Tuesday, August 30, 2016

Progress after sebulan tadika

As salam.

Bulan ni,kira sebulan la eryna masuk tadika.actually, under same management pun dengan owner taska yang eryna dok p dulu.lepas tu,awal tahun ni,depa bukak tadika.kira nya kawan-kawan eryna yang masuk awal tahun haritu macam pioneer la.

Eryna pulak,join lambat .kalau ikutkan,tahun depan baru nak enroll tapi sebab haritu,masa taska renovate, budak yang umur 4 and 3 tahun ( yang tak join tadika ) kena stay kat tadika.sebab taknak dorang kacau barang constructions.dalam 3 minggu jugak la kat sana, tapi bayar still harga taska la.

Bila dah kat tadika,confirm la eryna takmau join taska.dia dah demand nak masuk tadika.masa tu,cikgu dah bagitau,renovation dah siap,so dah boleh hantar semula ke taska ( tempat lain-lain ).dah tanya eryna,ok tak masuk balik taska,dia keep on saying " eryna tak nak.eryna nak belajar dengan kawan-kawan"..owh,sudah la pulak.

So,after discuss,tu yang hantar lepas raya tu.bagus nya,kalau dulu p taska,bangun masam-masam terus hantar.nanti taska mandikan.tapi,dah masuk tadika,excited la pulak.bangun mandi awal pun ok,pakai uniform.walaupun ada hari memang ada drama ( sebab ngantuk nak tidor ),tapi pujuk cakap besfren dia dah bangun,so bangun la jugak dia.

Just nak share ,perubahan yang sangat bagus,selain dari aktiviti biasa ( menulis ,coloring,arts ), eryna dah boleh baca al-fatihah dan surah tiga qul sendiri.dengan lancar ( insert : pelat budak-budak ).kalau sebelum ni,memang dia boleh baca tapi kena mama ikut,now ,suruh baca,konfiden sampai habis.alhamdulillah,..happy sangat dah.doa makan ,doa tidur tu dah pass lamaaaa dah yang tu.

Mungkin ada orang anak depa dah terror hafal and baca banyak surah.untuk aku,ni pun dah cukup proud sebab nya ,kalau harap kitaorang ajar,entah bila la dia nak pandai.ni sebab hari-hari kat sekolah dorang baca.so,dia pandai sendiri.




*Gambaq takdak kena mengena sebab sampai hari ni memang susah nak amik pic dengan baju sekolah dia tu.ni aktiviti weekend.sekarang dah berani mandi kat kolam dewasa sorang-sorang.kalau tidak,asyik meraung mintak pegang belakang sebab gayat.now,dah berani terjun sendiri.swimming tu belum la,hahaha.kena pakai float gak.*


Lepas tu,minggu lepas kot,time sembahyang,tiba-tiba eryna join. dah la dengan tak pakai telekung,selamba ja solat dengan baju tidoq.pastu dia baca kuat-kuat ok.sambil sembahyang,mama kau pun emo sebab rupanya eryna dah pandai baca "takbir ratul irham" ,baca doa sujud and duduk antara dua rakaat.sobs sobs..emo sebab tak perasan anak dah pandai sendiri.so,cakap dengan abah dia,we should start teach her muqaddam.sebab dulu,i masa kecik ayah and mak yang ajar.naik quran baru berguru dengan tok guru.

Abah dia pun ada belikan muqaddam,tapi tu la,dah seminggu,dok ulang alif sampai ya je la.haha.kitaorang pun tak reti macam mana nak ajar betul nya.eryna pulak dia banyak main-main time dengan kitaorang.dia tau dah baca semua tu,cuma now nak ajar la , alif atas a, alif bawah i, alif bawah u,a i u..gitew.so far masih fail..rasa nya nanti tau-tau eryna dah naik quran.hewhew..

Alhamdulillah,sebulan kat tadika,nampak perubahan banyak.bab study tak payah kisah,sebab dia memang obses buku dari kecik.cuma now,tengah ajar dia english sikit-sikit.tapi for me,that is not big problem at all sebab budak senang pick up.dari channel tv pun dia dah boleh ikut.aku dulu pun,takdak pun nak speaking kat rumah,tapi masuk darjah 4 ,ayah hantar personal tuisyen english ,memang cepat ja dapat speaking and tulis.yang tu tak risau sebab kita sendiri boleh guide..cakap hari-hari pandai la dia..yang agak cuak bab agama jer la.mintak-mintak tu ustazah boleh la guide elok-elok.maklum la,nak harap mak ayah ni,harusssss..+_+.

