Friday, May 31, 2013

Review " George Foreman" grill

As salam.

Salam jumaat semua.apa plan weekend ?eheh...
Pagi pagi lagi dah sibuk nak review makanan.sebab nya tengah semangat nak cter pasal grill best yang baru di beli bulan lepas.memang best.ceh, padahal baru semalam kot try guna.
Ok, citer nya begini.aku memang dok nak beli "happy pan" yang ada pic ikan tu.sebab tgk rata2 review kata best ,cepat masak, ayam tender ,juicy bla bla.so,sangat la sesuai untuk aku yang nak cepat jer makanan tu masak.abis tu,masak dalam oven ,ayam masak ,but, isi macam keras sket kt dalam sebab dah kering.

Jadi ,ku tanya kwn yang beli happy pan ni.dia cakap ,ok lah ,but bila nak basuh kena sental.susah nak kuar.memula ok ,lama2 selalu guna, lemak bertakung kat dalam.lebih kurang camtu la dia kata.pastu she suggested to buy "George Foreman" .Apakah ? dengar pun tak pernah.hahahaha.
Dia bagitau ,best giller sebab dah la hebat grill tu ,cepat pulak tu.food semua healthy sebab lemak memang kuar habis yet isi kat dalam still juicy.dia bagitau ,grill tu siap dia guna untuk bbq banyak2.

Ok,baiklah.maka marilah kita men'goggle' en george itu.but, tak banyak review sebab rata2 org kat mesia ni guna happy pan kot.but, kat oversea ,femes amos benda alah ni.and all gaves good review.lagi la acik tak sabar.aku ni bukan boleh ,nak tu kena cepat.kalau tak,siap bawak ke mimpi duk panggil en george.acaner tuh +_______+.




Inilah rupa GF grill ni.hensem kan...hitam menawan gitu.ok ,GF grill ni ada banyak type.antara nya GF 2 portion, 4,5 ,6, smpai xtau la berapa portion.kwn aku tu beli yang paling besaq kot.sebab dia kata sekali grill boleh banyak keping letak lamb.

Yang aku beli ni jenis 4 portion.just nice untuk small family macam aku nih.memula nak beli yang 2 portion ,tapi tetiba harga 2 portion beza sket jer dgn 4 portion plus orang tu kata 2 portion is too small.so,ok lah beli yang 4 terus.
GF ni dari UK kot tak silap aku.ada la signature si george ni kat belakang kotak tu.upernya dia adalah femes  chef.tapi tak seglemer Jamie Oliver kot ,sebab aku tak kenai.boleh ?? kui kui kui..
Jadi ,barang2 gini ,as usual kalau nak beli kat sini ,konfem tahap cekik darah.jadik marilah kita pre-order.tunggu la 3,4 bulan baru dapat.

If  tefal seksi tu aku beli kat Barang Oversea , kali ni kita bagi chance kat satu lagi page yang can be trusted la depa jual barang2 dari oversea., iaitu Barang murah UK .banyakkk ok barang dari UK depa bawak masuk.berkontena sekali bawak.so, aku nasihat kan kenal pasti apa barang yang nak ,bila depa bukak pre-order p lagi mesej kata nak.depa akan mintak depo ,selalu boleh installment 3x sebab nya barang tu pun di ETA dalam masa 3 bulan.





Harga wise , between these two page ,lebih kurang jer.boleh di katakan almost the same.cuma orang yang juai tu berbeza.aku beli tefal kat barang oversea sebab dia ada ready stock.yang kat barang murah beli GF sebab barang oversea dah closed pre-order masa tu.so, pandai2 la korang tengok mana berkenan.
Nasihat aku ,jangan histeria sudah tengok banyak giler kitchen appliances yang best dapat rega yang way cheaper than jual kat sini.kang semua ko p beli.jangan nak salahkan aku pulak. >_<.

Eh ,panjang pulak citer ,macam promote depa pulak.ni free review jer.aku pun tak kenal depa ni,kawan aku yang biasa beli sini, dia yang sajes.aku ni takut gak nak percaya barang2 gini.kang dia hantar batu how ?
Harga GF ni RM 290.since aku cash on delivery ,so, pick up kat umah ,takyah bayar dah extra charges.




Ni rupa kat dalam.eh, gambar tak leh rotate.hewhew.untuk size ni can fit 4 ketui ayam ,sosej2 yang kecik & potato.aku dah try semalam dah.kira untuk 2 orang makan boleh lah. tapi ,kalau makan tak banyak ,boleh fit tuk 4 orang.well, umah aku kan ada 2 gergasi ,so mana gheti makan sket sket +________+.

Jadi ,mari kita test resipi yang aku sesuka hati buat.semalam marinade ayam dengan sos black pepper ,sos bbq ,tabur rosemary ,parsley done.sprinkle sket black pepper crush.untuk ni aku beli jenis "Marcomick" .senang ,just sprinkle sprinkle jer.





Ayam dah siap marinade.pastu side dish ada sosej mushroom & crinkle fries.amboi, banyak sungguh, semua benda nak makan.+__________+.
Crinkle fries tu goreng la, tak best la semua nak sumbat dalam tu.baru rangup krup krap krup krap.




