LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, February 20, 2018

Tercium cik lepat

As salam.

Haritu Elisya macam sakit mata.so,bawak dia p klinik.time tu tak la jem mana pun.usually,traffic lite depan NSK tu memang slow sikit.entah macam mana, agaknya tengah berangan ke apa.tetiba i dengar bunyi "boom" yang sangat slow..masa tu surprise jugak.and macam blur. tanya eryna..ada tak dia dengaq bunyi.and dengan konfiden cakap dekat dia..ada orang langgaq kita ke....padahal....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Kereta ku dah cium cik lepat πŸ˜₯..terblur and nervous terus..huwaaa camno ni...


Dalam debar tu,driver dah turun and tengok la keta dia yang dah rapat sangat dengan my car...aduh,camna la boleh careless.memang serius tak perasan macam mana boleh jadi..nak recall pun blur.

Pastu,dah amik gambaq semua..driver lepat cakap,kena settle balai.i asked him,kalau boleh dia gerak sikit ke depan sebab nak tengok la the damage..brader tu tak nak.dia kata tak boleh.eh,awat pulak kan..pastu dia dengan kerek nya cakap.."kena settle balai ni..ni lepat ni..dalam 7,8 ribu ni" perghhh..tau la keta hang mahai..takyah la wat kerek bro ( dalam hati je la..muahahaha)...pastu i call hasben mintak dia cakap..still dalam phone dia dok cakap pasal harga 7,8 ribu lolssss...i have a feeling macam tak kena banyak sebab macam takde kemek..tapi still the car has to move to see the damage.

Lepas tu,brader tu bagitau,itu keta boss..ooo patut la takuit...tapi awat yang duk cakap serupa tu keta hang..gitew..tapi,ok la dia takdak la nak jerkah cheq..yang eryna pulak sibuk nak turun..ish geram..elisya dah start nangis sebab kereta berhenti..drama sat la situ 😁😁..

And then i cakap kat brader tu,ok la ikut la mana-mana.you have my number..dah amik road tax semua.i wait for my hasben to come back home.pastu since situ kan traffic lite,,bila dia move tu takleh la laju-laju sebab ada keta queue kat depan.as soon as he moves...


.
.
.
.
.
.






Yeay..macam nak lompat bintang u ollls.sebab takdak kemek ke apa.calaq pun macam takdak ja.so,i p ketuk cermin suruh dia turun..nampak la bini boss kat dalam.i bagi la salam and cakap sorry.the wife tak turun pun,dia angguk kepala je..pssst : abaikan i olls yang sungguh semangat amik pic.πŸ˜›





Kereta i olls pun takdak apa-apa.hoorayyyy..selamat NCD.


Then ,driver tu turun,amik pic one more time..i cakap..kalau p balai pun nanti nak report apa.sebab takde apa.unless we settle luar and if nak pay for calar ke apa,let us know ( chewah,padahal haku harap sangat la jangan nak claim 😜😜)..pastu dia kata,let him talk to the boss.time ni,dia dah tone down sikit.maybe sebab i pun mengalah je from beginning.kalau dok melawan agaknya dia tak kasik chance..

Sampai kat rumah,alhamdullilah he called me and cakap,boss kata,tak yah g balai..so case closed.alhamdulillah..i thanked him and asked him to convey the message to his boss tooo.lega sangat..lepas tu,dah lama baru pikiaq..rasa nya,,time kat traffic tu,i tak tarik handbrake..it was Neutral..and at the same time,kaki i tak pijak brek..so,makna nya my car went straight lepas tu terstop sebab dah kiss cik lepat..yang tak jadi apa-apa tu,sebab tak tekan brek..phew....πŸ˜‚πŸ˜‚..lesson learnt..jangan nak berangan sangat ok..mujur la jadi kat area rumah..kalau tempat lain,tak berani cheq nak turun tengok..

πŸ’‹

Monday, February 19, 2018

Ola Bola the Musical

As salam.