Apa-apa pun,i am so happy for the progress.kalau ikut abah dia,nak kena hantar p mandarin kelas sekali,tapi tak tau la lagi yang tu.for fun boleh la.add knowledge.see how nanti next year.

xoxo.

Monday, August 29, 2016

Zalora Community Contributor.

As salam.







Kalau sapa yang baca atau 'ter'baca blog ni dari pc,mesti perasan ada satu logo zalora kaler hitam kat side bar.itu kalau korang klik,nanti nampak la profile i muncul. .gambar harus la bergaya dengan spek mata hitam baru nampak rock star +_+. .

Rasanya ramai jer blogger yang dapat invitation ni,tinggal lagi nak ke tak.sebab satu nya,commitment nak tulis la,at least once a month and lagi satu nama pun contributor, maksud nya takder la bayaran ke apa.takder la tetiba nak dapat cash voucher zalora macam previous engagement tu.
So,mungkin ada yang semangat nak writing tu macam tak 100%.mula-mula i am a bit hesitant sebab tak tau boleh commit ke tak,tapi i agreed sebab nak improve my english writing.

Yang approach i adalah arwah Noraini.sedih jugak tau,sebab 3 hari sebelum meninggal tu,arwah e-mail i offered untuk jadi part of community contributor tu.tiba-tiba baca dekat blog suraya ,arwah dah takdek.speechless kejap......

So yeah,untuk community ni,yang take over lepas tu Aini.dia editor kat zalora.i akan submit artikel,so dia akan edit la apa yang patut and after dia approved,i akan upload sendiri dekat website.so far i baru jer bagi dua artikel.ni sekarang tengah buntu apa pulak tajuk seterusnya...any idea ???

Kalau nak baca my article, boleh klik First article and Second article .sila la sokong usaha murni ku dan contributor lain di luar sana..pecah kepala tau carik idea nak menulis..banyak informative article kat zalora tu.jangan ingat shopping ja..rajinkan baca ok :).

xoxo.


Shell out lagi


So,semalam ( draft entry, this should be published on friday btw )...tekak terasa nak makan shell out sangat-sangat.Mula tu dah pesan hasben suruh tapau kan subway tandoori tapi lepas tu kansel.ajak makan kat shell out jer.weekdays orang tak ramai and sebab dekat dengan rumah tak sampai berapa minit dah sampai,so baik la terus pergi.

Lagipun,sempena nak meraikan entry resipi shell out yang paling dapat high rating kat blog ni sampai nak dekat 100,000 view until today - LOLss , tu yang sendiri tengok resipi .sendiri terliuq.
So,percayalah,selagi tak derhaka resipi,hasilnya sebijik macam shell out restoren tu.kalau ketegaq jugak,malas la nak cakap apa.resipi semua senang terbentang depan mata dah pun.

Mula-mula nak masak sendiri,tapi sebab malas ( tu jer alasan ),baik p makan terus ja.

After maghrib ,kuar,by 8 pm dah sampai,tu pun sebab pusing dua kali carik parking.so,kalau yang teringin nak makan kat sini,memang kena bertabah tunggu parking.susah sikit.entah macam mana la time weekend kan.mesti lagi haru.ni waktu hari biasa pun agak bercinta.





Kali ni order ala-carte.tak tau la pasai apa,everytime kami makan sini, ( ceh,padahal baru dua kali ), mesti set Combo B tadek.yang ada cuma Combo A and D.dah la combo B tu murah dari A,so macam adakah itu strategi restoren ?

Masa first haritu dah order Combo A ( ada king crab ,lala and prawn ) so kali ni takmau dah king crab.nak try yang lain.
Semalam order king prawn,sotong and scallop.side order wajib la order brokoli ,jagung and potato and nak buat kunyah, sweet potato.nasik sorang satu.




Kami order each seafood amik size paling kecik,itu pun bila sampai,tudia masih penuh satu meja.sesuai makan tuk 3 orang dewasa.
Eryna ,dia makan nasik ,pastu acah-acah cicah sos shell out tu.dia dah berani nak try makanan pedas dah skang ni.bagus anak ...clap..clap..





And now i have a new trick macam mana nak bagi budak superwoman ni behave.dia kata superman  ( mama kata superwoman ) sebab apron tu dia pakai terbalik.pastu menyanyi-nyanyi satu restoren.suka hati la nakkkkkk.janji tak kacau table orang.

