LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, March 26, 2014

Foodies

As salam.

Cerita pasal makan jer lah hari ni.memang blog ni penuh cerita makan jer la.nampak sangat macam malas masak.lately , jarang betul masak weekend.asal sabtu ahad jer keluar.lepas tu, dah berapa kali ahad dah, buat makan2 kat rumah jemput anak2 bisnes lepas tu kita belanja pizza.asal weekend je pizza.T_T.

Ni minggu lepas makan kat The Sumbs shah alam.location : dekat good hope hotel, belakang tesco shah alam.tengok ramai sangat kata best, moh la pegi sana.
Memang niat nak makan churros.tapi,alang2 order yang lain jugak.dinner terus la kiranya.
Kafe ni tak besar, so kena tunggu turn kalau penuh.sementara tunggu turn, sempat la eryna main kucing dulu.


Tunjuk kucing tu,tapi tak masuk plak kucen tu dalam nih.




Kami order churros, pasta ala the sumbs, sweet & sour fish ,coffee.
Rasa so so je la.
Ikan tu macam pelik je rasa.cam hanyir ..eh cam dah rosak kot.fillet kan.yeks.eryna tak makan pun.nampak sangat tak sedap.dia kan memang kaki makan, so kalau dia takmo tuh, sendiri faham la.
Pasta tu ok lar, manis sket.
Churros pun hmm boleh lah.
Price range ok not bad.total price RM34.
Tak return balik kot unless dah lalu lepas tu takdak tempat nak lepak.hehehehe...


Yang ni kat wondermama Bangsar.dah banyak kali lalu, so jom singgah.asalnya balik dari butik Modvier tu.dah alang2 singgah la sini.
Kat atas tu order nyonya laksa.sedap, portion pun besar.
Order jugak kids meal untuk eryna.not bad.


Datang sini nak makan yang ni.gara gara terpengaruh dengan blogger kathy jem tu.nasib baik sedap.hihi.tapi kalau eskrem tu vanila lagi terbaik.yang ni namanya crepe durian.lempeng pastu letak durian & cream.ada eskrem bawah tu.atas tu conrflakes.makan sorang jer nih.

Tempat best ,price range standard kopitiam lah.haritu order coffee ,kids meal, sandwich & laksa tu dalam RM65 macam tu.

Eh,ada banyak lagi makanan dalam fon.malas plak nak share semua.nampak sangat mental asik ambik gambar jer....+__+.


Tidur lagi baiklah mama.................................................
Kata eryna sambil gaya lady bosss..



Wednesday, March 19, 2014

Dinner semalam, lunch hari ni

As salam.



Tadi, kami makan ni.
Berdua jer dengan member opis, tapi makan macam kan ada sepoloh orang.ada membela ke apa ni.
Habis pulak tu.tapi, tak licin la.tu pun jangan ,set tulang merah & roti tu, belum apa2 nak order extra.nasib si bangla waiter tu kata ,makan dulu kakak.dengan nasi beriani kambing lagi.portions yang sangat besaq pulak tu.nafsu semua tu..nafsu. +_+.



Nama restoren : Zam Zam ( bukan restoren bomoh zam zam ala kazam yer T_T ).
Location : Jalan TAR. ( dekat dengan Gulatis ) .kena parking dekat dengan panggung citer tamil tu.
Price : Sup tulang merah lamb dengan roti RM 23.50
           Beriani kambing RM 18.50



Paling tak menahan....air ini..harga nya RM 5..kegilaan apakah ini..nama nya jus kalamansi.ku ingatkan datang nya yang pekat siap asam boi macam kat kedai Ruz Aladin tu, tapi ini jer.ni nama nya air limau.kat mamak paling mahai pun RM2 jer.mencekik betul air nya.dah la tawar..siap belek lagi sekali menu kot la dia silap antar air limau tawar ni..tau la nama limau kecik tu kalamansi ,tapi..tipah tertipu..sobs..sobs..