Dah lama tak layan teater..last rasanya 8 tahun lepas.banyak jugak kitaorang p..puteri gunung ledang.baik punya cilok..apa lagi eh..tapi memang best la..sebab tengok live rasa berbeza from tv/cinema..so,yang tak pernah try tu..go and see it yourself to believe πŸ˜‰.

Kebetulan ada Ola Bola the Musical..saja tanya hasben if dia boleh jaga kids.i nak p berjimba with le gulfren.actually,saja la jugak,if tak dapat kena bagi dapat jugak sebab the week after,he has his own plan which i kena jaga kids 3 days straight on weekends.so,mana la adil kan.kita pun kena la ada time for ourselves.

After dapat green lite,and then texted my bff..selalu pun memang layan teater dengan dia je pun.tiket ada banyak lagi available.beli yang paling murah je...RM 53.upper circle,back row..so,sapa-sapa yang beli upper circle,i would suggest to choose seat row macam we olls ni ... H 14,15,16 to be exact..sebab view best..bila duduk belakang,berdiri pun takde masalah.pun nampak clear..of course la,tak boleh beat those yang duduk seat VIP kat depan tu kan πŸ˜€..

Before the show..makan dulu kat cafe IB yang to me..the foods always sedap.i had nasi lemak yang sedap and still panas.nicely wrap dalam daun pisang..i likeyyy....lepas tu zuhur and tunggu queue nak masuk..cuma masa tu,lambat sikit la.now,they scan the bar code..tak payah bawak tiket if we buy online.show start at 2.30 which kat tiket kata pukul 2 pm.





Tangkap gambaq la dulu...






Us again...






From our seat..clear je..sound system superb..the show pun almost perfect...akak bagi 4.5 bintang..well done...puas hati..show ended at 530 pm...

Oh ya,masa tau bront palare takde dalam ni,i was underestimate sikit la pelakon yang ganti dia tu..turn out that guy was sooo good.he delivered well.terbaikkk sangat...

Yang nak p tengok,make sure u tengok Ola Bola the movie first to understand the whole plot and not to lost between the show.macam pakcik sebelah kitaorang ni..agaknya dia tak paham,end up tengok dia keluar masuk and not enjoy it..ke sebab dia teman family kot.hehehehe..

πŸ’‹

Monday, January 1, 2018

First post for 2018- Happy New Year

As salam. 

My first post for 2018.blogging from phone 😁.. So azam tahun baru saya :

- konsisten blog everyday so that i won't miss thing that i would like to remember in future..

- nak travel oversea. At least sekali. Dah ada two countries shortlisted, so insya allah.. Kun faya kun. It will be Elisya first flight 😊.

- sit for ACCA exam. At least setahun sekali pun jadi la. Better late than never.

- career improvement /enhancement. I want to change for a better.

- buat apa yang tak terbuat masa previous year. Basically carry forward la πŸ˜‚πŸ˜‚..

Kitaorg countdown dekat club house at the apartment. This is the first time the management organise new year countdown event.there is also light refreshments. The lamb is soooo good. Nanti masa Chinese new year party they will hire the same vendor.. Yeayyy.. Makan jugak yang diingat πŸ˜…..


Pool party. Ada band pakcik tu nyanyi best giller. Otai masih berbisa. Cuaca pun cantik. Elisya dah pengsan dalam carrier tu.




Kids having fun. Eryna with her best friend, raina. Buat hand painting tapi dah hilang in a minute πŸ˜•πŸ˜•.



Happy New Year.. Welcoming 2018 with a big heart and looking forward for the great 365 days.



πŸ’‹πŸ’‹.

Friday, December 29, 2017

Umrah 2017

As salam.

Alhamdulillah..umrah ayah ,husband dan sepupu..ada rezeki dapat p sana..saja sharing pictures hopefully,kami sekeluarga pulak dijemput ke sana...niat tu nak bawak anak-anak sekali.kali ni kasik chance husband p dulu..dah rezeki dia..rezeki tak diduga nama nya..semua nya dengan izin Allah..