Oh ya,we start allowing her to bring her favourite books and toys ( one each ),.so while waiting for the food,she can do coloring or at least distract with her toys.
Sebelum ni,dia macam tak berapa minat nak coloring kalau bawak buku pun,now sejak p tadika,dah so excited.she has finished almost 5 work books less than a month.wuhuuu rajinnnn...we will buy a lot of books since you like it so much :).

So,yeah,food wise still the best.the combo is just nice.untuk this order, the waiter recommend to go for udang butter, curry sotong and mix sauce for scallop.all just nice and superb...puas hati makan...

xoxo.




Wednesday, August 17, 2016

Hotel di Osaka dan Tokyo

As salam.

Sambung entry Japan yang tak abis ni :). carca marba dengan entry Munich and Salzburg pulak.
Untuk rujukan diri sendiri sebelum terlupa.

Nak cerita , untuk pilihan penginapan,boleh decide nak duduk hotel atau apartment.untuk apartment boleh book di airbnb.kalau hotel, boleh book dari booking.com atau agoda.com. senang sebab agoda or booking ni boleh kansel at least one day before arrive without charges.so,kena rajin la tengok harga tiap-tiap hari.
Sekarang ni dah senang sangat, install apps jer kat phone.lepas tu,hari-hari tengok harga hotel.yang penting,book dulu mana-mana hotel takut fully booked.kalau tetiba terjumpa hotel lain yang lagi murah and reasonable ,boleh jer book yang baru and cancel yang lama.takder penalty apa pun.

Hotel Tokyo :

Macam kami,mula-mula try nak merasa duduk airbnb ,tapi host tu tak reply.ada jugak goggle, jumpa muslim homestay ,boleh search kat FB : Hazani's Homestay.cuma,harga agak mahal around RM500+ per room ( shared kitchen and bathroom ) ,kalau duduk lebih dari 3 orang agak berbaloi stay situ ( sebab time tu bilik yang available muat utk 4-5 orang ).
So,depends la berapa bajet sebab kat Jepun ni especially Tokyo harga tak murah tau.


image : goggle


Kami bajet around RM350 per night untuk accommodation.last-last jumpa jugak hotel yang kira ok.tapi bukan la di town Tokyo, tapi di area Shinjuku.still tak la jauh ,kalau naik train tu,dalam 3 stesen camtu je kot.actually, untuk pilihan hotel,tak semestinya duduk di Tokyo saja.boleh gak pilih untuk stay di area town/main attraction area macam Shinjuku, Asakusa, Shibuya sebab easy access train.semua train ni akan lalu jugak dekat Tokyo.

Sometime, ada tempat tak payah p Tokyo station.contoh : kami naik metro dari Hatagaya station ke Shinjuku.dari Shinjuku terus ja p mana-mana tempat without stop atau tukar train di Tokyo station.selalu di Tokyo station agak crowded.nak balik Osaka pun,kami naik train dari Shinjuku.

Sebab dah last minute ,so decide book hotel di Sakura hotel hatagaya. terus book untuk 4 hari ,total RM 1,400+.ada orang rajin tukar-tukar hotel,tapi entah la,malas pulak bila ada budak ni nak pindah randah.



image : goggle


Masa mula sampai,alahai,rasa nak nangis ke apa tak tau la.bilik kecik giller,haha.katil queen ,ngam-ngam masuk pastu terus kena loncat ke katil.nak solat satu hal.oh ya,hotel ni ada sediakan surau,so actually boleh ja p surau kat bawah.

Ni la bilik kami dapat tu,kecik sangat,letak dua bijik luggage dah penuh bilik.haha.mostly kat japan ni macam tu la.bilik besar confirm la mahal.

Kami try tukar bilik , nasib ada bilik kosong yang besar,tambah lagi 1000 Y per night, tapi dapat untuk 3 malam ja,hari ke empat ada orang book terpaksa la duduk sini balik.mujur la sehari ja.huhuhu..
Yang ni selesa sikit,ada big space boleh solat.dapat 1 queen and 1 single bed.ada cafe kat bawah boleh pilih nak amik breakfast ke tak.kami tak amik pun,sebab kat stesen train boleh beli sushi and nasi kepal tu.murah ja dalam 110 Yen.rajin-rajin la bertanya bab nasi kepal tu dalam ada apa.kami selalu amik fish and vege.kat packaging pun ada sticker gambar.kalau salmon and vege senang nak cam,tapi kalau tuna tu agak tricky sikit gambar dia,so sila la bertanya tanpa was-was.
Cashier boleh cakap and faham english sikit-sikit.




