LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, October 30, 2014

Pencarian taska untuk eryna

As salam.

Kat area kd ni banyak jer taska..tadika lagi,bersepah.femes tak femes semua ada.tinggal sedia duit jer la.

I tak la terdesak sangat nak antar eryna taska since i kan tak kerja sekarang.tapi bila dia makin attached sangat dengan i ,kejap nangis kejap itu ini sampai nak mandi pun susah ,i decide nak antar taska so that dia boleh berkawan.





I saspek dia jadik manja tu sebab dia nak kawan.kt rumah memang la i layan dia main masak2 ke apa ke.tapi kesian pulak tengok dia sensorang.pastu asyik sebut kawan lama dia kat pengasuh dulu.
lagipun , i plan kalau masuk kerja nanti tak la kelam kabut sangat if dah biasa taska.

Masa i survey taska i bawak dia sekali .and seperti dijangka dia memang blend habis la dengan budak2 taska tu.macam kenal lama.siap dengan cikgu2 dia ramah mesra.ajak balik merajuk.yer la kita ni datang survey jer,mana boleh lama2.


Yang pasti taska2 tu i check kat web   JKM baru i walk in.ingat berani ke nak tinggal anak  nak2 bila harini jer dah viral pasal kat taska baby kena sumbat makanan,pastu ada plak share budak tu kena kasar2 dgn cikgu & pengasuh   ikat tangan   budak.
nauzubillah sangat.i memang tak tengok   video2 tu takut trauma.sedih sangat :(.

Ok dah pasal tu,now i nak share hasil goggle untuk pilih taska/tadika :

1. Berdaftar dengan JKM.boleh check kt website .and taska berdaftar JKM ni ada bendera malaysia.
2.  Mesti lot tepi.kalau 2 tingkat mesti ada tangga   kat bahagian tepi luar utk  ciri keselamatan.

Itu bab luaran la.lepas tu kita as parent mesti tinjau habis-habisan la sebelum decide.

1. Lawat taska di waktu operasi bukan waktu cuti.so boleh la tengok aktiviti.and cikgu tu mcm mana.
2.  Tanya aktiviti harian & menu makanan.
3. Bawak anak sekali.first impression penting . Kalau anak dari awal dah tunjuk sign tak best,takkan kita nak paksa pulak kan.

Dah blank pulak nak bagi tips apa lagi.so far i dah survey 6 taska.out of them ,ada 2 yang i finalise.i tak boleh la list down nama taska tu pulak kt sini . Sebab itu hasil dari i punya   review yang pergi tengok pun sekali jer.tak nak la jadi kontroversi . 

Tapi,i  boleh cakap ,semua taska i pergi tu pun ok,cuma yang 2 ni paling ok.so i akan teruskan lagi pencarian taska selagi i masih tak kerja.paling2 tahun depan jer i hantar   dia pergi taska.


Dah besar yer anak mama ni.tak sabar nak p skool katanya.semoga taska yang mama pilih ni terbaik   untuk awak & cikgu2 semua baik.sobs sobs.tetiba teringat pengasuh  eryna yang sangat2 baik itu.

Wednesday, October 29, 2014

mydin mall best , food festival ttdi

As salam.

Kisah hari ahad haritu.gigih bangun awal semata nak p mydin mall.orang sopink kat pavi ke mid v ke ou ke.tapi kitaorg serbu mydin mall.kihkih.sebab utama nak beli barang basah lah.kat sana fresh kalau pergi pagi2 tu.selalu tu asben beli kt pasar malam jer , tapi kali ni saja cari pasal nak merayap.bukan jauh sgt pun dari kota damansara nak ke subang ni.kebetulan , mak sedara warded sebab demam lanas lat sjmc so boleh la singgah.


Beli salmon besar2 ni baru rm15.utk 3 org makan , sampai penuh kenyang. Kalau makan luar, gravy belum tentu best.kalau sedap pun harga salmon bukannya murah.masak sendiri la puas hati kan.

