Thursday, February 28, 2013

Eryna si shembams

As salam.


Eryna dah nak masuk 7 bulan.mana updates 6 bulan nya ntah.cucuk pun belum.hari tu dah postpone sebab ada hal lagi penting.Maybe next week kot baru cucuk.Kang kena marah ngan Doc Koshi fadan muka aku.

Eryna masa 6 bulan berat tak berubah, 8.4 kg.maybe sebab dia dah start merangkak.tu pun jangan ,merangkak tak pass lagi ,dah sibuk pulak nak berdiri macam nak bertatih jalan.amboi dia.eksyen tuh.
Sebelum ni,eryna mmg boleh duduk tapi with support lar.Sekali ,2 hari lepas, tetiba dia duduk sendiri.yeay !!! dah besar anak mama ni.


kat kopitiam.first time dok dlm baby chair.masa ni kena support lagi belakang tu

ni eksyen macam kan ada air dalam tu.*excuse the moncet tummy*

So,achievement eryna masa 6 bulan adalah merangkak tapi belum pro ,dah pandai duduk sendiri.& yes,dia belum makan solid food.actually ,dah plan nak start intro puree buah.but,suddenly eryna kena flue & cold.berjangkit la sebab bdk dua orang kat pengasuh pun kena.so,kansel makan.biar antibodi kuat dulu.aku bukan lah kiasu mom yang sgt obses pasal bfeed ,tapi bak kata paed ,selagi boleh fully bfeed ,better hold dulu makan,nanti2 lah.so,mak ok jer.tak yah la masak lagi ye dok.


see..see..duduk sambil tangan kt kepala saja ok.no pegang2 please

tengah mengepoh dgn abah


Apa lagi eh.oh ya,kalau dulu eryna senang orang nak dukung ,now dah takmo.huhu.hanya nak kat aku, abah dia & bbsitter.even anak kakak tu pun dia takmo.apatah lagi kat orang lain.adik aku pegang pun dia takmo.nangis ok.pandai berlakon sangat.nasib dia jenis tak nangis nak berdokong.kalau tak,jenuh la akak bbsitter tu.mana nak handle si budak berdua tu lagi kan.

Eryna ,alhamduillah still minum susu mama 15 oz kat umah bbsitter.doa2 dia tak la tetiba reject mereject nih.think positive lah ye.She will be 7 months next week.so,after dia ok from cough & flue ni nak kasi puree buah dulu,pastu baru kasik bubur.Mintak2 tu aku rajin la nak memasak tu.kalau boleh takmo biasakan dengan benda dalam tin lagi.tgk la macam mana.






Semua benda pun nak makan.makan kaki,makan remote,makan tudung,makan puting botol ( bukan aku punya..nasib lum gigit ) .semua makan.mainan semua dia makan.
Dan.........mmg tahap kronik si shembams nih...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




ada tikus makan..huhuhuhu



Rescue !!!! She really needs foodssssssssssssssss...+______________+



Thursday, February 21, 2013

Tiada tajuk

As salam.


Hari ini agak boring. sebab keje dah settle.kelas sgt kan keja dah abis.ada la keja ,tapi biasa lah mengada.nak jugak main2 kat internet.

Tadada......






Tadi dapat parcel from poplook.haha.apakah niat ikhlas aku takmo menyopping sudah tidak terlaksana.
Tak boleh tgk la blouse tu.cantik sangat tu.Blouse /dress depa ni mmg betul2 memenuhi citarasa tau.measurement depa bagi pun clear.kita pun senang & puas hati.
Tak dak la terjadi kes beli tapi tak muat sebab ketat or loose.Yang penting tgk measurement dulu.
Paling penting sebab murah.& kain nya for me is quite kualiti la.Basuh banyak kali pun tak luntur.
Hari ni pun pakai baju beli kat depa ,henley tunic.labuh.ala muslimah gitu.Likey.


