Wednesday, January 29, 2014

pening kepala dengan cik mek eryna

As salam.

Dua tiga menjak ni kan, eryna punya la membuas.tak gheti duk diam.aktif sangat.sekarang ni kalau bawak makan, payah jugak nak pancing dengan makanan.dia excited kejap jer ,lepas tu mula la aim nak keluar kedai.semalam kami makan kat teppayanki the curve, adoi ,dia asik kuar masuk kedai.ada tur, siap usik usik barang orang.risau tau kot dia terpecah ke apa.huhuhu.

Hari weekend tu, kami pegi kenduri kazen aku kat dewan putrajaya.ni belah laki.so,kami dapat meja khas la.masa served nasi tu ,dia terus makan.time tu orang baca doa la apa la.time tu jugak pengantin  sampai.so, dragged masa sikit.sekali, time pengantin duduk,eryna dah abis makan.apa lagi membuas la.turun kerusi lari satu dewan.jenuh la pujuk.aku bawak pusing, pastu dia asik lari lari.anak sapa lar tu +______+.dah la dewan tu agak besaq.nangisss...



Tu sebab tengah diamkan si eryna yang membuas nak turun stage ,gambaq laki aku plak jadik macam ni.hahahha.nasib mak encik menten di situ.kihkihkih.

Lepas tu,hari hari time balik keja dalam kereta pun,ya ampun.aku ni dah macam singa betina menjerit jerit.and ,aku notice, dia akan tiru balik tau jerit.bad bad bad.so bad of me.being a mom, aku dah naik risau kalau nanti dia jadik degil atau dah biasa kena marah dia jadik biasa atau orang utara panggil ,mangli.
Abis, balik rumah kena jerit.abah marah ,mama marah.risau jugak.now tiap tiap malam masa susu ,aku peluk dia ,pastu nampak dia ralit sikit, aku cakap cakap lar ."eryna baik.eryna dengar cakap" ..sebab aku baca kat FB yang ada orang dok post pasal teknik shichida tu eh..yang kita cakap kat anak2 time depa about to sleep.harap harap apa yang aku buat ni menjadik la.


Ni semalam.balik bawak shaklee sekotak ( amboi, promo nampak ).punya la letak kat seat depan.car seat dia aku pindah letak belakang.segala toys semua transfer belakang.tak menjadik taktik aku.dia selamba datang depan pastu buat "stock count".hadoi,geram tau.mau rosak vitamin tu acaner.semua orang punya turrrr...grrrr..

Tu jelah nak cerita.so far, masih di tahap gear 1 buas.aku harap lama lama nanti dia akan okey & dengar cakap.kena buat latihan schichida hari hari la cenggini.huhuhu..

psst : korang kalau nak order shaklee or nak join bisnes ,boleh contact aku yer.
pm/wasap fadlina 019 4545 482 atau email : fadlina81@gmail.com.

Wednesday, January 22, 2014

Eryna & mama

As salam.

Godek godek henfon.tengok macam macam pic aku snap.caca marba.
Sudah semestinya gambar eryna la penuh.rugi rasanya time dia baby dulu tak banyak amik video.
Time tu dok pakai BB yang sendu tuh, so banyak snap pic jer.skang bila rindu nak tengok gambar dia debab tu dah tak banyak pulak.kalau ada video ke lagi best.+_____+.

Hari tu,aku belikan khemah.ingat kot dia nak main dalam tu.sekali,tak berapa minat.bosan kot main sorang sorang.kalau ada kawan,syok je dia berkampung dalam tu.


Pose baca buku dalam khemah.


Pose gedix kot yang ni.

Eryna che wang.ni tengah sugar rush.taknak tidoq.so kita main main merapu dulu.


Ni pulak her feveret.baca buku.serious,kalau dia tengah nangis,bagi ja buku.konfem dia diam.memang terbaik la.apa buku pun takpa.janji buku.tapi lagi molek kalau ada gambar cat ke, upin ipin ke or mickey mouse.itu boleh buat dia super eksaited dan terus lupa nak sambung nangis.bagus sangat ni.moga rajin la membaca sampai besar yer.