Rating untuk semua food : 6/10
Tadi sup tu cam masin.kena cicah roti la baru ok.tak leh ratah2 kuah tu.
Nasi beriyani pun just ok.ada lagi yang best.
Pernah datang dulu ,mee rebus dia pun ok lah.

Ni pulak kisah semalam.
Sushi king bonanza.
Dalam masa 45 mins ,sila makan seberapa banyak pinggan sushi yang ada atas tu ,lepas tu kalau ada leftover kena charge.tak leh order ala carte.hanya untuk member.bagus buat macam ni supaya makan sampai habis jangan nak tamak.




Warm up session.benda wajib mesti la telor ikan tu.yumsss...
Kami memang hantu sushi.
Eryna pun.habis sepinggan dia makan.paling dia suka seaweed.miso sup tu setengah bowl dia punyer.mama kasik semua sayuran kat dier.yakult pun abis.wah, sejak baik demam ,selera bukan main.


Ok ini tipu jer lebih.dia tak makan semangkuk tu.ini saja kasik dia main.sebab dia dah boring sebab kami tak sudah2 lagi makan.tapi, dia memang korek2 beria sangat.dok carik seaweed lar tu.



Kejadian selepas.tak tau berapa kena bayar sebab bonanza means harga murah la kan.sebab ada orang belanja, kita bedal jer banyak2 pinggan kaler merah.hahahaha.Baru balik aerobik lepas tu makan sushi, feeling healthy sangat >_<.

Lepas tu, masuk Aeon Big , dia sibuk nak berlari.so, kita tangkap dia masuk sini.itu pun kejap jer nak duk dalam tu.pastu, kita umpan dengan coklat panda.pun dia makan.aiks, tak kenyang lagi ke makan sushi tadi.ish..not good la main umpan2.tapi takpa kita umpan makanan ,bukan permainan.
Lagipun ,so far eryna bukan jenis meraung kalau kita kata NO.dia ok jer.janji kasik dia jalan.so kena jaga2 habis semua dia langgar.selalu kalau nak umpan kasik dok dalam troli, selain makanan ,bagi la ball ke apa.kira pinjam kejap la toys tu.nanti letak balik.dia ok jer kami tak belikan.


Ayah pesan ,biar anak menangis macam mana sekalipun ,jangan beli time tu jugak.reward dia selepas tu.kiranya ,esoknya ke or bila2 p beli pastu bagi.so that dia takder feeling ,oh kalau aku melalak kat sini ,konfem mak ayah aku belikan kat aku.NO NO NO.ayah kata ,macam tu la cara dia ajar kami semua.so far, berkesan jugak.

Oklah..terliur tengok segala jenis makanan.
Tetiba rasa sangat mengantuk....penangan makan kambing....T_T.


Friday, March 14, 2014

Pesawat MAS tetap terbaik....doa kami untuk MH 370

As salam.

Salam Jumaat.dalam pada kita masih lagi berduka & bertanya mana la perginya MH 370, jangan lupa terus panjatkan doa semoga dipermudahkan jalan.maklum la,bila dah banyak sangat cerita2 pelik yang telah memalukan kita ( pasal bomoh tu lah ), harapnya kita amik iktibar.tak payah la over sangat nak kondem sana sini sampai terlupa untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

Dalam family aku, memang ada yang bertugas dengan aircraft.bapak sedara aku & anak dia adalah pilot MAS.and still lagi bertugas sampai sekarang.paksu aku adalah antara pilot terawal yang diserap masuk oleh MAS dari tudm.sebelum tu,dia dengan tudm, lepas tu ,MAS ambik bawak masuk,hantar training kat usa lagi.maybe time 70 an dulu, sistem kita tak secanggih sekarang,so kena antar sana.
Dah lebih 30 tahun bertugas dengan MAS..lepas tu,kazen aku pun ikut jejak langkah abah dia, muda lagi ( late 20's ) dalam 4-5 tahun macam tu baru jadik pilot.

Adik aku plak techinican airod.bukan MAS tapi, still la ,airod kan penerbangan jugak.hari2 dok belek benda dalam kapal terbang.dah paham sangat segala mala sistem.semua berkaitan teknikal.
And ada jugak sorang sedara aku stewardess MAS,masih lagi sampai sekarang kerja dah lebih 20 tahun.