Nak citer cik eryna.Ada la dekat sebulan dok tidoq kat hall.sebab bilik takdak ekon.Lama tu jugak dia berpisah dgn baby cot.
Jadi, aku decide bawak kuaq ja letak kat hall.orang mai umah ,bukan payah pun nak tolak masuk.
So, laki ai pun memulakan projek turun kan lagi baby cot sampai habis ke bawah.Sebabnya itu cik kak dah pandai memanjat.adoi..lasak anak aku ni.macam aku lar tu +__________+.

Normally ,kui 9-10 pm adalah time tidoq dia.Nak tidoq mesti shushu sepam dua.pastu dah tidoq bagi ralit sket ,boleh lah letak kat tilam.Tapi,kali ni letak dlm baby cot.
Tau apa jadi ? Tak smpi 30 mins dia dah bangun.siap sengih2 sebab masa tu kami ada kat tepi kan.Aku biaq ja dia dlm tu.bertahan la sat,pastu dia menjerit nak kuar.-_______-.
Pastu,main main sat ,dlm kui 11 lebey jugak dia nak tidoq balik. So,aku letak balik.sekali, dia terbangun pulak.
Dia takmo ok tidoq dlm tu.Sebab utama dia tak boleh golek.Kalau golek boleh 2 kali ja,pastu   konfem la kena pengadang.Jadi,dia akan mengamuk..adoi..tensi ok.Amik pujuk ,tidoq..sekali bangun lagi.last2, aku letak balik kat tilam..sudah,,tidoq la bawah ketiak.






Gaya seorang pesalah di tengah2 malam buta..huhuhu..

So far ,dah 3 hari lar macam ni.tak kira ,kena train jugak dia tidoq dalam tu.nanti mesti dia ok.dah mcm tabiat pulak ,asal tidoq nak golek dari hujung ke hujung.
Weekend ni mesti tidoq dalam tu.hari kerja jenuh la nak bangun byk kali nak layan dia.ada kang terbabas tido tak msk opis pulak nanti..

Last.but not least..........

-
-
-
-
-
-
-
-


senget


Silk shawl from ladorn.rm11 saja.
Motip ? saja la nak menggediks.asik muka eryna ja..






Tuesday, February 19, 2013

Eryna kena flue lagi

As salam.


Eryna tetiba semalam bangun pagi macam kena flue.dengar mcm sok sek sket.tu lar, tetiap malam nak ber ekon.mana tak flue anak oi.
Cik bam bam tak bleh panas.sejuk takpe.that is her one of allergy. tak bleh panas.amboi..kulit international sgt.hantar p kutub baru tau.

So,smlm ,antar kat kak nas pengasuh mcm biasa. tetiba ,tgh hari mcm tu dia mesej tanya adakah cik eryna kena flue.Akak ni jenis ,apa2 semua dia tanya.nak nak kalau melibatkan penyakit.kekdg dia mcm takut kalau kena demam sebab berjangkit masa kat umah dia ka apa.
Ada sekali tu ,yang eryna pes time demam tu kan.sms just nak bagitau yang eryna tak p skool la.sebab demam.dia punya risau siap sms mcm rasa bersalah si tembam demam sebab berjangkit ngan other babies.

As expected ,petang tu amik ,dah nampak flue sket2.susah la nak avoid sebab ada 2 budak lagi kan.sorang tu asik la tak sihat & sorang lagi tu kata nya cirit birit pulak.plus,environment did contribute a bit lah.
Malam tadi ,cik eryna cam biasa ja.cuma dia tido awal than usuals.Selalu 10 or 11 pm baru nak lelap.semalam, 930 pm dah tidoq.
Maybe sebab masa balik from pengasuh tu dia main ja dlm keta.

Semalam jugak ,kami bwk kuaq baby cot letak ruang tamu sebab kat bilik takdak ekon.lama jugak tidoq kat  hall sebab tenant tu takmo pasang ekon plak dalam bilik.-___-
2,3 kali jugak dia asik terbangun.maybe sebab dah lama kot tak tidoq dlm tu.selama ni asik di celah ketiak saja.so,macam tak best tak bau la tu kot kan..hihi..

