Wednesday, December 24, 2014

Family day , kelab komuniti cyberjaya

As salam.

Weekend haritu p family day opis hasben.dekat ja.kat kelab komuniti cyberjaya.tahun lepas dorang buat kat tambun.ntah kenapa kami tak join ntah.
This time ikut jer lah.bukan jauh sangat pun.

Kelab komuniti tu besar jugak.ada paintball,go kart ,dewan pun luas.tak sempat nak explore pun panas.since bawak anak2 kan ,so games pun banyak utk bebudak jer.main kat dalam dewan.kat padang tu ada gak sukaneka.


Senamrobik dulu.time ni eryna tengah charge lagi.moody sikit kena mangkit awai kot.nak berdokong ja.
Breakfast depa cater dengan kelab tu.sedap jugak.ada bihun ,mee & teh tarik.lepas perasmian baru start main.


Join sukaneka.tapi kalah.hahaha.dapat pen 2 batang.actually eryna dok aim frozen tu.takpa ,satgi kita main yang lain pulak bagi menang ok *kiasu mode*


Lukis butterfly.memula nak lukis kat pipi,tapi budak tu tengok eryna dok usha dia semacam jer ,so dia kata.kak,lukis kat tangan jer la yerk.bila lukis kat tangan dia nampak objek.kalau kat pipi mau dia sekeh budak tu. :D.


Games mudah2.saja bagi budak2 suka.dapat banyak toys tuk kids.ada frozen & mickey.suka la dia.jimat dah tak yah beli mainan.hihi.


Main bubbles.meloncat-loncat jer la.mood sudah mari.berpeluh2 masyam.dah la pagi tak mandi.tukaq pampers & baju ja.


Makan eksrem paddle pop.macam dah lama kot tak makan jenama ni.


Sementara tunggu lunch.dah abis main semua games dah.dah tahap letih dah budak ni.abis ,meloncat tak ingat kerja dia.
Lepak dalam keta sebab kat dewan tu membahang.nak ekon nak ekon.hasben time ni p main paintball & go kart.


Tak sampai 5 minit terus fengsan la itu budak.dalam 30 mins gak la,pastu asben dah settle main, nak p lunch pulak.


Budak happy dapat tidoq .asyik cakap nak 'ashik..nak ashik' tapi tak sentuh pun nasik.makan kuih & buah jer.

Ada macam2  buffet.best.sedap.banyak pilihan.dewan makan tu dalam ni jugak.caterer kat situ jugak.


Nasi mandy.banyak sangat semua amik.tamak.mujuq abis.mihmihmih.


Ni paling win.grill lamb.ambik la banyak mana.sedap....grrrr...




Dah habis makan jom balik.dapat lucky draw ni.blender .uhuks.awat la tak dapat yang takdak lagi.microwave ka.apa ka.hehehehe . 

Overall ,kelab komuniti ni best.

Monday, December 22, 2014

Ke korea kita

As salam.


Ramai pulak yang p  korea kan bulan dec ni.mesti sebab nak main salji.jeles sangat tengok kengkawan semua p sana.orang kata kalau nak rasa main salji ,the best options kos yang tak mahal ,pergi la korea.since kalau nak p europe tu kena la double triple cost kan.warm up dulu kat korea.
Teringat masa ai p korea dulu, click kat sini , kenangan Korea, siap cerita part by part lagi.tujuannya supaya kalau tetiba rindu boleh la bukak balik post lama. :)
Time spring masa tu.10 hari tak puas.memang dok aim akan kembali ke sana ,tapi masa winter.sebab nak main snow.


Throwback kat Nami Island.tengok kawan ai post pic dia waktu winter ,tasik kat belakang tu dah beku.penuh salji.masa ni gigil jugak sebab baru masuk spring.tu yang pakai winter jaket tu.

Ok la,ai bukan nak cerita pasal visit korea ,tapi ada kena mengena dengan korea.ni ha, haritu masuk sam's grocery ( macam jaya grocer tu ) ,pastu nampak pulak megi korea atau dipanggil 'ramyun'.harga nya satu pack dalam RM 3.50 macam gitu.terus teringat kenangan ( tak abis2 kenangan ) masa exchange students korea datang uitm dulu.malam2 we alls melayan makan ramyun ngan depa.sedap.rasa nya giant pun ada jual.