Ayam kat mydin pun murah dari pasar malam.rm10 sekor yang potong 12 tu nila bahagi dapat makan utk 3-4 hari.kalau pasar malam skang ni sekor rm20.sama jer size nya.


Tembikai ni setengah bijik baru rm2.95.dapat 2 jag penuh pekat.puas hati kot.dah la manis tak yah letak gula.

Lepas ni nak p mydin jer.tapi tulah orang ramai kena bertahan la.huhu.kalau anak sorang ok lagi la nak kejar2.tapi sama jer pun kalau p giant ke big aeon kt sini pun.
Hidup dok bandar kan.mak kata duk kampung hari2 p pasar fresh jer.abis tu nak wat camno kan.


Grill salmon.buat gravy white sos.best.gravy buat extra so siram sampai penuh.sayur semua fresh. Tinggal lagi rajin ke tak nak masak jer.



Lepas p mydin, singgah sjmc visit mak sedara pastu decide nak singgah food festival kat ttdi ni.mula nya nak pergi sabtu tapi sebab hujan tak jadi.

Sempat balik rumah simpan segala haiwan2 tu dulu pastu baru ke sana.memula renyai pastu tengok dah tak hujan ok la jom kita ke sana.

Parking kat luar sebab penuh.sekali jauh jugak la menapak.huhuhu.


Dari jauh dah nampak khemah.tapi alahai banyak ni jer.pastu sebab hujan kan , lecak sikit la.banyak jual benda yang sama.western la paling banyak of cos sebab mudah kot.ada cakes , aiskrim , pisang cheese , nachos & lelain.


Beli ni dalam 5 ketol jer harga rm6.ok nasib sedap.kita support jer la kan org muda menjual.rata2 memang budak muda juai.gen Y ni.i dah masuk kategori 30 an gen lain kot.ehehehe.


Pulut ayam ni rm7.ok jugak goreng panas2.eryna suka pulut.half ni dia makan.half lagi asben makan.i makan sesudu jer.

Pastu beli borito.sedap.rm10.tak tau la dia jual kat mana tak ambik business card.yg pasti dia jual atas lori kecik tu.sedap siap nak beli lagi tapi sebab hujan tak jadi.


Masa ni tak hujan.sekali rintik2 terus lari ke pondok rehat tu.huhu.eryna baru nak main kat situ.dah bayar rm10 nak main tak sempat buat apa dah hujan lebat. Kira mcm sedekah la pulak. Ingat nak pergi ambil balik duit tapi ntah org tu pun dah pergi mana.rugi.baik beli borito jer tadi.tsktsk.

Lama jugak kami stranded kat sana.sampai maghrib sekali kat surau situ.lepas tu balik bila hujan makin renyai.overall tak best la sebab takleh nak enjoy.


Tuesday, October 28, 2014

weekend ( ana patin house ,the strand & tanam pokok ).

As salam.

Macam biasa weekend payah sgt nak duk rumah. Kalau tak keluar tak sah.entah lah.ke sebab kesian eryna asik terkurung kat rumah jer ke kami yang memang kaki jalan ke apa tak tau la.asal weekend dah mula lah , eh hari ni apa aktiviti.

Haritu nampak daphne iking tu post gambar puding diraja kat insta dia.skang kan canggih, semua boleh carik kay insta.pisang goreng cheese pun ada oii.hebat teknologi. So tengok kat insta tu, sekali kedai tu kat mutiara damansara jer.dekat jer.so ok lah kita try.asyik p kedai yang sama jer.


Ni lah dia puding diraja.walau bukan keturunan diraja tapi boleh gak makan ni tau :).first time makan masa tu kt kompleks kraf ada expo kraf.lepas tu ada jual2 tu beli semangkuk.sedap gak.bawah tu pisang buat sira.