Masa kui 4 pagi camtu, rasa cam panas sket badan dia.check suhu 37.hmm..she's having mild fever.so,letak kool fever je plus vicks.
Pastu ,seperti biasa ..menggunakan petua ku..letak kunyit kat hidung.smlm cari tak jumpa.nasib pagi tadi jumpa.tgh pump jugak masa tu,tetiba nampak sekarung kunyit yang abah dia beli hari tu.

Mujarab tak mujarab.dlm sejam camtu ,maka cik eryna pun ber"achoom" ada la 2,3 kali.sekali achoom..mak ko..pekat..huahua..bagus..kalau sket2 tu ,nanti lambat nak baik..
Jadi ,nak bagi cepat baik punya pasal...maka 30 mins ja sapu.pastu kasi susu banyak2.kalau boleh tak nak depend ubat sangat.bahaya...




 Eryna si kunyit..haha..sian dah mcm anak ke***g dah..hohoho



Eryna muka bosan asik kena amik pic.terserlah double chin di situ..+______+



So,masa dlm keta ,mau 5,6 kali bersin dgn bubbles lagi u pakej.nasib tak jem sebab kuar pun dah lambat.demam dah takdak.on & off gitu.maybe sebab flue.
Lega ok..haha..tulah dia kalau dah jadik mak ni kan..anak first..everything,,,

Senang ja.amik kunyit,bukan serbuk kunyit tau.,pastu potong.kasi kuning tu leret dari hidung naik ke ubun.pastu selawat la 3 kali.buat la suka hati brp kali.nak cepat, buat selalu.aku siap kasi seketui kunyit kat pengasuh..hihi..

Moga2 eryna cepat la lega flue.kesian dok sok sek sok sek..


Monday, February 18, 2013

Beli shawl lagik dan lagik.

As salam...

Aku punya penyakit kronik sudah datang.huhuhu.
Kenapa aku kata kronik..sebabnya ,bila penyakit nak shopping mai,aku macam kena rasuk.
Masa dalam pantang ritu ,aku sibuk beli segala mak nenek riben ,baju eryna, baju nursing aku which end up baju tu tak pakai sebab besaq.

Pastu,aku gila beli baju.Every week beli kat poplook, whitesoot, pretty chase.sebab top/blouse depa murah2 jugak.sesuai dgn aku yang jimat.com.
Since masuk opis sejak 4 bulan lepas, aku dah beli more than 20 pcs blouse. belum masuk seluar & skirts.Pastu, bila madness tu dah slow, aku gila tudung.

Now,kegilaan kepada tudung tak dpt dibendung.Rasa cam nak lempang diri sendrik setiap kali beli ,aku rasa kaler lebih kurang sama.
Semalam,laki aku dah sound.Sebab shawl aku dah la makin beranak ,pastu kaler nak dkt2.
Inner pun dah beranak pinak.

Ni tudung ladorn aku rembat.Tgh sale.jenis silk. Aku beli dua pcs.selai RM 11. so,beli dua termsk pos dlm RM30 je kot.
Best pakai tudung ni.Even tho silk ,tapi menten. tapi, kalau eryna tarik hancus la jugak.


chakkkkkkkkkkkk !!!!!!!

antara baju poplook

Pastu ,aku ingat takkan beli lagi..sekali masa p lunch kat ampang park ..adoi,,boleh la p beli lagi shawl 3 pcs.
Aku ni mmg tak boleh..kalau org yang jual tu baik,peramah..aku mudah terjebak.
So,last2 beli la 3 pcs = RM 100.

Aku harap kegilaan beli shawl ni cukup2 lah.Dah melimpah2 ,smpai tak tau nak pakai yang mana satu.





Sekian.bye.


Friday, February 15, 2013

6 bulan bfeeding yang indah

As salam.

Hari ni cik Eryna dah 6 bulan.alololo..kejap sangat rasa, tetiba dah 6 bulan si shembams tu.berapa agak nya berat dia eh.
Masa timbang  last week 8.1 kg. Actually, masa 5 mths berat dia 8.4 kg. pastu demam ,turun sket.dengan dah start melasak...susut la sket.even tho cik eryna adalah bolat, mama ok ajer.lagi rasa nak gigit tangan yang montok & body yang gebus tu.