Ramyun tu.usah risau .halal.ada logo halal lagi.makanlah tanpa was was.ai suka mee ni sebab pedas.tapi pedas dia beza dengan pedas kita.kan kalau kita makan megi kari pedas meletop tu ,mmg rasa pedas bibir ,tapi ni pedas ni macam tak rasa kt bibir ,tapi kat lidah jer.acaner tu ? kena la try.



Kalau dengan budak2 korea dulu,cara dorang makan ,adalah ,semua bahan buka terus mix dalam plastik tu.maksudnya mee tu tak payah letak dalam mangkuk.pembaziran sabun nama nya.sebab nanti nak makan terus dari dalam plastik.klasik betul.tak main la makan dalam baldi weh.memula macam ,eh tak panas ke atau camner nak makan.so,cara dia adalah ,lepas masuk perencah semua ,terus letak air panas & goncang dalam few seconds.macam nak bagi sebati.pastu biarkan kejap.dah kembang sila makan direct dari packaging tu.haha.try la weh.tak panas lah sebab plastik dia tebal.

Tapi, masa i masak kat rumah ni cari pasal la sangat nak buat gitu.baik guna pan jer.sebab nak letak telur sekali.tak payah tumis bagai ,terus masuk air ,telur & semua bahan.kena masak lama sikit sebab mee tu jenis tebal kot.kalau tak kang tak kenyal.


Yums..sila la beli ok.memang terbaik best sangat sangat.pedas, sedap tak tau nak describe....
Nak sambung berangan winter sonata jap.



Thursday, December 18, 2014

snow white salmon spagetti.

As salam.

Canggih tajuk.agak2 kalau bukak cafe tulis tajuk ni kat menu dapat sambutan tak.hehehe.
Semalam p giant nak beli pampers jer asalnya.lepas tu tengok ada salmon , macam teringin.and since ada spageti dah bukak sebab masak aglio olio haritu ,so baik habiskan jer.masak macam lain pulak.

Haritu kan masa makan kat puarto romano teringat salmon spageti dia yang sedap tu.sepinggan besar tu boleh share 2 orang.buat sendiri boleh buat banyak2 and makan ulang banyak kali pun ok.


Spageti yang sedap tu.tepon asben tanya nak tak mcm ni.sebab dia biasa makan bolognese jer.and baru jer pas masak aglio olio.tukaq selera la pulak.


Beli salmon besar tu rm9.pastu cream cooking & susu fresh milk for sauce.yang lain dah ada kat rumah.

Senang sangat spageti ni.sebab tekak melayu,kita tumis bawang putih dengan cili kering.ada rasa pedas sikit baru best.kang muak pulak.

Tu jer bahan2 nya.lepas tumis dengan olive oil tu,masak salmon.dah sebati baru letak cooking cream & susu.cream tu sekotak just ngam2 utk portion setengah bungkus spageti.letak garam ,mix herbs & done.
boleh add tomato kasik rasa masam.i tajk letak.

Rasanya ? Beza sikit la dari pourto romano tapi tetap sodap.habis dah seperiuk.yang penting salmon tu banyakkk.puas makan.cost tak sampai rm20.sedap dah tentu la.hehehe.tu pasal pic spageti yang dah siap tak sempat snap.rakus namanya.

Eryna kata.sedapppp nyerrrrr.sambil thumbs up lagi.dia nasik kosong pun sedapppp nyerrrr.yang penting mama masak jer dia puji.bijak bijak.




Monday, December 15, 2014

JJCM dengan aron ajis

As salam.

Amboi.tajuk nak gempak jer.takmau kalah la kira.hari jumaat haritu en asben cuti pastu dia ajak teman p s.alam sat.ada hal sikit.so menunggu la we olls since dia jumaat kat sana.lepak dalam keta jer la malas nak kuar2 takder tempat untuk budak2 pun.

