LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, August 27, 2014

Sustagen choc kesukaan terbaru eryna

As salam.

Haritu ada sedikit nerves sebab tak tau nak bagi susu formula jenama apa kt eryna.mula-mula bagi susu kambing jenama As Suffy kot.sebab katanya susu kambing paling dekat rasa macam susu ibu.ok la bagi kat pengasuh ,dia kata minum ja.tapi malam atau bila kt rumah sorry la,memang 24 jam melekat ja.yelah ,what do you expect ,2 tahun kot dia menyusu badan ,tak pernah mix mana2 susu fm ke apa.so give her time ok ?

Lepas tu rasa susah pulak nak dapat stok susu ni.selalu beli dekat area wangsa maju.kedai runcit berdepan dengan Shell ,Jasko Wangsa Maju tu.tapi,leceh la sebab situ selalu jem sikittt la.tgh construction.haritu tak kisah sangat nak p beli sebab ofis shaklee yang lama kat situ.tapi lepas shaklee pindah ke Sri Rampai business park ,terus rasa jauh pulak.anyway ,sapa nak join ahli atau nak bisnes shaklee ,kontek saya ok :) ( eh sempat bisnes kau yer ).

Masa kat Giant tu ,fikir nak beli susu lain pulak.baca kat blog kathy jem ,dia cakap raiisah suka sustagen choc.ada dia citer raiisah memilih susu pastu dgn sustagen tu baru nak.so,terus la beli susu tu.tengok sekotak dalam rm25 ,ok la tak mahai sangat.size sama besar dgn susu suffy tu.susu suffy tu rm40 sekotak.takut jugak try kot dia takmo.tapi selalu budak kan suka perasa choc.hasben kata ni,kalau eryna takmau ,aku la kena habiskan.huhuhu.



First bagi minum tu dia cam excited la choc,tetiba pastu tak abis.buat 2 oz ja pun tak abis.mama pun gigih beli botol susu baru ,tapi still NUK jugak la.gambar butterfly konon sangat kot abis minum.tapi dia takmo.kat rumah pengasuh mmg takder choice la sebab mmg dah simpan semua alat pam.cukup la 2 tahun tabah mengepam.kehkehkeh.

Mujur jugak kat umah pengasuh dia tak buat perangai.alhamdulillah, eryna mmg good girl.dengar cakap & dia tau limit dia kalau nak bermanja ke apa.mmg itu la jugak doa hari-hari semoga dia tak merajuk kat rumah orang.semoga dia dengar cakap selain dari selamat selalu.mak-mak cam tulah kan.

Pastu lepas sebulan camtu,kiranya tak la sampai sekotak sustagen tu abis, saja beli buat stok siap2 kat rumah ,tiba2 semalam dia mintak.saja la kacau dia bila dia mintak susu.cakap, "mama bancuh ok "..tiba-tiba eryna jawab "ok,mama coh".debar gak tu betul ke tak dia ni.haritu pengasuh ada cakap eryna dah minum byk.selalu minum 2 oz ,ni sekali hadap dah minum 6 oz.sekarang ni susu sustagen tu mix dgn suffy tu.kiranya 1 scoop susu kambing & 1 scoop sustagen.ni dah makin banyak minum kena lebih la.
Try bancuh 4 oz terus ( botol susu kt rumah tu still yang dulu punya tu ,nak beli baru kot bazir beli besar2 sampai 10 oz ,bancuh 2 oz tak ke sakit hati tu ) sekali bagi tengok kejap jer abis.mula cam tak caya.sekali tengok ,a ah la habis.good girl sangat.


Kesian nya botol susu kecik.kehkeh.ni beli tak sampai 6 bulan lagi.lepas 6 bulan mmg buang jer.baru tengah usya online nak beli botol baru.kali ni boleh la beli 10 oz terus.gambar mickey mouse pulak sebagai hadiah.mesti eryna suka tak sabar nak susu nanti.