See, banyak kan boleh sumbat semua. oh ya, sebelum nak guna ,for first timer kan, lap2 manja jer griller tu.guna warm cloth ajer.pastu pre-heat dulu.aku letak virgin oil sket masa nak pre-heat.ada lampu kat atas tu ,so, lampu dah off boleh lah susun2 makanan.
griller ni parallel ke bawah sket tau ,so ,jgn nak konpius ,eh ,awat macam nak terjatuh ke, or eh ,awat licin.kakakak.tu semua aku lah tu.peghakkkk.plus grill ni tak tutup rapat ,just tutup gitu jer.memula aku pun konpius, eh, gemok sangat ke ayam ni ,tembun sangat ke potato tu sebab tak tutup rapat.upernya memang gitu.dah nama pun grill senahhhhhh..

So,bila dah masak ,lampu pun off.boleh la amik.aku masa memula tu ,duk la asyik bukak tutup dok check.alih kot ni, alih kot sana.ish..peghak sungguh lah.seelok nya ,letak tu kang biar si george grill kan.jangan nak sebok2.sambil2 tu boleh goreng fries, basuh pinggan mangkuk, mandi bagai.




Nampak plate kat bawah tu.itu minyak2 lemak tu semua wash out tolak ke situ.plate tu boleh remove & adjust.separate.kalau hilang ,pandai2 la cari benda apa nak kaver lelemak tu.so,nampak tak healthy di situ.cececee.padahal makan bak raksasa, tetap menimbun lemak.



Tadaaa...dah siap dah.walaupun hitam legam ,but, i tell u ,sedap ok.juicy lagi.memang kering ,tapi seriously still rasa tender tu.serap semua bahan dalam tu.sosej tu pun sedap ,potato masak lembut.auw..sedap ok.takyah nak ber gravy bagai ,dah cukup laki ku kata.
In 10 minutes dah settle makan,sambil2 layan Mama mama Mia.comey sangat kan citer tu.abis, dah orang yang berlakon pun comey2.

Nak basuh pun senang sangat tau.basuh guna pencuci pinggan biasa tu,bukan la yang jenis besi dawai macam nak tonyoh vontots periuk tu.sponge biasa tu,yang kerak2 tu senang giller tanggal plus takdak risiko nak tergores ke aper.best.terbaik.pilihan yang bijoks.pasni nak masak pakai grill ajer.senang kerja ku.


Thursday, May 30, 2013

Cerita weekend & cuti wesak

As salam.

Weekend hari tu ,aku lepak2 umah.masak makanan eryna.tapi ,petang tetap keluar.haha.aku memang tak gheti duk umah.panas vontots kot.
Since dah lama tak masak ,sebab malam2 selalu beli ajer after opis ,so ,marilah kita insap masak kejap.
Hari tu kan cuti lama.So, hari jumaat tu sempat la aku masak lauk sekali ngan makanan eryna.kang malam bila dah sejuk ,baru blend makanan si bam bam itu.




Masak gulai ayam dgn potato ,ikan pekasam & sayur kubis.ohnomnom..
Jom tengok pekasam lagi sekali.yang tak kenai atau pun tahu apa itu pekasam.memang tak rock la hampa.ni terbaik dari perlis ni.pekasam pak lah nama dia.glemer nih.ni memang betui2 pekasam sebab aku pun tak sure berapa kurun dok bertapa dalam fridge,sebab request dari tekak kampung laki aku tuh ,aku goreng la jugak.pekasam ada expired ke eh..+_____+.




Ikan pekasam itu, yang ni budak masham.tak mandi2.weekend selalu mandi lambat.memang pemalas la mama eryna ni kan.budak masham ni suka menyibuk ,orang makan eskrem ,dia pun nak.so kita bagi makan eksrem kon sudah la ye.
Abis setengah ok dia gigit benda alah tu.huhuhu.tulah dia habuan kalau nak distract dia dari mengacau aku kat dapur.lama2 makin tembun la eryna. >_<. Its not good ok ,so aku dah beli biskut baby, less salt & sugar.ni nama dia edisi desperate ,bagi je lah habuan dia buat main.


Paha tuuuuuu..gigit baru tauu.........


Pastu, terus masak food eryna.stok makanan dah makin susut.
Kali ni masak pasta la pulak.kan hari tu aku ada bagitau eryna allergik to wheat kan.tapi, tak la banyak.akan tumbuh macam rashes la kalau dia allergik. mild saja kan.
Memula ,pikir gak ,perlu ka aku masak baby pasta tu.masa beli ,tak tengok ingredients ,terlupa plak ada wheat.sayang lak tak masak kan.so, aku try la tengok if her body can tolerant.maka ,chicken yang masih berbaki tu ,aku masukkan dalam pasta.senang actually ,masak asing2 letak dalam kiub.sebab boleh improvise macam2 masakan.kena kreatif sket la.satgi anak pun jemu makan benda yang sama kan.


Baby pasta ni boleh di beli kat jasko ,baby section. RM 5.90 sahaja.


bentuk bintang2.comey sangat kan.holoh holoh.

 Cara masak seperti di bawah ye :


Panaskan air dahulu. biar dah mengelegak baru letak pasta.lagi cepat masak.
Untuk 2 kali makan, bubuh 5 sudu besar pasta.so, boleh la makan pagi dgn petang sekali.pasta ni aku tak buat stok masak sesiap macam nasik sebab macam tak konfiden ja, takut basi.pasta ni lain sket.nasi boleh la masak banyak2 untuk stok 3-4 hari.

pasta dah gebu2 masak.kecik je pun.besar sket la dari butir nasi.ibarat dua ketui nasi ,sebijik pasta star.



