LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, September 25, 2014

Mee tarik cyberjaya

As salam.

Haritu ,owh hari lepas yang kita jumpa ct tu kan ( kehkehkeh..refer entry lama ) ,malam tu tetiba lapar balik.padahal siang hari dah makan macam-macam.nak makan tapi tak nak yang berat2 nanti susah berat nak turun..amboi sangat kan.

Since masa tu kat putra heights dah ,sebab melepak rumah paksu ,so kami decide makan kat cyber.dah kenapa cyber ? sebab hasben dari haritu asyik bagitau ada kedai makan sedap kat sana.dia kan kerja kat cyber.entah kenapa la kan ,elok2 opis kat jalan duta lepas tu kena transfer jauh ke sana.rumah plak kat kota damansara, syabas sangat.

Btw, tau la kan.cyber ni kalau pergi weekend macam padang jarak kot.bosannnn.nampak opis jer la.kata nya kalau weekdays busy .so far kedai yang few times kita pergi pun makan nasi arab kat saba.itu jer la tempat yang weekend pun pack sampai at one times kena berdiri lama.mujur ada baby ( masa tu eryna baby lagi larrrr ) ,so waiter tu kesian dia cepat2 carikkan kerusi meja pastu bagi order dapat cepat :).




Kedai kejadian.nearby starbuck cyber.nama kedai tu My Iman Noodles House.Dorang jual mee tarik.sebelum ni pernah tengok kedai mee tarik kat key ell.belakang honda showroom tu.nak pergi ,sampai ke sudah belum sampai.apa yang spesel tu ,mee ni dorang buat sendiri.tu kot namanya mee tarik.cuma tak nampak plak depa tarik mee tu depan mata :)



Menu nya.price range between RM 7- RM8 untuk sepinggan noodles.lepas tu dia bagi free air.ada choice of soft drinks & tea.boleh refills suka hati sampai kembong janji one meal = one drink.so gilir-gilir amik air.malam tu sunyi jer kawasan tu ,tapi kedai tu meriah.full house jugak.


Saya punya beef potato noodles.tak mau soup sebab hasben amik soup.tak pedas pun , and eryna suka kowt, bagi dia dalam 3/4 tu ,habis dia makan siap nak lagi.selalu tu bercinta nak abis.memang tak dinafikan mee tu rasa sedap.kuah tu boleh la.plain jer.nak sedap kena letak sambal/chilli flakes ada dorang sedia kat atas meja.


Hasben punya amik soup.senang cerita benda yang sama cuma yang ni soup and ada rasa herba sikit.quite ok ,letak cili tu sedap gak la.


Mutton & chicken stick ..each harga RM 2.rasa pedas-pedas marinate dengan rempah.ok ok jer.
My verdict ,ok lah semua food dia.tapi tak leh makan selalu sebab not really my taste.sesekali ok ler.but again, sapa suka jenis cenggini ,strongly recommended .mee tarik ni asal dari china ,so mesti la tak sama dengan tekak melayu ,apa-apa pun ,ok jer kalau nak p lagi makan sebab air free.hahahaha.tak lah, sebab ada byk menu lagi so kita nak try yang lain pulak.servis cepat so kita suka jugak.harga semua RM 20 sahaja.murah kan :D.


Ini budak asik melukis ja.pantang jumpa pen & kertas.so kalau bawak p ikea tu selalu amik pensil & kertas siap2 baru dia nak diam.pastu kalau p kopitiam kena tahan muka lar sebab dia nak conteng habis kertas tu.huhuhuhu.



Gambar ni takdak kena mengena dengan hari kejadian ,tapi saja nak upload jugak sebab dia skang ni suka betui buat peace tapi 4 jari.hahaha.dari dulu tak lepas2.ni kat ikea ,dah gaya macam p pasar malam kan.sebab 10 mins jer dari rumah ,malam2 tetiba teringat nak p makan eskrem & karipap ikea ,pastu siap dah sampai..best kan :)
Budak lain elok ja duduk atas seat atas tu ,dia takmo nak duduk bawah tu.biar sakit vontot janji style.

Iklan shaklee :

Korang, ada lagi 5 hari jer lagi promosi hebat shaklee collagen powder ni nak tamat tau.rugi sangat kalau korang tak grab.tau kan ,bila umur semakin meningkat ,kolagen dalam badan kita akan mula menghilang sedikit demi sedikit.