Memang masa dengar news tu dup dap jugak la.mesti la kita takut kan.pilot ni memperjuangkan nyawa sendiri & bertanggungjawab atas anak kapal.jadi, bila baca orang dok buat lawak spastik tu, terasa la jugak.apa lagi perasaan family cabin crew.


Lepas tu, ada yang kutuk kabin krew pulak.seingat aku, kak yanti sedara aku tu, kalau off duty, dia pakai ja tudung.abis, dah bertugas nak buat camne.dia pernah cakap, akak bukan tak nak resign ( sebab anak 4 orang dah besar2 ) ,tapi apa pilihan akak ada.gaji besar, kalau kat bawah ni, tak tau apa akak boleh buat.tapi, aku nampak la dia fight tuk majukan diri dia.sambung belajar degree ( dia ada spm jer,stewardess zaman ziana zain dulu, spm pun dah qualify janji english bagus ) , lepas tu dia bukak saloon sebab tau la takkan nak selamanya jadik stewardess.so...jangan la nak kutuk kata orang macam2.mungkin depa lagi bagus dari kita, jangan la bongkak.

Aku nak share sikit, kalau pasal teknikal kan.nak kata pilot kita itu ini.pengalaman aku masa naik domestik flight dari JFK airport ke Buffalo airport.kami naik Jet Blue nama flite tu.kira tambang murah la kat sana.
So,kami pun masuk dalam flight, lepas tu aku rasa macam panas jer.pelik la apesal tak pasang ekon ker.padahal usa masa tu tengah spring kot.tau la cuaca waktu spring ni sejuk.tapi, sebab lama sangat dok dalam kabin, dah berpeluh peluh lar.dah la aku tengah peknen 7 bulan masa tu.



Ni aku kat JFK.tengah tunggu flight nak ke buffalo.sejuk giller masa ni.

Tak lama lepas tu, steward announce, flight tu ada kerosakan teknikal & depa tengah check.itu jer dia cakap.pastu aku tengok muka orang dalam tu semua cool jer.takdak la nak bising2.depa semua rileks jer layan movie la, layan lagu.pastu aku dengar bunyi ketang ketung macam ko tengah duk ketuk2 plak.aku pandang mak aku, dia pun dah saspens.tapi sebab semua orang rileks jer so, buat tak tau jer.

Ada la dalam sejam setengah berpanas dalam tu.tapi,sebab semua orang diam ,apa nak dikata.aku ni orang luar, kang bising satgi depa tak kasik aku naik flight padan muka aku kan.T_T.
Yang lawak tu, sepanjang sejam lebih tu, air crew takder la nak datang ke apa, depa semua kat luar kapal.and kami pun tak disuruh keluar.dok la dalam tu, tunggu sampai abis engineer depa check.macam2 bunyi laks tu .sabar je la.

Alhamdulillah, naluri aku pun takdak la rasa pelik2 kan.orang kata kalau kita rasa tak sedap tu, maybe ada petanda kena baca ayat kursi banyak2.aku plak ,kalau travel dengan mak, awal2 lagi dia dah baca doa naik kenderaan semua.tenang la sket.

So,flight pun terbang & aku tidur, tau tau dah sampai.huhu.bila ingat2 balik, kalau Allah kata kun faya kun, jadik jugak kan.paham tak maksud aku.sebab kami dah sah2 naik flight yang ada problem.penerbangan dalam sejam setengah jugak tu.jadik ,jangan la nak jadik bijak pandai assume macam2.kita tunggu ja mesti Allah akan tunjukkan nanti.lambat atau cepat ja.

