LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, November 12, 2013

Di hari lahir ku yang ke errr 32

As salam.

Selamat hari lahir.eh,ke selamat hari jadi.ada yang kata hari lahir la.kalau jadi ,tu dikira 9 bulan lepas.gitew.takper lah yang penting i is happy today dapat wish & also birthday gift * cough cough *.

Hari ni masuk lah fasa umur 32 tahun.biasa jer pun.hati muda.tak sabar nak kaya.poyo kan ayat.eh ,ini la impian ku.orang kata nak kaya bukan boleh bawak mati.tapi ,aku nak kaya untuk bekalan bawak ke mati.bekalan harmoni lah,gitew.banyak duit boleh berzakat lebih ,bagi family lebih ,sedekah.ha tu amalan nak bawak ke mati lah.ustajoh sangat pagi pagi cenggini.

Ok lah ,pagi tadi laki ai dah fly to kk.dia kan ada outstesen sana.insya allah jumaat ni aku & eryna akan menyibuk kan diri.berdoa lah semoga cuaca elok.aku dah plan nak p kundasang ,pastu nak p manukan island.harus la nak pakai kan eryna baju swimming.nama ajer rumah ada pool ,tapi tak pernah lagi kami bawak dia main main air kat situ.lalu jer la time p makan kat cafe tu ,tapi malas nak bawak.tengok dia kemain gedik tengok air,kang takmo kuar haru biru.

Pagi tadi kan, laki ai seprais kan pulak.auw.laki ai ni tak romentik pun.mula mula semalam p makan kat marche curve.aku pun tak sure tu pre besday dinner ke apa. ( amboi,nak pre pulak ) .since aku tak pernah masuk marche ,so kita try la tengok apa yang best.lepas makan ,kami usya baju swimming eryna tapi takder plak size dia.mother care pulak mahai sangat,lagi mahai dari swimming suit aku.kenot la like that.



Eh eh..besday sapa kah ini.enter frame jer tau.gini lah dier nyer kalau ada anak.belum lagi dia start tantrum nak turun.pastu dah bagi belon tetiba tak mo makan.pastu belon tu buat dip dip kat makanan we olls.



Bergambar kat toilet pun boleh.hahaha.cantik tempat nya.food biasa2 jer.baik ku makan chillis.


So ,semalam dah balik kemas2 luggage.laki aku bawak satu beg besar tu penuh baju kami 3 beranak.nak p sabah jer pun.nasib muat2.baju eryna la banyak.bawak baby kan mmg kena extra untuk dia saja.sampai pukul 2 pagi kemas .pastu sentap la sikit sebab laki aku dah kroh kroh tak wish pun.masa dinner tu pun takder pun wish.aku la feeling feeling pre besday.hahahahahaha.

Pastu ,dah abis kemas ,aku nak amik klip rambut kat katil ,pastu terperasan mcm ada something dalam selimut.angkat tengok ,eh....ada benda la. ( hepi kot masa ni )...tapi kita buat buat tak nampak.sebab nya aku kan baru bangun ,gosok gigi pun belum daaa..takat nak polok polok lak masyam2 gitu.kuikuikui..
After dah settle semua hal sendiri ,aku pun konon ni kemas2 katil la.laki aku plak tengah duk lock luggage dari bilik depan.dengar la dia panggil2.aku kan tgh nak eksited nak buat buat seprais.pastu ,angkat selimut.....................eh......takder ..mana kah hadiah aku,siap check2 almari kot sembunyi situ.amboi ,laki ai ni ,kat mana pulak dia sorok. aku rasa la kan ,laki aku p ubah sebab nya dia takut aku tak nampak .hahahahaha.

Aku ni bajet dia dah letak dalam kereta ( sebab pagi pagi laki aku akan bawak beg pam & susu eryna ke kereta aku ) ,so aku pun ok lar gitu..sekali aku kuar bilik ,taraaaa....ada atas meja makan.yeay !!!..yang ni memang terkezut.suka la laki aku berjaya sepraiskan ai.i lebiu sayang ......................( kasi chance la muntah darah sikit ).siap ada kad u olls.