Trip umrah ni from 7 Dec 2017-19 Dec 2017..12 hari 10 malam..naik MAS, from KUL-Jeddah..depa p Madinah dulu,then baru umrah..sempat jugak depa p Taif,rombongan luar..ni dah sampai balik,semua pakat batuk..ayah demam la..now dah sihat..





Rombongan cik kiah..kali ni mak tak dapat ikut atas sebab tertentu.selalu tu memang mak ikut sekali..insya allah mak kata tahun depan nak p umrah lagi..mak pun dah pernah haji dan umrah few years back..




Alhamdulillah ayah masih sihat nak beribadah..umur tahun ni dah 73..semoga Allah panjangkan umur ayah,mak..bagi kesihatan yang baik..ada rezeki kita p sama-sama la pulak..dah 5 kali jugak ayah sampai mekah..dua kali buat haji..dia kata takkan jemu p sana..nak p lagi..










Pengalaman pertama untuk husband..dapat 3 kali umrah..dia habaq,dapat masuk raudhah 2 kali and dapat peluang sembahyang sebelah makam nabi..cuma tak dapat cium hajral aswad tapi itu pun dah bersyukur..dok pesan ja,doa -doa la next year elisya besar sikit,kita p sana..nak sangat p..insya allah..

Dugaan yang kat malaysia ni.eryna dengan elisya take turn demam.sampai p kerja pun hari-hari half day.ada sekali tu work at home ja.mujur boss memahami..elok ayah depa balik,depa pun baik demam.mama la penat hmmm...eh,takde ke nak hadiahkan percutian spa ka,facial ka kat bini awak ni..

πŸ’‹

Thursday, December 28, 2017

Konsert tahunan - 5 years

As salam.

End of the year, macam biasa la timeline FB ku dibanjiri video/gambar konsert anak-anak.cute je tengok telatah budak-budak.dulu waktu tadika, rasa nya takdak la performance semua ni.maybe la ada jugak pandai jubah konvo, tak ingat dah sebab takdak gambaq.

Sekolah eryna pun ada la jugak buat.praktis konsert ada la nak dekat sebulan.siap buat rehearsal lagi.salute dengan cikgu-cikgu yang sabaq layan anak-anak kecik tu.bukan senang nak jaga mood budak-budak.semua kena sama rata.




Eryna punya la excited dari bulan bila entah asyik countdown concert.asik tanya,mama esok konsert ke,bila konsert..bila nak 19 ni mama..amboi,dia punya seronok tu kan..
Untuk konsert kali ni,budak 5 years perform lagu hindustan "chamak calo" ke apa tajuk nya..lepas tu,untuk iqra class,nyanyi lagu nasyid maher zain..masa awal perform tu,depa ramai-ramai la nyanyi ikan kekek la,negaraku la and apa lagi tah..






Budak 4 years pulak perform lagu baby shark du du du tu..so chomellll..tema kan beach party,geram tengok ha depa dengan baju ala-ala p pantai tu.

Baju yang punjabi tu,tak sempat nak amik pic sama-sama sebab lepas tu kena tukar jubah pulak.mujur la ada jubah mak tok beli kat mekah haritu,boleh la pakai.nampak remaja pulak anak mama mekap.cikgu pandai mekap,lagi cantik kakak eryna mekap dari mama πŸ˜‚..






Lepas habis konsert baru dapat amik pic.dah tukar jubah..time ni elisya dah tidur.teacher datang dukung and gomol cium dia pun boleh dia bantai tidur macam takdak apa berlaku.sabaq je la.sebelum tu asik nak merangkak dalam dewan.


Eryna dengan bestfren baru..ada jugak few times dia mentioned nama dareena, her bestfren masa kat tadika lama..lama tak jumpa ,nanti dah besar agaknya lagi segan.masa terjumpa kat giant haritu pun,dedua malu tak bercakap.bila tanya eryna kenapa tak sembang dengan dareena,dia kata , 'kakak malu la"...pulak dah 😏..






