LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, December 30, 2013

Jalan jalan pantai remis

As salam.

Weekend haritu bosan tak tau nak buat apa.padahal rumah pun tak kemas abis lagi.duk carik roh rajin masuk ,baru nak kemas. +______+.
So,sabtu haritu punya la tak tau nak lepak mana,so came out with plan ,hari ahad pergi pantai.ingatkan dah tak jadik ,sekali kuar time lunch tu ,en asben tanya lagi.jadik ke pantai..so, i olls ikut jer lah.

Lepas lunch kat kedai ayam kampung kat rumah tu, terus kita shoot ke sana.lagipun sedang elok jer.time tu dah pukul 3 pm.so ,nanti dalam kui 4 pm sampai just nice lah.
On gps, maka ke sana la kita.tup tup dah sampai dah..
Wah,meriah kot sini.best jer.tak tau pulak sini meriah.dah macam pesta pulak jadiknya.



Nak parking pun senang.masa sampai tu, orang tak seramai kami balik la.tak payah rebut parking dah dapat.tapi,maybe la jugak orang area klang/shah alam la kot yang datang sini kan.jauh jugak tuuuu...
Boleh park ada tempat khas kiri & kanan.



Eryna dapat selipar baru.sayang nak bagi pakai kasut kang kotor.
Banyak orang menjual kat sini.



Playground tuk budak budak main.yang bumbung kaler merah tu food court.tapi kami tak makan pun kat sini sebab baru lunch.just beli air milo yang rasa nya pun alahai...



Ni tak tau apa benda pun ada orang jual. takkan hair extension kot.ke untuk migrain.cucuk jer besi kat kepala tuh pastu settle.hikhikhikhik.


Apa yang di tengok nya tu.sampai ternganga mulut tu ha.asik tunjuk tu..tu..tu..
Skirt eryna tu beli kat cotton on kids.masa beli tu promo buy 1 get 2nd item at 50%. time tu beli skirt jeans tu ajer la.price dalam RM60.besar plak eventhough dah amik size 1 punya.nasib boleh adjust.

Comey jer pakai gini ( puji lar anak sendiri kan...) ..nampak la girly sket..dah la rambut pun takder.Asik pakai legging jer.
Pastu sekali last week pegi lagi cotton on gila gila punya sales.nyesal beli tau.gap 1 week jer.skirt ni tinggal RM49 jer.nangiss.....so, sebab geram terus la beli t-shirt ,tights,baju utk anak sedara, floral jeans & socks.semua tu dalam RM100+ jer.punya la murah. -_____-.
So,lepas ni tak dah ,kena beli time sale start 25 ke atas baru dapat harga murah.


Tu dia tunjuk lagi..apa lar dia tengok tu kan...


Ni ha ,nganga lagi.cam peghak la eryna ni tau.


Rupanya dia syiok tengok wau ni.so, aku pun cakap la,,itu wau..kang nanti dia sebut la ..tu..wau..wau..
Eryna ni senang ikut apa orang cakap,so please watch your words.kang dia repeat balik..+__+.


Banyak gerai2 sepanjang jalan.orang pun makin ramai.Ada gak ikan ,kerang depa jual.tapi kami tak beli.
Macam muak plak makan seafood.yer la haritu p sabah kan hari hari makan seafood.pastu bawak balik lagi.pastu p kuching pun sama.so,kali ni pergi sini memang tak plan nak makan seafood pun.

Sapa yang datang sini, afdal nya p la makan kat Muara Seafood tu.baru la best,jalan jalan pantai pastu pekena seafood.kami dah pernah sampai dulu,so next time jer.


Toilet pun kena charge kot. 3 kupang kalu cuci kaki ,mau kotor kena charge 5 kupang.lawak sangat nih..
Dalam sejam kat sana gerak balik .time ni orang makin ramai.kami balik dulu sebab dah nak hujan.

