LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, May 20, 2014

Dari Modvier ke Nasi Daun Pisang ke BSC ke Hana Bella ke Cibiuk bangi

As salam.

Sabtu haritu lepak kat umah jer berdua.so, Ahad nak lepas dendam ,pergi jalan jalan.
Dah aim nak p Modvier.
Haritu dah p masa launching ,malang nya ,selain hujan & masalah parking ,banyak pulak baju yang dah abis.
So,kali ni pergi lagi.
Pun sama, hujan.
Dah kenapa, asal p Modvier ja mesti hujan.padahal haritu p BSC makan kat wondermama tu tak hujan pun.
Laki aku kata, ini bermakna no more Modvier,sebab asal aku p jer hujan.kahkah.


Modvier haritu.agak lengang maybe sebab hujan..atau sebab time lunch.
Bagus la senang nak try baju.
Sapa pernah datang sini tau lah, fitting room nyer ala2 cuma ditutup dengan sehelai kain hitam sajork.
Tak leh membuas posing dalam tu.kang roboh.


Jubah neelofa.lawo.material kain berat.tapi jatuh elok.super love.tapi tak beli,sebab dah aim yang lain.T_T.
Nampak ketat betulnya tidak ,tu terus sarung atas skirt jer.
Bahaya nak bukak semua.Naya karang.


Alang alang di bangsar, terus singgah Restoran  Nirwana Maju - banana leaf.shop lots dekat kedai roti tu,apa ke nama ntah.
Tengok ramai kan orang beratoq.sesungguhnya memang ramai.time plak peak hours.
Ai memang tabah sambil dokong eryna sambil pegang payung.
Laki aku tolong ambik gambaq.hahahaha.bagusss...

Tapi,cepat jer.tak sampai 5 mins queue dah dapat tempat.
Masa tengah beratoq tu,nanti waiter datang amik order,lepas tu terus pass ke dalam.
So,by the time dapat tempat, makanan dah ready.
5 star untuk servis hebat cenggini.


Set banana leaf.
Ada nasi putih,peria goreng yang sedap tak pahit langsung, papadom,sayuran ada 2 jenis & kuah ada 3 jenis.aku campoq semua supaya meletops.



Eryna pun ada.dia punya free.hehehe.abis,makan nasi ngan sayur jer.pastu dia amik papadom sauk nasik.
Janji makan,tak kisah lah kan.


Ni lauk pilihan kami.
Kari ikan tenggiri - marvellous
Sotong goreng - sedap yang amat.rasa rempah.best
Ayam goreng - biasa sajer.
Next time datang tak amik ayam goreng pun ok.



Dan..teh tarik ya ampun sedap sangat2.rasa teh,lemak semua cukup.ish,the best teh ever.
Jangan nanti pergi lagi sekali rasa tak best pulak sudah.
Total haritu, untuk semua tu RM48.

Dah abis makan,bawak eryna main kat BSC.
Lepas dia dah boring ,terus decide ke bangi.punya la gamble.
Nak jugak cari blouse hana bella.masa kat modvier tu dah abis size.
So,ke bandar baru bangi kita.


Mau yang ni lah.
Kaler ni pun cantik.eh, semua lawo2.
Mujur kar butik still ada.
Dalam sejam la jugak kat situ.tak plan pun nak beli skirt sekali, tapi dah alang2 sampai jauh, laki aku pulak cakap skirt tu lawo...ok lah amik terus pakej blouse & skirt.>_<.


Lastly, kami sudahi dinner makan kat Cibiuk.
Dengar macam best jer review.jom kita try.
Pilih set ayam bakar, tapi nama set dia pelik gitu.ada nasi liwet .bahaya bahaya.

Sedap la jugak.
Tapi,rasa Ayam Wang Solo lagi best.sambal lagi kena dengan tekak.
Cibiuk pun ok,tapi kalau nak datang jauh2 tak la kot.
Harga ok, standard ayam penyet jer.

Ish..panjang kan cerita.
Btw, korang ,projek duit raya masih on.sempat ku selit iklan bisnes.

Anyone interested nak join projek duit raya ni, let me know ok.
Jom pakat pakat gemukkan tabung kita.
PM/ wasap : Fadlina 019 4545 482.


Friday, May 16, 2014

Beli happy call pan dari lazada.my

As salam.

Semalam, ntah macam mana, masuk web lazada lepas tu terbeli pulak happy call pan.selama ni selalu dengar review jer.sebelum ni memang nak beli, lepas tu tak jadi beli george foreman grill.memang best gf tu, tapi kalau nak stim bagai tak boleh.

Tengok harga murah ,terus beli.even kat langkawi pun tak dapat harga cenggini.ada banyak jenis kan happy pan  ni.ada cap ikan la apa la.tengok review pun ramai kata ok, so boleh la beli.