Dengan teacher wan yang baik dan penyayang..senang nak deal dengan kak wan.kalau watsap pasal tadika ,cepat je reply.kita parents pun rasa senang hati.






Ni dengan jamilah & adik dia amira.mak jamilah ni tak pandai cakap melayu.speaking boleh la sikit-sikit.dia bukan orang malaysia.ayah dia yang msian.


Mama doakan eryna akan menjadi anak solehah,berjaya ,terang hati dalam pelajaran,seimbang dunia & akhirat..haritu nak jadi polis,lepas tu nak jadi teacher..now dah tukar nak jadi doktor.apa-apa pun,jadilah seorang muslimah yang berjaya dalam apa jua profesion..insya allah...

Haritu masa parents-teacher meeting,alhamdulillah eryna doing well in her class.paling suka subject maths.dah pandai baca..and speaking tu slowly la,better than last time dia tak nak speaking kat rumah.now,balik rumah dah nak speaking..siap dok sibuk buat tutorial playdoh la,poney la,.ikut kat youtube.slang bukan main lagi kan 😁..dalam kelas,dapat first place and sangat minat math..haritu exam,cikgu bagi dia soalan standard darjah satu and she scored 100%..teacher cakap,kalau bagi exam macam 5 years..,kacang je la buat sebelah mata..so,they decided to give her advanced level..ada 4 orang lagi kawan dia same class sat same exam..itu pun teacher cakap five of them beat the rest yang amik exam ikut 5 years...alhamdulillah..semoga berterusan.jangan waktu kecik je rajin..yang penting enjoy g sekolah tak buat drama pun mama dah happy sangat..result bagus lagi la mama double triple happy 😚now cuma nak kena polish bab al-quran pulak.lambat sangat dok iqra lagi..bila nak naik quran ni..and slowly nak ajak dia solat 5 waktu pulak,nanti darjah satu,malas solat mama rotan ja πŸ˜›πŸ˜›..

πŸ’‹

Monday, November 20, 2017

Neuschwanstein castle

As salam.

Backdated entry.

Berbelit nak sebut.tapi,sandra my ex-intern dekat opis ni ajar cara nak sebut yang betul.nos-swan-sen ( tapi kena bunyi ala-ala german idgham gitu)...castle ni, (sebab panjang sangat nak tulis nama dia ), dipanggil fairy tale castle...kata nya cerita sleeping beauty inspired by this castle.

So,kat mana kah castle ni..well,terletak dalam bavarian, selatan germany...

Image from Goggle



Nak senang faham, kalau tengok map ni, dari Munich, castle tu ke arah kiri..while salzburg, hala ke arah lain..

Berapa jauh dari Munich ? 
Ok ,kalau drive maybe 1-2 jam..kalau naik train, sejam setengah untuk sampai ke last stesen Fussen.dari stesen Fussen ni,kena turun ambik bas pulak untuk ke base castle ni.dalam 15 mins,nanti sampai la..wait, dah sampai kat bawah tu,jangan ingat dah sampai castle ye..nama pun fairy tale castle,of course la there's a lot of effort before you can see it πŸ˜‚.

Nak senang, ikut je direction dari mamat ni..aku pun masa p sana,sebijik sejebon ikut apa dia cakap,alhamdulillah..selamat pergi dan pulang in two-piece 😜..dia punya info tu sangat-sangat membantu and very clear...dia dah detail out nak naik bas mana semua..kalau harap aku,dah lupa la naik bas no berapa sebab masa tu dah tak ingat nak tulis no bas,yang ingat kena cepat berkejar sebab takut tak sempat nak turun balik ke bawah bila dah memanjat castle.

Al-kisah,dalam kes kitaorang pulak.Aku beli bayern ticket..ticket ni valid untuk guna selama 48 jam secara percuma untuk access from Munich ke Salzburg and ke daerah bavarian.so, within that time boleh naik train ( except ICE -train laju ) and bus what not secara percuma.

