Thursday, July 25, 2013

Misi mencari perabot sudah selesai

As salam.

Ok,hari ni nak lari sket topik asik buka puasa jer.tp,nak jugak cerita,semalam aku masak tomyam ( ada daging, ayam & udang ) ,sayur kacang panjang goreng belacan & telur dadar marveles.gitew.gambar takder sebab nya aktiviti masak hanya bermula pukul 7 petang & siap di saat orang tengah azan.hahaha.laju laju buat nescafe shake pastu makan kuih je dulu.aku beli kat pakcik goreng pisang kat keramat otw amik eryna.memang berjenis rasa nya dari kat param yang ntah apa2.

Nak cerita pasal perabot rumah.finally ,dah settle dah beli semua barang.Ni antara checklist yang aku dah buat sebelum beli hari tu :

Master bedroom

Katil king
Air cond
Kipas

Toilet 1

Toilet bowl

Second room

Katil & tilam
Almari ikea

Living room

Smart TV
Kabinet TV
Side table
Karpet
3 seater sofa
2 wind chair 

Dining 

Meja makan
Side board
Cermin

Kitchen

Renovate wet kitchen ,bar counter
Hood & hob
Sinki

Ini hanya applicable untuk rumah takder tanah la.sebab nya ruang pun terhad.bilik yang no 3 mungkin beli katil single atau biar je dulu.sebab nya kami plan nak buat built in kabinet untuk letak barang2.kira nya buat store tapi orang masuk orang ingat almari.

Mungkin orang ingat ,tu dia..beli semua baru ka.memang kena beli baru yer sebab nya rumah sewa sekarang ni adalah fully furnish.so,semua benda kena beli baru.
Penat woo cari perabot.rasa nya semua gudang perabot la kami singgah.dari semurah westcourt ,JG living sampai ke taraf up sket ,Lorenzo.semua kedai perabot kat area sungai buloh & area subang bestari tu kami terjah.ada la yang kami beli dari kedai perabot situ, iaitu set tilam vono.masa tu memang vono buat promosi.untuk tilam king sangat berbaloi.so, kami beli sekali katil & headboard complete set vono.harap2 boleh jadik cantik cam maya karin. +_____+.tetiba.




Pastu kami terjah sampai ke puchong.every weekend memang menebeng la semua kedai perabot.ada yang murah tapi takdak kualiti,ada yang mahai pun macam tak berbaloi.ada yang so so design tak lawa.yelah ,nak kena both agree baru leh beli.

Untuk 3 seater sofa ,kami beli kat Home Star puchong.masa tu tengah buat sale.cow leather dapat dengan very reasonable price.aku memang dah set takmo beli 3 +2 set gitu.nak yang lagi 2 tu jenis wind chair.so, cari memang tak jumpa2.akhir nya kami jumpa kat Courts Sri Damansara.ha,siapa sangka aku boleh p courts kan.selama ni aku ingat barang dia semua kena hutang plus ok ka kualiti nya.kebetulan courts ni baru launch hari sabtu lepas.dato ct yang rasmikan.aku kan follow ig dia ,so nampak la dia duk upload kat situ.

So,ahad nya tu aku ajak la usya2 kot ada yang best.kata tengah promo.tengok barang elektrik ,confirm mahai.sen heng lagi murah kot.so, naik tingkat atas...lama woo pusing.mula2 dah berkenan satu meja makan ni.klasik sangat design nya.



Cantik tak.aku suka sebab bentuk oval.dah semangat nak amik tu.tapi dah pusing nampak plak jenis marble.pun cantik.kalau meja kat atas ni over bajet sket la.tapi sebab dah berkenan ,kami konon la ,ok,tak yah beli side board dulu.beli yang ni.tapi pastu bila laki aku check dia kata lapik kerusi tu tak guna kayu.so,agak berbelah bahagi nak amik ke tak.

So,pusing pusing.tetiba aku terjumpa kerusi yang aku nak.


Tadaa.aku memang nak jenis fabrik ni.yang best boleh basuh.harga nya RM 399 sahaja.murah ok.dah la tu ,kaki nya kukuh compared to ikea cam tak stabil jer.pastu kaler boleh pilih.ada macam2 kaler nanti depa buatkan ikut pilihan.and bantal tu pun leh pilih.so, aku telah pilih kaler.......surprise.nanti dah siap aku show show yer.kerusi ni beli 2 bijik.mas promo ni selain harga murah ( kata nya ) ,but bagi aku murah.sebab aku dah survey segala kedai kot .untuk purchase hari tu dapat free delivery.