Kolagen ni bukan hanya terdapat di muka ,tapi juga di anggota badan lain.so sangat penting untuk the whole body.syok sangat, sejak consume scp ni dalam 4 bulan macam tu ,dapat rasa kulit tak berminyak sangat macam dulu.lepas tu ,tapak kaki kita makin licin & pinkish u olls.best kan tak payah nak sapu lotions.

Ada kawan kita tu ,dia ada keloids ,sebab czer baby ,dia kata makin pudar parut tu.sebab kita kan lahirkan normal so kita tak tau memula keloids tu apa.bila dia bagi testimoni baru kita tau.pasal stretch mark pulak kita memang tak dak since mengandung & melahirkan.itu tak tau pasal apa ,maybe sebab masa pregnant dulu dah biasa ambik ESP ( Energising Soy Protein ).
Tapi,kita ada la jugak selulit kat paha sana.alhamdulillah, nampak dah makin menipis dah.



Sekarang ni suka minum cinch tea shake ni dengan scp ni.terus mix waktu pagi.cinch shake ni act as food replacement.skang ni brekpes pun dah tak berapa minat yang minyak-minyak ni.tengah dalam cubaan nak reduce kan sugar intake jugak. so far kita punya cheat day hari weekend.sebab tu sekali dapat minum caramel latte tu terus balun segelas besar.hahahah.mana dapat la ajaran sesat gitu.

Ok,as usual kalau nak order & nak cuba dengan harga istimewa ,boleh save this no 019 4545 482 and cepat-cepat call kita ok.
ada special deal untuk pembaca blog ini :)




Wednesday, September 24, 2014

Bila anak demam dan peluang membeli sambil beramal.

As salam.

Setelah 6 bulan ,hari ahad aritu cik kak kita demam.eh cik kak tu eryna ler.owh tu tak la bermaksu title dia dah naik jadik kakak.buat masa skang ni is belum.tungguuu.kikikiki....
Actually,demam ni berjangkit dari abah nya.ni pun jangkit dari tok wan.tu dia.berselang-selang kan.haritu masa ayah mai sini masa adik tunang tu ,dia demam.elok ja depa balik hari rabu ,tiba-tiba hari khamis asben bagitau kata macam nak demam.memang konfirm la ,sampai 40 c temp terus mc 2 hari.kiranya khamis,jumaat sambung sampai sabtu ahad.


Ahad tu asben dah ok,kita demand nak caramel latte.skang ni suka la lepak kat the strand mall ni.tempat baru ,orang tak ramai.pastu mengopi kat dr cafe.masa ni eryna macam dah dedar2sikit badan dia.tapi petang tu macam dah turun sikit so bawak dia keluar.sebab fikir dah 4 hari kami terperuk dalam rumah.agak nya virus tu pun dah berlegar-legar.huhuhu.



Untuk orang demam.buat bubur ala-ala sup utara.sedap ja orang demam makan :)





Seperti dijangka ,malam isnin dah panas suhu sampai 39.6-39.8 gitu.tapi dia tetap makan nasik sikit ,tetap susu botol ,bfeed jangan cakap la,melekap jer.sampai kita sendiri leh rasa panas tu.sian pulak tengok terlepek jer.selalu tu aktif ya allah.time ni lah kan baru nak cakap,cepat la sihat, aktif tunggang langgang pun takpa.cer kalau dia sihat tu ,kemain kita suruh dia duduk diam satu saat.ish ish...



Malam tu ,kita saja try buat cara tradisional pulak.bakar bawang putih ,pastu letak minyak zaitun.pastu boleh plak rasa sedap betui bau garlic ni bila dah bakar.hahaha.
senang ja garlic socks ni,terus sapu kat tapak kaki, kita terus letak seketui bawang tu pastu pakaikan stokin.motif ? untuk kasik cepat batuk hilang & tak selesema.


Jumpa doktor hari kedua.ni pun membuas jugak kat klinik.suka hati la nak oiii.janji sihat kalau tak mama susah hati tau.
Alhamdulillah, hari ketiga ,semalam dah tak demam.berpeluh-peluh dah.sign paling nyata dah melompat sakan dah. :).



Pastu tadi ,kuar jap bawak p main kat big aeon.ada gym budak2 ni kasik dia happy.puas main nak dekat sejam pastu dia nak balik.mengantuk la tu.
sempat la intai nak beli bunga kantan,sekali tengok harga RM 3 untuk sekeping bunga yang nipis terus tak jadik beli.letak balik.hahaha.