Ni cara makan nya.curah kuah kastad ni.sedap.kalau sejuk lagi best.masa ni puding diraja baru sampai , so tak sempat nak sejuk pun dalam chiller.terus makan jer kat situ.seberkas ni rm8.kalau bekas besar rm20.boleh tahan jugak la harga nya.huhuhu.


Patin tempoyak.sedap.seketul ni rm10.besar la untuk kami dua.puas hati.kuah pekat.tak hanyir.patin ni yang biasa. Yang mahal kalau patin buah tu.itu ikut gram kot.


Sambal hitam pahang yang menjadi bualan di ig.benci betul kan ig.jadik tempat habiskan duit.not good not good.so try jugak.ok so so.sebab bukan org pahang kot, so tak tau apa feel makan ni.am into sambal belacan more.sambal buah bacang lagi sedap.terbaik kalau balik peghelih.


Ambik lauk ni jer buat tambah.sambal udang petai.ada la dapat petai tu dalam 5 ketui kot.sedap.ayam goreng tu sebab nak bagi eryna.kalau tak, mmg jarang makan ayam goreng kat luaq sebab kat rumah pun boleh buat sendiri.hasben pun amik sayur & ayam goreng. 


Ni budak ni punya.tu pun makan tak abis.
Dia ratah ayam jer.sayur tu sebab takdak jenis lain.

Kedai ni kat jalan pju 22 mutiara damansara kot.ahaha lupa sudah.tapi landmark dia kat situ ada food court.area shop lots ada banyak gak kedai makan.lepas ni nak try kedai lain pulak.


Lepas tu teman asben gunting rambut.parking dekat dengan the strand so senang nak merayap ke butik2 kt situ. The strand kan banyak giller butik baru.u name it.singgah farah iskandar butik.alah, wife ally iskandar tu.nak beli skants ( skirt + pants ).ada sale so dapat rm62 jer.eryna dah la hyper masuk butik org.mujur la takder orang asik lari sana sini.and pembantu butik tu pun ramah tamah.haritu farah takder p kenduri katanya.elok la , kalau tak mana aku nak letak muka.bahahaha.

Shawl i pakai tu best.dari elyashazleen.promo 3 rm100.i suka sebab shawl dia kat belah atas tu tak mcm shawl chiffon biasa.memang senang pakai.tamak rasa nak beli lagi tapi tunggu promo rm30 selai la pulak.hahahaha.

Eh lepas p butik farah tu jalan kaki jer p the strand.ada damansara streer fest.situ mmg selalu dorang buat flea market tu.takder yg best sgt.sempat beli selipar frozen kt eryna jer.takder nak beli baju ke apa sebab baru jer beli skants tu.


Beli daun kesum & mint leaf.rumah apartment macam gini la.letak jer kat gril gini. Tu dapor jiran depan tu.ingat kalau boleh nak tanam bunga kantan sekali pastu jual singgit sebatang.tapi confirm la tak hidup.hahaha.abis mahai sangat kot kedai juai.

Beli kat sungai buloh tepi2 jalan tu.sepokok dapat dlm rm3 ke rm5 ntah.lepas ni beli daun kari pulak.harap2 tak mampus la pokok tu sebab i mmg tak berapa ghajin nak siram2 ni.kalau ingat terus la siram.


Malam makan lempeng.cicah ngan sambal bilis.sambal tu i buat frozen.haritu masak buat lebih.tips utk cepatkan proses masak , frozen la benda2 yg boleh buat kuah.macam sambal ke.nanti nak masak heat up masuk jer apa2 bahan.senang.



Megi ni asben punya.dah makan lempeng nak jugak megi.i dah tak lalu tengok haritu asik buat megi jer..

-------------------------------------------------------------------


Promo ESP & meal shakes ni ad lagi 2 hari.sapa nak boleh cepat2 let me know ok.

ESP ni memang best.i dah minum since 2 tahun lepas.pagi2 wajib  minum.sebab protein kan &  mmg penting untuk tubuh badan kita.