Lepas pergi sini ,kami teruskan misi mencari cendol bakar kampung rotan ka nama tempat tu ntah.
Punya la bercinta guna gps,last last guna waze baru sampai.
Tiada gambar kat cendol bakaq sebab hujan lepas tu terpaksa riba eryna sambil makan.

Then,around 7 pm kami pun balik la ke sarang ikut LATAR.pastu boleh la pulak ,terlajak sampai rawang.padahal gps dah bising suruh amik kiri masuk exit duta ,ingat sempat la nak exit guthrie ,sekali sama terlepas tu dia sampai ke rawang kekdahnya.hahahhahaa.

So, weekend terakhir di tahun 2013.
Semoga 2014 akan terus dikurniakan kebahagiaan , dirahmati & rezeki yang tidak putus.

Friday, December 27, 2013

Pergi klinik gigi doc khairuddin

As salam.

Dah hujung tahun baru sibuk nak claim medical.pastu gelabah calling semua dentist nak book appointment.
Tahun lepas lupa nak claim ,tau tau dah habis tahun.so melepas la claim dental RM 500 & claim health RM 450.So, tahun ni saya berjanji akan habiskan jugak walau apa terjadi.

Kami ada feveret dentist kat shah alam.ni asben la yang promotekan klinik ni.memang best sebab dia jenis cool pastu buat pun slow jer.tak rasa la sakit eventho tengah palam.
Tapi, dentist ni ramai patients.kalau weekend tu jangan harap la yer.Orang dah buat appointment dulu ,lepas tu yang walk in pun ramai.
Dulu, klinik ni buruk jer.sekarang dah maju oo..klinik baru.tapi dekat tempat lama jugak.



Tak kol appointment pun takpe, datang je walk in sambil berdoa takde orang.hehehehe..


Sapa yang dok area shah alam dekat la.klinik ni kat seksyen 19.nama klinik "Pergigian Khairudin".
Landmark ,apa eh..kedai dobi la kot.klinik kat atas.dekat shoplots jer ni.

Dah la muka boleh tahan dentist ni,cakap pun slow jer.
Contoh kan, bila kita masuk ,nanti dia tanya la nak scalling je ke.pastu nanti dah baring kat kerusi tu,nanti dia cakap " ok,macam biasa ,kalau sakit ,angkat tangan ye,tak angkat saya tak tau"..gitew..soft spoken jer.buat kerja pun cermat..amboi,...pujian melambung.tapi ini memang diperakui.

Kebetulan sehari sebelum krismas tu opis bagi cuti ,jadi marilah pergi cuci gigi.Actually ,dah pernah ada rekod dengan dentist ni.time tu pregnant eryna ,so tak jadik palam kang takut contraction plak.
Ni,after 2 years baru nak datang scalling & palam.malu nya gigi dah karat.+________+.




Mula mula kol ,recep tu kata full.tapi asben ku cakap ,pegi ja.kita walk in .ada rezeki ada lar.so,makan dulu kat restoren azira seksyen 9 pastu baru ke sana.
Masa tu ada la patients tapi tak ramai.hari kerja kan.recep tu cakap ada orang dah book,tapi kalau orang tu tak datang aku boleh masuk.

So, kami decide tunggu jer.and rezeki jugak la, orang tu tak datang..hoyeahhhh !!!!
Dapat la jumpa doc khairudin tu.dia buat scalling & palam 2 tempat.
Lepas habis, dia cakap.seelok nya datang setiap 6 bulan.
Mesti dalam hati nak cakap,gigi dah hancus baru nak datang tau minah ni..hihihihi.
Baik doc, 6 bulan lagi saya datang.


Eryna plak tunggu kat luar.agak haru biru sebab aku keluar je bilik, tengok kasut dia dah kat depan pintu.
Tuan nya dah takder.upernya dia dah tak nak pakai.
Tu petanda nak buat onar la tu.
Time dia nak nenen.