Harga ticket EUR24 per pax and kid is free.sangat berbaloi..dengan ticket tu la kami p Salzburg return..tapi dekat Salzburg bus yang ada tu tak boleh guna ticket kena beli ticket ala-ala kupon bas mini ( tapi, it's ok sebab harga dia murah je pun dalam EUR 2 and valid pulak 12 jam )...

Entah kenapa, aku macam nak jugak-jugak p castle ni.siap dah planned la,konon waktu laki aku p gheja,nak p dengan eryna ja ( lucky didn't do that sebab hazabedah sangat nak jejak castle ni 😿) and masa tu laki aku tak bagi la..dia kata area Munich ja boleh p berdua dengan eryna,yang castle tu dia nak p..ok,foineeeee...kita tunggu until balik Salzburg...

Mula ingat tu,macam dah malas nak p ,tapi since arrive dari Salzburg dalam pukul 11 am kat Munich,and so to happen,bila check apps ,train tu nak depart lagi 10 mins..berlari kami cari platform..mujur sempat naik..





View all the way to castle..melalui rumah, ladang kuda..bukit bukau ..cantik view dia......

Image from Goggle


Ini la castle tu ( cilok dari goggle je sebab kita tak cukup pro nak dapat pic secantik ini )..the realiti....memang castle ni sebegini..dari bawah dah nampak cantik ...tapi..yang hazab bila nak naik ke atas..dah la masa tu bulan puasa..ya ampun mujur la semangat masih kuat apabila berjaya berpuasa sampai habis..😩..

Ingatkan,lepas turun train,pastu naik bas dah sampai la..tidak ye..anda perlukan masa lagi 30 mins minimum untuk sampai ke puncak yang nun jauh di sana...




Dah turun bas,ada bas lagi satu untuk bawak naik ke atas.harga dalam 2 EUR.kereta kuda pun ada untuk bawak naik..tapi,kalau badan berat,tolong la jangan zalimi dia.semput weh sebab bukan calang-calang nak naik atas tu.i tell u..sangat la mencabar..ni pun memula aku tak tau.dok ingat,ok,lepas naik bas ni,terus poofff castle depan mata...berangan ina...berangan nama nya tu...

Hakikat ....bas tu bawak naik,tup tup dia stop dekat bus stand..aku macam,eh mana castle..kenapa hutan..ye betul..castle nun sayup di atas.bertabah la tolak stroller dalam keadaan seperti jungle tracking..




Image from Goggle


Tengok map atas ni ☝..Ticket center tu tempat nak naik bas yang kedua ..lepas naik bas dari train station.Schloss Hohenschawangau tu bukan fairy tale castle tu..tapi,tu pun cantik..tak tau castle apa..kaler dia oren..tak sempat singgah sebab kena fikir salah satu je..so,nampak tak jalan kaler pink & purple..ha,tu la dia estimeted time nak jalan..itu laluan kuda.yang bus tu,laluan dia kuning..dari tempat dia drop tu kena menapak bukit lagi..15 min tu agaknya berlari kot sebab ada la 30 mins baru sampai castle..penat weh...



Castle sayup je kat belakang tu.ada tourist dari China tolong amikkan..kalau tak, mana nak dapat pic bertiga..semua orang sibuk buat hal masing-masing.






Tapi,worth the view..ni kat tengah otw perjalanan nak sampai..nampak sayup je..ngeri jugak sbb kita ada stroller kot lost control..dah la masing-masing penat puasa.sempat la kita gaduh-baik-gaduh-baik πŸ’dalam tempoh nak naik bukit tu..nampak tak castle oren tu dari atas...





Depan pintu gerbang dari arah tepi..kaler oren pulak..besar sangat-sangat castle ni..penat jalan dari luar pun..and seram jugak sebab tinggi ..sayup betul nampak ke bawah..ni kalau jatuh,confirm la tak jumpa dah ni...bahaya kalau ada anak yang suka memanjat sebab tembok macam rendah je ku tengok.