So yeah,walaupun kami p jalan-jalan outside from Tokyo ,antara nya ,main salji di Gala Yuzawa , jumpa Elsa di Disneyland , dan menjejak Mount Fuji kami tetap akan balik semula ke Tokyo.tak tidur kat any of the places nearby pun.like i said,malas nak heret luggage sana sini.

Hotel di Osaka :

Untuk hotel di Osaka pulak,since kami beli JR pass, so,the main stop will be at Shin-Osaka.station ni lagi besar dari Osaka.insya allah takkan sesat ,yang penting pandai baca map.

On the last day aku p jalan sorang-sorang sebab hasben kena gout,tak sesat pun...jumpa ja jalan pulang ke hotel .hehe.kalau silap naik train jangan panik, terus turun ,bertenang sat,and cuba cari laluan semula ikut warna laluan dalam map.

Di sini,kami stay di Osaka Garden Palace .hari pertama and hari ketujuh sebelum balik key ell.
Harga around our bajet, book dari booking.com.




The reason pilih hotel ni sebab ada provide shuttle from train Shin-Osaka station.walaupun jarak hanya 1km dari station,tapi ada shuttle ok.yang penting tak payah jalan.penat kot dah seharian berjalan pastu nak kena menapak balik hotel.taxi dah la mahal.naik shuttle tak sampai 5 mins dah sampai,punctual pulak tu,jalan tepat masa as per schedule.

Bilik selesa and agak luas.toilet kat japan ni takleh buat apa la,memang masuk, terus nampak jamban duduk ,yang tak tahan tu,bilik air kecik takpa,tapi nak kena ada bath tub.syok la eryna berendam.so far both hotel pun ada hose jamban.hihihi..penting tu :).



Lobi hotel ni memang besar and nampak grand la.kira ok la dapat harga camtu.cuma kawasan sekitar takder apa sangat.kami pun tak lama kat Osaka,just datang lepak tidur jer.ada la kedai makan halal satu ( indian restaurant ) ,family mart and pharmacist. kalau nak p Shinbaishi ke, dotonburi ke, kena naik subway....tak jauh pun,subway ni pun dalam Shin-Osaka station jugak.

As i said, penginapan ni ada orang tak kisah,boleh ja amik shared bath room ke.lagi murah.tapi,aku pikir nak kena pakai tudung kuar masuk bilik.nak pulak kalau eryna nak terkencing selang sejam.haruuuu.dia kan dah diapers-free.so,untuk family,kena la budget lebih sikit.nak kata mewah tu tak la,kalau nak ikut rate, hotel ni taraf 2-3 bintang ja.

So,habislah segala info untuk trip  Jepun.rinduuu nak p lagi.memang ada plan nak ke Osaka semula.sebab tak puas sekejap sangat kat sana.oh ya,nanti la,share pasal JR pass,macam mana nak beli,how nak guna and apa yang best pasal JR pass ni.

Boleh baca archive Japan kat SINI .

xoxo.

Friday, August 12, 2016

Eryna is 4 years :) 0708

As salam.

Weekend haritu , 0708 besday eryna yang ke 4 tahun.dah besaq ni,demand lebih sikit la.nak happy birthday dia kata.ni mesti sebab dekat school kawan-kawan nyanyi lagu ,so kalau ada budak sambut birthday haritu, dia mesti cakap, bila eryna punya nak nyanyi-nyanyi tu.definition birthday bagi dia adalah,nyanyi lagu happy birthday.

Hari ahad tu,bawak dia p main kat blokke citta mall.plan asal nak bawak p farm in the city tapi tak jadi sebab pagi tu,aku selsema and asik bersin.cuaca panas macam tak best.
Blokke pulak, hari ahad closed for private function from 2 pm.jadi,kita p awal sikit.around 11 am dah sampai sana.






Private function tu sebab ada birthday party budak la.eryna excited la dengan belon as if itu party dia.haha.dah la tu,clown datang awal,around 12 pm,eryna pulak menyibuk macam kan dia guest party.dapat la pulak belon and hadiah.sabaq je la.