Total haritu cuma RM 350 sajer.
Murah kan....memang murah compared to klinik gigi aku pernah pergi.paling penting dentist nya terbaik.
Sebab aku ni time sekolah asik kena cabut jer gigi.benci sangat bila dentist mai sekolah.
Mau dentist datang,aku selalu carik alasan nak ponteng.
Buruk sangat gigi aku kot,asal jumpa dentist mesti kena cabut,tak pun palam.-_________-.

Ok,esok nakpergi buat GE scan & pap smear.punya la nak habiskan claim kan.tulah, dulu gedik tak nak buat, ni dah nak habis tahun baru nak hegeh hegeh.
Korang pun mesti sama je kan.hehehhe..



Lepas tu deliver set pantang ni kat opis mate yang baru bersalin.#iklan shaklee sat#.
So, u olls kalau nak consultation apa2 jer produk shaklee ,leh contact i olls yer.


P/ S; SAYA BUKAN DOC GIGI KAT KLINIK TU, ATAU PEKERJA KAT KLINIK NI YER.I REVIEW SENDIRI JER NI.SILA CALL NO YANG ADA DEKAT SIGNBOARD KAT GAMBAR ATAS TU YER :)



Thursday, December 26, 2013

Dating berdua ngan cik eryna

As salam.

Weekend haritu dating berdua ngan cik eryna.selama ni memang tak pernah la kami keluar berdua ( setakat balik kerja naik keta sama sama tu tak kira sebab tak singgah mana mana ).
So ,haritu kami kena tinggal berdua kat umah sebab asben kena pergi penang.lama la jugak ,dalam 4 hari kot .sabtu baru dia gerak balik.
Mungkin dah terbiasa weekend mesti keluar ,eryna ni macam panas montot lak kat rumah ,kejap itu kejap ini.kang sat sat lagi mama..mama..apa pun tak boleh..

So, baiklah..kita siap2 keluar.ingat nak join kelas geng PAF kat empire.hari tu jugak la kami ada topik best tapi apakan daya ,ku tak sanggup nak drive alone with eryna pastu nanti kang dia berlari dalam kelas ,satu hal pulak ganggu orang nak amik ilmu.


Memula teman mama pergi poslaju barang kastemer dulu.orang kat poslaju sungai buloh memnag dah kenai dia.abis, everytime pos jer after opis, so memang la hangkut sekali.dia pulak kan peramah ,tapi dari jauh ja ,orang nak pegang sori la taknak dia.

Tempat terdekat yang boleh lepak adalah.....carefour kota damansara.hihihi..ok what ,skang ni dah ada playground utk budak budak.itu jer sebab bawak p situ pun.
Kalau nak sopink confirm la tidak.kang sopink ke mana ,eryna ke mana.
Mula mula kita makan dulu la..kat care4 ni dah lain dah ,tak sama ngan yang dulu.eh...skang nama dah tukar ,jadik Aeon BIG.dulu,tempat ni macam kena curse tau, semua pakat tuju Giant.padahal tempat ni lagi besaq dari sana, parking pun banyak.sekarang ni ok lah sikit dari dulu.
Aku selalu la mai sini ,nak makan sushi la selalu nya. >_<. dulu mana ada sushi king sini.kalau ada Johnys steamboat pun best jugak.konfem tiap2 minggu datang sini.tak payah susah susah p OU.



Ok lah,jadi kita makan dulu kat food court atas ni.
Tengok ada nasi ayam kota damansara ,so kita try.selalu nampak signboard kat seksyen 6 tapi tak pernah try.mula tu nak makan ani sup utara ,sekali moi ( bubur nasi ) belum masak.
Eryna memang suka nasi ayam ,bagi ngan sup dah settlle.



Sedap tau nasi ayam ni.ayam dia crispy.tak cukup sambal dia, so bangun lagi sekali refill sambal.hihihihi.