 Bahan untuk tumis :

- sedikit olive oil untuk tumis dgn bawang putih.
- dice tomato ,chicken cube.semua masuk je.
- last masuk kan pasta & cheese.
- siap plus sedap ooo.aku pun makan sket.kihkihkih.

Add caption
Bekal eryna untuk bawak jalan2 hari weekend.habis ok dia makan.sedap katanya..hiks.

Dan ,macam biasa ,mesti ada sayur .kali ni kukus labu jepun & sweet potato beli kat cameron haritu.banyak ni boleh la buat stok untuk 2 minggu.feveret eryna ni.pastu asal tonggek ,prot prot kentut.nasib tak busuk.kahkah.


Add caption


And lauk tambahan ,kali ni beli ikan merah.buat tumis dengan tomato.letak bunga lawang sket,cengkih tak kasi bau.masa nak blend sila la buang kayu2 tu semua.make sure tulang pun tadek ye.tercekik pulak nanti.
Ikan sebelah gini boleh la last for 1 week plus.sebab nya selang2 dengan chicken kan.

Pasni ,nak beli daging pulak.buat nasi daging ke or pasta.
Pasni ,nak buat sup ajer.since tak berani nak bagi bulat2 food tu takut dia tercekik, so macam tak feel nak buat soup ,pastu at d end of the day ,blend pulak.cam tak best jer.

Oh yes, bayi 9 bulan ke atas & ada gigi baru start pasta.eryna dah ada 4 batang gigi & dah nak masuk 10 bukan ,so, dah ok sangat.ngap ngap jer pasta tu ,dia pandai kunyah ,so takyah blend dah.
Blenda sayur pun dah boleh kasar2 dah.nanti kang dia malas kunyah pulak kalau asyik blend ajer kan.


ikan merah masak tumis.

Yang ni hari sabtu, makan luar.malas masak la tu kan.haha.ekceli ada hal kat shah alam ,so kuar awal sket la lunch sekali *alasan*.
Ni makan kat kedai hutan kampung ke ayam kampung ntah.kat laman seri seksyen 13.best sini.lauk pauk semua sedap.ayam tu memang ayam kampung ler.harga seketui tu RM 4 kot rasa nya.kena p awal ,kalau p after 2 pm ,tengok bekas lauk ajer la ye.semua lauk licin.

Add caption
Aku kalau makan sini ,suka amik ayam kampung ,nangka masak lemak & ikan bilis goreng sambal garing.sedap ok.seketui ayam tak cukup ,so, kena amik lagi seketui la.abis, ayam cap modeliing kot ,kurus sangat.mana cukup seketui...

Ada lagi satu kedai ayam kampung yang best ,tu pun aku selalu pi.ala2 restoren ni jugak.kat seksyen 6 kota damansara, dekat restoren Subaidah seksyen 6..pun sama sedap.pun sama je makanan depa masak.agak nya orang yang sama kot.dah la nama nak dekat sama, masakan sama ,rasa pun lebih kurang jer.


Add caption
Yang ni hari ahad ,makan kat food court OU, the republic.kalau pi sini ,mesti makan bento.kali ni pilih soft shell crab.murah pulak tu. RM 15.90 & sedap.mana nak dapat murah gini kalau kat restoren sushi kan.
Amboi, terliur2 tengok bento ni tau.




Pastu jalan2 terbeli legging & dress untuk eryna.kenot tahan la tengok baju & dress baby girl ni.semua pun rasa nak beli.ni beli kat Mom's care ikano.eh, tadi kat OU , ni Ikano pulak dah.well, begitulah hendak nya ,kami ni memang suka hati sket.boleh berada di 10 tempat dalam hari yang sama. >_<.



Yang ni beli kat fabolous mom TTDI. aku memang selalu pi sini.kekadang beli online.bra kelly tu memang best.cap  autumnz pun ada beli ,tapi tak best.so, beli kelly ajer.tengah sale, tinggal RM 27.95 ajer.
Pastu ,beli botol susu storage 3 botol ,pun sale RM 10.90.untuk store susu cik eryna bam bam la.


And last ,p Ikea ,tengah cari idea nak deko rumah.aku paling suka yang ni sebab wet kitchen aku sebijik macam ni.keluasan pun lebih kurang.maklum la, bakal rumah kami tu bukan landed house ,so tempat laundry pun boleh jadik dapur sekali.
Aku dah khas tuk wet kitchen kat luar sebab takmo masak nanti berbau kat living hall.so, dry kitchen tu untuk basuh pinggan mangkuk saja ,botol susu eryna & buat2 air sajer.cuma ,leceh nya bila wet kitchen kat tempat laundry ,nak sidai kain kena after masak lah.kalau tak, kang bau pulak kain baju.eventho ada hose tu ,still bau akan stay jugak.so,dah dapat la konsep nak buat reno nanti.



Ok, itu saja entry yang maha panjang.syok cuti 3 hari ,banyak masa boleh spend ngan family.masuk keja hari isnin pun takdak lah nak monday blues bagai.amboi ,mengada sangat nak blues blues bagai ye.

And ,hari weekend tu jugak aku banyak terserempak ngan retis.amboi ,kawan aku kata ,aura retis la aku ni.asyik jumpa artis ajer.hiks.
Mula2 jumpa sharifah zarina penyanyi langit ke tujuh tu dalam baby room.siap borak2 macam kawan2 ko.cter pasal anak2.dia dah ada 3 org anak.besar2 dah.yang no 3 tu baru umo 3 tahun.yang tu ajer ikut muka dia.yang 2 lagi tu muka asben.peramah betui la dia.tapi ,aku pretend konon aku tak tau dia penyanyi.amboi, rileks je ok sembang2.sekali ada akak tu masuk lepas sharifah zarina ni blah ,siap tanya aku " kawan ke ? tu sharifah zarina kan"..amboi akak ,tak sempat nak salin anak tu.hiks.