Mealshake pulak i bagi eryna minum.mix dalam susu satu sudu jer.kadang2 i pau jugak sebab sedap.vanila rasanya dah serupa makan eskrem.sedapppp.

Cepat2 ok lagi 2 hari jer.  :).
sila wasap no kat atas tu ok.019 4545 482.


Thursday, October 23, 2014

Aktiviti hari khamis.

As salam.

Hari ini i keluar p pej post kejap.kan haritu i juai pre loved bag kan.alhamdullilah dah terjual.so lepas ni boleh la usya bag baru.hahaha.i ni jenis pakai beg tu lama stick dengan yang tu jer.sebab malas nak tukar2.sebab tu i salute org yang tukar handbag ikut baju ke apa ke.mcm the hamid's tu ( hanis haizi adik beradik )..fashionita sungguh. Pastu handbag i pun murah2 jer.takder la gucci chanel segala.setakat paling mahai mbmj jer.tu pun pakai kejap masa travel p usa dulu lepas tu i jual.lagipun i jaga elok.so jual half pun orang berebut nak beli.


Sayang jugak kat mk ni tapi sebab nak carik lagi besar so i jual la.siap bagi shawl 3 helai lagi.shawl tu pun sama.jenis beli pastu tak pakai.haritu ada la satu plastik besar i sedekah.ni ada lagi balance so i bagi la as free gift.hopefully mk ni akan dijaga elok oleh tuan baru.still nampak baru sebab i jaga elok la.


Pastu bawak budak ni lunch kat a&w.sebab nya kedai tu attached with maybank and petronas & ada celcom.so i pergi maybank sbb nak update buku asb.pastu nak bayar celcom.so alang2 bawak makan sini.mujur ada nasi lemak.punya lapaq tu abis dia makan setengah. Ada complete telur & ikan bilis.semenggah la jugak depa jual.ayam tu i la makan.fast food ni tak berapa nak ajar.sekali sekala boleh lah.


Seronok la dapat spend masa dengan anak skang ni.i wish boleh work at home mom sampai bila2.yes , i cuma boleh cakap , since 4 bulan tak kerja ni , i depend dengan income shaklee.alhamdullilah ada rezeki kami.amboi, promote bisnes la tu.ahaks.ye lah ada org tanya i sbb dia tengok i tak kerja tapi asyik kuar sana sini buat apa.owh , wahm pun kerja la jugak.tadi p pej post tu sambil2 post shaklee ler tu.and sometime jumpa bisnes partner.gitew la.tapi syok tu suka suki ikut masa kita lah.best,


Tadi i baca blog mamatiamia pasal suar corak2.hahaha surprisingly i pun tebgah gila suar munge2.hasben i cakap suar tdoq.takder sense of fashion la.i suka palazzo ni beli dari insta.eh , i tak suka la insta sebab pengaruh nak shopping tu melampau sangat.

Palazzo ni jenis chiffon.dia ada lining kt dalam so tak jarang.selesa sangat & kaki nampak panjang. Tapi kan.sebab entah la maybe fit sikit gara2 silap size , so ada mcm terbertas sikit.huahua.pongkok besaq nak jugak amik size M.sikit je la leh modified balik. Cuma takleh gemok lagi.kira benchmark la palazzo ni.kalau tak muat tanda sila la kurus kan badan.

Tulah dia handbag yang i belasah hari2 skang ni.sofina 2.1 by vivy.best sebab besar.tapi mcm dah nak nazak so lepas ni i nak beli beg yang i janji pakai lama.so i nak prada ke tods ke.kumpul la sebulan 300 pastu setahun baru leh beli.kahkah.ok la dah la verangan tu.handbag tak penting , sekarang ni tengah fikir nak p bercuti.kalau ada rezeki nak pergi yang jauh2 sikit macam aussie ke , disneyland ke ( umrah tu takyah sebut la.impian utama kot ).

