Thursday, January 31, 2013

Eryna yang sangat aktif

As salam.

Eryna memang aktif.sejak dalam perut pun mmg dah aktif. Sekarang ni balik umah, dalam car seat tu dia tak mo duk position baby dah.nak duduk.amboi,duduk pun kena pegang ,eksyen ni.
Nak amik gambar susah yang amat plak tu.asik gegar manjang.mana tak nya, dia asik gerak sana sini.

Eryna suka sebut "abu..abu" ..so,hari2 aku akan tanya dia.."abu ,mana abu ??" nanti dia gelak2 balas balik "abu..abu"..laki aku cakap, dia nak panggil abah tu ,tapi tak gheti..haipppp..mana bleh panggil abah lagi..panggil mama dulu plssshhhh.. -_-

Selain dari suka meyembur ,dia jugak suka tarik semua barang dlm rumah.aku dah sound laki aku, tolong letak lap top dia atas meja makan.sebab aku makin cuak tgk eryna skang laju sangat p kat wayar kat situ.dah la dok letak atas meja kecik tu.buat nya dia tarik wayar ,dgn lap top berat tu..uiii..tak mau la nak imagine bukan2.


hai..saya lah eryna bam bam

demam2 pun kemain lagi "abu..abu.."

hari tu masa cek up berat dia kan 8.4 kg.tapi pas demam jadik 8 kg.aik..dah turun..padahal susu minum.tapi,ye lah,masa demam dia kan muntah pastu bila minum balik ,tak sebanyak tadi.balik kg lak, ramai org melayan..dia sibuk nak main saja.aktif tak hengat la..

Doc koshi tak advise solid food lagi until reach 7 mths.sebab dia kata eryna dapat semua khasiat from bfeed.alhamdulillah.lega la sebab aku pun takmo intro awai sgt. Rasullallah pun menyusu sampai 2 tahun kan.plus lega la tak yah masak lagi..wahaahahahaa..*evil laugh*

Cer teka apa dia sedang lakukan di bawah ????







Kejadian berlaku hari yang sama ,beza masa 30 mins..

- tgh menangis ?
- tgh sentap ?
- nak susu ?


no ,no,no....

tu ..tengah teran nak yak..huhu..sampai merah2 muka. actually ,dah tukaq baju ,elok baru nak lepak minum ,tetiba member memberry lagi..huwaaaa..terpaksa la mama laju2 bawak p baby's room balik. dah la kat Jusco Bukit Raja tu baby's room cuma dalam Jusco..tensi nya..


Ini pulak hobi terbaru..selongkar barang..main botol mineral.pasni tak yah beli menan dah la.kasik botol ayaq cukup la na..save duit mama. >_<


dalam keta atas lantai selongkar barang

pic smlm..membuas takmo tidoq


Eryna oh eryna..batuk ada lagi..kesian dgr.sekali batuk dah cam org tua.bunyik cam nak muntah, tapi bunyik je lebih.last tuesday ,masa jumpa Dr Chua ,kena neb sebab ada wheezing sket.dr kata sket je la.sebab dia batuk & flue kan...

Ingatkan nak menangis..tapi cik kak ni kemain lagi..masa neb dia sibuk nak jilat pulak mask tu..alahai..sabo je lah.tu yang kena pegang kepala tu sebab dia dok gerak sambil jelir2 lidah ..
Good girl sangat tak nangis kan..hehe..





After that .doc check balik dah ok.dapat la ubat kasik kuar kahak.now better.tapi,still ada batuk sebab mama pulak kena jangkit..uhuk uhuk..sian eryna...


kesayangan mama..tgk..pic eryna saja penuh tau..busyuk shembamsss




Tuesday, January 29, 2013

Eryna demam nak tumbuh gigi la pulak

As salam.

Last two week ,Eryna kena jab 5 mths kat demc. Selama ni dia mmg xpernah demam la kalu kena jab.tapi,kali ni demam pulak dah. Tapi,sehari je la. Elok baik demam, kena flue & cough. susah nak elak sebab dkt bbsitter  ada 2 budak yang tgh demam.redho je le.

Hari dia kena flue & cough tu ,dia mmg tak demam.aku bwk g jumpa kat Klinik Pakar Kanak Kanak Dr Chua.dekat sket dgn umah.tak sampai 5 mins dah smpi.memula ingat nk p kat Serena,tapi mcm jauh je.nak p sensrg lak tu.goggle goggle ,jumpa good review pasal Dr Chua.
Aku sampai awal pun dah ada org tunggu.dalam 30 mins la baru dpt msk.oh yes,Dr Chua mmg best.friendly.that's what a paed should be huh.Awat la dulu aku tak jadik paed ja.senang sket anak sakit.aku rasa nak galakkan Eryna jadik paed la nanti.hahaha.belum besar dah kena saiko dgn mak.


klinik pakar kanak kanak Dr Chua Kota damansara

shembams kat klinik ..masa ni lum demam

Doc kasik ubat batuk, kahak & flue.tapi,dia tak brp advise unless teruk.sebab aku fully bfeed ,so of cos la dia suh bagi susu byk2.antibiotilk semulajadi terbaik katanya..
As usual, Eryna mmg payah mkn ubat.dia main sembur2 je.abis tu,camne nak baik nye pun.Aku mintak tlg kak nas kasik ubat.elok je dia amik.
Pastu,aku pun msk opis.Esoknya kan dah nak cuti sempena Maulidur rasul.kami planned nak blk kg lar.tup,,tup..balik opis ptg tu, tak dgr suara dia.selalu leh dgr la dia pok pek pok pek.upenya cik kak dah terbaring.sian ok tgk.dia kalu dah demam..mak haih..muka masam mencuka.