Orang ramai sangat..kami tak beli tiket untuk masuk dalam tu.jalan-jalan kat luaq je.amik pic pastu kena balik sebab kalau miss train 630 petang,next train pukul 930 pm.which tak boleh sebab esok nya kami nak check out untuk balik key ell dah...pagi tu dah plan nak p Bayern Munich stadium.takut terbabas tiduq.






Ini dari view depan castle.nak dapat shoot ni pun beratur la sebab ramai yang dok lalu lalang...nak kejar masa amik pic pun laju-laju..plus eryna dah mula boring 😀..bawak budak macam ni lah..stress tu confirm la,tapi terima lah dengan redha kan..haha..


Bergegas la turun ke bawah..tengok ramai dah start tunggu bas.aku dengan kiasu tunggu dekat depan nak make sure dapat tempat...nanti dah turun bawah nak kena tunggu bas untuk p train station pulak..time tu,eryna nak air,so hasben p cari kedai..pastu tengok dia beli air dengan strawberry..masa tu tak expect nak berbuka puasa atas train..ingat kan route sama je la macam mai tadi..rupanya tidak 😰..

Train sampai on time.tapi,lembab nya hai.rasa macam naik komuter.tapi ok je la dapat la enjoy the view.sambil fikir bila la nak sampai lagi..ni sambil menulis,hati terasa sangat nak mai lagi..mana tau kan..insya allah...along the view tu lalu kampung macam kat malaysia ja pun..gunung ganang..ladang gandum..pastu tetiba train stop..awat pulak ni..rupanya semua kena turun sebab train tu akan berpisah gerabak.kena naik train lain nak p Munich Hbf .ha,sudah..blur kejap...




Check apps,dalam 45 mins jugak la..padahal kalau direct tadi,dah sampai Munich on time..so,bila next train sampai,kami pun berbuka la dalam train...with the strawberries...kalau tak dak tadi,agaknya buka puasa minum susu eryna kot 😭...nostalgia sungguh...dah nak dekat pukul 10 malam baru sampai Munich..letak beg kat locker sebab ingat nak p makan dulu..takut kang hotel yang nak check in tu jauh dari situ..


Maka,dengan waze,cari la kedai halal turki..jauh la hai nak jalan from situ.sekali dah sampai,hotel yang kami nak duduk tu rupanya seberang jalan je.tak tau la rasa nak hempuk kepala ke dinding ke macam mana..sebab nya beg semua kat locker,dah satu hal kena jalan balik lepas tu..penat berganda...
Ibarat macam ni la...letak beg kat locker di kl sentral..pastu jalan kaki nak makan dekat brickfields..then found out hotel tu berdepan dengan restoran yang kau cari tu..ha,merasa la menapak dua kali..mujuq dah kenyang ,pusing balik pun redha je la...





Untuk meal macam ni, total around 60 EUR ...portion besar siap tapau bawak balik bilik.usually set nasik charge dalam 20 EUR ..tapi puas hati sebab dapat makan banyak and boleh share..

Nama restaurant ni Sara Restaurant..terletak di jalan "Landwehrstrasse"..which is tak jauh from Munchen Hbf..jalan kaki je dari situ..
Ada few restaurant turkish pilih je la mana-mana kalau dah penat jalan.halal insya allah.






All in,saja nak coret pengalaman kat sini,sebab masa di waktu kejadian rasa nak lempang diri sendiri je bila pikiaq awat la nak p jugak tempat yang challenging macam tu..tapi,trust me,bila hampa dah balik malaysia and bertenang..browsing all the pictures..hampa akan lebih kecewa kalau tak p..

Jadi,aku dah tau,bila cuti,tempat yang kita rasa tak larat nak p ka apa,gagah kan la p..enjoy the view and hustle πŸ˜„..trust me..it's all worth it.sebab kita bukan nak p sana tiap2 tahun..penat masa tu ja,kenangan tak boleh beli kan ...