Lunch bawak g makan Tokyo Kitchen,japanese food.sebab eryna dok cakap nak makan sushi.tapi,sekarang ni,restaurant ni tengah buat promo,murah jer set lunch dia. RM 12.90 dapat full set meal complete with miso soup and japanese tea.boleh pilih set salmon,set chicken atau set makarel.
Haritu,kami amik setiap satu set.ni kali ketiga kat sini,and so far memang puas hati sebab sedap and fresh.

Hadiah untuk birhday girl sempoi jerrrr...sebab dia tengah kumpul super wings,so kami beli ja bagi.sekarang ni dah ada 5 ketui dah toys tu.beli kat uptown ja.ihiks,tak yah mahal-mahal,bagi tu pun dah terlebih happy dah.





Malam tu,siap masak rendang ayam and pulut kuning.dah niat nak bagi.tahun ni takdek kek sebab selalu tak habis pun.

Eryna suka pulut,sebab tu masak pulut ,kebetulan masih mood raya,so bagi la dengan rendang ayam.gigih mak kau ni.gigih tak gigih kan.mujuq la masak rendang tu senang jer.campak-campak settle.tinggal pulut jer la kena lambat sikit sebab rendam pulut dulu kan.
Tengah-tengah malam oii kukus pulut.hihihi.





Lepas tu,order cookies dengan blogger shila shower.gambar didi & friends.order 35 pcs.cute giller cookies tu.budak-budak suka la.pakat teruja.ada tu siap datang bagitau sayang nak makan.simpan bawak balik.haha.mujur la depa tak berebut ,pandai pulak amik sorang satu.






Eryna sangat la teruja,semua dia chop,nak didi,nak nana,nak jojo and so on.budak yang datang pulak tak ramai,so ada la lebih sikit bawak balik.baru puas hati dia.

Mama doakan eryna menjadi anak yang solehah,dipermudahkan rezeki ,dipanjangkan umur dan berjaya dalam hidup .insya allah...


Tuesday, August 9, 2016

Pengalaman naik Oman Air

As salam.

Anyone ever heard about Oman Air ? to me, this is my first time.masa tu,tengah cari ticket kat skyscanner, suddenly Oman Air ticket is the cheapest.Browse to the online website searching for some compatibilty.hehehe.bukan apa,nowadays kan banyak sangat air plane crash,so,sedikit sebanyak,benda tu buat kita paranoid.takut wooo..




So,tried goggle,tapi tak banyak review pasal this airline.they still new compared to giant airline like Qatar ,Emirates and Etihad ( middle-east airline ) yang femes kat malaysia ni.I nak fly with Emirates sebab pernah naik dulu,tapi ticket tengah mahal,so ,gamble la naik Oman Air.so far,the track record is ok and to be surprised, they have many flights option from Muscatt to europe.dari key ell,so far ada daily flight tapi sehari satu flight.

Kebetulan jugak,one of the intern in the office ( she is german btw ) , her mom just flew to key ell with O.A.flight from Munich -KL.exactly same destination like mine.so,after hearing the good review from her ,terus confident level naik.mula-mula agak nervous di situ +_+.

Hari kami naik tu flight tak penuh.so,banyak tempat kosong.most passenger konker every seat.like mine susah la sebab eryna tak nak pindah tempat.ingat nak ajak dia duduk yang seat 4 kosong,so boleh la dia baring tapi dia tak nak and insisted to stay at her place.ok lah,as long u behave.




My first impression, flight from KL- Muscat agak old school sikit.in flight entertainment ( IFE ) tu agak lama kena tekan kuat-kuat baru dapat tukar channel.tapi seat ok ja,sebab naik Airbus,room leg quite spacious.cabin crew mostly from Thai & phillipines and they all semua peramah.
Ada filem melayu ,Ola Bola,Polis Evo and citer yang aron ajis tu.jadi la kan.aku siap repeat tengok dilwale.Eryna pulak,frozen sentiasa siap nyanyi kuat pulak tu.dia dah pandai guna IFE dia,so aku tak kacau.lega sikit...






Tapi,flight from Muscatt to Munich flight dia baru ,so IFE tu ala-ala canggih sikit and interior lagi cantik..and we flew by airbus for all sectors.






I ordered kis meal untuk eryna.best ok,kids meal dia sekali datang ,tu ha lagi banyak dari package org dewasa.makanan of cross halal...masa atas flight ,i olls tak puasa yer ,musafir kan.. ( dah settle ganti puasa pun ) .lagipun dah tau,atas awan tu mesti pening.sia-sia ja muntah.