Lepas dah settle dalam pukul 3 camtu ,nak kopi2 pulak.so dok pikir2 mana nak pegi.asben kata jom p setia city mall.pastu macam malas sebab scm kan macam crowded caner ntah.plus dah selalu pegi.pastu tingat ,eh jom la kita p cafe aron ajis.dekat2 scm tu.so terus set waze p sana.sebab nya kat situ eryna leh main ( tengok dalam insta kata ada tempat utk budak2 main ) and nanti takler dia boring bila mak pak nak ber social.hahaha.

Kafe kidz and creme kat setia city .bukan dalam mall.cari jer kat waze konfirm jumpa.area shop lots.so ,masa sampai nampak wife aron kat luar tengah sembang apa tak tau la tangan ke atas kiri kanan syok bercerita .lawa wife dia.dalam gambar cam biasa2 jer.tak makan gambar orang cakap.eh,panjang nau intro.ok la pastu nampak van tv3.ingatkan  owh ramai la orang datang lepak.pastu masa nak masuk tengok ,eh ada shooting ke.sekali diyana cakap ,eh takper masuk jer.

Sekali masuk ,ha tengah shooting jjcm.aron dgn naz tengah makan lagi.wahahaha.nerves ahkak.diyana suruh duduk belakang meja dorang tapi tak sanggup la nanti imej jadik 2 kali kembang   dalam tv.kihkih.terus g belah belakang bawak eryna main.


Tengah sibuk shooting.nampak jelas la sebb kafe ni tak besar.aron masa ni kejap ke belakang cafe pastu ke depan.sama la dengan naz tu.masa sampai dalam pukul 5 camtu lah.kira dah half way shooting dah.


Section ni budak2 boleh main.ada dapor.and boleh join kelas baking.ada pakej nyer.eryna suka la main sampai takmau balik.busy betul dia makan pun tak.


Sibuk betul budak baju putih tu kan.kami dok kat meja budak2 ni.sebab semua tempat penuh.muat2 montot jer la kerusi tu.tsk tsk.


Tu budak yang baju hitam tu join baking class kot.ada staff layan la.nanti la eryna besar sikit leh join baking ok.skang ni main la yang tipu2 dulu.


Order coney dog & fries .and coffee.ingat nak try nutella tart yang orang kata sedap tu.tapi terlupa pulak asyik tengok shooting.hehe.

Tengah santai2 tu,tetiba staff dia datang cakap,abg aron belanja coffee.so boleh pilih sorang satu.kalau tau abg aron nak banjer,baik la order air lain tadi.coffee overdose sudah.every table dapat belanja.so order cappucino & machiato pulak.


Budak ni sampai kena dokong sebab takmau balik.sebab dah sejam lebih kot ,asar pun belum.pastu dengar crew jjcm cakap dorang nak shoot area baking ni.so takmau ganggu kerja orang.

Pastu nampak aron dah kuar.asben dah bagi hint ajak balik.ingat dah tak jumpa la.time ni jjcm dah settle bab makan2 tu.dorang start interview kastemer .
aku dah lari awal2 hahaha.lagipun nak komen apa jer.takat makan roti tu.

Kat luar nampak asben tengah selfie dgn aron.amboi,hover nampak.i olls pun nak jugak tau.maka dipersembahkan.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-








Amboi.scroll la sikit, nak belanjer gambaq ni.hihi.dapat gak ambik pic kan.santai betui aron ajis.ada gaya nak p piknik tak kami ? Kuikui.dia dah nak balik dah ni.nak amik gambaq dengan wife dia ,tak nampak pulak.





And dengan host jjcm , si naz ni.sengih sakan dia kan bila bergambar.kecik jer orangnya tu.

Tak tau la bila nak kuar ni.kalau nampak bayang2 pompuan kat atas ni abaikan jer la.ahaks.

Pastu dalam keta i bagitau asben ,ha ni mesti niat i tak terpesong so dapat jumpa aron ajis.sebab p sana pun,kafe tu child friendly.bukan sebab nak jumpa aron ke apa kan.sekali ha,jumpa siap boleh ambik gambaq.kahkah.over sangat.maklum la i olls tak la minat sangat aron.suka la adi putra.apa2 pun,asben i tetap henzem la ( ayat ambik hati ).