Budak yang mood kejap ok kejap tak ok..tips bawak budak travel,simpan la something dalam beg tu,mak-mak wajib buat ni.macam aku,beli kinder bueno surprise egg tu and jadikan modal bila dia dah boring..trust me,time depa dah letih.bagi i-pad ,silap-silap depa buang ja...tapi,bagi surprise egg tu macam berhantu,terus suka...so far, we have been to several countries, long hours flight..sangat senang nak handle eryna..she's such a traveler  πŸ˜€..



πŸ’‹





Tuesday, November 14, 2017

12.11 , my birthday

As salam.

12.11 haritu dah bertambah umuq lagi setahun.kejap ja masa berlalu..dah nak masuk penghujung tahun dah.

Planned nya ,nak p lost world of tambun.dah booking hotel tapi cancel sebab ramalan cuaca,hujan.so,kalau hujan plus bawak budak p theme park,maknanya apa ? lepak dalam hotel atau mall je la gamaknya.

Jadi,dari travel jauh-jauh & end up duduk dalam bilik,baik lah cari hotel dekat key ell/selangor je.
Itu pun cari hotel takde surprise langsung.pagi 11.11 tu husben tanya,mau dak kalau Pullman.itu pun lepas haku sound dia sebab asik bagi suggestion tempat makan/hotel ,tapi dia takmau. confused pulak ni birthday sapa 😏..





Sebab ada budak tu asik la dok sebut nak mandi pool & since pool kat rumah ni dah 6 bulan maintenance, so kita check in lah hotel yang ada bath tub dalam bilik & also pool..supaya dia puas mandi. 
Tu lah dia,jadi mak ni,birthday mak pun pikiaq anak ok ke dak..sebab mula tu,ada jugak cadangan nak p lunch kat kl tower.tapi,ku fikir kan ,mau ka eryna tu duduk diam..elisya pun dah start merangkak,kang rugi dah la mahai bayar,nak duduk tak sampai 30 mins.





Puas hati dapat berendam.itu pun,hari check in kitaorang keluaq p makan kat bangsar and masuk mall tu,asik la sebut nak balik hotel.sudahnya beli groceries sikit and balik hotel. dia pun terus terjun bath tub sebab dah malam, malas nak bawak g pool..tu pun jadi ja dia.





Lepak dengan elisya tepi kolam.pastu budak ni tak reti duduk diam,lalu kita naik atas..dah lama mak tak berendam dalam pool.nak kena beli burkini baru la nampak nya . 
Haritu,terlupa nak beli pelampung tuk elisya,sian dia..kalau tak dapat la join kakak.








Check out and then p mid valley.
Dah lama tak makan madam kwan,so settle kat sini ja.
Mujur luar tu ada toys r us tengah buat coloring sempena promosi little pony tu.
While waiting for seats, dapat la distract si mek eryna kejap dengan aktiviti coloring tu.bila makanan sampai baru panggil masuk.itu pun jenuh jugak nak kena paksa suruh dia habiskan makanan dulu.sebab fikiran dia asik teringat poney kat luar tu.





That's all for my birthday lunch..pastu order dessert. dah tak tau nak p makan mana actually.kalau amik buffet lunch,dok pikiaq membazir sebab confirm budak tak nak duduk lama.
And restaurant pulak,tak tau nak p mana.maklum la,kami ni kaki makan,pantang ada restaurant baru bukak,confirm sampai.so bila nak celebrate tu,dah tak tau nak p mana pulak..




Elisya domok kena buli dengan kakak.sian dia tu tau..dah pandai merangkak sikit-sikit.this month dah masuk 7 bulan kejap je kan.

Oh yeah,hari jumaat tu,lunch birthday with my colleague kat dolly dim sum.so,kira nya i dah tahap tak tau nak makan apa..western kah,melayu kah,chinese kah,indian kah..jadi,kita terima seadanya tekak nak makan apa.alhamdulillah dapat makan kan πŸ˜‹..

Alhamdulillah for another year ..older but wiser, insya allah 😁😁..

πŸ’‹

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...