Nasi ayam warisan KD namanya.lepas ni boleh la try lagi sebab sedap.  :).
Banyak la jugak dia makan.eryna kan takmo kita suap kan.so, aku umpan jer la,bagi dia pinggan ,sudu pastu letak sikit la nasi buat syarat kan.
Kang nanti sambil dia nganga nak suap ,aku terus sumbat sumbat jer.cara macam tu dia ok.memang sepah la, tapi what to do.kang dia mengamuk lagi payah.

Eh ,kat rumah pun aku biar jer dia nak suap sendiri.sepah tu nak wat camne ,biar la dia belajar.itu pun kira milestones dia gak kan..sepah takpe, boleh jer kemas..mithali sangat i olss... +______+.



Dia suka benda alah ni.padahal ni kan mainan orang besar.takder orang laju la dia tuju situ.


Pastu nak berkawan.tapi budak tu bo layan.sian la pulak.eryna ni memang friendly, kalau nampak budak kan ,laju jer ..kakak..kakak...
Dia memang boleh sebut banyak vocab dah sekarang & so far memang aku paham sebab pelat dia tak teruk sangat.
Lain yang dia selalu sebut : ( selain mama & abah )
# cat
# betul.betul.betul ( pengaruh upin ipin )
# tie ( auntie depan rumah pengasuh )
# mak.ayah.adik ( family pengasuh )
# cut ( kasut )
# kai ( pakai )
# nak
# nanak ( sambil geleng )
# tik ( cantik )
# kai ( pakai )
# cu ( susu )

And apa lagi eh..banyak la jugak dia boleh sebut.




Pastu layan benda ni kejap..pastu, dia pergi balik la kat menan tu..aku pun tak tau nama dia..


Ha, terbaring terus ko.hiks hiks..
Pastu ,dah sejam elok la balik.
Kat sini depa charge ,20 mins RM 5 ,pastu every 5 mins RM 1 kot.ntah la tak ingat..

Then ,belikan dia balls.nanti nak beli khemah kat ikea bagi dia main dalam tu..
Murah jer balls ni ,tak sampai RM10 pun.beria sangat bawak balls dalam care4.
Terlebih excited.tapi aku tak bagi main semua.kang jenuh balls penuh dalam rumah.




Muka tak boleh blah kan..hihihihi..
Ok,itu saja la cerita dating berdua...ok jer sebab eryna ni kalau ada mainan dia boleh jer layan.
Tapi,still tak leh bawak shopping la,kang hilang anak aku mak sibuk fitting baju.kena ada en asben jugak...



Tuesday, December 17, 2013

Singgah Cameron highlands kejap

As salam.

Entry basi.godek godek fon ,tetiba jumpa gambar lama ni.geram tengok eryna time ni tembam lagi.
Sekarang dah makin slim.haritu pergi timbang berat dia sama jer tak berubah ,10 kg jer.
Lagipun dia tak berapa nak makan kat rumah.sebab nak suap sendiri.banyak mana la sangat makan kalau dah suap sendiri tu kan.harap makan kat umah pengasuh la dia nak makan banyak sebab ada kawan.

Bulan berapa ntah ni pegi cameron.time ni nak balik cuti kat kg ,so singgah cameron dulu.lepas tu esok nya baru turun ke arah utara.oh yes, tengok balik date...bulan May 2013.punya la lama +__+.



Tidur kat strawberry park resort.tembam kan eryna time ni.
Ni dia dah laju merangkak ni.umur masa ni 9 bulan.still kena bawak bekal lagi sebab tak leh makan nasi macam sekarang.
Best bilik kat sini ,besar.jenis walk up hotel room.high floor,kena menapak 2 tangga jer.exercise la sikit.
Saja la pilih sini sebab tengok review cam best jer.shooting drama aron ajis kat sini kan.cter elena tu.maap la ,i olls tak tengok drama tu.
Breakfast pun ok jer.hotel ni tersorok sikit tapi signboard dia banyak jer boleh cari.