So far, alhamdulillah, eryna jarang sakit atau demam.sepanjang umur dia setahun tu ,ada la 2 or 3 kali kot demam.yang betul betul tinggi masa umur dia 4 bulan.time tu demam nak tumbuh gigi.pastu kami balik kampung.terpaksa singgah KPJ Penang sebab temp dah tinggi sampai 39 gitu.lepas letak ubat bontot & mandi ( time tu around 10 malam ) ,suhu terus turun then doc bagi balik rumah.

Dok kat kampung,sihat walafiat.mak aku kata angin kampung nyaman, cepat la sembuh.


Ni budak demok tu.masa ni berat dia kus semangat.ada la nak dekat 8 kg kot.padahal baru 4 bulan.see the lengan la.body builder tu.tapi geram.gebu.huhu.now dah slim sket la melasak.tapi memang makan banyak.


Time ni dia tak larat sangat.oloh oloh manja.tu yang check tengok dah 39 ,terus set pegi spital terus.lepas kena mandi air sejuk tu, terus cergas.pastu ,terus tumbuh gigi 2 batang.patut la demam kan, naik 2 terus.

And baru baru ni ,eryna demam.tak sure sebab cucuk ke apa.sebab nya masa nak cucuk tu ,dia demam sket dah sebab tekak dah merah.pastu ,dr koshi kata, cucuk jer.dia kata tak merbahaya pun.so, kita buat je la.dah la terlewat p cucuk.hiks.dah setahun lebih baru kalut.busy sket masa tu nak pindah rumah.ni, dah ok dah.semoga terus sihat sejahtera la yer.

And she still bfeed.lum mix formula lagi.alhamdulillah.lagi 7 bulan jer nak PHD.pastu will see lar.bagi fresh milk je kot.skang minum dah tak banyak.dalam 10 oz je bekal pengasuh.tapi, balik rumah melekat jer.sabar je lar.

Sometime, waktu pagi tu time dalam keta nak p keja tu, sayu ja rasa.macam tak sabar nak resign.nak jaga sendiri eryna.kekadang time drive tu ,tiba tiba dia tepuk tangan aku pastu cakap "mama..mama." pastu senyum..aduh,meruntun jiwa sangat.
Macam nak cakap ,dia paham aku kena kerja.huhu.*tetiba emo kan*


Ehem..ni semalam aku singgah al humaira kat kd.dekat ja dengan rumah.syok eryna berlari dalam tu.staff pulak peramah, suka la dia.
Aku plak rambang mata tengok shawl lawa lawa.semalam launch new collections.aku tak tau pun.rejeki la dapat beli.rembat 2 helai & 1 shawl.cantik.siap ada inner .senang jer nak pakai.


Beli yang ni.kaler ini.memang cantik.lagi satu inner biru ,kaler maroon & dusty pink.pun lawa.memula tak konfiden jer 3 kaler ni bergabung.sekali pakai ok jer.nanti i show show.


Hari ini pakai shawl cotton ni dulu.best sangat.so easy nak pakai.giler sedap & best.rasa nak beli lagi.tapi tu lah asik sold out jer.kena walk in butik jer senang.kalau website geram asik habis.
Mata harus la tengok bawah,supaya nampak sangat gadis desa. >_<.

Semalam ,3 shawl tu ,aku entitled for membership card.best, lepas ni boleh la pergi lagi :)
Every friday ada 10% discount.so lepas ni kena pergi hari jumaat jer.



Monday, January 13, 2014

Kenangan 2013 yang indah

As salam.

Amboi.hari ini entry nak flashback memory jelah yeh.
Kalau nak baca memory jadik bisneswoman ( la sangat ) ,boleh la usya2 kat SINI.
Macam mana azam tahun lepas .banyak ke yang dah tercapai.
Aku tiap2 tahun pun takder mana nak berazam bagai.so lagi satu follow the flow jer.