Ni sampai pagi tadi adik despatch hantar kan.awal pagi dah tercongok kat ofis...

Ada 2 jenis, yang 30 cm atau 32 cm.aku beli yang 32 cm ,harga baru RM 78.kalau beli yang 30 cm ,harga RM 65 tapi below RM 70 kena charge shipping RM 15, so jadi RM80 ,baik beli yang besar teruih.
Lepas tu,klik klik baru perasan ,eh tak yah bayar..dah kenapa pulak..rupanya depa buat delivery serbis ala2 pizza hut gitu.maybe sebab office pun within klang valley,so dapat c.o.d.ingat shaklee jer boleh cash on delivery.tehehehe..





Pagi tadi, dalam kul 10 macam tu, despatch kol cakap nak hantar harini.giler cepat tak cepat serbis nya.padahal semalam dah pukul 4 lebih macam tu baru klik beli.pantas tuntas..suka sangat...
Jadi, kita sedia la duit cukup2 senang sikit adik tu nak courier tempat lain pulak.kat email pun dah bagitau suruh sedia duit..senang nya hidup sekarang kan...



Siap dapat voucher Papa John.nanti kot nak makan boleh la pergi kan..



Besar pan ni.muat la ikan siakap sekoq dalam ni.buat stim limau..aduhhhh..nasib tak puasa harini..tak sabar nak balik try test.
Siap ada manual book dengan getah merah tu kot la excited masak sampai tanggal, so boleh ganti baru.



Yang ni budak busyuk masyam pagi tadi.sampai tertidoq layan frozen.sekarang ni tab tu dah jadik hak milik dia.segala macam kartun ada dalam tu.
Paling dia suka upin ipin,mickey mouse & sang kancil.lepas tu frozen tu dia layan lagu jer la.
Ada benda alah ni boleh la so that dia tak bosan & tak kacau time driving.

Eh..ingat nak beli lagi la pan tu,nak bagi kat mak & mak mentua.mithali tak i olls ????


Monday, May 12, 2014

Makanan lagi...

As salam.

Dekat opis ni,selalu kami tak banyak sangat options nak lunch.kat bawah ni cuma ada few restoren/cafe.ada 2 restoren makanan timur tengah gitu ( arab/persia ), lepas tu secret resipi je la yang gah.then bila Flora Cafe start berniaga,baru la ada benda baru.

Flora cafe ni memang penuh bunga je la.at one time dulu, pernah kasik spoil,maybe tukar chef kot,rasa semua tak sedap.
Nak dekat setahun mogok tak nak makan situ.sebab kes kuah soto cair giller.lepas tu mahal.
Then suddenly after sometime tiba2 sedap balik.
So now hari2 pun makan situ.sekarang ni dah pandai sikit, depa buat buffet lunch harga RM10 jer.during friday RM25. cuma lunch yang 10 hengget ni, choice of 1 lauk & 2 vege.lepas tu ada dessert ,buah & air.dessert memang thor -baik..siap ada pengat pisang, bubur cha-cha..ishhh drooling ...dah la lauk semua sedap.

Lepas tu,kalau dah boring makan kat sini,nanti pergi la Ampang park ker, ampang point ker, GE mall ke,klcc ker.makan kat food court pun boleh, janji lunch lain2.
Paling sempoi, tumpang kantin sekolah kat belakang ni.ahahhaha.makan dengan cikgu2,murah pun murah.




Ni makan kat sucasa hotel..sebelah building office jer.jalan kaki tak sempat peluh ,terus sampai.
Rupanya ,tak lah mahal sangat menu lunch kat sini,even buffet depa pun RM16 jer.
Kalau tau selama ni murs macam ni, memang dah lama datang sini makan.
So, ni set kami makan haritu.ada starter cam kat atas tu ( sup apa ni dah lupa tapi sedap ) & roti, 1 main course, choice of drink & desserts.ok lah kan RM16.



Ni kawan ai punya lah.
Chicken grill with rice.sedap ayam tu.banyak siap tak habis.



Ni ai punyer.nasi goreng tomyam.ok ,not bad cuma tomyam tak berapa rasa.but still ok,ada sambal tu..sedap.siap cilok sambal member sebab tak cukup.sedap sedap...


Ha, yang ni bukan beli dari kedai.Ni ai masak sendiri.
Tanak pulut, kupas pelam harum manis, terus siap.
Aku tak gheti sangat makan pulut dengan pelam ni, lagi best kalau makan dengan ikan kering.
Ni en hasben punya.eryna pun sama pulun makan pelam dengan pulut. T_T.