Alhamdulillah ,makan pun berselera.tu nasi arab beli kat saba tu ,kira setengah pinggan tu lah abis dia makan.haritu kambing bakar pun dia makan.senang hidup la tak memilih kan.
Takut juga bila minum susu formula ni sembelit.ada gak pengasuh cakap dia mcm meneran sikit time berry tu.selalu mmg tak pernah la.kalau bfeed mmg baby tak sembelit.so macam kesian.tapi dia tetap berry hari hari.





Pastu ,kita bagi mshakes ni.letak 1 sudu sehari.ingat 1 sudu = sehari.ada yang tiap kali anak menyusu depa p bagi 1 sudu.maknanya kalau 5 kali anak menyusu ,dah jadi 5 sudu.tu namanya tak paham.itu yang ada banyak percanggahan pastu nak salahkan mshakes tu.not good not good.
Sekarang ni berry pun tak susah teran ,lancor jer.haritu eryna macam nak flue sebab mama batuk & flue ,alhamdulillah ,eryna tak sempat kena.hari-hari bagi dia 1 biji vit c chewable ni.
Malam jer dah tau ,mesti dia mintak nak "min" katanya.


So ,u alls boleh la try sustagen choc kalau baru nak cuba anak-anak susu.rasanya mmg stick dengan susu ni.lepas ni bila susu suffy tu dah abis, tak continue dah unless senang jumpa.
And jangan lupa add on mshakes & vit c chewable sekali untuk antibodi anak2 u olls ok.
Eh ,eryna ni malam2 still bfeed lagi.entah bila nak wean off.tunggu kot dapat adik ker.teettttt....
Jangan lupa kontek saya tau kalau nak beli :) 019 -4545 482.

Monday, August 18, 2014

Nasi vanggey Ipoh

As salam.

Tadi sambil dok sibuk nak transfer files ke laptop sebab folder phone dah makin penuh, tiba tiba nampak gambar nasi vanggey yang kami singgah makan masa balik raya haritu.
Selalunya kami jenis suka menyinggah kalau otw balik dari utara.macam haritu otw nak balik key ell dari perlis, kami singgah makan tandoori sedap kat penang.dulu masa eryna tak lahir lagi, selamba masuk penang pekena nasi kandaq tengah pagi buta pastu baru gerak balik.merasa la makan nasi kandaq sambil pejam mata.abis kalau pukul 3 pagi makan,tak ke macam sahur jadiknya.

Btw, dah lama dok dengar nasi vanggey ni.macam memanggil nak try.so,ok lah kita kena singgah la since bukan la jauh sangat pun dari tol ipoh tu.kan raya haritu kami balik hari isnin ,so memang tak jem sebab semua orang dah balik kerja semula.kami ja best cuti sampai 11 hari :).

Dari tol ipoh tu adalah dalam 15 mins kalau tak sesat.hahaha.macam kami bukan sesat ,tapi terlepas simpang so kena u turn jauh sikittt la.nasi vanggey ni ada banyak,yang ori depa kata yang sekali dengan restoren cina Yong Suan tu.kami p yang dekat Greentown.dapat la tengok bandaraya ipoh.terasa sangat bandar diraja tu as along the way kan ada istana.nama jalan pun semua kerabat diraja.


Besar and selesa.kitaorg parking dekat tmpt area shop lots tu.pastu kena saman dengan majlis perbandaran ipoh.hahahaha.mana la kami tau kena bayar parking sebab takdak mesin tu.rupanya kena beli tiket.sabaq je la.padahal park tak sampai 30 mins.tak pasal2 p bayaq saman RM20 kat MPI.malas nak bertangguh.konon kalau bayar awal dapat murah la RM20 tu.pastu suruh en asben merayu sikit,dapat la diskon RM15.patut aku je p merayu kot dapat free terus.ngehehehe.



Saya punya nasi vanggey.beza dengan nasi kandaq adalah dia ada sambal.punya la pedas..isk..terbakar lidah dah la panasss.masaelahnya, sambal tu rasa pedas je lebih.tak feel.