Sekian.cerita hari ini.

Wednesday, October 22, 2014

deepavali kami

As salam. 

Selamat deepavali.i tetap cuti.so tak ingat pun hari ini cuti.bila asben sambung tdoq pas subuh tadi baru tau cuti.kadang2 konfuse eh hari ni dah jumaat.apa cepat masa berlalu.padahal asben plak selalu la satgi dok cakap.bila la nak weekend.best duk rumah ni.yang tak best tu kena make sure duit dapat mcm gaji dulu.

Btw , kami kat umah jer harini.tak keluar pun. Sebab utama semalam gaduh manja2 la konon so dedua merajuk keras kepala takdak sapa pujuk pun.last2 baik sendiri jer.gitulah kan keras kepala.hahaha.


Aktiviti 'si-si-sha' eryna.entah mana dia dapat word tu.nak sebut abc jadi sisha pulak.dia suka main & suka sepah.itu jer la.kalau nak ikut malas nak beli toys lagi.dapur mainan tu ntah apa dia buat habis ntah ke mana.dah tak nak main pulak.cepat jemu.


Sekarang ni eryna dah pandai la abc.tapi biasa la tak la complete.dia pandai tu rasanya dari i pad gak tu.download abd apps tu.dia pandai susun.pastu 123 boleh la sampai 10.no feveret 5.asyik la sebut five..kadang2 ok gak i pad tu.tang tak ok bila dia mula ngadap utube. Kena pantau sebab tiba2 kang dia boleh pulak dok layan kartun yang ada pig tu.hadoi.saba jer la.

Pastu lepas masak rasa nak cuci sikit dapoq.sakit mata dapoq melekit.dah lama kot tak cuci. Selalu lepas masak tu memang tak sempat kot.kalut2 kemas sebelum budak ni menjerit.pastu ada baca orang kata tak boleh lap masa panas takut nanti retak plak glass tu.so nak tunggu sejuk mmg tak tercuci la.



Guna basic H shaklee.best kot guna setitik dua sudah.mcm dapur i yang dah berkerak tu guna lebih sikit la.letak air sikit , dah berbuih pastu ready la nak sental.


Taraa..berseri kan dapur i .dari berkerak terus kilat.suka sangat tau.terus semangat nak masak tu lain macam.yang kerak2 tu i sental guna berus la .tengok tadi mujur tak calar.sebab yang tu kena extra sental.tapi kesan2 minyak tu semua senang tangga. Best la basic H ni.


Ni kat atas tu.kilat jugak ku kerja kan.suka suka.nampak dak minyak tu.mak aih tu tanda dah berapa lama sudah tak cuci.huhuhu.


Lepas cuci dapur , nak mop lantai pulak.ni beli kat daiso.rm5 jer.mop ni best la jugak tapi takleh kasaq2 sebab tetiba tanggal.hahaha.nama pun murah so tak kisah la.best tu sebab guna wet sheets tu.pun dari daiso.khas tuk mop ni.kira nya takyah la susah2 nak perah mop pastu lap.banyak keja kan.ni terus pasang wet tissue tu pastu buang.


Ni hasil cuci lantai dapoq.terus melekat segala habuk.and cepat kering senang kerja i.lepas habis kemas lipat kain seguni pastu petang bawak budak ni g pool.tapi baru kejap berendam tetiba hujan.mengamok la dia sepanjang hari.hadoi.sabar jer la mak nyer ni habis la jiran dengaq suara dia yang macam petir tu .so that's how we spent our 'raya'.hehehehee.



Tuesday, October 21, 2014

Tsunami bisnes la pulak.

As salam.

Baru ni kan , macam tsunami sangat di kalangan geng pengedar shaklee ni bila rita (rr) announce dia pun dah jual sama.memang selama ni rr dok consume shaklee pun.tapi tak la menjual sampai dia sendiri terbukak hati nak bisnes.sebab dia kan kalau sapa follow kat ig dia tau lah selain bisnes kopi & angel mask yang best tu ( serius mask tu best ) , sekali sekala dia mesti promote shaklee.masa tu dia beli guna sendiri jer.