Ni repost dari FB ustaz don daniyal.semoga dapat manfaat untuk kita semua :

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din menceritakan kepada kami tentang kaifiyat (kelebihan) doa ini. Bacakan 3 kali setiap kali sebelum memulakan sebarang perjalanan. Jika dalam waktu membaca itu ada gangguan yg membuatkan kita berhenti membaca seperti deringan telefon, orang memanggil kita atau apa sahaja, diisyaratkan kepada kita bahawa sebaiknya menangguhkan sebentar perjalanan kita itu. Tunggu sehingga 5 minit, bacakan sekali lagi, dan jika tiada halangan, teruskan perjalanan. Sekiranya masih lagi terganggu, tangguh terus perjalanan kerana boleh jadi akan ada halangan diperjalanan. Wallahua'lam - Admin

*Doa ini boleh dibaca setiap waktu, selepas solat, mohon dihindarkan segala bentuk musibah/bencana kepada diri & keluarga. 






Tetap bangga terbang dengan MAS.insya allah akan tetap beli tiket MAS.paling best tu, kalau naik MAS, nanti bila nak landing, mesti kabin krew cakap " To Malaysian ,welcome back "..touching sangat.

Semoga ada berita yang amat kami nantikan hari ini....insya allah....


Friday, March 7, 2014

Reward baby Spa untuk eryna

As salam.

Sebenarnya ada la terdetik nak bawak eryna swimming & massage kat Hippopo Baby & Spa ni..nak bawak swim kat pool dekat rumah ni, tengah construction pulak.lepas tu swimming suit tak beli, so macam lagi banyak alasan la tak bawak dia pergi swim.
Eryna ni memang suka air.since lahir,masa mak mandikan time pantang, tengah menangis pun boleh diam layan air dalam tub tu.even sampai now, memang dia tak kisah mandi pagi2 pun.

Kebetulan sangat semalam, mc still ada lagi 1 hari.oh ya, saya dapat 3 hari mc tau.asalnya macam sakit mata, lepas tu, jumpa jer doc terus dia bagi 3 hari mc.best kan..hihihihi.macam tau2 jer saya tengah stress ,so macam saja nak bagi cuti suruh p jalan jalan.tapi, biasa lah ,cuti pun mana boleh duk rumah jer,bosan kan.dah biasa on the go.so, elok jer nampak artis yasmin hani tu upload kat insta dia bawak baby noah pergi baby spa ni, terus dapat idea nak bawak eryna.since memang dah plan tak nak hantar dia kat babysitter haritu.memang planned nak spend time dengan dia jer.


credit pic..goggle
Eh,panjang la intro baby spa ni.+_+.
So, pagi tu saya call baby spa tu.korang boleh like di FB BABY SPA .bila nak pergi tu, sila la book dulu yer.tapi kalau weekdays tak perlu risau sangat sebab tak ramai.if weekend mungkin kena book lagi awal.
Masa saya kol tu, slot yang ada pukul 1.30 pm .kira sedang elok lah, after breakfast ,rest kejap lepas tu pergi.oh ya, baby spa ni located dalam shopping mall ,Centrepoint Bandar Utama.yang tak biasa area sini,kena pakai waze la senang.macam saya memang familiar sangat sebab dekat ngan rumah & mekdi kat sebelah tu tempat lepak time studi dulu >_<. rindu nak bekpes kat sini.



Lengang jer time kami sampai.konker abis tempat ni..suka suka..


Sampai2 tu, nanti staff dia akan greet kita & baby.tujuan dia nak kena mesra2 dulu lah.kang nanti baby nangis pulak.sebab lepas swim ada massage pulak.masa kami sampai tu, ada sorang jer kastemer ,tu pun dah nak abis,kira nya turn eryna la lepas tu.





Tu staff dia tengah dok ambik hati eryna.sebab dia takmo baring kat situ.dah tukar pakai swim diaper dah.
Ada 1 jakuzi ( kolam besar ) & 4 kolam kecik untuk babies.tempat ni tak besar, so ,memang patut la kol dulu buat apppointment.



Mula mula, sebelum swim, dorang akan check suhu to make sure baby sihat.yelah, kang tetiba sakit tak pasal2 kena budak lain atau pun kot dah sakit ,nanti claim kata baby spa tu yang kasik demam pulak.dalam setiap kolam tu, cuma sorang baby je dibenarkan.macam jakuzi tu, budak setahun lebih dalam tu lah,nanti senang nak godek2 kaki.luas sket kan.