Macam contoh nak buat bisnes shaklee pun.mana der termasuk azam 2013.aku nak terus buat.tak payah tunggu orang promote lebih lebih.sendiri carik info lepas tu jalan terus.
Ok lah, tak nak cerita pasal bisnes kat sini.nak details boleh jengah kat sana yer.

Jom tengok perjalanan 2013 kami sekeluarga .

Beli rumah sendiri

Alhamdulillah,tercapai jugak la nak ada rumah sendiri.walaupun hanya la apartment, bukan landed.
Sudah masuk lebih kurang 4 bulan la kami pindah masuk sini.everything went smoothly.dari saat kami tengok rumah, apply loan ,dapat kunci & renovate wet kitchen.

Actually, memang dah planned since kahwin ( semua orang pun kan ) mesti beli rumah sendiri.yelah ,dulu kami menyewa RM 950.almost 2 years la jugak.so, pikir balik ,dah ada anak ni,kena la ada asset sendiri.
Cari punya cari ( memang survey area kota damansara & subang bestari sebab dah jatuh cinta tahap dewa kat area sini ) ,finally kami jumpa apartment ni yang agak tersorok.
Entah macam mana boleh plak terjumpa masa cari kat mudah.



View dari tingkap rumah.kami tingkat 1 facing club house.
Sekali tengok dah jatuh cinta sebab konsep nya adalah resort style.
Swimming pool nya di tengah2 ,pastu ada rimba.club house tu dibuat di tengah2.
Tenang jer masuk sini.pusing2 la call rumah yang ada tanda 'for sale'.mostly dah terjual.
Harga pun dah naik 2 kali ganda harga asal.



Nak dijadikan rezeki, aku masuk mudah, tetiba tengok iklan rumah.,price owner letak below market price.terus malam tu p tengok ( masa ni bulan June 2013 kalau tak silap aku ) .esoknya decide beli.pastu bayar 3% of selling price ( syukur time ni hasben dapat bonus so,dapat la dahulukan ).another 7% kami pinjam loan express RHB tu.hihihihi.
Since owner jual below market value ,so rumah tu kami mark up loan ikut rate bank valued.so,kami untung la sket.actually boleh push lagi to the max tapi aku tak mo la commit hutang banyak2.dapat excess balance terus buat full settlement loan RHB.

Lawyer pun sangat cepat.lepas bayar 7% ,terus dia proceed.since rumah ni dah dapat master title ,so dalam masa seminggu kami terus sign S&P ( sales & purchase ) .pastu kami apply bank.3 hari lepas apply, dapat la kol kata loan lulus.loan bank cepat sebab kami takdak komitmen besar.kereta both dah settle bayar ,lepas tu credit card ok.plus aku ada loan ASB yang boleh jadik as income.

Proses kuar kan akaun 2 pun sangat senang.yang penting semua dokumen lengkap ( S&P , IC both pihak ,offer letter bank ) ,terus dapat tau boleh kuar ke tak.
Dalam masa 2 minggu dapat sms dari kwsp duit dah masuk..hooray..kejap je la pastu semua labur beli barang2 rumah.



Then, terus dapat kunci.sebab owner pun dah masuk rumah baru.
Lepas tu kami terpaksa tangguh renovation wet kitchen sebab bulan puasa.
After raya terus reno dalam masa 3 minggu.proses mengecat amik masa seminggu.
Kami cat balik whole house.rumah ni berkeluasan 1001 sq feet.



Simple reno.owner lama cuma ada dry kitchen, so kami buat wet kitchen kat yard.nasib luas jugak la, so kat sini masak ,kat sini la basuh & sidai baju.Nasib cepat kering.malam sidai ,esok balik kerja dah boleh angkat dah.pastu tambah sliding window so that jiran sebelah tak nampak la i olls masak sexy karang.


After dah settle cat & reno kitchen.so, semua perabot adalah baru beli.sebab kami sewa fully furnish dulu.so,agak juling tengok duit kwsp licin macam tu ja beli perabot ,kos reno ,pasang ekon & macam2 lagi lar.tapi berbaloi la hak milik kita kan.