Ada budak kena kurung.tapi dia takmo tidoq sini.nak join katil jugak.nasib katil king.kacau jer +_+.



Balkoni nyer.nampak la gunung nan menghijau.
Rate promo dapat la RM 280 per nite.



Lepak kat sungai palas.makan scone yang tak okey okey jer.sedap lagi kat bharat.
Saja la tempek gambar biar nampak eryna gemok.mihmihmih +_____+.



Aktiviti wajib : petik buah stroberi.tak banyak yang gemok sebab pergi lambat.tapi, ok lar boleh lar.



Makan steamboat tak sedap kat sebelah hotel heritage kot.am sooo miss Johnys steamboat at this time.semua tak sedap.sayur je la fresh.mentang mentang la cameron khenn..


Bolat sangat dia ini.macam tengok cicak gaya nya.
Lepas tu ,kita pun balik ke utara sambil bawak balik segala sayur sayuran yang murah murah.
Itu jer la aktiviti pegi cameron pun.

Dulu dulu masa kerja kat company lama ,ada la 3 kali pergi sana.siap naik sampai puncak sebab time tu kita ikut buat audit ,so owner ladang tu bawak naik sampai atas.syiok sebab dapat tengok the whole cameron.
Tapi,cameron sekarang kan tak best macam dulu.
Dah tak berapa sejuk sangat.banyak sangat kena tarah. -__-.

Ok lah, back to work ,jangan lupa singgah blog bisnes shaklee untuk pembelian & konsultasi produk & keahlian.





Wednesday, December 11, 2013

Update from henfon

Hello.testing jer update from henfon.
Baru jer upload from play store tu yang peghak sikit tu.

Monday, December 9, 2013

Hotelsss di Kuching

As salam.

Hepi monday u olls.tetiba nak cerita la pasal tragedi hotelss yang kami stay masa p kuching haritu.
Jap, bagi aku gelak sat.sebab its soo funny & LOL sangat.

Masa hasben aku bagitau nak kena p kuching ,so dia suruh la aku riki riki hotel yang best.
Kan aku pernah studi sana nak dekat 3 tahun la jugak.
Tambah lagi pakej aku kan pandai 'klaka sarawak' , so aku diberi mandat carik bilik hotel.

Dalam fikiran aku Holiday Inn jer.padahal kan ,ada jer pun hotel lain dekat dekat situ.
Cam riverside ,hilton.
Yang dekat waterfront la ni.
Sebab nya ,kalau zaman aku studi dulu ,best la sini .dah la dekat dengan waterfront, berdepan pulak dengan shopping mall yang hebat ( time tu la +____+ ) , Tun Jugah.
Alah, senang cter ,dekat ngan tugu kucing tu lar.


Belakang kuceng tu kan logo mekdi tu kan.kat situ la Tun Jugah mall yang happening satu waktu dahulu..sekarang..................... +_________________+.
Hotel tu belah kiri tu jer.pastu ada waterfront.

Aku pernah stay kat holiday inn ni 5 tahun lepas.masa tu pergi seminar MIA.
Best la sini, happening jer.
Hotel pun lawa.
Time tu la ...derrr....

Pastu ,aku search, yang kuar Grand Magherita.
Rupa nya holiday inn dah kena take over.
Yang aku plak tak search hotel lain.nakkk jugak situ.sebab ku fikir ,time laki aku kerja ,leh la aku merayap Tun Jugah turrr...

Sekali kan..sampai sana.hello, after 5 years, what do u expect.dah banyak berubah la of crosss..
Dulu Tun Jugah la hebat...sekarang ni lengang.aku jer la merayap sana.....+__+.
Sekarang dah ada The Spring la, pastu hotel pun dah ada mall kat bawah u olls.
Hebat gillak kuching kinektok...clap clap clap....

