Tuesday, December 17, 2013

Singgah Cameron highlands kejap

As salam.

Entry basi.godek godek fon ,tetiba jumpa gambar lama ni.geram tengok eryna time ni tembam lagi.
Sekarang dah makin slim.haritu pergi timbang berat dia sama jer tak berubah ,10 kg jer.
Lagipun dia tak berapa nak makan kat rumah.sebab nak suap sendiri.banyak mana la sangat makan kalau dah suap sendiri tu kan.harap makan kat umah pengasuh la dia nak makan banyak sebab ada kawan.

Bulan berapa ntah ni pegi cameron.time ni nak balik cuti kat kg ,so singgah cameron dulu.lepas tu esok nya baru turun ke arah utara.oh yes, tengok balik date...bulan May 2013.punya la lama +__+.



Tidur kat strawberry park resort.tembam kan eryna time ni.
Ni dia dah laju merangkak ni.umur masa ni 9 bulan.still kena bawak bekal lagi sebab tak leh makan nasi macam sekarang.
Best bilik kat sini ,besar.jenis walk up hotel room.high floor,kena menapak 2 tangga jer.exercise la sikit.
Saja la pilih sini sebab tengok review cam best jer.shooting drama aron ajis kat sini kan.cter elena tu.maap la ,i olls tak tengok drama tu.
Breakfast pun ok jer.hotel ni tersorok sikit tapi signboard dia banyak jer boleh cari.


Ada budak kena kurung.tapi dia takmo tidoq sini.nak join katil jugak.nasib katil king.kacau jer +_+.



Balkoni nyer.nampak la gunung nan menghijau.
Rate promo dapat la RM 280 per nite.



Lepak kat sungai palas.makan scone yang tak okey okey jer.sedap lagi kat bharat.
Saja la tempek gambar biar nampak eryna gemok.mihmihmih +_____+.



Aktiviti wajib : petik buah stroberi.tak banyak yang gemok sebab pergi lambat.tapi, ok lar boleh lar.



Makan steamboat tak sedap kat sebelah hotel heritage kot.am sooo miss Johnys steamboat at this time.semua tak sedap.sayur je la fresh.mentang mentang la cameron khenn..


Bolat sangat dia ini.macam tengok cicak gaya nya.
Lepas tu ,kita pun balik ke utara sambil bawak balik segala sayur sayuran yang murah murah.
Itu jer la aktiviti pegi cameron pun.

Dulu dulu masa kerja kat company lama ,ada la 3 kali pergi sana.siap naik sampai puncak sebab time tu kita ikut buat audit ,so owner ladang tu bawak naik sampai atas.syiok sebab dapat tengok the whole cameron.
Tapi,cameron sekarang kan tak best macam dulu.
Dah tak berapa sejuk sangat.banyak sangat kena tarah. -__-.

Ok lah, back to work ,jangan lupa singgah blog bisnes shaklee untuk pembelian & konsultasi produk & keahlian.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...