Dan..6 bulan sudah fully bfeed.alhamdulillah.akan meneruskan sampai 2 tahun insya allah.moga Allah permudahkan.
Meh nak share sket sepanjang fully bfeed ni.maklum ,eryna lum start makan lagi.yep..she started late.sebab paed dia ckp ,jgn bagi until 7 mths.once bagi ,she will get protein from outside ( foods ) which mom"s milk is way way better giving complete meals for her.jadi,kita ikut ckp paed la ye.

To be honest...ada ups & down jugak esp time nak pump.aku skang ni pump sekali sehari je kat opis.segan la plan nak lari eventho 15 mins je.boss laki pulak.surau kat floor atas.so,akan amik masa dlm 30 mins lah gedebak gedebuk.

Ramai kwn2 yang mintak share.aku speechless jugak nak buat entry ni sebab nya aku pun setahun jagung.
Lain la mmg otai.ada anak 3,4 orang.pastu semua tu fully bfeed.boleh la nak citer2.
Tapi,atas dasar perkongsian sesama kita yang baru jadik mak2 ni..aku share la based to experience.


teman setia

Dan,,sekadar perkongsian ..aku mmg suka snap pic ni.saja..buat kenangan..









Sejujur nya ,pump ni asas nya mesti demand vs supply.kalu direct bf pastu takdak pump..true..susu akan berkurang.
Masa pantang dulu ,wah mmg meriah susu.siap boleh dpt more than 300 oz.penuh fridge bwk balik* refer entry lama*.
And its true bila msk opis, bila pump pun cuma sekali saja.susu akan drop.paling teruk drop..baru2 ni lah.
Gara2 aku balik kg sempena cuti maulud nabi tu..5 hari tak pump.the longest ever tak pump.selalu 2 hari la plg lama sebab weekend.malas la tu kekdah nya.

Tau apa jadi ? selalu pump dpt 10 oz..but, masa tu cuma 5 oz.see..how bad its drop.nasib ada back up dlm fridge.bekalan ada pun jgn di harap sgt.So,now aku pump 2 kali kt opis.malam kekdg pump.just to stimulate balik.
Pastu, kan ni balik kg lagi kan..sekali lagi..bukan tak mo pump ( alasan ) ,tapi takdak masa.haha..masa balik ritu bwk blk pump kemain lagi, last mmg tak pump pun.
Kali ni pun sama .tak bawak balik terus.lagi best.

Masuk opis dah dup dap risau jugak takut susu drop.dah la nak kena pump 15-20 oz.
Alhamdulillah ,1st sesi pump dapat dalam 10 oz. sesi petang lak dalam 5-7 oz .
Sekarang ni susu kat fridge tu aku tak buat bebyk.sebab tahan 3 bulan saja kan.
Koser sgt nak beli deep freezer.Aku make sure setiap bulan ada 30 plastik = 30 hari yang beku.yang lain mmg nak bagi fresh milk saja.

sesi semalam setelah 5 hari mengular pam





Bekalan sekolah Eryna sekarang,tunggu pas ni, beg sekolah tu penuh makanan pulak.hehehehe.
Botol susu tu cap NUK. Ingat nak tukaq Avent ,tapi mana tau dia tak mo.so, menten je la yang sama.
Baru tukar gak tu .mahai betui botol susu baby ni kan... +_______+



stok susu eryna sekarang

Dalam fridge tu ,yang bwh paling depan tu kena abiskan bulan Feb ,itu stok bulan Nov 2012.
Belah belakang tu kena abiskan by Mac 2012.
Nampak botol kat atas tu ? Ada bulan Nov ,ada bulan Dec .semua tu akan expired in Feb/ Mac.
Paling belakang sana ,stok buat Jan & Feb 2013.