Pastu ,jumpa rozita sendayu tinggi tu.pun cantik.tengah tolak stroller baby dia.pakai purdah ko.still nampak muka dia yang cantik tu.tak heavy mekap.
Paling best ,masa kat ikea, laki ku queue nak beli food ,lisa & yusri kat depan.aku dah gediks nak p amik pic ok ,tapi laki aku kata org semua buat rileks jer.aku pernah jumpa lisa ni ngan mak dia kat klcc.comeyyyy sangat ok.muka baby face sangat.tak mekap.tak pucat pun muka dia.fresh ajer.nasib aku tak terserempak ngan dia lagi ,kalau tak memang aku mintak laki aku amikkan pic aku dengan depa tau.

And last ,nampak ako mustapha tengah kejar anak dia.hahahah.comey sangat ok.ako dah gemuk sket skang ni.so, bila main kejar2 dgn anak tu, macam holoh holoh holoh....

Tuesday, May 21, 2013

Eskrem La Cremeria yang best

As salam.


Aku kan kalau time lunch mesti dah fikir nak makan apa for kudap kudapan.buruk lantak kan.
Padahal tgh duk makan lunch kot.kalau makan kat cafe bawah ni,memang tak dak lah nak tapau for hi-tea.
Tadi, since aku melangkau p ampang park makan ayam penyet best tu, terus la tetiba nampak kiosk juai kuih muih.
Selalu nya aku beli cucur pisang yang kiosk juai depan bank bsn tu.tapi, tadi tak la jalan sampai sana, so beli kat kiosk tepi bus stop saja.



Jemput semua.kopi radix & yam kuih.amboi.kemain lagi kan ber hi -tea bagai.
Nasib boss kat sebelah tak datang jengah.
Actually ,bilik boss aku ni kt sebelah ,tapi ada connecting door ke tempat aku.so,kena hati2 la kalau nak buat mende tak senonoh ,kang tetiba dah duk depan dah.tapi, aku rasa dia dah imun la dgn tabiat aku yang makan sehari 2,3,4 kali tu. >_<

Dan ,sesaja sebab aku nak membuang masa, nak jugak cter pasal eskrem kegemaran ku.
Best ok La Cremeria nih.aku beli jenis Hazelnut Ganache Sensation.memang sensasi ooooo.
Kali ni over sket ,siap ber kon bagai.





Mempelam cukanan tu adalah dari pokok tanaman ayah aku.Ayah since dulu suka berkebun.penuh depan rumah dengan segala mempelam ,durian,manggis,rambutan.
Baru ni aku balik siap ada gazebo pulak dah buat kat situ.makan nasik time angin sepoi2 bahasa memang la syok.malangnya masa aku balik mengundi ritu ,perlis panas oiii..so,tak sempat nak melepak situ.




Di saluti choc & hazelnut.yumssss...ada rasa caramel sket.well,aku kan penggila caramel.sebab tu pilih yang ni.hari tu pun yang ni.tak suka yang  full choc.muak.
Tadaaa..guna sudu pun ok.tak payah nak beli scop macam kat baskin bagai.nanti ngap gitu jugak kan.





Dan...tengoklah apa jadik bila 2 raksasa makan.tinggai setengah lagik.nasib eryna tak pandai makan eskrem lagi.tunggu sok sok makin debab la dia.
Semalam saja bagi dia rasa sebab dia sibuk ja duk cakap "nak nak" ,bila bagi sket terus sengih2 blah p panjat sofa.bukan la dia nak sangat ,saja nak menyibuk.hehehe.

Now ,eryna suka main acah acah.pegang barang pastu buat2 nak bagi kat orang ,bila orang nak amik ,dia tak bagi.pastu cakap "nah nah " ,pastu gelak kuat kuat macam kan best sangat..haha..layanz je la cik tembam kan.janji bahagia.+___+.


Friday, May 17, 2013

Reward setelah berjaya puasa ganti.kekekeke

As salam.

Semalam aku puasa ganti.ada 19 hari nak kena ganti.hewhew.sebab nya last year kan aku bersalin.tapi, actually ,if aku bertahan sket, dalam 10 hari gitu jer kot.tapi,sebab aku ni tak kuat iman kot, asal masuk tengah hari bukak posa.laki aku pun suka harass aku suh bukak jer.masa tu pun aku patut dah due tapi eryna takmo kuaq2 lagi.sedap duk makan lauk bulan puasa kot.

Kekdah nya asal kui 12 tgh hari ,aku mesti kuaq carik makanan.kakaka.tapi,kat umah pun mak aku simpan lauk sahur tu in case kot aku nak makan.bangun sahur tetap jugak cam orang lain.hihi.
Siap beratur kat kepsi kui 330 ptg ,pastu nanti laki aku park jauh sket bagi aku melantak dalam keta.haha.Aku pun tak tau awat la suka sangat ngan kepsi ,sampai hari nak bersalin tu aku leh makan kepsi lagi,masa tu dah bukak 5 cm kot.pastu, hambik time nak meneran muntah abis.habis bau ayam kat bantal & katil.siap kena rambut.kahkah.