Singgah beli kat mini market jer.ni pun kecik cam batang pensil ,RM 2.pastu beli petai ,dah siap kupas harga RM4.90 sebab teringin + ada udang banyak lagi dalam fridge.malam ni ingat nak masak sambal udang petai & asam pedas ikan kembung.dua tu jer sudah.

Owh,lepas ni kita nak bagi eryna konsisten meal shakes 1 sudu sehari sebab dia dah mula memilih makanan dah.risau la sebab kita masak best-best dia buat main2 jer kan.lepas tu suka makan nasi kosong dengan sup.sayur tu dia suka jugak makan.tapi banyak main2 jer lah.as a mom ,risau la sebab kita pun tak nak nutrisi yang dia perlu utk budak baya dia tapi dia tak dapat.

Tau tak,dekat usa ,meal shakes ni di jadikan 'fast food' untuk kanak-kanak dalam usaha memerangi obesiti & nak ubah tabiat pemakanan yang tidak elok kat sana.kita pulak, lebih suka bagi anak junk food which is not good.so,apa kata mommies semua consider meal shakes sebagai makanan tambahan anak-anak.cukup lengkap nutrisi yang mereka perlukan.
Selain meal shakes ,eryna pun ambik vit c chewable.alhamdulillah, kalau demam pun cepat sembuh.



Dan,apa yang lagi spesel ,setiap pembelian 3 canister ,selain percuma 1 canister ,sebanyak 10% dari belian set ini, akan disalurkan ke rumah kebajikan di bawah MyKasih Foundation.kira nya membeli sambil beramal la ni.

Ok,kalau nak cuba 1 canister pun boleh, nak beli 1 set ajak kawan-kawan share pun boleh.
Just let me know k , full consultation provided .save this no 019 4545 482.

Friday, September 19, 2014

Jumpa ct nurhalija

As salam.

Tajuk tak nak kalah kan.nak kena highlite ct tu pulak.tapi,memang hati berbunga sangat dapat jumpa ct depan-depan.alah,bukan tak pernah nampak masa dia buat roadshow simpli ct tu ka kat mall.tapi,sebab kali ni kita dapat ambik gambar banyak2 jadi nak show off sikit la :D.

Weekend haritu, adik bertunang.so,lepas majlis dia, kami ramai2 gerak ke bangi.majlis kawin sedara.buat kat dewan ukm bangi.since masa majlis tunang tu dah makan banyak + kenyang ,so kami lewat sikit la p kenduri belah sana tu.kami tu terdiri daripada mak ,ayah, kakak,abang ,adik ,paksu maksu ,sepupu sepapat.mmg ramai la.dah kata kenduri sedara kan.so,semua dijemput la.

Masa sampai tu, orang ramai sangat-sangat-sangat.tapi flow makanan sangat bagus sebab station banyakkk.so,tak payah queue lama.cuma nak kena cari tempat duduk.kami kena separate sebab kaum kerabat ramai sangat.


Dapat buku ruqyah asas perubatan islam & souvenir .dalam tu ada agar kering.cantik bekas tu so boleh buat letak kerongsang ke.owh air tu bukan air berubat ke apa tau, ayaq mineral je tu.cuma label dengan darussyifa.

Lepas dah kenyang makan,amik gambar seround dua ,ingat nak balik la.sebab orang makin lama makin ramai.tak tau la berapa ribu dijemput.banyak la jugak nampak vipsss.pastu ,teringin nak makan cucuq pisang & teh tarik ,masa duduk tu ,tetiba terdetik ( ceh, poyo je ayat ). eh ,ct tak mai ka,datuk k kan baik dengan pak lang haron ( kami panggil ustaz haron sebagai pak lang .ustaz haron ni sepupu ayah ).
Tetiba ,asben cakap "tu ,ct kat belakang ,tudung hitam".masa tu mmg la tak percaya sebab muka dia selamba ja macam tipu-tipu.pastu mak cakap, 'eh ,betul la tu ct'.

Terus pusing ,tengok ha ah la ct,masa tu dorang stop betul2 kat tengah lane dekat ngan meja kitaorg.apa lagi,terus la fanatik berlari.ish ,tak malu sungguh kan.kehkehkeh.eryna siap jatuh2 kejar mama dia yang over,
Pastu ,kazen ajak pergi meja ct amik gambar.rupanya kakak ku lagi laju,depa dah siap posing kemain lagi dengan ct,huwaa..tak leh jadi.so, kita suruh hasben jaga eryna ,sebab nak posing banyak. :D.


