Friday, March 29, 2013

Lunch di Intermark KL

As salam.

Tadi lunch p makan kat Intermark dekat double tree Hilton.amboi, macam hebat ye tak.
Read : food court Intermark.haha.yang biasa lalu Jalan Ampang mesti tau di manakah lokasi Intermark ni.
Building ni sekali dengan Hilton.not sure adakah under same management.Yang aku tau nak p makan jer..

Kat opis aku ni takdek port best nak makan.So,amat la boring ,asal nak lunch..memasing macam "nak lunch maner ? bawah ke sekolah or warung ? bawah means kedai2 yang ada kat bawah tu.iaitu Flora cafe ,secret recipe, yellow hat ,persian & musafir.
Imagine hari2 makan sini.selain nak muntohs ijau ,duit pun sama terkopak.
Sekolah pulak adalah sek kat belakang ni.sek apa ntah nama nya.so,we olls ibarat cikgu2 plak makan situ.aku rasa cikgu pun makan kat luar.
Warung plak, stall kat ujung alam.kena catwalks.jarang dah pegi sebab malas nak berpanas.dasar simpan lemak.
Eh,ada lagi port..kelab aman.nama je kelab tapi bukan eksklusip pong.biasa2 je.makanan sedap ,ala indian.memang sedap.nanti kalau ingat ,aku snap2 pic bila p sana lagi.

Ok,berbalik kpd lunch tadi.selalu naik bas, if tak Ampang park ,klcc atau belakang celcom makan ikan bakor.
Kami naik bas saja.senang lah,nak park segala leceh.mana de parking free KL ni weh.naik bas baru singgit, 5 mins dah sampai.
So,untuk pertama kali makan kat Intermark.Senang saja nak p sini.
Turun bas kat ampang park,ada pedestrian bridge dari Ampang park direct ke sana.senang la tak payah berpanas..dasarrrrr...

Banyak gak kedai situ macam Dome, San Frans ,kasut Loewe & apa2 lagi lah.aku makan food court je.best  kot.sejukkk je makan.
Beli nasi kerabu lauk ayam percik kat cafe Belanga.eh,betui ke belanga.entah.tapi,macam familiar nama cafe tu.
Ada set RM 15.90 dapat teh tarik & kuih of the day.aku pilih pulut panggang.macam dessert pulak.
Tak elok di amalkan selalu.nak dkt 20 hengget mau bedal hari2 kopak tu.
Pasni ,sila makan di kantin sekolah sudah.baru RM 5 dah leh makan nasi macam2 lauk plus air. +___________+.


nasi kerabu ayam percik

nasi kerabu daging

nasi dagang rendang daging

Tu dia set masing2.review : food ok la, not bad.aku suka sebab suasana rilex ja situ.actually saja gatal nak merayap.haha.bosan duk opis saja.

Lepas ni boleh la makan sini lagi.tapi stall lain pulak lah yer.Ada dalam 6-10 stalls saja kot.tempat ni baru lagi.

And lastly.....................






Tadaaa..aku kan gila sopink online kan ...yang pasti kali ni bukan aku punya.tengok la tu.. BB luvs Me..agak2 untuk sapa ??hehehe
Tak saba nak bagi si bam bam pakai.nanti kita review yah..



Monday, March 25, 2013

Eryna di hari weekend

As salam.




Tetiba lapar..bancuh mushroom soup + biskut cap ping pong.amboi sedap nya...
Gejala biasa orang nak period macam gini lah.Lapaq memanjang..




Serabut pulak tu tengok documents banyak gilllerrr sampai serentak.+___________________+.
Yang belah kanan nak post ke Berlin.
Yang belah kiri nak review.
Yang atas meja nak fotokopi.-___-.

Nak jugak memblog dah tau busy.
Biasa lah, gambar cik Eryna dah penuh album.kena la up kat sini.





Masa ni kat D Arab cafe subang bestari. takmo bagi si bam bam kacau kami makan, kita bagi bekas vits.haha.kejam nya ..kusyuk plak tu makan.semua benda nak masuk mulut.mana tak batuk nya.





Hari Ahad buat puree carrot & brokoli. campoq dalam bubur. amboi,hebat eryna, beras perang lagi ye .tak main la beras biasa. >___<.