Now,merasa lah nak ganti balik.tulah orang kata dah terberak baru nak carik jamban.kalau aku ganti sebulan 2x dari awal ,takdak la gini kan.
So,pengalaman puasa ni pun lawak.nak posa dari hari isnin.memula tak jadik sebab tak bangun.jaga2 dah kui 630 pagi.kansel.pastu ,esok nya bangun tapi baru nak cicah roti,dah azan.padan muka.so,tak posa lagi.at last ,semalam jadik jugak aku posa.

Sekali tgh hari perut gruk gruk.ok lagi,but,after pam berdenyut2.mak aih apa pun tak bleh dah.tapi ,aku tahan gak.sayang sangat lagipun bukan tahap nak pengsan or muntah lagik.
Masa tu lah tingin nak makan kepsi.pastu rasa nak makan tony romas pulak.pastu on the way tgh drive balik ,rasa nak makan sushi king.ikan mackerel feveret ku.nasib eryna behave sket la semalam.

Oh, yang puasa & bfeed ja yang tau how difficult sebab pam without food will lead to dehydration.not that easy, but alhamdulillah ,aku berjaya pam jugak dalam 5 oz.pastu balik rumah after buka puasa ,lagi 7 oz.alhamdulillah ,dapat la jugak 12 oz.ku doa segala nya di permudah kan kelak.nak kena kumpui stok lagi la nampak nya tuk top up the balance.

Jadi, sampai umah ,tunggu asben balik.cun, dia pun sampai.laju2 p ikano, senang sket kan.dah la dekat.tapi, masa tu dah azan la.sebab jem sket kat depan sunway giza.kalau tak, 15 mins dah sampai.perut dah nyanyi2 macam2 dah.mujur parking banyak kan.laju2 p sushi king.pun orang tak ramai.lega takyah chop tempat.aku suka duduk kat belah hujung sket, selesa sket plus tak risau sgt orang lalu lalang kat eryna.
Masa masuk tu ada aku perasaan macam pelakon apa ntah.aku xtau nama, cuma sebab baru2 ni ada tgk dia berlakon.so,familiar lah.sekali masuk bini Eizlan yusof.cantik minah tu.sweet je.

Eh,panjang nya intro.nak cter makan je kot.ok,as usual aku order ikan mackerel set, laki aku bento ,pastu temaki ,salmon skin ,telur ikan 2 bekas ( tak tau nama ).air as usual green tea.best sebab depa letak 2 jag sesiap ,satu sejuk, satu panas.so,pandai2 la tuang sendrik tak yah susah2 jerit nak refill air.



First course buat bukak posa.orang makan kurma,aku belasah salmon dulu.huhu.tak senonoh sangat nih.
Dan ,macam biasa cik eryna tugas dia makan piring sushi sudah................................+_+.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






Tu gaya dia sengih yg 1st tu sebab dah nampak target, pastu usaha ambik & seterus nya ,enuff said..makan piring..nyum nyum




Ini promo terbaru sushi ,tempura month.tapi, aku tak amik gini sebab aku cuma suka tempura udang jer.yang lain tak best.set mackerel aku tu dah complete ngan tempura ,so toksah amik dah pun ok.

Sebab aku berjaya puasa hari ni, so its on asben the sushi,yeay !!.so ,lagi 18 hari berjaya posa agak2 dapat lagi dak gini.tapi, nak tony romas pulak.beef rib.tapi, laki ku awal2 dah cakap, tony romas on me.cissssss...


Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

As salam.

Dalam hidup aku ni memang banyak kaitan dengan cikgu.sebab nya , ayah sendri pun cikgu.tapi, dia tak mengajar.lama kot zaman2 dulu.bila naik ke JUSA ( entah apa grade untuk pegawai pendidikan ) ,so ayah berkhidmat sampai pencen dengan jawatan Penolong Pengetua kat sek syed alwi.

Aku tanya ayah ,awat tak jadik pengetua.ayah kata ,buat apa.dia tak mau.ada sebab dia bagi yang aku tak ingat.yang aku ingat dia kata gaji dia & elaun tak lebih tak kurang sama dgn pengetua.

Pastu ,akak sulung aku lecterur, husband dia pun sama.both mengajar kat tempat yang sama, cuma different fakulti.eh, tak boring ker asik kepit 24 jam.kehkehkeh.
Akak no 2 pun sama cikgu.teacher wati kat sek keramat ni.malam2 ajar tuisyen.ramai anak murid dia datang.dulu,masa aku tumpang dia, malam2 bila ada tuisyen boring sket la sebab takleh tengok tv.kihkih.pastu kena tolong tengokkan anak dia,tapi,selalu nya anak dia join sekali menyibuk ngan budak2.

Kazen2 aku ramai yang cikgu atau pun pensyarah,begitu juga bapak & mak menakan yang kebanyakan nya memang sampai pencen la berkhidmat as pengajar.

Aku memang tak layak pun jadik cikgu/pensyarah ni.sebab nya ,aku bukan gheti explain pun.ntah orang paham ke tidak.haha.plus ,sabar ke aku ni.silap2 ,students yang banyak songeh aku lantakkan aje situ.

Masa sek rendah ,aku admire teacher Salmah.cantik orangnya.ajar english, of cos la sebab tu panggil teacher kan.memang style ler cikgu ni.dia yang paling cun ,slim.ajar english pun best.
Bila sek men ,takdak specific cikgu yang aku suka pun.tukar2.ada aku suka sebab cantik macam teacher ismaizah , cikgu rozihan. ada tu aku suka sebab baik macam cikgu rahizan ,cikgu mahizan.