Jom melawat Grand Magherita dulu ..laki aku kutuk gila gila ok aku pilih hotel ni.T_____T.



Ok lar, fine.....kan dah berusia more than 5 years, so karpet tu mana ada orang guna kan..
Agak la bau hapak..bukan busuk..
Pastu toilet pun okkkkk lar....


River view..ni asik kena kutuk la...nyampah tau..

Pastu opis mate laki aku duk Pullman.bising la pakcik tu awat aku tak pilih hotel tu.
Yang baru lagi canggih..huhuhuhu
Aku memang takder pun check rate ke apa ke situ..plus tak amik tau.hahahahahaha.*sengal jugak ni*

Sooo,dah tak suka,semua nya tak best la..
Nak jugak tukar hotel..siap cakap selimut kotor la apa la..
Malam tu pulak ,lampu takleh on kooo..ha, aku rasa lampu tu mogok laki aku asik kutukkkk jer....

So,esok nya kami check out & duduk Pullman...
ok larrr,jangan ko nak compare la ngan hotel lama sinun.
Kat Pullman ,memang best woo.tak payah upgrade ke exec suite pun dah best.
Bilik besar, toilet pun leh main kejar kejar.arghhh..pastu asik kena kutuk tak pandai carik hotel.LOLLL..






Breakfast pun sedap bangat..aku syak depa kidnap chep dari grand magherita sebab dulu ( masa holiday inn ) sedap ,sekarang sana dah tak sedap..muehehehehehehe..


Dim sum sedap u olls. dua kali amik....nangisss...



Laksa sarawak makan 2 mangkuk , pastu mee kolok pun yumss...
Latte pun sedappppp...tsktsktsk...

So, u olls yang nak visit kuching,aku recommend sesgt Pullman ni.
Hotel ni belakang Hilton ,kat atas bukit.
Bawah nyer ada shopping malls.ada old town, full house,ada mango & esprit lagi..boleh lar cuci2 mata....
And boleh jalan kaki nak makan seafood sedap kat topspot sana.

Rate boleh check kat agoda.com atau direct la ke website nyer.
Hotel ni new 5 star kat kuching..besttt....

Wednesday, December 4, 2013

Kota Kinabalu, Sabah

As salam.


Few weeks ago kami sekeluarga pergi bercuti ( for baby & me )  cum  bekerja ( for hasben ) di kota kinabalu ( KK ) & kuching.Actually this is our first long distance trip with a baby.memang dari hari tu dok fikir ,mana la kita nak pergi bercuti ni.tahun ni mesti jugak holiday.Memula macam nak p bandung ,tapi banyak date yang tak kena plus eryna kecik lagi ,so memang tak jadik la.some more cuti dah banyak ambil masa hari raya , pastu pindah rumah lagi.kira kira balik ,ada lagi balance less than 5 days jer.

Sedang elok jugak hasben kena outstesen ke KK so, we tagged along lah.rugi la tak join kan.Ok,mula mula kita cerita pasal KK dulu lah.kami pergi 5 hari .dari hari jumaat sampai rabu.

Pengalaman flite pertama eryna

Ini kira first flite experience for her.dah la masa ni ,kena travel berdua jer as hasben kena pergi earlier.tapi, saya tak risau sangat la sebab bukan jauh sangat pun. 2 jam 40 mins jer pun.direct flight from KLIA.cuma saya lebih risaukan kang dia takmo duduk atas riba.well, as she is below 2 years, so no seat allocated for her only bassinet.

Kami travel by MAS.memang i was thinking either MAS or Malindo.AA is a big no no.with a baby around is really not a good options.time travel kami berdua tak kisah la kan.environment kat AA tu yang tak sesuai plus nak kena jalan kaki  tempat panas nak naik flite pun dah satu hal.amboi, kemain yeh. +__+.