Yeay.dapat jugak.ramai gak kat meja dia masa ni.semua dah kerumun.tapi ct sporting jer.time ni ada kakak tu tolong amikkan .memula kita amikkan pic dia,lepas tu wajib la dia tolong kita pulak.tapi, tulah dah kemana-mana mata ct tu tak fokus.

Putih melepak kan ct.macam doll huwaa.berlemoih sangat muka i olls masa ni.yerlah dari pagi dah keluar rumah,mekap pun dah cair ,time ni dah melekit.amboi,tak nak kalah tau :).



Ini kita dah elok tengok ,dia pandang belah lain pulak.datuk k senyum simpul jer.
Pastu yang jaga meja tu dah cakap bagi ct makan.ok lah kak ct, makan dulu yer,satgi kami mai lagi amik gambaq ok .kehkehkeh.

Ct ada gak nyanyi ,tapi asma ul-husna la.tak habis pun ,sebab dia nak p tempat lain pulak.ada amik video dia ,tapi bising dengan suara orang jer,yang pasti sedap sungguh suara ct.
Time dia nak balik ,sempat lagi selfie dengan ct.dia ok la,cuma tak la cakap banyak.agaknya pening ramai sangat kerumun.dengan datuk k sekali dah ketinggalan kat belakang.
Eh, baju dia pun lawa tau.pastu boleh tahan jugak tinggi dia.ke pakai heels berapa inci tak tau la tapi kita suka sebab dia mmg lawaaaa..minat since dia juara HMI lagi.



Ok,dah la dengan ct tu.ni family kami dengan pak teh hassan .adik kepada ustaz haron.dorang ni ramai adik beradik ,tak silap 11 beradik kot.ada la jumpa dengan yang lain tapi ambik gambar ikut sempat jer.sibuk nak kejar ct lettew.


Ni abang punya pic kita cilok.tengok akak aku tu sibuk dengan anak dia bergambar dengan ct.muka dah berlengas.hahahha.sian si shazwan ,tengok tu nasib dia tak siku jer ct tu.
Oh ,btw yang atas tu gambar ayah dengan pak lang.dalam ramai beradik tu ,ayah paling rapat dengan pak lang haron sebab depa pernah sebilik dulu masa belajar kat kolej islam klang.

Lepas tu, masa ayah sambung studi kat ukm ,mak kata pak lang haron yang tolong dapatkan bilik.masa tu pak lang still pensyarah biasa lagi.belum masuk tv lagi.so selalu la depa tidur kat bangi sana.


Time ni masa pregnant eryna.kenduri rumah paksu.sempat gak amik lagi gambar.hehehehe.
Oh,btw majlis tu adalah majlis kahwin anak pak lang yang bongsu.


Wednesday, September 10, 2014

Bila nak potty train anak ?

As salam.

Umur berapa elok potty train anak eh.tadi ada sembang dengan kawan,dia bagitau ,umur setahun lebih dah boleh start.so,nampak sangat la mama ni tak alert langsung.eryna dah 2 tahun 3 bulan still on diapers.acaner eh.haritu pengasuh ada bagitau ,dia ada ajar sikit-sikit kat rumah dia tak payah pampers tapi sebab sekarang ni antar eryna seminggu 3 kali jer ,so mesti dia dah lupa lepas tu.

Lepas tu selalu fikir ,kita kena beli ke bekas potty train kalerful tu so that dorang happy nak kencing/berak dalam tu.,happy ke ? hahaha.
Lepas tu fikir macam-macam la ,eh nanti kalau dia nak bisnes ,pastu dia tak cakap camner.and macam2 la fikir.


Cute kan ni.rasa nya kalau beli menda alah ni,mesti eryna suruh bawak keluar nak buat main atau dia nak duduk dalam toilet tu tak nak keluar.abis, dah comel sangat ni.

Pastu ,tadi goggle ha,dapat simple sign bila anak ready diaper less & tips nak potty train.
Mak zaman moden ,goggle jer lah.hahaha.

Here are 5 simple signs that your child may be ready.
  • Your child tells you when their nappy is wet and wants it to be taken off.
  • Your child wants to sit and try using the potty.
  • They are able to follow instructions such as, ‘do you need the potty?
  •  Your child is able to stay dry for two hours or more.
  • Your child is aware when they are doing something or about to do something.