Aha, teringat nostalgia ,dengan ustaz baihaqi ( arwah ).ustaz memang best gila ajar arab.arwah ajar masa form 5, bahasa arab tinggi.dia give up ngan kelas aku sebab result arab selalu hampeh.wife dia cun ,ustazah siti hawa.ni pun aku suka.ajar syariah.aku dapat A2 kot paper tu.hihihi.

Ustaz baihaqi ni slalu bising sebab kitaorg ( atau aku saja kot ) ,asik main2 dalam kelas.dia selalu sound " hampa ni,kalau aku suh fudzla ajaq, baru hampa tau ".oh yes, ustazah fudzla ni garang ,ajar arab tinggi kelas sebelah.
Last2 masa spm, arwah bagi soklan bocor.kikiki.tapi, satu je la.dia bagi 5 tajuk karangan yang akan kuar dalam spm ,salah satu je akan kuar.so,aku ni kan pemalas plus tak gheti2 arab ,so aku hapal semua.kahkah.jadik, bila kuar, aku rasa esei aku lintang pukang.dah bercampur2 dah kot.tapi, aku tetap dapat C5.hahaha.

Masuk uni ,semua lecterur aku dpt best.terbaik.
Tapi,paling kamceng masa buat acca kat uitm shah alam.lecterur tax, Prof Madya Pn Faridah Ahmad.tanya dia, semua orang kenai,semua student sayang.best gila kot.sampai sekarang still kontek2 kat FB.

Apa apa pun ,selamat hari guru buat warga pendidik.korang lah yang the best :)



Tuesday, May 14, 2013

Dapat parcel from photobook

As salam.

Aku rasa rekod kat opis orang yang selalu dapat personal parcel aku kot.kikiki.abis,kalau dah hari2 ader je mende aku order ,memang aku buat pakai opis address senang.kalau buat add umah ,sapa plak nak tunggu sign received nanti kan.
Lagipun opis aku takdak masalah nak post personal guna add sini pun.ada opis kawan aku cakap tak boleh.amboi.kedeks sangat aih.bukan nya order bom pun.

Btw, pagi ni dapat parcel as usual pop look la.apa lagi.terbeli pulak peplum.jangan ku pakai jadik pelam sudah.
Tapi,yang aku duk tunggu2 ni adalah photobook.alah ,yang boleh order online saja tu.tapi memerlukan sedikit kesabaran utk arrange pic sendiri.

Aku beli voucher photobook ni dah lama ,since last year thru groupon. sebelum ni dah pernah buat pun, so memang puas hati.masa tu gambar p korea & phuket.

Tau dak apa itu photobook ? Ala, camni ,korang leh pilih pic apa korang nak, then arrange sendiri guna template yang ada ,pastu redeem la.nanti akan sampai la album.tak yah la korang antar kedai suh orang print pastu kena beli album pastu kena lekat sendiri.bukan kah leceh ?

So,jom tengok sket apa rupa photobook tu .



Jeng jeng,,ni yang sampai baru ni tengah panas lagi.hihihi.
Size adalah 8 x 11. hardcover.


Ni kaver depan.gambar Niagara Falls.sebab aku suka giler niagara, one of 7 wonders ,masha allah cantik nya masih teringat.so, aku make it as cover.



Yang ni back kaver.ni kat buffalo.tempat adik aku stay selama 4 tahun dia kat sana.peace saja town ni kecik but very peaceful.masa p sana tengah windy..best sangat..



Ni antara hasil print lah.jenis kertas tu licin.silk.kira tak la mudah rosak.yang kat washington tu ,yang nampak The Capitol tu ,blur sebab kamera kodok aku.bukan salah photobook application.
kira nya kalau nak cantik leh adjust kat setting ,kalau tak ,dapat la pic agak blur sket.

How to beli ?

- so far aku rasa boleh search banyak deals kat groupon or mydeal atau apa2 lah.yang penting company yang offered photobook tu.

Berapa harga ?

- aku beli ni 8 x11 soft silk image wrap A4.last time beli jenis landscape.ukuran buku A4 lah ye.masa nak beli pandai2 la tgk.harga nya RM 72.
actually ada lagi murah.last time aku dapat RM 59.ni beli sebab dah tak sabaq nama nya.asal nya nak buat untuk bagi kat parents ku & parents mentua pics si eryna.pastu saja beli lebih utk  pic masa p USA dulu.

Macam mana nak buat ?

- After dapat voucher ,akan ada instructions how to download software.nanti dah dpt software tu ,tak perlu guna internet pun.boleh edit pic ,pastu save.rasa tak sempat nak sambung bila2 pun tak pa janji voucher tak expired.
- nak buat nyer tak susah pun.ada template ,ko add pastu arrange.pandai2 la no.

Best sebab pic cantik je print.murah plak tu.original price dalam RM 150 ke atas.yang aku buat ni dalam RM 250 ,so aku dapat beli dengan RM 72 so murah la tu.

So, yang ada banyak pics pastu malas nak print ,malas nak tepek kat album boleh la buat photobook.yer la,memang sekarang zaman org simpan dalam pc je kan,tapi aku still nak abadi kan pic aku kat album.
Who knows tetiba disk problem ka ,hilang ka,ha,mana nak dapat memori tu balik kan..