-------------------------------------------------------------------

Ok.pastu nak bagitau ,ada promo lagi bulan ni.3 combo best punya.



Ada 3 promo boleh pilih nak yang mana ok :

- beli 6 vit c percuma 1 botol vit c.
- beli 6 vit e percuma 1 botol vit e.

- beli 2 botol vit c diskaun 5%
- beli 2 botol vit e diskaun 5%

- beli 3 kotak kolagen percuma 1 kotak.
- beli 6 kotak kolagen percuma 2 kotak.

Ni semua boleh pilih mana2 jer tak kisah.promo open sampai 31 dec ni tau.macam biasa sila wasap/sms no i olls ok.anytime.yang duduk area kota damansara ke subang bestari ke boleh cod no hal.

Wednesday, December 10, 2014

kat mana nak derma baju ?

As salam.

Pagi tadi ada budak tu kencing sampai bocor teruih.aduh ,pepagi  lagi  dah bikin stress.mujur la takder benda nak kena kejar.so harini awal pagi si budak kenteng ni dah mandi & mama pun terus la buat laundry awal pagi.ni mesti kes tidoq awai semalam lepas tu mintak susu sampai dua kali.mana tak bocor.huhuhu.


Ni dia suspek kejadian.harini pakai baju n nyet nyet katanya.kuat betul minum susu sekarang.eryna minum dutch lady kaler choc jer.bila kat luar bagi susu kotak jer.ada gambar mickey tu.kuasa sangat nk angkut botol susu segala.


Pastu sambung main lego.so far masih terjaga elok.dah sound awal2 kalau rosak no more lego.maklum la mainan lain tu sampai dah tak nampak rupa dah.


Okey,back to tajuk asal.nak derma baju ni.anyone knows kat mana boleh derma tak.dulu,kat jasko setiawangsa pernah ada box untuk donate barang2.lepas tu tengok dah takdek.agaknya ramai yang donate barang yang memang betul2 terpakai kot.
Jangan la gitu kan.kalau dah rosak tu bukan derma nama nya.

Well,baju2 ni semua elok lagi.ada t-shirt ,baju kurung ,skirts ,pants .ada yang dah tak muat.ada yang masih muat tapi sebab lama tak pakai ,and nak clearkan wardrobe,so nak bagi jugak ler.

Ni baru half.ada lagi belum lipat.baju2 ni bukan jenama mahal yer.biasa2 jer.ada beli kat shopping online.ada kat mall biasa.i can shop everywhere as long cantik.
paling jenama yang org kenal sangat pun rasanya pop look la.yang pasti semua masih elok.so ,kalau ada tau kat mana please let me know ya.


And cam biasa nak promo shaklee.ada tawaran tergempar.sila baca & please make order last 31 Dec 2014.

Ok bye.nak bawak si kenteng g playground.  

Wednesday, December 3, 2014

nasik terbang dari kelate

As salam.

Kerlas kan.nasik pun boleh terbang .jauh pulak tu ,dari kelate nun.well, sebelum ni tak pernah terfikir la boleh pulak nak makan lauk pauk kelate direct dari sana.pendek kata ,di terbangkan dari kelate lepas tu tinggal nak makan jer.

Haritu kawan i ada la bagitau pasal this girl yang dulu sama course dengan kitaorg masa studi dulu ada buat servis fly makanan kelate ni macam nasi kerabu ,nasi dingin ,nasi tumpang ( di sebut " nasi tu-pe" ) direct dari sana.so ,i like la fb dia , Kelate Flying Breakfast.senang jer ,pilih menu,pastu pilih agen yang berdekatan dengan tmpt pick up ,wasap & bayaq.


Sila ikut arahan kat memo :)


Sila pilih menu.looks yummy kan semua.


Tak banyak dorang kaver ,pilih yang mana senang.kang nanti payah pulak nak pick up ,satu hal.


Ni masa i pick up kat petronas kd.agen ni akan bagitau dia dah sampai.agen ni p amik foods ni kat epot subang sana.pastu terus bawak kat check point.gitu.ala2 amazing race sudah.