Kiranya food wise, i suka.sebelum landing dapat lagi roti and kebab.masa otw back to key ell dari munich ,depa siap bagi ramadhan pack.so,semua orang boleh tapau bawak balik.paling best, air dia susu kambing kau.mujur bukan susu unta.i asked hasben if he get to eat macam kami,so yeah lebih kurang je la tapi food spread untuk kami lagi banyak.



Masa transit kat muscatt, dari jauh dah nampak padang pasir.kena turun flight guna tangga and ada shuttle datang ambik.airport dia kecik jer,so jangan risau kalau transit time around 1 hour macam tu.sempat jer nak catch next flight.

Shuttle tu akan bawak sampai ke arrival hall.Yang nak stay in muscatt,exit kanan,untuk connecting flight,sila exit kiri.pastu jalan je sampai nanti jumpa departure hall ( dalam 5-10 mins jalan ),then nanti officer tunggu nak stamp tiket.sempoi gila,duduk atas kerusi pastu cop tiket. ( yang next flight ticket ).
After that,check immigration.paling best,bawak air pun lepas.kalau klia kan strict ,even munich and few countries i have been tu, very strict we cannot bring any liquids through immigration.ke sebab air mineral tu dapat kat dalam flight and unopen,entah la kan.




Then,kuar immigration dah sampai gate.ada la sikit free duty shop.nak wifi,kena p kat kaunter swarovski ,tunjuk flight ticket,dapat la 2 jam free wifi.tapi,sebab aku transit sejam lebih ja,baru sempat guna tak sampai berapa minit,dah nak kena naik shuttle untuk catch next flight.eryna naik stroller,so takdak masalah nak jalan laju.
Cuma,masa flight nak p muscatt dari key ell tu agak hazab sebab dia tidoq, pastu dia tak nak bangun,terpaksa aku jadi sado,bawak beg laptop,stroller sangkut belah kanan,bawak handbag lagi belah kiri.oh yes,dapat bawak naik 2 beg sbb depa kira as 2 passenger.stroller tu curi-curi bawak naik.mujur beli yang jenis boleh lipat and sangkut kat bahu tu.boleh ja bawak stroller naik atas,tapi selalunya depa akan mintak and letak tempat lain.nanti masa sampai tu,depa akan bagi balik stroller tu.so,tak payah check in dengan luggage.bawak ja naik atas.

Overall,i bagi 7/10.cabin crew helpful walaupun sometimes agak clumsy +_+ .masa flight delay dalam 30 mins from Munich to Muscatt ,depa bagi eryna goodies bag.ada coloring and few items.and they serve drinks and snack ( at least la kan ).even flight delay pun,sampai tetap on time...

So,kalau ada rezeki nak p oversea lagi,rasa nya akan piilih O.A.nak-nak kalau dapat harga promo macam haritu.hehe.so,lepas ni kena alert if ada cheap price.yang penting,walaupun flight ticket murah,layanan dan servis semua taraf 5 bintang..

xoxo.




Tuesday, August 2, 2016

My first ever open house ( small jamuan )

As salam.

Sempena raya yang bakal habis, haritu last sunday,ada buat makan-makan kat rumah sikit.jemput keluarga dan jiran.kawan-kawan tak dapat invite banyak sebab rumah kita kecikkkk jer.kalau ikut hati nak buat jer kat pool,tapi kalau kat situ kena buat besar-besaran baru la berbaloi.

So,yeah,masa decide tu pun ,kisah nya ada few friends request to me personally dorang nak datang beraya.i pulak jenis,kalau sapa nak beraya atau datang rumah,jemput ja.nanti i masak la apa-apa.gitew.tapi,dah 5 orang nak datang beraya and different set of frens pulak,so we decided,ok la buat lebih sikit tapi extend to family.sebab family ( mak bapak sedara, sepupu,adik beradik ) pun ramaiiii dok key ell.memang penuh la rumah kita yang kecik comel tu.




Kebetulan hari sabtu, club house kat my apartment ni ada buat open house.harus la pegi,so far tak pernah miss.kali ni ada clown and face painting.eryna awal-awal dah turun dengan abah dia.ok la jugak so that dia tak kacau nak masak.
Menu haritu, nasi arab,kambing golek,nasi dagang,satey,kuih muih ,bihun.tapi dapat makan nasi arab jer.satay queue punya la panjang.mujur la dah puas makan satay waktu p open house.