So, kalau ikut eryna ,rasa nya sign kat atas ni dah macam layak nak potty train jer.sebab kalau pampers basah jer dia bagitau dia 'yak' padahal kencing .kalau bau semerbak tu memang tak perlu disangkal lagi lar.

Pastu ,ada tips dia bagi ni pun bagus.tapi, kena bersabar la eh time depa tetiba membuang tanpa sedar.so,kalau ikut artikel ni ,cari time kita tak keluar memana for first trial so that potty train berjalan lancar.


Here are a few tips to try and make it all go smoother.
1.Place a disposable bed sheet on their
stroller before they sit down. You may still have to change their clothes if
they have an accident but at least you won’t have a wet stroller.
2.Give them lots of praise for their
achievements such as using a reward chart.
3.Try to start potty training at a time
when you don’t need to leave the house for school runs or nursery trips.
4.Buy lots of cheap knickers or pants
that way it doesn’t matter if they are soiled they can just be thrown away.
5.Potty training in the summer means
they can around the house with little on making it easier to get on the potty
in time.
6.Children are likely to need the
toilet after eating so try to get them to sit down at this point.
7.Expect lots of accidents in their
first couple of weeks and don’t give up going back into nappies can just
confuse

Artikel penuh leh baca kat SINI.i think this is good article tapi again la ,kalau baca tu macam senang jer padahal realiti huahuahua.takut mama kurang sabar jer la kan.tambahan eryna sejak menyusu botol ni boleh tahan la jugak kencing tu.asyik penuh je pampers dia.huhuhu.
Tapi ,kawan i kata anak dia ready nak buat sendiri sebab geli,so maknanya kena la biar eryna ada feeling geli tu kan.eh ..gitu plak.kekadang rasa tak nak la train dia tapi at the same time nak takutkan dia .kiranya train tapi kasik dia bangga.kena puji puji la kot kan.budak zaman sekarang tak sama dengan time kita dulu kan.



Ingat nak beli spender mickey mouse & frozen .mesti dia suka kan.pastu bagitau ,kalau eryna nak pakai spender ni ,tak yah pakai pampers.so,tak nak pakai pampers ,kena la kencing.berak dalam toilet.amboi,panjang nya ayat ..kang pening pulak budak tu.
Mama semua kalau ada pengalaman leh la share dengan kiter :)

Tuesday, September 9, 2014

Cucuq keria sempoi dan sedap :)

As salam.

Haritu ada beli keledek lebih,lepas tu teringin nak makan cucuq keria.seumur hidup tak pernah buat keria.hehehe.betulnya tak pernah buat kuih muih tradisional ni,paling "tradisional" sangat pun setakat cucur udang ,pisang goreng ,cekodok.ni kira next kuih yang nak try.kecoh kan,padahal orang yang terror buat kuih muih ni mesti gelak guling-guling.

Senang je rupanya nak buat cucuq keria ni.
Ini bahan :

- ubi keledek
- tepung gandum
-sedikit air

Itu jer.kan senang.

Cara-cara :

- rebus keledek sampai masak ( test cucuk dengan garpu ).masa rebus tu letak garam secukup rasa je la ikut kuantiti.
- dah masak ,tunggu sejuk sikit ,pastu lenyek sampai lumat.nak senang blend jer.
- portion paling best ,banyak mana ubi tu ,banyak tu la tepung gandum.
- uli sampai boleh jadik doh.letak air sikit tu sebab nak kasik sebati jer.kena pandai agak.


Ni dua bijik keledek boleh dapat dalam 12 bijik.
Sebab dalam rumah ni ada 2 orang jer makan ,so kita simpan je yang 6 bijik tu.



Kalau kat gerai macam kaler lain kan cucuq keria dia.ni macam rupa donut kan.
Ni lepas masak tak sira dengan air gula lagi.tapi,percayalah sedap.sempat makan sebijik jer.5 bijik lagi ,mesti lah partner ai yang habiskan.so,konfirm la sedap kan.T__________T.


Tadi kan lepas angkat keria tu,while tunggu sejuk ,so kita masak air gula nanti dah likat terus siram nanti dia beku la atas keria tu.senang jer rupanya ,kalau tau senang tak payah beli seketui keria sampai 5 kupang.