Aku mmg beli termo cap Braun.bagus ok.terus detect.even harga sedikit pricey.aku beli kat Mother care ,dlm RM 295.Ini yang ada memory.so,ko boleh trace la suhu yang lama.
Sekali check..tu dia...dah 38.7 ok.takut sangat ni.camna aku nak balik jauh ni.mau 45 mins ke sejam.mau jem..aduh,kesian sgt.
So,kak nas kasi paracetamol.dia muntah.semua susu kuar.sian..siap nangis.aku terus jeram kepala ngan air sejuk.check balik turun dlm 38.4 begitu.pastu,aku tunggu kejap.memula nak jgk p jumpa paed area keramat,tapi aku pikir.apa je paed tu nak kasi.ubat demam aku dah kasi.ubat batuk dah ada,yang lain pun dah ada.ikut Dr Chua,hari ke 3 aku kena pantau.she supposed baik dah time tu.hari ni baru 1st day.


alolo..manja sgt bila demam.melukut di tepi paha

si shembams tido ditemani minnie mouse



Suhu dah turun sket,aku balik.sambil2 tu baca kursi byk2 kali sapu.takut wooo..alhamdulillah..suhu dah turun 38 camtu.tapi,tinggi la tu.malam tu, aku terpaksa letak ubat bontot sebab suhu naik balik dalam 39.3 begitu.sambil2 jeram air sejuk tgh2 pagi.sian sgt.demam flue..batuk..
Good things bout her, dia tetap minum susu.jadi, imune tetap ada.aku pun tak nak kasi ubat.doc pun tak advise.

Esoknya, kami dah berbelah bahagi.nak balik ke.tapi,sebab ada kwn2 dah order Shaklee plus dah janji nak antor, kami tunggu ptg sket.suhu turun kami balik.ptg tu ,suhu dia turun normal 36.5.lega..terus balik.dah pukul 4 ptg masa tu.
Tapi..duk dalam keta tau la dgn ekon suma..Eryna demam balik.memula 37.3, pastu naik 38..last naik 39.3.masa tu kat Penang.planned asal nak lepak penang nak tidoq sana.nasib tak book hotel lagi.last2 cari hospital terdekat.so to happened KPJ Specialist dah tak jauh.lega.tapi,dlm 10 mins la jugak dari exit tol Juru.aku rasa mcm berejam2 tak sampai lagi.huhu..Eryna dah lemah sgt.melekap habis.sian sgt tau.


Ni order kawan2..sapa tu..


Masuk emergency,mesti la kena ubat bontot.MO je yang ada pun.pastu kena mandi air sejuk cam batu tu.melalak2 cik kak tu.pastu,check dah turun smpi 38.so,boleh la balik.ingat nak admit memula,tapi medical card ada problem plak.since dia dah ok,so we decided balik perlis instead of lepak penang.
Dah la dia yak dah 2 kali.cuak takut cirit birit.kena ubat bontot,terberak lagi.aku tak brp puas hati sebab MO tu kasik semua sebijik ubat bontot kat dia.masa kat demc dulu, doc cuma bagi half. oh yes,ikut berat, tapi Eryna baru 8.4 kg masa tu.aku rasa mcm over dose.

Paling di ragukan, masa nak bayar, depa ada kasik ubat.ko tau apa ? antibiotik kaler putih satu bekas putih panjang, ubat batuk kaler merah ( gilos ke apa ) ,ubat bontot 15 bijik.gile kan.
sebab doc kat demc ,masa Eryna demam dulu,dia cuma bekalkan 2 bijik ubat bontot tu.sebabnya,dia tak nak asal demam,ko cucuk mende tu.not safe for babies..antibiotik ?? apa ni.aku bukan doc pun tau, antiobiotik tak bleh bagi kat baby ( unless serious problem ).terus kami reject semua ubat.lagipun ubat Dr Chua dah ada.giler la MO tuh.
Pesanan.parents please bring your baby to paed.doc biasa ni sesuka ko je kasik ubat.nasib kami rajin membaca & bertanya kat paed.ngoks betui.geram.

Alhamdulillah.sampai kampung,dia makin ok.cuaca barangkali.even perlis panas, tapi suasana kampung segar bugar ni lain dari debu noda KL ni kan.demam dah kebah..flue & cough tetap ada..

Tau apa habuan demam ? Adui..ada gigi tumbuh upe nya..2 batang terus lak tu.patut la tinggi benor suhu nya tu.aku korek2 gigi dia tak kasi.asik la main2 gigi dia tu.hopefully pasni dia tak menggigit time susu.kalau tak,mama kasik dalam botol je even kat umah.

Macam2 nak citer.tapi nak sambung keje.nanti buat entry lain lah..bye.

Friday, January 18, 2013

Lunch kat Flora Kafe,Ampwalk ampang

As salam.

The Ampwalk tu kat mana eh..sedih sangat kan.aku kalau tak kerja sini ingat tau ka kt mana tempat ni.Sudah lah begitu ,tempat nak makan pun sedih.kalau sekali sekala singgah ok la.ni ,yang kerja nak msk 3 tahun kat sini..sedih ok.

Ampwalk ni nama je mall ,tapi bkn boleh sopink mcm kat klcc tu..boleh cuci mata.ni, tesco pun tak lepas.sebab bangunan opis.ada la 4 restaurant..ko imagine ,tak muntah darah kalau hadap benda sama hari2.dah la tu ,harga semua 10 hengget kt atas.tensi ok.so, selalu aku p makan kat warung belakang atau kat sekolah apa ntah tu..join bebdk sekolah..haha..janji murah udah.

Tadi saja gatal nak makan buffet kt Flora Kafe tu.harga RM22 nett.dulu masa kafe ni baru naik, murah je rega.rasa pun sedap.lelama...sedih..dah makin mahai..kualiti...hurrrrmrmrm.sebab takde choice .tgk lauk cam ok je.so,masuk je le.kalu makan ala-carte situ campo air je dah RM 20+ baik makan buffet ye dak.

Kalau korang tgk press conference schawal tu, familiar kot.depa buat kat sini le.dynas yang jadik mc.masa tu dia tgh preggy lagi.aku pun sama boyot.tapi dia meletop sgt.cun.
Owner kafe ni byk buat wedding.nama kafe pun floral.so,deco mmg cantik.masa si marion counter tu kawin,dia la supply bunga tu.pastu kan,bunga2 tu jadik props kat kafe dia.suke la fomfuans masuk.terpengaruh dgn deko cantik.ye la,makan tak sedap,tapi tempat cantik ok la kan..


nak raya cina dah tukar tema dah



macam kat korea tak.ala2 spring gitu



Sebab buffet ,jadik aku bantai nasi 2 pinggan.ada ayam masak lemak,sup ,sotong masak hitam,telur taucu,sambal jawa,tempoyak pucuk ubi.semua bedal kecuali sotong ngan tempoyak.tak sukeeee...