Pastu nak kuaq p OU sopink sket barang.Punya la payah cik mek ni nak ajak ber photo.Camne nak masuk pertandingan bayi tembams nih..kihkih..



Eiii..ganasnya..tak feminin langsung.ikut sapa lar tu........................._+++++_






Itu saja aktiviti kami di hari weekend.........
sambung balik keja.


Tuesday, March 19, 2013

Makan di sushi king & beli tudung Aidijuma

As salam.

Hari jumaat hari tu ,gatai sungguh rasa nak beli tudung Aidijuma kat the curve.boley ??? ladies can't get enough of shopping.
Memula ,dah masuk website Aidijuma ,tapi nak jugak tengok design nya.
Lalu ,terus bbm en asben cakap nak p the curve.nak carik tudung.plus nak belanja sebab dapat bonus tengah bulan.
Yes ,bonus shaklee.setiap tgh bulan dapat la merasa. Alhamdulillah ,tak le banyak mana, but syukur.lepas la bayar bil tepon, toll pergi balik dari kota damansara ke kuala lumpur plus duit minyak. :)

Ok ,berbalik kepada nak p the curve ,maka kami berjumpa kat umah la .abis ,takkan nak pergi asing2 lak kan.payah nanti.
Mandi ,solat pastu zass.eryna masa tu macam blur2 sebab dia dah membongkang dalam kereta.




Cik eryna yang terbongkang setelah puas menghamuk dalam kereta baling semua barang.-_____-.

Since d curve ni sekangkang kera saja ,so,dalam 15 mins sampai la.memula terus terjah kiosk Aidijuma.sebab takut tutup pulak nanti.
Masa tu ada la 2,3 kastemer .akak kiosk tu baik sangat.friendly.dia layan ja.
Aku nak yang batik style tu.Tapi, dah abis kaler brown+blue tu.yang ada cuma maroon & grey.macam kecewa sket di situ.huhu.

Mujur jugak ,tetiba akak tu kata dia ada reserved kat orang ,tapi orang tu tak jadik datang malam tu, so dia kasi aku dulu.esok stok sampai, dia simpan kan tuk orang tu.
Rupa nya leh reserved dalam masa 2 hari.

Aku rembat 2 helai.nak reward diri sendiri kata nya.batik style tu RM 59 ,yang lagi satu 3 tonne RM40.begitulah ada nya ,tamak tak bertempat.




Pastu ,decide punya decide ,makan sushi king sudah. nak berwestern tgh2 malam macam tak kena pulak.
All the way nak ke Ikano  tu,ntah ada festival apa ntah.macam kat obersee plak rasa nya.




Eryna dah ralit macam nak tidoq. tapi, sebab bising sangat pancaragam tu ( kah ?? ) ,maka dia macam layan je la.bagus eryna, dia jarang nak menangis tak tentu pasal.senang bawak jalan.sebijik macam mama.haha.

Pastu ,dah tak sabar nak makan.dah lapaq sangat ni.nasib tak ramai orang kat sushi king.paling suka kat sini sebab selesa.
Yang kat OU tu tak best.tempat tak banyak ,pastu rasa sesak dalam tu,plus seriau takut kot2 la benda panas tu terjatuh.hoho..paranoid nya aku ni..hehehehe..


dia dah start enjin dahhhh

amboi..hebat nya anak mama gosip apa tu


ni apa kes sampai kembang kempis hidung tu


Memula ingat dia nak tidoq..sekali asik pot pet pot pet.abis dia makan kucing tu ,so kita letak dalam baby chair lah ye.senang sket.
Bagus nya ,dia pot pet sambil ushar kami makan.haha..kesian nya dia..nasib le..



saya punya

asben punya

Aku order markarel.oh m gee..sedap sangat ok.selalu aku amik in plate.kali ni try makarel..sedap sangat sangat.terliur dah ni.pasni nak order hat ni lagi. RM19.90 saja set tu.
Yang laki aku punya daging kot.apa kes masuk sushi order daging.

Dan tambah order telur ikan tu.ntah pa ke nama ntah..
Semua RM 48 kot. beli member card RM20 ,depa bagi voucher RM20 .so,pasni leh la datang lagi.korang cepat2 la beli kad tu sebab dia cakap ,pasni depa dah tak buat promo gitu.
Bulan April ni ada member bonanza.so dapat extra discount.pencinta sushi macam we olls ni boleh la apply.tak rugi pun..