Menu untuk masak kat rumah pulak :

Nasi kuning utara style ( my mom punya resipi ) -ramai kata sedap.kembang kita oiii...
Ayam goreng berempah
Telur rebus & ikan bilis
Sambal

Spageti Bologneise

Nasi impit & kuah kacang

*semua masak sendiri.ayam berempah kakak ipaq tolong goreng. :).

Dessert : ( semua order ,cuma kuah kari terpaksa buat semula sebab kuah kari dia bagi giller cairrrr, .i tumis semula bahan and masak kari ,my sis in law tolong kupas kentang...so, i kira ni pun i masak la.kuah yang ada tu ,cuma guna sikit jer.last-last pejam mata terpaksa buang sbb tasteless. :) baru la umph,,ni pun ramai kata sedap nya kari.ehek ehek.kembang lagikkk. :D

Brownies
Roti jala kuah kari
Bingka ubi
Talam berlauk.

Hari jumaat goreng ikan bilis and rebus telur.sabtu pulak,pagi tu kupas bawang segala tok nenek dulu.pastu pukul 12 turun lunch kat club.lepas tu masak kuah spageti,sambal untuk nasi and kuah nasi impit.agak marathon and mengejar masa sebab nak kena p 2 open house lagi.

Lepas dah settle siap p open house,sampai rumah dah pukul 10 pm.terus sambung rebus spageti and nasi impit.so that hari ahad tak yah kelam kabut .cuma masak nasi minyak atau nasi kuning ja.




Macam ni la susunan kalau rumah comel.tolak meja ke tepi,kerusi kat hujung,nanti pandai-pandai la duduk yer.bilik tengah tu,letak semua mainan eryna,so budak-budak datang,korang duduk la dalam tu.





Sebelum orang sampai,amik la dulu pic.lepas tu,dah start tetamu mai,memang tak sempat dah.tetamu start mai pukul 12 tengah hari ,sampai la ke malam.orang terakhir tu jiran depan rumah la.sebab depa tengok ramai orang,so depa tunggu sampai malam.




Roti jala and spageti.kuih muih yang sedap tu tak sempat snap sebab orang dah start datang.yang penting semua puji sedap and habis.kuih tu order dari my good fren.spageti rebus 2 plastik,alhamdulillah habis,jiran yang datang malam tak sempat merasa.tapi,i goreng ayam panas-panas,banyak gak depa makan nasi minyak tu.




Menu utama ,nasi minyak.actually nak buat nasi lemak tapi hasben tak berapa suka.dia yang request nak nasi kuning ni.nasi ni mak selalu masak buat bekal time kami balik kg.
Tengok balik,wah tak sangka aku rajin memasak sampai 3 jenis hidangan..,hihihihi...




Sempat wasap tunjuk gambaq kat mak.hahaha.sebab ikut resipi dia.mula-mula nak buat terus dalam periuk besaq,tapi tak konfiden takut tak masak ka atau hangit,so mak kata ,masak ja dalam periuk elektrik ,buat 2 kali.untuk sekali masak ,i masak 10 pot.kira nya 2 kali masak,haritu i masak 20 pot ( atau 20 cawan beras  :)....





Masa tengah kecoh.time ni pukul 4 pm.semua ni family ja pun.sebab tu i cakap,rumah comel cam i ni memang tak boleh mix family and friends sebab tak muat.mujur tak datang serentak.kira nya flow cantikkk jer la.rugi nya tak amik pic.ni pun kazen yang amik share dalam grup.

Alhamdulillah,so far semua yang kita invite,semua datang.
Lauk pauk yang masak dan kuih ada sikit jer balance.macam roti jala ada balance sikit.nasi impit ok la simpan untuk eryna.yang lain semua settle.insya allah,lepas ni mungkin buat lagi,ajak kawan-kawan yang tak di invite hari tu.

Dulu asik tak berani nak buat sebab hasben selalu fikir rumah kecik leceh.haritu bila kira-kira dalam 30 orang jugak yang datang ( budak-budak tak kira ) ,and mungkin sebab tak datang serentak ,so tak penat and kita boleh sembang-sembang.atau kalau ada bajet lebih,boleh buat bbq kat pool pulak,tapi tu la,maybe kena buat within family dulu.lepas tu baru boleh invite friends...

xoxo.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...