Pastu ada mee jawa.dessert nya kek marble & pengat labu.air biasa le sirap selasih.kalu order ala-carte tak silap aku sirap bodo tu rega RM5 lebey kot.gile mahal mencekik.sebab tu nk mkn kat sini baik go for buffet.harga lagi murah dari ala-carte.aku penah order lontong + air dlm RM 25 kot.pastu setahun aku tak datang.boikot katanya.ni baru msk balik.kihkih..


ni trip pertama

mee jawa

So,tema nya..kalau p flora go for buffet.sedap & berbaloi.tapi buffet bukan tetiap hari..nasib la bila ikut suka hati dia je nak buat.

Tetiba jual shaklee pulak

As salam.

Kawan2 kat FB mmg dah tau pasal aku syiok duk promote Shaklee.Alhamdulillah..good response so far.eh.ni aku bukan nak cerita pasal vitamin kat sini.kang tak pasal2 blog aku nih jadik blog menjual pulak.

Rata2 yang baca blog aku mmg dah tau ,sebab since early pregnant aku amik Shaklee.boleh tgk entry2 yang aku ada cerita psl supplement.shaklee ler tu.
Everytime check up kk ,obimin mmg tak amik.check kat gynae swasta ,dia suruh continue shaklee.aku kasik dia tgk dulu before amik.even dah sah2 shaklee tu ceritifed & halal ,aku tetap nak dgr pendapat doktor.

And masa pantang, sampai la ni aku mmg adore ngan shaklee.banyak la membantu especially  dari segi kesihatan.
Yang aku nak cerita ...why..why now..ni laki aku tanya.masa tu,aku fikir.eh..why not aku share dgn kwn2 kat FB psl shaklee.sebab selama almost setahun lebih aku amik,alhamdulillah tak mengecewakan.makin sihat adalah.

Tetiba je kan aku dpt idea nak share..laki aku kata tetiba je.aku cakap balik.saja.dari aku main2 kt FB post ntah pape, kan molek aku sharing.all this while pun mmg ada member yg dok sms/watsap tanya aku amik apa masa pantang.nak2 depa tau aku fully bf.tapi,aku tetap stresskan ,jgn anggap telan shaklee tu,susu ko keluar curah2.yang penting pump kat opis.cari masa.WAJIB.kena makan jugak.jgn ingat telan vitamin koyan2,badan boleh produce susu.aku mmg selalu blog out psl aku kena makan.tak makan,mmg susu tak byk.so,pandai2 la bila nak pump kat opis.jgn nak diet sgt.seriously,bfeed helps reduce weight.aku puas hati sebab dapat balik berat before pregnant..baju lama pun muat.Read : baju size S.Jeans size 29 ja skang*tang tetep mmg tak leh nak kata apa la*.aku mmg puas hati sebab aku aim sampai situ.berat aku kalau below 55 kg akan nampak mcm aku sgt slim.so,cukup la takat 58 kg.ni pun bdk2 opis kata dah kurus.*mind u,aku gained 20 kg masa pregnant*
aku tak banyak amik full pic,nanti kalau ada aku tepek.tapi,aku bukan jual produk kurus,ni khas tuk kwn aku.sebagai semangat yang fully bfeed boleh kurus.chaiyok.

ni masa eryna 3 bulan lebey kot.kt melaka

Aku pikir ,alang2 aku dok p stock up ,ajak la sesapa nak join.aku leh belikan.alang2 pulak tu, ofis nya kat wangsa maju.dekat sgt dgn opis aku.menyambil je.aku kasi pun harga aku.mmg takde untung.laki aku kata, eh..nak buat bisnes takde untung ke.ntah,aku rasa semua pun dah tau rega shaklee ni mmg orang kasik rega ahli je.so,aku ikut je.aku charge postage le flat RM10.eh..dah mcm nak meniaga.


Kalau yang dpt rega lagi murah ,maybe orang tu dah tahap2 supervisor ,stock byk2..dia boley kasi rega lagi murah dari dia beli...pun,aku ckp jugak..silakan beli dgn org tu.aku mmg takdak stok byk..nak,kena la bayar pastu aku p amik & post.ha..macam tu lah..kita menyambil2 je la.


so,berbalik kpd kisah ..tulah dia.yang baca blog mmg ada yg dah lama duk ber sms aku citer2 psl shaklee ni.ada yang mmg aku duk tlg belikan-u-know-who-u-are- >_<
bila anounced kat fb ,dah tetiba aku jadik konsultan.tapi serius aku suka.sebab benda baik.paling best,mostly kengkwn yg selama add aje kat fb xpenah bersembang tu ,wasap aku.ada yang nak join beli,ada yang mtk nasihat ( wah gitu ).sebab ada yang mmg dah amik shaklee saja nak sembang.kan ke best..dapat mengeratkan silaturrahim tu weh.

Ada member aku ni, esk lusa dah nak beranak ,dtg umah aku mintak advise,nak dgr experience beranak.so,mmg tanamera & shaklee la aku suggest.sebab mmg tu aku guna.kalau tak guna,giler tak berani nak promote kot.dia plak upenya mmg member shaklee.ha,apa lagi.umah dekat dgn branch shaklee,kalau boleh beli sendiri ,then go on.begitu lah cerita nya.

Sekian kisah shaklee..haha..
kalau nak,PM..sempattttt... 0_0

,

Wednesday, January 16, 2013

Hai..saya sudah pandai....................

As salam.


Ada orang tu dah mula minat dgn makanan..I mean, really interested..tahap orang kunyah dia bleh tiru..siap ada aksi telan air liur lagi.before this,she did shows interest tapi like pandang pandang jeling jeling je.
Is it a sign that I need to start introduce solid food to her ? Hmm..tunggu la apa paed ckp masa jab sabtu karang.


excited tgk makanan

minat dgn boys..gulpppsss


Lagi ,dah pandai pulak tgk kartun.Eryna selalu malam mmg kaki ngendeng kat omak nya nih.Pastu ,abah nya pasang citer chipsmunk ,dia mcm suka.tapi, masa tu aku assume dia suka tekan keyboard je kot.