Ni screen shot dari instagram.tergelak we olls baca sampai ada nak tukar upline semua.mcm ni lah , buat bisnes ni kena set in mind untuk apa.hanya suka-suka ker atau sungguh nak berjaya.betulkan niat dulu.


Eh ni entry pasal apa pulak.haha.nak bagitau jer bertapa punya havoc di kalangan sid ni dok wonder sapa la upline rr ni.grup mana dia join.korang agak-agak ? Jeng jeng jeng.mesti la grup best macam grup i olls :).

Tapi jangan risau, i tak tumpang glemer dia.malah i sokong & salute la rr punya bisnes minded. Dia nampak peluang dengan shaklee ni & alhamdullilah she chose to be in our grup.sign up dengan my leader , Ala Salleh .ala pun pernah tulis kat blog dia pasal rr ni consume shaklee. Sebelum ni rr dok beli jer dengan dia.


Ni lah  Ala , yang berjaya yakinkan rr untuk sesama buat business ni.Ala pun dah naik rank dah.and she is one of my best leader.
Kami ni sekampung.Ala and i dulu satu sekolah.partner in crime masa sek rendah.haha.pastu lepas sek men memasing sek lain2.dulu2 mana ada fon ka internet macam skang. So lost kontek until la jumpa kat fb & reunited sebab tiba2 dia kontek i nak beli shaklee & i offer dia terus jadik member.pastu dia berminat nak bisnes pulak.gitulah.use-share-build business. Amboi, promo sangat kan.



Tadi murah rezeki dia nak belanja. So sebab perut masih lagi full sebab masa antar eryna g pengasuh lama ( konon pergi ziarah ler ) , pastu akak pengasuh masak laksa.huwaa terus makan 2 pinggan sedappp.

Order ni.pizza apa ek ni.makan kat porto romano , double tree hilton.pizza apa ek ni.sedap jugak. Thin crust.tak habis sebab besar gabak.so tapau bawak balik.eryna makan habis sekeping besar tu.


Latte adalah satu kewajipan.can't resist it. :D.tak puas kecik cup ni.


Pasta salmon.ni memang sedap.sos dia banyakk.salmon pun banyakk.besar ok portion.harga RM 28 jer.eh ada cafe lagi mahal kot pastu tak sedap.ni memang berbaloi.nak nak lagi kalau free.hehehehhe.

Dah la tu , ujung2 nak abis tu ada sos dia lagi kan , baru nak kikis ( buruk perangai ) , tetiba waiter efektif sangat datang kutip.tak dapat la nak menjilat pinggan.


Pas abis dating, g post opis post barang then pick up budak ni.siap tdoq dalam buaian lagi.kemaruk la tu lama tak naik.maklum la kat rumah mmg tak ajar dia tido buai.siap kencing plak tu.dah la baju tak bawak.mujur pengasuh baik, siap bagi pinjam baju.huhu.sedih juga bila kenang kan eryna dah tak duduk dengan pengasuh lama tu.nak wat camno, dah tak larat nak ulang alik key ell dah.

Btw, korang kalau nak join shaklee samada nak beli je ke atau nak bisnes cam rr leh la join grup kitaorg.sama2 tambahkan pendapatan.save no ni ok 019 4545482. :).


Monday, October 20, 2014

seharian di servis centre

As salam.

Datang servis keta.bosan la jugak.3 jam tunggu tak jugak siap.plan tu nak servis both kereta.satu keta kat glenmarie , satu lagi nak p jumpa mekanik jer kat subang.tu la dah bagitau asben suruh call dulu, beria cakap takper walk in orang tak ramai.memang la boleh walk in, tinggal lagi depa bagi priority untuk appointment ler.mujur la tempat selesa.mau tak kesian si budak kenteng ni la nak main apa.