Dulu ,gara2 terlalu banyak frozen ebm ,hampir2 nak ke tong sampah jugak.so,aku dah set simpan dlm 30-40   plastik sebulan. kalau tak ,penuh fridge tu.
Ni, kira bernapas sket fridge tu,.hari2 doa jangan la tetiba elektrik takdak.mau meraung depan pintu.hahaha.

Rahsia nak banyak susu ?
Kena makan.jangan nak diet sgt.pastu ,kena konsisten pump selain direct feeding.
Plus amik la supplements *promote Shaklee*.
Aku tegaskan kat sini ,Shaklee bkn boost susu,dia cuma help supaya kita tak sakit belakang tu duk dokong anak, bagi energy,dari situ baru susu kuar.no easy way peeps !!!!



my super vitamins



Happy bfeeding.


Thursday, February 14, 2013

Balik kampung lagi..lalalala

As salam.

Eryna balik kampung lagi yeay !!! Actually ,tak plan pun nak balik kg.even pagi sabtu tu pun boleh duk pikir nak balik ka takmo.nak balik ke takmo.tgk tweeter plus trafik..amboi jem nya.dgn nak bwk cik Eryna.ish..macam payah ja.
Nak p bercuti,semua tempat full.abis, dah last minute book.kirim salam je le.fadan la muka.

So,since takmo melangut ja kat umah,maka kui 2 ptg baru hegeh2 nak angkut barang.
dgn eryna,time tu la dia nak memberry.sabo je la kan.
Kui 3 pm baru nak p lunch.sbb dah bekpes cekodok pisang kat umah.tabah la nak masak sbb sayang pisang tu ayah kasik.balik nanti dh konfem2 tak elok.

Maka redah lah traffic jem.actually, bukan jem teruk sgt pun.org dah ramai balik hari jumaat.slow moving je.cik eryna macam biasa, tidoq,bangun ,susu pastu main.kang nanti tidoq lagi.
Kui 1.30 pagi baru smpi perlis .fuhh..kematu ok..haha..


takde la jem mana pun

shembams dah tido

chakkkkkk !!!!


Tengok tu shembams dah bangun.sengih2 je la.cer takdak sapa tepi dia.mau meraung.huhu.tu muka tu penuh cakaran harimau.suka sangat garu2.kesian dia..gatal allergik la tu sbb mama tak pantang..hohoho.


hi..cute tak gigi saya 2 batang ???


Aktiviti kat kg mcm biasa la.lepak2.p padang besaq.makan nasi kandaq, makan rojak mak bee sedap.amboi.makan saja kan.
Ada tur,tgh makan,tetiba nampak si Aweera.ala,vokalis modjo tu.yang nyanyi lagu "andai ku bercinta lagi..."lalalala..kecik ja org nya..putih melepak.sekampung la ngan aku,tapi sebab dia budak hingusan lagi..so,mmg tak kenai la.hihihi..



Add caption


Rojak Mak Bee.sapa pernah beli kuah rojak dia ?ni yang aku makan dari gerai dia sendiri.original dari ladang.hehehe..tp,makan dlm keta ja.heibat sgt ler tu.sebab nya ,cik eryna tgh susu pulak.pastu tido..so,malas nak turun.time ni otw nak p umah mentua.

bersama bontot ostrich

bersama bontot...oppsss...haha..sapa ntah


Pastu,bwk eryna layan burung ostrich & tgk kuda otw back padang besar.dah brp kali p padang besaq ,takde beli apa pun..tak kose.ramai sgt org.plus depa tak layan local ni.mentang2 aku ckp utara trus kerek.nyampahs sgt.sbb dia tau ,org sana mesti tawaq gila2..hahaha...

Sebab eryna makin ganaz sekarang, so aku tanggalkan semua socks dia.kerja dia sekarang kalau boleh semua tapak kaki tu masuk mulut.mcm sedap sgt ler tu.sabo je la.apa ? nak adik ? tunggu thn depan pulak le.tahun ni nak melaram dulu..kuikui..

Yang pasti,next nak balik kg adalah bulan puasa..oppss..ngeri sebut bulan posa..sebab nya ada 19 hari lagi nak kena ganti...uwaaawawaa..nasib ler labu..