But, smlm sebab cik kak sooo hyper ,dah tak tau nak wat gena dah.dia kan dah pandai melunjur.penat kejar satu hal.dah buat benteng pun lolos kot.
Pastu semua benda jumpa nak masuk mulut.toys tu dia bo-layan.jemu kot.last2 aku bukak je kartun.memula Mr Simpsons tu..
eh..member tetiba senyap.sekali citer tu 5 mins je.
dah habis.member terus kembali ke asal..mahu mengganas..laju2 bukak disney channel.ada kartun apa tu..Timmy Tippie..entah..xsure.member pusing,baring atas riba, siap eksyen tgk.Eh...dia mcm paham je.agak nya dia suka tgk objek yang funny kot.mcm "eh..ni member aku ni".. 0_0 .


posisi 1 - layan mr simpsons

posisi 2- layan tommy tippee


So far kami adalah gadget free kat umah ni.takde nak pasang lagu kartun ke ( harap kan music yg kuar kat toys dia je le ) .kartun pun baru nak start warm up.
Ntah, aku rasa selagi boley bertahan tak kasik dia hadap gadget2 tu,mcm malas nk kasik.kang start takut ketagih.
Laptop kt umah tu pun dia dah tau function nya.ada time dia merengek nak lap top tu. -_-

Semalam jugak, aku saja buat bunyi2 'binatang' sebab ada beli cloth book pic animals.suka ok..siap gelak kuat2.tu pun sebab dapat update from babycenter yang baby at this age ( actually since 3 mths ) dah boleh faham bunyi ,attract to music all..
Sian member kan..selama ni punya la dia bosan asik main benda sama.padahal benda yang sama tu jugak berguna cuma kena ada tambahan sound effect...ok..malam ni onwards dah tau apa nak buat.. T_T

Ni view waktu pagi...ada orang kena kubu tahanan...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


tolong..tolong..kena kepung



Monday, January 14, 2013

Burger Yazid bakar seksyen 7...errr..nape tak best

As salam.


Petang smlm rasa cam nak p sek 7 butik sugarscarf , sweetlikemarshmallow & juga radiusite..konon la planned begitu. 
Sebelum tu ,planned juga nak makan ais kacang sedap kat sek 2. tapi, hampun..parking full sokmo.tau la student area ni camana.student skang kan kaya2 belaka.semua pun bawak keta kan.of cos la keta mak bapak.untung ler..aku dulu,menapak je dari hostel cempaka tu terus ke sek 2.tunggu bas lambat sgt kan.

Pastu tetiba dpt plak cadangan dari en asben..dia p sebut pasal burger bakar.lalu la tekak rasa nak try.lantas laju2 p seksyen 7.lupa kan ais kacang tu.tensi tunggu parking tak dapat2.
Kat sek 7 pun sama..keta bersusun kat traffic.rasa nya jual apa pun laku la kat sini.semua full.dgn gulatis tu pun penuh umat.aih,nak buat baju sempena thaipusam kah ? >_<

Sebab lapo, kita makan dulu.pusing punya pusing tak jumpa pulak mana gerai yazid burger ni.goggle lagi, upenya kat belakang Unisel tu lar.so,kuar balik..kat belah sini rasa bernapas sket.
Belah I-city nun,hadoi..sesak sgt..penat tgk. T_T

Kedai ni kat food court anjung.upenya food court tu kena turun ke bwh.menjunam betul tangga dia.ala2 ayu begitu nak turun.kalu tak mau terkangkang di situ.
Ingat lagi last p sini.masa tu restoren jual mee udang yang kunun best tu msk JJCM.masa tu kan preggy ,terasa2 je kelazatan mee udang tu masuk perut.
Standard lah, kalu hari ni msk JJCM ,jgn harap lah ko pegi dpt makanan ye.nak dpt tempat pun jgn harap.

Aku tunggu more than hour nak duduk ( dgn boyot nya,rilek je suma org setakat tgk la kan aku berdiri terpacak situ ..nama nk hulur kerusi ke tak le kan..mcm takut sgt aku amik tmpt depa kan ).
Tunggu lagi sejam nak dpt order, last2 order yang dtg..mmg tuuuuutttt sgt..mee adalah rasa sos semata.menangis ok makan.udang plak tak fresh.
Aku tak le salahkan kedai tu.depa pun aku rasa ter shock tgk customers tetiba penuh.maybe kalau pegi selepas tempoh bertenang tu rasa nya mmg sedap kot.entah.tapi..aku mmg tak p dah kot.hihihi..

So,yang stall yazid tu.lega la orang tak ramai.upenya tak dak pilihan daging.aku ingat ada la daging ayam ka,kambing ka,apa ka..masa order ,dia cuma tanya nak size apa.
Ada 3 size , 250 g ( RM10 ) ,500 g ( RM 20 )  or 1 kg ( RM 40 ) . tambah mende2 kena extra charge.
Aku amik size 500 g ,sebab nya kalau amik yang kecik tu mcm tak cukup je nk mkn 2 orang.ibarat makan burger biasa tu size dia.kecik kot.

Tunggu kejap xsampai 10 mins..dapat le si gemuks tu...




rupa paras nya

Memang gemuks.ibarat 4 ketul burger di gabung kan.
Tak sabar nak ngap...

Tapi...hasil nya...mengecewakan..
Ye..inilah yang aku notice bila makin glemer..makin byk branch...

Komen aku...daging nya sejuk.yes..bukan panas as if bila ko order dia terus grill/bakar/what eva lah.
sayur cuma salad & hirisan mcm coselaw yg sket je dia letak.
mayonis ,sos ,cheese..sedih oiiii..mcm nak tak nak je letak
roti plak..keras..kan ke molek ko letak marjerin pastu panaskan atas pan..
daging..besar sebab buat sendiri kan..but rasa rempah semua mcm hilang.aku cuma rasa blackpepper sos je lebey..

Jom tgk bila di potong :



tak rasa nak lagi



Aku taip ni tgh lapar..tapi serius tak rasa tempting langsung like ko teringat ingat ke.baik beli burger jual kat stall sek 2 tu.nama stall tu Mac Dollah...serius terbaik.siap sayur melimpah..mayo,sos semua best.sedap lak tu.

Masa preggy aku penah craving burger ni.asben p beli balik dari opis dia.from shah alam bawak balik umah kat kota damansara nih, dgn jem..dalam 30- 45 mins..still panas ok.gigit ja daging tu terasa abis semua bende..

So,aku tak pasti burger bakar ni apa yang best.apakah happening sebab burger ko besar.daging resipi rahsia  yang aku rasa cam baik le aku beli minced meat pastu kepal2 ,marinate ngan bahan2 sendiri,then masak..mcm sameeee je..hoi..menyesal bazir RM20..harapkan besar gedabak je le.