Kad tu simple kan.tau berapa ? RM 20 .hahahaha.saper suruh amik cap hallmark.aku saspek laki aku ni nak cepat ,pastu dia sauk jer.sebab nya dia asyik cakap..ish mahal kad tu.derrrr +______+.

Tau nape aku teruja sangat.sebab laki aku ni bukan gheti buat buat gini.so, this is sweet la.seingat aku kan ,ada 2 kali dia pernah bagi bunga. ( ni pun seprais ) .first time masa bercinta la.itu kan standard.ni agak lawak jugak.sebab nya dia sorok bunga kat bonet.so ,masa drop aku after a second ,dia kol aku bagitau ,jangan masuk dulu.nak bagi barang.lawak kan...cuma aku tak bajet barang tu bunga larrrrr...


Bunga kejadian.yang first pun macam gini jugak ala ala.tapi yang first lagi banyakkkkk kuntum.ni dah kawin dah kurang la kan jumlah nyer....+______+.

Second time masa besday aku after kawin lar.siap bangun seawal pagi beli bunga.masa tu kan aku leh bengang bengang.sebab dah lah tak wish besday pastu kuar umah lamaaaa gila kot.masa tu hari sabtu pulak,kelaparan tau kat rumah.kata nak bekpes sesama.upernya dia p beli fresh flowers kat mana ntah.terharu ai tau...kikikiki.masa ni i was 1 or 2  week pregnant kot.pastu p celeb kat chillis OU.

Then ,besday selepas tu ,eryna pun dah lahir.hahah.cepat nya hai masa berlalu.tapi dah takder bunga.sebab nya laki aku kata bazir jer beli mahai mahai aku longgok jer dalam bilik sampai layu.abis ,nak suruh aku wat mende pun.letak la jadik bunga kering.pun sama makan kat chillis jugak.itu jer la tempat nak celebrate besday.dah fikir fikir tempat lain still nak p situ jugak.

So,tahun ni, ai dapat ni...



heheheh.actually ,dah lama aku nak perfume yang ni pulak.yang lama dah abis.haritu aku beli jenis cherry blossom.tapi bila bau yang hijau apple ni lagi sedap.pastu saja try beli versace punya.tapi tak longer last sebab edt.so,dapat ni ai is hepi lah..heheheheheh.

Hadiah untuk diri sendiri...
Jeng jeng..tu ha ,hanzebeg yang aku dah siap rasmi tu.best.cantik. MK jer pun.



Monday, November 11, 2013

Bercuti obersee..ICT ajer

As salam.

Lama sangat tak bercerita kan.busy shaklee la tu.yer la ,ayat kawan kawan aku la tu.asal aku cakap busy ,itu lah ayat depa .hew hew..Aku memang macam ke laut kat blog sebab lebih concentrate kat FB or IG.abis ,promosi bisnes kot kan.macam tak tau.+_+.

By the way ,hari cuti muharam haritu kami p la bercuti kat obersee aka ICT shah alam.mana tau next year nak p main salji so kita test la cik eryna tahan ke tak main salji tuh.Memang unplanned pun nak ke sini sebab tulah masing2 tak ready nak bawak stokin.especially eryna la sempoi ja pakai selipar.hahaha,nasib stokin dia ada dua pasang aku korek2 dalam diapers bag tu.

Kisah nya we olls ni kalau weekend or short holiday tu selalu lepak shopping mall jer.pastu bawak eryna main kat playground.cam bosan jer cam tak berkembang jer...cam cam cam jer.so, aku decide nak p taman burung la usya2 bird ,tapi laki aku banyak sangat no nyer.dia cakap eryna suka kucing kang tengok burung kat atas tak nampak.ishh,nak tunggu besar sket baru appreciate.pulak dah ,so aku sajes p sunway lagoon sebab ada petting zoo.pastu teringat plak, zaman aku kerja dulu ,lagoon ni hari selasa tutup.last fikir fikir ,ok lah ICT sudah.