Pastu jumpa side table untuk letak kat tengah2 antara kerusi ni.pun murah ,kayu RM 139 jer.kabinet tv pun beli kat sini.pun still on bajet & cantik.lama tak lama ,eryna siap salin baju & makan sekali kat sini.
Best kot kat sini.besar & siap ada kids zone .boleh tinggal anak ,nanti ada orang yang jaga.tapi, sebab eryna kecik lagi so aku la teman dia time laki aku p solat tu.



Tengah suap budak ni makan.aku pun tak posa gak time ni.hohoho.lapar plak bau makanan plus air coffee..terpaksa la hormat bulan Ramadhan tak makan di khalayak ramai.makan dlm kereta takpa.hahaha.


Ada 2 tingkat.kat bawah barang elektrik ,kat atas untuk bedding ,sofa ,dining.time ni orang dah tak ramai.tapi aku rasa kat bawah memang ramai ,kat atas ni sebab section mak mak kot.+_+.


Ini ha tempat untuk budak2.siap ada tablet untuk depa main.ada games jugak.yang dekat kaunter tu la yang tolong jaga.rupa nya dia bukan la kerja tuk section ni ,dia ni HR team.dia kata since courts buka new branch ,so since semalam semua staffs admin kena turun padang.so, dia tolong la jaga budak2.ha, dia siap bagitau tgh cara helpers untuk jaga section ni.sapa ada nak apply part time job layan budak2 boleh la try.


Ini budak menangis aku ajak balik.dia baru nak main ,tetiba dah kena ajak balik.hahaha.kesian sangat.

So. dah settle bahagian living room .untuk dining plak kami beli meja makan dengan side board kat Macy Ikano.ha ,speaking about Macy jangan ingat aku ni hebat sangat nak beli set yang mahai tu.masa aku p tu , Macy tgh buat sales.so ,meja makan tu di jual sekali dengan kerusi dengan harga yang murah.maksud aku murah & lagi cantik dari kedai perabot yang kami duk p survey tuh.serius murah lah.

Pastu ,dah beli tu dapat diskaun another 30% for side board atau coffe table.apa lagi usya side board sekali jumpa yang berkenan.but ,yang tu tinggal display jer.and apa lagi best ,yang display tu dapat diskaun 45 %.
Memang sangat murah.dah la solid wood.ada sket la garisan kat atas tu.tapi laki aku dah check yang lain suma ok.besar n cantik.suka sangat 100x.yang kat Macy ni aku tak amik pic sebab time tu sibuk nak kejar time berbuka.meja makan tu jenis solid wood jugak & ada tempered glass.cantik di mata kami berdua la.

Finally ,berakhirlah aktiviti mencari perabot.semua dah dapat.now fokus to kitchen renovation lepas raya nanti.untuk barang elektrik & dapur nanti aku buat entri lain lah kat mana boleh dapat harga yang murah.maklum la ,kami ni boleh dikatakan sebelum beli siap masuk kedai yang sama 2,3 kali sampai sales person tu dah cam dah.abis,kena la cari betui2.

Oh yes, yang kat Macy tu kan,aku siap masuk contest.hadiah nya ,aku akan dapat balik cash kalau menang.mintak2 la bertuah.hehehe.dah la hari kami beli tu time anniversary kami ,so mana tau ada rezeki eryna.eceh.kalau dapat ,so depa akan return semua duit yang kami spent on the day.wehoooo.mintak2 la menang.fuh fuh.aminnnnn...cepat2 doa kan aku yek. :)


Monday, July 22, 2013

Berbuka kat luar pulak dah.

As salam.

Tadi kita citer entry berbuka kat rumah kan.ni aktiviti berbuka kat luar pulak.
Weekend memang hari berbuka kat luar.As i wrote previously ,kami tengah sibuk cari barang rumah.time nak raya ni better beli sebab boleh dapat diskaun yang agak berbaloi la jugak.dah lama kot kami dok survey2.rata tempat la pergi.dari sebelum puasa ni dah masuk Ramadhan.kali ni beli jer sebab dah dapat harga plus duit epf pun dah dapat.yeahoooo !!!