Untuk yazid burger ni, maybe nasib aku yang tak baik turn out semua tak best.sebab review kata best la apa la.aku takde le serik nak try tempat lain.cuma, di harap kan ,pemilik burger ni, sila la mantapkan prestasi burger anda.sayang lar..dah glemer sgt dah..baik p beli Mac dollah kalu cenggini kan..

Nasib ada si shembams...gigit pipi dia lagi best............

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




hmmm..kesian mama saya tak shedap ye burger tu

tapi..am happy je




Friday, January 11, 2013

Masih lagi fully bfeed

As salam.

Eryna dah masuk 5 bulan 1 minggu dah ni.Alhamdulillah aku masih lagi fully bfeed si shembams tu.akak babysitter pun dah makin terror handle.lagipun aku kasik warmer ,dia tinggal nak letak botol susu dalam tu je pun.kalau tak terror jugak, memang tak tau nak cakap apa ler kan.

Stok susu eryna alhamdulillah jugak masih di murahkan rezeki oleh Allah.aku skang ni pump sekali sehari je kat opis.masa en boss balik german sebulan ritu ,bahagia betul dpt pam 2 kali.tapi ,skang bertabah lah sekali je. before makan dlm kui 12 tgh hari camtu aku kena pam dah.kalau tak..homai..menangis ko..ada tu ,kui 11 pagi dah tak nyempat nyempat dah.

Kekadang malam ,kalau dah melimpah sgt ,sambil eryna minum ,sebelah lagi marmet je. payah nak bergadget ,nanti dia pun sibuk.cik kak tu skang ya allah..lasak nye..sebab dah pandai menjulur.tu sket time lagi nak merangkak lar tu.cepat lak tu pegi nya.lepas pandang dah ke mana dah dia terjah.tapi ,mak bahagia je tgk anak nya dah achieved milestones tu.letih tak letih sgt pun.lasak baby gurl je.tak teruk mana pun.nanti bila dia dah besar baru tau rindu nak zaman2 dia baby tu.



tido with style


Aku belum plan nak kasi dia makan.tadi akak bbsitter tu tnya kot aku nak kasik nestum.no no.memang she is now showing sign of interest kalau org makan.ternganga mulut dia tengok.tapi tak de lar sampai berjejeh air liur tur.under control lagi.dia syiok tgk org makan..so,mcm kesian katanya.well..for me..susu ibu is still enough at least until 6 months.lagipun eryna bukan boleh duduk ,i mean not on her own lagi.merangkak pun belum.so,tunggu next month la ye.

And aku nak dia makan puree aku buat dulu.aku takde la nak fussy fussy tak mo kasik nestum ke,apa2 ready food tu.tapi ,saja nak kasik apa aku masak je.lagipun dia kan ada allergik.tak kose nanti tgk dia tergaru2 sampil berdarah.owh yes..eryna kalau dah sedap garuk, dia leh garuk sampai darah kot.tak sakit ke apa tur..huhu..

Eh..pasal bfeed tu.susu frozen mmg sentiasa ada.until now,mean stok bulan Jan akan tahan until March.so,insya allah aku konfiden la dpt bagi ,tak mo stress sgt fikir nak kasi sampai 2 tahun ,pastu mana tau nanti susu drop nak frust.aku redha je time tu.Now, Allah dah kasik rezeki susu banyak, aku usaha sehabis baik untuk si shembams.


rezeki Eryna..alhamdulillah


Dah la bulan puasa nak dekat..hey..pejam celik tetiba posa ok.aku ni ada 19 hari nak kena ganti.maybe kena displin every month posa 2 atau 3 hari.kalau tak jenuh nak habiskan.aku takut bukan apa,kalau tak sarapan ,susu memang memalu alah je nak kuar.ada tu ada..tapi nanti pam dpt la 2,3 oz. now kalau aku pump satu sesi tu boleh dpt 8-10 oz.satu sesi means 15 mins.aku pump kat opis ni xleh lelama..nampak sgt ngular nya kan.nasib jugak boss paham even tho dia laki.

So far ,alhamdullilah..susu aku banyak.rezeki eryna.doa tak putus jugak.makan je apa2 pun.vitamin pun amik.kalau tak, betul....low energy..horlicks amik ,hot choc pun ye, coffee pun ye..ah..semua lah aku bedal.janji badan sihat ,susu ada..



hai..salam jumaat..

Eryna at 5 months :

- berat naik sket from last month ,sebab dia dah melasak. ( 300 gram )
- dah menjulur ke depan ,belakang, tepi..kiri kanan semua cukup
- dah cam mama & abah nya .bila nak amik dia kat bbsitter ,terus dia hulur tangan. mcm tu jugak kalau dia  kat orang lain ,pandai dia hulur tangan nak kat mama ^_^
- sangat mesra alam.senyum ja pantang orang agah.
- tido mesti mcm2 style
- malam mesti bangun 2 kali nak menyusu
- sudah mula nak merangkak.
- dah pandai pegang barang
- dah gatal gusi.semua benda nak gigit.dgn aku skali dia suka gigit. -_-
- makin panjang.baka sapa lar tu T_T




Thursday, January 10, 2013

Eryna buat allergi test kat demc

As salam.


Semalam aku cuti sebab ada appointment kat demc.Supposed next week,tapi staff demc kol ckp ada slot kosong .kat opis ni pulak tgh tak byk koje,jadi aku on je.boley la jugak amik cuti kan.dah la cuti still byk,thn lepas campur thn ni ada la dlm 34 hari.hewhew...

Appointment ni tuk buat alergi test & jab 5 months.alergi test ni cuma buat hari rabu saja.kena thru appointment sebab depa cuma buat 4-5 patients je.
Eryna kan ada ekzema , tapi mild aje lah.hari tu ubat sapu yang doc koshi kasik tu mujarab la jgk kt dia.cuma tak leh sapu selalu takut nipis kulit.aku rasa ada la 2,3 kali je sapu ,pastu sudah nyah terus ekzema tuh.cuma skin dia ada kering sket.yang tu sapu lotion sajorks.

Aku sampai dah 240 pm camtu.test tu between 2-3 pm.sebab laki aku amik half day,so kena tunggu dia sampai dulu lar.Dah la lapor ,bfast nasi goreng smlm yg asben masak.haha..mithali tak ai, laki masak ye.memang, once in a blue moon ,dia rajin je nak masak.sedap jugak kot.