I order haritu nasi kerabu daging 2 bungkus ,nasi berlauk dingin 2,nasi tumpang 1.pastu kenyang sampai petang.

Kat area kd ni i tak jumpa lagi nasik kerabu best.pastu yang ni kan di bawak khas dari kelantan.so macam fresh la.masa dapat tu,makanan warm.tak la sejuk.ok jer.


Walaupun i org utagha,tapi mmg enjoy makan masakan negeri lain.janji sedap.


Nasi kerabu.penuh dengan ulam.sambal tak banyak.macam nasi ulam pun ada.sedap.cuma kalau sambal semua lebih mesti lagi best.


Nasi berlauk ayam.lagi satu ikan.pun sedap.simple and marvelous.


Nasi tumpang .nampak  pedas tapi tak.lembik2 sikit so eryna suka.i penah makan nasi tumpang  ni kat umah my fren so tak pelik la.

Overall nora bagi 4 bintang.boleh repeat order la.semua 5 bungkus tu dalam Rm 27 kot.ok la kan.dah la terbang jauh.kalau yang malas nak p kedai ,so order jer kat sini.cuma kena rajin p pick up la.takper,time pick up tu ala2 drive thru jer.pakai baju tdoq pun takper.

Minggu  ni nak order kak noh berlauk pulak.yang ni i jumpa kt insta neelofa.sebab agen ni available  kat area i,so boleh la order.harga pun lebih kurang jer.

Eh,nastyna.awak jangan terliuq pulak tengok makanan ni semua :D.nanti saya fly p berlin nak ??? 



Monday, December 1, 2014

Lego

As salam.

Ingat mak jer ke ada current obsession .anak pun ada ler.eryna now is soo into lego.in fact dah lama kot i notice tapi sebab ada time dia macam crazy over frozen & mickey mouse so mcm tak obvious.yang perasan tu kalau main kat indoor playground tu dia akan tuju meja yang ada blocks.main susun2 segala pastu baru nak main slides ,merempit semua.


Kat indoor games setiap rabu p sini sebab dapat main unlimited rm5.save duit mak yer. :)


Kat hamleys ou.sebelum adegan dia mengamuk sebab tak puas main.yang ni memang drama & we won't  ever masuk sana kot.tebal muka huhuhu.

Alkisah eryna mengamuk tahap berlari2 menjerit dalam ou.semua orang pandang . Ish malu we olls.buat2 kontrol  jer sengih2 kerang busuk.sebelum ni tak pernah dia mengamuk sampai gitu.sebab dah 30 mins dalam tu main lego ,so nak ler balik.

Masa dia tengah ngamuk tu,tetiba ada 2 auntie cina ni offer kerusi kat kitaorg & cakap tak payah pujuk.biar jer dia throw the tantrum.sebab if pujuk nanti dia tend to makin over.so kitaorg biar jer.dalam 10 mins gitu bila dia dah ok,then i amik & belikan buku mewarna frozen & ajak balik.sampai tertidur kau.



Then we decided to buy her one starter set.weekend haritu p the curve kebetulan ada sales jugak.ok la starter  set tu ada 30% discount.tengok kan dulu ,kalau pandai main & jaga barang,lepas ni boleh beli theme lain pulak.

Yang ni theme haiwan kot.dia suka betui dengan giraffe ,elephant ,lion tu.dia yang pilih.kalau ikut mama ,dok nampak theme mickey tu cam comey jer.hehehe.next month la pulak.reward kalau behave.gitu.


Ok lah ,baru masuk hari ke 3,itu jer la dia ngadap.bangun pagi jer.."mama ,nak men igo"..tapi selang2 gak tu.kejap kang coloring,kejap kang masak,kejap kang rempit.haish ,tunggu yer ,tak lama lagi awak masuk sekolah ok.yang penting dia dah tak ingat i pad dah.haritu dia tnya ,"mama , ne i pad ?". Pastu dia sendiri jawab , " oooo i pad charge". Haha.lama betui i pad awak charge yer.dah over charged mama rasa.


Tuesday, November 25, 2014

rambut kenteng ke lurus ?

As salam.