Adik saya punya,dia amik nasi breyani kot.boleh la dia cakap.


Budak ni takmau makan.main je lebih.minum air last last tumpah.pffftfttftff.....


Kesimpulan biasa jer.tak kena selera ku.way much better nasi kandaq penang la.maybe kata beza ,tak sama but still biasa jer.tak repeat pun ok.macam nasi kat atas ni ,nasi kandaq zainol branch kat petaling jaya.belakang hilton tu.ni memang thorbaikkk.beli masa bulan puasa haritu.dia punya kari ,perghhhh sedap menangis.ayam goreng lupa nak snap.and minus sambal petai tu beli kat pasar ramadhan.

Eh,nasi royale kat ampang pun sedap.lagi ,banana leaf Nirwana pun sedap.itu kan beza kan.so terbukti nasi vanggey ni bukanlah pilihan ku.teh ais pun tak kaw.sekian.




Saturday, August 16, 2014

Berniaga Shaklee tanpa was was.

As salam.

Alhamdulillah, saya nak share sikit video tentang penjelasan CEO shaklee, iaitu Mr Roger Barnett tentang shaklee dan isu Israel.saya juga ada menulis di SINI .

Antara yang di nyatakan oleh Mr Roger Barnett :

1. Shaklee TIDAK menyokong dan TIDAK terlibat sama sekali dalam apa jua situasi dari segi politikal samada  melibatkan negara mahupun agama baik secara langsung atau tidak langsung.
2. Shaklee komited untuk membantu hidup yang lebih sihat.
3. Shaklee membantu dan memberi peluang untuk meningkatkan ekonomi keluarga.






"The reason why I got involved in Shaklee, is it possible to inspire,to work and partner with people to make an impact ,together to the entire country". - Mr Roger Barnett-

Jom sertai keluarga besar kami sekarang :).

Fadlina | 019 4545 482.

Thursday, August 14, 2014

Open house

As salam.

Last week dapat few invitations untuk open house.tapi,tak dapat nak attend semua sebab tempat tak sehala.since ada dua jemputan dari bangi ,maka nya bangi lah menang.
Pukul 12 baru gerak dari rumah ,kat nkve boleh tahan la slow traffic.waktu balik raya haritu jalan tak jem ,tiba tiba hari open house pulak jem.sangat tak kelakar.

By the way,rumah pertama tak tau seksyen berapa.ni rumah kawan hasben.sampai ja,tuan rumah takdak ,keluar kejap beli apa ntah.so ,kami makan je la dulu.nasib adik dia ada ,mana tau kot salah rumah,kau sibuk jer sedap kenyang perut.
Menu nya nasi arab, ayam panggang ,sate & ada la dessert2 gitu.nasi arab tu sedap.siap tambah 2 kali.padahal lepas ni ada lagi tempat nak p.boleh plak tambah T__T.


Ini budak sailor moon kan,tak mau makan.ada la 3 ketul nasi impit dia makan, lepas tu dia mula la jalan sana sini.laman dia besar jugak,lepas tu ada pokok rambutan.banyak daun kering tu dia asik kutip buat main.lama lama biarkan jer.yang penting dia tak p jauh pun.sebab tu makan bertambah tambah tu.kehkeh..

Pastu,dah jumpa kawan tu, balik lah.solat kat masjid seksyen 8 dulu.asal p bangi mesti solat masjid ni.dari dulu pun gitu.gilir gilir la solat kan.sebab payah lah nanti eryna ikut sampai tempat wuduk takut jatuh.risau jugak kadang tu dia kan suka lari lari.memang la tak jauh dari kita tapi kang tak khusyuk solat satu hal pulak asyik fikirkan dia.
Ada sekali tu kat masjid,ada geng student ni konon nak jaga dia la waktu aku solat,tapi memang nan hado la.eryna ni bukan nak orang pegang.sudahnya dia main jerit jerit pulak.bingit.baik duduk diam2 dalam kereta.