Ok,itu aje aktiviti hari jumaat malam sebab sabtu & ahad duduk rumah saja..huhuhu..



Monday, March 18, 2013

Bila kami berdua

As salam.

Hari smlm sampai rabu en asben p outstation kat penang.
Jadi, tinggal lah kami dua beranak first time.tapi ,takda la susah mana sebab nya sebelum en asben bertolak ,aku mandi kan eryna sesiap.so,tak dak la kalut.

Elok ja maghrib, dia susu pastu tidoq.so, aku terus laju2 sidai kain ,lipat kain, basuh botol susu segala.
Ingat kan dia nak tidoq terus ,sekali kui 8 gitu dia bangun pulak.nak main.takpe, kita layankan.dari dia mangkit tengah malam ,lagi haru biru.

Jadi, bila dah bangun ,payah sket dia nak tidoq.
Jom tengok aktiviti si shembams..aku tutup dah lampu, dia feduliks apa.abis semua mainan dia selongkar.penat ja mama kemas tau.


main chak chak 

selongkar mainan

my sexy butt

hey..apa tangkap curi ni


Dan..akhir nya..................








krohhhh..krohhhhh

Eryna & makanan pertama nya :)

As salam.

Eryna kan dah masuk 7 bulan.tapi dia memang belum start makan.shian shembams kan.shian ke.alah,paed dia cakap ,baby bfeed ni takpe makan lambat sket.
Tapi,since eryna sangat ganas bila nampak makanan, so ,aku decided to bagi je.abis tu,dah semua benda dia makan.tangan aku pun dia makan.acaner tuh.

So,aktiviti beli barang makanan pun berlangsung.pastu aku pun kemain lagi dok goggle.maklum la, skang ni kan orang buat puree ja.kelas jah.mak2 kita dulu bagi bubur nasi ja.cerdik bijoks jgk kan.




Buku tu dengan semangat nya aku beli.last2 tak jugak aku refer situ.maybe later sebab buku tu resipi until pre-school.
Baby cubes tu beli kat fabolous mom.ok la ,RM 25 + kot.buat letak puree.
Yang set anakku tu ,akak aku beli. so far belum membantu dalam penyediaan solid food eryna.Ok jgk ,tuk tapis, smash pastu ape tah lagi.

Aku beli apple ,pear & sweet potato serba satu.memula dah bagi eryna makan pisang emas .just letak dalam food feeder.seems like she ate the feeder more compare than pisang tu.
Pastu letak epal.entah la,agaknya dia tak suka makan raw gitu kot.since dia batuk ,last2 stop semua benda.sampai la ni,batuk tu sbb viral je paed cakap.



food feeder jenama autumnz ,less than RM20.last2 habuan dia makan benda tu aja

Bila dah terlebih 7 bulan ,so aku pun saja la try nak mem'puree'. bkn payah sangat pon.just rebus pastu blend.memula nak stim ,but ,sweet potato tu rebus lagi cepat.

Ni resipi tahap cikai senang :






- Sebijik potato di kerat kiub comey2.
- 2 oz ebm & sedikit air masak

Dah siap rebus, blend le.tengok la ,kalu pekat ,tambah air sket.done !!!!
Blender tu aku tak pernah guna.boss aku bagi for wedding gift. sebab nya besar gedabak kaca .khas tuk smoothies.ni la baru nampak berguna.kalau tak, dok berlipas dalam almari..haha..

Seketui potato tu boleh 3 kali feeding. kira aku bagi 2x sehari kan. buat hari sabtu ,boleh makan sampai hari isnin.tadi bagi kat bbsitter buat bekal.


rendam dalam air suam bila nak makan.letak dalam chiller.senang :)

Jom tengok apa kata pengguna :


Am ready mama !!! 

yum yum dap nya 

minum air masak pulak

Sekali feeding tu ,2 sudu ja pun.habis ok.haha.bagus anak mama ye.macam sedap sangat pulak.
Aku bagi bila dia nak.so,bila dia tarik tangan nak lagi, baru aku suap. Bila dia takmo,aku stop.taknak paksa.