Selamat mencuba... :)

Iklan shaklee :



Jom tengok betapa halusnya molukel shaklee collagen powder ni ( scp ).sangat ringan & mudah larut dalam air.SCP dihasilkan dalam sirip ikan merah dari laut dalam terhidrolisi dan menjalani ujian klinikal yang bertahun-tahun sebelum dikeluarkan.

Sebenarnya ,tak kisah apa jua brand yang anda nak pilih ,pastikan ianya halus & mudah diserap kerana kolagen yang kasar tekstur akan terapung di dalam badan & menyukarkan buah pinggang untuk proses.bahaya tau.

Collagen Powder Shaklee terbukti:
  • meningkatkan kelembaban kulit 
  • mengurangkan kekasaran dan kekeringan kulit 
  • meningkatkan kelembutan dan kelicinan 
  • meningkatkan pemakaian kekal mekap  
  • meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti kulit 
  • meningkatkan ketebalan rambut 
  • meningkatkan keserian tona & warna kulit 
  • mengurangkan garis- garis halus & kedutan

Untuk anda yang nak cuba SCP sempena promosi hebat bulan ini, boleh hubungi saya bila-bila masa sahaja ,

Fadlina
019 4545 482.

Friday, September 5, 2014

Kemas rumah

As salam.

Perkara paling tak rajin kemas rumah.walaupun rumah apartment kecik jer pun malas.apa nak jadik.sebab kalau dah start kemas ,rasa nak vakum ,sental semua tempat.selalunya memang tak boleh settle in one day.mesti macam sempat vakum jer.mop tertangguh.pastu tingkap dah lamaaa tak cuci.rasa haritu first masa upah bibik on wheels iaitu setahun lepas.hahahaha.

Pastu rasa cam melekit je dapor lama tak mop.sapu tu boleh la sesambil sidai kain.sebab dapur basah ni sekali dengan tempat dobi.yard depa buat besar.kalau sapa yang just buat satu jenis dapur jer ,yard ni leh buat stor.tapi,sebab masa beli haritu ,owner lama dah buat dry kitchen complete kat belah sana, so no choice terpaksa la ada 2 dapur.sayang plak nak pecahkan dapur lama tu sebab kemas & dia kata kos dia buat dalam 5k .tapi, now rasa hmmm..kalau wat store kan bagus tak lah bilik no 3 tu jadik stor.lepas ni bilik ke 3 tu nak buat bilik solat jer.sebab ada space lagi tu.katil eryna la menyemak,last-last dia tak nak pakai pun baby cot tu.tunggu adik dia la pulak guna T_T.




Nilah wet kitchen i olls.ok lah boleh muat nak masak.tapi ada limit 3 orang jer sekali masuk nanti pitam pulak.dari haritu nak beli kipas dinding tu ntah bila asik luper jer.ni dah tengok gambar baru teringat nak beli.+_+.

So,bila rumah jenis gini ,kena la pasang tempat penyidai tu.beli yang besi tahan lasak tu ,terus drill.so,nak sidai kain kena panjat sikit la,beli kerusi kecik kat ikea tu.penyidai tu beli kat houz depot dlm RM 150 kot.kuat tu,leh tampung sampai 50 kg ke lebih.

Sebelah mesin basuh tu ,beli konon boleh letak makanan lepas masak,tapi dah macam2 semua letak situ.hish.tak organise ni.pastu yang rak kecik coklat tu ,guna jer apa apa dulu.hajat hati nak beli kat ikea harga RM99 jer,ala yang jenis rak kayu 3 tingkat tu.asik sold out .aku syak kedai kek la banyak beli ni buat display sebab tengok kat kedai kek mana ntah banyak giller dia beli rak kayu tu buat display kek & kuih.




View belah sini pulak.semak nyer hai.ni baru lepas mop nampak tak kilat di situ.kehkeh.tingkap tu takder asalnya , kita tutup sebab nanti nampak jiran seberang jalan.suruh kontraktor yang buat wet kitchen tu buat kan sekali.

Rak kabinet ni pun ,kalau ikut ai takmo buat tutup sampai atas, mcm nak buat just mana perlu ,especially bahagian bawah tu sebab nak tutup dapur jer,tapi ntah cemana buat jugak full.last last belah atas tu tak guna pun.so banyak jugak ruang kosong kat atas tu.tak koser nak panjat letak amik barang.