Syok la cari2 barang.sebab semua baru.maklum la rumah sekarang rented fully furnish.so ,now semua kena cari & agak boleh tahan la kos nya.rumah pun nak renovate jugak skit kat wet kitchen.
Jadi ,kerja kami adalah kuar awal pagi pastu balik dah malam.kesian akt eryna sampai terlepek dia tak bangun pagi.kalah orang posa.hihihihi.


Budak tak gheti duduk diam.sambil makan nak berdiri.sabar je lah mak ko ni yeh.


Ni masa kat kedai mana ntah.survey meja makan.


Buka puasa kat Muhibbah seafood sg penchala.nak p sini kena call dulu yer.jangan walk in sebab depa memang amik order awal.sampai jer makanan dah terhidang.
Aku order sotong goreng tepung ,ginger beef ,chilly chicken & kailan.
Air plak herbal tea.

Restoren ni dekat dengan masjid sg penchala.bungalow lot houses.big space.parking kena kat luar.kat dalam tu very limited.but not to worry ,ada bungy car pick up.



Ni makan buffet kat restoren sedap kota damansara.belakang restoren gulam.
Spread buffet menarik.paling best asam pedas ekor & lamb curry.
Harga pun ok RM 35 nett for adult.


Time ni tak ramai lagi.cantik jer deko restoren ni.


Eryna makan tembikai.habis 2 potong pastu buat konsert. +_+.



Buffet spread kat sana.tak boleh nak amik banyak sebab ada orang pun sama nak pegang fon.
Ada bubur lambuk ,pengat ,coffee ,teh tarik ,air ais.tak kedekut.teh tarik & coffee memang sedap.
Makanan pun best .ada spread nasi kerabu ,nasi pandan ,nasi putih & lauk macam2.Western pun ada macam spageti ,beef.pastu complete desserts.just nice.


Ni kat klgcc damansara.dengan bestfren ku.mak kawan aku ni yang blanjer.since dulu2 aku memang slalu lepak rumah dia.dari belum kawin now dah ada anak kekdg aku pegi jugak lepak.hehe.
Buffet ni memang terbaik.food semua sedap.banyak pulak tu.aku memang tak sempat la nak amik pic dengan keadaan eryna yang agak cranky.baby chair pulak dah habis,so terpaksa gilir2 pegang.

Ada dim sum ,kambing ,goreng2 ,lidah ,soups & many2 more yang memang banyak & sedap.
Tempat sangat besar.tak payah berebut makanan except tang lamb kena beratur kejap.
Dim sum terbaik.arghhh..semua sedap tak tau nak citer.siap nampak Nina Juren.lawo.
Harga buffet member book before Ramadhan RM 58 .bukan aku yang member ,parents kawan aku ni of cos.aku ni menyibuk jer.but well ,klgcc ni dah selalu sangat aku pegi.not only Ramadhan ,ada la more than 5,6 times pegi. sebab parents nya member so aku selalu join.hihihihihi.




Yang ini semalam buka kat Syed KJ.nasi bukhara la apa lagi.aku as always mesti makan lamb.
Banyak ok, 2 ketul besar lak tu bagi.
Time ni eryna muka tension jer sebab baru bangun tido pastu kena marah sebab nak berdiri dalam baby chair.hehehehehe.



Sekian cerita buka puasa di Ramadhan kali ini.

Puasa tahun 2013..beli jer pon

As salam.

Puasa ke korang.suka pulak aku tgk suma org update blog cter pasal buka puasa kan.meriah kot.walaupun masak ala kadar.makan pun biasa2 jer.tapi bermakna sebab Ramadhan.teringin nak terawikh.tp apakan daya sapa nak jaga eryna pulak nanti.