Lepas dah check suhu, tukar pakai swimming diapers.yang ni free.dorang provide.kita cuma bawak baju la kot nak tukar baru ,food & milk.towel suma dorang dah siapkan.dont worry ,air kat sini tukar setiap hari,dorang pun akan brief kita dulu pasal ni.




Dah tukar semua, kasik warm up dulu, stretch kan dulu.macam eryna, since dia first time nak swim ,so dorang buat slow slow.mula mula, bawak dia main2 air dulu, dalam beberapa minit camtu ,baru dorang masukkan dalam pelampung & lepaskan dalam air.


parents kena ada sentiasa la, sebab ada kes budak2 ni menangis bila masuk dalam air.si eryna pulak ?? dia cool jer.rileks abis menikmati air.air dalam ni pulak suam, wah memang sedap la.dah la tu, siap tukar2 ,kejap laju,kejap jadik jakuzi.memang suka la cik kak tu.swim ni dalam 30 mins ajer.lepas tu dorang tengok dia enjoy jer, so dia extend another 5 mins.memang suka sangat tengok eryna dalam pool tu.dia memang cool abis.tapi dia tak godek2 sangat kaki dia.dia harap air tu jer tolak dia.staff kat situ cakap ,macam dah pro..kihkihkih..sebab nya kalau ikut pengalaman dorang, budak first time selalunya menangis & tak sampai 30 mins dah nak keluar pool.





Siap main ball tu tolak sana sini.kaki tetap tak gerak.sabar je lah..




Ni time jakuzi, air laju..memang syiok tengok pelampung tu kejap ke kiri, kanan, tengah semua.eryna ni ,kalau ada orang yang dia tak kenal,mulut dia memang diam jer.lama sikit timing nak tegur.after some times, baru dia nak bunyik..hihihihi



Tengok tu dia konker jer sorang kat dalam tu..agak lama la jugak kat dalam tu.puas hati dapat swim..




Lepas 35 mins, time keluar dari pool.seriau jugak kot dia mengamuk taknak keluar, well..mommy's girl is soooo good girl ,dia ok jer dorang dukung bawak keluar.lepas tu, dorang bawak ke tempat massage.kat situ ada tv, so pandai la dorang attract budak2 so that tak nangis.eryna pulak dia tak suka kena massage, so terpaksa ribakan dia,pastu staff tu massagekan.tapak kaki pun dah kecut dek syiok swim.hihihihi..



Sebab eryna suka sangat dengan pool tu, so mama decided to enroll some classes for her.tapi, ambil yang swimming kelas jer.ada macam2 pakej ,nak unlimited pun boleh ,tapi mahal boleh tahan la beribu...tsk..tsk..so, untuk eryna ,mama amik 10 classes setahun ,only for swimming.massage mama buatkan jerlah.hehehe.

Btw, untuk yang bertanya ,here are some info pasal Baby spa ni yer.

Location : Centrepoint Bandar Utama ( will be opening soon at GE Mall & Puchong )
Range umur : kat sini cuma from 0- 36 months.untuk other outlets ,from 0-12 tahun.ha, nanti korang serbu la yer.boleh like page tengok bila akan dibuka.
Price : swimming ( 30 mins ) & massage ( 30 mins ) , pakej RM 86.



And kalau nak sign up class ,harga ada diskaun.so, boleh la usya2 pakej.macam eryna amik pakej swimming saja, untuk 10 classes ,fee dia RM 388.kira kalau pergi sebulan sekali kira ok lah sebab valid sampai next year & boleh redeem kat mana2 baby spa.for now, kat centrepoint jer paling dekat & dah buka.

gamgar dari goggle ..suasana time weekend..fuh padat...

Ok,itu saja nak share untuk yang bertanya.


Bawak lah baby korang datang sini.syok, tak sama dengan pool biasa sebab air nyer warm ,lepas tu takder klorin.baby pun enjoy jer kat dalam tu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...