Lega bila eryna mmg nak makan & senang minum air masak.Alhamdulillah.semangat la sket mama nak masak.Orang kata tunggu 4 days rules.nak tgk allergik.aku rasa takdak kot.
After makan, siap memberak macam biasa.takdak tanda2 sembelit.so,pass la ye.since sweet potato dah abis ,malam ni ingat nak masak bubur ja terus. maybe campur dgn brokoli kot.
Malas nak buat rules buah2 tu.haha.lagipun ,dah tau eryna allergik apa.

Pastu ,smlm masa kat Giant ,saja la beli biskut baby bites.well, people get spoiled sometimes kan.sebab dia kan suka bising bila tgk org makan,so aku beli tu kot boleh alih perhatian dia kan.
Ada orang mmg takmo kasi salt/sugar. dalam biskut tu konfem ada.tapi,bukan aku bagi semua pun.sket je pun.dia pun makan main2. takdak la aku over nak homemade aja.terpulang la ye.
Cuma biskut cam farley all aku takleh kasi sebab eryna ada allergik to wheat.
Aku tak la nak strict sangat.cuma try my best nak masak la.



Ini buat jajan. baru sekali makan.pasni mama try goggle la biskut yang senang takdak masuk wheat ye.



Gaya cik eryna makan biskut.over je lebih tu.

Ok shembams..nanti mama masak yang best2 tau +_________+.



Friday, March 15, 2013

Dilema mak di hari Jumaat

As salam.


Pagi ni aku masuk opis ja, tengok lampu dah on. Eh, awal plak colleageu aku sampai.
Kat bilik aku duduk ni, ada 6 bilik. so,dulu aku share dgn finance assistant.
Now,sejak kontrak minah tu dah tak renew, so aku konker sorang2.jadik nya semua orang sorang satu bilik.
Boss aku pulak takde, outstation manila.yang lagi 2 orang Norwegian bilik sebelah,ntah p mana pulak.
Kawan aku yang oditer ni pun slalu travel.kang ujung bulan nak travel p geneva.
Basically, aku la penghuni tetap level 9.

Sekali rupanya boss yang balik.Nasib..nasib..
Sebabnya semalam aku masuk lambat gila..kui 10 lebih.sebab nya eryna boleh bantai tido takmo bangun.dari dia menghamuk dalam keta better aku tunggu sampai dia mangkit.
Dah kui 915 baru nak kuar umah, berdesup la p keramat pastu masuk opis.

Boss aku ni plak org german.tapi,tak punctual.dia ok ja.kekadang dia pun lambat.cuma ko kena pandai la,kerja mesti siap.jangan nak hegeh.
Eh,panjang plak citer.
Begini..tetiba boss aku ni dengan tak sempat aku nak breakfast lontong yang aku tapau dari gerai tepi jalan tu,dah buka cerita aktiviti dia kat manila.
Aku pun dengaq ja la dengan penuh kelaparan lontong.

Actually ,since last week dia dok tanya if aku boleh travel balik.
Dulu, masa single mmg ada time aku kena p opis kat cambodia atau hanoi atau manila untuk finance support.
Since kahwin, memang tak pernah p lagi.Sebab concern nya aku dah ada anak.
Beno nya pun,aku belum rela pun nak p.tapi,kalau dia antaq p Berlin aku mau la.hahahaha.
But, kena p cambodia plak sebab opis sana ada problem sket.

Yang aku bingung tu pasal eryna.takkan nak tinggal.dia dah la malam2 tido mesti cium tiak mama dulu.nenen pun dah tentu2 takmo botol.
Dan, dah tentu2 aku pun takmo tinggal dia.oh tidak.macam takleh imagine.
Takdak la lama pun,dalam 2,3 hari gitu.
Aku dah pernah p cambodia dulu,masa time single.biasa ja pun.8 hari ok kena duk sana ada training.

Either aku tukaq2 dgn colleague kat indonesia.macam aku p 3 hari,pastu dia plak p sana.ha,tak tau lah.
Kalau tak bawak eryna, mak aku payah sket nak handle.sebab akak aku tgh tunggu hari nak bersalin.
Dah confirm2 kena jaga akak aku.
Nak tinggal ngan in law memang tak lah kot.kesian plak mak mentua aku tu bukannya sihat sangat.
Nak bawak adik aku tuk jaga, dia tak konfiden tang nak basuh berry.lama gak nak kena lepak dalam hotel tu,mau 6 jam maximum sebab aku kan nak masuk opis buat keja.
Asben plak.tak tau la aku dia ok ke tak nak cuti.plus boleh ka jaga.
Haish..dilema betui la ni.betui2 dilema.