Rumah kedua ,dato samuri sate kajang.actually, bukan open house dato buat,ni anak dia buat.kazen aku kahwin dengan anak dato yang bongsu 2 tahun lepas kot.
Best tau rumah dato ni sebab anak2 semua duduk sebelah menyebelah.kalau tak silap ,setiap rumah ada access satu sama lain.memang besar la tanah dia.
Rumah dato ni,situ la tempat asrama pekerja, situ jugak opis, situ jugak rumah sedara mara.imagine besar tak besar.and sangat tenang.



Belanja gambar raya sekeping.baju beli dari fabolous hijab.gigih malam sebelum balik raya p padang jawa beli baju raya.kehkeh.pukul 10 malam dok sibuk test baju.nasib ada yang muat.
Ada belt kat pinggang tapi sebab macam longgar sikit ( eceh ,sikit je la... ) ,so tak guna pun.

Yang belakang tu rumah kazen aku duduk dengan wife dia.best tau.naik tangga tu pastu ada balkoni facing pool.dah la dapur dia cantik..huwaaa berkenan tengok...


Ini kejadian eryna beraksi nak terjun kolam.saba je la tau.dia ni memang takleh nampak air.lajuuu jer.dah la tu ,ingat dia pandalela ke apa main terjun je.ni hasben tengah ralit amik gambar.tengok aku kat hujung sinun tengah jerit tu.sebab eryna boleh plak minum air kolam tu.
Ok,dah dah jom balik.tak puas round rumah.




Singgah One City mall usj.saja nak lepak skypark.cantik jugak tempat ni.ingat nak tunggu sunset, tapi tengok gaya swimming cik kak tu ,ok lah tak payah lah yer.dah salin baju kot ,boleh pulak dia baring kat situ.
Itu kan glass floor.kiranya orang bawah tu nampak kita kat siling.eh, paham ke ??? sebelum tu ada few remajas la dok sibuk selfie gaya baring atas ni ,tu yang eryna tiru tu.huhuhuhu.



View dari roof top.makin berkembang usj ni.eh ni dah dekat ngan putra heights dah ni.dulu dulu takder menda sangat pun.selalu la datang area sini sebab ada pak sedara kat sini.

Ok,last pic.suka la baju ni nampak la efek kecut sikit.sikitttt je la.kasik la chance.-___-.
Eryna dah seksi dah tu ,elok la balik.sebelum dia terjun kolam kat belakang tu.


Lasttt..singgah The Strand pulak.berkopi di sini.oh ya, scones tu sedap nya.best.caramel latte dia ok lah.saja tak singgah setabak.now ada byk options, cuba dr cafe pun not bad.

Till then,another open house is waiting...alhamdulillah ,hari ni puasa enam settle.first time buat puasa enam in my life ever.teruk kan.huhu.selama ni ,memang tak pernah nak buat.rugi sangat lepaskan so many benefit & nikmat.takper lah,what is pass..let it goooo..let it goooo..semoga aku akan jadi lebih baik day by day.

Oh ya,promote sikit,bulan ini shaklee promosi GLA ,beli 6 percuma 1.
Yang belum daftar keahlian ,meh la join group saya.best sangat tau.
Nak join member biasa boleh ,nak bisnes lagi la dialu alukan.
Sila lah baca blog shaklee saya di sini , shaklee blog.
Yang nak jana pendapatan pulak, bulan ni memang the right time ,so lets do it NOW ok.




Monday, August 11, 2014

Sambut birthday lagi & trauma seminit :(

As salam.

Last sambut besday eryna.so,malam tu kami decided makan kat the curve.sebab nya hasben nak beli baju raya.sabar je la.actually,dia dah beli haritu, tapi sebab dia suka giller baju tu so nak beli lagi kaler lain.tempat lain macam jauh ,so nasib kat the curve ada columbia ,so p la situ.besday eryna tapi mak bapak yang sibuk lebih.kehkeh.