Dah masuk 13 Ramadhan ni, ber erti sekali je kot masak tuk berbuka.pastu tuk sahur ada la 2,3 kali.macam pemalas sangat nih.aku dah raya u olls.jadi sepanjang minggu pegi opis ,time lunch aku selamba jer turun secret recipe kat bawah ni beli beef pie.sedap ok.pastu pepagi p 7 Eleven beli sosej ,roti.amboi macam bangga sangat tak poser yer.abis, dah dapat kemudahan ,makan je la kan.takkan aku nak berpuasa plak.lagipun kat bilik aku nih,boss german ,depan bilik cino, bilik sebelah both norwegians.bilik lagi satu ,member aku sama2 beraya.so ,tak perlu nak simpati kat sapa2.kesian kat perut jer.asal boss aku p lunch ,aku pun apa lagi ngup ngap kat pantry.haha.nasib complete dgn coffee maker, microwave ,fridge.tahap nak buat kuih raya pun boleh dah ni.



Ni dia lamb pie sedap tu.hewhew.makan sorang2 tutup pintu bilik.+__+.

Antara lauk tunjuk kat param keramat.kalau kat param keramat aku la beli.,singgah beli pastu fetch eryna.time posa ni opis aku start kui 9 am - 4 petang.jealous much ??? hehe. aku lak as always sampai opis kui 930 pagi.alasan : traffic jem.yelah ,umah jauh ok.nak drop antar eryna lagi.nasib boss ok.




Sekarang hari2 balik keja laki aku singgah param kat seksyen 4 kd ni.ok la jugak lauk2 situ.takat nak makan berdua.sahur aku masak je bodo2 cam ayam goreng ,sadin ,telo goreng ,bilis.ada time takmo makan ,so just minum shake jer.ni skang aku tgh raya laki aku minum milo ngan kurma jer.dia takmo pulak dah.aku tetap la bangun.eh, ada sekali tu aku tak jaga.tengok2 dah kui 630 pagi.laki aku sentap ok.dia ingat aku sabotaj dier.sebab malam tu aku asik cakap ,malas nak bangun sebab tak posa.hahahaha.

Since aku cuma masak sekali jer ,so takder la tayang2 makanan.sebab nya bukan apa.aku sempat jer nak masak.kui 530 sampai.boleh je kot.tapi masalah nya skang eryna mmg takmo duduk dalam baby chair tu lama2.puas aku sogok makanan ,toys semua dia baling.dia punya karaoke mak aih gegar ok apartment aku.dah la style apartment aku ni rumah sikit2 .satu lift tu share 8 unit jer.so orang mmg tau anak aku la tu duk menyanyi time petang2 tu.laki aku plak tak bleh balik awal.jauh kot dari cyber nak smpai paling2 nak dkt kui 7 pm baru sampai.so, decide beli jer.haiwan2 tu dah lama keras kejung dalam fridge tuh.sempat la buat nasi goreng time sahur.sebab lauk buka tak habis recycle jer.

Sekian.yang request suruh update tu..sila baca ni yeh.tunggu satgi aku apdet entry tertunggak.kalau rajin la.


Wednesday, July 10, 2013

hello from note 2

As salam.

Lama nya tak update.kekangan masa kata nya.seriously busy.tak tifu punya.kejs kat opis pun banyak plus business shaklee yang makin berkembng pesat.alhamdulillah.aku sendiri tak sangka di kurniakan rezeki dengan hasil bisnes.never crossed in my mind yg aku akan buat bisnes.selama ni aku pikir jdk kuli org jer smpi pencen.insya allah selagi mampu aku akan buat d best every single day.

Ok.btw, aku tgh testing post thru note 2.best ok note 2 nih.alkisah blekberi aku dah semput dek ternoda oleh eryna.mmg kritikal sgt.kalau tak sebab tahap kronik mmg aku tal tukar lah fon.aku ni bukan jenis gadget person pun.

Since nk testing post from note ni meh tgk aktiviti yg berlangsung sepanjang minggu lepas.




Jumpa kontraktor nak reno rumah after raya



Tempah langsir kat nilai 3


Pergi majlis hi tea grup jutawan.idola ku sis cery.umo tua setahun jer dari aku tapi income 200 k sebulan buat bisnes shaklee dh msk tahun ke 4.


Bawak eryna datang opis sebab asben bbsitter kena demam campak.huru hara opis.apa keja pun tak jalan.last2 half day jer.
Pastu merayap ke empire beli stok shaklee & nak makan chillis.



Lamb feveret everytime dtg chillis.sebelum kempunan di hari puasa.nak dtg buffet bwk eryna memang tak lah kan.

Tadi dah siap masak sahur.lauk sardin n ikan bilis goreng request by en boss.selamat sahur semua.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...