Everything went smoothly.eryna memang tak takut tinggi.ini memang dah maklum ( ke sebab time pregnant dia dulu saya jauh sangat fly sampai usa kot ).naik flight ,dapat magazine ,terus layan jer.siap tegur2 orang sebelah.hahahaha.





As flite take off ,dia dah ngantuk ,time tu 630 petang ,so memang cun sangat la.dia tidur pastu stewardess datang bawakkan makanan.sampai habis makan pun dia belum bangun.suddenly ,few minutes before landing baru dia bangun.tu pun tak nangis ( owh yes, eryna jenis tak nangis time bangun tidur as long as ada mama kat sebelah ).not so difficult travel alone with her.

Hotel di KK

Kami stay kat The Klagan Hotel.since long stay ,so pilih deluxe room & kena la facing sea view.range per nite around RM 310. bilik memang spacious.hotel ni boleh dikatakan baru ,so semua pun in good condition.puas hati sesangat with a big toilet as well.ada bath tub ,which boleh usya2 laut membiru sambil berendam.hahahahahaha >_<.




Hotel ni betul betul facing laut.walking distance to waterfront ( tempat makan ) ,pasar filipine & nearby shopping malls jugak.depan hotel ni ada centre point shopping malls ( yang ni lama punya ) ,kalau nak yang baru ,Suria Sabah.so, mmg easy access duduk sini.even kat bawah hotel ada starbucks & restaurant .




Nampak tak khemah putih tu. that's waterfront along the road.

Breakfast pulak ,food selections semua best.sambil bekpes sambil mengadap laut.oh yes, sebelah klagan ni adalah Le Meridien.its just sebelah sebelah jer.ni direct view from the hotel.nampak pulau tu ,itulah pulau manukan ( yer la sangat ,or other pulau ,maybe mamutik island ).





Tempat wajib lawat

1. Kundasang ( 2 jam dari KK )

Saya teruja nak datang sini sebab nak visit Kundasang jer.nak tengok gunung kinabalu la.perjalanan from KK dalam 2 jam macam tu.so better gerak awal pagi so dapat tengok kinabalu as nanti kalau awan dah tutup memang tak nampak apa lar.



Pekan kundasang.


Apa yang menarik di kundasang ( or along kundasang )  selain gunung kinabalu :

Desa dairy farm ( just 10 minutes from kundasang town )
Ala ala cam kat new zealand.tengok lembu lembu berkeliaran di padang.tapi time kami sampai ,lembu kena kerah perah susu.jangan lupa beli air kotak nyer yang super sedap especially choc.kami beli 4 kotak sekejapan jer habis.yummeh.






Tengah que untuk sesi perah susu at 3 pm.


Entry fee RM 4 kot per adult .baby pulak free ( my bad tak ingat but less than RM 5. )


Ini serius sedap.see the face larrr... >_<.


-Kinabalu heritage park
Starting point untuk pendaki gunung nak mendaki kinabalu.dari sini pun dah nampak gak kinabalu.and masa kami sampai ,cuaca pun sporting so dapat tengok clear view kinabalu.dalam taman ni ada orchid farm.tapi kami tak turun pun.sebab ada baby ni leceh pulak nak pitt stop banyak sangat.sebab eryna kalau dah start berjalan dia takmo masuk kereta dah.

Entrance fee RM 4 untuk adult kalau tak silap ( again +_+ ) and sila simpan tiket untuk free entrance kalau nak pergi air panas poring.




That's Kinabalu.


2. Air panas poring atau sabah tea ( 1 hour from kundasang )

Ini optional.kalau ada extra time boleh pegi both.sebab nya terletak sebelah sebelah jer.kami sampai poring dah pukul 6 petang ,so mmg tak sempat ke sabah tea sebab dah gelap.mandikan eryna & terus balik.agak scary la jugak sebab jalan berliku ala ala cameron highlands with lorries kuar masuk kan.but, a good experience tho.