Mujur la ada sales lagi ,so dari nak beli selai ,alang2 sales, rembat 2 terus.haritu beli kaler hijau, ni beli kaler merah & turqoise.pilihan kaler mesti la dari yours truly :).
So,dah abis beli ,jom la cari kedai.dah lapiaq kot.kat the curve ni kedai banyak ,pilih jer la mana berkenan.nak masuk marche macam tak best jer.dah 2 kali makan sini, tempat tu best la, tapi food wise biasa jer.dah la tu ,boleh tahan mahai.

Pilih punya pilih ,mula nak makan sushi,tapi baru haritu few days before balik raya ,dah buka puasa kat sushi zanmai ou.so,nak yang lain pulak.
last2 ajak masuk Tony Romas jer.sebab dah lama tak masuk.hasben malas nak masuk sebab haritu makan kat sana ,dia kata tak kena tekak dia.yer lah,masa tu dia order steak kot.specialty kat situ kan ribs/lamb.eh,tapi steak dia pun sedap apa.
Hasben kata chillis lagi best.tapi ku paksa jugak masuk tony romas.fish manhattan takmo sebab muak.huhuhu.


Besday gurl dah siap beraksi.dia ni memang payah betul nak ajak amik gambar.
Semua la gambar ada je la slack.ni dia tengah ralit menconteng.jenuh jugak tu pinjam pen sebab dia takmo duduk.sibuk nak explore restoren..+_+.



Order set ni.sedap..huwaaa.dah la tengah posa ni.sambil type sambil nangisss....
Sesuai untuk 2 orang.lamb rack sorang seketui ,pastu steak seketui.tu pun dah kenyang sebab portion besar.tu ada tangan demok sibuk nak 'acik..acik.'..nasi tu add on 2 mangkuk.
Seiously bila tengok bill, makan kat sini lagi murah dari chillis betulnya.air warm water depa bagi free ja.pastu ada free roti.hahahahha.dasar sangat.eh lagi,dapat kek free kalau besday.save duit dessert..mihmihmih.


Tengok tu apa la dia bebel ntah la.yang penting mama menten posing.


Amboi..nampak cam eryna tengah cium mama kan.yang hado betuinya.dia tengah cakap apa ntah ,kebetulan hasben snap.kehkeh..eryna ni sanggup cium bersungguh sungguh time dia nak susu ja.time tu suruh la apa pun ,sanggup jer dia.time tu syok buli dia.semua orang dia sanggup p cium.
Tapi,paling touching tu,time dia cakap " sayang mama" sambil cium peluk tak nak lepas.huwaaa memang so sweet..itu time dia tiba tiba nak express sayang la tu.pastu malu.hahahaha.


Brownies free ,macam biasa nyanyi2 dulu.eryna confuse nyanyi kat sapa ni.kebetulan ada satu meja tu sambut besday gak.so depa datang bagi kek jugak.ye lah lebih nak bawak balik macam leceh kot,so depa bagi kat kami.ada 2 potong kek la malam tu.rejekiiiii....rasa nak muntah laks overload malam tu.




Hadiah untuk besday gal.kitchen set.syok la tu.sakan dia memasak macam nak runtuh dapoq tu.saba jer la.skang ni bangun tido ,selain mengigau i pad & mosh ( mickey mouse ) ,bangun tido jer terus ...'mama ,jom ashak (masak )..holloh..cute je tau.nanti besar rajin rajin masak ok.mama nak order ja.


Hmm..nak cerita sikit ,semalam kami bukak puasa kat ikea.kan ahad ,tau la ramai orang kan.lepas kemas rumah ,rasa malas nak masak.hasben plak nak gunting rambut kat ikano tu.eh ,weekend pun kat area situ kan.buat camno,paling dekat dengan rumah..:)
Ok,sambung..lepas tu ,kami separate.bawak eryna main kat ikea.dia kan jenis takmau orang pegang dia.jenuh la paksa pegang tangan.suka suka hati dia ja lari lari.selalu tu memang under kontrol lagi la.so, time tu dah 7 lebih,pergi food court la nak chop tempat.