Kalau tak bawak eryna ,hal dia kena tinggal dengan sapa satu hal.
Hal susu pun satu hal.
Insya allah ,susu cukup buat bekal kat sini.
But, kat sana aku plak kena pump bawak balik.hmmmm...

Kalau bawak eryna senang ,tak payah pam bwk balik.bagi ja terus.pam just tuk dia minum masa kat hotel.
Hoi..dilema lagi..
Tengok la apa konklusi petang ni.boss aku suh pikiaq.

Boss...nak p Berlin boleh ?????? +________________+


Wednesday, March 13, 2013

Cuti di hari Isnin

As salam.


Hari isnin baru ni aku cuti.sebab nya cuti last year ada lagi 7 hari.kena abiskan sebelum forfeited by May.jadi,aku planned ,amik sebulan 2 kali.rugi woo..

Masa amik tu, aku fikir nak p servis keta ja kat area keramat.sebab nya ,alang hantar eryna situ.cuti pun ,eryna tetap di hantar.lagipun banyak benda nak buat.
Tup tup asben dapat mc.gara2 dok berkayuh tengah bahang ,balik umah dah heat.panas badan.aku syak sebab panas petang.
Malam tu jugak aku paksa jumpa doc kalau nak mc.dah la keja jauh,takkan esok dah masuk opis nak balik pulak.plus aku cuti ,aku racun la suh cuti sekali.

Jadi, dah dapat cuti,mari lah bergumbira.haha.
Pagi tu ,soheh laki aku dah baik demam.sabaq ja lah.
After antaq eryna, aku p servis keta kat area situ jugak.akak aku rekomen,bagus katanya.dekat sebelah Imkeda sekolah memandu kat keramat.
Dalam sejam lebih,dah siap ..apa lagi kami p wangsa walk mall sebab nya nak layan movie.yeahaha..lama gila kot tak layan movie.since eryna was born.gila hapa nak bawak baby tengok movie.


nak tunjuk baju poplook je.haha.eh..apesal mata semacam ?

Kami tengok citer Oz tu.best ok.lawoks.kalau layan 3D mesti lagi best.
But, since wayang tu citer kui 140 pm,masa tu baru kui 12 ,so,kami telah ber karok.best sgt.kemaruk nak karok.laki aku mmg selama aku kenal dia, tak pernah la karok berdua ngan aku.
Layan aje la karok laki bini.ada ku kisah..hihi..siap duet ombak rindu ,rossa.


karok sambil duduk.tak rock langsung







Ha,jangan tak tau.aktiviti mengepam masih berjalan seperti biasa.bilik gelap kan,so,ada ku kisah.kui..kui..jangan ada cctv sudah..
But, senang ja, bukan payah nak buka segala.sap sap soi..doneee.....sebelah tangan pegang mic..masa ni siap berduet lagu 'terlanjur cinta'..gila tak feel kan..hahaha

Pas abis wayang, late lunch pastu zass ke wangsa maju amik stok shaklee.sambil karok pun duk layan wasap.haha.tapi,tengok wayang aku tak layan dah.nak concentrate citer.
Alhamdulillah, order sentiasa masuk.aku ni jenis tak simpan stok.orang nak,baru amik.so far, memang tak pernah putus.rezki eryna.


order hari isnin hari tu ..

After amik eryna, balik umah..masak la cekodok pisang.sebab dah malas nak kuar balik plus still kenyang makan lambat tadi.
Eh, gambaq cekodok pun amik ? mesti la wei..bukan senang tau nak wat cekodok.cer try wat.dia bukan mcm goreng pisang ,senang.ni nak kena sukat ikut pandai sendiri berapa banyak tepung gandum + tepung beras .pastu kena tengok pisang pun banyak mana.
kalau tak, sama da keras atau lembik terus.


sedap..hoho..


Sekian..aktiviti orang yang tak kerja.alangkah bagus nya kalau aku tak kerja ,tapi duit sentiasa masuk..amboi..verangan..!!!!!!!!!!!!