Dan ini perjalanan semalam.................





ntah apa style la shembamsssss



Tuesday, February 5, 2013

Petua orang lama utk batuk & selesema

As salam.

Ari tu kan cik eryna kena flue.pakej dgn batuk.shiaannn sangat kat shembams tu.dah la nak blk kg masa tu, dia plak tak sihat.doc plak tak brp galakkan ubat .dia suh bfeed byk2 .antibodi terbaik katanya.
Tapi,kita ni kesian lar kan.tgk malam2 nak tido pun tak selesa.asyik terbangun sajorks.
So,mari lah kita goggle2 petua dulu2 ni kot2 berkesan.

Mostly ,petua nak kasi flue cepat elok ni ,letak kunyit hidup kat hidung.Aku suh laki aku beli kunyit hidup seketui je,di bantai nya sampai 2 plastik..pfftftfft..
Senang je, amik kunyit tu, letak kat hidung, lurut ke atas sampai ubun.pastu selawat 3 kali.insya allah menjadi.aku buat dekat eryna. ada la dalam brp mins camtu ,dia bersin terus kuar pekat ( yeks ) ,siap ter beryy lagi..berry ni bagus kasik kuar kahak .
Jangan risau.kuning tu hilang bila dia mandi.masa memula risau gak,dah mcm anak ling ni.huhu..




Ternganga mulut cik eryna sebab demam tur.see..takde lah obvious pun kuning tu.ada tu ye le,tapi light2 aje.
Pastu ,bila mandi plak ,in law suh bagi mandi air daun belimbing kecik.ala, yang orang buat letak dalam masak lemak tu.belimbing buluh kot.ha..gitu lah.nasib ada pokok tu.
So,kita ramas2 kasik dia mandi.suka cik eryna mandi.sambil sibuk nak merasa sehelai dua dedaunan.pantang tgk mende semua masuk mulut shembams ni.. +________+.


hai..saya lah puteri daun hijau..

Nak kata berkesan on spot takdak lah..but, it works jugak.since takmo depend ngan ubat semata kan.after 2,3 days & fully bfeed ..cik eryna dah takdak selesema.cuma batuk hok hok tu ada lagi.sian ler..sebab mama nya pulak tgh batuk..huhu..

Untuk batuk plak ,mak yang buat kan.dia amik bawang putih ,layur kat api ,pastu lenyek2 campur ngan minyak zaitun.sedap plak bau dia.macam nak makan pun ye jugak.+_________+..pastu lumur kat belakang & dada baby.bolehlah kurang sket batuk tu..

Selamat mencuba...

Shawl dari Ladorn london


As salam.

Amboi.beli shawl dari london ke .ko hado ? Aku memang dah lama dok usya2 shawl. tahun ni rasa nak pakai shawl pulak la.tudung ekspres tu pakai jugak, cepat pantas katanya.shawl ni, so far aku still terkial2 lagi nak pakai.kena letak kerongsang 2,3 ketui jugak.mcm mana eh depa kata senang pakai shawl.fail la aku ni..

Well, shawl ladorn ni ntah mana aku terbaca ntah.pastu ,tgk kat website dia.wah.cantik & MURAH.ha..tu yang aku suka terus tamak haloba. starting rasa nya RM 29.90. ada jenis cotton ,chiffon & satin. Aku beli jenis cotton & chiffon. satin tak berani nak try. maklum la,kalau muka macam kak siti nurhalija tak pa la, beli pakai confirm cantek..jadi, dari aku beli pastu tak pakai ,baik aku beli jenis yang aku biasa pakai.

Sebagai testing ,aku rembat 2 helai dulu..senang ja nak beli, tak yah nak mesej2 habaq nak apa ,tanya ada lagi ka apa ka.semua dah set kat web tu.aku testing 2 dulu ,kalu ok,pasni boleh la beli lagi. yang aku tau ,blogger jugak yang owner ladorn ni.keja ka study ntah kat london gitu.