Demc ni kalau weekdays mcm lengang je.cer kalau cuti ,fuhhh..panas bontot tunggu.masa Eryna first time demam dulu kan ,full ok .aku refer dia kat emergency je.
Tapi,konsep demc ni ,kalau dh buat appointment,if terlambat sket pun ,dia still dahulu kan ler.orang walk in still kena queue.

Allergi test ni dia buat kat 14 common allergi. 5 adalah udara & 9 foods. udara tu bulu kucing ,dust mat ,lipas. food pulak seafoods, ayam ,wheat ,egg ,nut.

Eryna plak as usual..senyum je la memanjang.suka dia ada music box tu,doc buat test dia relax ja.
doc pun puji la seketui dua, cakap behave nya dia.good girl.dia ni memang mesra alam sket.*macam..ehem..mama la*


Ni doc tgh mark pakai pen


Memula doc sapu apa benda ntah belakang tu mcm powder je tgk. pastu dia calit la one by one benda2 alergi tuh. sebelum tu dia tanda kat blkg tu guna pen.ye,pen ok.tapi cik mek tu selamba je mcm takde pa pe.agaknya isi tebal kot.bak kata doc koshi, banyak lemak..kihkihkih..


hai..saya cool kan..

Test tu cepat jer.tak sampai 5 mins.pas abis calit segala benda alah tu ,pakai balik baju pastu kena tunggu reaction dalam 20 mins.tapi ,aku dah start nampak merah2 kat badan dia.alergi lar tu kan.

So,in between kami p makan sat.aku kan lapor tak mkn.tapi lepak tepi2 tu aje.pastu after bagi susu, nurse dah panggil nak jumpa doc balik.

tgk no tuh..ada 15 semua.abaikan lelemak itu ^_^

Result nya ,eryna alergik to egg ,wheat & nuts.all type of nut mcm walnut, almond & bla bla.adoi..byk nak kena pantang ni.nasib seafood tak alergik.kalau tak, 2 tahun la tak leh makan udang & ketam feveret.tapi ,agak mencabar la tak leh makan egg.baru plan ,nanti eryna dah besar nak ajak baking.takpe, pasni ,ajak dia baking tapi jangan makan.kang gatal satu badan.biar mama je makan..baru la anak solehah kan...-_-.

Jab plak tak jadik buat sebab doc takut in case dia demam tak tahu sebab alergik test or sebab jab.so,postpone saja next week.kali ni buat ari sabtu la plak.dah malas nak cuti sebab nanti masa thaipusam nak cuti jugak.
Pasni tak tau la nak stay kat demc or klinik serena.asik tukar2 paed je kan.masalah nya klinik serena tu timing agak lari sket.dah la tak leh appointment.eh.tapi ,kalau nak jab boleh kot rasa.entah..tgk la jab 9 bulan nanti mcm mana.aku dah mcm malas nak tukar2 paed dah. 
Doc koshi ni ok je.dia dah la suka gelak kuat2.semalam dia silap geletek2 eryna sambil gelak kuat2.mcm di buat2 pun ada jugak..dah si shembam tu sibuk nak mengekek jugak.tu cara dia nak attract budak la kot kan.Dia explain pun details.dah kata bayo consultation fees kan.

After settle p makan kat restoran soto seksyen 8. ingatkan ada la nasi kerabu ,sekali belum ada lagi.frustnya.dah la nak pegi dentist feveret kat seksyen 19 tu full.last2 after makan ,beli barang eryna kat one little baby world kat laman seri tu pastu terus balik umah.

Total charge tuk alergi test tu RM 210.50. yang RM 10.50 tu admin fees.nasib boleh claim company.selamat duit mama. T_T.


hai..saya la si shembam itu

Eryna at 5 months :

Berat : 8.2 kgs ( naik 300 gram )
Panjang : 65 cm kot..huhu..


Monday, January 7, 2013

Nasi lemak royale kat Ampang

As salam.

Hari ni Eryna dah 5 bulan.wah wah..cepatnya sudah 5 bulan yeh.hari rabu nk nak bwk g cek up kt Dr Koshi.kena cucuk bontot lagi la cik Eryna.jangan demam sudah.all this while after jab pun mmg tak demam..fuh fuh..jgn demam plak nanti.

Weekend ari tu ,tetiba kan sabtu tu perut sakit giler.bukan sakit sebab nak berry or sembelit ke apa..tak tak.ni sakit tak tau nak ckp ,belah kanan..horror nya..baru pikir nak kuar p buat spek ,dah siap2 semua..tapi tak leh nk jalan lurus.huhu..ms solat tu, siap terbongkok sket sebab bila lurus je rasa sakit giler belah kana.jap jap g nak goggle dah kenapa nih.
Asben aku kata,,,pregnant ke..wak lu la.baru minggu lepas period kot.dah kenapa minggu ni nak menganzung.nehi nehi..Eryna kena 2 thn ke atas baru boley boyot balik.skang boncit sajer..eh..kalau rezki nak wat gena kan..
Tapi,pas baring mengiring tu ,ok plak.after 1 hour la.hari ahad ok pulak..siap boley vakum satu umah kecik tur.tak dak apa masalah pung.ke gastrik eh..sebab lewat2kan makan.

So, sebab sabtu dah masak2 ,hari ahad terus malas masak.some more dah kemas2 ,basuh baju ,lipat baju..malas nak masak.Adventure sket hari ahad tu..p makan nasi lemak royale kat ampang.giler jauh eh dari kota damansara p lunch kat ampang. dah tu,kena tunggu kui 3 pm baru leh mkn sebab bukak lambat.
Eryna plak.,dah siap2 kan dia..nak susu plak..pastu dia leh zzzz..so,sambil tunggu tuan puteri bangun, siap tgk nona.eh..dah kenapa fafau nampak gems sket.adakah kardigan tu tak sesuai ?? or neelopah terlalu slim,maka bila berdiri sebelah org slim,kita pun nampak gems...

Ok,mana plak cerita nasi lemak royale tu.g sana pakai gps..alolo..upenya senang je nak carik.yang konpius tu sebab ia adalah food court yang bukak kat dalam area Tiara kondo ke apartments.untung la penduduk situ sebab ada food court .senang carik makan.kalau yang tahap pemalas cam aku memang sesuai sgt duk situ.tapi ,gerai lain mcm burger bakar tak buka g.mesti malam2 happening.

Tempat nya adalah kat Ampang .Ni gps koordinat .zaman skang kan IT.tak yah pening2 berenti kat stesen minyak nak tnya nasi lemak royale tgh2 panas.