And...jangan lupa u olls.promo shaklee bulan ini adalah Mealshake.
Sesuai sangat untuk anak2 korang .yang antibodi lemah, untuk kecergasan minda ,athma dan banyak lagi.
And jangan tak tau, mshake ni bukan saja sesuai utk kanak2, tapi untuk kita pun sesuai sangat.
Minum ni semasa sahur, boleh bagi tenaga.
Rasa vanilla sedap sangat.ni testimoni one of my leader...

Ok,nak cuba any shaklee produk ,jangan lupa kontek laju2 ok :

Fadlina - 019 4545 482.


Thursday, May 8, 2014

PROJEK DUIT RAYA

As salam.


Hai semua.....ada yang dah garu kepala pikir perbelanjaan yang makin meningkat ?


Aha, ini peluang baik punya untuk anda.
Korang yang interested nak cari duit poket untuk persediaan PRE & POST raya ,boleh hubungi saya sekarang.tawaran di buka mulai hari ini yer.cepat cepat grab peluang keemasan ini. 





Kenapa projek duit raya ?

Semua sedia maklum, apabila musim perayaan, perbelanjaan menjadi double triple.semua benda pun nak tukar baru.be it barang rumah ,baju raya ,lepas tu nak buat rumah terbuka & kena hulur duit raya lagi.semua ini pun dah makin bertambah $$$$$ every year.samada peningkatan harga barangan mentah ,toll & minyak balik kampung,mahupun demand anak2 sekarang yang nak duit raya banyak.

Zaman kita kecik dahulu, dapat duit raya 0.50 sen pun rasa banyak dah.zaman sekarang, bagi RM 1 pun dah kena sound selamba jer.ish, kids nowadays.tapi, kita pun ikhlas nak sedekah kan.maklum la,budak sekarang ,kumpul duit raya nak beli PS 4 la apa la,so kita pun paham keseronokan diaorang tu kan.

Ok,back to projek duit raya, saya mempelawa anda semua untuk sama sama kumpul duit raya ,and tak nak sentuh duit gaji.
Tahun ni insya allah kita akan berhari raya tanggal 28 July ,itu bermakna duit gaji pun dah masuk & mungkin dah hampir licin dek kerana persiapan nak sambut raya. 






Last year,ingat lagi ,kami dapat berbelanja lebih hasil dari projek duit raya.siap pergi bercuti kat langkawi lagi lepas raya.shopping pinggan mangkuk segala memang best.dah la orang tak ramai, memang best sangat,dapat shopping dengan tenang.

Tak perlu lagi risau, pulang berhari raya tapi duit poket dah kosong.dapat belanja keluarga & diri sendiri, alhamdulillah...

Jadi, korang semua, masih belum terlambat untuk memulakan bisnes anda sekarang.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.kami sedia membimbing anda.


PM/WASAP untuk projek duit raya :

Fadlina 019 4545 482.




Tuesday, May 6, 2014

Testing post dari i pad

As salam.

Harini saja test publish blog kt i pad.kalau ok,lepas ni senang sikit buat kerja bawak i pad sudah.leceh kot nak bawak laptop.dah la berat lepas tu kena bawak ke mana2.

Since tak banyak pic amik dari sini,so kita letak apa yang ada sudah.



Ni last week jalan2 tak dak arah.tiba2 dah smpi paradigm mall.ini feveret place eryna la.dia kan pantang nampak buku.tak tentu arah semua dia nak pegang.buka sikit lepas tu dia kata "abissss".punggah ja lebih tu.dia punya suka dengan buku tu,bagi mainan best mcm mana pun,dia rela pilih buku.kerlas anak mama.ulat buku sangat T_T.


Testing shawl satin baru.anak sibuk ,memunggah,mama sibuk selfie.
best shawl ni,beli kat instagram marschmallow scarf.aku beli 3 kaler haritu.dusty pink,grey & blue.




Ni kat rumah semalam.tu tengah mengunyah ke apa tak tau la.susah nak snap pic dia.tak mesra kamera la.....ok itu jer pic yang anda.



Friday, May 2, 2014

Dapat i pad mini FREE..

As salam..

Eh,nama pun dapat ..so mesti la FREE kan.hehehe..
Al kisahnya, ada cabaran yang mentor shaklee aku buat masa closing lepas ,iaitu siapa berjaya naik rank coordinator ( ramai jugak masa ni yang tengah kejar nak naik ni ) ,dengan close group uv ( point ) paling besar maka akan dapat lah i pad mini ni.

Aku pulak,memang tengah fight for that  rank, tapi rasa macam errr...boleh ker.sebab "pertarungan" ni melibatkan semua orang,means aku fight dengan sidelines2 aku jugak.tapi,dalam pada takut takut tu, aku redah juga.buat target ,plan elok2 ,kalau ada rezeki insya allah tentu i pad tu milik aku..ye tak...