Periuk belanga semua humban letak dalam almari bawah.mmg cukup ruang sebab rak tu luas gak.mintak dorang letak aksesori jenis stainless steel tu siap-siap,
Ada pintu nak masuk sini.ada orang yang tanggalkan pintu tu ,so terus access.tapi aku tak mau sebab itu nama nya memudahkan eryna free access ke dapur.haritu dia pergi amik segala rempah ,main tin sardin semua pastu campak dalam tong sampah.ada tu dia campak dalam baldi biru tu.punya la cari mana la rempah kari haritu macam beli banyak.nak sidai kain baru nampak.tau la sapa culprit nya pun.dia memang suka main penyangkut baju tu pantang terlepas masuk.kadang-kadang saja bagi chance dia hulur penyangkut kain time sidai kain tu.happy sangat dia kalah tengok upin ipin.



Dapur kering.nampak pintu tu.menuju ke yard sebelah sana.so,ada orang dia buat satu jer dapur.muat jer pun.tapi ada pro & cons gak,kalu sini wet kitchen mmg bertabah gak nak masak.sebab takder pintu kan.unless buat pintu kat tepi tu tapi macam tak kena sebab depan tu pintu masuk.
And lagi satu tak la bau makanan sebab dapur sebelah sana.so masak pun belah sana je bau.kira nya kalau basuh baju kena angkat la sebelum masuk.sebab tu ai selalu sidai baju after masak, by esok dah kering sebab area situ mmg serap haba ke apa kain cepat betui kering.
Masak pun ala-ala sauna u olls takder kipas.hahahahaha.

Coffee table tu kami upah asing.nak kasik sama kaler dengan dapur kering.dalam tu campak la segala barang drills ,barang yang tak guna lagi,tisu segala.kira stok barang kering la.kerusi tinggi hitam tu beli kat home depot RM 99 kot sebijik ke RM 150 ntah tak ingat.jarang-jarang jugak duduk sini sebab eryna nak join ,dia dah tak nak duduk atas baby chair tu.
Yang kat tengah2 merintang jalan tu stroller eryna ,haha dah malas nak bawak sebab dia takmo duduk dah .tu sebelum simpan kat stor.

Nak senang ,kami lepak makan kat meja makan sana jer.lagi senang.so far coffee table ni jadik tempat letak makanan.ish sakit mata.nanti ingat nak beli rak & nak gantung kat tepi-tepi tu.letak pasu ke bunga ke nampak seri sikit.pun sama tak tau bila nak buat.hahaha.

Eh,tadi nak cerita pasal kemas rumah ni cerita pasal dapur pulak.tu jer la nak cakap.kemas dapur kecik ni pun makan setengah hari sebab sapu ,mop pastu rearrange balik.ni sebelum kemas, lepas kemas tak daya nak amik gambar dah.penat kata nya.hehehehe.


Wednesday, September 3, 2014

Zoo negara

As salam.

Hari merdeka haritu bawak eryna jumpa member kat zoo negara.dah lama planned nak bawak dia.well,budak mana tak syok kan nak jumpa 'kengkawan' depa ni.tambah eryna dah kenal banyak haiwan ni,so mesti dia suka.yang tak berapa suka bapak dia jer.dari haritu nak bawak asyik takmo jer.kata nya tak best.tapi,baca kat blog ramai kata zoo negara dah much much better.

Tetiba hari merdeka tu dia plak ajak p zoo.so,ok lah.awal pagi dah kejut eryna.sebab takmo lambat2 nanti petang nak p hi-tea pulak kang takdan.ecehehehehe.lagipun kalau lambat nanti panas.tak suka lah :D.

Lepas sarapan kat gerai pakcik kat keramat tu,terus ke sana.dalam pukul 9 lebih jugak sampai tengok dah ramai jugak la.parking pun dah penuh belah depan sana.tapi,zoo kan besar giller,so orang ramai pun still ok tak la sampai tak boleh jalan.


Kat depan tu ajak buat gaya harimau ,ntah naper eryna buat gaya gitu pulak.itu terpengaruh dengan cerita mickey mouse la tu.


Entrance fee RM 30 dewasa.eryna free below 3 years.kalau nak tengok panda mahal tu,kena tambah RM 20 ,utk 30 mins jer.demand sangat panda ni tau.tapi,kami tak tengok pun la.rugi jer kot.hahahahha.tak koser.baik tengok haiwan lain yang lagi cute.