Dry kitchen yang owner lama punya.tu bibik tengah cuci rumah.bukan bibik i olls.tapi, hire bibik on wheels.hehe.tak larat la nak cuci rumah hoi.dah la barang banyak.padahal kain baju jer pun.penuh lori 1 tonne tu ok.yang ada pintu tu la wet kitchen & tempat sidai kain.
Memang pitam la angkut barang dari pagi sampai pukul 11 malam baru settle.belum lagi mengemas.dah masuk tahun baru pun tak abis lagi kemas.+________+.


Nilah dia rupa wet kitchen.simple jer.kos reno ( wiring, plumbing,kitchen cabinet,table top,sliding window ) al-together RM 11,500.ok lar sebab ayah aku yang pantau semua price.dia memang terror bab bab ni.price tak termasuk hood & hod tu yer.yang tu beli dalam RM 1,300 jenis rubine.beli kat houz depot masa tengah promo ,dalam 1,000 mhz.


Rumah lama, apartment carlina yang best.time ni dah habis clearkan barang sendiri.
Perancangan Allah tu cantik la.sebab 1/10 tu kontrak kami dengan rumah lama pun tamat.after 2 years, sedih gak la.rumah kecik tu la kami duduk since kahwin.sempat la eryna membesar sampai setahun kat situ.

Tukar kereta

Selalu ,time membeli baru semua pun la nak rosak kan.since keta laki aku tu asik semput jer,ater dah berusia 9 tahun,so molek la kita let go.kami memang tunggu loan rumah lepas dulu baru tukar.so, dapat la juga tukar kan.lama menunggu.

Ni pun ada hikmah gak ni.masa tahun 2011 ,pernah dah attempt nak tukar.tapi masa tu pikir ok lah, beli second hand sudah la.kami pun usya vios time tu.baru lagi.owner perempuan.dah siap p rumah semua lar.sekali adik owner tu jual kat orang lain sebab kami terlambat sikit .padahal dah bayar la booking fees.

Sekali ,Allah plan untuk kami beli ja kereta baru terus.tak payah second2 ni.so,ada rezeki lebih, congak congak ,dapat la beli keta civic baru.ngam plak dapat time raya.beli la jenis 2.0 sebab kami kan nak balik jauh.sedap sket nak drive.


Aku masih setia ngan cik kelisa yang berusia 7 tahun.pun dah abis bayar.baru baru ni dapat car bonus shaklee bagi,belum terasa nak tukar pun.pakai je la dulu.dok elok lagi kan.

Besday eryna yang pertama di kampung

Tahun lepas ,besday eryna jatuh sehari sebelum raya , 0708 , so kami celebrate kt kg.family mertua ada la buat makan2 sket utk dia.untung nya anak mama ramai orang sayang yer.alhamdulillah.
Tahun 2012 ,masa dia lahir kan dalam pantang ,so raya ketiga tu buat akikah kat rumah my parents sekali dengan house warming rumah baru parents.so, mmg meriah la.tiap tahun meriah je la besday dia.


We love you eryna,semoga panjang umur, murah rezeki ,sentiasa dilindungi ,bijak pandai & dapat jodoh yang baik lagi henzem serta beriman nanti ( eh..) +__+.


Time ni dah start jalan dah.dah pandai panggil mama.abah tak berapa gheti.sekarang baru lancar sebut abah.

Bercuti KK & kuching.

Penutup tahun ,mengikut hasben kerja kat KK & kuching.save duit hotel ,bayar duit flight + sewa kereta sajer.mihmihmihmih.first time eryna naik flight.dia rileks jer.baca buku dalam flight lagi ha.


Deejavu di Kinabalu.bestttt..


Must take picture-tugu kuching.

Ok, itu sajer la cerita 2013.semoga 2014 akan membawa lebih extra happiness untuk kita semua.chaiyok.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...