Monday, May 13, 2013

Makan2 kat Kapitan Penang

As salam.

Entry basi nama nya.haha.
Sebab nya bila aku charge henfon ,tetiba nampak dalam files ada pic makanan.
Oh yes, hari tu kecoh kan ada wartawan ni direct translate eh.yang cakap orang yang suka amik pic makanan tu mental.tapi, sepatut nya lain maksud nya.gitu eh.sebab aku baca sekali lalu jer pun kat FB tuh.

Btw, aku memang saja suka2 amik pic makanan.dah jadik tabiat pulak kan.
Ni masa nak balik kg sempena mengundi ari tu.singgah Penang dulu pekena Tandoori.laki aku kata sedap.the best la kunun.so,aku laju ja nak try.padahal penat turun dari cameron.dengan ekon keta bleh plak rosak.tapi,sebab makanan ,mak ok jer.
Takmo makan nasi kandaq sebab dah malam la kunun.padahal....+_+.

Kapitan ni kat Georgetown.ko cari kat GPS ,nanti pandai la dia bagi.haha.aku tak tau jalan apa pun.kihkih.yang aku tau ,lalu Jambatan Pulau Pinang ,tak lama pastu dah jumpa restoren nya.
Memang hajat nak makan tandoori ayam yang di canang kan sedap tak ingat tu.
Tapi, bila dah sampai ,tetiba order sampingan Nasi briyani lamb.biasa lah dasar gergasi memang gitu.

So, order 2 tandoori ayam ,nasi beriani lamb in pot ,fresh oren 2 gelas aku punyer & teh ais laki ku punyer.



Macam biasa mesti order wings.isi banyak of cos.mau garing punyer.roti tu pilih cheese naan buat tambah lemak.terbaik !!!



Briyani in pot.sedap.lamb pun best.kami kan hantu lamb.ada 2 ketui.berebut2 sorang seketui.kecik je pot ni, cukup la ,dah ada tandoori set sorang sepinggan tu.



Makanan penambah lemak pada malam itu.
Tandoori - sedap.nak kata the best entah la.sebab rasa tandoori ni sama ja aku rasa.yang kaler ijau tu ,manis.better lagi Subaidah.but, ayam moist,roti lembut.best .harga RM 10 per set.

Ada macam2 set.siap ada briyani comes with tandoori.so,jangan pelik tgk orang makan briyani dgn tandoori.aku la org yang rasa pelik tu.baru tau ada gak orang makan gitu.hehe..

Dan..yang ni tak di jual mahupun untuk di makan.tapi, boleh di gigit...

-
-
-
-
-
-
-
-
-



Budak yang tak gheti duk diam.ni kalau dapat kaki ,jenuh la aku ligan dia nanti.
Ni duk dalam baby chair ni nak makan pun kena laju2 sebab takdak belt.dia selamba ja berdiri satgi.
Bukan apa,aku fobia sket sebab dulu ,depan mata aku, ada baby jatuh dari baby chair gini lah ,yang jenis takdak belt.kesian budak tu.mak ayah dia ralit sekejap sangat.dah ke bawah baby tu.

So, eventho tangan sebelah pegang eryna ,sebelah lagi makan.pun no hal.habis licin semua.kikiki.
Tau tak ,total nya murah kot. RM 36 saja.murah gillers kan.

Kalau singgah Penang ,jangan lupa ke Kapitan ni ok.sedap :)


Friday, May 10, 2013

Jom makan kat Linda Ikan Bakaq Kola Perlis.

As salam.

Balik perlis rugi la tak makan seafood ye dak.kalau tak makan kat kedai pun,mesti p borong beli kat kola sana.murah memang terbaik.
Masa aku pantang dulu ,memang kelas gila food aku.resipi ikan hari2 pun aku suka sebab makan siakap ,bawal putih ,ikan merah. tiap2 minggu laki aku balik p stock up ikan.tulah syok duk perlis ni.hihihi.

Btw ,aku ni nama ja la dok perlis ,tapi dah lama gila kot tak makan kat kola perlis tu.sebab asal balik ,semua orang pun nak makan situ.belum lagi masuk pelancong2 yang nak p langkawi.so, memang tak kuasa la aku nak memeriahkan keadaan puloks kan.

Since aku balik awal ,Jumaat malam tu p makan kat kola la.time ni ramai belum sampai kg lagi.abang aku pun sabtu baru sampai.so, kena la manfaat kan masa dengan makan sampai lebam kat Linda.
Linda Ikan bakaq ni memang femes.dah lama menjual.ada lagi satu kedai dia ,tu Linda 2 .tapi ,orang paling suka hat yang kat jeti.




Memang tak ramai orang pun.lega.hepi sket nak makan.ingat nak ajak family aku makan,tp sebab kak aku tgh pantang, tak jadik la.nak ajak in law ,last minit.aku plak dari umah aku.takkan nak jumpa kat kedai saja.biasalah dok satu negeri ni, kena gilir2 .

Selalu aku veto sket ,balik umah aku dulu.,esok nya baru balik sana.bukan apa, kami selalu sampai malam.so,konfem aku nak membuta sat esok nya.umah aku kan ada adik aku,selalu dia amik eryna ajak main pagi2, so dapat la aku rest kejap.nak masak bubur dia lagi ,basuh baju semua.
Boleh di terima dak alasan aku.kikiki.

Ok ,ni menu hari tu.