Eryna time tu jalan belakang sikit,puas panggil dia suruh ke depan.dia biasa la eksyen tak nak pegang.aku ni jalan pandang depan,pandang belakang.takut langgar orang.sekali aku toleh belakang eryna takder.Allah !!! berderau weh.aku terus gelabah.masa tu terus blank.nampak orang ramai tapi macam takder suara.
Aku terus pusing ke belakang tengok kot dia ke lift/eskalator.kat situ kan ada nak turun ke bawah.risau la sebab dia memang suka sangat kalau nampak eskalator.tengok takder.aku terus jalan still takder,Allah jer tau apa perasaan masa tu.blank terus.
Aku terus doa doa doa.Allah ,jauhkan dari orang yang jahat.aku tak leh fikir dah.aku panggil nama dia tapi ya lah,time tu semua orang busy hal masing2.

Tiba tiba aku macam dapat seru toleh kanan ,aku nampak macam orang tengah ramai.aku tak tau kenapa gerak hati nak ke situ.aku jalan ,alhamdulillah ,dari jauh nampak eryna tengah nangis sambil panggil "mama..abah"...hibanya hati aku.terus grab dia & peluk.,dapat rasa badan dia gigil.
Time tu ,orang ramai tu dok tengok dia nangis,depa tak pegang dia.eryna pulak mmg jenis tak suka orang pegang dia.so ada baik jugak sebab dia terus menangis & menjerit jer.at least dia tak layan orang nak dokong ke apa.

Dapat rasa badan dia gigil,aku terus baca ayat kursi hembus.pastu dia ok dah cuma dia macam takut ,dia tak nak duduk kerusi.aku terus la cakap banyak kali.lain kali dengar cakap mama ok.tapi sebak.huhuhuhu.dia macam paham terus nak dokong jer.
Tapi,balik tu dah abah dia ada,kemain main lari lari jugak.,tapi nampak la dia cam trauma sikit.agaknya takut terlepas dari kami lagi.hmm macam2 lah kan.

Apa pun,aku bersyukur sangat & lesson learnt to me.lepas ni ,dia nak ke,tak nak ke pegang tangan ,aku kena paksa jugak.tak leh biar dah.seminit yang sangat menakutkan.balik rumah,terus sujud syukur.terima kasih Allah kerana eryna masih bersama kami.semoga kau pinjamkan dia lama kepada kami....




Thursday, August 7, 2014

Besday eryna harini 07082014

As salam.

Harini kalau ikut kalendar kuda baru betul besday eryna.kan haritu dah siap buat makan makan sikit masa raya.sebab kalau ikut kalendar islam ,jatuh pada 18 Ramadhan.
Dah alang alang ramai orang kat rumah ,so celebrate jer lah terus.

Mula mula planned nak buat Jumaat ,1/8 lepas tu tak jadi buat awal sikit ,hari khamis sebab ada sepupu nak balik hari Jumaat.tujuan tu sebab nya nak rai budak budak je lah.
Last minute plan, beli barang masak spagetti ,lepas tu tengok kek.
Mula mula nak beli secret recipe ,tapi since last year pun kek sr ,beli kat kedai bakery jer red velvet.tu pun bukan kek sebijik bulat tu ,tapi depa buat dalam bekas kecik2.beli 3 bekas ,cantumkan jadik lah jugak macam sebijik.hehe.
Cuti raya ,nasib ada juga bakery bukak time tu.


Masak spagetti jer 2 bungkus, lepas tu beli drummet & fries,pizza.
Sekali adik mesej bagitau ,mak nak masak bihun 3 bungkus buat tambah.masa tu aku kat rumah mentua sebab turn sana.so ,ok lah.
Jemput sekali paksu satu family.so altogether ada la dalam 40 pax kot gitu.
Meriah macam buat open house pulak.tu sedara mara ja tu.tak panggil kawan2 pun.