Hari weekend

As salam.

Weekend hari tu lepak umah saja.hari sabtu aktiviti memasak.jangan nak mengada makan kat luar ye.boss dah hint hint suruh masak.baik lah, kita masak.
Klasik tak ,ai masak gulai ikan talang masin .letak keledek.amboi..sedap ok.resipi mak mentua.habis licin seperiuk besaq dua orang ja makan.
Pic masak2 dah lama tak amik kan.sebab nya,nak masak tu pun kelam kabut sebab eryna kalau tak nampak muka mama dia, mau dia merangkak sendiri masuk dapoq.

How to bagi ikan masin tu tak masin ? eh..kata gulai ikan masin.ya la,takkan nak masak masin berdengung kan ? just rebus ikan masin tu dengan sedikit cuka .bila dah mengelegak,tutup api pastu baru siap tumis kuah gulai/kari.ikut la cap apa hampa prefer.macam aku, beli cap Alagappas.
Kalau kari ayam ,aku prefer cap Babas.rempah cap O pun suka jugak.

Hari sabtu pulak,sempat masak spageti je.sebab asben p jamboree kayuhan kat mana ntah dari subuh alam.
Member now tgh syok berkayuh.so,tinggal lah dgn eryna .eh,tapi adik aku ada mai lepak umah,so dia tunggu sampai aku sudah masak,then baru balik.
Kalau tak,mmg tak makan la.eryna bukan mau lepak sensorang.dia nak orang ada.dia main sendiri takpa.janji ada orang dgn dia.

Aktiviti biasa, tengok citer kat Astro Bella ,pastu layan Astro First.
Eryna pulak......







Macam2 gaya si shembams ni tidoq.Lasak kemain,konker sorang tilam tu.



eksyen tgk tv





Baby cot ni buat masa sekarang berfungsi untuk letak dia sekejapan.dia bukan mau dah tidoq dalam tu.jadi tempat dia bermain.
Tapi ,paling banyak berdiri.boleh di katakan ,keja berdiri sepanjang masa.takut jugak nak sesuka hati tinggal.kang tetiba dah keluar.oh no !!!!
Takat nak kencing ok lagi kot,nak berry memang tak lah.+________+


malam terus terbongkang

So, itu lah aktiviti kami.aku sekarang kan berkira2 nak memasak yang senang2 kat eryna.so,time dia tido la amik chance buka buku resipi.
Amboi,poyo nya buka buku.biasa lah,anak sorang memang over..kihkih..




Friday, March 8, 2013

Rutin makmak

As salam.


Entry makmak saja ni.
Rutin hari hari .Antar eryna bbsitter ,pastu nanti pick up.lepak dulu umah kakak kt bawah.pastu tgk twitter plustrafik.kalau nkve jalan duta tak jem ,baru balik.kalau tgh galak jem,sambung lepak.haha.
Macam tu lah kami anak beranak.eryna ,mak aku cakap,membesar dalam keta.
Aku lagi tenang sebab tau insya allah,dia happy kat umah bbsitter tu.
So far ,baru sekali aku balik time lunch nak jenguk dia.tu pun sebab dia tak berapa sihat.hari lain dia tak sihat tu ,aku mmg sms ja.asal kan akak tu cakap dia ok,minum susu, aku tau she will be fine.takmo la paranoid sangat, satgi bbsitter kata aku tak percaya dia pulak.

Pas balik harung jem nak dkt sejam ,sampai umah ,aku bawak naik barang.eryna aku pass kat abah dia.selalu, asben aku pun dah kat umah masa tu.
Umah aku tingkat 1, ada lift ,actually takdak masalah pun. saja aku pass bagi abah dia sebab aku lagi banyak masa spend dgn eryna.biaq dia rasa  abah dia jugak.

Then, abah dia main2 tu ,aku laju2 kuarkan susu yang pam kat opis tu masuk dlm chiller.kuarkan botol susu yang bagi kat bbsitter.rendam sesiap dlm sabun pencuci tu.nanti malam nak steril kan.
Pastu,kami ganti2 mandi + solat.selalu aku dulu la.sebab pastu aku nak masak plak.
Tapi, minggu ni,baru sekali aku masak.tu pun masak bihun kuah suka hati,main campak2.