Ikan kerapu
Sotong goreng tepung
Sayur kailan ikan masin
Sambal lala
Tomyam udang 4 ekoq
Nasi 3 pinggan - aku sepinggan saja ok.
Tembikai
Fresh orange







Memang banyak gila ok 2 orang gergasi makan.konon macam ishhh..banyak nya.sekali hadap ,cisss semua licin.dasar pelahap.hohoho.

Eryna rilex je tengok sambil makan kerusi.kihkihkih.

Total semua RM 79.00
Murah la dari makan kat Jeram atau Tanjung harapan selangor tu.

And , sotong goreng tepung win malam tu.memang semua menu sedap di tekak,manis ikan tu..fuhhhh.terbaik lah.nothing can beat perlis nye masakan.haha.so bias.

Lokasi : Muara ikan bakar ,jeti kuala perlis. berdepan hotal putra braswana ( betui ke eja ntah ).

Selamat mencuba sekira nya anda tiba di Perlis.

Thursday, May 9, 2013

Eryna yang dah masuk 9 bulan.

As salam.


Malas nya hai rasa sebab lama sangat bercuti.Aku cuti almost a week.Labor day terus sambung sampai voting day.Masa labor day hari tu aku p cameron ,pastu shoot balik perlis terus nak mengundi kata nya.

Since semua pic dalam kamera ,so tak dapat lah nak kongsi sekarang.later lah baru ku up cter2 basi tu.
Baru aku perasan, dah lama gak aku tak up pasal Eryna si bam bam tu.Kekadang macam konpius ,eh umur berapa bulan dia buat itu atau buat ini.Amboi,macam bizi sangat pulak kan.

Eryna dah masuk 9 bulan masa 7/5/13 hari tu.cepat nya masa berlalu.
Alhamdulillah ,until now she still bfeed lagi.Hari tu ,aku macam gelabah beruk sikit sebab tengok stok susu cuma ada dalam 20 packs.
Sebab nya, dah lama aku tak simpan susu.sekarang kan dia minum banyak , 20 oz eventho dah start makan.so, hari2 aku dapat 20 oz, maka semua nya aku kasi pengasuh.dah takdak istilah 5 oz simpan.
So,bila tengok stok yang gersang tu ,maka kena la usaha kena simpan.So ,aku pun kerap pam lah, sampai dapat simpan balik.Tak sebanyak dulu ,but alhamdulillah ,masih cukup untuk Eryna.

Hari tu balik kg pun aku gigih pam.aku siap beli bekas coleman & ice pack untuk store susu.even kat cameron pun aku pam.tahap dalam keta pun aku pam.kikikiki.dapat la bawak balik dalam 25 oz.


si budak busuk masyam


By the way ,update perkembangan Eryna at 9 months :

- Eryna dah start tak berapa mau dengan strangers.balik kg dgn tok semua takmo.Dia cuma nak aku, abah dia & pengasuh saja.Dengan aku plak ,tak bleh berenggang.malam2 siap boleh terbangun nak make sure aku kt sebelah .pastu mai tidoq celah ketiak ,pastu sambung tidoq.hohoho.

- Eryna since 8 months dah boleh berdiri sendri.kekadang lepas tangan.now dia bleh berdiri lepas tangan dalam 3 saat gitu.nampak macam tak sabaq nak jalan sangat dah.so far, milestone Eryna memang on track.sometimes ada gak yang dia cepat.

- Gigi ke 3 tumbuh masa 8 bulan gak.punya la lama nak tumbuh.padahal gigi 1 & 2 tumbuh masa 4 bulan.ada times dia gigit ,aku cubit hidung dia.harharhar.

Dan, aku still memasak untuk dia.si bam bam ni ngan pengasuh bagi semua abis.tapi, dengan aku dia main2 jugak.kekadang abis ,kekadang tidak.tapi, still makan lar.

Ni food dia yang sempat aku masak sehari sebelum bercuti last week.last for 2 weeks.





Ayam ,epal & tomato , salmon. masak sekali harung senang tak yah susah2 nanti.



Sesi pengenalan dengan cheese.comey kan.sebab tu aku beli.kikiki.




Brokoli ,cauli flower ,potato & carrot is a must vege.
Eryna tak suka carrot ,tapi aku paksa gak.fadan muka.hahaha.
Semua ni aku kukus.15 mins is just fine.blend halus.cauliflower + brokoli blend sekali.carrot + potato blend sekali.



Ayam masak dengan epal & tomato.Letak stok ayam yang memang banyak dalam fridge tu.
Aku letak dua kiub stok ayam.2 biji epal & sebijik tomato. ayam tu cuma 2 ketul dada ayam.
Banyak ni leh tahan 2 minggu lebih gak .No salt & sugar of cos.


Salmon with cheese.rasa sebijik time letak fresh milk.
Sedap.eryna paling suka salmon compared to chicken.


Dah siap semua ,so ,kita sejukkan dulu.blend halus.done.penuh kan fridge sampai lebam. +____+.

Ni ,peneman setia mama kat kitchen. sebab nya dia kan tak suka ditinggal kan.kena tengok muka aku sentiasa ,so letak dalam baby chair sambil dengar dia menyanyi riang.



 Dan...ini rupa fridge aku sekarang..........




Semua tu stok makanan eryna.susu semua letak belah belakang.yang dalam bekas ekrem cremeria tu ja ada udang dalam tu.yang lain memang milik eryna.huhuhu..

Semoga eryna membesar dengan jaya nya.hihihi..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...