Dah sampai sana ,so baik la main salji.macam ada tempat sesuai pun kat budak kecik tu.ini kan first time ,so kami pun terus la masuk basement parking .kereta pun tak banyak.cuti kan ,orang banyak p tempat lain kot.lagi bagus ,tak crowded.so,cam biasa terkedek kedek la kuarkan stroller .pastu cari la lift nak naik atas.pusing kanan takder.pusing kiri pun takdak.puas la pusing sana sini.derrr...memang takdak lift kot.kena naik tangga.siapa kah yang bijak pandai sangat nih ,tak buat lift.dah la tu ,tinggi ok tangga tu.gagah jugak la kami laki bini angkat stroller.nasib eryna ni jenis berani.member rileks je kena angkat laksana tuan puteri.




Dah mengah mengah ,makan dulu lar kat old town.pastu baru pusing.kat atas tu tengok2 ,owh boleh jugak parking.open parking.tapi tetap sama leceh sebab nya rumah salji kat bawah.so ,kalau park kat atas tetap kena turun bawah.adui lagi sekali ,sapa kah yang bijak mereka cipta tempat yang sungguh tak mesra budak budak ni.bukan aku jer la ,ramai la mak bapak gagah bawak naik turun stroller.cer imagine yang jenis bawak yang bulky tu ,mak aih ,memang mintak nyawa derrr..


So, awal awal ni kami usya games kat atas ( tempat ni bertingkat tingkat ) .ada haunted house kot ,pastu 5D movie ( laki aku tengok pastu dia kata cerita yang sama dia tengok time kami p genting haritu.hahaha.lebur RM 10 ), ada archery , wax house ( ala macam madam tassaud tu ) ,pastu mesuem apa ntah .
Yang kami main archery jer.tak bernafsu nak cuba yang lain.cam tak best jer cam boring jer >_<.
Aku main 10 arrow jer ,yang lagi 5 sedekah kat laki.sakit kena tali tu.huhuhu.
Rega untuk movie RM 10 ,archery untuk 2 orang dapat 30 arrows RM 25.
Untuk rumah salji RM20 per adult ( before 6 pm entry ) and baby is free.



Nilah tangga tangga nyer yang harus di daki.tak child friendly langsung tempat cenggini.padahal yang datang bawak anak anak kecik kot.



Dah settle main ,terus p rumah salji.ni lagi satu la ,nak solat mak aih jenuh gak nak jalan.paling dekat dari rumah salji tu dekat water park.tapi sedih sangat la surau nyer.macam stor.tsk tsk.dengan telekung yang busuk ,ya hampun ( terlupa nak bawak ).nasib aku nampak ada telekung dalam beg kat situ.aku pinjam jer.agaknya telekung staff situ kot,moga banyak la pahala yer bagi ai pinjam  :)

So,dah settle suma ,moh la main salji.memang kat sini je pun ramai nye pun.kat luar tu lengang jer.untuk masuk sini ,winter coat free.boots ala phua chu kang kena rent RM 10 kot per person.,untuk baby takder.sebab tu lah aku bagi eryna pakai stoking 2 lapis.habis lencun sandal dia.abis ,dia tak nak dukung.nak jalan sendiri ala2 penguin.
Pastu ,takut dia sejuk ,so kami beli la set untuk baby ( ada snow cap ,gloves & shawl..eh.,mapla..how to spell arrr ).tengok kat bawah si penguin kecik tuh.hihihihi.



Awal2 masuk ,biasa jer la.suhu masa tu kata nya -5.ok lah.aku sejuk sebab aku p duduk ,so bontot basah jadik sejuk.eryna plak mmg rileks abis jalan sana sini.pass la p obersee kalau gini.tahan sejuk.siap meraung takmo kuar.kami kuar sekejap pastu masuk balik.dalam 30 mins jer dalam tu.sebab tempat tu tak la besaq mana pun,so pusing pusing kat situ jer pun.


Nak lari tu takmo bergambar.pastu jatuh banyakkk kali la jugak.licin la pakai selipar..+_______+.



Itu je lah cerita nya.dah habis ke.hahaha.itu jer pun.,boleh la,eryna pun suka kemain.dia memang kaki jalan.insya allah ujung minggu nak p kk sabah.actually laki aku outstesen aku tumpang menyibuk.tapi dia p dulu la settlekan keja dia.kami p hari2 last.insya allah aku akan bawak eryna berdua.kain baju suruh laki bawak dulu.tak la susah aku nak handle eryna sorang sorang dgn stroller lagi kan.

Ok bai itu jer nak stori mori.. 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...