Ni packaging yang aku dapat..


cute kan...

yang kaler hitam pink tu yang balut shawl..i likey..


Amboi amboi..comey sangat nih.terpaut terus.pandai dia pikat hati customer yang cerewet nak murah aje mcm aku nih.pos laju, hari ni order ,lusa sampai la.abis,dah ko order petang..takkan nak expect orang terus post kot.aku rasa depa ada runner kot kat Malaysia nih..cepat benor...

Jom nak tengok ka aku pakai..dah lama aku tak share muka sendiri kan..sekali sekala boleh lah..asik eryna aja..


teaser dulu


ni 49.90 kot

ni 39.90 kot

So,kesimpulan..aku sesuai pakai cara no 1.yang pic no 2 sangat tak sesuai..haha..

Tudung ni senang pakai, tak la jatuh.tak yah iron.aku pakai terus sebab dasar pemalas +_+.
Yang biru tu chiffon.memang lembut.jarang sket kena pakai inner.
Yang merah tu cotton .even though cotton ,tapi senang nak bentuk.tak jarang.boleh pakai terus.cuma muka aku yang tak sesuai pakai gitu.huhu..

Oh..pastu aku ada rembat shawl dari sugarscarf .sebab nak tengok ,shawl mana paling best. yang ni 42 hengget kot.


aku beli hat ni

Ko tengok..muka model cantik je pakai kan..tgk jap g muka aku pakai..huwaaaa...



+__________+

Actually nak amik penuh tapi itu je yang termampu.haha..ok.bye.

Monday, February 4, 2013

Makan di Muara Jeram kuala selangor

As salam.

1 Feb ari tu aku cuti.of cos la,opis kat key ell katakan.tapi,kat umah ni senyap sunyi sebab laki p koje.fadan muka,sapa suh keja kat cyber.dah lah jauh, tak best pulak tu.haha.
Jiran tetangga pun sunyi je.yelah ,memasing kena keja ye dak.aku mmg takdak apa plan .keta plak asben pinjam keta dia yang tak best tu mmg aku tak gheti bwk.jadik, duk diam2 sudah layan eryna.
But,biasa lah mana leh duk diam.tetiba besfren ku bbm..ting tong..dia akan dtg pick up,lepak makan pastu lepak umah dia.kang malam laki ai dtg amik.

Oh yes,rumah dia tu rumah parents dia lar.sebab aku kan dah biasa since uni time melepak di umah dia.jadi ,dah kahwin ada anak pun masih belum malu.wahaha..lunch kat tropicana pekena korean food pastu lepak ja kat umah dia.ada sorang lagi member join.dia keja kat petronas klcc ,so,harus lah cuti dan meronggeng kiah.sebab pics semua kat kamera ,jadik ,tiada la bukti pada hari kejadian.

Saturday pulak.kemas2 umah sket.layan eryna,pastu nak kuar makan.sebabnya kat fridge belum beli stok makanan.sardin pun dah licin bedal.ada pisang mak bagi ritu.tu pun nak buat coq pisang ,tepung habis jugak.acaner tuh.
Lalu, kami keluar tanpa arah tuju.ingat nak belanja besday boy belated tu chillis.tapi dia plak bagi cadangan nak p Jeram makan ikan terbakor.amboi.kita on aje.suka ni nak makan seafood.




Since awal lagi ,jadi kita makan light2 dulu.pusing belah Giza tu payah sangat nak dapat parking.last2 sampai ke belah TTDI.asal nya nak p cari akubekam tu.skali full takleh buat appointment.so,pusing2 jumpa kopitiam cap bumiputera ni.
Aku makan mee hong kong ( rupa mcm mee megi je ) ,asben makan kuey toew.minum plak air kopi kaw.air sedap.tak pekat,tak manis.boleh la p lepak minum kopi situ pasni.


hobi terbaru sejak ada gigi 2 batang


Pastu,terus p Jusco bukit tinggi.motip ? sebab ada hari apa ntah ,kami nak p sana sampai ke sudah tak jumpa.GPS plak tak bawak.last2 p Jusco Bukit Raja.sengal betui.so,kali ni sampai jugak.rushing jgk time ni sebab kalut nak p makan nun.masa tu dah kui 4 lebey dah.takut org penuh la katakan.


tempat feveret skang.baby room.