 3.150728, 101.752265


dari entrance.ada parking tuk customer.


kami sampai kui 330 pm,ingat kan aku je kebulur..upenya ,dah ada yang queue nak melantak.tapi tak ramai sgt.bersih la tempat ni.,cam sempoi je.aku sampai2 je ,masa queue sibuk nak amik gambar.sekali budak depan aku ni perasan la tgh snap pic.buat malu je..hoho..

mamat depan aku ni la perasan aku duk snap2 pic

Sampai turn ,terus rakus pilih ayam goreng,telur rebus.aku mmg suka mkn cenggitu je.tak saba nak mencekiks.kebulur sgt nih,
Asben aku over sket,amik sotong,daging,telur rebus & bendi.total RM 16.50.aku nye RM5.50 & laki punya RM 11.00.



gerai tu dari tmpt kami duduk


gerai tu berdepan ngan pool

Terfikir gak nih,sapa nak mandi kalu dah keliling nya gerai.ada gerai burger bakar pastu 2,3 stalls lagiks.agaknya pool ni buat perhiasan kot sebab tu bersih ja aku tgk.


asben punya
dia punya jugak.belum mkn dah mintak nasi tambah

Aku punya ?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





dah selamat dlm perut..lapor ok.

Eh..mana si shembam busyuk tuh..........

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



halloo..saya dah 5 bulan ni...


Shembam mmg tak mo duduk diam skang.makan gilir2 but she at least behave takde la jerit2 .ok ja makan.cuma tak fun kena makan sendrik2.hahaha..

Pas makan, p kelana jaya nak buat spek.tapi kedai tu tak best.tak yah la sebut kedai apa.kedai melayu la..ingat nak support ,tapi dia sendiri pun tak brp membantu..maka lupa kan..p Paradigm Mall sebab ada budak dah poo poo..masuk 3 kedai spek, at last jumpa yang berkenan.

Mata tak rabun sgt ,saja guna kan benefit opis.tahun ni insurans kaver optical RM500.so,cari below tu la.tak main2 la top up2 ..kedeks ok.pasni nak claim dental , cucuk Eryna ,health screening..yang xleh kaver tahun ni cuma maternity je.kejam kan..last year aku beranak takde plak nak benefit tu.tahun ni baru approved.jadi kena beranak lain la baru dpt claim.jahat jahat.


Oh yes..pasal nasi lemak tu.nasi dia kaler kuning.rasa ada lemak mcm pulut sket.kenyang sepinggan.pastu kuah dia best.mcm nasi kandaq tapi version nasi kaler kuning.harga reasonable.Kalau orang perlis, tau pasal Nasi kandaq Hameed..ha..begitu lah lebey kurang rasa dia cuma nasi kuning Hameed tak la rasa cam lemak pulut tur.but, makan tu dpt la mengubat rindu kat perlis indera kayangan.. -_____-






Thursday, January 3, 2013

Barang baik punya

As salam.


My parents turun kl.yeahoo..kalau mak ada ,of cos perut anak2 berisi dgn makanan2 yang sedap best kebabom sahaja.Semalam pekena daging masak asam.Satgi mak kata dia nk masak rendang.Menunaikan keinginan anak nya yang kemaruk nak ber rendang.daging fresh dari kampung.yums sgt.

Eh..nak tunjuk kasut...Beli kat vincci klcc.dekat dgn opis, maka nya time lunch lari kejap p klcc.payah sgt nak pilih kasut kalau bawak baby.kesian kat dia lama menunggu & kita pun tak berapa satisfied sebab pilih kelam kabut.
Aku suka wedges  skang.dulu gila high heels.Need to do something with those heels yang berkotak2 kat umah tu.skang ni payah nak pakai la.sakit belakang.*dah tua gitu la*.

Tadaaaa..


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Cute kan...ah,feduliks la kalau tak cute.suka sampai tahap nak beli lagi 2 kaler same design.ada soft pink & beige.cantik sesangat.murah pulak tu. RM56 ke RM 65 ntah ler. Ada kredit kad citibank dpt diskon 10%. tapi ,aku mana pakai kad skang.so, abaikan diskon tuh.

Btw, upenya vincci ni lain store lain design eh. Ari tu dah beli wedges kat OU ,kat klcc takde design tur. & design yang ni takde kat OU. Kalau nak beli kt klcc.stok baru..wah..promote....



Wednesday, January 2, 2013

Makan di muara tanjung harapan sempena New Year 2013

As salam.


Cisss sangat tajuk kan.takde makna nya sempena nak celebrate new year nak makan2 bagai. itu sebabnya kami dah mati kutu tak tau nak p mana dah. 

Hari isnin ,a day before new year tu both of us cuti.nak clear leave lah katanya. so, since cuti bersambung, selama 4 hari keja kami adalah sukat jalan. kering idea weh nak p mana.Ingat kan nak bercuti tapi fulus agak tersempit sket. Aku dgn bayar zakat tuk setahun ,asben plak buat fully settlement kereta ( sebab kami tgh on something ,so nak settle kan hutang piutang ). 

Sabtu & ahad keja kami adalah p curve , p ou ,pastu p shah alam umah ex-colleague. Jalan plak lengang yang hamat.tapi best jugak lepak camtu.pas subuh memasing terbongkang..dengan Eryna aku paksa suh tido.dia kan dah biasa bangun seawal alam ,so aku biar je dia golek sambil nyanyi sakan..last2 tgk dia pun terbongkang..kihkih..teruk betui kan.

Hari isnin ,aku nekad nak kena merayap jugak.so, after bfast pukul 12 pm ( gile kan..makan cekodok kui 12 tgh hari ooooiii ) ,lepak lagi layan maharaja lawak pastu kui 4 pm baru kuar. aku rasa nak makan ikan bakar & the best option sebab dekat adalah klang.maka ke tanjung harapan kita.

Pukul 545 pm sampai keta dah bersusun ok.maybe sebab cuti skool kot.meja pun byk reserve.duduk la kami kat tepi2 tuh ,nasib tak ujan.
punya la lama tunggu order..nasi & sayur sampai dulu..dah sejuk kematu baru seafood sampai.hoish.,,tensi..tapi nak wat gena orang ramai padahal awal petang lagi kot.