Eryna main2 ,kang nanti kui 10 pm ,mesti dia mengamok nak tidoq.so far, alhamdulillah ,eryna tak nak la tidoq lambat.ada la sekali ,dua kui 12 am baru nak tidoq.tu pun senang dia tidoq.bagi susu,letak atas tilam,tidoq.nanti 2,3 kali bangun malam cari nenen.huhu.

Jadi,bila dia tidoq tu,aku akan buat segala benda yang tertunda.macam sidai kain,lipat kain,steril botol susu,sediakan susu all.






Selalu nya aku rendam lama sket yang parts medela.aku notice ,tetiba macam ada kulat je.huhu.baru tau sebab aku rendam sat sangat.maybe sebab bila pas pam,selalu aku lap ngan tisu saja.maybe sisa susu tu buat parts & tubing medela tu macam semacam.

Aku guna liquid soap jenis pureen.botol tu autumnz punya.dulu beli brand tu.saja tukaq sebab pureen tgh sale masa tu.beli yang refill save cost .=_______=.

Pas dah cuci botol susu semua,maka steril la kejap.actually,akak bbsitter tu hari2 akan basuh botol tu ngan air panas, so ,basically ,by the time kat umah ,memang takdak la lemak2 susu berkeladak dalam tu.
Aku tak suh basuh pun,dia mmg biasa buat gitu.baik kan...







Steril guna jenis little bean.itu patut nya rak atas tu untuk puting.tapi,sebab aku malas nak buat 2 kali ,aku letak ja kat atas.kihkih.
Rak bawah tu muat 6 botol ja.bekal eryna 5 botol ,yang lain tu botol pam kat opis.selalu 3 botol aku bwk balik susu.dlm 12-15 oz sehari.now agak mencabar nak dapatkan 20 oz.selalu, kalau rajin ,aku bangun pam waktu awal pagi macam kui 4/5 pagi.

Dah settle tu ,aku thaw susu plak.kira sesiap 15 oz buat bekal.




Dalam tupperware tu aku rendam susu beku dalam ayaq.actually ,alir kan air sejuk masa pagi pun sempat cair ,tapi aku dah biasa bwk turun malam.esok terus masuk botol.
Yang 3 botol kt belakang tu yang baru pam.
Yang plastik sebelah tu nak simpan kat atas nanti.




Inilah dia stok susu yang latest.tak banyak kan.ada la dalam 20-30 plastik.maksud aku tak banyak tu ,sebab sebelum ni ,stok tahap membuak.row depan belakang semua penuh.nak letak tupperware apa pun tak boleh.
Yang dalam bekas tu ayam & udang.aku tutup elok2 ,so takdak lah berbau.
Kenapa stok kurang ? sebab now kat opis aku cuma dapat 10-15 oz sahaja.kena pam 2 kali.basically ,kalau aku pam sekali cuma dapat 10 oz kan.sebab bila pam kali kedua selalu dapat 5 oz saja.

Jadi ,10 oz tu aku guna abis.jadi ,memang takdak la simpanan.tu sebab stok frozen tak meriah cam dulu.Dulu ,aku mampu bawak balik 15-20 oz sekali pam ja kot.jadi ,ada extra 10 oz nak simpan.
Now, aku pam gak kekadang malam2 buat stok.sebab nanti nak ganti puasa kan.takut supply tak dak pulak.





Ni timbunan baju eryna. baju shembams ni aku kumpul 2 minggu baru dapat banyak ni.sebab nya baju dia kat umah bbsitter tu ,aku mmg tak bawak balik.
Sebab nya dia basuhkan.aku mmg nak amik ,tapi dia kata takpa dia basuhkan.so,aku bagi sabun kat dia.tapi,dia tak mintak pun.aku bagi tu masa dulu awal2.la ni tak bagi dah.baik kan..
Moga pahala melimpah ruah la kat akak tu,jaga anak aku & anak orang lain elok.

Jadi ,itu sahaja rutin.tak susah pun.tak penat sangat.berbanding kawan2 yang anak lagi ramai.dan alhamdulillah ,eryna pun tak payah sangat nak jaga.lasak budak perempuan.
Semoga adik2 eryna pun nanti behave cam dia..eh ??? hehehe..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...