Nampak penguin tu.sian dia tau.ntah naper dia lepak sekor2 kat situ sambil gigil2.tau la dalam tu ekon tapi bukan ke habitat nya kena sejuk.demam ke apa tak tau la.sian sangat ia tu.



Showtime pukul 11 pagi.kalau miss ni ,next pukul 3 petang.ok lah ,best jugak.ada dalam 30 mins jugak show ni.ada singa laut, burung ,ular,parrot.
Eryna cam tak enjoy sangat bila dah lama2.nama pun budak ,dia lagi syok nak tengok depan mata la tu.so,abis jer terus jalan lagi.

Owh,kami tak naik tram.sebab cam tak feel la konon.nak naik tram kena tambah RM 5.sudahnya menyesal jugak.hahaha.sebab zoo ni besar giller kot.maklum la,tak pernah masuk zoo negara.zoo taiping penah la.kihkihkih.ke pernah zaman kecik2 dulu kena balik tengok album lama ada tak.zoo negara ni tengah ada renovation lagi.extend sampai belakang.

Berbaloi la kena RM 30 sebab tempat besar, bersih ,haiwan-haiwan pun banyakkkk.
Pastu cafe pun banyak cuma mahal sikit la.standard la tu kot.ingat takleh masuk makanan, air pun tak bawak masuk ,so merasa la RM 3.50 beli mineral water kecik tu.
Ada siap bawak bekal.tapi aku tak la bawak masuk cam leceh jer.lenkali leh bawak jajan la.tapi next time nak naik tram.penat wooo jalan.


Nampak unta tu ? belakang cam auditorium tu la tempat panda dua ekoq tu.besar gila kan rumah dia kan.,kerlas kau.ada banyak giller merchandise panda dorang jual.tak terfikir plak nak beli apa-apa buat kenangan sebab eryna tak minat pun.dia tengok pun tak.sebab dalam fikiran dia sekarang , upin-ipin, mickey mouse ,kancil. itu jer la.


Beruk ni kan, ganas oo.ada sekali tu ,depa bergaduh dah macam scene 'Planet of The Apes' tu,part dorang gaduh dalam sangkar tu,giler ko siap2 sepak-sepak pintu besi tu.aku cuak jer kot tetiba dorang lompat pagar tu.tapi rasanya pagar tu ada elektrik kot.kalau tak ,mesti dah terbang ,abis sikit punya tinggi dia jump.terkejut i olls ingat beruk mengawan.kehkehkeh.



Dekat kan gajah tu.eryna tengah usya guard baling pisang kat gajah tu.suka la budak kecik tu sebab dapat tengok depan-depan.zirafah ,burung ,singa ,harimau.macam-macam la yang dia kenal.tapi makin lama bateri dia pun weak.abis,penat woo jalan.pastu dia mintak dukung.nasib la abah dia kena dukung.stroller dah lama simpan dalam stor sebab roda rosak.huhuhu.


Posing terakhir sebelum dia mula bosan.hehehehe.ni kat tempat beruang kot.stop minum air.fuh dahaga sesangat nya hai...

Overall ,worth la datang bawak anak-anak.untuk orang tua pun best gak per.tak bosan pun.pasni ingat nak bawak dia p petting zoo kat sri kembangan tu.boleh feeding sendiri katanya.harga pun sama jer ngan zoo negara ni.elok untuk pembelajaran anak-anak kan.
Yang penting ank hepi, kaki sakit pun mama ok jer.
Insya allah tahun depan mcm nak p disneyland hk.semoga tercapai impian mama nak bawak eryna jumpa mickey mouse.mesti eryna excited.nak tdo hotel disney pastu jumpa karakter disney. :)



By the way ,bulan ni ada double promo tau shaklee buat .
Promo 1 :
Beli 6 kotak kolagen ,PERCUMA 1 kotak kolagen .

Promo 2 :
Beli 3 tong meal shakes , PERCUMA 1 tong meal shakes.

Korang kalau nak cuba beli 1 kotak kolagen atau 1 tong meal shakes dulu pun boleh,just roger me for promo price ok.yang dah biasa beli meal shakes untuk anak-anak ,memang elok la buat stok terus.untung sangat, jimat dalam RM 110.

Kolagen pulak,memang aku pengguna tegar ,terbaik sangat tau kolagen dari shaklee ni.u shud try or u will regret it.trust me.

So,jangan lupa contact me ok : 019 4545 482.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...