Seronok la budak ni kawal semua sorang2.ni dah berapa kali kemas dah, dia main sepah jer.bising lak tu dengar sora dia jelah kat sini.huahua.


Laptop tu tak fungsi pun.eksyen lebih.
pantry kt belakang tu dah berapa kali p minum dah.kembong la perut macam2 jenis air dah minum.


Cak.jangan tertipu dengan ke flawlesan tu.terlebih lighting tu.padahal ada jerawat jahat hinggap kat dahi.gerammmmm..


Ni realiti.ngahahahaha.budak kenteng ni memang suka selfie .sebab nya dia nak tolong snap jer.kalau amik pic dia macam2 gaya bukan dia nak sangat pun.

Nampak gaya nya mcm tak sempat nak servis si kelisa tu.dah pukul 2 pm masih kat sini.lunch pun belum.tsk tsk.......



Thursday, October 16, 2014

wood & steel kota damansara.

As salam.

Weekend selalu memang makan kat luaq.sebab weekdays dah masak , so hari minggu macam tak puas2 round shopping mall.actually mall yang sama jer pun.kalau tak ikea , ikano , ou , paradigm mall.itu kan paling dekat dengan rumah.we can lepak walaupun just nak minum coffee atau pun bawak eryna masuk book shop.she loves book so much.dalam erti kata lain , bukak laju-laju lepas tu 'mengemas'.memang stress jugak nak kontrol tapi nak tanam minat membaca tu kan dari kecik.walaupun dia banyak koyak dari baca.hahahahaha.


Kat popular paradigm mall.tu sibuk mengemas la tu.buku terpaling dia suka of cos mickey moshhhh.memang itu dia cari dulu.lepas tu mula la tak tentu hala tak tau nak sepah buku mana dulu.



Tengah pikiaq apa la buku nak ambik tu.tapi i tengok2 la dia.kang dia bukak kasar2 & koyak satu hal pulak.everytime dia amik buku baru , ajak dia baca dulu ( walaupun dia tak fokus pun haha ) , seronok ambik pastu letak balik.



Lepas paradigm , singgah wood & steel kota damansara. Shop lots depan dengan giant kd.satu baris dengan restoren ombak.the strand area.dah lama usya nak p sini.padahal tadi kat mall dah makan kat old town. Teman eryna makan tapi tumpang gak makan nasik.kihkihkih.


I kan peminat coffee.so kena la ber latte walaupun dah pukul 9 malam.kat sini takder caramel latte.ini betul nya tersilap.order 1 jer.masa memula tu hasben memula order latte pastu dia tukar cappucino.rupanya depa tak kansel latte.so bila dia antar, depa kata complimentary jer sebab dah buat.ok, i suka la 100x lain kali sila buat lagi :).



Order untuk eryna la konon.agak2 siapa abiskan.huwaaa.malam2 makan dowry deep fried. Wedges & salad jer eryna makan.yang lain , u know la sapa habiskan.

Rasa ok-ok jer.


 Salmon fettuccine hasben punya.pedas sikit.ok la not bad.just ok.


Deco kat dalam. Tak besar sangat.masa kami sampai tak ramai , pastu tetiba makin penuh sampai full house.cafe pun tak besar & deco memang kayu ler tempat lepaj nya pun.

Tetiba amy search pun ada lepak situ .kurus sesangat dia sekarang.ke memang kurus.eheh.
,

Harga nya.standard cafe2 atau restoren la kot.overall cafe ni boleh la nak santai2.kat luar pun ada kerusi gak.smoking area.since kafe ni tak besar sangat, so toksah la nak duduk lelama.kasik chance org lain pulak yer.


Licin tu sebab orang lain yang tolong habiskan. Sobs sobs.sedih makan berat la konon tapi entah bila nak insaf :(.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...