So,dipendekkan cerita ,hari closing pun tiba..dup dap dup dap la aku ni.risau pun ada.masa ni,tak kira dah,aku harap gila dapat la i pad mini kat aku.bukan la tak mampu beli,tapi mau nak beli mungkin tak kot.sebab aku dah ada note book,lepas tu dah biasa pakai note II ni ,so far ok jer.tapi,dah alang2 fight tu,rasa syok pulak kalau tak dapatkan nya.

Alhamdulillah, tamat closing,sah lah aku menang i pad tu.sebab aku berjaya naik rank, lepas tu point pun besar..syukurrr......



Majlis penyampaian sama hari dengan kelas business..hari yang sama aku ada bagi talk pasal 'car bonus'.oh yes,setiap bulan,kami akan buat kelas khas untuk ahli2 shaklee yang register dengan kami iaitu " Start Bright Series " untuk lebih memudahkan ahli2 baru paham bagaimana memulakan bisnes & juga untuk ahli2 lama apply kepada grup masing2.that's how komited we are.


Ada budak sibuk la nak jugak.semalam aku dah download sikit2 untuk dia,kalau tak payah gak nak coaching grup malam2.so far,aku masih selesa guna Note II untuk urusan bisnes.



Group aku yang dapat hadir.
Insya allah semuanya bakal leader hebat.ada yang dah jadik leader kat sini.



Group photo with the group.Alhamdulillah, so far kami limitkan every class around 30 packs so that senang nak handle kelas.buat macam ni lagi intimate lah.after kelas boleh stay lagi untuk have an eye to eye chat.
Kelas ni,kami pertingkatkan modul dari semasa ke semasa.insya allah semoga akan berpanjangan hendaknya ukhuwah kami semua...

Dan......please allow me....





Tak tau la nak cakap ni tarian ke apa..hiks hiks..
Am talking about car bonus on that day..



So,korang kalau berminat nak bisnes, boleh hubungi aku sekarang yer.setiap bulan, there are few seats available untuk kami polish & groom u as a leader.
Yang penting, kesungguhan untuk berjaya & punya matlamat yang jelas.
Ingat, tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih.

Work hard, work smart !!!!

FAD - 019 4545 482.


Kerja harini

As salam.

Korang...aku kerja hari ni.,korang pulak ??? saja malas nak amik cuti hari ni.semalam cuti pun lepak di rumah .hujan lebat so sedap mengeram sambil pelok2 eryna.bapaknya keluar entah ke mana.eryna kalau kita pelok dia,mau 3-4 jam dia tdoq elok jer.of coz la kena sambil bfeed.lama tu dok melekap.sebab dia siang jenis payah betui nak tidoq.maybe sebab dah biasa kat rumah pengasuh tidoq buaian ,so siang tu macam payah sket.



Latest pic.nampak mata jer la besaq.
Ni dia demam sikit masa ni,so tetiba berat turun.now dah start makan banyakkkk balik.geram nak gigit anak mama yang dobot2 macam dulu.


Dah kurus la anak mama ni.masa ni,hi tea kat one world hotel.saja pau bonus abah.mihmihmih.sedap gak kat sini,macam2 ada.makan sampai nak muntah rasa.bawak dia main sat kat sini,lepas tu sambung makan.



So,sebab member2 opis pun sama cuti,pagi tadi terus beli lunch siap2.nasi kerabu sedap kat keramat AU2.eh ke AU1 .yang pastinya gerai ni dekat dengan bangunan TM.ada petronas kat situ.pagi2 sentiasa full,kena park keta kat petronas sana sebab rumah2 teres berdepan ngan gerai tu dah hadang siap2 laluan umah dorang dengan batu.ada letak tong sampah.so jangan nak mengada park kat situ,nanti tuan rumah nak keluar pun payah sebab keta kita block.

Sedap.terbaik.mintak sambal lebih.semua lebih.harga nya 6 riyal.murah la ni kan.aku bagi kawan kelantan aku rasa,dia kata thorbaik !!
kira pass piawaian orang kelantan la.makcik ni kalau bulan Ramadhan pun kena p awal beli,sebab selalu pukul 5 pm,nasi kerabu dah abis.nanti dia berniaga pun dekat lorong petronas tu jugak.

Sini kalau param dia boleh dikatakan semua best2.ada roti john sedap,murtabak best,popia basah yang kena queue dulu,siap dapat no sebab ramai giller orang.aku pernah dapat no popia tu untuk dibeli esok hari sebab dah abis.boleh ker,.,dasyat tak dasyat ler...eh,posa pun ganti tak habis,dah sibuk cerita pasal param..

Ok,izinkan aku habiskan nasi kerabu sedap ni.petang ni boleh aerobik kasik lemak terbakar.+__+.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...