I suka rambut tebal & lurus.well ,who doesn't kan.rasa cam cun giller la sapa rambut gitu.nanti boleh buat style macam2.terpaling suka jenis bob cut tu.rambut tebal sesuai sangat buat cenggitu.
tapi tulah ,rambut i ni jenis curly pastu tak tebal.rimas rambut panjang sebab mengerbang cam kak limah.tapi kalau pendek pun nampak pelik sebab tetiba dah mcm david arumugam.hahaha.sebab tu la dulu rajin betul rebonding.lepas tu bila tau tak bagus ,boleh bagi akar rambut rosak kalau tak jaga betul2 ,buat relaxer pulak.padahal sama jer.


Budak ni pun rambut curly ala k pop pastu tak panjang2.sedih nya hai gitu jer rambutnya.masa beranak dulu rambut tebal jugak siap terpacak2 cam lara anak schawal tu ( nak la jugak nak bagi contoh anak artis ).pastu lepas cukur ,maka pertumbuhan lambut slow.nak letak ribbon pun tak sanggup.kang nampak bunge dari rambut.



Ada la jugak ikut petua letak minyak zaitun la,siap beli spray yang konon boleh kasik lebat.nan hado ler.so jeles la bila tengok budak2 rambut lebat lurus ni.tapi,bagus jugak rambut pendek tu,eryna kuat peluh ,so tak la dia gatal tergaru-garu dek panas.pastu tak yah nak potong rambut dah.ni dah 2 tahun lebih cenggitu jer lah.hihi.



Tapi,orang cina suka rambut dia.siap datang pegang.banyak kali la jugak ada family cina datang borak2 & bagitau rambut eryna cantik.pulak dah.pastu nanti I cakap i suka rambut dorang pulak.gitu la manusia kan.apa yang kita tak suka ,orang pulak  suka vice versa .


Ni waktu 5 hari takdek beza kan dengan pic2 kat atas tu kan.kuikui.takperlah rambut sikit pun janji ada rambut kan.you are still the prettiest girl in the world i ever know.*kiasu mom activated*.



Monday, November 24, 2014

Mockingjay

As salam.

Semalam finally setelah sekian lama tak tengok wayang ,dapat la tengok.last tengok 2 tahun lepas kot masa Hunger Games - catching fire.lepas tu tak la rasa nak tengok sangat.lagipun nak bawak budak kecik ni memang tak lah.dia bukan boleh stick kat satu tempat lelama.

Dan memang  takkan bawak kot sebab dulu asben pernah sound this couple yang bawak anak dorang masuk wayang.haha.takder la marah.just cakap mintak tolong dia tengokkan anak deoa sebab budak tu keep on datang pastu panjat kerusi kitaorg.so since that mmg kitaorg takkan la nak bawak anak sendiri sebab tau dia macam mana.


Tengok sensrorang jer.sabtu malam asben p tengok dulu.semalam giliran i la pulak.gilir-gilir pulak.hihi.

I memang suka katniss ni.tak jemu tengok.and ni lah filem thriller yang i layan.selalu memang tak tengok citee2 gini tapi hunger games ni lain.suka sangat.cuma yang kali ni takder la hunger games tu sebab dorang dah start pemberontakan kan.takder scene dalam hutan dah.overall boleh la bagi 3.5 kot.dah tak pasal kena tunggu part 2 pulak.


Ni takdek kena mengena ngan semalam.pic hari jumaat, i kidnap my besties ni ajak makan kat ikea.opis dia kat the curve sana.dulu masa i tak kawin lagi,ni lah dia geng tengok wayang  back to back.i dah biasa lepak dgn family dia.selalu kami akan amik wayang awal sekali.siap breakfast kat mekdi dulu pastu nanti lepas lunch   masuk balik tengok cter lain pulak .

Kitaorg belasah jer tengok apa2 cerita not necessarily sebab baru keluar so kena  tengok.sebab tu la ada sekali tu kami tgk  cter thailand pasal 2 bestfren travel ke paris backpack.siap nak imagine tu we olls la.dah la masa tu kami 2 jer tengok.konker abis.

Eh tadi nak cerita mockingjay dah melalut.tu jer lah nak bagi tau best hunger games tu.g la tengok :).


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...