Tokwan and pak long eryna.tahun ni semua adik beradik ada sambut besday eryna.best....
Boleh pulak belon beli jenis takleh tiup manual,kena pakai pam.ni kes last minute la ni.
Abang aku kata,konfem kuruih kalau boleh tiup ni.
Mask pun pakai rembat jer janji mickey mouse sebab besday girl kipas berani mati mosh.
Lepas tu, cap pun kecik.hahaha.nasib la memang tak muat budak2 pakai.
Tengok eryna nak buat peace ke apa tak tau la.muka serius sentiasa T_____T.

Harini ,0708 nak la jugak buat makan2 tapi kali ni kat rumah babysitter sudah.
So,gigih la semalam cari party pack kat jasko.mujur ada jenis mickey mouse.



Tabah betul la mak eryna ni.yang penting eryna mmg separuh histeria nampak mosh.kehkehkeh,
Saja nak bagi depa seronok.
Umah pengasuh ni ada 3 orang ja dia jaga ,tapi aku buat 10 pack bagi kat anak2 jiran.

Sebab kat sini kan flat ,so jenis petang2 jiran bawak anak sembang depan rumah.ada la dalam 10 budak kot rasanya.
Tak tau nak bagi apa ,beli vitagen ,cake disney ,kismis & belon.
Kemain lagi pagi tadi suka la budak2 tu.
Eryna as always takdak perasan amik gambar.saba je la T_________T.


Ni pagi tadi on the way antar pengasuh.punya la payah nak amik gambar.
Gigit baru tau...


Eryna dan kawan kawan.yang pengasuh jaga baju merah & grey tu,paling eryna kamceng adib,baju grey.budak pompuan merah tu ,syasya nama dia selalu la jadi teman gaduh.mau tak jumpa rindu.gitu la budak budak.syok tengok.
Sebelah eryna tu anak noor jiran sebelah ,afiq kot nama dia.beza selang setahun jer depa ni.
Tu eryna tengah zikir mosh mosh mosh. -__-.


Hadiah mosh abah beli.jumpa jugak kat padang besaq.kehkeh.murah jer ni RM 28 ,tapi jenis kualiti la jugak.kecik sikit dari eryna.kuasa nak beli mahal mahal,buat lenjan je si mosh ni.


Ni semalam lepas maghrib.sekarang ni eryna solat pakai telekung dah.anak babysitter bagi telekung ni.alhamdulillah eryna dikelilingi mereka yang baik baik.


Yang ni saja nak tunjuk lipstick baru dapat.kehkeh.beli dari blogger mimi.sebab NYX kan payah nak jumpa kat sephora.asal pergi je abis,so beli online jer.yang ni aku mix Milan & Instanbul.kaler Antwerk pun best tapi mimi takdak ready stok.

Ok,back to eryna ,tadi dapat jugak belikan hadiah kitchen set kat jasko,RM 89 jer kat Mr DIY.dok aim dekat insta macam mahal sikit.puas hati mak encik dapat juga beli.
Tak tau la sapa yang suka ni, mama ke eryna.kehkeh.
Nanti kita amik video eryna memasak pulak yer.
As usual ,doa mama sentiasa mengiringi mu eryna setiap saat & ketika.
Semoga menjadi anak yang solehah buat mama & abah.




Wednesday, August 6, 2014

Cerita raya 2014 kami

As salam.

Sana sini orang sibuk cerita raya.sama la aku taknak ketinggalan.padahal lama tak berupdate.
Kejap jer dah raya kan.Alhamdulillah, dapat 24 juzuk,lepas tu terstop plak terus cuti sampai raya.
Ni tengah usaha bagi khatam juga bulan syawal ni.
Insya allah nak start puasa 6 jugak ni.eh,tapi wajib ganti puasa wajib dulu kan.aku pun tak sure banyak sangat hujah2 ,ada yang kata boleh sekalikan ,ada kata tak boleh.hmmm.