Aku skang ni semua tempat kat mall dah tak penting.yang penting baby room best.so far yang best adalah setia city mall.mmg best,siap ada air panas senang kasik eryna mandi terus.aku nye style, baju siap complete sampai time tidoq eventho tempat nak p tu sekangkang kera dari rumah.
Mana tau in case nak singgah memana, so leh mandikan sekali ,balik umah senang.baby pun selesa.

Gedebak gedebuk,tgk2 dah kui 530 pm.beli barang2 eryna je la.pastu laju2 kuaq.sekali GPS plak buat hal.cam blur.aku pun kol muara jeram tu, budak tu kata boss tak kasik reserve dah.masa aku kol awal tu,depa tak pick up.so,alang2 kat sana,tekad la nak p jugak.tak kira ..tak kira...

Pastu,pusing pusing..last2 masuk la hala ke sana.lama jugak la dari bukit tinggi tu.mau sejam jugak.kol 745 pm baru sampai..tau la kan,dah la weekend ,pastu malam.orang kita ni kan time ni lah nak makan ramai2.as expected ,full.mujur jugak,sampai2 dah ada parking.rezeki jugak.cik eryna dah siap membuta.ni kan time tidoq dia.


parking area

dari luar

Masuk dlm tu,wah..mmg besar la tempat dia.macam hall kot.dia separate ke 3 tempat.besar camtu pun full.toilet bersih.surau pun ok.aku sempat jenguk sebab tgh "bercuti" kan.
Kena tunggu dalam 15 mins la jugak nak dpt tempat.mostly meja yang untuk 10 orang lebih dah fully booked.kami yang small family ni senang sket, bukak meja seketui..selesai.



Kat tengah2 tu ada stall jual eskrem goreng.sebab aku tgh batuk ,so dilupakan.dah mcm food court rupenya kan..siap ada playground lagi.meja we olls kat tepi play ground tu ler.siap ada org jual2 barang menan lagi.mmg bagus merabakkan duit poket mak bapak ye.abis, mak apak sedap makan,budak2 sila ke play ground.laku betul gerai2 jual menan tu.





Meja2 yang kosong tu dah fully booked.masa aku nak balik,mai la family yang dah booked tu.tgh2 malam baru nak makan..tak lapaq ke depa nih..agak nya orang dekat kot.aku yang jauh ni haruslah mai awal makan.

cik eryna pada hari kejadian

dap dap dap

settled....................

Aku order jenahak bakar ,spicy crab, udang butter,sotong goreng tepung & tomyam sayur.amboi.makan 2 orang mcm tak makan sebulan.ada bela jin dalam perut ke apa ni..licin ok..licin...
Semua best .cuma spicy crab tu, patut nya nak yang tak berkuah..laki den p amik yang ada kuah.huwaa..tapi sedap jugak..lagi best dari muara tanjung harapan tu.
udang butter tu 6 ekoq ,4 ekoq aku bedal..sedap sedap..sotong goreng tepung 4 ekoq licin..tinggai janggut takmo.high cholestrol la kunun.ikan tu manis nya..hai..sedap nih..tomyam sayur lak tak kedeks langsung,siap dia letak jugak ayam ,udang kecik & sotong.mmg terbaik sangat nih...sambal pun dah siap ada.kan senang.mcm kat muara tu,sambal kena mintak.pastu ,sos nk cicah ngan sotong tak dak..apa la..tak best langsung.

Total damage dengan nasi putih 3 pinggan ,air fresh orange & asam boi = RM 85.
sangat murah dan berbaloi dari muara tanjung harapan palsu tuh.

Muara jeram ni sangat recommended.dah le bersih ,cepat plak tu.staff dia dedikasi sket.hiks hiks.semua makanan sedap.best lah pendek kata.nak nak kalu orang belanja..lagiiiii shedappppp....-____________-



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...