Cik eryna sempat memberry & terus tukar pakai long jumpers takut nyamuk attack.kesian dia tau abis tangan & paha montok tu kena serang.lempang jugak nyamuk durjana tuh.



hai..gediks tak shayeee...cian dia,lebam seketui kat tangan


Makanan yang dah selamat masuk dlm perut adalah :

- nasi putih 4 pinggan ( aku makan sepinggan ja )
- air buah
- ketam 2 ekoq masak sambal (sedap)
- udang 4 ekoq goreng tepung ( hampeh )
- tomyam udang 4 ekoq ( sedap )
- ikan jenahak
- sayur kailan masak tiram ( errr...tak sedap )

total : RM 95

cekik darah kan ? sebagai anak jati perlis ,aku rasa mcm nak nangis tgk harga dia.tapi sebab aku makan free ,terus tak jadik nangis..wahaha..tapi..seyes mahai kan..dah la masak pun ok ok saja.
kalu kat kola perlis tu ,sedap dah tentu.kemaruk nak makan seafood punya pasal kan.nak balik perlis tak tau lagi bila..
paling sedih sotong goreng tepung..dah mcm sotong goreng minyak.makan tak abis pun.nasib tomyam & ketam dia sedap.ikan bakar tu just letak kunyit ja.& air asam sedap..nasib gak kan..argghhh..tak sabaq nak balik perlis p makan kat kola perlis..tungguuuuu...





tu bukan tangan aku



Memang tak sempat nak snap pic. makanan sampai terus berebut2 makan sebab lapaq tahap gaban.kes jimat la katakan.makan sekali saja..kihkih..ada anak ni semua kena laju je.takde masa nak santai2.sebelum cik kak mengamuk baik cepat cepat..elok ja abis makan dia dah hok hek hok hek.kan baru pas berry,mesti la dia lapaq.pukul 730 pm baru siap.makanan sampai selepas sejam lebey menunggu..sapa nak p ,elok la p awai.aku tgk pas maghrib makin ramai ja manusia.


Btw, ini pulak hadiah besday -self reward..baru sampai.order dari princess victoria . akak ni best ,servis pun cepat.payment settle terus post.
Ni hadiah tertunggak sempena besday aku bulan Nov ritu. baru sampai sebab pre-order. apa dia eh........

ting tong tadaaaa
.
.
.
.
.
.
.
.







Takde mende best pun,cuma aku dah lama dok aim beg nih.masa p usa dulu, aku tak beli pun masa p factory outlet sana.so, sempena besday ,saja gatai reward tuk diri sendrik..takdak motip pun.yang pasti hujung tahun 2013 ni baru beli beg baru.setahun sekali sebab posa..sebabnya end of the year kan ada sale..haha..

Ok.bye.



2012 yang di tinggal kan

As salam.


Bye bye 2012. Hello 2013 . Geli pulak dgn tajuk kat atas.haks haks.
Actually ,aku pun tak sure adakah 2012 membawa kebahagiaan semata2. tapi ,mesti la ada ups & down nye kan.takkan nak hepi saje.sekali sekala di uji ,bagi aku amat bagus untuk mematangkan diri ke arah yang lebih baik.

Baiklah ,mari lihat apa yang berlaku sepanjang 2012. Kita tengok yang manis manis dulu lar .

May 2012

Trip ke usa with the family. Adik ku yang bongsu konvo kat Buffalo Uni.memang sejak azali since her further study ,parents dah chop untuk teman depa p sana.Al maklum nak msk usa ni mmg ala2 cekadaks sket.bukan la ayah ku tak gheti nak survive ,some more dia pun dah biasa p travel, but lagi senang ada peneman so that dia pun tak silap info masa kat imigresen nanti.

Maka, on 7/5/2012 berangkat la kami ke sana via Emirates stop over kat Dubai & direct to NYC .Journey about 24 hours including transit.
About 2 weeks kat sana ,kami visit Niagara Falls, p washington & ended kat NYC. Asben jadik pen driver yang hebat sepanjang kat sana * tabik spring*. sebab sana kan left handed ,untuk first timer like him yang xpenah drive belah kiri ,kira cekap la terus drive from Buffalo - Washington - NYC.


memori terindah di Niagara Fall -kelihatan perempuan gemuk di situ :)

July 2012

In term of work ,alhamdulillah dapat kenaikan gaji 20%. after 2 years working kat co nih.Adjustment paling tinggi. Rezeki Eryna lar kiranya. sebabnya time dapat tau ,aku dah bersiap sedia nak mc selama 2 weeks sebelum Eryna was born.


August 2012

Tanggal 070812 , Eryna was born. dah jadik mama upenya ,eventho ramai kawan2 aku dah beranak 2,3 orang ,ada yang msk 4 orang dah..tapi, alhamdulillah ..aku bersyukur at least aku merasai nikmat mengandung selama 41 minggu * terlebih minggu * & melahirkan a very cute baby girl ^_^...

Aku jugak melalui saat2 stress bila Eryna was admitted about 5 days kat hospital sultanah bahiyah due to birth complication. alhamdulillah ,at her 4 months , 5 days today ,she is fully recovered from the birth trauma.
Lepas ni ,kalau ada rezeki preggy lagi, doc pesan kena careful pasal baby weight. Al maklum ,cik kak kita ni born at 3.8 kgs & due to that I was having some complications. & sumpah x mo amik epidural dah *hopefully*...


Eryna at day 6


December 2012

Yang ini kurang manis sket.di penghujung 2012 ,tok wan belah mak aku meninggal dunia at 80 +. tok wan sakit dah lama.tapi ,dia sempat jumpa Eryna masa tgh pantang. aku tak balik kg dah since abis pantang sebab kesian Eryna baby lagi. jadi ,hanya doa yang mampu di kirim kan semoga arwah tok wan tenang di sana.Al fatihah.


Yang lelain ,biasa2 saja. belum ada perubahan. pasal rumah tangga ,macam biasa.yang luar biasa time gadoh..wahaha..itu standard la kan.

Azam 2013..insya allah ,kami tengah usaha kan sesuatu untuk our small family ni. semoga impian ni tercapai lar di tahun baru ini. amin....
Aku actually xpernah ada azam pun.sebab tu agak nya mcm tu aje ye perjalanan hidup aku.kihkih..aku just follow what it takes.Bagus ada azam ni sebab nanti kita boleh try to achieve.tapi, kalau mcm aku ni ,azam tak azam cam gitu je. Kalau aku kata nk buat, aku buat je.tak yah tunggu nak ber azam. well..itu ikut oran lah ye.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...