Kami balik kampung malam khamis.awal kan.takmau stranded dalam jem la katakan.
Dengar dengar,kalau balik Jumaat pun dah start jem,jadi ,being a kiasu couple,kami pun sepakat balik khamis malam.
Plan tu pukul 10 malam nak gerak,sekali asben still kat the curve cari baju raya ,last last nak dekat pukul 12 malam baru gerak.nasib ada baju raya,kalau tak memang nak kena suntut lambat betui balik. T_T.

Since kami both pun sama perlis,rumah ada la dalam 15 mins jarak,so Jumaat pagi tu sampai,lepak umah mak dulu.petang baru p umah mentua berbuka kat sana.
Tahun ni raya umah my parents ,so buka puasa 2 kali kat umah mentua ,ahad petang balik rumah mak.
Balik balik rumah tengok dah siap masak lontong.lega la takyah tolong.kihkih.
Kalau lontong dimasak, itu petanda ,kakak sulung aka kakcik balik la.

Tapi,kat rumah mentua pun kena tolong gak.sebab asben kan semua adik beradik lelaki.
Yang baru kahwin 3 orang.lagi 2 single.sapa nak boleh tinggal resume.tapi,sorang je la sebab yang sorang lagi tu tengah study.
So,hari ahad tu ,ai dengan beras ku pun tolong la sikit2.tengok mentua dah siap potong daging.tanya mak,dia kata nak buat rendang ayam,rendang daging,ketupat palas wajib tiap2 tahun & tambahan laksa.

Pastu,mak suruh buat kek.so,buat la kami sorang sebijik kek.sebijik kek marble ,sebijik kek buah.sebijik lagi tak jadi sebab beras letak tepung kurang.kehkeh.
Ni sebab baru nak buat je ada gangguan.abis,anak2 memasing asyik menjerit menangis jer.
Buat kek tinggal tinggal memang masuk angin la jawabnya.
Kek tu jadik ,tapi turun sikit,mula2 gebu pastu gebas. T_T.


Dengan mak ayah.tahun ni semua ada beraya,so haruslah ambik gambar banyak banyak.
Eryna tu hilang fokus entah dok tengok apa la tu.
Baju ni recycle buat masa kenduri adik ipar haritu.


Kami 6 beradik.agak2 mana la adik beradik,yang mana ipar.hehehehe.
Yang baju melayu kat depan tu anak sedara ,dah macam anak sendiri pulak sebab sama tema.hehe.

Lepas bergambar, salam terus makan & siap siap nak keluar.
Sekali mak ngah yang dok sebelah rumah mai.anak dia pun ada 6 jugak.riuh la family kami.

Then,terus kuar beraya rumah sedara mak.area area situ jugak.
Sempat la 3 rumah, lepas tu ajak depa semua beraya rumah mentua aku pulak.
Kiranya lepas beraya rumah mentua ,terus la separate buat hal masing.
Aku pulak,dah alang2 kat sini,beraya dekat2 situ jugak.
Petang tu ada reunion kawan sekolah.rumah dia pun dah dekat.


Reunion spm tahun 1998.
Aku ni lagi rapat dengan kawan sekolah dari kawan uni.
Kat u ,ada few frens ja yang aku betul2 close.
Yang ni memang partner in crime.tak pernah miss jumpa time raya.
Kadang kadang tak raya pun jumpa jugak.


Time nak balik dah ni.eryna masa ni entah mana pergi.hahaha..mama sibuk nak bergambar katanya.masing masing dengan anak kilik kiri kanan.

Habis beraya,balik semula rumah mak ayah ku.
Begitulah kalau kampung dekat2 ,kejap mai sini,kejap mai sana.
Raya ketiga baru balik rumah mentua semula.
Patutnya raya kedua dah balik,tapi sebab malam raya kedua tu paksu ada buat tahlil & house warming dekat kedah so tak jadik balik sana.
Boleh ja nak terus p rumah mentua lepas balik dari kedah, tapi saja malas.haha.

Itu jelah cerita nya.
Nanti up entry pasal besday eryna pulak :).




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...