3. Tamparuli ( 20 mins dari KK ) - Rumah terbalik & jambatan tamparuli

Selain dari Rumah Terbalik ( tepi jalan jer ) , boleh la saja suka suka p Jambatan Tamparuli,ibarat melawat Marsha af tu lah. :).entrance fee ke rumah terbalik RM 10 untuk dewasa.


Jambatan tamparuli tu takder apa pun,yang glemer sebab marsha la kot.



Sebuah ni jer la pun rumah terbalik nyer pun.


4. Pulau

Tak sempat melawat pulau.maybe next time.boleh choose nak pegi manukan / manutik or other island.

Tempat makan :

Seafood memang murah yang amat kat sini.tak jemu makan seafood sini.final day kat sini ,kami makan lobster kat pasar waterfront tu.manis isi nya.harga RM 18 kot per gram.so, lobster haritu kami kena bayar dalam RM 100.besar & puas hati.kat semenanjung mana nak dapat lobster murah.

Waterfront/pasar filipine

Tempat ni bila siang jadik parking lot.bila malam baru jadi tempat makan.sederet ni semua tempat makan.besar dan luas.pilih la mana2 gerai nak makan.so far takder la kotor pun.tengok gerai la.since hari hari dorang kena kemas sebab waktu siang jadi parking ,so i can say tempat nya bersih.




Anjung 

Anjung ni ada dua ,satu anjung selera depan promenade hotel & satu lagi dekat dengan pantai.anjung yang kat pesisir pantai tu sedap & murah.malam tu kami makan ketam black pepper ,sayap ayam ( yang femes kat sini ) ,udang ,sotong ,ikan.baru RM 70 kot.nak pengsan dengar harganya.murah sesangat.

Restoren kak nong.

Kami lunch 2 kali kat sini.ok la restoren ni.nak kata sedap tu my average la.ramai orang makan sini.plus cepat servicenya.takkan siang hari pun nak makan seafood kan.






Restoran dapur

Kata nya owner restoren ni hasben liyana jasmay.comel jer restoren ni.sebelah ngan kak nong jer.and i super like nasi ayam penyet dia.sedap.moist.hasben order iga bakar.pun sedap.terbaik.

Kereta sewa di KK

Boleh goggle dan ada banyak choices.nasib baik ,dapat la keta sewa yang ok.kalau peak time ,harga pun naik & keta pun agak2 sedih la.mula mula kami dah sewa dengan company X ,pastu terpaksa return keta sebab keta yang dia bagi tu brek dah teruk.horror.burn duit minyak RM 50 sebab memula ingat ok ,pastu isi minyak full sebab ingat kan nak pergi kundasang .sekali terpaksa patah balik.dah la gps pun takleh on sebab fius rokok tu rosak.camno nak p sana. +__________+.


Then, goggle jumpa kak maya.and sewa dengan dia viva elite yang very good condition.,harga pun ok.sebab sewa 4 hari ,so dia bagi diskaun sehari RM 100 sajer.kalau bukan peak time ,rasanya viva boleh dapat around RM90.ni no fon kak maya kalau nak sewa dengan dia. 019 832 5485.kereta boleh request hantar ke hotel pastu boleh request mintak dia collect kat epot time balik.

Actually ,banyak lagi nak story ,tapi banyakkk dah ni.kang jemu baca.oh ya, tidak di lupa supplement yang dibawa time cuti. ( sempat promote la kan ).


Sempat snap omega jer.saya bawak sekali vit c untuk antibodi sebab kat sana kan cuaca sejuk.and alfafa untuk boost susu & detox.omega untuk kolestrol & fat la of cos.too much seafood kot.kasi balance ( yor lah tu ,makan tak ingat kan.... )



New shaklee branch kat sana.time ni dah check out nak balik.sempat gak melawat.tak jauh sgt ,dalam 20 mins ke airport KK.
Overall, memang best sangat p KK nih.5 hari tu kira ngam ngam jer la.should come back in another years. :)

Xoxo.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...