat pun.harini terlebih rajin , saja tukaq blog new layout.dah bertahun asyik sama jer.ok ke tidok.yang penting senang nak baca.i olls ni suka jer baca balik entry lama.kenangan tu.bila baca balik ayat waktu dulu2 kadang nak tergelak pun ada jugak .and of cos kenangan  masa p holiday , pahit manis semua.maklum la nak bercuti lagi belum ada plan.yang dekat insya allah soon ada plan nak p somewhere ujung bulan ni.semoga dipermudahkan..padahal dekat jer pun.

Dalam takdek cerita panjang pulak intro.nak cerita pasal madison sugarscarf .haritu kan dorang ada produce lagi new colour.and terjebak lagi buat sekelian kali.suka tu sebab instant.dalam masa berapa saat settle.



New colour.ash brown.
yang bawah ni berry purple.
Dok usha mustard tak dapat2.memang hot selling item tu.jadi , solution nya , beli inner kaler mustard, lepas tu pakai jer dengan shawl kaler sama.done.

Batch first haritu ada 5 kaler kot.tapi beli dua cukup lah.rabak poket beli semua.sehelai pun dah rm79.
Yang baru ni lagi best sebab inner dia betul2 ngam ho.pastu lebar.kain dia, quality wise lagi cantik dari dulu.



Yang ni madison sofia.inner dia satin.ada lagi satu kaler pink belacan.memang dah jadik belacan la asyik pakai jer.hihihi.rm89 maybe sebab satin kot inner dia.

Overall, takder la banyak.rasa nya ada la dalam berapa belas helai jer ntah.tak la macam certain yang setiap collections ada.every color plak tu.buntang mata i olls.berapa ribu la depa spend kan.tapi, i can say, berbaloi beli madison ni.so far tak pernah try lagi branf lain yang jenis instant ni.maybe sebab dah terbiasa dengan sugarscarf .

I ada jugak beli tudung awning ss.time tudung awning tengah hot kan.and few shawls.kiranya , ss ni antara yang i trusted brand la.entah la, maybe sebab kain dia kualiti & sedap pakai kot.

Ok, itu jer la.boring kan.hehehehe.


Wednesday, January 7, 2015

Berurut

As salam.

Dah lama tak mengurut.last rasa nya tahun lepas kot.kat spa area wangsa maju.kebetulan lalu ,tengok harga tak mahal sangat , terus singgah . Rasanya dalam rm50 ,sejam lebih.best.



Last few nights tetiba rasa macam silap urat.sakit la pulak.rasa lemau ja badan ni.memang nak kena urut kasik keluar angin segala.jangan ingat kentut tu urat tak kembang.maklum la makan pun main bedal jer.

Since tak mau susah payah keluar dengan nak bawak budak ni,so call jer la tukang urut.sekarang kan banyak jer servis urut datang rumah ni.memula call bbc ( beauty bless confinement ) , owner nya nama siti aishah.ada follow fb page dia & ramai kata bagus.tapi dorang tak available cepat.i olls kalau boleh nak secepat mungkin .

Teringat kakak urut yang dulu pernah la tanya masa bersalin eryna.tapi tak jadik ambik sebab bersalin kat kg.ambik makcik kt kg ja.best jugak cik yah tu buat.amik pembuka & penutup pantang.

Mujur kak suzi free.so pagi tadi dia datang urutkan.siap sengkak ( naikkan rahim ) sekali.bukan la maksud rahim jatuh,tapi sengkak nak bagi duduk elok.sbb dia kata bila kita asyik buat kerja berat , lama-lama rahim kembang.sedap betul dia urut.memang berangin badan ni.yang lawak tu,aku yang angin , akak tu yang sendawa.kui...kui..

Urut ni elok buat sebulan sekali.tak sempat p spa , panggil datang rumah.tapi takder la mandi ke scrub bagai.yang tu takder la.insya allah lepas ni nak panggil lagi.weekend pun kak suzi buat.


Untuk supplement , i ambik advance joint ni & ostematrix   ( kalsium ).jangan ingat orang tua ja sakit sendi ,kita pun kena jaga dari awal.takler asyik lesu.gitew...

Ok,ni no kak suzi 0163965821.dia kaver banyak jugak kawasan.wasap jer ok.
Kalau nak shaklee , contact i olls ok .jangan p tanya kak suzi pulak.dia urut jer.eheks.



Tuesday, January 6, 2015

Balik kampung

As salam.

Selamat tahun baru 2015.cepat nya masa berlalu.ada azam tahun baru tak.for me ,ada tambahan kot.hehe.tengah dok list down 101 things to do/to achieve in 2015.tapi planner pun tak beli lagi.planner free banyak, tapi gedik jugak nak beli.barulah feel :).

Last week balik kg, kira nya dari krismas sampai la sambut tahun baru.dah lama sangat tak balik.rindu pulak.mujur la my family ada mai sini, kalau dak lama sangat tak jumpa depa.


Alang-alang dah lalu, lencong masuk jambatan  kedua pulau pinang.best, takdak keta.zaman dulu boleh stop kejap ambik gambaq ,la ni kalau stop , konfirm  kena saman.


Trademark penang haruslah penang bridge selain komtaq ..... :). Nostalgia betul sebab kecik2 dulu mmg selalu p penang.masa tu komtaq la femes.pastu ada pic kat penang bridge ni.best ....


Tak sah la tak pekena nasi kandaq.yang ni bukan line clear/ beratoq/kapitan.try yang lain pulak la.dah biasa makan yang tu.

Kali ni makan kat nasi kandar deen jelutong.sila on waze.rasa nya biasa jer lah.sama jer nasi kandaq ni.hehe.untuk tekak i, still prefer nasi kandaq zainol.itu memang terbaik.kalau rindu nak nasi kandaq ,memang zainol la tempat nya.kat pj sana cawangan dia.nearby hilton tu.


Budak banyak akai.sepanjang jalan berkelai ( bergaduh ).kejap nak dok belakang, kejap depan.makan pun main-main.kecik besaq kecik besaq ja mama tengok tau.


Aktiviti kat kg.nothing much.jalan-jalan pastu makan.makan.makan.tambah lemak.
bawak eryna naik kuda kat kola perlis.dewasa rm5 ,budak rm3.so kena rm13.ambik angin petang .pastu ada budak takmau turun kuda...

Dah p kola perlis , wajib makan sotong goreng  tepung yang tak akan jumpa lah kat mana2 dia punya sedap tu :). And tomyam...


Ni pun wajib jugak.rojak mak bee.stall tepi jalan , sambil minum ayaq nyoq muda.layannnnn..sepinggan ni rm3.50.


Budak ni bagi buah.memang feveret dia.banyakkk pulak tu makan.

Di saat kita gembira , ada pula berita sedih untuk mangsa banjir.dan juga tragedi air asia.semoga diberikan ketabahan buat mereka.doa yang tidak putus buat mereka.alhamdullilah ada jua kirimkan derma sedikit buat mereka.

Semoga 2015 akan membawa kegembiraan buat kita.walaupun tahun ni dikira tough year.insya allah , we can go through this.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...